|
DIYA
sibuk memeriksa stok kain yang baru sampai di dalam gudang. Dia perlu pastikan
pesanan yang di buat menepati dan tidak berlaku kesilapan. Kalau ada, nanti
jenuh pula nak menyelesaikannya. Bukannya perkara yang mudah, perlukan beberapa
prosedur untuk memastikan semuanya berjalan dengan baik dan lancar. Tambahan
pula, sejak kebelakangan ini, tempahan batik dari beberapa butik amat
memberangsangkan. Ada juga tempahan dari badan-badan berkanun untuk beberapa
acara. Kadang-kadang tak menang tangan di buatnya. Nasib baiklah sekarang ini,
dia mengambil ramai pekerja yang terdiri dari budak lepasan sekolah yang
berminat dalam bidang ini. Apa salahnya dia memberi mereka peluang untuk
mengembangkan bakat. Elok juga dari buat kerja yang tak berfaedah. Tapi
kebiasaannya, mereka hanya bekerja sementara saja, bila dah bosan atau dapat
tawaran belajar atau bekerja, mereka berhenti. Diya tak kesah. Jangan di paksa,
itu hak mereka.
“ Diya, semua stok kain sudah beres
di punggah.” Kata Hassan yang menjadi penyelia kilang batik itu.
“ Ya, terima kasih. Abang Hassan
tolong pastikan semuanya dalam keadaan baik dan abang Hassan tahukan apa yang
sepatutnya di lakukan selepas ini.” Diya memandang Hassan yang nampak sudah
berpeluh-peluh. Beberapa orang pekerja lelaki juga sudah berehat melepas penat
di luar gudang selepas selesai memunggah stok kain ke dalam gudang. Diya sempat
menghadiahkan senyuman buat mereka.
“ Abang Hassan, abang Hassan ambil
duit ni…belilah apa-apa yang patut untuk mereka sekarang. Kesian…sampai
berpeluh-peluh.” Diya menghulurkan beberapa keping not RM50 kepada Hassan.
“ Banyak ni Diya.” Hassan memandang
wajah Diya dengan wajah tercengang.
“ Tak apalah, rezeki dia orang.
Abang Hassan tanyalah dia orang nak makan apa, belikan juga untuk yang lain.
Mereka pun penat juga bekerja.” Balas Diya.
Hassan menghampiri anak buahnya.
“ Hmm…korang nak makan apa ni, cik Diya nak belanja.” Dari jauh Diya
mendengar Hassan bertanya.
“ Nasi lah bang Hassan, alang-alang ada yang sudi belanja, nasi special sikit.” Suara Aznan sambil
mengibas-ngibas mukanya dengan surat khabar lama.
“ Yang lain?” tanya Hassan lagi.
Mana tahu orang tak mahu nasi.
“ Tak kisahlah bang, dah ada yang
sudi belanja….kami on aje!” balas
Moin sambil tersengih.
“ Hmm…oklah. Anan, kau ikut abang.”
Ajak Hassan.
“ Saya?” Aznan menunjukkan jari
telunjuknya ke muka.
“ Yalah….kenapa?....ada masalahke?”
serius muka Hassan memandang wajah Aznan. Tak puas hati kerana dia yang jadi
kuli Hassan. `Kenapa aku? Orang lainkan ada!` Aznan menarik muka masam.
“ Banyak songeh lah kau ni. Kalau
kau ikut, abang kasi kau nasi lagi double special punya, nak?” Hassan
menggula-gulakan Aznan.
“ Ya? Kalau macam tu…ok, set. Jom. Dah nak kecur air liur saya ni
bang.” Bersemangat pula Aznan bangun menghampiri Hassan sambil
tersengih-sengih. Sempat juga dia menaikkan kening pada kawan-kawannya yang
lain.
Diya yang mendengar perbualan
mereka hanya tersenyum. Kadang-kadang gelagat merekalah yang membuatkan hatinya
terhibur hingga mampu melupakan seketika masalah yang di hadapinya hampir
setahun lebih.
“ Diya, abang Hassan pergi dulu.
Er…Diya nak pesan apa-apa tak?” sempat lagi Hassan melaung sebelum keluar dari
kilang batik itu.
“ Tak ada apa. Diya balik makan
tengahari kat rumah.” Laung Diya juga.
“ Ok, abang Hassan pergi dulu!”
laung Hassan lagi.
Diya menggangguk kepala dan terus
mengatur langkah ke pejabat.
Selepas keluar dari kilang, Diya
mengatur langkah ke arah kereta Ford Fiesta miliknya yang berwarna merah. Ayah
yang hadiahkan untuknya tahun lepas selepas dia bersetuju untuk bekerja di
kilang batik itu.
Diya memakirkan keretanya di
hadapan sebuah bangunan. Di depannya tertulis nama Butik Hasmah. Butik itu
adalah milik ibu dan kini Diya juga yang menguruskannya. Sesekali sahaja ibu
datang sebab selepas Diya ambil alih, ibu banyak menghabiskan masa di rumah.
Katanya, dia mahu berehat. Biarlah anak-anak dan suami yang menguruskan asset
dan harta keluarga, dia akan menjaga makan minum mereka sekeluarga.
“ Assalamualaikum!” Diya memberi
salam sebaik sahaja kakinya melangkah masuk ke butik itu.
“ Waalaikumussalam, ceria aje muka.
Ada apa-apake ni?” Amalia menghampiri Diya sambil mengukir senyum.
“ Tak ada apalah….hmm…ramai
pelanggan hari ini?” tanya Diya bila tiada pelanggan yang berkunjung ke butik
tika ini. Diya melihat Suria dan Atikah sedang asyik memasangkan kain batik
pada patung. Butik Hasmah memang di khususkan untuk jualan kain batik. Pelbagai
jenis batik di jual dengan pelbagai harga. Mengikut kualiti dan corak kain.
Butik itu menjadi tarikan sebab tempatnya yang agak strategi serta mempunyai
pelbagai pilihan. Kalau musim cuti dan raya, pekerja tak akan menang tangan
melayan pelanggan. Dan yang paling seronok bila ada pelanggan dari luar datang
ke butik itu. Mereka akan ambil mana yang berkenan, tak ada tawar menawar
terutama kalau pelanggan itu dari negara Brunai. Tersenyum lebarlah pekerja
butik itu bila mereka dapat banyak tips.
Diya masuk ke dalam bilik yang di
jadikan ruang pejabat. Dia menguruskan beberapa perkara dan membuat beberapa
panggilan yang berkaitan dengan urusan kerja. Sekarang ini, butik dan kilang
banyak menerima tempahan dari pejabat kerajaan. Mereka mahukan corak yang
ekslusif yang hanya di khususkan untuk pekerja mereka sampaikan ada kalanya dia
dan pekerja tak menang tangan. Tapi dia tak mengeluh kerana itu adalah rezeki
dia , pekerja kilang dan juga pekerja
butik.
Diya mengeluh perlahan sambil
meraup wajahnya. Sejak kebelakangan ini dia benar-benar kepenatan
menguruskannya. Nasib baiklah ibu ada, ibu juga banyak memainkan peranan kerana
ibu sudah banyak pengalaman. Dia masih lagi belajar dan masih perlu banyak
menimba ilmu kalau mahu lebih berjaya.
Diya memasukkan tangannya ke dalam
beg tangan, mencari telefon bimbitnya yang sedang berlagu. Dia mengeluh
perlahan sebai sahaja melihat nama yang tertera di skrin.
“ Hello, Assalamualaikum!” Diya
memberi salam.
“ Waalaikumussalam, Diya sihat?”
suara Aniq kedengaran di hujung talian.
“ Sihat. Abang Aniq kat mana
ni?...tempat kerja ya?” Diya sekadar berbasi. Kalau tak layan, bimbang lelaki
itu akan berkecil hati. Sedangkan lelaki itu tak pernah pun menyakiti hatinya.
Dia yang selalu bersikap endah tak endah saja dengan lelaki itu. Timbul rasa
kasihan mengenangkan betapa setia dan baiknya lelaki itu. Dan sehingga ke hari
ini status tentang dirinya tidak pernah dikhabarkan dan ada kalanya dia sendiri
hampir terlupa dengan statusnya. Adakah ini satu petanda yang baik atau sebaliknya?
“ Nope,…I want to give you a big surprise!” ceria suara Aniq
membuatkan hati Diya menjadi hampir semput. Jangan…jangan dia nak datang sini.
“ A big surprised?...are you kidding me?” hampir tak terkata Diya di
buatnya. Kalau betul, macam mana? Lelaki itu selalu sahaja muncul di depannya
tanpa sebarang amaran. Selalu bikin hatinya semput.
“ I`m here.” Mata Diya bulat dan mulutnya ternganga melihat wajah
Aniq betul-betul muncul di hadapannya. Hampir telefon yang di pegangnya
terjatuh.
“ Ops!” Diya menutup mulut.
Aniq tergelak kecil. Seronok dapat
memberikan kejutan itu. Dia mengatur langkah ke arah Diya yang sedang berdiri
kaku macam patung cendana. `Tak apa, cantik pun. Rasa nak peluk cium aje kalau
boleh. Tapi belum halal, sabar ajelah.`
“ Er…macamana….tiba-tiba aje….tak
bagi tahu pun nak datang.” Kata Diya sambil menarik muka masam. Geram dengan
sikap lelaki itu. Selalu membuat kejutan dengan muncul tiba-tiba. Nasib baik
dia tak melatah.
“ Just for you, my lovely girl!” Aniq mencium seketika jambangan
mawar merah sebanyak 12 kuntum sebelum menyerahkan pada Diya yang sedang
menelan liur. Terharu sebenarnya menerima jambangan itu. Hampir menitis air
matanya. Kalaulah, pemberi bunga itu adalah suaminya, saat ini juga tubuh
lelaki itu di peluk seeratnya. Tapi kenyataanya, itu hanyalah khayalan
semata-mata kerana yang berdiri di depannya sekarang adalah Aniq. Lelaki yang memang
mendambakan dia, begitu setia menunggu dia tanpa mengetahui siapa dia yang
sebenarnya. Perlukah dia berterus-terang sekarang ini?
“ Thanks, Diya suka bunga ni
dan Diya sayangkan orang yang memberinya.” Ucap Diya selepas mencium jambangan
itu. Kalau tak puji, nanti lelaki itu kecil hati.
Senyuman manis terukir di bibir
Aniq. Berbaloi rasanya kepenatan dia hari ini. Sanggup memandu sejauh ini
semata-mata rindukan gadis itu.
“ Ehem….ehem….” Diya dan Aniq
menelan liur saat Amalia muncul di muka pintu dengan wajah semacam.
Semacam?...ya, wajah yang menceritakan seseuatu yang membuatkan dia akan rasa
malu nanti.
“ Amboi, patutlah muka ceria aje
dari tadi, dah tahu rupanya buah hati nak datang ya!” usik Amalia. Ha, kan
betul. Kata-kata Amalia membuatkan wajah Diya menjadi merah dan panas, apa lagi
bila Aniq sedang asyik merenungnya. Mencari maksud di balik usikan Amalia itu.
“ Diya tunggu abang ya?” Aniq
merenung wajah Diya, lama membuatkan Diya tak tahu mana nak letak mukanya.
“ Hish….mana ada, si Lia ni saja je nak kenakan Diya. Sibuk betul!” Diya
menjeling ke arah Amalia yang sudah tersengih.
“ Erm…you all berdua ni nak minum, Lia buatkan!” kata Amalia.
“ No,thanks. I ingat nak ajak Diya keluar lunch, bolehkan?” Aniq bersuara tapi dia berharap agar Diya bersetuju.
“ I think that is not a good idea, Diya syorkan abang Aniq ikut Diya balik rumah….Diya dah cakap dengan
ibu yang Diya nak makan kat rumah hari ni pagi tadi, apa kata ibu nanti bila
tiba-tiba kita makan kat luar.”
Aniq menarik nafas seketika. Kecewa
bila ajakannya di tolak tapi sekurang-kurangnya dia masih dapat makan tengahari
bersama Diya hari ini. Berbaloi juga.
“ Ok…selamat duit abang,” balas
Aniq sambil meletakkan tangannya di dada. Pura-pura lega kerana duitnya selamat.
“ Menyampah, macamlah dia tu miskin
sangat,” cebik Diya membuatkan Aniq tersenyum. Bahagianya.
“ Selamat sebab duit tu boleh guna
untuk mas kawin nanti, betulkan abang Aniq,” Amalia mencelah.
“ Betullah kut. Agak-agaknya berapa
hantaran mas kawin untuk Diya?” kata Aniq membuatkan Diya tersedak dan
terbatuk-batuk.
“ Tanyalah empuanya diri, mahallah
kut sebab orangnya cantik. Kalau macam Lia ni ada diskaunlah sikit sebab muka
kita tak lawa mana pun!” Amalia
menjawab.
Aniq menggaru-garu kepala sambil
memandang wajah Diya yang sedang gelisah.
“ Dah…dah…..kita tutup bab ni,”
Diya mengangkat tangannya agar isu itu
dihentikan bicara. Dia mula rimas.
Diya menghubungi Pn. Hasmah dan
memaklumkan tentang kedatangan Aniq.
“ Abang Aniq, jom…balik rumah Diya,
ibu dah tunggu kat rumah!” ajak Diya sambil mencapai beg tangannya.
“ Amboi, bukan main laju lagi ajak
bakal suami balik makan rumah bakal mak mertua. Hai….tak lama lagi , dapatlah I
makan nasi minyak. Dah terbau-bau dah ni…” usik Amalia sambil menaik-naikkan
hidung gaya mencium bau.
“ Aduh!, sakitlah.” Amalia
menggosok-gosok lengan yang yang sakit akibat di cubit oleh Diya.
Diya menjeling ke arah Amalia.
Geram dan malu dengan usikan Amalia. Kalaulah mereka tahu yang dia tu sudah
bergelar isteri….
“ Jaga kedai ni elok-elok, jangan
nak mengular pulak….Diya potong gaji
nanti!” kata Diya sambil berjalan keluar ke pintu di ikuti oleh Aniq dan
Amalia.
“ Potong gaji tak apa…jangan potong
yang abang Aniq punya tuuut……bahaya, cukuplah sekali potong aje! Betul tak,
abang Aniq?” Amalia tergelak-gelak ketawa.
Aniq tergamam mendengar usikan
Amalia. Merah mukanya.
“ Hish…tak senonoh betul, otak
kuning. Jom, jangan di layan perempuan tak betul ni, nanti berjangkit, lagi
bahaya!” terkocoh-kocoh Diya keluar dari butik itu diikuti oleh Aniq.
“ Nak pergi naik kereta mana ni?”
tanya Aniq bila Diya menghampiri keretanya.
“ Kereta Diya aje, abang Aniq kan
penat driving tadi….nanti boleh rehat
kat rumah Diya…” kata Diya sambil membuka pintu keretanya.
“ Abang drive.” Pinta Aniq.
“ Tak apa, abang Aniq duk relaks kat sebelah Diya aje….Diya ni pemandu yang berhemah,
selamat punyalah!” Diya tergelak kecil.
Aniq hanya diam. Bukan dia tak tahu
perangai Diya, suka mencelok. Amin dah pun menceritakannya. Pernah seluar Amin
basah akibat terkencing semasa mereka sekeluarga bercuti di Pulau Pinang
baru-baru ini. Diya yang beria-ria mahu memandu walaupun dia menegah, malah
siap merajuk tak nak pergi bercuti dan Diya jugalah yang mahu dia menaiki
kereta bersama walaupun dia menolak. Kalau nak ikutkan baik dia yang memandu
atau pun naik satu MPV dengan ibu, ayah, Mazni dan juga Fauzan. Bukannya dia
tak tahu yang Diya ni, kalau dapat
pegang streng punyalah bawa laju, siap dengan drift dan corner leper
sampai tak ingat dunia. Brutal betul bawa kereta, tak padan dengan perempuan.
Lepas tu, sumpah dia tak nak tumpang kereta Diya lagi melainkan dia yang
memandu. Sewaktu Amin menceritakan hal itu. Sempat juga dia membayangkan wajah Amin
dengan seluarnya yang basah. Kelakar. Punyalah dia gelak sakan sampaikan dia
pun hampir terkucil sama.
`Hai, kalaulah aku tunjuk skill
memandu aku, terkucil anak orang nanti` Diya tergelak kecil sambil menghidupkan
enjin kereta. Wajah Aniq di pandang sekilas. Begitu juga dengan Aniq. Akhirnya
mereka saling berbalas senyum.
ANIQ
berbual dengan Amin dan En. Jamaluddin di ruang tamu selepas balik dari masjid.
Diya membantu ibu dan Tuti di dapur menyiapkan makan malam. Mazni dan Fauzan
sedang menyiapkan kerja rumah dalam bilik masing-masing. Pn. Hasmah yang tak
mahu Mazni membantunya di dapur kerana dia mahu anak gadis itu menumpukan
perhatian pada pelajaran. Cuma hari
minggu saja Mazni di benarkan menolong di dapur.
“ Diya, panggilkan Mazni dan Fauzan. Ibu nak
panggilkan ayah, along dan Aniq kat ruang tamu,” suara Pn. Hasmah bila hidangan
sudah siap di meja makan.
“ Baik, bu.” Tanpa berlengah dia memanjat tangga
untuk ke bilik Mazni dan Fauzan.
“ Maz, jom makan!” Diya menjenguk kepalanya di bilik
Mazni selepas memberitahu Fauzan.
“ Ya, kejap lagi Maz turun.” Mazni memandang wajah Diya
sambil tersenyum.
“ Hm…banyakke homework?”
Diya melangkah masuk ke bilik Mazni.
“ Biasa aje. Kak Diya tak temankan abang Aniq
berborakke?” Mazni memandang wajah Diya yang ralit membelek buku latihan Mazni.
“ Along dan ayah kan ada. Lagi pun, dia tu kawan
along. Bukannya kawan kak Diya.” Acu tak acuh Diya menjawab membuatkan Mazni
tergelak kecil.
“ Apasal gelak tetiba ni. Apa yang lucunya?”
berkerut dahi Diya memandang wajah Mazni. Buku latihan matematik yang
dipegangnya tadi di letak di atas meja.
“ Bukanke abang Aniq tu bakal pakwe kak Diya!” Mazni
menaikkan keningnya.
Diya mencubit pipi Mazni membuatkan gadis itu
mengaduh kesakitan sambil menggosok-gosok pipi yang rasa sedikit pedih.
“ Kak Diya masih tunggu abang Shahke?” Mazni
memandang wajah Diya yang mula bertukar muram.
“ Dah setahun lebih kak Diya tunggu dia. Tapi sampai
sekarang dia tak datang. Sampai bila kak Diya nak tunggu…” timbul rasa simpati
Mazni pada Diya. Memang pada luarannya Diya nampak ceria tapi dalamannya hanya
dia dan keluarga Diya yang tahu.
“ Dah, jom turun makan. Semua orang dah tunggu kat bawah.”
Diya segera mengangkat punggung untuk meninggalkan bilik itu.
“ Sorry,
kalau kata-kata Maz tadi menyinggung perasaan kak Diya. Maz tak ada niat nak
kecilkan hati kak Diya. Maz sayangkan kak Diya….sayaaang sangat!” Mazni
mencapai tangan Diya, di genggam erat dan di kucupnya perlahan.
“ Ya, kak Diya tahu…dahlah, kita turun .” Diya
memeluk erat bahu Mazni dan mereka turun bersama.
Diya dan Mazni menyertai mereka yang lain di ruang
makan. Berselera dan meriah betul suasana malam ini.
“ Tambah lagi Aniq, jangan malu.” Pelawa En.
Jamaluddin.
Aniq mengangguk perlahan. Tersenyum lebar dia
melihat lauk yang terhidang di atas meja. Kena dengan seleranya.
“ Uncle dan auntie tak kesahke kalau Aniq menumpang di sini sehari dua?” Aniq memandang
wajah En. Jamaluddun dan Pn. Hasmah sebelum memandang wajah Diya.
“ Uncle lagi suka. Tapi uncle yang risau kalau Aniq
yang tak selesa pulak nanti!” En.
Jamaluddin bersuara.
“ Eh, tak adalah. Aniq seronok sangat datang sini.
Rasa meriah saja. Kalau kat rumah, Aniq hanya seorang diri…mengadap muka mummy dan daddy saja. Di sini ada
Amin, Diya, Mazni dan Fauzan. Aniq dah rasa mereka ni semua macam keluarga
Aniq.” Kata Aniq.
Ya, dia memang seronok dapat berada di sini,
terutama sekali bila dapat memandang wajah Diya. Sebelum datang sini, daddy ada mencadangkan dia agar bercuti
di luar negara atau mana-mana tempat percutian yang menarik untuk merehatkan
minda tapi dia lebih memilih untuk menghabiskan masa di sini.
“ Esok, boleh Diya bawa abang ke kilang batik. Abang
teringin nak tengok aktiviti dia orang.” Aniq memandang wajah Diya. Gadis itu
hanya diam. Tak banyak benda yang di bualkan.
“ Boleh, apa salahnya.” Balas Diya perlahan.
Aniq tersenyum. Senang mendengar persetujuan Diya.
“ Dua minggu lagi, Amin ni akan kawin. Aniq
datanglah ya. Kalau boleh…ajaklah orangtua sekali.” Pn. Hasmah mengajak.
Dia tahu Amin
pasti sudah memberitahu hal itu tapi tak salah kalau dia menyatakannya juga.
Sudah hampir 6 bulan perkahwinan Amin di tangguhkan atas permintaan Amin
sendiri dan di persetujui oleh Misha. Bukan apa, dia tak nak Diya sedih bila
majlis perkahwinannya di buat secara meriah tapi perkahwinan Diya….tapi setelah
dia melihat Diya dah mula dapat terima keadaannya dan mula sibuk dengan kerja,
Amin mengambil keputusan meneruskan niatnya untuk berkahwin.
“ InsyaAllah. Daddy
dan mummy memang ada niat nak datang
sini. Mummy suka sangat dengan batik
yang auntie hadiahkan hari tu. Dia tak sabar nak datang dan memilih sendiri
corak batik yang di jual di sini.” Akui Aniq membuatkan bibir Pn. Hasmah
menguntum senyum. Gembira kerana pemberiannya di hargai.
“ Nanti kau jadi pengapit aku. Mudah-mudahan lepas
ni giliran kau pula naik pelamin.” Celah Amin membuatkan pandangan Aniq beralih
ke arah Diya. Ingin melihat reaksi Diya
tapi sayang, Diya sepertinya tidak peduli dengan kata-kata itu. Dia seperti
berada di alam lain. Lebih banyak termenung. Aniq mengeluh perlahan. Melihat
Diya yang begitu membuatkan seleranya terbantut tiba-tiba.
“ DIYA,
ibu pun tak faham dengan perangai Diya. Nak kata bodoh, belajar sampai habis di
university tapi berfikir macam orang tak ada akal.” Rungut Pn. Hasmah. Geram
betul dengan sikap Diya yang ambil tak endah aje dengan apa yang berlaku pada
dirinya. Takkanlah Diya tak fikirkan pasal keluarga. Kalau tahu dek orang
kampung nanti, kecoh pula. Biasalah, mulut manusia ni bukannya senang nak tutup
macam mulut tempayan.
“ Ibu, Diya nak buat macam mana kalau inilah nasib
Diya. Ibu nak Diya meraung, menangis bagai sampai jadi buta macam Kasim Selamat
yang kena tinggal dengan Sabariah dalam Ibu Mertuaku?” jawab Diya selamba
membuatkan Pn. Hasmah terkedu. Terpaksa juga di menahan ketawa, takut meletus
keluar. Dia punyalah serius marahkan Diya, alih-alih itu jawapan Diya. Lawak
juga!
“ Mana ada ibu suruh Diya buat macam tu. Takkanlah
ibu nak anak ibu ni jadi cacat. Apa yang ibu nak, Diya kena ikhtiar dan
usahakan sesuatu supaya masalah Diya cepat selesai. Ini….menunggu dan terus
menunggu, hasilnya?....dah setahun lebih Diya. Dah banyak pinangan yang ibu dan
ayah tolak sebab Diya ni….” Pn. Hasmah mendengus perlahan. Susah betul nak
berurusan dengan Diya ni. Keras kepala. Cakap orang nak nak dengar. Habis….yang
dia tu, asyik termenung aje kerjanya bila balik kerja. Bila masalah nak selesai.
Suruh pergi KL, cari budak Shahrul tu tak mahu. Takkanlah nak tunggu budak tu
datang, kalau lelaki dah berjanggut agaknya si Diya ni.
“ Kalau dia memang jodoh Diya, dia akan datang pada
Diya….ibu percayalah.” Kata Diya perlahan agar ibunya memahami diri dia.
Bukan dia tak nak cari, tapi kalau apa yang
diterimanya nanti tak seperti yang di harapkan, macam mana. Walaupun dia baru
kenal Shahrul, tapi serius…dia memang sukakan lelaki itu. Tak salah kalau dia
katakan cinta pandang pertama. Sebab tu hatinya berdetak hebat saat dia
memandang wajah lelaki itu. Bukan seperti apa yang dia rasa ketika memandang
wajah Aniq. Perasaan yang biasa saja dan sampai sekarang perasaan dia pada Aniq
tetap sama. Apa boleh dia buat, dah hati dan perasaannya begitu. Bukan boleh di
paksa-paksa. Ibu aje yang tak faham sebab ibu bukan berada di tempatnya. Diya
menahan sebak.
“ Entahlah, ibu pun tak faham dengan perangai Diya
ni….Diya buatlah apa yang Diya rasa patut. Agaknya Diya seronok hidup seperti
orang yang di gantung tak bertali beginikan!” Akhirnya Pn. Hasmah mengalah dan
pasrah. Tak ada gunanya dia memberi apa-apa saranan lagi kalau hati Diya tetap
ke arah itu. Bukan senang nak pusing-pusing hati orang ni, bukannya main tekan remote aje. Dia hanya berharap dan berdoa
agar masalah Diya akan cepat selesai.
Pn. Hasmah
mendengus perlahan. Balik-balik itulah jawapan yang di berikan oleh Diya sejak
dari dulu. Naik jenuh dia mendengarnya tapi di sabarkan juga.` Kalau dia memang
jodoh Diya, dia akan datang pada Diya!`
“ Kalau macam tu….ibu keluar dulu.” Pn. Hasmah
mengangkat punggung.
Diya mengangguk perlahan. Dia masih lagi
membelek-belek telefon yang ada di tangan. Masih mengharapkan ada panggilan
telefon dari orang yang di tunggunya selama ini.
“ Diya….”
Diya memandang wajah ibunya yang sedang berdiri di
tepi pintu.
“ Ya, ada apa bu?” tanya Diya dengan dahi berkerut.
“ Diya masih tak nak bagi tahu Aniq tentang status
Diya?...ibu tahu, dia masih lagi mengharapkan Diya dan ibu percaya, Diya faham
tentang perasaan dia terhadap Diya kan?” Pn. Hasmah merenung seketika wajah
Diya. Mengharapkan ada jawapan yang positif dari mulut Diya. Bukan dia tak
berkenan dengan Shahrul, tapi sampai sekarang dia tak tahu apa yang sebenarnya
berlaku pada lelaki itu.
“ Erm…Diya akan jelaskan pada dia nanti, tapi bukan
sekarang.” Balas Diya.
Pn. Hasmah menarik nafas panjang. Kesal dengan
jawapan Diya. Apa nak jadi dengan anaknya, keras kepala dan degil. Tak mahu
menerima pendapat orang. Adakalanya dia jadi geram dengan perangai Diya tu.
“ Susah-susah ibu aje yang bagi tahu dia.” Kata Pn.
Hasmah.
“ Jangan ibu,” cepat-cepat Diya menegah.
“ Sayang, tak baik Diya buat orang menaruh harapan.
Cuba Diya letakkan diri Diya pada tempatnya. Apa yang akan Diya rasa kalau
kasih yang di hulur …sampai sekarang tak bersambut, kecewakan?” kata-kata Pn.
Hasmah membuatkan Diya tersentak.
Ya, betul kata ibu. Tapi …bagaimana caranya aku nak
berterus-terang dengan abang Aniq? Aku tak sampai hati. Kalau nak suruh ibu
atau along yang bagitahu…dapatkah dia terima? Dia terlalu baik. Kalaulah aku boleh
terima dia…kalaulah….
Perkataan `kalau` itu berlegar dalam fikirannya.
Begitu mudah untuk menyebut perkataan `kalau` itu tapi untuk
merealisasinya….terlalu sukar. Zalimkah dia mengecewakan perasaan lelaki sebaik
Aniq itu?
best...
ReplyDeleteTak sabar nak tunggu sambungannya
ReplyDeletenice st
ReplyDelete