Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 20 July 2013

Diakah Mr. Perfect Aku?13




SHAH mengelap mulut selepas menghabiskan sarapannya. Tangannya mencapai secawan milo dan diteguknya perlahan. Datuk Syed Mustaffa dan Datin Safinas yang turut bersarapan bersama hanya masing-masing diam seolah-olah tiada modal untuk berbicara. Datin Safinas menarik nafas seketika. Dalam fikirannya ada seribu satu perkara yang ingin di bicarakan tapi dia tahu apa yang bakal di bicarakan pasti membuat mood anak lelakinya berubah.
Morning,” suara ceria yang baru kedengaran membuatkan tiga pasang mata itu beralih.
Hazrul hanya menayang senyum.
“ Kenapa lambat, semua orang dah hampir siap sarapan.” Tegur Datin Safinas yang rasa tidak senang kerana anak lelakinya lambat sarapan. Dia berharap suaminya tidak akan membuka mulut.
Sorry, Arul terlambat bangun tadi. Semalam balik lewat.” Selamba Hazrul menjawab dan terus mengambil tempat duduk di sebelah abangnya.
“ Melepak lagi. Tak berubah-ubah. Jangan ingat syarikat tu milik papa, Arul senang-senang nak datang lewat,” Datuk Syed Mustaffa mula bersuara.
“ Abang…” Datin Safinas pula mencelah. Bimbang kalau suaminya naik angin.
I won`t do it again…I`m promise!” sambut Hazrul sambil memandang sekilas wajah abangnya yang nampak segak mengenakan kemeja lengan panjang dan bertali leher.
You always break a promise, son….and I don`t really like it….” Tegas Datuk Syed Mustaffa bersuara memberi amaran sambil meletakkan kain pengelap mulut di atas meja.
“ Arul tahu… and this is my last promise. I`ll change,” janji Arul dengan tenang. Dia sempat mengerling ke arah abangnya yang tersenyum sinis. Mungkin tidak percayakan kata-katanya. Papa juga mungkin berpendapat sama seperti abangnya. Tengok muka pun dia tahu yang papanya tak akan mempercayai janjinya.
“ Abang Shah dah mula masuk kerjake hari ni?” tegur Arul, sengaja tidak mahu dirinya yang menjadi tajuk utama perbincangan mereka di meja makan itu.
“ Hmmm….kenapa? Arul tak suka?” sinis sekali suara Shah kedengaran di telinga Aru. Arul hanya tersenyum nipis.
Nope. I `m happy to hear that….setidak-tidaknya beban kerja Arul akan berkurangan kalau abang Shah masuk kerja,” balas Arul sambil memasukkan nasi goreng ke dalam mulut. Di kunyah laju seolah-olah nasi goreng itu begitu sedap dan menyelerakan.
“ Dah lama Shah bercuti, dah setahun dan papa rasa Shah tak ada masalah untuk uruskan kerja.” Sambung Datuk Syed Mustaffa sambil memandang wajah anak sulungnya.
Dalam hatinya, dia benar-benar bersyukur dan lega kerana Shah akan memulakan kerja. Anak lelakinya ini banyak membantunya menguruskan kerja dan memang dia tak nafikan bahawa Shah terlalu komited dengan kerja, seperti dia. Hampir setahun dia seperti kehilangan sebelah tangan bila Shah bercuti akibat kemalangan itu. Kini , dia sudah boleh bernafas dengan tenang.
“ Ya. Sekurang-kurangnya Shah tak boring duduk kat rumah. Asyik mengadap dinding aje 24 jam.” Balas Shah sambil mencapai tongkat. Sejak dua bulan yang lalu, Shah sudah boleh berjalan seperti biasa dengan bantuan tongkatnya tapi dia masih memerlukan rawatan di hospital. Syafik juga sudah berhenti menguruskan dia sejak 3 bulan yang lalu dan kini anak muda itu telah bekerja di SM Holdings atas saranan Shah dan dipersetujui oleh Datuk Syed Mustaffa berdasarkan kelulusan lelaki itu.
Shah meninggalkan meja makan itu, diikuti oleh Datuk Syed Mustaffa. Datin Safinas masih menemani anaknya, Arul yang nampak begitu selera sekali menikmati sarapan.
“ Pukul berapa Arul balik malam tadi?” soal Datin Safinas perlahan. Bimbang kalau suaminya mendengar. Nanti bising pula. Perangai Arul dan Shah agak berbeza. Arul lebih sukakan hiburan dan banyak menghabiskan masa di luar bersama teman-teman dan kekasihnya tapi Shah, anaknya yang itu lebih banyak menghabiskan masa di rumah. Sejak dari kecil anaknya itu tidak berminat dengan aktiviti luar. Mungkin kerana itu, dia tidak berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan mana-mana perempuan. Tak suka menghabiskan masa dengan berpeleseran tak tentu hala.
“ Jam 1, kenapa?...ada masalahke?” jawab Arul acuh tak acuh. Air milo di capai dan di teguk perlahan.
“ Arul, mama tak nak Arul lakukan sesuatu yang boleh membangkitkan kemarahan papa. Arul kan tahu, papa tak boleh stress .” Datin. Safinas cuba berdiplomasi.
Arul hanya mengangguk perlahan.
“ Arul dah kenyang.” Arul bangun dari kerusi dan terus mengatur langkah ke ruang rehat. Shah dan papanya sedang berbicara sesuatu.
“ Abang,” Datin Safinas muncul di ruangan itu dengan membawa briefcase suaminya. Di letak di muka pintu sebelum Borhan datang mengambil dan meletakkannya di dalam kereta.
“ Abang balik makan tengahari?” tanya Datin Safinas mengiringi suaminya. Shah hanya mengatur langkah perlahan di belakang orangtuanya, begitu juga dengan Arul.
“ Tak, ada ada lunch dengan client. Tapi malam nanti, abang akan cuba balik awal.” Jawab Datuk Syed Mustaffa sambil menyarung kasut.
“ Shah nak pergi dengan papa atau dengan Arul?” pandangan Datuk Syed Mustaffa terhala ke wajah Shah.
“ Erm…dengan papa aje. Mungkin ada beberapa perkara yang boleh kita bincangkan dalam kereta nanti.” Balas Shah.
Datuk Syed Mustaffa mengangguk perlahan dan melangkah pergi selepas bersalaman dengan isterinya. Borhan sudah siap menunggu di pintu kereta.
“ Arul pergi dulu.” Arul terus menuju ke kereta Mitsubishi Evonya.
Datin Safinas mengukir senyum sebaik sahaja 3 lelaki yang penting dalam hidupnya beredar pergi. Selepas ini dia akan bersiap untuk ke tempat kerjanya.


KEMUNCULAN Shah di SM Holdings amat di nantikan oleh staff di situ. Maklum sahaja sudah setahun Shah tidak berkunjung ke situ akibat kemalangan yang menimpanya. Berita tentang kedatangan Shah itu sudah diwartakan sejak 3 hari yang lalu oleh Datuk Syed Mustaffa sendiri semasa mesyuarat dengan staff. Sayang sekali Arul tak ada masa tu, sebab itu dia tak tahu yang Shah akan masuk kerja hari ini.
Dalam kereta tadi, ada beberapa perkara yang Shah dan papanya bincangkan.
“ Macam mana rasa?” tanya Datuk Syed Mustaffa sebaik sahaja mereka berdua masuk ke bilik CEO, bilik yang sememangnya di khususkan untuk Shah sejak dia mula menerajui syarikat SM Holdings  5 tahun lalu. Dia terus memegang jawatan itu selepas pulang dari UK walaupun ketika itu dia tiada sebarang pengalaman untuk menguruskannya. Tapi dengan berkat dan usahanya serta tunjuk ajar dari papa serta pegawai yang lain, dia mampu menjalankan tugas dengan baik dan penuh berwibawa. Dan yang paling membanggakan bila dia dihormati sebagai pegawai atasan yang berjaya. Cuma, ada satu sahaja kelemahannya, dia kurang bersikap mesra dan tegas dalam menjalankan tugas sehinggakan ada yang takut dan cemas untuk berhadapan  dan juga berurusan dengannya.
“ Ok.” Balas Shah bersahaja sambil matanya melilau segenap bilik yang pernah di huninya.
“ Papa tak banyak buat perubahan dalam bilik ni, ada ketikanya papa ada di sini kalau ada sebarang keperluan….jangan bimbang, bilik ini di jaga dengan baik oleh Jazmin.” Ujar Datuk Syed Mustaffa sambil memandang wajah anaknya yang bertongkat ke sana ke mari.
Shah berhenti seketika, mengadap ke cermin. Melihat suasana dan fenomena bagi di luar bangunan. Tiba-tiba matanya terpandangkan sesuatu dan hatinya mula tersentak.
“ Shah!” panggilan dari papanya membuatkan Shah tertoleh dengan wajah yang terkejut.
Are you okay?” soal Datuk Syed Mustaffa yang agak terkejut melihat wajah anaknya. Nampak pucat tiba-tiba.
“ Erm…I`m fine.” Balas Shah dan segera beralih ke arah kerusi empuk kulit yang berwarna hitam, segera punggungnya di labuh di situ sambil melepaskan keluhan.
“ Betul ni…Shah tak apa-apa?” tanya Datuk Syed Mustaffa lagi. Dia cukup bimbang melihat wajah anaknya yang mula berubah.
Yes, I am absolutely sure.” Balas Shah perlahan sambil meraup wajahnya agar apa yang di pandangnya tadi akan hilang.
“ Baiklah, papa tak nak ganggu Shah. Tengahari nanti papa akan lunch dengan client, Shah ikut sekali ya!” ajak Datuk Syed Mustaffa sambil memandang wajah anaknya yang nampak sedikit sugul. Entah kenapa wajah anaknya itu berubah tiba-tiba.
“ Hmm…” itu sahaja yang keluar dari mulut Shah.
“ Papa keluar dulu.” Tanpa berlengah Datuk Syed Mustaffa terus keluar dari bilik itu.
Shah menyandarkan badan di kerusi sambil matanya terpejam rapat. Entah kenapa apa yang di pandangnya di luar tadi muncul semula. Dia melihat dua orang gadis yang sedang bergelak tawa  dengan memakai pakaian seragam. Tapi siapa mereka berdua? Wajah mereka pun nampak samar, tak jelas. Shah cuba mengingatkan mereka, namun tak berjaya sehingga  badannya terasa berpeluh dan kepalanya begitu sakit.
Tok….Tok…..Tok…..
Shah tersentak. Dia meraup mukanya selepas membuka mata. Matanya terpegun melihat seorang wanita yang muncul di hadapannya sambil mengukir senyum. Penampilannya kemas. Memakai blazer warna coklat dan seluar panjang, nampak manis dengan tudung layer.
“ En. Shah!” perempuan itu segera memanggil nama Shah membuatkan Shah tersentak. Dan Shah segera berdehem dan membetulkan tempat duduknya.
Come in,” pelawa Shah.
Wanita itu segera melangkah masuk, di tangannya terdapat sebuah diari dan sebatang pen.
Have a seat,” pelawa Shah lagi sambil memberi isyarat agar wanita itu duduk.
Thanks.” Ucap wanita itu sambil mengukir senyum.
Shah memandang seketika wanita yang nampak tenang di hadapannya.
“ Kak Min tahukan hari ni adalah hari pertama saya masuk kerja setelah dekat setahun saya bercuti akibat kemalangan tu kan!” kata Shah memulakan intronya.
Jazmin mengangguk perlahan.  Ada juga dua tiga kali dia menjenguk lelaki itu di rumah dan juga di hospital. Sebagai seorang PA, dia perlu mengetahui apa sahaja yang berkaitan dengan bosnya walaupun tidak secara keseluruhannya.
“ Ya, memang Datuk dah maklumkan dekat akak awal-awal. Tapi untuk hari ini akak tak fixkan apa-apa.” Kata Jazmin.
Shah mengangguk perlahan.
“ Tak mengapa. Kalau kak Min fix pun, saya akan minta akak batalkan. Untuk hari ini, saya cuma nak sesuaikan diri dengan suasana kerja, maklumlah dah setahun jadi penganggur terhormat, terasa kekok pulak nak mulakan kerja.” Shah ketawa kecil di hujung katanya. Jazmin hanya mengukir senyum.
“ Rasanya belum terlewat untuk akak ucapkan selamat memulakan kerja ya. Harapnya kita dapat bekerja dan bekerjasama dengan sebaik mungkin, seperti tahun-tahun yang sudah.” Kata Jazmin membuatkan Shah mengangguk-angguk kepala. Mengiyakan kata-kata wanita yang berusia 35 tahun itu.
“ Untuk urusan kerja  hari ini, akak tolong bawakan mana-mana fail dan dokumen yang penting dulu. Saya nak semak. Boring pula kalau tak buat apa-apa nanti.” Kata Shah. Bukan dia orangnya kalau datang kerja hanya untuk goyang kaki. Lainlah kalau Hazrul, suka sangat menanguhkan kerja. Lebihkan aktiviti luar dari urusan kerja.
“ Baiklah, akak keluar dulu. Er….En. Shah nak minumke?....akak buatkan!” kata Jazmin yang sudah pun tegak berdiri. Bersedia untuk keluar dari bilik mewah itu.
“ Tolong bawakan saya botol mineral dan gelas kosong.” Kata Shah.
“ Sekejap ya.” Jazmin terus berlalu.
Shah terus membuka laptopnya untuk melihat apa sahaja perkembangan tentang skop kerjanya yang sudah lama di tinggalkan. Dua minit kemudian, Jazmin muncul semula dengan membawa sebotol mineral dan satu gelas kosong. Di letak atas meja dan dia berlalu pergi dan muncul semula 5 minit kemudian dengan membawa beberapa fail.
“ Ini fail dan dokumen yang perlu En. Shah teliti. Akak dah letak note pada bahagian penting. En. Shah check ya.” Kata Jazmin.
“ Ok. Thanks.” Ucap Shah.
“ Akak keluar dulu. Kalau En. Shah nak apa-apa, jangan lupa maklumkan.” Kata Jazmin lagi.
Yup. Nanti lepas ni, akak jangan mengeluh dan merungut pula kalau saya bagi akak banyak kerja.” Shah memandang wanita anggun di hadapannya.
I know that and I know you very well.” Shah mengukir senyum nipis sambil memandang Jazmin yang sudah pun mengukir senyum.
“ Ya, saya tahu. Saya memang selesa bekerja dengan kak Min. Kalau dengan orang lain, saya rasa…mereka tak akan faham apa yang saya inginkan….” Secara jujurnya, dia senang bekerja dengan Jazmin. Wanita itu memahami kehendaknya, tidak mudah melenting, malah kerjanya kemas dan teratur.
“ Dan….secara jujurnya, akak sukakan En. Shah yang sebelum ini….bukan En. Shah yang asal…” Jazmin memandang wajah Shah dengan tenang. Tidak sedikit pun rasa takut bila wajah Shah mula berubah.
“ Maksud akak?” tanya Shah dengan dahi yang berkerut. Wajah PAnya itu di pandang dengan pelbagai soalan.
“ Sekarang….ingatan En. Shah dah pulihkan selepas kemalangan hari tu. Tapi akak lebih sukakan En. Shah yang hilang ingatan tu…”
 Jazmin terdiam. Tapi dalam diam, dia menyalahkan diri kerana membangkitkan soal itu. Bimbang kiranya kata-kata tadi menimbulkan kemarahan lelaki di hadapannya.
Lama juga Shah memandang wanita itu. Menanti Jazmin meneruskan kata-katanya.
“ Apa yang tak kena dengan diri saya yang asal?” soal Shah tak sabar bila Jazmin terus diam.
“ Er….erm….lupakan aje. Anggap aje akak tak pernah cakap benda tu. Akak keluar dulu.”
Tergesa-gesa Jazmin keluar dari bilik itu. Shah ingin membuka mulut untuk bertanyakan hal itu. Tapi tak sempat. Dia hanya mampu memandang pintu yang sudah tertutup rapat.
`Kenapa dia kata macam tu?` soal Shah mula bingung mengingatkan kata-kata Jazmin tadi.


SHAH ralit meneliti dokumen yang ada di hadapannya. Sudah agak lama dia tidak mengadap benda ini. Terasa kekok pula. Deringan handphone yang ada di hadapannya membuatkan tumpuan Shah beralih. Dia merenung seketika nama yang tertera di skrin. Serba salah di buatnya.  Akhirnya dia menjawab juga panggilan itu.
“ Hello.” acuh tak acuh panggilan itu di jawab.
“ Hai, sayang. Buat apa tu?” ceria dan manja sekali kedengaran suara di hujung talian. Shah mengeluh perlahan.
`Hai, tak ada kerja gamaknya perempuan ni! Kalau tak ganggu hidup aku tak bolehke?` rungut Shah sambil mengetap bibir.
“ I banyak kerja ni. You ingat I ni macam you ke….goyang kaki?” dengus Shah sedikit kasar. Tak kesah pun kalau gadis itu terasa. Dia lagi senang. Harapnya lepas ini perempuan itu akan serik untuk menghubunginya lagi.
“ Amboi, garangnya.” Terdengar gelak manja di hujung talian itu. Tak terasa dengan kata-kata Shah.
Shah memejam mata seketika. Cuba menyabarkan diri.
“ Serius. I betul-betul sibuk ni. You jangan ganggu I, boleh tak?” jerit Shah membuatkan telinganya mendengar helaan panjang.
“ Sayang, sorry kalau I ganggu you…I call ni just nak wish good luck sebab I tahu you masuk kerja hari ni….tapi tak sangka pula niat baik I ni di salah ertikan.” Lirih kedengaran suara gadis itu.
Shah mula rasa bersalah. Memang tak sepatutnya dia marah dan herdik Hanim, gadis itu tak bersalah. Cuma dia…sejak dari dulu lagi dia memang tak senang bila gadis itu sentiasa mahu menyendeng di sisinya. Dia rimas. Bukan kata Hanim tak cantik, tak menawan, tak seksi atau tak mengiurkan tapi…seikhlasnya, dia tak dapat menerima gadis itu. Kenapa? Dia tak punya jawapan. Kalau pun ada yang memaksa untuk mengetahui jawapannya, dengan mudah dia akan memberikan jawapannya. Dia memang tak pernah ada perasaan pada gadis itu. Sedikit pun memang tak ada. Mungkin gadis itu bukan pilihan hatinya atau bukan jodoh yang di tetapkan untuknya. Sebab itu dia sukar nak menerimanya walaupun di paksa.
“ Hani, I minta maaf. I…” Shah menggaru kepalanya memikirkan kata-kata yang sesuai untuk di utarakan.
“ Tak perlu. I faham dan cukup faham. You tak perlu kata apa-apa lagi, bye!” kata Hanim membuatkan Shah termanggu selepas gadis itu memutuskan talian tiba-tiba. Nampaknya gadis itu terasa dengan sikap dan kata-katanya. Kenapa Hanim sensitive? Dulu tak ada pun. Buat seketika dia cuba membandingkan sikap Hanim yang sekarang dengan yang sebelumnya. Tak banyak yang berbeza. Masih banyak yang sama. Dan perasaannya pada gadis itu tetap sama. Tak boleh terima.
`Ah! Pedulikan. Lagi elok kalau dia tak kacau hidup aku, aman sikit.` detik Shah sedikit lega. Malas nak fikirkan pasal gadis itu.
“ Boleh aku masuk?” suara garau kedengaran selepas dia mendengar dua kali pintu biliknya di ketuk. Shah memang dapat menganggak siapakah pemilik suara itu.
“ Masuk ajelah, macam tak biasa pulak kau ni!” kata Shah membuatkan wajah lelaki di muka pintu itu mula mengukir senyum lebar.
Welcome back!” Shah menyambut huluran tangan Carl. Lelaki itu dipersilakan duduk.
“ Kau dari mana ni?...sejak dari tadi tak nampak lubang hidung kau, mengular ya!” Shah memandang wajah lelaki yang baru sahaja duduk di depannya.
“ Tak adalah, aku baru balik dari site, terus datang jumpa kau,”  jawab Carl sambil mencapai sebatang pen, di ketuk-ketuk perlahan di atas meja sambil mengukir senyum.
Shah memandang wajah kacak di hadapannya. Carl menyandar badannya di kerusi sambil menayang senyum. Sejak dari tadi mulutnya tak di tutup, senyum memanjang. Patutlah ramai perempuan yang datang menyendeng. Senyumannya manis mengalahkan gula.
“ Amboi, kau ni pandang aku macam nak menggoda aje!...kau, jangan. Aku ni lelaki tulen. Tak main cara songsang tau!” suara Carl nampak sedikit resah sambil membetulkan duduknya. Gelabah semacam. Dahinya pun dah sedikit berpeluh walaupun berada di bilik yang beraircond.
` Aik, takkanlah dia sukakan aku kut?` detik Carl dengan mata yang mengecil memandang wajah teman yang merangkap bosnya. Terasa bulu romanya dah mula menegak. Seram.
“ Takkanlah wayar kat kepala kau dah putus  sebab acciedent tahun lepas, …kau ni dah suka sama jantina ya! Kau nak kena laknatke?” bulat mata Carl memandang wajah Shah.
Tiba-tiba meledak tawa Shah. Geli hatinya melihat temannya yang sudah macam cacing kepanasan. Aku renung sikit dah gelabah, ha….ha….ha….tak adalah macho mana pun kawan aku ni!
“ Hoi, mangkuk. Kau ingat aku ni tak ada imanke? Tak tahu nak fikirkan dosa dan pahala. Aku ni masih waras lagi. Tak ada mana-mana wayar  pun yang terputus kat kepala aku ni!” Shah tergelak besar. Seronok pula mengenakan teman baiknya itu.
“ Habis, yang kau pandang aku semacam aje tadi, kenapa?... Tersentap aku tau!” Carl mengurut dada.
 `Ingatkan kawan aku ni memang dah songsang. Nasib baik masih normal lagi. Semput aku di buatnya!`. Peluh yang menitik di dahi di sapu dengan tangan. Fuh! Alhamdulillah. Lega.
“ Kau ni, aku pandang sikit pun dah tergoda?...kalau aku pandang perempuan kat luar sana…kau yakin dia orang pun akan tergodake?” sengaja Shah bertanya walaupun dia tahu jawapannya. Hanya nak tahu pandangan kawannya itu. Kan kawannya ini playboy KL. Semua perempuan dia sapu. Dah tak pandang kiri kanan, belakang depan. Yang ada depan mata, terus dia mengayat. Tak pernah gagal pulak tu. Tu yang member dia ni bangga sangat.
“ Aku memang tak nafikan yang senyuman dan renungan mata kau memang menggoda, superb. …dan aku jamin 100% yang perempuan kat luar sana tu pasti hysteria kalau tengok renungan kau tadi. Silap-silap haribulan, beratur perempuan masuk kat Tanjung Rambutan sebab gilakan kau!” balas Carl sambil tergelak kecil membuatkan Shah menaikkan keningnya.
“ Kalau ya pun nak bagi statement…biarlah logik sikit. Kau ingat semua perempuan akan cair dengan godaan dan renungan lelaki ke?” kata Shah dengan dahi yang berkerut. Eh, dahsyat tu. Boleh percayake?
“ Kau tak nak cubake?...kan selama ini kau ni hati kayu, dingin macam salju…mana tahu kau nak ubah selera. Takkanlan selamanya kau nak teruskan hidup dengan cara kau tu. Tak mencabar langsung. Kau tak rasa bosanke? Rugi aje hidup. Tak enjoy langsung, tak rasa nikmat hidup.” tempelak Carl.
Memang dia selalu juga keluar malam dengan Shah tapi tahu-tahu sajalah perangai temannya ini, buat dek aje kalau perempuan pandang atau nak tackle dia. Macam orang tak ada perasaan. Patutlah di gelar hati kayu.
“ Sebab tu ada yang mengatakan, kalau nak pilih kawan, pilihlah kawan yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan, bukannya kawan yang membimbing kita ke jalan kesesatan. Jadi, sebagai kesimpulannya, kau ni kawan yang macam mana?” tempelak Shah sambil menaikkan kening.
 Carl menelan liur. Mukanya sudah mula bertukar biru dan berpeluh.
Shah mengukir senyum.
Gulp….Dush! Terkena sebijik aku, pedihnya….
Sorry, aku tarik balik kata-kata aku ya.” Carl menyusun merapatkan kedua-dua tangannya memohon maaf.
Bro, sebenarnya…aku juga lelaki yang normal. Hati aku bukan dingin dan aku juga bukan lelaki kayu. Aku adalah lelaki biasa tapi kalau Allah tak bukakan pintu hati aku untuk terima seseorang, aku tak boleh nak buat apa. Aku tak nak, kerana rupa dan kekayaan yang aku miliki…aku salah gunakan. Aku tak nak tanggung dosa dengan menganiya perasaan orang yang tidak bersalah.” Kata-kata Shah membuat Carl tersentap. Wajahnya berubah.
Adoi, terkena lagi sebijik. Lagi sadis, dapat tazkirah percuma. Apa la punya nasib aku hari ini….malunya beb!
“ Aku…aku….” Tergagap-gagap Carl nak meneruskan kata.
“ Aku tak pernah salahkan kau. Malah aku gembira kerana kau adalah kawan aku. Kita kenal dan membesar bersama sudah lama. Jadi, aku harap kau tak salah anggap dengan kata-kata aku tadi!” Shah mengeluh perlahan.
Carl mengangguk perlahan. Dia terpegun sebenarnya. Selama dia mengenal Shah, lelaki itu sentiasa menjaga pergaulannya, malah dia tak pernah melihat Shah rapat dengan mana-mana perempuan kecualilah dengan Hanim. Mungkin kerana itu juga dari dulu sampai sekarang Hanim mendambakan lelaki itu. Bukan salah Hanim kalau hatinya terpaut pada lelaki itu. Shah di lahirkan dengan cukup sifat, kacak, berpersonaliti, baik, kaya, ada kerjaya dan juga bijak. Ciri-ciri yang sememangnya menjadi idaman mana-mana perempuan. Tapi lelaki itu tidak pernah menyalah gunakan apa yang dia ada dan dia miliki dan kerana itu ramai yang menganggap dia lelaki yang sombong dan ego. Tapi bukan dia. Dia kenal siapa Shah. Dan…dia memang menghormati lelaki itu sesungguhnya!



ANIQ termenung panjang sambil menongkat dagu di meja. Sehari dua ni dia memang tiada mood untuk
kerja, otaknya menjadi tepu. Matanya merenung ke arah smartphone yang ada tidak jauh darinya. Hatinya mula berdolak dalik.
`Nak call dia atau tak, kalau aku call dia tak jawab. Kalau aku tak called, aku pula yang tak senang duduk, apa yang patut aku buat?` Aniq mengeluh lagi. Dalam masa lima minit ini, sudah banyak kali dia mengeluh. Kalau ada yang melihat keadaannya saat ini, pasti akan mengatakan yang dia sudah tak betul. Lagak macam orang mati bini atau bergaduh dengan pasangan. Tapi hakikatnya, kedua-dua itu tidak benar sama sekali.
Mata Aniq tertumpu ke muka pintu bila telinganya menangkap bunyi ketukan.
“ Masuk!”
Pintu di kuak perlahan dan mata Aniq tepat terarah ke muka pintu.
“ Dad!”
 Mulut Aniq terbuka dan terpegun bila di hadapannya berdiri lelaki segak dan tampan walaupun sudah sedikit berusia tapi kekacakannya tetap terserlah. Tak mustahillah lelaki itu memiliki anak yang cukup tampan bergaya seperti dirinya. Hasil gabungan dua negara.
Datuk Mukhriz terus menapak ke hadapan sambil mengukir senyum pada anak muda di hadapannya yang sudah pun berdiri. Kini mereka di jarakkan dengan meja.
 “ Jemput duduk, dad.” Pelawa Aniq sedikit gentar. Jarang ayahnya bertandang ke bilik ini kalau tidak kerana ada urusan penting. Ayahnya sentiasa sibuk, maklumlah syarikat milik daddynya ini adalah sebuah syarikat arkitek yang terkenal di ibu kota ni.
Datuk Mukhriz segera melabuhkan kerusi di hadapan anak bujangnya. Wajah anak tunggalnya di renung seketika. Ada sesuatu yang membuatkan hatinya tertanya-tanya.
Son, do you have any problem?” soal Datuk Mukhriz dengan wajah tenang.
Aniq terpegun. Duduknya mula rasa tak selesa.
I`m okay…everything is okay!” balas Aniq cuba menyembunyikan apa yang sedang membelenggu dirinya.
Datuk Mukhriz tergelak kecil tiba-tiba membuatkan dahi Aniq berkerut.
`Apa yang lucunya dengan jawapan yang aku berikan sampaikan dad boleh gelak semacam aje ni?` Aniq menggaru kepala. Bingung. Atau dia ada tersalah cakap. Rasanya tak ada.
“ Apa yang lucunya sampai dad gelak semacam aje ni?” akhirnya Aniq bertanya.
Are you sure …you are okay?” tanya Datuk Mukhriz sambil merenung tepat wajah Aniq, masih ada sisa tawa di hujung suaranya.
Gulp. Aniq menelan liur.
“ Erm….actually, I`m not okay,” akhirnya Aniq mengaku.
Senyuman terukir di bibir Datuk Mukhriz. Memang tepat tekaannya.
I think you should take a rest and go to somewhere….I mean…take a vacation.” Cadangan itu membuatkan mulut Aniq sedikit ternganga.
What for?....takkanlah Aniq nak tinggalkan kerja Aniq, lagi pun banyak kerja yang perlu Aniq uruskan.” Sangkal Aniq. Tak pernah-pernah daddynya memberi cadangan ini, tetiba aje. Kenapa?
Lately, you are not yourself. Apa kata Aniq ceritakan pada daddy masalah yang sedang membelenggu Aniq sekarang! Jangan ingat daddy tak tahu…” kata Datuk Mukhriz lagi.
“ Maksud daddy?” tanya Aniq sambil memandang wajah tenang daddynya.
Datuk Mukhriz tergelak kecil. Walaupun dia sibuk menguruskan kerja dan syarikat, hal keluarga dia tak pernah abaikan. Dia sentiasa menjaga hal kebajikan anaknya walaupun tidak secara langsung  walaupun ketika ini, Aniq bukannya berusia 7 tahun, tapi sudah 27 tahun. Sudah cukup dewasa tapi baginya, Aniq tetap anaknya yang memerlukan perhatian dan sokongan. Dia rela melepaskan segalanya demi kebahagiaan anak tunggalnya itu.
Who`s that girl?” tiba-tiba soalan itu terpancul dari mulut Datuk Mukhriz membuatkan mulut Aniq betul-betul ternganga. Tergamam sebenarnya.
“ Dad!” hanya itu yang mampu Aniq suarakan. Dia terkesima dengan pertanyaan daddynya itu.
“ Er…macamana dad…”
I know you, son.  My only son that I have. Selama ini daddy hanya perhatikan dari jauh. Tapi…daddy rasa sampai masanya  daddy patut masuk campur.” Kata Datuk Mukhriz.
Aniq mengeluh perlahan. Baginya, hal ini bukannya besar dan serius, dia bisa menguruskannya sendiri. Lainlah kalau dia benar-benar buntu.
No. Not this time. I can handle by myself….don`t worry.” Balas Aniq.
Kali ini Datuk Mukhriz pula yang mengeluh, kecewa kerana keperihatinanya tidak di hargai. Sedangkan dia ikhlas mahu menolong. Dia tahu, anaknya kini sedang di landa masalah. Kalau tidak, anaknya tak akan menghabiskan masa dengan termenung saja. Bukan hanya dalam bilik kerja, di masa-masa terluang tapi juga dalam mesyuarat. Bukan masalah pasal hutang, tapi pasal soal hati. Dia tak mahu hati anaknya parah.
Bagi Aniq pula, hal ini biarlah dia yang menyelesaikan. Tak perlulah daddynya masuk campur. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, dia memang perlukan bantuan daddy untuk menghantar rombongan merisik. Tapi sekarang, semua ini masih lagi samar-samar. Kalau tidak, tak adalah dia termenung memanjang kebelakangan ini.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...