Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 15 August 2013

Cerpen : Harga Sebuah Kebahagiaan



B
ERAMBUS kau dari sini, aku tak nak tengok muka kau lagi!” Mak Mimah bertempik sambil tangannya lurus menunjuk ke arah pintu yang ternganga luas. Wajahnya yang berang itu pasti menakutkan sesiapa yang melihat. Suaminya sendiri turut menikus. Ya, Pak Junus benar-benar rasa kecut perut melihat wajah isterinya. Macam singa lapar. Namun, saat itu, mata Pak Junus masih sempat melirik ke arah gadis manis yang sedang menangis di tepi dinding sambil menutup mukanya di lutut.
“ Hei, Lina….kau dengar tak apa yang aku cakap ni?....kau pekakke apa ha?” kali ini Mak Mimah rasa kesabarannya sudah hilang dek melihat kebisuan dan kedinginan Salina. Hanya menangis di tepi dinding sambil menekup muka pada kedua-dua kakinya. Rambut Salina di tarik kuat membuatkan air mata Salina semakin laju mengalir keluar.
“ Aduh, sakit makcik! …tolong makcik….jangan buat Lina macam ni. Lina mohon!” Salina merayu sambil merapatkan kedua tangannya.  Tapi sayang, rayuan Salina tidak sedikit pun melembutkan hati Mak Mimah yang di hasut syaitan.
“ Ah….aku peduli apa. Kau tak dengar apa yang aku cakap tadi?....aku nak kau keluar dari rumah ini sekarang jugak. Kau faham!” jerit Mak Mimah sambil bercekak pinggang. Nafasnya kedengaran begitu kuat, macam kerbau nak berlaga, kembang kempis hidungnya menahan amaran yang bersarang di dada.
“ Tapi…kat mana Lina nak pergi?...lagi pun, sekarang ni dah tengah malam….benarkanlah Lina tidur semalaman di sini, esok Lina akan pergi dari rumah ini.” Salina tetap mengharapkan permintaannya akan di dengari oleh Mak Mimah.
Pak Junus memandang wajah Salina yang sudah lecun dengan air. Timbul rasa simpatinya pada gadis itu. Tapi, sebenarnya…semua yang berlaku ini berpunca dari dia. Kalau bukan kerana sikap rakusnya, semua ini tak akan berlaku. Hamimah tak boleh salahkannya kerana sikap dan layanan Hamimah membuatkan dia bertindak begitu. Bukan dia tak sayangkan isterinya tapi kadangkala apa yang di dapati dari Hamimah tidak seperti yang dia mahukan. Dia mahukan lebih dari itu. Dan kerana itu juga, dia sering mencari jalan lain untuk memuaskan nafsunya sehinggakan dia sanggup nak merosakkan anak saudara Hamimah. Sudah lama dia mahu mendapatkan Salina tapi sayang, sering kali ada gangguan sehingga menyebabkan beberapa kali dia menggigit jari. Mana boleh tahan, hanya mampu di pandang tapi tak boleh merasa!
Bagi Junus, Salina seperti pokok getah muda yang belum di toreh dan dia mahu jadi orang pertama yang menorah. Matanya sentiasa liar memerhati setiap gerak geri gadis berusia 18 tahun itu. Bukan hanya cantik tapi cukup mengiurkan. Bukan macam Hamimah, yang sudah berkedut dan beruban. Nak pandang dan nak peluk pun berfikir beberapa kali.  Kepada Salina, dia berpesan agar tindakannya tidak di khabarkan pada Hamimah kalau tidak mahu perkara buruk berlaku. Dan kerana itu juga, Salina sentiasa mengelak bila berjumpa dengannya. Gadis itu banyak berkurung kalau dia ada di rumah.
“ Mimah, Lina nikan anak saudara Mimah….takkanlah Mimah tergamak nak mengusir dia dari rumah ni.” Pak Junus menghampiri isterinya. Bahu isterinya di pegang dengan harapan dapat memujuk.
“ Bang, Mimah ni dah lama bersabar….sampaikan dia boleh pijak kepala Mimah ni….takkanlah Mimah nak biarkan dia tinggal di sini lagi.” Balas Mak Mimah sambil merenung tajam wajah Salina.
“ Kalau selama ini Mimah boleh bersabar, kenapa Mimah tak boleh bersabar untuk satu malam ni aje. Esok, biarlah dia pergi. Lagi pun, sabar itukan sebahagiaan daripada Iman.” Pujuk Pak Junus lagi.

 Dia mengukir senyum  ke arah Salina yang sedang mengetap bibir. Sakitnya hati mendengar pujukan lelaki yang tak sedar diri itu. Sabar itu sebahagiaan daripada Iman, konon. Poorah….mengata memang senang tapi nak merialisasikannya, cukup susah.  Kenapa dia tak praktikkan dalam hatinya. Kalau ada sifat sabar, takkanlah dia sanggup nak merosakkan dirinya, bukan hanya hari ini, tapi dah berkali-kali dicubanya. Hanya kali ini sahaja, Allah nak tunjukkan sikap sebenar manusia yang bernama Junus, yang konon-kononnya mengaku alim dan baik. Tapi sayang, suami Mak Mimah rupa-rupanya syaitan yang bertopengkan manusia. Manusia yang rakus dan manusia yang sentiasa mengikut hasutan syaitan. Manusia yang hidup  bergelombang dengan dosa. Hanya Mak Mimah yang buta hati menilai dan mengenal siapa sebenarnya suami yang dia kahwini selama hampir 5 tahun ini.
“ Abang, abang masih lagi nak buat baik dengan budak tak sedar diri ni. Selama ini, Mimah yang bagi dia makan…tapi, sanggup pula dia nak goda suami Mimah. Memang melampau betul budak ni, kalau ikutkan hati aku yang sakit ni, aku cincang-cincang aje sampai mati…tuih!”
Mak Mimah meludah ke lantai. Sakit sungguh hatinya nak memandang wajah anak saudaranya itu. Nasib baiklah hanya 2 tahun saja dia menjaga Salina selepas kematian orangtuanya dalam kemalangan. Bukannya dia nak jaga pun si Salina ni, tapi dia dan Shahdan hanya dua beradik saja. Kalau dia tak jaga Salina, apa kata orang kampung pula. Nak tak nak terpaksalah dia jaga. Lagi pun, dia baru mulakan hidup dengan suami baru. Dah ada pengacau.
“ Sudahlah, dah lewat malam ni. Apa pula kata orang kampung kalau dia orang dengar Mimah marah-marah macam ni. Mimah juga yang malu nanti, semua orang kampung tahu yang si Lina ni budak baik…” kata Pak Junus memujuk isterinya.
“ Ya, baik pada mata orang kampung. Pada mata Mimah, budak ni macam ular…nak membelit tuannya.” Kata Mak Mimah tak puas hati.
“ Jomlah…kita masuk tidur.” Pak Junus masih tetap mengusap bahu mak Mimah tapi matanya tetap memandang wajah Salina tanpa di sedari oleh mak Mimah.
“ Ingat, pagi esok…aku tak nak tengok muka kau dalam rumah ni lagi. Aku nak kau berambus. Pandai-pandailah kau nak hidup asalkan tak menyusahkan aku!” mak Mimah bersuara sambil menunjal kepala Salina sehingga terhantuk ke dinding. Salina tetap membisu. Tak guna dia bersuara lagi kalau hasilnya dia juga yang bersalah. Tadi pun, puas dia cuba menjelaskan bahawa bukan dia yang bersalah tapi pak Junus. Akibatnya, pipi Salina menerima habuan. Hampir lebam pipinya kena penampar. Bukan sekali dua tapi entah berapa kali sampaikan pipinya terasa kebas dan bibirnya pecah dan berdarah.


SALINA menepuk-nepuk perlahan beg sederhana besar yang di bawanya itu. Hanya beberapa helai pakaian saja yang mampu dia bawa, bersamanya juga dokumen penting yang mungkin berguna untuknya nanti. Selepas mak Mimah dan pak Junus masuk bilik, Salina tetap kaku di tepi  dinding. Meratapi seketika dirinya yang terpinggir sebelum melangkah perlahan masuk ke biliknya. Nasib baiklah mak Mimah tak ada anak hasil perkongsian dengan bekas suaminya dan suaminya sekarang. Kalau ada, tak tahulah hidupnya. Pasti lebih merana lagi. Beg kain yang sederhana besar di capai dan di masukkan beberapa helai baju. Setelah memastikan pasangan suami isteri itu tidur, Salina melangkah perlahan keluar dari rumah itu dalam suasana gelap. Memang betul tadi dia merayu untuk berteduh semalaman di rumah itu tapi bila di fikirkan balik, lebih baik dia segera keluar dari rumah itu. Untung nasib, keadaan di luar lebih baik dari dalam rumah itu walaupun dalam suasana gelap. Dan hasilnya, dia berteduh di surau kecil ini. Esok dia akan mencuba nasib lagi. Duit yang ada dalam simpanannya yang tak seberapa turut di bawa bersama, mungkin untuk bekalan sehari dua sebelum dia berpeluang mendapat kerja di mana-mana.
“ Lina, Lina…..” terpisat-pisat Salina menggosok matanya. Masih mamai sewaktu namanya di panggil.
“ Er…” Salina menggaru-garu lengannya yang gatal di gigit nyamuk. Banyak betul nyamuk yang menumpang teduh di surau itu bersamanya.
“ Pak Imam Musa!” Salina bangun dari tempat tidurnya. Wajah lelaki tua berusia 55 tahun itu di pandang dengan rasa sayu.
“ Kenapa kamu tidur di sini?...apa yang dah berlaku?” tanya pak Imam Musa selaku imam di surau itu.
 Pak Imam Musa turut duduk bersila berhadapan dengan Salina. Berkerut-kerut dahinya memandang wajah gadis itu. Ada bengkak di bibirnya dan pipinya juga ada lebam-lebam. Wajah pucat dan lesu itu di pandang dengan rasa belas. Bukan dia tak tahu nasib yang menimpa anak gadis itu tapi dia tak mampu nak menolong. Dia juga kenal siapa Hamimah. Emak saudara Salina dan dia juga kenal sikap Junus, suami baru Hamimah.
“ Er…Pak Imam, sekarang ni dah pukul berapa ya?” tanya Salina. Seboleh-bolehnya dia tak mahu bercerita tentang kisah malam tadi. Terlalu aib.
“ 5.30 pagi. Ni…kamu belum jawab lagi soalan pak Imam. Kenapa kamu tidur kat sini?...kamu kena halau dengan si Mimah ke?” pak Imam Musa memandang wajah Salina yang mula menunduk.
Pak Imam Musa mengeluh perlahan. Ternyata telahannya betul. Anak gadis ini pasti telah di halau dari rumah mak saudaranya. Dia mengeleng kepala. Penuh dengan rasa simpati.
“ Kenapa dia boleh halau kamu ni, Lina?...kamu ada buat salah ke?” soal pak Imam Musa.
Salina mengeleng kepala. Saat itu juga air matanya mula bergenang dan hidungnya mula berair. Perlahan-lahan air mata yang mula mengalir di kesat dengan tangan.
“ Si Junus tu buat hal dengan kamu, ya?” soal pak Imam Musa lagi.
Salina memandang wajah tua itu.
“ Jadi, betul? Dia ada buat perkara tak elok pada kamu?” macam polis pencen, Salina di soal pak Imam.
Salina makin tunduk. Serta merta wajah pak Junus terbayang di matanya. Bagaimana begitu rakusnya lelaki itu cuba bertindak ke atas dirinya. Tubuhnya di tindih lelaki itu walaupun dia berusaha merayu dan ketika itulah, bilik tidurnya di kuak dan tersembul wajah Hamimah dengan mata yang bulat. Terkejut melihat apa yang berlaku dan dengan segera Junus bertindak dengan memutar belitkan fakta mengatakan yang dia menggoda lelaki itu untuk masuk ke biliknya. Dengan wajah suci, lelaki durjana itu cuba menyakinkan Hamimah untuk mempercayai kata-katanya. Sedikit pun tidak menghiraukan keadaan Salina yang sedang membetulkan baju kurungnya yang terkoyak akibat di rentap oleh Junus dalam pergelutan tadi.
“ Habis, kamu nak pergi mana dengan beg begini?...kamu bukannya ada saudara mara yang lain. Hamimah tu satu-satunya saudara kamu.” Soalan pak Imam Musa mematikan lamunan Salina. Terpisat-pisat dia memandang wajah imam tua itu.
Memang betul. Dia tak ada saudara mara yang lain. Kawan? Adalah beberapa orang tapi sanggupkah mereka menolongnya. Kawan yang paling rapat dengannya, Aishah sudah pun melanjutkan pelajaran ke matrik. Tak sanggup dia nak menyusahkan temannya itu. Sekarang ini, hanya dia yang terkurung di sini.
“ Entahlah pak Imam. Lina tak tahu nak pergi mana…hanya mengikut langkah kaki. Kenapa?...pak Imam sanggup menolong Linake?” Salina memandang wajah pak Imam Musa. Amat besar hatinya kalau pak Imam dapat menolongnya.
Pak Imam Musa terdiam seketika.
“ Macam nilah Lina. Kejap lagi nak masuk solat Subuh. Lepas solat nanti, ikut pak Imam balik rumah. Nanti pak Imam bincang dengan mak Nab macam mana nak bantu kamu.” Akhirnya pak Imam Musa bersuara.
Salina mengukir senyum. Tak sangka masih ada yang sudi membantu. Selama ini, bukannya tak ada yang simpati dengan dia, tapi mereka tak sanggup nak berhadapan dengan mak Mimah. Mak saudaranya itu terlalu bangga diri dan menganggap dirinya begitu hebat. Orang lain semuanya kuno dan selekeh.
“ Terima kasih pak Imam. Terima kasih banyak.” Ucap Salina sambil mengesat air mata yang kembali bergenang di kelopak matanya. Air mata kegembiraan.

SALINA menggenggam kemas tali beg pakaiannya sebaik sahaja turun dari bas. Dia bukan lagi berada di kampung. Kini, kakinya sedang menjejak kawasan bandar. Salina menarik nafas, menghirup seketika udara bandar.  Dulu, selalu juga dia berkinjung ke sini bersama arwah ayah dan ibu. Setiap bulan, ayah pasti bawa dia ke sini sebaik saja dapat gaji. Kata ayah, dia mahu nikmati saat-saat indah bersamanya dan arwah ibu. Selepas arwah ayah dan ibu tiada, rumah mereka telah di sewakan dan duitnya di ambil oleh mak Mimah. Bila dia bertanya, “ Duit sewa rumah tu aku guna untuk makan minum kau, kau ingat aku nak jaga dan bagi makan pakai kau ni free aje ke?...kau fikir, aku ni buat khidmat kebajikan untuk kau?”
Salina hanya diam. Sudah tak berani nak bertanya, bimbang di marah lagi. Bukannya Salina tak tahu,duit sewa rumah tu mak Mimah guna untuk keperluan dia dan suaminya, pak Junus. Mak Mimah bukannya orang tak berduit. Bekas suaminya dulu ada bagi harta untuk dia, malah harta arwah datuk dan nenek juga banyak dia dapat tapi sejak berkahwin baru, satu persatu harta pusaka di jualnya dengan alasan untuk buat modal pak Junus berniaga tapi sampai sekarang tak nampak hasilnya. Kerja pak Junus hanya makan tidur, makan tidur, merayap dan berjoli. Tapi mak Mimah tak pernah kesah. Bukan apa, mak Mimah ikutkan aje sebab sayangkan pak Junus. Suami yang muda hampir 10 tahun darinya. Sayangkan suami sampaikan harta benda tergadai. Nasib baiklah geran tanah milik arwah ayah di jaga oleh oleh pak Imam Musa. Kalau tak, pasti habis di gadainya.
Kaki terus di hayun sehingga dia berhenti di sebuah stesen bas. Tangan kanannya menyeluk poket baju kurung lusuh  yang di pakainya. Sehelai kertas kecil di keluarkan. Tertera nombor telefon.
“ Sampai di bandar nanti, Lina telefon kak Yati, nanti dia akan datang menjemput Lina.  Mak Nab dah bagitahu dia tentang Lina.” Pesan Mak Zainab sebelum Salina naik bas tadi. Dua keping not RM 50 turut diberikan oleh Mak Nab.
“ Buat belanja sementara Lina dapat kerja nanti.” Walaupun Salina segan untuk menerima, tetapi terpaksa di tebalkan muka. Dia memang perlukan duit. Entah apa yang akan berlaku nanti.
“ Pasal harta benda kamu di sini, jangan kamu risau. Pak Imam akan menjaganya dengan baik. Itu adalah amanat dari arwah kamu. Sampai masanya nanti, Pak Imam akan serahkan semuanya pada kamu. Kalau kamu perlukan apa-apa, jangan segan bagitahu kami.” Suara Pak Imam Musa. Arwah Shahdan dulu telah menyerahkan beberapa keping geran tanah untuk di simpannya.
“ Tolong jagakan geran ni untuk saya, pak Imam. Kalau apa-apa berlaku pada saya nanti, pak Imam tolong-tolong tengokkan si Lina tu. Saya tak mengharapkan Hamimah sebab pak Imam sendiri tahukan macam mana perangainya, lebih-lebih lagi selepas dia berkahwin baru.” Pesan arwah Shahdan.
“ Hmm…baiklah. Kamu jangan bimbang, pak Imam akan jaga harta kamu ni sehingga Salina dewasa dan tahu menjaganya.” Janji pak Imam Musa. Siapa sangka selepas 2 minggu Shahdan menyerahkan geran itu, dia di timpa kemalangan dan meningga dunia bersama isterinya, Asmah.
Pada awalnya, kalut Hamimah bertanyakan pasal geran tanah milik Shahdan. Katanya, dia yang paling berhak memegang geran tanah dan juga harta milik Shahdan.
“ Shahdan dah serahkan geran tanah untuk pak Imam jaga. Kamu tak payahlah nak peningkan kepala memikirkannya. Kamu uruskanlah hal harta kamu sendiri.” Kata pak Imam Musa.
Hamimah mendengus kasar.
“ Habis, siapa nak jagakan anak abang Shahdan ni, pak Imam?” Hamimah bersuara.
“ Kamulah yang paling berhak sebab kamu tu mak saudaranya.” Tegas pak Imam Musa.
“ Habis, takkanlah saya kena guna duit saya untuk sara si Lina tu, pokailah saya!” sanggah Hamimah tak puas hati.
“ Pencen dan  duit pampasan Shahdan kan ada, kamu gunakanlah untuk pengajian dan makan minum Salina. Hish…kamu ni, berkira sangat!” Hamimah diam.
“ Terima kasih pak Imam dan mak Nab.” Ucapan Salina mematikan lamunan pak Imam Musa. Dia mengangguk perlahan.
Salina menyeluk poket baju kurungnya sekali lagi. Kali ini dia mengeluarkan beberapa keping duit syiling yang akan di gunakan untuk menghubungi anak pak Imam Musa nanti. Salina mengorak senyum bila matanya terpaku ke arah pondok telefon yang ada dekat situ. Beg pakaiannya di tinggalkan  di tempat duduknya. Bukannya lama, dia hanya nak hubungi kak Hayati sekejap saja, lagi pun ada beberapa orang lagi yang ada di situ. Tengok muka macam orang baik-baik. Takkanlah nak ambil begnya. Bukan ada barang berharga, hanya beberapa helai pakaian sahaja.
“ Alamak, telefon rosak. Tak boleh pakai, macam mana nak hubungi kak Yati ni?” Salina menggaru-garu kepala. Melilau matanya cuba mencari kalau ada mana-mana pondok telefon lain yang terdekat.
Sewaktu Salina melangkah ke arah begnya.
“ Hey, beg saya!” jerit Salina bila seorang lelaki tiba-tiba menyambar begnya dan berlari laju meninggalkan tempat itu. Salina terpingga-pingga. Tiada siapa pun yang ada di situ. Cepat betul. Tadi ada beberapa orang yang duduk di situ, sekarang dah tiada.
Dengan penuh nekad, Salina mengejar lelaki itu. Memanglah tak ada barang yang berharga dalam begnya tapi sijil-sijil pengajiannya cukup penting. Kalau tak ada sijil, macam mana dia nak minta kerja. Siapa yang nak percaya kalau bukti tak ada.
“ Pencuri…pencuri…” jerit Salina sambil terus mengejar lelaki itu.
Lelaki itu melintas jalan dan Salina turut mengikutnya, tiba-tiba dirinya  rebah di atas jalan dan badannya benar-benar kesakitan.
“ Adik, adik tak apa-apa?” satu suara menyapa Salina yang sedang terbaring di atas jalan raya sambil mengaduh kesakitan. Dia melihat tangan dan kakinya yang berdarah. Lututnya turut berdarah dan kain juga terkoyak.
“ Adik…adik tak apa-apake?” tanya suara itu lagi bila pertanyaannya tadi tidak di hiraukan.
“ Er….tak apa-apa.” Salina menjawab sambil cuba bangun tapi dia terduduk kembali. Ternyata luka di lututnya menyebabkan dia sukar untuk bangun dan berdiri. Rasa pedih dan menyucuk-nyucuk.
  Abang tolong ya!” suara lelaki itu lagi sambil cuba memegang bahu Salina.
“ Eh…tak payah, saya boleh bangun sendiri.” Salina menolak. Di gagahi tubuhnya untuk bangun, tapi dia terduduk semula.
“ Jangan degil ya dik, abang tolong. Kita dah ganggu kereta nak lalu ni.” Kata lelaki itu lagi. Agak keras nada suaranya bila Salina berdegil menolak pertolongannya.
“ Malik, bawa budak tu masuk dalam kereta. Kita bawa dia ke klinik!” satu suara menyebabkan lelaki itu memandang ke arah tingkap cermin yang terbuka.
“ Baik, Datuk” lelaki yang bernama Malik itu bersuara.
“ Mari, abang bawa ke klinik. Nanti Datuk marahkan abang.” Kata Malik dan cuba membantu Salina bangun. Kali ini Salina tak menolak. Malu juga bila kejadian itu mula menarik perhatian pengunjung lain.
Salina di papah masuk ke dalam kereta. Salina menelan liur sebaik sahaja berada di dalam kereta mewah itu, apa lagi berhadapan dengan empunya kereta itu. Lelaki yang berusia lewat 60an itu mengukir senyum ke arah Salina.
“ Jangan takut, atuk ni orang baik. Atuk akan bawa cucu ni ke klinik ya.!” Kata lelaki itu sambil melihat keadaan Salina.
Salina hanya diam. Sungguh, dia takut untuk bersuara. Dan saat ini, tiada satu pun barang yang dia miliki. Nasib baiklah beg duitnya masih selamat berada dalam poket. Nombor telefon kak Hayati pun entah hilang ke mana. Kini, dia tinggal sehelai sepinggang.
“ Malik, kita bawa budak ni ke klinik ya!” arah lelaki itu pada pemandunya sebaik sahaja Malik masuk dalam kereta.
“ Baik, Datuk. Tapi…bukanke Datuk ada mesyuarat…” kata Malik.
“ Saya akan uruskan nanti. Kita uruskan budak ni dulu!” kata lelaki itu.
“ Baik, Datuk!”
Lelaki itu menoleh semula ke arah Salina, sebuah senyuman terukir di bibirnya. Dia tahu budak perempuan itu ketakutan. Tapi ada satu rasa yang membuatkan dia senang melihat wajah itu.


SALINA segera mengucapkan terima kasih sebaik sahaja selesai urusan di klinik. Dan dia memang berura-ura untuk beredar. Tidak mahu menyusahkan lelaki tua itu. Tadi pun dia terdengar bahawa lelaki tua itu ada urusan penting dan sanggup menangguhnya kerana dia.
“ Selepas ni Salina nak ke mana?” soal Datuk Hamdi.
“ Entahlah…tak ada apa yang tinggal.” Kata Salina tanpa sedar. Benar, dia tiada tujuan. Lepas ni, dia hanya akan mengikut gerak hati. Takkanlah dia nak balik semula ke kampung.
“ Apa sebenarnya yang berlaku, cerita pada atuk.” Pinta Datuk Hamdi. Sejak dari tadi dia mahu Salina memanggilnya atuk.
“ Saya baru sampai dari kampung…nak cari kerja. Masa kejadian tadi, saya sedang mengejar pencuri yang mencuri beg saya…nasib baik dalam tu hanya ada beberapa helai pakaian saja, tapi …” Salina tunduk. Rasa sebak menerjah tiba-tiba.
“ Tapi apa?” tanya Datuk Hamdi.
“ Sijil persekolahan ada dalam beg tu…kalau tak ada sijil, macam mana saya nak dapat kerja.” Salina menyapu air mata yang mula bergenang.
Datuk Hamdi mengangguk perlahan. Kesian pula melihat wajah yang tidak bersalah itu.
“ Salina ada kenal sesiapa di sini?...nanti atuk hantarkan.” Suara Datuk Hamdi perihatin.
Salina hanya mengeleng kepala membuatkan Datuk Hamdi mengeluh perlahan.
“ Malik!” panggil Datuk Hamdi pada pemandunya yang sedang bersabdar di kereta.
“ Ya, Datuk.”
Malik segera datang.
  Hantar saya balik rumah.” Arah Datuk Hamdi.
“ Tapikan…Datuk ada…”
“ Saya akan telefon Faridah untuk batalkan mesyuarat tu!” tegas Datuk Hamdi bersuara.
`Pulak dah!` Malik  menggaru-garu kepala dan terus membuka pintu kereta untuk tuannya.
“ Salina ikut atuk balik rumah atuk ya!” pelawa Datuk Hamdi.
“ Tapi…” serba salah Salina mahu mengikut lelaki yang baru di kenalinya beberapa minit itu.
“ Tadikan Salina bagitahu Salina tak ada kenal sesiapa di sini. Apa salahnya atuk bantu Salina. Jangan bimbang, atuk tak akan apa-apakan Salina. Tanya Malik, dia kenal siapa atuk!” kata Datuk Hamdi.
“ Betul dik. Datuk ni baik orangnya!” akui Malik sambil mengukir senyum.
“ Dah, masuk dalam kereta. Kita balik rumah atuk ya!” pujuk Datuk Hamdi membuatkan Salina terpaksa akur.
Malik terus menghidupkan enjin kereta. Sesekali dia melirik ke arah cermin pandang belakang, mengintai. Nampaknya kedua mereka saling membisu. Kemudian Datuk Hamdi membuat panggilan telefon dan memberi arahan untuk membatalkan mesyuarat hari ini. Dalam diam, Malik bertanya sendiri. `Kenapa Datuk Hamdi begitu perihatin sedangkan mereka baru saja kenal beberapa minit. Datuk Hamdi orang yang tepati janji tapi kenapa dia sanggup membatalkan mesyuarat penting semata-mata kerana gadis itu?`


“ MASUKLAH, buat macam rumah sendiri!” pelawa Datuk Hamdi bila di lihatnya Salina masih tercegat di muka pintu.
“ Datuk!” seorang wanita berusia lewat 40an muncul di hadapan mereka. Matanya terus terpaku melihat anak gadis yang pulang bersama majikannya itu. Matanya juga turut terpaku melihat ke adaan gadis itu.
“ Tijah, awak tolong uruskan Salina ni ya, saya nak masuk bilik tukar baju.” Kata Datuk Hamdi.
“ Bukankah Datuk ada mesyuarat hari ni?” tegur Khatijah dengan wajah hairan. Sebagai orang gaji yang telah lama berkhidmat, dia tahu serba sedikit urusan majikannya.
“ Saya dah batalkan. Bagi dia makan.” Kata Datuk Hamdi lagi.
“ Baik, Datuk.” Khatijah mengangguk sambil menapak ke arah Salina yang hanya diam berdiri kaku di hadapan ruang tamu itu.
“ Mari, ikut makcik ke dapur ya.” Ajak Khatijah.
“ Er…saya seganlah makcik,” kata Salina.
“ Apa nak segankan…kan Datuk dah bagi arahan tadi. Makcik kena ikut…nanti makcik pula yang kena marah nanti kalau dia tahu Salina ni tak makan.” Kata Khatijah. Kesian pula melihat keadaan anak gadis itu.
“ Kenapa dengan lutut Salina tu…berdarah dan terkoyak kain, tangan pun luka-luka.” Khatijah melihat keadaan Salina.
“ Kemalangan sikit tadi…”
Semasa makan, sempat juga Khatijah bertanya serba sedikit dan Salina dengan ramah bercerita apa yang berlaku padanya tadi.
“ Mak, nasi ada lagi…Malik lapar ni!” Malik tiba-tiba muncul di pintu belakang. Dia agak terkejut melihat Salina yang berada di situ, namun senyuman tetap diberikan.
“ Kamu ni…perut buaya ke perut apa. Tadikan kamu dah bedal dua pinggan nasi, masih tak kenyang lagi!” rungut Khatijah membuatkan Malik tergelak kecil. Malu juga bila Salina turut mendengar rungutan Khatijah.
“ Mak ni…buat malu kerabat aje…dah masakan mak sedap, seleralah Malik makan…Datuk pun selalu puji masakan mak. Ayah pun sama, sebab tu perut  ayah boroi tak kempis-kempis sampai sekarang.” Kata Malik.
“ Kamu ni kan….mengutuk suami aku tak habis-habis, boroi-boroi pun aku sayang tau!” bela Khatijah dengan muka masam. Geram bila Malik mengutuk suami kesayangannya itu.
Malik ketawa. Dia tahu betapa sayangnya Khatijah pada Samad. Dan dia juga tahu Khatijah juga sayangkannya. Salina yang hanya mendengar turut tersenyum.
“ Salina dah kenal dengan Malikkan?...dia ni anak saudara makcik, dari kecil lagi makcik dan pak Samad jaga, makcik tak ada anak sebab tu kami jaga si Malik ni macam anak sendiri. Sekarang ni dia jadi pemandu Datuk, suruh belajar malas…” kata Khatijah.
“ Mak, mak tahu tak apa untungnya kerja jadi driver ni?....dapat bawa dan pandu kereta besar. Tak payah beli…mak tengok,  pegawai sekarang yang gaji seribu dua, ada mampu beli kereta BMW? Mercedez...tak adakan? Lagi pun…orang kaya ni cuma pandai beli kereta mewah, tapi tak pernah nak bawa…rugikan!” kata Malik sambil mencapai pinggan kosong di rak. Lauk dan nasi dah terhidang atas meja.
`Hmm…betul juga!`
Selepas makan, Salina di minta berehat seketika di bilik tamu. Terpegun juga Salina melihat hiasan bilik tamu itu. Mewah. Serta merta dia teringatkan arwah orangtuanya. Mak dan ayahnya dulu sedaya upaya mahu memberikan yang terbaik untuknya sebab tu dia juga berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam pelajaran. Keputusan SPMnya juga baik tapi sayang, dia tak dapat menyambung pelajarannya kerana di sekat oleh Hamimah. Hancur hatinya dan punahlah harapan dia untuk menjadi seorang yang berjaya seperti yang di impikan oleh orangtuanya.
“ Kamu tak payah belajar lagi, aku tak larat nak sara kamu…keluar duit. Lepas ni, kalau ada yang berkenan dengan kamu…aku nikahkan aje! Kalau boleh, aku nak kau cepat keluar dari rumah ni…” kata Hamimah bila Salina menyampaikan hasrat untuk menyambung belajar sejurus keputusan peperiksaan keluar.
Lamunan Salina tersentak bila pintu bilik itu di ketuk. Perlahan-lahan dia menapak ke arah pintu. Maklum saja, luka di lututnya masih lagi terasa sakit.
“ Ada apa mak Tijah?” itu adalah panggillan yang di pinta oleh Khatijah.
“ Datuk nak jumpa Lina kat bawah, turun ya!” kata Khatijah.
“ Ya, terima kasih mak Tijah.”
 Salina membetulkan rambut yang sedikit kusut sebelum melangkah turun ke ruang tamu. Sebagai tetamu dan juga orang yang menumpang seketika, dia tak patut membiarkan tuan rumah menunggunya.
Sebaik saja Salina muncul di ruang rehat,, Datuk Hamdi segera mempersilakan dia duduk.
“ Terima kasih, Datuk.” Ucap Salina. Dia perlu membahasaka diri lelaki tua itu Datuk setelah mendapat tahu pangkatnya.
“ Lina, tak perlu panggil Datuk. Panggil aje atuk. Anggap aje atuk ni seperti atuk Lina sendiri.” Kata Datuk Hamdi sambil mengukir senyum.
Salina mengangguk perlahan.
“ Atuk ni tak ada anak ramai…cuma ada anak seorang aje, sekarang ni dah kawin dan tinggal di KL.Cucu pun seorang, lelaki. Jadi, tak salah rasanya kalau atuk ni mengganggap Lina sebagai cucu perempuan atuk. Dan…Lina tinggallah di sini bersama atuk sebab atuk pun memang keseorangan. Hanya keluarga Tijah yang sekarang ni ada menemani atuk.” Kata Datuk Hamdi.
“ Terima kasih, atuk kerana sudi menganggap Lina ni sebagai cucu atuk…tapi, Lina tak betah tinggal di sini.” Salina segan menerima pelawaan itu.
Datuk Hamdi merenung seketika wajah gadis itu.
“ Lina, Lina tinggal di sini ya….temankan atuk. Kan Lina dah bagi tahu yang Lina tak ada sesiapa…bagilah peluang atuk bantu Lina….” Kata Datuk Hamdi selepas mengetahui kisah hidup Salina yang telah di usir oleh emak saudaranya.
“ Lina segan nak  tinggal dengan atuk di sini. Lagi pun…atuk tak kenal siapa Lina…takkanlah Lina nak tinggal di sini. Mana tahu, Lina ni jahatke, ambil barang-barang berharga atuk ke nanti!” kata Salina lagi.
Datuk Hamdi ketawa. Kelakar rasanya mendengar kata-kata itu. Nampak sangat yang gadis itu terlalu lurus hatinya. Dia sudah tua, banyak pengalaman sudah ditempuhinya dan dia juga dapat kenal siapa yang boleh dipercayai.
“ Atuk tak kesah….atuk ni dah tua, bila-bila saja boleh mati. Harta ni semua tak boleh di bawa bersama kecuali amalan. Takkan papa kedananya atuk kalau Lina ni ambil harta atuk….” Datuk Hamdi masih lagi ketawa membuatkan wajah Salina mula cemberut. Malu pula mengatakan demikian.
“ Betul kata Datuk tu Lina, tinggallah di sini. Boleh juga jadi teman berbual mak Jah. Mak Jah pun kesian juga tengok Datuk ni….dia sunyi, nak harapkan anak cucu datang bertandang jauh sekali…” Khatijah yang tiba-tiba muncul mencelah membuatkan Salina terdiam. Wajah Datuk Hamdi mula mengorak senyum. Gembira kerana ada sokongan dari pembantu rumah yang telah lama berkhidmat dan dia memang mempercayai pembantu rumah itu.
“ Nampaknya atuk dah ada penyokong….jadi, Lina terpaksa mengaku kalah.” Akhirnya Salina bersuara membuatkan Datuk Hamdi dan Khatijah tergelak.
“ Baguslah….senang atuk mendengarnya.…mulai sekarang, dengan rasminya… Lina dah jadi cucu angkat atuk. Lina tak ada halangankan?” wajah Salina itu di renung oleh Datuk Hamdi. Sengaja ingin mendapatkan reaksi gadis itu.
“ Terima kasih atuk….terima kasih banyak-banyak!” Salina segera menghampiri Datuk Hamdi. Tangan tua itu di capai dan di kucup perlahan. Beberapa titis air mata mengena tangan Datuk Hamdi. Sebenarnya Datuk Hamdi turut merasa hiba dan gembira dengan apa yang terjadi hari ini.
“ Terima kasih, mak Tijah kerana sudi terima Lina.” Tubuh Khatijah di peluk erat oleh Salina seolah-olah dia sedang memeluk tubuh arwah maknya yang telah pergi.
“ Okay, sekarang….Lina kena ikut atuk!” Datuk Hamdi bangun dengan penuh semangat.
“ Ikut atuk?...ke mana?” Salina terpingga-pingga. Ke manakah dia akan di bawa?
Shopping…takkanlah Lina nak pinjam baju Tijah…tak sesuaikan!” kata Datuk Hamdi membuatkan Salina tersenyum.
“ Terima kasih , atuk.” Ucap Salina.
“ Tak perlu berterima kasih. Sekarang ni…Lina dah jadi tanggungjawab atuk. Lepas ni, atuk akan uruskan pengajian Lina…atuk tahu, Lina nak sambung belajarkan?” kata Datuk Hamdi.
“ Er…dari mana atuk tahu?” Salina terkejut. Dia tak ceritakan pun pasal tu.
“ Atuk terdengar perbualan Lina tadi…”
“ Tapi…sijil Lina dah hilang…” Salina teringatkan begnya yang di larikan pencuri tadi. Kalau di fikirkan, bodoh juga pencuri tu. Bukannya ada duit pun dalam beg tu. Hanya beberapa helai pakaian dan sijil pengajiannya.
“ Atuk akan uruskan nanti…jangan risau.” Kata-kata Datuk Hamdi membuatkan Salina benar-benar sebak. Ternyata, masih ada insan yang begitu baik dan perihatin membantunya walaupun mereka baru saja kenal antara satu sama lain.


KEHIDUPAN Salina kini benar-benar berubah. Selama 2 minggu dia menjadi penghuni banglo mewah itu, dia benar-benar rasa bahagia. Adanya Datuk Hamdi, Mak Jah, Pak Samad dan Malik yang telah dianggap sebagai keluarga sendiri.
“ Datuk tu cuma ada seorang anak dan seorang cucu, itu yang buatkan dia sayangkan Lina. Kehadiran Lina dalam rumah ni banyak menceriakan hidup Datuk. Kalau dulu, dia asyik dengan kerja dan berkurung dalam bilik. Kini, mak Jah dah boleh lihat dia bersantai dan berbual mesra dengan Lina….
 Datuk tu dah lama kesunyian sejak Datin meninggal 5 tahun lalu akibat penyakit kencing manis. Terima kasih Lina, kerana hadir dalam hidup Datuk,” ucap Khatijah sewaktu Salina membantu Khatijah di dapur. Salina tak betah duduk bergoyang kaki, sedar diri bahawa hidup menumpang. Walaupun dia di minta buat macam rumah sendiri.
“ Anak menantu dan cucu atuk tak balikke? Dia orang tak kesiankan atukke?” soal Salina.
“ Hmm….entahlah….mereka tu dah selesa tinggal di Kuala Lumpur tu. Mana nak balik kampung.  Cuma sejak kebelakangan ini aje cucu Datuk ada balik menjenguk. Itu pun tak tentu masa. Tiba-tiba muncul dan tiba-tiba juga menghilang sampaikan Datuk pun pening kepala… Bila musim raya pun, anak Datuk tu lebih suka balik beraya di rumah keluarga isterinya. Kami sekeluarga nilah yang menemani Datuk…sekarang ni, dah ada Lina….pasti raya tahun ni lebih meriah!”  Beritahu Khatijah dengan wajah muram dan di akhir kata bibirnya bertukar, mengorak senyum.
“ Kesian atuk ya…. Patutlah, sesekali Lina tengok dia asyik termenung aje….” Sambung Salina dengan rasa simpati.
“ Dahlah…kita bawa makanan ni ke sana, nanti kita makan sama-sama ya!” Salina akur. Lauk yang sudah siap di masak di bawa ke meja makan. Sekejap lagi mereka akan makan bersama. Datuk Hamdi sekarang ni berada di Seremban kerana urusan kerja.


SALINA menutup lampu selepas selesai membaca al-Quran dan menyedekahkan surah Yassin untuk kedua-dua orangtuanya. Jam sudah menunjukkan pukul 11 malam. Memang waktu ini dia akan tidur, begitu juga mak Jah dan pak Samad. Abang Malik, tentunya ada bersama Datuk Hamdi di Seremban. Ke mana saja Datuk Hamdi pergi, pasti Malik ada bersama. Malik bukan hanya driver tapi juga merangkap bodyguard untuk Datuk Hamdi.
Salina menutup lampu dan terus menuju ke katil. Selimut di capai dan terus menyelimut tubuhnya. Terasa agak sejuk malam ni sebab di luar sudah mula hujan. Sejak dua tiga hari ni, hujan turun waktu malam. Bagus juga, dia dapat tidur dengan enak sambil memeluk bantal. Satu kenikmatan yang tidak pernah di rasai semasa berada di rumah makcik Hamimah.
Salina terjaga bila merasakan ada sesuatu yang sedang menindihnya.
“ Argh….” Salina menjerit dengan harapan mak Jah dapat mendengarnya. Tapi jeritannya terhenti bila mulutnya di tekup dan bayang-bayang lelaki yang berada di hadapannya benar-benar menakutkan dan bau yang kurang menyenangkan turut di hidunya. Saat ini tubuhnya benar-benar menggigil. Perasaan yang sama di alami ketika dia cuba di perkosa oleh pak Junus. Salina cuba menolak tubuh itu, namun tenaganya belum mampu dapat menangkis. Sudah puas dia merayu tapi tidak diendahkan.
“ Diam, kau nak aku tampar kau ya!” suara garau itu memberi amaran.
Salina menggeleng kepala, tidak dapat bersuara bila mulutnya di cekup. Hanya air mata yang mampu dia zahirkan betapa sedihnya dia saat ini. Saat lelaki itu begitu hampir dan cuba mengoyak bajunya, dia cuba sedaya upaya menendang lelaki itu dan hasilnya dia ditempeleng, bukan sekali tapi dua tiga kali sehinggakan dia tidak sedarkan diri.


MATA yang berat cuba digagahi. Terasa sakit seluruh anggota badannya. Dalam keadaan mamai dia cuba bangun dan menganggap apa yang berlaku malam tadi hanyalah mimpi ngeri. Imbauan yang membuatkan dia begitu bencikan pak Junus dan makcik Hamimah. Sebaik sahaja mata di buka,  mulutnya turut ternganga.
“ Ya Allah, aku tak bermimpi!” Salina menekup mulutnya dan serta merta juga air mata bergenang di kelopak mata.
Di sisinya sekujur tubuh lelaki yang tidak berbaju. Entah siapakah gerangannya yang menceroboh masuk ke biliknya malam tadi dan lebih sadis bagaimana dia boleh terlupa mengunci  bilik tidurnya itu. Selama ini, dia tak pernah lupa mengunci pintu. Itu juga yang di pesan oleh atuk dan mak Jah.
Tergopoh-gopoh Salina mencapai baju yang bertaburan di lantai, segera di masukkan ke dalam bakul. Tak sanggup melihatnya lagi. Dia membuka pintu almari dan mengeluarkan baju dan segera menukarnya di bilik air selepas mandi. Air mata yang bergenangan menjadi peneman, selebat air pancutan di bilik mandi itu. Solat subuh sudah pun berlalu waktunya tapi Salina tetap juga membersihkan tubuhnya yang dirasakan begitu kotor. Sudah kecut jari-jarinya semasa dia keluar dari bilik air.
Mata Salina terus terpaku pada tubuh tadi. Tetap tak berganjak dari tidurnya. Kalau diikutkan, ingin saja dia mencekik leher lelaki itu sampai mati. Biarlah dia di anggap pembunuh sekali pun. Tapi dia masih lagi waras.
Dia keluar dari bilik itu, segera mendapatkan mak Jah yang sedang menyediakan sarapan.
“ Lina, kenapa ni?” tegur Khatijah melihat mata Salina yang bengkak dan tangannya yang sejuk, bukan hanya sejuk tapi juga kecut jari-jarinya.
Salina segera memeluk tubuh Khatijah. Melepaskan tangis.
“ Lina, kenapa ni?...bagitahu mak Jah!” soal Khatijah sambil menyapu air mata yang mengalir laju di pipi Salina.
“ Mak Jah….Lina…Lina….”
“ Lina apa?”
“ Lina di perkosa!”
“ Hah! Di perkosa?...siapa yang perkosa Lina?” terpingga-pingga Khatijah memandang wajah Salina yang lecun dengan air mata.
“ Lelaki tu…lelaki jahat tu….” Kata Salina.
“ Lelaki mana?...mak Jah tak faham!” berkerut dahi Khatijah cuba memahami kata-kata Salina.
“ Lelaki jahat tu masih ada dalam bilik Lina….”
  Betulke ni?...Lina tak mimpikan?” risau Khatijah melihat keadaan Salina.
“ Betul….Lina tak tipu….tolong mak Jah…” Salina menarik tangan Khatijah.
“ Mari, tunjukkan mak Jah….mana lelaki tu!” Salina menarik tangan Khatijah mengikutnya masuk ke dalam bilik.
Sebaik sahaja pintu di buka. Ternganga mulut Khatijah melihat tubuh lelaki yang memang tak berbaju begitu lena tidur di atas katil. Khatijah segera beristighfar sambil meletakkan tangan di dada. Benar-benar terkejut.
“ Mak Jah!” panggilan Salina membuatkan Khatijah tersentak. Sayu wajahnya memandang wajah Salina.
“ Ariel!” sebaris nama keluar dari bibir Khatijah.
“ Mak Jah kenal lelaki tu?” soal Salina.
Khatijah mengangguk perlahan.
“ Ariel…Ariel….” Khatijah menghampiri katil. Tubuh lelaki yang tidak berbaju itu di kejut Khatijah.
“ Ariel…bangun nak…”
Saat itu juga timbul satu perasaan muncul dalam hati Salina. Bantal peluk di capai dan dia segera memukul tubuh lelaki itu berkali-kali.
“ Hoi, apa ni….ganggu orang nak tidur!” marah lelaki itu sambil membuka mata.
“ Setan…bangun, kau kena buat perhitungan dengan aku….!” Kata Salina tegas membuatkan Khatijah dan lelaki yang bernama Ariel tercengang.
“ Perhitungan apa ni?” Ariel bangun.
“ Kau….kau bukan manusia….kau binatang!” jerit Salina bagaikan di rasuk.
“ Lina…sabar ya!” terpaksa Khatijah mententeramkan Salina.
Ariel tergelak. Dia masih enak bersantai di katil.
“ Kalau aku ni binatang…kau tu…binatang jugak!” tempelak Ariel sambil tergelak kecil.
“ Kau tahu apa yang kau dah buat pada aku?” soal Salina memandang tajam wajah Ariel.
“ Entah…mana aku tahu?” Ariel mengangkat bahu.
“ Kau rogol aku…” beritahu Salina.
“ Aku?...rogol kau?....gila …” Ariel ketawa lagi.
“ Kau mabuk…mana nak ingat…cuba tengok diri kau…” kata Salina geram.
Ariel membelek dirinya dan dia terdiam seketika. Cuba meng ingatkan apa yang berlaku. Lama dia memandang wajah Salina dengan dahi berkerut. Dan tanda merah yang terpalit di cadar membuktikan apa yang dikatakan Salina adalah benar.
Ariel dengan selamba bangun dan mencapai pakaiannya.
“ Siapa kau?...kau tak ada hak nak marahkan aku…” kata Ariel sombong.
“ Kau tu yang siapa….berani-berani masuk ke bilik aku dan kau tak ada hak menyentuh aku!” marah Salina.
Khatijah yang ada di situ sudah mula pening kepala melihat kedua mereka yang saling bertegang urat.
“ Apa ni?...bising-bising…dari bawah lagi dah dengar. Apa yang dah berlaku?” suara Datuk Hamdi mematikan pertengkaran mereka.
“ Atuk!” Salina terus memeluk tubuh Datuk Hamdi sambil menangis teresak-esak.
“ Tijah…apa semua ni?” soal Datuk Hamdi.
“ Erm…Datuk tanyalah mereka!” Khatijah tak berani nak bersuara.
“ Dia….dia perkosa Lina, atuk.” Beritahu Salina sambil tangannya menunjukkan ke arah lelaki yang ada di bilik itu.
“ Apa?...Ariel …betulke kamu perkosa Salina?” tajam mata Datuk Hamdi merenung ke arah Ariel.
“ Entah…Ariel pun tak sedar apa yang berlaku malam tadi…Ariel…Ariel mabuk…” kata Ariel perlahan. Takut melihat sinaran mata Datuk Hamdi yang menyinga.
“ Kamu…kamu masuk bilik Salina?” soal Datuk Hamdi lagi.
“ Ariel ingatkan ini bilik Ariel!”
Ariel menggaru-garu kepala.
“ Kamu nikan…selalu menyakitkan hati atuk…kamu dah rosakkan Salina dan atuk nak kamu bertanggungjawab!” kata Datuk Hamdi membuat keputusan.
Ariel mencebik. Tak heran dengan kata-kata atuknya itu.
“ Inilah bahananya bila kamu teguk air setan tu…otak kamu jadi rosak, kamu tak ada rasa hormatkan orang lain. Atuk kesal dengan sikap kamu, Ariel!” kata Datuk Hamdi.
“ Apa ni atuk…benda kecik pun nak kecoh-kecoh….” Kata Ariel sambil tergelak kecil.
Salina mengetap bibir.
“ Benda kecik kamu kata…kamu sedar tak apa yang kamu dah buat? Kalau ikutkan atuk, atuk report aje perbuatan kamu kat polis!” marah Datuk Hamdi.
“ Report polis?...lawaklah atuk ni….atuk nakke nama atuk tercemar?...” kata Ariel membuatkan darah Datuk Hamdi mula menggelegak. Tapi segera di sabarkan Salina. Kesian melihat keadaan Datuk Hamdi yang mula termengah-mengah. Memang kalau buat report pun, nama Datuk Hamdi yang tercemar. Dia?...dah tercemar pun. Lelaki tu yang buat maruahnya tercemar.
“ Alah atuk…siapa budak ni yang atuk nak pertahankan sangat. Kat mana atuk kutip dia sampai bawak balik rumah?....” kata Ariel sambil mengerling sekilas wajah Salina.
`Tak adalah cantik mana pun…kecoh lebihlah dia ni!` rungut Ariel sambil mencebik.
“ Ariel…jangan nak kurang ajar…atuk tak suka!” marah Datuk Hamdi.
“ Macam nilah…kita settle kan segera hal ni….Ariel tak nak panjang-panjangkan lagi. Oleh kerana Ariel dah sentuh budak perempuan ni…Ariel akan bayar ganti rugi.” Kata Ariel sambil mencapai dompet yang ada dalam poket seluarnya.
“ Ariel!” jerit Datuk Hamdi.
“ Ini bukan kali pertama bagi Ariel….takkanlah Ariel kena kawin dengan semua perempuan yang telah Ariel tiduri….” Tempelak Ariel dengan bongkaknya.
“ Ariel! Kamu ni memalukan atuk!” Datuk Hamdi menahan sabar sambil mengurut dada.
Ariel menghampiri Salina.
“ Nah, ambik duit ni….aku nak kau keluar dari rumah ni dan anggap aje  kita tak pernah kenal dan aku tak pernah sentuh kau. Aku tak tahu, apa tujuan kau ada dalam rumah ni tapi aku tak nak tengok muka kau lagi lepas ni….” Ariel bersuara angkuh sambil melemparkan beberapa keping not RM50 atas muka Salina yang benar-benar terkejut.
“ Kau ni…memang binatangkan!” jerit Salina sambil cuba menerkam ke arah Ariel tapi lelaki itu sempat mengelak, malah tangan Salina di cengkam kuat sehingga Salina mengaduh kesakitan.
“ Sudah Ariel…atuk nak kamu yang keluar dari rumah ni…kamu tak di alu-alukan dalam rumah ni lagi…” kata Datuk Hamdi.
“ Atuk…atuk lupa, siapa yang berhak ada dalam rumah ni…Ariel. Ariel satu-satunya cucu atuk, bukan perempuan ni….atau, atuk nak jadikan dia isteri atuk…” kata Ariel.
“ Ariel…kamu….” Datuk Hamdi  cuba mengangkat tangan sambil terbatuk-batuk.
“ Kau ….sini kau….” Ariel menarik kasar tangan Salina menuruni tangga.
“ Ariel…kamu nak ke mana tu?” suara Datuk Hamdi.
“ Ariel nak usir perempuan ni….” Laung Ariel membuatkan nafas Datuk Hamdi makin sesak.
“ Lina…Lina….” Panggil Datuk Hamdi.
“ Datuk…” jerit Khatijah bila melihat tubuh Datuk Hamdi rebah.


SALINA memandang sayu wajah Datuk Hamdi yang kaku, masih tidak sedarkan diri. Khatijah, Samad dan Malik turut berada di hospital itu tapi mereka masih menunggu di luar bilik. Tangan Datuk Hamdi di capai dan di kucup perlahan.
“ Hei, perempuan…buat apa lagi kau menangis kat sini…kau tak ada kena mengenakan dengan atuk aku. Lebih baik kau pergi sekarang sebelum atuk aku bangun.!” Ariel menunjal kepala Salina yang berada di tepi katil.
“ Kau ni kan….memang binatang. Tak ada perikemanusiaan.” Marah Salina. Benci sungguh dia melihat wajah lelaki itu.
“ Kau nak aku rogol kau sekali lagi?....aku tak ada masalah!” ugut Ariel sambil tersenyum jahat.
Salina rasa pembuluh darahnya hampir nak pecah, sakitnya hati mendengar ugutan jahat itu. Memang jahat sungguh. Rasa nak cekik-cekik aje leher lelaki tak sedar diri tu. Masih mabuk lagi agaknya sampaikan cakap pun merapu begitu. Macam orang tak ada iman.
“ Ok. Aku akan pergi….tapi ingat,  aku bersumpah yang hidup kau tak akan aman dan bahagia….dan aku tak akan maafkan apa yang kau dah buat pada aku sampai bila-bila. Kau akan hidup dalam penyesalan seumur hidup kau sebagai balasan perbuatan kau yang tidak perikemanusiaan tu….kau bukan hanya merosakkan maruah aku tapi kau juga telah merosakkan kebahagiaan aku, kau buat hidup aku sengsara. Aku nak kau ingat…maruah dan kebahagiaan bukan untuk di jual beli. Dengar sini ya…. Aku takut…sampai satu saat nanti, kau merayu dan melutut  depan aku demi mendapat sebuah kebahagiaan.” Kata Salina tegas sambil memandang wajah Ariel.
Ariel ketawa.
“ Tak payah nak merepek kat sini…buat memekak aje….lebih baik kau pergi sekarang sebelum aku halau kau. Ingat, aku tak nak kau berhubung dan muncul di depan atuk aku lagi…kalau tak, nahas kau….” Kata Ariel sambil memulas tangan Salina. Salina mengaduh kesakitan sebelum Ariel melepas semula tangannya sambil tersenyum sinis.
“ Alangkah kesiannya atuk kau punya cucu yang bersikap dajal macam kau ni. Kau tak berhak punya datuk sebaik Datuk Hamdi….” Kata Salina.
“ Berambus sekarang….aku benci tengok muka kau!” Ariel menolak tubuh Salina agar keluar dari bilik itu.
Sebaik saja keluar dari bilik itu, Salina mendapatkan Khatijah yang berada di situ. Tubuh Khatijah di peluk erat dengan linangan air mata.
“ Lina….”
“ Mak Jah…Lina kena pergi!” Kata Salina.
“ Pergi…Lina nak pergi mana?” soal Khatijah simpati.
“ Mana-mana saja, bumi ni luas…pasti ada insan lain yang punya hati baik seperti atuk. Yang sudi memberi ruang untuk Lina berteduh. Mak Jah, kalau atuk sedar nanti, sampaikan salam Lina padanya dan katakan pada atuk….Lina minta maaf sebab terpaksa pergi!” kata Salina.
“ Lina….” Mereka berpelukan lagi.


SALINA membimbit beg sambil mengatur langkah. Hiba hatinya mengenangkan nasib yang menimpa. Baru rasa nak bahagia, sudah di ragut. Bukan hanya kebahagiaan yang di ragut, tapi juga maruahnya membuatkan hatinya benar-benar sengsara. Langkah kaki Salina kaku di hadapan sebuah bangunan yang agak usang dan dengan serentak itu juga tubuhnya terasa ringan dan dia benar-benar tak tahu apa yang berlaku.


8 TAHUN KEMUDIAN

“ KENAPA ni?...sejak dari tadi tak habis-habis kau termenung kat tingkap tu? Kau fikirkan apa ni?” tanya Khairul bila melihat wajah monyok bos yang merangkap kawannya itu. Sejak dari tadi asyik diam aje. Pandangannya hanya menghala ke luar tingkap sedangkan banyak benda yang perlu dia uruskan.
“ Entahlah Rul…aku pun tak faham apa yang sedang aku alami sekarang. Sukar aku nak jelaskan…” Ariel mengeluh perlahan sambil melangkah ke kerusinya. Kerusi empuk yang menandakan dia punya jawatan yang terpenting di syarikat itu.
Khairul hanya diam memerhati wajah lelaki itu. Tapi apa yang boleh dia bantu? Sekadar memberi nasihat, bolehlah.
Ariel menyandar di kerusi. Memejam mata seketika sambil melepas keluhan panjang. Itu yang sering dia lakukan bila hatinya resah.
“ Aku rasa satu aje penyelesaian pada semua masalah kau ni…” akhirnya Khairul bersuara selepas beberapa lama mendiamkan diri. Membiarkan Ariel hanyut seketika.
“ Ya?...apa dia?” tiba-tiba Ariel membuka mata. Bulat matanya memandang wajah Khairul, tak sabar rasanya nak mendengar satu-satunya jalan penyelesaian pada masalah yang membelenggu dirinya.
Khairul mengukir senyum. Lucu pula melihat gelagat kawannya itu.
Tell me…what is it?...aku  tak sabar nak mendengarnya. Dah bertahun-tahun aku hidup dalam keresahan kerana kesilapan lalu aku tu dan sampai sekarang aku rasa bersalah sangat dengan apa yang aku dah buat!” Ariel meraup mukanya. Cukup kesal.
“ Kau kawin aje, Riel…selesai masalah kau…kau akan lupa masalah yang selalu membelenggu hidup kau tu….aku yakin kau boleh bahagia macam orang lain….punya isteri dan punya anak-anak. Kesibukan dan layanan mereka pasti buat kau lupakan kisah lalu kau tu…” cadang Khairul.
“ Tak akan….aku rasa itu bukan jalan penyelesaiannya…lagi pun, kalau aku nak kawin, dah lama aku kawin.….Kau pun tahukan, aku hanya akan kawin dengan satu-satunya perempuan….iaitu Salina!” kata Ariel membuatkan Khairul mendengus perlahan.
Lagi-lagi nama itu yang di ucapkan oleh Ariel sehinggakan dia sudah lali…Salina…Salina….Salina. dah tak ada nama perempuan lain yang di sebutnya.
“ Itulah kau…. Bertindak tanpa menggunakan akal….sekarang ni, kau  menyesal tak sudahkan!” kata Khairul.
“ Rul….aku tak kesah kalau kau nak bagi nasihat atau pandangan…tapi aku tak nak dengar kau kutuk aku lagi….” Rungut Ariel.
“ Okay…okay….aku tak akan kutuk kau lagi….tapi, di mana kau nak cari perempuan yang bernama Salina tu….dah 8 tahun dia menghilang dan dah puas kau cuba cari….tapi hasilnya….” Kata Khairul yang turut mengetahui kisah di sebalik keresahan yang di alami oleh Ariel sejak bertahun-tahun itu.
“ Aku tak akan berputus asa….ini amanat terakhir arwah atuk aku dan aku akan tunaikan. Selagi aku tak jumpa Salina dan minta maaf darinya….hidup aku tak akan tenang!” Ariel memejam mata seketika.
“ Aku faham dan aku tumpang simpati dengan apa yang berlaku. Aku doakan satu hari nanti…kau akan jumpa dengan dia!” kata Khairul.
Thanks, bro.” ucap Ariel sambil mengukir sedikit senyuman. Sekurangnya, doa yang baru di lafazkan itu mampu menenangkan hatinya barang sedetik dua.
“ Okaylah…aku keluar dulu….banyak kerja aku kena buat…aku ni cuma kuli aje….bukan macam kau…..bos. Datang kerja goyang kaki pun tak apa….aku ni ada anak bini yang nak kena sara, kalau boleh …rezeki yang aku dapat tu biarlah halal!” kata Khairul
“ Piiirah….alim konon….kau dulu pun…dua kali lima aje dengan aku….” Kata Ariel.
“ Itu dulu… aku dah lama bertaubat….” Sampuk Khairul.
“ Aku pun!” balas Ariel.
“ Ya, aku tahu…kau pun!...itu sebabnya aku doakan yang terbaik untuk kau. Aku tak nak kau terus hidup dalam penyesalan atas dosa-dosa silam kau tu sampai ke akhir hayat kau!” kata Khairul lagi sebelum keluar dari bilik itu.
Ariel mengukir senyum hambar.


DATUK HAMDI membuka mata perlahan dan melihat keadaan sekitar. Ariel yang berada di bilik itu segera mendapatkan datuknya. Walaupun dia bersikap begitu, tapi dia tetap menyayangi datuknya. Baginya, Datuk Hamdi adalah idolanya. Sebab tu walau sesibuk mana pun dia tetap datang menjenguk datuknya. Bukan macam mama dan papanya. Mereka seolah-olah lupa ada insan lain yang memerlukan perhatian dan kasih sayang.
Datuk Hamdi memang tak perlukan wang ringgit tapi dia perlukan perhatian dan kasih sayang. Mungkin itu sebabnya dia menyayangi Salina. Itulah telahan Ariel sewaktu menatap wajah kakunya sejak semalaman dia berjaga di situ.
“ Atuk, atuk dah sedar!” Ariel mengukir senyum kerana Datuk Hamdi dah sedar dan ketika itu doctor di panggil untuk memeriksa keadaan datuknya.
“ Mana Lina?...atuk nak jumpa dia!” tanya Datuk Hamdi melilau mencari kelibat Salina.
“ Atuk, atuk berehat ya…jangan banyak berfikir!” pujuk Ariel.
“ Mana Salina?...atuk nak jumpa dia…” tegas Datuk Hamdi bersuara. Dan selepas itu dia terbatuk-batuk.
“ Atuk….” Pujuk Ariel lagi.
“ Atuk tak nak jumpa Ariel….atuk nak jumpa Salina….pergi cari dia!” kata Datuk Hamdi memalingkan wajahnya. Ariel menunduk. Kecil juga hatinya bila dia tidak di hargai. Sebaliknya perempuan itu yang atuk dambakan.
“ Atuk nak Ariel cari Salina…cari dia sampai dapat. Jangan tunjukkan muka Ariel depan atuk selagi Ariel tak jumpa Salina!” kata Datuk Hamdi membuatkan Ariel meregus kasar. Sakit hatinya mendengar kata-kata itu. Dan serentak itu juga dia keluar dari bilik itu dengan menghempas kuat pintu.
Ariel melurut rambutnya sambil melangkah ke balkoni. Peristiwa 8 tahun lalu benar-benar menyesakkan fikirannya. Di mana harus dia mencari Salina?
 Sejak atuk keluar dari hospital, kesihatan atuk tak berapa baik. Dia banyak termenung. Ariel yang melihat turut hiba, sedaya upaya dia cuba memujuk atuk agar memaafkan dirinya.
“ Ariel tahukan atuk sayangkan Salina…atuk dah anggap dia tu seperti cucu atuk sendiri. Seperti sayang atuk pada Ariel. Dia tak ada sesiapa, kecuali atuk…sanggup Ariel mengusir gadis yang berdosa itu. Ariel tak rasa apa yang dia rasa…sebab itu Ariel boleh sewenang-wenangnya mengusir dia…” kata Datuk Hamdi  sebulan selepas peristiwa itu.
“ Lina tu di usir dari rumah makciknya bukan atas kesilapan dia. Bapa saudara tirinya pernah cuba beberapa kali mahu memperkosanya tapi dia selamat…dia gadis yang baik tapi sayang, dia kehilangan kedua ibu bapanya di saat dia amat memerlukan mereka. Sejak dia ada di rumah ini…mak Jah tengok, Datuk bahagia sangat. Sentiasa tersenyum bila berbual dengan Lina. Selama ini Datuk kesunyian walaupun dia punya segalanya. Ariel jarang balik sini…orangtua Ariel jauh sekali….Datuk tu dah tua, dia perlukan perhatian dan kasih sayang.
Mak Jah tak tahu apa yang berlaku pada Salina sekarang…kesian dia. Mak Jah hairan…bagaimana Ariel boleh masuk ke bilik Salina dan ….” Tak sanggup Khatijah nak meneruskan kata.
“ Maafkan Ariel kalau semua ini berpunca dari Ariel…sejak hari tu….atuk macam bermusuh dengan Ariel….tak nak cakap, tak nak pandang muka Ariel pun…Ariel tahu….Ariel salah. Ariel tak patut memperkosa Salina tapi….apa yang Ariel lakukan dalam keadaan tak sedar. Ariel mabuk…” Ariel mengeluh kesal.
Memang dia balik rumah atuk dalam keadaan mabuk. Khairul yang menghantarnya. Pada awalnya dia hanya datang ke Ipoh sekadar untuk suka-suka. Temannya mengadakan parti dan dia di jemput sama. Bukan dia tak pernah menghadirinya malah dialah juara. Lagi pun, dia baru sahaja menikmati  alam dewasa. Usia 24 tahun adalah usia yang sesuai menikmati hidup. Dia bukan saja selalu mabuk tapi juga selalu meniduri perempuan. Jadi, baginya apa yang dia buat pada Salina itu tak salah. Cuma….apa yang berlaku itu di rumah atuk. Selama ini dia selalu melakukannya di hotel.
Boleh di katakan setiap minggu dia berkunjung ke rumah atuknya semata-mata mahu memohon maaf. Tapi sayang, sikap atuk yang membisu membuatkan dia rasa benar-benar bersalah. Selama ini, atuk dengan mudah memaafkan kesilapannya tapi kenapa soal Salina, atuk begitu tegas.
“ Ariel…ini mak Jah,” Ariel mendapat panggilan telefon daripada mak Jah setahun selepas kejadian itu.
“ Ya, mak Jah….ada apa?” tanya Ariel.
“ Datuk….dia nak jumpa Ariel.” kalut kedengaran suara Mak Jah membuatkan dada Ariel mula berdebar.
“ Kenapa dengan atuk….dia tak sihat?” tanya Ariel. Memang kesihatan atuk merosot sejak kejadian itu.
“ Datuk kat hospital sekarang….dia nak jumpa Ariel dan orang tua Ariel…Ariel datang ya…mak Jah takut Ariel tak sempat jumpa Datuk…” kata-kata mak Jah benar-benar membuatkan nafas Ariel semput. Hari itu juga dia bertolak selepas memaklumkan orangtuanya. Dia terlebih dahulu pulang kerana apa yang menimpa menimpa datuk adalah berpunca darinya.
“ Atuk….Ariel datang!” kata Ariel sebaik sahaja dia menghampiri katil. Terlantar lesu wajah atuknya yang pucat.
“ Ariel!” panggil Datuk Hamdi perlahan.
“ Ya atuk….ini Ariel….maafkan Ariel!” Ariel mencium tangan Datuk Hamdi. Beberapa titis air mata jatuh mengena tangan Datuk Hamdi.
“ Cari Salina….” Kata Datuk Hamdi.
Ariel terdiam.
Dalam keadaan begini pun, atuk masih fikirkan Salina. Ariel memejam mata seketika. Saat matanya di buka, dia bertentang mata dengan atuk. Sayu hatinya membalas tatapan mata tua itu. Mata atuk juga bergenang.
“ Atuk bersalah pada Salina….kalau atuk tak bawa dia pulang….dia tak akan di rosakkan oleh Ariel….dia masih boleh hidup bahagia….tapi kerana atuk….maruah dan harga diri dia di rosakkan Ariel….” Kata Datuk Hamdi dengan wajah kesal.
“ Atuk…jangan cakap macam tu….Atuk tak salah….Ariel yang salah. Ariel yang hilang pertimbangan…maafkan Ariel….” Kata Ariel sambil mencium tangan atuknya bertalu-talu.
“ Kalau Ariel nak atuk maafkan Ariel….Ariel cari Salina, kahwini dia dan bahagiakan dia. Ini amanat terakhir dari atuk.  Ariel kena ingat…kebahagiaan Ariel adalah kemaafan dari Salina.!”  Kata Datuk Hamdi dengan penuh pengharapan. Ariel hanya mampu membisu. Tak mampu untuk berkata apa-apa.
Sehari selepas pertemuan itu, Datuk Hamdi meninggal dunia.
Kata –kata terakhir dari Datuk Hamdi masih lagi menghantui fikiran Ariel hingga ke hari ini.
Selagi dia belum bertemu Salina, selagi itu atuk tak akan maafkannya.
“ Salina…. Di mana awak sekarang?....kerana awak….sampai sekarang hidup saya tak bahagia….” Ucap Ariel perlahan sambil mendongak ke langit.


TEPUKAN gemuruh mampu membuatkan Salina tersenyum. Ternyata, pertunjukkan fesyen kali ini juga berjaya dan kali ini hasil kutipan lebih membanggakan. Rasanya berbaloi penat lelah yang dirasai sejak sebulan dua ini.
“ Miss Sally…congratulation….!” Hampir lenguh tangan Salina berjabat tangan dan mengukir senyum kerana menerima ucapan tahniah atas kejayaannya mengadakan pertunjukkan fesyen malam ini.
“ Kejayaan ini bukan milik saya seorang…kejayaan ini milik kita bersama.” Balas Salina sambil mengukir senyum pada wartawan yang menemuramahnya.
“ Ya,… tapi, tanpa Miss Sally….semua ini tak akan berjalan dengan lancar.” Tambah seorang wartawan lagi.
“ Er..boleh kami ambil gambar Miss Sally.” Pinta wartawan itu lagi.
Sure…” Salina segera memberi kebenaran. Tak salah kalau dia mempromosikan wajahnya. Itu juga untuk kebaikan butiknya.
“ Lina, Datuk  Rushdan nak jumpa kau!” Adila tiba muncul dan berbisik perlahan di telinga Salina.
Exercuse me!” Salian segera berlalu.
Dari jauh dia sudah menghulurkan senyuman buat lelaki yang berusia lewat 40an itu. Masih kacak dan bergaya orangnya. Sudah agak lama Salina mengenali lelaki duda yang bergelar Datuk itu dan ternyata perkenalannya dengan lelaki itu banyak meningkatkan popularitinya. Bukan saja namanya tetapi juga Butik Sadilla, gabungan nama Salina dan Adilla.
“ Hai sayang!” ucap Datuk Rushdan sebaik sahaja Salina meuncul di hadapannya.
“ You ni kan….berapa kali I nak ingatkan…tak perlu bersayang-sayang dengan I….gelilah!” marah Salina membuatkan lelaki itu ketawa.
“ Aik…panggil sayang aje dah geli….I belum pun usik you apa-apa tau!” gurau Datuk Rushdan yang masih lagi seronok gelak. Beberapa orang lelaki yang turut ada di situ turut tersenyum.
“ Jom,…kita ke sana!” ajak Datuk Rushdan.
Salina akur. Dia berjalan beriringan mengikuti lelaki itu di satu sudut.
So, you jadi….temankan I esok untuk majlis pembukaan restoran baru I!” Datuk Rushdan memandang wajah Salina. Wanita ini membuatkan dia sering mengingatinya dan kalau boleh dia ingin memilikinya tapi apa kan daya, Salina terlalu  sukar untuk dia dapatkan.
“ Hmm….okay…dan sebagaimana yang kita persetujui….” Salina melirik ke arah Datuk Rushdan.
Yes, I know….2 thousand ringgit for Teratak Bahagia!” Datuk Rushdan mencuit hidung Salina. Salina segera melarikan wajahnya. Tak senang dengan tindakan itu.
Good.  See you tomorrow!” Salina terus berlalu membuatkan Datuk Rushdan mengukir senyum. Tanpa sedar ada sepasang mata yang sedang memerhati.


MATA Ariel ralit memandang wajah gadis yang berada di sisi Datuk Rushdan. Entah kenapa hatinya begitu berdebar memandang wajah itu. Dia akui bahawa senyuman yang terukir di bibir gadis itu benar-benar memikat, di tambah pula dengan penampilannya yang cukup bergaya. Bukan hanya menjadi tarikan kaum lelaki tapi juga wanita lain.
“ Kenapa?....terpikat!”  bisik Khairul perlahan membuatkan Ariel tersentak.
“ Terpikat pun tak ada guna…dia milik orang. Bukan sebarangan orang…itu Datuk Rushdan, bukannya kau tak kenal siapa lelaki tu!” kata Ariel sambil matanya tetap ralit melihat layanan Datuk Rushdan terhadap gadis itu.
“ Siapa kata?....gadis itu bukan milik sesiapa.” Balas Khairul sambil melirik senyum ke arah gadis yang berjaya mencuit hati Ariel itu. Sudah lama dia tidak melihat reaksi yang di pamerkan oleh Ariel itu. Nampaknya gadis yang bersama Datuk Rushdan itu mampu menarik perhatian Ariel.
Sejak kejadian dulu, Ariel selalu berkata bila dia memperkenalkan mana-mana gadis.
Sorry bro. Aku tak ada mood dan setiap kali aku nak lakukan…aku teringat sumpahan perempuan tu. Kata-katanya sentiasa terngiang dalam fikiran aku!” itulah kata-kata Ariel dan sejak hari itu Ariel sudah tidak menghampiri mana-mana perempuan lagi. Hairan. Tapi yang pasti…sumpahan perempuan itu begitu mujarab.
“ Maksud kau?” Ariel terpingga-pingga melihat senyuman yang terukir di bibir Khairul itu.
“ Kalau kau tak ada RM….jangan bermimpi kau nak dekati dia.” Kata-kata Kairul membuat dahi Ariel makin berkerut.
“ Dia….Dia….” ah! Tak sanggup menyebut perkataan itu.
“ Tak adalah sampai ke tahap yang kau fikirkan. She`s clean….maksud aku….hanya orang-orang tertentu sahaja yang layak mendampinginya. But….she is hot….ramai yang cuba tapi tak ramai yang berjaya. Tapi setakat ini….Datuk Rushdan adalah senarai yang teratas….” Kata Khairul.
“ Wow! Banyak betul maklumat yang kau dapat….kau pernah cuba nak dapatkan dia ke?” kata Ariel.
“ Tak ada…aku ada informer!” balas Khairul.
“ Kau nak cuba?” soal Khairul mematikan perhatian Ariel pada gadis itu.
“ Bolehke?” Ariel agak ragu-ragu.
“ Tak salah mencuba….” Galak Khairul membuatkan bibir Ariel mengukir senyum.
Mata Ariel sekali lagi memandang gadis yang memakai gaun warna biru lembut itu. Dandanan rambutnya juga nampak menarik. Amat sesuai dengan penampilannya.


ADILLA memandang wajah Salina yang begitu tekun melakarkan beberapa design baru. Temannya itu sanggup bekerja keras demi memajukan butik mereka yang mula berkembang.
“ Lina,” panggil Adilla membuatkan perhatian Salina pada lakarannya terhenti.
“ Apa dia?” tanya Salina acuh tak acuh.
“ Kau tak rasake apa yang kau buat tu salah?” tanya Adilla.
“ Apa yang aku buat?” tanya Salina balik. Pensil yang ada di tangannya diletak atas meja. Kini, perhatiannya tertumpu pada wajah Adilla yang nampak serba salah.
“ Sampai bila  kau nak buat kerja tu?...aku hanya fikirkan keselamatan kau. Aku tak nak kejadian buruk berlaku pada kau kerana aku sayangkan kau, Lina!” kata Adilla.
Salina mengeluh perlahan. Dia mengatur langkah ke arah Adilla dan melabuhkan punggung di sisi.
“ Dilla, kau tahukan kenapa aku buat benda tu….bukan untuk diri aku tapi untuk Teratak Bahagia. Sampai masanya aku akan berhenti….” Keluh Salina sambil menyandar badan di sofa.
“ Tapi Lina…” Adilla cuba bersuara.
“ Cukup…aku tak nak dengar lagi. Butik ni dan Teratak Bahagia tu dua perkara yang berbeza…aku tak pernah campur adukkan. Jadi…kau jangan risau!” Salina mengangkat tangan agar Adilla tidak berbicara soal itu.
“ Bukan itu maksud aku. Aku cuma….” Serba salah Adilla nak bersuara.
“ Aku penat…aku nak rehat.” Salina bangun dan terus berlalu.
Salina masuk ke dalam biliknya. Punggung di hempas ke atas katil. Buat seketika mata di pejam rapat. Beberapa kenangan lalu mula terlayar dalam ingatan.
“ Atuk!”
Mengingatkan nama itu, serta merta hati Salina jadi sebak.
“ Cik Salina, uncle ni peguam Datuk Hamdi!” seorang lelaki yang berpakaian kemas tiba-tiba muncul di butik tempat dia kerja.
“ Peguam Datuk Hamdi….maksud uncle!” terpingga-pingga Salina menatap wajah itu.
“Uncle di minta mencari Salina. Dia minta maaf atas apa yang berlaku pada Salina…” kata peguam Datuk Hamdi.
“ Atuk sihat?”
  Datuk Hamdi dah meninggal dunia hampir setahun. Uncle hanya menyampaikan amanat terakhir Datuk Hamdi…di dalam sampul ni ada amanat beliau dan dia minta Salina menerimanya.”
Bukan main bulat lagi mata Salina membaca setiap bait yang tertulis di helaian kertas itu.
“ Er….macam mana atuk tahu pasal…”
Peguam itu hanya mengukir senyum.
“ Sejak Cik Salina keluar dari rumah tu, Datuk mengupah orang. Dan dari situ dia dapat maklumat berkaitan dengan Cik Salina. Datuk tahu Cik Salina mahu melanjutkan pelajaran dan kerana itu juga dalam sampul ni ada semua dokumen dan keperluan Cik Salina. Cik Salina akan berangkat ke luar negara bulan depan. Segala perbelanjaan akan ditanggung oleh Datuk.”
“ Er….terima kasih. Saya sedih sangat sebab tak dapat jumpa atuk untuk kali terakhir….semua ini kerana Ariel!” kata Salina.
“ En. Ariel tak tahu semua ini. Cik Salina jangan risau….En. Ariel tak ada hak untuk mengambil harta yang di wariskan atas nama Cik Salina sebagai pemegang amanah!” ujar peguam itu lagi.
Salina meraup muka. Dulu, dia tak pernah sedikit pun bercita-cita untuk memilih bidang fesyen sebagai kerjaya tapi sejak dia mendapat kerja sambilan di sebuah butik, timbul minatnya dalam bidang itu. Dan ketika di sanalah dia mengenali Adilla dan mereka berjanji untuk sama-sama membuka butik bila sampai di tanah air nanti.


MELILAU mata Salina mencari wajah  seseorang sebaik saja kakinya melangkah masuk ke restoran mewah itu.
“ Miss Sally!” seorang pelayan datang mendapatkan Salina.
“ Ya…”
“ Meja Miss Sally ada kat sana!” ujar pelayan itu sambil berjalan mendahului Salina.
“ Hai!” tegur seorang lelaki sebaik sahaja Salina di bawa ruangan yang agak jauh sedikit dari pandangan.
“ Hai!” balas Salina sambil memandang tajam wajah lelaki kacak yang sedang berdiri di hadapannya.  Beberapa detik kemudian, wajah Salina berubah.
“ I….Ariel. Ariel Fahmi.” Lelaki itu menghulur tangan.
Nak tak tak nak Salina terpaksa menyambut huluran tangan itu.
Sally!” Salina cuba mengawal suara. Entah kenapa dia jadi enak tiba-tiba sebaik sahaja merenung wajah lelaki itu.
“ Sally….Sally what?” tanya Ariel yang ingin cuba mengenali gadis di hadapannya dengan lebih rapat.
Just call me Sally!” tegas Salina bersuara menahan getar.
Ok. Miss Sally. Have a sit!” pelawa Ariel sambil menarik kerusi untuk Salina.
Thanks!” ucap Salina.
Mereka terus membuat pesanan.
“ Baiklah En. Ariel. Apa tujuan tujuan you nak jumpa I?” tanya Salina.
Ariel mengukir senyum sambil memandang wajah Salina.
Well…you rasa untuk apa kita berjumpa?” soal Ariel pula tanpa menjawab soalan Salina.
“ I tak ada masa nak bergurau dan nak berteka –teki. Let go to the point….” Kata Salina. Bukan apa, lebih cepat dia pergi dari sini, lebih senang untuknya bernafas. Saat ini, dia rasa dia tak cukup nafas. Terasa tiada udara sebaik sahaja dia mengingatkan wajah lelaki itu.
“ I nak you temankan I ke satu majlis malam ni…I harap I belum terlewat untuk booking you!” akhirnya Ariel menyampaikan hajatnya.
Salina ketawa.
“ Kenapa you ketawa. Rasanya apa yang I cakap tak ada salahnya kan!” Ariel mula gelisah. Jangan-jangan Khairul menipunya.
“ I bukan barang…I manusia biasa. Macam you jugak. Perkataan `booking` tu…agak keterlaluan. You ingat I ni apa?...pelacur kelas atasanke?” tempelak Salina sambil merenung tajam wajah Ariel.
Ariel menelan liur. Rasa bersalah mula menyelebunginya. Nampaknya dia tersalah anggap. Tapi…benarkah apa yang dikatakan Khairul tempohari.
“ Ops!...sorry. I tak bermaksud begitu. I …” Ariel cuba membetulkan anggapan Salina itu.
“ Dari mana you dapat tahu pasal I?” soal Salina sambil merenung wajah Ariel yang mula gelisah. Sebenarnya, dia segan bila meningatkan kata-katanya tadi.
“ Dari kawan I…dia yang called you…dan minta kita jumpa di sini.” Beritahu Ariel.
Salina menyandarkan badannya di kerusi sambil mengukir senyum.
“ Hmm….berapa you sanggup bayar?” soal Salina cuba menduga.
“ Berapa you nak?” soal Ariel lagi.
Salina ketawa.
“ RM5 ribu. You sanggup?” duga Salina cuba mendapatkan reaksi lelaki itu.
Fine.” Ariel akur sambil mengeluarkan buku cek dari poket bajunya. Pen turun di ambil dan dia membuka buku cek itu dan mula menulis angka yang di sebut Salina tadi.
“ Hanya jadi pendamping sahaja…tak lebih dari itu. And just one night!” beritahu Salina membuatkan Ariel pula merenung tajam wajah Salina yang sedang mengukir senyum.
“ Ok. I tak mengharapkan lebih dari itu. Baiklah…I perlukan nama penuh you untuk I tulis kat cek ni!” kata Ariel.
Just put  the name of Teratak Bahagia!” kata Salina.
“ Teratak Bahagia?...why?” Ariel benar-benar terkejut. Bukankah itu nama sebuah rumah anak yatim?
Just put that name…and no more question!” tegas Salina bersuara dan segera mematikan soalan Ariel.
“ Ok, fine!...as you wish!” akur Ariel tanpa banyak soal.
Ariel mengoyak buku cek itu dan menyerahkannya pada Salina. Sebaik saja melihat nama dan amaun yang tertera pada kertas itu, Salina mengukir senyum.
Thank you, malam ni…I akan tunggu you di depan Butik Sadilla. Nice to meet you!” kata Salina sebelum berlalu pergi.


SEJAK di pertemuan itu, Ariel lebih kerap mengambil peluang untuk berjumpa Salina. Walaupun Salina berusaha menolak, tapi Ariel tetap berusaha.
“ Sally, I rasa I dah jatuh cinta dengan you!” Ariel meluahkan perasaan sebaik sahaja kereta BMW yang di pandu Ariel berhenti di depan Butik Sadilla.
“ You mabukke?” Salina tergelak kecil.
“ Tak…I tak mabuk. I ikhlas. Sejak I jumpa you….I tak boleh lupakan you.  Wajah dan nama you mengingatkan I pada seseorang. Seseorang yang selama ini I tunggu….” Kata Ariel.
“ You merepek apa ni….” Sangkal Salina dan cuba membuka pintu.
“ Salina…I tahu…you perempuan tu….tentu you masih ingatkan Datuk Hamdi, atuk angkat you…dan I….I Ariel, lelaki yang pernah rosakkan you dulu!” kata Ariel.
 Dia telah mengupah seorang penyiasat untuk menyiasat tentang Salina.
“ Maaf…you salah orang….I tak pernah kenal siapa Datuk Hamdi.” Kata Salina tegas.
Please, Salina…” Ariel memegang tangan Salina. Menghalang Salina dari keluar.
“ En. Ariel…you pun tahukan, perjanjian. Setiap sentuhan ada bayarannya!” kata Salina sambil memandang tangannya yang berada dalam genggaman lelaki itu.
  Cakap, berapa perlu I bayar…I akan bayarkan!” Ariel bersuara.
Salina tergelak kecil.
“ You ni…memang angkuh. You tak berubah….alangkah malangnya atuk punya cucu seperti you nikan!” kata Salina sambil tergelak kecil. Serentak itu juga tangannya di tarik kasar.
“ Jadi…memang betullah…You ni Salina?...cucu angkat atuk I?” wajah Ariel mula ceria. Ternyata, pencariannya selama ini tak sia-sia. Dia dah bertemu dengan orang yang di carinya selama ini.
` Atuk, Ariel dah jumpa Salina….Ariel dah jumpa dia!` detik Ariel menahan sebak.
“ Ya, I memang Salina. Perempuan yang you rosakkan dulu…tapi, jangan ingat….sekarang ni I lemah seperti 8 tahun yang lalu. Tolong jangan ganggu I lagi…” kata Salina menahan sebak.
“ Dan…selama ini, you memang kenal I?” tanya Ariel.
“ Ya! Tapi I tak boleh menolak sebab tawaran yang hulurkan agak lumayan.” Kata Salina sambil tergelak kecil. Sebenarnya, dia hanya menyembunyikan tangis.
Ariel mendiamkan diri. Terasa dia kehilangan kata-kata.
“ You tahu…you yang mengajar I….bahawa setiap sentuhan, ada harganya!...tapi…sekarang, harga yang I tawarkan hanya sebagai peneman, bukan harga untuk sebarang sentuhan!” kata Salina tegas. Dia teringat, betapa angkuhnya saat Ariel melemparkan not kertas ke mukanya dulu selepas merampas maruahnya.
I`m sorry…!” mohon Ariel perlahan sambil menundukkan wajah. Cukup kesal mengenangkan apa yang berlaku.
“ You tak layak untuk dapatkan kemaafan I…” kata Salina dan terus keluar dari kereta itu. Tidak menghiraukan lagi penggilan Ariel. Langkah Salina laju seiring dengan air mata yang mengalir keluar dari tubir matanya.
Malam itu juga dia menghubungi Pak Imam Musa.
“ Pak Imam dah buat seperti yang Lina suruh. Hamimah ada di rumah Lina sekarang…kalau tak kerana Lina, dah lama dia hidup merempat. Semua hartanya telah di jual Junus dan Junus pun dah ceraikan dia!” itu berita yang di terima dari Pak Imam Musa. Dan atas dasar perihatin, dia meminta Pak Imam Musa uruskan agar Hamimah tinggal di rumah peninggalan orangtuanya.


SALINA mengagih-agihkan buah tangan yang di bawanya. Hampir penuh satu bonet kereta proton persona warna silver itu. Kanak-kanak  yang beratur itu tak putus-putus mengucapkan terima kasih atas cenderahati yang di terima.
Salina mengatur langkah menghampiri kanak-kanak yang sedang termenung di kerusi batu.
“ Kenapa Asy termenung seorang diri di sini. Tak suka jumpa kak Lina ya!” Salina memandang kanak-kanak comel berusia 7 tahun itu.
Asyraf memandang wajah Salina. Ada air mata yang bergenang di kelopak matanya.
“ Asy rindukan kak Lina…kenapa kak Lina lama tak datang sini?” ujar Asyraf memandang wajah Salina dengan mata berkaca.
Salina mendekati Asyraf, tubuh kanak-kanak itu di peluk erat.
“ Bukan kak Lina tak rindukan Asy tapi kak Lina sibuk…kan sekarang ni, kak Lina dah ada depan mata Asy. Nah…ini hadiah istimewa untuk Asy!” Salina menghulurkan hadiah untuk Asyraf.
“ Wah!...kereta control….bestnya. terima kasih kak Lina…Asy sayangkan kak Lina!” Asyraf memeluk tubuh Salina.
“ Kak Lina pun sayangkan Asy!” ucap Salina sambil memandang wajah Asyraf yang begitu seronok membelek mainan itu.
“ Kak Lina nak jumpa ibu…Asy main dengan kaawan-kawan ya!” kata Salina.
“ Terima kasih kak Lina!” ucap Asyraf.
“ Ya, sama-sama” balas Salina sambil mengukir senyum. Seronok melihat Asyraf kembali ceria.
Salina mengetuk sebuah bilik. Selepas mendapat kebenaran. Dia masuk.
“ Ibu!”
“ Lina….” Salina memeluk wanita itu.
“ Jom, kita berbual di sini!” mereka sama berlabuh di kerusi.
Salina menyerahkan satu sampul surat pada Hj. Aminah.
“ Lina, banyak ni….” Terkejut Hj. Aminah melihat beberapa keping cek yang tertulis nama Teratak Bahagia dengan amaun yang banyak.
“ Untuk Teratak Bahagia. Ibukan tahu….teratak ni cukup bermakna buat Lina. Kalau tak ada ibu dan teratak ni…Lina tak tahu apa nasib Lina.”
“ Tapi…dari mana Lina dapat cek begini? Selama ni…” ya, selama ini pun Salina selalu memberikan dia cek tapi tak adalah sampai sebanyak ini. Setiap keping cek mengandungi amaun RM 5 ribu tapi kalau dah sampai 5 keping.
“ Ada orang yang murah hati dermakan untuk teratak ni….ibu gunakanlah untuk kebajikan anak-anak di sini. Mereka layak mendapat yang terbaik.” Kata Salina.
“ Pn. Hjh…kita ada tetamu!”
“ Tetamu…minta dia masuk!”
“ Assalamualaikum!” kedua mereka berpaling. Sama-sama memandang ke arah tetamu yang baru saja menjengah masuk.
“ You!” hampir ternganga mulut Salina melihat tetamu itu.
“ Ya, tak sangka kita dapat berjumpa di sini!” Ariel mengukir senyum sebaik sahaja menatap wajah merah Salina.
“ Selamat berkenalan Pn. Hjh….Saya Ariel. Ariel Fahmi!” Ariel menghulur tangan dan teragak-agak pula Hjh Aminah  nak menyambutnya. Apatah lagi bila melihat wajah cemberut Salina yang sememangnya tidak selesa dengan kemunculan lelaki itu. Bagai ada seteru antara mereka berdua.
“ Ibu…Lina keluar dulu!” Salina terus keluar dari bilik itu. Tidak lagi memikirkan pandangan mereka.
Salina mengatur langkah laju ke bawah sebatang pokok rimbun yang menempatkan kerusi batu. Selalu juga dia menghabiskan masa di situ bersama anak-anak Teratak Bahagia. Salina melepaskan tangis di situ.
`Kenapa aku harus ke temu dia lagi sedangkan aku telah cuba sedaya upaya mengelak diri dari bertemunya!` Salina merintih sedih.
Sejak terbongkarnya siapa dia, Salina cuba mengelak dari terus bertemu dengan Ariel namun lelaki itu tetap berusaha untuk bertemu dengannya juga. Malah lelaki itu sanggup menunggunya beberapa jam di depan pintu butiknya sehinggakan Adilla naik binggung. Malah tindakan Ariel itu juga turut mengganggu pelanggannya.
Sebelum bertemu pertama kali dengan Ariel di restoran hari itu pun, hatinya sudah resah. Apatah lagi bila memandang wajah lelaki itu. Walaupun peristiwa hitam itu sudah 8 tahun berlalu , namun wajah lelaki itu tak mungkin dia lupakan. Memang wajah itu ada perbezaannya tapi dia masih boleh mengenalnya. Cuma dia, penampilannya  dulu dan sekarang memang berbeza. Pak Imam Musa pun tak mengecamnya bila bertemu dengannya  3 tahun yang lepas. Mak Jah dan Malik juga terkejut melihat perubahannya sewaktu dia berkunjung ke banglo Datuk Hamdi. Malah dia sempat melawat pusara atuk angkatnya itu. Menurut mak Jah, Malik kini sudah mengambil alih perniagaan Datuk Hamdi dengan pertolongan dan bantuan uncle Majid, peguam Datuk Hamdi. Orangtua Ariel tidak mahu terlibat dalam perniagaan produk makanan kerana mereka sudah ada perniagaan sendiri.
“ Kak Lina!” teguran suara halus itu membuatkan Salina segera menoleh. Air mata yang mengalir cepat-cepat di sapu. Malu kalau di lihat anak kecil itu.
“ Kak Lina menangis?” soal Asyraf sambil memandang wajah Salina.
“ Tak….kak Lina tak nangis.  Mata kak Lina masuk habuk.” sangkal Salina.
“ Kak Lina rindukan ayah dan mak kak Lina ya?...Asy pun nangis kalau Asy rindukan mak dan ayah Asy…Asy doakan mereka bahagia!” kata-kata Asyraf membuatkan dada Salina hampir pecah. Wajah Asyraf itu di pandang penuh kasih. Kalaulah dia dapat menyatakan kebenaran….
“ Asy….” Salina tak dapat menahan tangis. Melihat wajah anak kecil itu membuatkan dia rasa benar-benar bersalah.
“ Asy…”
“ Salina!” suara Ariel yang tiba-tiba muncul mematikan percakapan Salina. Dia segera berpaling. Tak sudi menatap wajah lelaki itu.
“ Lina…saya minta maaf!” mohon Ariel sambil duduk di depan Salina. Biarlah Salina tidak mahu memandang wajahnya, dia tetap mahu memujuk dan memohon maaf sehinggalah maafnya di terima. Itu yang di pinta oleh arwah atuk dulu.
“ Boleh tak awak pergi dari sini…untuk apa awak ke sini. Di sini bukan tempat awak, En. Ariel.” Kata Salina. Sejak mereka tahu hal itu, panggilan untuk mereka sudah berubah.
“ Lina…sampai bila awak nak larikan dari saya….awak tak kesiankan sayake?” rayu Ariel.
“ Saya akan terus lari sampai awak penat mengejar….dan untuk apa saya kesiankan awak….sedangkan awak tak pernah rasa kesian terhadap saya. Kalau awak kesiankan saya….awak tak mungkin meragut kebahagiaan saya. Awak buat hidup saya sengsara….dan awak buat saya rasa benci dengan bahagia!” kata Salina.
“ Salina…” panggil Ariel.
“ Abang….kenapa abang buat kak Lina nangis…tak baik!” Asyraf tiba-tiba bersuara.
Ariel memandang wajah Asyraf. Lama wajah anak kecil itu di pandang sehingga Asyraf ketakutan dan dia bersembunyi di belakang Salina.
“ Kak Lina…Asy takut!” Asyraf memeluk tubuh Salina.
“ Asy tak perlu takut…kan kak Lina ada!” pujuk Salina.
“ Salina….” Panggil Ariel.
“ Ada apa lagi En. Ariel….awak baliklah. Tak perlu lagi awak mengekori saya. Saya mohon….tolong jauhi saya!” kata Salina malas nak melayan panggilan Ariel.
“ Budak ni….” Kata Ariel sambil matanya merenung tajam wajah Asyraf.
“ Kenapa dengan Asyraf?” tanya Salina.
“ Budak ni….wajah dia mengingatkan saya masa kecil-kecil dulu!” kata Ariel dengan dahi berkerut.
Salina menelan liur. Saat itu wajahnya mula berubah dan perubahan itu cukup ketara pada pengamatan Ariel.
“ Jangan….jangan…” Ariel mula rasa tak sedap hati.
“ Asy….Asy pergi main dengan kawan-kawan ya….kejap lagi kak Lina datang….” Kata Salina.
Asyraf segera berlari pergi. Lagi pun pandangan Ariel amat menakutkan dia.
“ Kalau awak suka sangat duduk kat sini…awak duduklah…saya nak balik!” kata Salina sambil bangun.
“ Nanti….awak kena jawab pertanyaan saya, Salina!” tegas Ariel bersuara.
“ Apa lagi yang awak nak tahu?....saya dah mengaku yang saya ni Salina. Awak lupa…bagaimana awak mengusir saya dulu?...sudahlah En. Ariel, saya memang tak ada kaitan pun dengan awak….jadi, lebih elok awak tak muncul depan saya lagi. Kehadiran awak membuatkan saya sukar nak mengecapi kebahagiaan.” Kata Salina.
“ Awak cintakan saya?” soal Ariel memandang wajah Salina.
“ Cinta?...jangan bercakap soal cinta, En. Ariel...awaklah pembunuh kebahagiaan saya sehingga sukar untuk saya kecapi perasaan cinta” Salina ketawa.
“ Salina, sejak kejadian itu….hidup saya juga sengsara, saya juga derita. Dan….kehidupan saya juga tak pernah bahagia. Mungkin ini balasan yang saya terima atas perbuatan saya pada awak dulu….dan sumpahan awak dulu benar-benar memakan diri saya dan sehingga sekarang sumpahan awak itu masih terngiang di fikiran saya, Salina.” Kata Ariel sambil tunduk. Hampir air mata bergenang.
“…aku bersumpah yang hidup kau tak akan bahagia….dan aku tak akan maafkan apa yang kau dah buat pada aku sampai bila-bila. Kau akan hidup dalam penyesalan seumur hidup kau sebagai balasan perbuatan kau yang tidak perikemanusiaan tu….kau bukan hanya merosakkan maruah aku tapi kau juga telah merosakkan kebahagiaan aku, kau buat hidup aku sengsara. Aku nak kau ingat…maruah dan kebahagiaan bukan untuk di jual beli. Dengar sini ya…. Aku takut…sampai satu saat nanti, kau merayu dan melutut  depan aku demi mendapat sebuah kebahagiaan.”
“ Baguslah…sekurang-kurangnya awak turut merasa apa yang saya rasa…tapi perasaan itu tak seteruk yang saya alami. Awak tak rugi apa-apa….awak masih ada maruah, masih ada kehormatan tapi saya…..awak yang menyebabkan kehormatan dan maruah saya hilang. Awak….awak ragut kebahagiaan saya, En. Ariel!” kata Salina cuba mengawal rasa hati.
“ Salina, izinkan saya kembalikan kebahagiaan awak yang hilang itu!” mohon Ariel.
“ Berapa awak sanggup bayar?...RM5 ribu…RM10 ribu…RM20 ribu?” kata Salina bersama tawa sinis.
“ Berapa saja….awak cakap, saya sanggup tunaikan….sekali pun saya terpaksa menyerahkan semua harta milik saya demi kebahagiaan awak, Salina…kalau sanggup melutut pun….saya sanggup!” kata Ariel penuh harapan.
“ Sudahlah En. Ariel…saya dah penat bercakap soal ni…tak ada gunanya. Semua ni dah berakhir….” Kata Salina sambil berlalu pergi.
`Ariel…awak tetap tak berubah.  Awak masih anggap semua itu mampu di bayar dengan wang kertas!`
“ Asyraf tu anak sayakan….” Langkah Salina terhenti. Dia berpaling, menatap wajah Ariel.
“ Asyraf tu….Anak saya dengan awak….betulkan?...wajah dia mengingatkan saya masa kecil dulu…saling tak tumpah….” Kata Ariel.
Salina mendengus. Dan dia kembali menyambung langkah, namun Ariel sempat mengejarnya.
Tell me…it is true?” mohon Ariel.
“ Ya, betul….Asyraf anak awak…awak tahu kenapa saya tinggalkan dia di sini?...sebab wajah dia mengingatkan saya pada awak…semakin hari wajahnya makin mirip awak…dan awak nak tahu, kenapa semua cek yang saya dapat tertulis nama Teratak Bahagia?...sebab di sinilah saya berteduh selepas saya di usir oleh awak….dan di sini juga saya melahirkan Asyraf tanpa sokongan lelaki yang bergelar suami…..awak tak tahu bagaimana perasaan saya setiap kali memandang wajah Asyraf….dan sehingga sekarang dia tak pernah tahu bahawa saya ibu kandungnya. Semua itu…kerana awak….”
Salina menelan liur. Memang kehadiran Asyraf amat merubah hidup dia. Dia jadi manusia yang tabah. Dan selepas ini, kehidupan Asyraf akan lebih terjamin kerana Datuk Hamdi memang tahu kewujudan Asryraf. Itu sebabnya arwah atuk meletakkan nama Asyraf pada sebahagian hartanya  tanpa pengetahuan keluarga atuk dan dia hanyalah pemegang amanah sehingga Asyraf berusia 21 tahun.
“ Benarkan saya bertemu dia. Saya mahu dia tahu bahawa saya ayahnya…” rayu Ariel.
“ Terserah….kalau itu yang boleh bahagiakan awak!” kata Salina acuh tak acuh.
“ Bukan untuk kebahagiaan saya…tapi  untuk kebahagiaan kita!” tekan Ariel cuba memujuk Salina.
“ Kebahagiaan saya tak akan sama dengan kebahagiaan awak….kebahagiaan saya terlalu tinggi nilainya dan saya percaya, awak tak akan mampu membayarnya!” kata Salina sambil mengesat air mata yang mengalir laju di kelopak mata.
“ Bagilah saya peluang untuk saya bahagiakan awak….saya merayu!” Ariel tiba-tiba melutut di kaki Salina.
Salina menahan sebak.
“ Maafkan saya…buat masa sekarang….saya tak mampu menerima awak!” kata Salina.
“ Saya akan tunggu….ini amanat terakhir atuk untuk saya tunaikan…dia mahu saya mengahwini awak dan membahagiakan awak….dan saya,… saya juga cintakan awak!” kata Ariel yang masih lagi melutut.
Salina memejam mata, cuba menghimpun kekuatan.
“ En.Ariel…saya bukanlah manusia yang hipokrit dan manusia yang ego…ikhlas saya katakan….buat masa sekarang, saya tak boleh terima awak…saya harap awak faham….tapi kalaulah di takdirkan, awak adalah jodoh saya….siapalah saya untuk menolak….selamat tinggal, En. Ariel.” Kata Salina sebelum berlalu pergi.
Ariel hanya mampu memandang langkah Salina yang sudah menjauh dan saat itu juga matanya berlaga dengan sepasang mata comel yang turut mengikut langkah Salina yang semakin jauh.
 `Asyraf…anak papa. Papa akan cuma dapatkan mama walau dengan apa cara sekali pun….kita akan hidup bahagia kerana papa berjanji, papa akan cuba bahagiakan mama kerana papa tahu,  kebahagiaan untuk mama adalah terlalu berharga.`

Tamat……


* Apakah perasaan anda kiranya anda berada di tempat Salina, sanggup anda maafkan Ariel... atau sebaliknya?



7 comments:

  1. X KAN TAMAT MACAM TU AJE X ADA HAPPY ENDING PUN.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali apa salahnya xde happy ending.nanti cerpen yg sterusnya akan ada hepi ending.

      Delete
  2. Kesian Salina.. kalau sy jd dia pn, susah nk maafkn Ariel. memaafkn mgkn boleh tp melupakan setiap perbuatan Ariel tu yg payah.hurmm..

    ReplyDelete
  3. Best... tp typo errorss.. tkpe, boleh perbaiki. Overall, cun!

    ReplyDelete
  4. master saufi boleh baca sambungannya, Harga Sebuah Kebahagiaan 2.

    ReplyDelete
  5. Maafkan boleh tp nak terima tak.hahha.btw, seronok cerpen ni.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...