Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Sunday, 1 September 2013

Diakah Mr. Perfect Aku?15


D
IYA jadi serba salah sebaik saja mendengar ajakan Aniq yang tidak di sangka-sangka itu. Kenapa dia yang menjadi mangsa. Ibu dan ayah pun hanya diam aje, tak kata apa-apa pun. Sepatutnya mereka menegah sebab mereka tahu status dia. Takkanlah dia nak keluar berdua dengan Aniq, tak patut….tak patut. Entah-entah mereka semua ini berkomplot nak mengenakan dia. Fauzan dan Mazni menolak dengan alasan nak siapkan kerja sekolah. Along pula dari tadi asyik bergayut aje dengan kak Misha. Aku tengok dah macam monyet pun ada.  Sekejap-sekejap senyum, sekejap-sekejap ketawa. Menyampah. Tak kanlah nak ajak si Tuti pula jadi bodyguard.
“ Alah, pergi ajelah…bukannya jauh pun, 10 minit aje dari sini.”  Pn. Hasmah bersuara. Bukan main beria-ria lagi menyuarakan pendapat. Ayah yang duduk di sebelah ibu hanya diam, asyik baca surat khabar aje. Tak keluar satu patah apa pun.
“ Tapi…takkanlah Diya berdua aje!” kata Diya dengan harapan ada yang membela.
“ Ayah…” Diya memanggil nama ayahnya. Mungkin ayah dapat memberi saranan atau pendapat.
“ Pergi ajelah. Kesian dengan Aniq ni, bukannya dia pernah pergi tempat macam tu. Ayah tahu anak ayah dan ayah percayakan Diya,” kata En. Jamaluddin.
Pulak dah, ayah boleh pula cakap macam tu. Bagi sokongan penuh nampaknya. Tak ada seorang pun yang dapat membantu aku. Waaa….nak nangis ni!
Diya menjeling ke arah Aniq yang mula diam.
“ Er…kalau Diya rasa keberatan nak temankan abang….tak payahlah kita pergi. Abang pergi lain kali aje. Bukannya seronok pun pergi tempat macam tu kan!” Aniq bersuara perlahan. Sedih aje muka dia, macam budak kecil  yang tak dapat makan gula-gula. Kesian pula. Tapi comel apa tengok muka dia monyok macam tu. Sweet aje….kah….kah….kah…Diya mula menyimpul senyum.
 “ Ya lah…ya lah…Diya temankan abang Aniq pergi tempat tu, kalau tak temankan nanti merajuk pula. Hodoh betul kalau orang tua merajuk kan!” akhirnya Diya mengalah sambil memandang wajah Aniq yang entah beriak apa pula saat ini.
“ Tak payahlah….macam tak ikhlas aje!” balas Aniq. Boleh pula dia jawab macam tu depan ibu dan ayah aku? Nasib baik along masih lagi bergayut kat luar. Ini, sampai bila dia nak bergayut? Kalau tak, pasti aku dan Aniq kena gelak sakan dengan along. Hish…dah macam kanak-kanak ribena pula aku tengok muka si Aniq ni.
Diya sempat melirik wajah ibu dan ayah, mereka macam kontrol senyum aje. Sah, mereka memang berpakat ni untuk kenakan dia!
“ Jadi, betul ni….tak nak pergi?” tanya Diya sambil mengukir senyum. Seronok pula dapat menyakat lelaki itu.
“ Hmm…” hanya itu yang keluar dari mulut Aniq. Sikit pun tak pandang wajah Diya. Ibu pula bulat matanya memandang wajah Diya. Diya buat tak tahu aje. Siapa suruh dia merajuk. Malas aku nak pujuk.
“ Ok. Kalau macam tu…Diya naik dululah!” Diya sudah bangun dari sofa.
“ Eh, nak pergi mana tu?” tanya Aniq kalut bila Diya mula melangkah meninggalkan ruang itu.  Diya tengok Aniq dan ibu saling berpandangan. Ayah pula masih menatap surat khabar macamlah ada berita yang hangat dan sensasi atau sebenarnya ayah malas nak masuk campur agaknya.
“ Nak masuk bilik.” Beritahu Diya dengan muka selamba.
“ Dah nak tidurke?...awal lagi ni. Baru pukul 9.30 malam.” Kata Aniq melirik jam tangannya. Diya hampir nak tergelak melihat Aniq menggaru-garu kepalanya. Benganglah tu. Padan muka!
“ Alah….” Aniq mengeluh hampa. Muka pun dah monyok semacam. Macam tapai basi pun ada. Kelakarnya! Diya hampir nak gelak.
“ Tak adalah. Diya nak naik tukar baju. Tak kanlah nak keluar macam ni, nanti dia orang pandang semacam aje, dahlah Diya kena jalan dengan abang Aniq yang handsome ni…nanti jatuhlah saham Diya kalau pakai kain sarung dengan t`shirt.” Diya tergelak kecil. Seronok dapat mengenakan Aniq. Lelaki itu dah tersengih menahan malu, apa lagi bila ibu dan ayah mula tergelak kecil.
`Saaayang Diya` jerit Aniq dalam diam sambil mengukir senyum.
“ Hmm…dah senyum sampai telinga nampaknya, nasib baik tak meleleh air liur!” Aniq tersentak, terkejut dengan usikan Pn. Hasmah yang sudah tersenyum semacam. Wajah Aniq sudah bertukar warna.
`Aduh, malu aku. Malu semalu-malunya. Tak apa, yang penting orang tua Diya sporting!` Aniq tersenyum lagi.




ANIQ memandu dengan tenang. Saat ini hatinya dah berbunga-bunga. Ada pelbagai jenis bunga yang sedang kembang mewangi di hati. Sebab apa? Mestilah sebab ada Diya. Gadis pujaannya. Malam ni Diya nampak comel sangat walaupun ringkas pemakaiannya, skirt labuh warna hitam dipadankan dengan blause berwarna merah jambu. Tudungnya juga dari warna yang sama. Memang nampak manis, rasa macam nak gigit-gigit aje wajah tu. Dalam diam, Aniq akui dan suka dengan penampilan Diya yang baru, cantik dan sopan bertudung, tambah menawan. Kata Diya, dia mula pakai tudung sejak 6 bulan yang lepas. Katanya, sepatutnya dari dulu lagi dia pakai tudung tapi baru kini sampai seru dan hatinya cukup ikhlas dengan perubahan itu. Jawapan Diya itu membuatkan Aniq rasa bangga dan bahagia sekali.
“ Err…Diya selalu ke pergi tempat tu?” tanya Aniq memandang sekilas wajah Diya yang sedang ralit melihat fenomena di luar. Cantik juga pemandangan waktu malam.
“ Tak adalah…. sekali-sekala aje, itu pun si Jemy yang ajak. Diya malas nak keluar malam-malam. Baik duk rehat kat rumah.” Balas Diya.
“ Oh  ya, lama tak dengar khabar berita pasal Jemy, dia kat mana sekarang?” Aniq mula teringatkan wajah Jemy, kawan baik Diya yang berwajah ceria.
“ Jemy dah dapat kerja kat KL, dah hampir 3 bulan dia kerja kat sana. Sebelum dia dapat kerja tu, dia kerja kat butik ibu.” Beritahu Diya. Memang dia sedih sangat sebab berpisah dengan Jemy. Sejak dari sekolah rendah, menengah dan sampai di university mereka selalu bersama. Kini barulah berpisah.
“ Hmm…Diya pun tak nak berubah angin, kerja kat KL macam Jemy tu. Atau Diya sayang nak berpisah dengan orangtua. Abang rasa Diya ni anak ibu, agaknya setiap malam tidur bawah ketiak auntie,” kata Aniq sambil mengusik Diya, sengaja menarik perhatian Diya.
“ Hish, mana ada. Mengarutlah. Kalau Diya tidur bawah ketiak ibu…ayah pula nak tidur dengan siapa, abang Aniq tak tahu, kalau ayah merajuk…..jenuh ibu kena pujuk tau!” Diya ketawa kecil sambil memukul bahu Aniq dengan pursenya.
Aniq gelak kuat.  Seronok dapat membuat Diya ketawa. Dia rasa bahagia. Dia rindukan gelak tawa itu. Gelak tawa yang sudah lama hilang dari pendengarannya. Kini, tawa itu kedengaran lagi.
“ Kalau Diya ni jadi isteri abang nanti, setiap malam Diya mesti tidur dalam pelukan abang, tak boleh tidak. Nanti abang tak boleh pejam mata!” Aniq melirik ke arah Diya, cuba mencari reaksi. Diya nampak terkedu, kedudukannya static, terkejut barangkali.
Memang Diya betul-betul terkejut dan tergamam. Dia faham maksud Aniq tapi untuk menerimanya, tak akan terjadi. Dia milik lelaki lain, bukannya Aniq. Kalau boleh, dia tak mahu isu itu di perpanjangkan lagi. Dia tak sanggup memberi harapan dan impian yang tak mungkin berlaku. Ya Allah, apa yang perlu aku buat. Aku rasa bersalah sangat pada lelaki ini!
Aniq tersenyum lagi. Dia tak kesah apa pandangan Diya tentang kata-katanya itu. Yang penting Diya faham maksudnya. Dia mahu Diya menjadi suri hidupnya,. Satu-satunya perempuan yang akan sentiasa ada di sisinya, yang mampu buat dia bahagia. Tak ada perempuan lain. Hanya Diya satu-satunya.
“ Erm….abang Aniq nak beli apa kat pasar borong tu?....Diya ingatkan abang Aniq tak adalah berminat nak pergi tempat macam tu, orang kaya dan orang kota ni suka sangat shopping kat tempat mewah dan yang ada kelas. Apa kes nak merayap kat pasar borong pula!” Diya memandang sekilas wajah Aniq yang nampak tenang memandu dan sekarang ini mereka sudah masuk ke perkarangan Pasar Borong Wakaf Che Yeh dan sedang mencari parkir.
“ Tak semua orang suka bershopping di tempat mewah dan tak semua barang yang di jual di tempat mewah dan ekslusif itu semuanya berkualiti. Ingat barangan buatan Malaysia tak ada kelas ke?” Aniq menjeling ke arah Diya sambil mengukir senyum.
Diya tergelak kecil. Betul juga. Barangan buatan Malaysia juga terkenal dan hebat.
So, nak beli apa kat sini. Kalau buah-buahan murah la. Buah pauh 4 kilo RM10 aje, beli dan makan sampai kembung perut.” Kata Diya sambil mengerling ke arah Aniq.
“ Amboi, macam perli aje…kalau abang sakit, Diya nak rawatke?” balas Aniq selamba.
Erk. Diya tertelan liur, aku juga yang kena!
“ Dah, malas nak layan.” Diya melangkah laju meninggalkan Aniq yang terkial-kial mengikutnya.
Malam ini, tak sangka pula ramai pengunjungnya. Dah lama Diya tak datang. Kalau datang pun, tak tahu nak beli apa.  Biasanya ibu dan Tuti membeli sayur dan lauk di RTC, kat Tunjung tu, jarang nak datang sini. Aniq hanya mengikut langkah Diya yang menyelit di celah-celah orang ramai. Riuh dan meriah. Aniq tersenyum sendiri.
“ Hmm….cantik dan manis-manis orang yang menjual kat sini ya!” ujar Aniq bila matanya terpandang ke arah gadis yang menjual tudung. Bukan main lebar lagi senyuman gadis itu bila Aniq mengukir senyum padanya.
“ Amboi, nak beli barangke ….nak beli orang ni?” perli Diya.
Jealous ya, abang pandang perempuan lain.” Usik Aniq.
Diya menjeling tajam.
“ Mana ada, kita tak jealous pun…abang Aniq tu yang perasan lebih!” tempelak Diya, tak mengaku sedangkan hakikatnya hati dia turut terdetik bila kebanyakan anak gadis akan memandang Aniq dua tiga kali, siap tayang senyum menggoda lagi.
`Hish….tak pernah tengok orang handsome agaknya, ada boyfriend kat sebelah pun masih nak mengenyam dengan boyfriend orang lain! Aik….si Aniq ni bukannya boyfriend aku…apasal aku nak jealous bagai ni!` Diya merungut.
“ Apasal tergaru-garu ni?...tak tahu nak beli apa ya?” Aniq bersuara bila melihat Diya menggaru-garu kepalanya.
“ Ark!...” terlopong seketika mulut Diya.
“ Lalu…..lalu….”
Aniq segera menarik tubuh Diya rapat padanya bila tiba-tiba seorang pemuda laju  berlari dan hampir merempuh Diya yang tercegat berdiri.
Dada Diya tiba-tiba berdebar. Sekelip mata sahaja dia sudah berada dalam pelukan lelaki itu.
Sorry, accidentally!” mohon Aniq.
Diya segera menjarakkan tubuhnya. Malu betul di buatnya. Tambah malu bila beberapa orang yang ada di situ melihat situasi dia berada dalam pelukan Aniq.
“ Nanti balik, Diya adu pada ibu.” Kata Diya sambil menjeling tajam ke arah Aniq. Bukan marah dengan tindakan reflek lelaki itu tapi lebih kepada rasa malu. Seumur hidupnya, tak penah dirinya di peluk oleh sebarang lelaki yang bukan mahram. Hanya ayah dan along sahaja yang pernah memeluknya. Kalau tadi abang Shah yang peluk, aku tak kesah  tapi hakikatnya kini…Aniq, lelaki yang tiada sebarang kaitan dengannya. Waaa…….sadisnya!
“ Marah ya?” soal Aniq bila di lihatnya Diya masih kaku di situ.
“ Tak….seronok sangat.” Balas Diya sambil mengetap bibir.
Aniq tergelak kecil sambil mencubit pipi Diya.
` Hish…ini sudah lebih!` rungut Diya menahan geram.
“ Baguslah, kalau Diya seronok….lain kali abang boleh peluk lagi la ni… tapi bila dapat peluk` lain kali` tu…abang tak akan lepaskan Diya sampai bila-bila.” Aniq menaikkan keningnya sambil tersenyum nakal.
`Menyampahnya!` Rungut Diya menahan debar.
“ Abang Aniq ni…, jahat ya!” Diya menumbuk bahu lelaki itu. Geram sangat.
“ Sakitlah yang.” Adu Aniq dengan suara manja membuatkan Diya tersentak. Kenapa? Kenapa lelaki ini bisa buat aku rasa tak selesa tiba-tiba?
“ Jom, banyak tempat lagi kita nak tengok. Ibu dah pesan jangan balik lewat!” Diya segera mengatur langkah meninggalkan Aniq dengan rasa penuh debar di dada.
“ Eh, tak payahlah pegang tangan, Diya bukannya budak kecik.” Marah Diya bila tiba-tiba tangannya di genggam oleh lelaki itu. Lagi pun mana  dia pernah berpegangan tangan dengan mana-mana lelaki. Ini kali pertama tangannya di genggam dan dipegang begitu. Oleh Aniq lagi. Aduh….macam mana ni?
“ Apasal jalan laju sangat, kalau Diya hilang kan susah abang nak cari, ramai orang ni…” pujuk Aniq dengan dahi berkerut.
“ Alah…handsetkan ada, boleh call!” dalih Diya cuba menarik tangannya dari di genggam oleh Aniq.
“ Inilah satu-satunya peluang yang paling indah dalam hidup abang, berdua bersama Diya walaupun di kelilingi orang ramai. Diya pun tahukan yang abang ni handsome sangat, nanti ramai awek datang mengorat abang….kalau dia orang tahu abang ni milik Diya, tak adala dia orang nak usha abang!” Aniq menaikkan keningnya sambil mengukir senyum.
`Aduh, perasan kacak pulak dia. Tapi memang betul apa. Aku tak nafikan!` Diya bermonolog sendiri.
Diya mengeluh perlahan sambil memandang wajah Aniq yang sedang menayang mukanya.
`Apasallah lelaki ini tetiba nampak comel sangat buat gaya macam tu. Bikin hati aku susah aje. Kalau begini gayanya….macam mana aku nak berterus-terang? Silap-silap hati aku yang parah nanti.` Diya menelan liur perlahan dan dia segera mengalih pandang. Hatinya dah mula rasa lain macam. Tak boleh jadi kalau terus macam ni.





SYAFIK memandang wajah Shah yang ada di hadapannya, nampak serius saja mukanya. Dia tak berani nak bersuara. Hanya diam menunduk. Tidak lama kemudian muncul Carl di bilik itu dengan membawa dua buah dokumen.
“ Ini projek kita kat Putrajaya, kita dah menang tender kat situ. Sekarang ni kita cuma nak tunggu proceed yang seterusnya. Apa-apa hal, orang kita akan beritahu aku. Kau jangan bimbang, semuanya akan berjalan dengan lancar.” Kata Carl selepas mengambil tempat duduk di sebelah Syafik.
Well, I `m happy to hear that. Aku tak nak kita kalah macam kat projek di Taman Jaya tu. Aku rasa ada orang dalam yang cuba bocorkan maklumat, aku nak kau dan Syafik  siasat hal ni. …tapi ingat, ini antara kita bertiga. Orang lain tak boleh tahu!” kata Shah tegas.
“ Ok. Boss” Carl mengangkat tangan sambil mengukir senyum.
Syafik hanya diam.
“ Aku akan tengok fail kau ni dan kita akan bincangkan nanti. Sekarang, lunch time…apa kata kita keluar lunch sama.” Ajak Shah sambil melihat jam tangan sebelum menutup dokumen yang baru di lihatnya. Dokumen yang di bawa oleh Carl tadi di letak di atas meja.
“ Beres, jom!” bersemangat Carl bangun untuk keluar makan dan sememangnya dia berhajat untuk mengajak Shah keluar makan bersama.
“ Fik!” panggil Shah bila melihat Syafik tidak berganjak dari tempat duduknya. Mengelamunkah budak ni?
“ Ya, En. Shah.” terkulat-kulat Syafik memandang wajah Shah dan Carl yang berdiri di muka pintu.
“ Ikut saya sekali untuk pergi lunch!” ajak Shah.
“ Er…seganlah saya En. Shah.” Syafik serba salah. Kalau dulu dia tak kesah untuk makan bersama Shah kerana lelaki memang memerlukan khidmat dia tapi sekarang lelaki itu sudah tidak memerlukan dia lagi. Dan di tambah lagi bila sekarang ini Shah sudah menjadi majikannya.
“ Apa yang nak di segankan. Awak bukannya tak biasa dengan sayakan. Awak lebih kenal saya dari orang lain!” kata Shah sambil mengukir senyum.
“ Termasuk aku ke?...aku ingatkan aku yang lebih kenal siapa kau tapi rupa-rupanya ada lagi orang lain yang lebih hebat dari aku!” tiba-tiba Carl mencelah. Wajahnya mula berubah. Kecewa mungkin.
Shah segera menumbuk bahu Carl.
Bro ... you know me in any other way but Syafik know me in other ways. Is`t Different!” tegas Shah sambil mengeleng kepala.
“ Ya ke?” muka Carl nampak blur.
“ Awak nak ikut atau nak saya paksa?” Shah mula menggunakan kuasa vetonya.
“ Ya...ya…saya ikut En. Shah!” Syafik segera mengikut langkah Shah dan Carl.
“ Kak Min, saya keluar lunch dengan dia orang berdua ni…” kata Shah sambil memandang wajah Jazmin yang sedang menaip sesuatu di computer.
“ Ok. Er…pasal iklan untuk pengambilan pembantu pengurus tu akak dah buat dan akak dah bagi kat En. Fuad untuk di uruskan. Mungkin dalam masa terdekat ni kita akan panggil calon untuk di interview.” Jazmin memandang wajah Shah.
“ Hmm….akak bagi tahu Fuad, saya serahkan pada dia. Tapi kalau boleh saya nak pekerja tu di ambil secepat mungkin sebab jawatan tu dah lama kosong. Kesian kat si Carl ni…kerja tak cukup tangan.” Shah memandang wajah Carl.
“ Dan akak pastikan yang datang temuduga nanti….yang cun-cun. Sebab saya akan pilih dia orang tu. Manalah  tahu kalau salah seorangnya  boleh buat calon isteri,” Carl mula buat muka miang. Jazmin mengeleng kepala. Begitu juga dengan Shah. Hanya Syafik sahaja yang diam.
“ Tak habis-habis dengan perangai kasanova kau. Dapat yang queen control….meranalah hidup kau nanti. Biar padan muka!” kata Shah.
“ Hai, janganlah doa yang tak elok untuk aku. Kau memang nak aku hidup meranake?” Carl rasa tak puas hati.
“ Tak adalah….dahlah, jom Fik, jangan di layan sangat mambang tanah ni, dia ni memang pembawa virus…bahaya!” Shah segera berlalu pergi diikuti oleh Syafik.
“ Kak Min, jangan lupa pesan saya tadi ya….” Carl mengenyit mata pada Jazmin.
“ Pesanan yang mana?” dahi Jazmin mula berkerut.
“ Akak kena pastikan yang datang interview nanti…semuanya yang cun-cun….tak mahu yang seksi sangat. Tapi yang pasti…. menarik dan cantik.” Pesan Carl.
“ Miang tak habis lagi ke?....stok yang dah ada…nak letak kat mana?...takkanlah nak buang ke laut!” perli Jazmin sambil mengeleng kepala. Pening juga mengenang perangai Carl yang tak pernah jemu melayan perempuan. Tak boleh pandang yang cantik sikit, terus mengayat. Tapi yang hairan, selalu aje pancingnya mengena. Hai, ramai betul perempuan yang bodoh sekarang ni. Nasib baik dia tak termasuk dalam senarai.
“ Akak ni….” Carl menarik nafas seketika.
“ Dah betul. Tak boleh nak nafikan lagi. Tapi…kalau ada betullah yang datang tu menarik dan cantik, akak akan terus buat spare untuk bos!” usik Jazmin.
“ Akak ni tak adillah. Tahu pula nak bagi yang elok untuk bos….lain kali tak adalah hadiah untuk kak Min!” Carl pura-pura merajuk. Dengan Jazmin, dia selalu berbual dan bergurau dan wanita itu juga senang berbual dengannya.
“ Tak apa…akak minta dengan bos.” Balas Jazmin.
“ Hoi, …. dengan kak  Min , PA  aku pun kau nak mengayat juga…takanlah kau tak tahu yang dia tu bini orang!” jerit Shah membuatkan Carl tersentak. Tebal mukanya di sound begitu. Dahlah ramai pula yang mendengar. Ramai staff sudah mengukir senyum tapi Carl tak berapa kisah sangat sebab mereka tahu sikapnya yang mudah mesra dengan sesiapa saja. Lainlah dengan Shah. Serius memanjang.
Jazmin tergelak. Terkocoh-kocoh Carl berlari mendapatkan Shah yang sedang menunggu di pintu lif.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...