Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 12 September 2013

cover Actually, I love you!





Salam buat semua,

Novel Actually, I love you! Akan keluar bulan Oktober ni di bawah terbitan KAKI NOVEL. Inilah covernya.

Tajuk asal novel ni adalah SEBENARNYA,…AKU CINTA DIA (SACD) tapi dah di tukar kepada ACTUALLY, I LOVE YOU! (AILU) oleh pihak penerbit bagi mengelakkan kesamaan tajuk dengan mana-mana novel yang pernah ada di pasaran sebelumnya. Maksudnya masih sama, cuma di tukar ke bahasa omputih.

Harap kalian dapat memberi sokongan untuk novel ini dengan mendapatkannya di kedai-kedai buku berhampiran atau beli terus dari Penerbitan Kaki Novel.

Sayang untuk anda semua! Muaah…..


ACTUALLY, I LOVE YOU!
ISBN:- 978-967-0448-46-6
JUMLAH MUKA SURAT:- 708
SEMENANJUNG: RM 23.00  AHLI KN: RM 19.00

SABAH/SARAWAK: RM 26.00  AHLI KN:RM 22.00


Sinopsis:- 
Tengku Amier mula tertarik dengan Nisreen sejak pertemuan pertama di rumah orang tuanya. Nisreen kemudiannya bekerja di Dynamic Holdings yang mana Tengku Amier adalah CEO syarikat itu. Terdesak untuk mendapatkan semula tanah yang telah digadai oleh ayahnya, Nisreen terpaksa bersetuju untuk berkahwin dengan Tengku Amier. Untuk itu dia telah membuat perjanjian bahawa perkahwinan mereka tidak akan diketahui sesiapa kecuali keluarga mereka sahaja. Kehadiran Haris, seorang duda anak satu benar benar membuatkan Nisreen buntu untuk membuat keputusan. Apatah lagi bila lelaki itu melamarnya sebagai isteri. Perlukah dia berterus terang tentang siapa dirinya yang sebenar? Sebenarnya… siapakah yang Nisreen cintai?

“Sebenarnya... cinta itu satu pengorbanan. Kerana aku cintakan dia, aku sanggup lakukan apa saja untuknya.”

9 comments:

  1. yes!!! dah lama tggu...akhirnya..

    ReplyDelete
  2. Salam Azieana, novela ini dh sampai ke tgn kak hari ni 01.10.2013@12.53noon, teruja sgt dgn auto dr penulis, terima kaseh!!
    ~ Aminah AR

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih .hrp dpt terus bg sokongan.

      Delete
  3. Salam Azieana, novel AILY dh sampai ke tgn kak hari ni 01.10.2013@12.53noon, tambah teruja sebab ada nukilan dari Azieana. Terima kaseh.
    ~ Aminah AR

    ReplyDelete
  4. Salam sis. I never read your story before. But to be honest, I love your story; Actually I love you. nice and interesting. Santai gitu... Love you sis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam.azwa.tq very much krn menyukainya.

      Delete
  5. best sgt novel ni..kalau jadi betul2 mesti best..

    ReplyDelete
  6. aziena,
    salam perkenalan, saya baru beli novel AILU di SMO book store smlm, dah rezeki awak, bila novel Kuli Rumah utk dia saya pulangkan kat kedai tu semula disebabkan x puas hati dgn mutu cetakannya ..dan saya tuarkan dgn nove ini saya tertarik dgn cover buku dn sinopsis hrp dpt memuaskan hati saya..saya akan komen semula lepas khatam novel ni..selamat berkarya ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq Jue-diva sbb memilih AILY. Sy hrp Jue akan terhibur mbacanya. yg baik itu dtgnya dr Allah & yg buruk itu dtgnya dr kelemahan sy sdiri.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...