Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 3 June 2013

Kabus Kasih 3



J
EFFRI dan Imran sedang membincangkan sesuatu ketika pintu bilik Jeffri itu di ketuk dari luar, Jeff memandang wajah Imran yang sedikit berkerut.
Come in…” jeritnya. Memang dia sangka ketukan itu pasti oleh setiausahanya yang mungkin mahu mengkhabarkan sesuatu.
Tumpuan kedua lelaki itu terus ke muka pintu yang di kuak perlahan dari luar. Jeffri segera mengukir senyum sebaik sahaja matanya di jamu dengan wajah Suraya. Dan segera matanya beralih memandang wajah Imran, sengaja mencari reaksi teman dan yang merangkap bosnya itu. Dan semestinya tumpuan Imran 100% ke wajah gadis itu.
“ Ya, Sue…what`up? Masuklah…apasal tercegat aje kat pintu tu.” tanya Jeffri sebaik sahaja melihat Suraya masih kaku berdiri di muka pintu. Mungkin rasa serba salah untuk masuk ketika itu.
Suraya segera mengatur langkah perlahan ke arah Jeffri. Imran yang sedang berada di hadapan Imran segera membetulkan duduknya. Sesekali matanya mengerling ke arah Suraya yang sedang berdiri di sebelahnya.
“ Duduklah.” Pelawa Jeffri.
Thanks…I cuma nak jumpa you sekejap aje.” Kata Suraya.
“ Ok. Apa dia?” Jeffri menyandarkan badannya di kerusi. Matanya tepat memandang wajah Suraya yang agak gelisah.
Actually…I nak minta cuti hari…erm…maksud I…half day. I nak pergi klinik sebab I rasa tak sedap badan. Kalau I dapat mc, I akan call you…bolehkan?” Suraya menunggu reaksi dengan penuh debar. Sedikit pun dia tidak memandang wajah lelaki di sebelahnya. Dan lelaki itu pula hanya menundukkan wajahnya.
“ Ok, I luluskan permohonan cuti you …dan kalau you rasa tak sihat, you boleh cuti untuk esok. Jangan bebankan diri you…” balas Jeffri perihatin.
“ Terima kasih. I keluar dulu!” ucap Suraya sambil mengukir senyum. Lega.
Take care.” Suara Jeffri sebelum Suraya sempat berpaling untuk melangkah pergi dari bilik itu.
Imran memandang wajah Jeffri seketika sebelum matanya kembali tertumpu pada dokumen yang di terbentang di depan matanya. Dan mereka terus menyambung perbincangan yang tergendala sebentar tadi.
So, aku rasa apa yang telah kita bincangkan tadi tak ada masalah….aku akan kemukakan dalam mesyuarat nanti. Harap-harap kita akan berjaya dapat tender.” kata Imran lega kerana berpuas hati dengan apa yang ada dalam dokumen itu dan sekali gus menutup perbincangan mereka yang berlangsung hampir setengah jam. Perbincangan ringkas sebelum di ketengahkan.
“ Aku tak sangka kau punya idea…superb…” puji Imran. Selama ini pun dia memang berpuas hati dengan hasil kerja Jeffri dan teamworknya.
Actually, idea tu dari Suraya…dia yang telah buat beberapa rombakan dan cadangan. She`s brilliance and talented. Banyak idea yang boleh di kongsi bersama dan aku cukup senang bekerja dengan dia. Memang top….sepadan dengan orangnya!”
“ Hmm…kau terlalu memuji dia nampaknya. Dulu…masa ada Sandra, tak ada pun kau nak puji melambung macam ni!” Imran menaikkan keningnya sambil mengukir senyum sinis.
Jeffri tergelak kecil sambil menyandarkan bahu di kerusi. Sedikit pun tidak terkesan dengan kata-kata Imran yang sepertinya menyindir dia.
“ Kalau orang tu bagus dan layak untuk di puji…tak salahkan kalau kita memuji. Bukan nak suruh dia riak ke apa….tapi sebagai satu galakan dan penghargaan atas hasil buat dia. Ini juga sebagai satu inspirasi untuk orang lain. Macam kau puji Alex dan Danish.” Balas Jeffri tenang sambil merenung wajah Imran yang sudah pun mencebir bibirnya.
“ Tapi tak samakan pujian antara lelaki dan perempuan. Aku tak nak timbul pula gossip nanti…” kata Imran seakan mahu menang.
Sekali lagi Jeffri tergelak. Tajam matanya merenung wajah Imran yang mula gelisah. Bimbang apa yang dia rasa sekarang dapat di hidu oleh Jeffri.
“ Aku tahu….itu sebabnya kau selalu bertandang ke sini. Dulu…masa Sandra ada, jarang kau datang tapi bila ada Suraya…kau macam terlebih masa…” ujar Jeffri sambil menahan gelak dan dalam masa yang sama cuba mencari reaksi dari Imran yang mula nampak resah tapi sengaja mengawal air mukanya.
“ Sekarang ni…department kau dah berseri-seri aku tengok. Sebelum ni, nampak suram aje. Tentu ada bezanya kan?” Imran mula tersenyum-senyum. Menahan malu bila Jeffri dapat mengesan apa yang ada dalam hatinya.
“ Suram apa ke bendanya….department aku ni memang pasang lampu…tak pernah padam dan tak pernah suram pun.” Balas Jeffri berpura-pura tidak memahami maksud Imran sedangkan dalam hatinya bagai nak pecah perut melihat wajah Imran yang mula berkerut-kerut. Dah macam orang yang terkena sembelit. Kelakar pula melihat gaya sahabatnya itu. Dah hilang gaya machonya.
“ Kau faham maksud aku atau kau pura-pura tak faham?” Imran mengetap bibir. Geram kerana di permainkan oleh Jeffri.
“ Setahu aku…she`s still single. Kau pun sama….lagi pun ini kali pertama aku nampak kau mula berminat dengan seseorang setelah begitu lama kau bersara…..jadi aku rasa kau dan dia bolehlah….” Jeffri mencantumkan dua jari telunjuk kanan dan kirinya di depan Imran sambil tersenyum-senyum dan menaikkan keningnya. Imran juga turut tersenyum.
“ Orang cantik dan lawa macam tu…mestilah dah berpunya. Takkanlah aku nak masuk jarum…kalau tercucuk hati aku nanti…tak ke haru…. Aku juga yang terpaksa menanggung sakitnya.” Imran berkias. Wajahnya mula sedikit keruh.
“ Mana kau tahu yang dia tu dah berpunya ke belum….ada kau tanya dia? Kalau dah kawin tu lainlah ceritanya tapi tak salah kalau kau mencuba. Aku bukannya nak pecah belahkan hubungan dia dengan pasangan dia…tapi mana tahu kalau di takdirkan yang dia tu jodoh kau. Kau tu….banyak punya handsome, kaya…sampai sekarang masih sendiri. Kita ni sebaya Im…sama-sama 34 tahun, aku ni dah lama kawin dan anak pun dah dua tapi kau…takkanlah nak harapkan anak tekak aje.” Ujar Jeffri.
Imran mengeluh perlahan, merencanakan kembali kata-kata sahabat baiknya.
“ Apa yang kau tunggu sebenarnya?” sambung Jeffri lagi. Kesian pun ada melihat sahabat baiknya itu. Semuanya nampak sempurna di mata tapi kenapa sampai sekarang sahabatnya ini masih sendiri.
“ Betul kata kau…sampai bila aku nak tunggu.” Imran bersuara perlahan. Ada nada resah pada kata-katanya. Tapi Jeffri turut rasa hairan, sepertinya ada sesuatu yang tidak beres pada sahabatnya. Wajah Imran nampak lemah dan ada keluhan panjang di hujungnya.


SURAYA membuka mata walaupun terasa berat. Di gagahi jua tubuhnya yang terasa agak lemah. Di tambah pula dengan rasa perit pada tengkuknya. Mungkin kesan dari ubat yang di telannya. Dia keluar dari bilik, terus melangkah ruang tamu seketika. Matanya sempat memandang jam dinding. Ah! Sudah jam 8 malam. Masih sempat untuk solat maghrib. Badannya yang terasa masih lemah di atur ke bilik air untuk mandi dan berwudhuk. Ketika di tahyat akhir,  pintu di biliknya di kuak perlahan. Suraya memberi salam, berwirid sedikit dan berdoa memohon kesejahteraan untuk dirinya dan juga keluarga.
“ Sue…” Yana yang sudah pun melabuhkan punggung di atas katil bersuara. Ketika itu Suraya baru selesai melipat sejadah dan di sangkut pada penyangkut.
Suraya memandang wajah Yana dan dia turut melabuh punggungnya di sisi Yana.
“ Kenapa tak kejutkan aku tadi?...nasib baik aku tak terbabas….ini pun dah hampir-hampir tau!” rungut Suraya.
Yana memandang wajah Suraya yang sedikit pucat.
Sorry ya, aku tak sampai hati nak kejutkan kau tadi….kau nampak penat dan muka kau pucat masa aku datang tadi. Badan kau pun panas masa aku sentuh tadi…jadi aku…” kata Yana dengan rasa bersalah.
“ Aku faham dan aku tahu kau memang ambil berat pasal aku…tapi lain kali, kalau aku tertidur ke apa…kau kejutkan aku tau untuk bangun solat…lainlah masa aku` cuti`.” Balas Suraya.
Yana menyentuh dahi Suraya seketika.
“ Panas lagi ni…apa kata doctor tadi?” Yana merenung wajah Suraya. Tengahari tadi, sempat juga Suraya menghubunginya memberitahu yang dia ambil cuti separuh hari kerana badan tak sihat.
“ Demam aje…doktor dah bagi cuti untuk esok…tapi kalau aku tak larat juga untuk pergi kerja…aku akan sambung cuti lagi. Lagi pun bos aku dah bagi kebenaran tadi.
“ Hmm…” hanya itu yang di suarakan oleh Yana.
Suraya terbatuk-batuk seketika dan tangannya segera mengurut dada. Yana turut membantu mengurut belakang Suraya untuk meredakan batuknya.
“ Mari makan…aku dah belikan nasi ayam masa singgah kat pasar makam tadi.” Ajak Yana yang mula terasa lapar.
“ Aku tak ada selera nak makan…kau ajelah yang makan!” Suraya menolak ajakan temannya. Memang dia tak ada hati nak makan walaupun perut terasa lapar. Badannya pula rasa lemah sangat. Kalau boleh dia hanya mahu berehat dan tidur sahaja.
“ Sue, makanlah sikit…buat alas perut yang kosong tu. Kalau masuk angin nanti…kan susah. Buah pun aku ada beli…jomlah makan, temankan aku. Kau tak kesianke aku makan tak berteman?” pujuk Yana.
Akhirnya Suraya akur, tak tahan melihat Yana yang sengaja buat muka kesian. Nak rasa ketawa pun ada. Pandai betul Yana memujuk dengan kesiannya itu. Bukannya Yana tak tahu yang dia tak sanggup menghampakan permintaan sahabatnya itu. Dan kerana itu juga, hubungan persahabatan mereka begitu akrab.
Suraya hanya menjamah sedikit sahaja nasi ayam walaupun perutnya memohon minta diisi tapi sayang, seleranya tak mampu menjalankan tugas. Yana yang melihat Suraya hanya menyuap beberapa mulut sahaja nasi hanya mampu mengeleng kepala. Bukannya dia tak memujuk pun supaya Suraya makan lebih lagi tapi dah empunya badan yang tak mahu tak kanlah nak memaksa. Tapi sekurang-kurangnya nasi sudah masuk ke dalam perut walaupun tak banyak. Bolehlah di jadikan alas perut.
Tangan Yana mencapai pinggan yang berisi hirisan epal dan limau. Di hulur pada Suraya yang sudah pun selesai membasuk tangan di dapur.
“ Makanlah buah ni…lepas ni kau makan ubat, solat isyak dan rehat.” Arah Yana.
Suraya mencapai satu hirisan limau, di sua ke mulutnya sambil di perhati oleh Yana.
“ Sue, kau nak aku bagitahu Zaf pasal kau ni?” soal Yana tiba-tiba dan hampir membuatkan Suraya tersedak.
“ Eh, jangan bagi tahu dia.” Cepat-cepat Suraya bersuara sebaik sahaja mendengar Yana menyebut nama Tg. Zafri.
Bulat mata Yana memandang wajah Suraya. Dia tergamam sebenarnya. Tapi akhirnya senyuman mula terukir di bibirnya.
“ Tak payahlah bagi tahu dia…aku bukannya sakit tenat pun. Cuma demam sikit aje…nanti, apa pula kata dia…manja…sakit sikit pun nak mengadu kat dia!” kata Suraya.
Yana tiba-tiba ketawa mendengar jawapan itu.
“ Aku tahu…tapi bila dengar dan dapat cakap dengan buah hati…mesti cepat sembuhkan!” usik Yana lagi.
Namun pada hakikatnya, dia selalu juga mengadu pada tunangnya, Hamdi  kalau ada apa-apa hal yang berlaku pada dirinya. Sengaja nak minta perhatian walaupun tunangnya jauh di luar negara kerana menyambung pelajaran dalam peringkat Sarjana. Tahun depan mereka bercadang untuk berkahwin selepas bertunang hampir 2 tahun.
“ Aku bukan macam kau….sikit-sikit mengadu kat tunang kau tu. Jadi, aku harap kau jangan nak mengada-ngada, nanti aku cekik baru tahu. ” kata Suraya
Yana hanya  mencebik. Sedikit pun tak heran dengan ugutan Suraya.
“ Hisy…demam-demam macam ni pun, masih ada hati nak cekik aku. Nanti aku mengadu kat Hamdi baru tahu…”
“ Ha…kan betul…baru tadi aku cakap…kau ni…hisy…” Suraya mengetap bibir. Dan Yana pula hanya menayang sengih.
“ Sue, sebenarnya aku hairan…kenapa kau tak boleh nak terima Zaf? Kau dan dia dah lama kawan…macam aku dan Hamdi…tapi sampai sekarang macam tu jugak. Bukannya Zaf tak pernah bagi hint kat kau!” kata Yana.
“ Boleh tak kita tak bincangkan pasal ni…aku nak masuk biliklah…tadi kau juga yang nak aku berehatkan…jadi, jangan nak kusutkan fikiran aku nak jawab soakan kau yang tak masuk periksa tu!” Suraya bersuara pantas. Yana pula segera mencebik bibir. Jawapan yang sentiasa dia dengar keluar dari mulut Suraya entah yang ke berapa kalinya.
“ Yalah…kau makan ubat dan berehat. Benda ni semua…nanti aku settlekan. Tapi ingat…kalau kau perlukan apa-apa bagi tahu aku!” pesan Yana sebelum Suraya beredar dari ruang makan itu.
Thanks…Yana….”
Yana memandang wajah Suraya.
“ Kau sahabat aku yang terbaik dan aku sayangkan kau seperti saudara aku sendiri…” ucap Suraya menahan sebak.
“ Ya, aku tahu. Aku pun sayangkan kau….” Balas Yana.


SURAYA tersenyum melihat sarapan pagi yang terhidang di atas meja. Roti bakar bersama segelas milo yang masih panas. Sebelum Yana ke tempat kerja, dia sudah pun memberitahu bahawa sarapan sudah di sediakannya. Yana memang seorang sahabat yang baik dan cukup perihatin. Ayahnya seorang bekas guru yang telah pencen, manakala ibunya seorang doctor tapi dia tak pernah bangga diri walaupun kehidupan keluarganya agak mewah. Malah rumah yang mereka duduki sekarang adalah hak milik orangtua Yana. Orangtua Yana kini berada di Kuala Terengganu, memang ayah Yana berasal dari Terengganu dan ibunya berasal dari Pulau Pinang.
Telefon bimbit Suraya berbunyi sebelum sempat roti bakar masuk ke dalam mulutnya. Dia bangun mendapatkan telefon yang berada di dalam bilik. Belum pun sempat panggilan bersambut, sudah berhenti. 10 saat kemudian, telefon berbunyi lagi. Kali ini nama Zafri tertera di skrin telefonnya.
“ Assalamualaikum, Zaf.” Suraya segera memberi salam.
“ Waalaikumussalam…apasal lain macam aje suara. Su tak sihat ya?” Zafri bersuara di hujung talian.
“ Haah…hari ni Su mc, sebab demam sikit. Rasa tak larat aje nak pergi kerja. You dah sampai officeke?”  Suraya kembali melangkah ke ruang makan dan melabuhkan punggung di kerusi.  Aroma roti bakar dan milo panas benar-benar menggoda seleranya.
“ Dah dekat nak sampai ni. Dah makan ubat?”
“ Belum, baru aje dah jamah sarapan.” Beritahu Suraya sambil mengukir sedikit senyuman.
“ Hmm…jangan tak makan ubat…kalau demam tu makin melarat…I yang susah hati tau…” kata Zaf membuatkan Suraya tergelak kecil. Senang dengan keperihatian lelaki itu. Bahagia rasanya bila ada yang perihatin dengan siri kita. Rasa diri di hargai dan di sayangi.
“ Jangan bimbang…demam I dah okay pun…you cakap telefon ni pakai hand free tak?…bahaya!”
“ Pakailah sayang….” Jawab Zaf dengan suara yang sedikit menggoda membuatkan Suraya pula yang tergamam. Segera dia berpura-pura berdeham dan cuba melupakan panggilan sayang itu. Tak pernah-pernah di panggilnya dengan nama itu, tetiba aje…mana dia tak tergamam.
“ Erm…I nak sarapan ni…lepas ni I ingat nak berehat.” Hanya itu yang mampu Suraya suarakan demi memutuskan talian itu.  Hatinya tiba-tiba rasa gelisah.
“ Ok…nanti lunch time…I datang rumah you. I bawakan lunch untuk you dan nanti kita boleh makan sama-sama.” Kata Zaf.
“ Eh! Tak payah susah-susah…I boleh sediakan makan tengahari sendiri. Makanan basah kat dalam peti pun masih banyak. Terima kasih atas perihatinan you tu…” kalut Suraya bersuara. Nak mati ke kalau ikutkan saranan lelaki itu. Kalau nasib tak baik, kena tangkap basah. Siapa yang nak tanggung malu nanti kalau bukan dia dan keluarga.
“ I harap you tak salah anggap dengan kata-kata I tadi…bukan I tak sudi tapi….” Kata Suraya bila Zaf diam di hujung talian.
“ I faham…” Zaf mengeluh perlahan.
“ Zaf.” Panggil Suraya.
“ Sue, you tahukan yang I sayangkan you. I sentiasa ambil berat pasal you bukan ketika you sihat aje tapi dalam semua keadaan. Selama ini pun you tahukan perasaan I pada you macam mana…” kata Zaf.
Suraya diam. Namun otaknya ligat menyusun ayat agar kata-kata yang keluar dari mulutnya dapat diterima oleh Zaf dengan tenang. Setiap kali lelaki itu bangkitkan soal itu, serabut otaknya menyusun ayat untuk di luahkan agar lelaki itu faham bahawa buat masa sekarang dia belum bersedia untuk menerima lelaki itu dalam hidupnya walaupun dia akui bahawa bodohlah dia kalau menolak lelaki sebaik itu. Tapi…alangkah mudahnya kalau semua masalah dapat diselesaikan dengan mudah.
“ I tahu dan I faham perasaan you. I pun sayangkan you tapi I minta maaf sebab tak dapat nak terima sekarang…” kata Suraya.
Sekali lagi sepi di hujung talian. Suraya mengetap bibir. Cukup kesal dengan apa yang perlaku tapi apa kan daya kalau sudah tersurat ini yang harus di tempuhinya.
“ Sue, I `ll you back…take care. Jangan lupa makan ubat. I`m gonna miss you. Bye.” Talian terus sepi.
Suraya hanya mampu memandang telefonnya sebelum melepaskan keluhan.
“ Zaf…maafkan I…”
Tg. Zafri, satu-satunya lelaki yang paling dekat dengannya. Yang sentiasa menjaga kebajikan dia sejak mereka kenal ketika sama-sama belajar di luar negara dulu. Lelaki yang sentiasa menjadi perhatian gadis-gadis di sebab personality dan wajahnya yang tampan. Percakapannya teratur, sentiasa bersikap tenang dan jarang naik angin melainkan kalau ada perkara yang benar-benar menimbulkan kemarahannya. Tak di sangkal bahawa dia menyayangi lelaki itu tapi bila memikirkan budi Tan Sri Jamaluddin, hatinya akan mula di ulit rasa serba salah.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...