Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 7 June 2013

Diakah Mr. Perfect Aku?11







CARL memakirkan kereta BMW 3 series di halaman vila milik Datuk Syed Mustaffa yang tersergam indah dan mewah itu. Dengan mengenakan t`shirt biru dan seluar khakis, dia menapak langkah ke arah halaman vila yang menempatkan ruangan untuk keluarga itu bersantai di waktu petang. Sebuah kolam renang di sediakan di depan ruangan rehat itu cukup memberikan pemandangan yang menarik dan ekslusif kepada penghuninya.

Dari jauh tadi dia sudah nampak sesusuk tubuh yang sedang menghadap ke kolam renang. Matanya nampak begitu redup memandang ke arah itu. Entah apa yang sedang di fikirkan oleh lelaki itu agaknya.
“ Assalamualaikum!” Carl segera menghulur salam.
“ Waalaikumussalam!” salam bersambut.
“ Jauh kau menung, bro.” tegur Carl sambil mengambil tempat duduk di satu kerusi. Matanya terus memandang wajah Shahrul yang berada di atas kerusi roda. Wajahnya nampak pucat dan tak ceria. Shahrul hari ini banyak berbeza dengan Shahrul yang dulu. Tubuhnya yang dulu tegap sudah nampak sedikit susut.
“ Kau dari mana ni?” tanya Shahrul mengalih pandang ke arah teman rapatnya.
“ Dari rumah. Saja datang nak melawat kawan baik aku ni,” Carl menjawab sambil menayang sengih selamba.
Shahrul mengeluh perlahan. Sejak 6 bulan selepas kemalangan itu, banyak aktivitinya terbantut dan selama itu juga dia banyak menghabiskan masa berkurung di villa itu kalau tidak ke hospital untuk menjalani terapi. Sudah 2 hari Syafiq bercuti, katanya nak balik kampung menjenguk rumah peninggalan arwah atuknya yang lama di tinggalkan. Nasib baiklah ada lelaki itu yang sentiasa menemani dan membantunya menguruskan diri atau menguruskan hidupnya. Dia benar-benar terhutang budi pada lelaki itu. Syafiq seorang lelaki yang sabar, sentiasa tenang melayani kerenahnya yang ada ketikanya memberontak. Bukan apa, dia rasa sejak kemalangan itu banyak perkara telah hilang dari aktiviti hariannya. Mama dan papa pula asyik sibuk dengan kerja harian mereka. Arul juga begitu. Dengan adanya Syafiq, dia rasa dia masih mampu berbicara. Kalau tidak, boleh mati kering dia mengadap dinding saban hari. Tiada teman untuk berbicara di saat dia memerlukan. Carl pula sibuk dengan kerja di pejabat.
Hanim, gadis itu sentiasa juga menghubunginya dan berkunjung ke sini tapi dia pula yang tidak mahu melayan. Bukan dia tak tahu apa yang di mahukan oleh gadis itu. Tapi sesungguhnya, dia tak bisa menerima gadis itu sebagai suri hidupnya. Memberikan hati dan cintanya yang cukup mahal. Mama pula sejak kebelakangan ini sentiasa mendesak dia untuk menerima Hanim. Agaknya mama mahu melepaskan tanggungjawab menjaga dia pada gadis itu. Desis Shah.
“ Shah, apa kata Shah terima aje Hani tu. Mama tengok dia betul-betul sayangkan Shah. Bukan hanya beberapa bulan kebelakangan ini tapi dah bertahun-tahun dia menunggu Shah. Sejak Shah kemalangan ini pun, dia banyak membantu Shah.” Pujuk Datin Safinas.
“ Bantu?...apa yang dia bantu?”
Shah tergelak kecil. `Bantu menambahkan beban aku adalah`. Bukan dia tak tahu sikap dan perangai Hanim. Bak kata orang kalau bercakap tu seperti lembut gigi dari lidah. Hanya berlakon semata-mata. Mama hanya melihat pada luaran sahaja, tapi mama lupa bahawa apa yang penting adalah sikap dalaman. Lagi elok bila sikap itu baik pada luaran dan juga dalaman.
“ Kan selama ini dia sentiasa ada untuk temani Shah, di hospital mahu pun di rumah. Shah kan tahu dia ikhlas sayang dan cintakan Shah. Mama rasa dia adalah calon yang terbaik untuk Shah. Menantu untuk mama…ibu untuk anak-anak Shah nanti, lagi pun mama kenal orangtuanya. Mereka juga orang berada, ada kedudukan. Tak adalah nak menumpang harta kita,” kata Datin Safinas.
“ Mama, mama kena ingat….kebahagiaan bukan dibeli dengan wang ringgit, harta benda tu semua….tapi yang penting adalah keikhlasan dan keserasian, harta boleh di cari tapi soal hati….soal cinta….susah mama,” kata Shah menjelaskan apa yang ada dalam hatinya.
Datin Safinas mendengus. Geram mengenangkan sikap degil anaknya. Sudah banyak cara dan pujukannya agar Shahrul menerima Hanim, tapi sentiasa gagal. Entah siapalah yang jadi pilihan anaknya itu. Dia sudah nekad, tidak akan menerima sebarang gadis yang tiada kedudukan dan juga tiada setaraf dengan keluarganya. Tapi kalau ada mana-mana perempuan lain  yang menjadi pilihan Shah itu adalah berkedudukan sama seperti keluarganya dan juga keluarga Tan Sri Zainal Abidin, mungkin dia boleh pertimbangkan.
“ Hoi, jauhnya kau menung. Ingatkan awek ya!” sergah Carl membuatkan Shah terpingga-pingga. Betul-betul terkejut. Nasib baik tak melatah.
“ Ingatkan awek apanya…selama ini, aku mana ada awek!” kata Shah membuatkan Carl tersenyum. Memang betul, selama ini dia tak pernah melihat Shahrul rapat dengan mana-mana perempuan. Kalau yang paling rapat pun dengan Hanim, tapi belum sampai tahap sebagai pasangan kekasih. Takkanlah sahabatnya ini tak ada perasaan pada perempuan. Muka handsome, berkedudukan, ada personaliti tapi hati kayu.  Dia yang sikit aje kurang handsome dari Shah pun ada koleksi perempuan yang silih berganti. Perempuan yang nak mendampinginya terpaksa menunggu giliran.
“ Agaknya perempuan mana yang dapat mereputkan hati kayu kau ni ya! Dari dulu lagi kau kebal dengan cinta dan rayuan perempuan. Kalau akulah….tak akan tolak punya mana-mana perempuan yang datang. Bukan apa, saja nak test market. Kalau nak pilih jadi isteri….aku akan pilih perempuan yang suci, lemah lembut dan penyayang. Bila aku rasa aku dah jumpa perempuan yang memenuhi impian aku….aku akan tinggalkan semua perempuan lain. Tumpuan aku hanyalah untuk dia seorang saja!” begitu semangat Carl membuka mulut dan dalam masa yang sama turut mencemuh sikap Shah.
“ Kau ni memang….asal aje rupa perempuan, kau rembat. Jangan tersilap rembat sudah. Naya kau…kalaulah yang kau rembat tu isteri orang ke, kekasih orang…atau lebih dahsyat….mak nyah!” Shah tergelak kecil.
Carl meluku kepala Shah.
“ Kalau kau bagi statement pasal isteri orang, kekasih orang ke, boleh lagi aku maafkan tapi kalau pasal….mak nyah, tak dapat aku nak bayangkan. Auww…..” kata Carl sambil beraksi lembut. Mereka sama-sama tergelak.
“ Kau bukan tak tahu, yang tiruan sekarang lagi lawa dan jambu dari yang asli,” kata Shah sambil tergelak kecil.
“ Oo….jadi , yang itulah kau punya taste ya!....patutlah kau kebal dengan perempuan tulen ya!” usik Carl membuatkan Shah meluku balik kepala Carl.
Mereka terus berbual mengenai pelbagai topik. Hari ini hati Shah sedikit ceria, kedatangan Carl banyak memberi berita dan khabar, terutama pasal perkembangan SM Holdings.
“ Shah!” Carl memandang wajah Shah. Kali ini wajahnya agak serius.
“ Apa dia?...serius aje muka kau.” Shah membalas pandangan Carl.
“ Kau tahukan yang kita kawan sejak dari kecil lagi….selama aku kenal kau, aku tak pernah tengok kau rapat dengan mana-mana perempuan, betul ni kau tak ada hati dengan perempuan…kau ni termasuk dalam kategori…er…..” Carl menggaru-garu kepala. Serba salah pula nak meneruskan kata. Tapi memang ini yang selalu bermain di fikirannya.
  Aku ingatkan hal tadi dah beres….tiba-tiba ada siaran ulangan pula,” kata Shah.
“ Aku serius ni, bro. Aku sebenarnya tak nak masuk campur hal ni tapi sebagai seorang abang….aku serba salah juga.” Memang selama ini dia tak pernah mencampur adukkan hubungan mereka tapi permintaan Hanim membuatkan dia di lemma.
“ Hani yang minta kau tanya, betulkan!” serkap Shah.
Carl diam.
“ Memanglah kita bertiga dah lama kenal dan berkawan sejak kecil. Aku dah anggap kau ni macam adik beradik aku dan Hani tu aku dah anggap macam adik aku. Terus-terang aku cakap, aku tak ada perasaan pada dia…bagaimana aku nak tukarkan rasa sayang aku pada dia sebagai sayang seorang adik kepada rasa sayang seorang kekasih. Aku tak mampu….mama aku pun ada desak aku untuk terima Hani tapi aku tak boleh paksa hati aku untuk terima dia.” Kata Shah dengan nada sedikit tegas dengan harapan Carl akan dapat memahami maksudnya dan tidak akan terus bertanya dan berbicara soal itu lagi.
“ Aku faham. Kau anggap aje aku tak pernah soalkan hal ini….aku tak nak kerana soal ini akan merosakkan hubungan persahabatan kita tapi aku juga nak tahu kau dah ada seseorang dalam hidup kau?...kau ni dalam bab perasaan, kau memang tak nak berkongsi. Cuba kau bagi tahu aku….ciri-ciri perempuan macam mana yang kau inginkan. Aku boleh tolong carikan…maklumlah, sekarang pergerakan kau terbataskan!” sempat lagi Carl mengenakannya.
 Shah tergelak kecil.
“ Terima kasih atas keperihatinan kau tu…..aku sebenarnya tak ada impian yang tinggi untuk perempuan idaman aku, cukuplah dia menyayangi aku dengan ikhlas hati…pasal rupa dan harta tu, letak nombor dua.” Carl mengangguk perlahan.
“ Hmm….tak adalah susah mana pun nak cari gadis impian kau tu….tapi kenapa sampai sekarang kau tak jumpa?” kata Carl sambil menggaru-garu kepala yang tidak gatal sambil menayangkan sengih nakal.
“ Sebab gadis yang ditakdirkan untuk aku itu belum muncul di hadapan aku…” balas Shah dengan tenang membuatkan Carl tiba-tiba melongo.
“…. Dan yang penting, dia mampu membuat aku jatuh cinta pada dia.” sambung Shah lagi, sekadar untuk menjawab persoalan temannya. Bukan dia tak pernah memikirkan soal itu tapi entahlah…mungkin belum sampai seru agaknya. Kalau nak di kira pada umur dan kemampuan, dia memang terlebih layak tapi kenapa ya sampai sekarang hatinya belum terbuka menerima kehadiran mana-mana gadis. Mungkin betul agaknya, gadis yang memang ditakdirkan untuk menjadi jodohnya belum muncul di hadapannya lagi.


HANIM termenung di meja. Invois yang baru di terima tidak masih tidak di sentuh lagi walaupun pembantunya, Rita sudah meletakkannya awal-awal di atas meja.  Saat ini dia tiada mood untuk memikirkan soal kerja, bukan hanya hari ini tapi sudah berbulan-bulan rasa mood bekerjanya turun mendadak. Semuanya gara-gara sikap lelaki yang bernama Syed Mohd. Shahrul Hadi. Pelbagai cara telah di lakukan untuk menarik perhatian lelaki itu, namun sentiasa gagal. Bukan sehari dua dia mencuba,  sudah-sudah bertahun lamanya tapi tak pernah mendatangkan sebarang hasil yang menggembirakan. Kalau ada pun, hanya sekadar layanan sebagai kawan sedangkan bukan itu yang dia dambakan. Dia mahukan lebih perhatian dari lelaki itu. Dia mahu menjadikan lelaki itu hak milik kekalnya. Tapi sikap Shah itu terlalu liat, sukar untuk di lentur dan di goda.
“ Hani, sejak dari tadi lagi I tengok you asyik termenung aje. You ada masalahke?” tegur Karina atau lebih mesra dengan panggilan Kay yang merupakan rakan kongsinya. Sudah hampir 3 tahun mereka berkongsi mengusahakan `HoneyCare Beauty & Spa ` itu dan hasilnya boleh dibanggakan. Pelanggan mereka terdiri daripada wanita korperat, maklum saja Hanim sendiri adalah anak Puan Sri Mastura. Pastilah wanita itu telah memperkenalkan spa milik anaknya pada kenalan yang kebanyakannya adalah terdiri daripada wanita-wanita yang mempunyai gelaran dan kedudukan. Tapi secara keseluruhannya, spa mereka ini sentiasa menjadi perhatian pelbagai golongan dan usia, tambahan pula tempat ini adalah tempat yang strategik.
Kay memandang wajah keruh Hanim yang sedari tadi hanya termenung sambil menongkat dagu. Sejak kebelakangan ini dia perhatikan, temannya itu banyak termenung. Nak kata dia ada masalah kewangan, semuanya berjalan dengan baik. Takkanlah Hanim bergaduh dengan teman lelakinya sampai muka monyok begitu, detik Kay membuat andaian.
“ Hani,…apa kena dengan you ni?...you tak dengarke apa yang I tanya?” Kay menepuk perlahan bahu Hani membuatkan temannya itu terpingga-pingga seketika.  Terus melayang entah ke mana lamunannya tadi.
“ You tanya pasal apa ni?” soalan berbalas soalan.
Kay mendengus perlahan. Dia mengambil tempat duduk di sofa di bilik itu yang dijadikan sebagai pejabat untuk segala urusan mereka. Dia mencapai majalah wanita keluaran terbaru. Di belek-belek sekilas tanpa membacanya. Dia menutup semula majalah itu dan kini pandangannya terus terarah ke wajah Hanim yang berpura-pura sibuk menatap fail yang menyimpan invois dan juga senarai barang-barang yang perlu di beli.
“ Itulah bahananya punya teman lelaki yang ramai, tak tahu nak pilih yang mana sebagai suamikan,” kata Kay sambil tersenyum sinis. Sekadar ingin menduga, apakah yang sedang membelenggu temannya itu. Macam ada masalah besar aje.
“ Hey, bila masa I ni ada ramai teman lelaki…” sangkal Hanim walaupun kata-kata temannya itu ada betulnya. Dia memang punyai ramai kenalan lelaki, tapi mereka itu semua di anggap sebagai kawan biasa. Tapi nak kata kawan biasa pun, ada juga yang terlepas….sudah terjalin hubungan yang luar biasa dengan beberapa orang kawan lelakinya tapi bagi Hanim, itu hanyalah perkara normal. Bukan dia seorang yang buat begitu, masih ramai lagi perempuan di luar sana yang membuat hubungan sampai melahirkan anak dan sanggup pula membuangnya tanpa ada rasa kasihan dan bersalah. Dia juga pernah menggugurkan kandungannya sebanyak 3 kali akibat hubungan terlarangnya dengan beberapa orang lelaki tapi sebagai `perempuan yang bijak`, pandai-pandailah dia cover depan mummy dan daddynya serta Datin Safinas. Takkanlah dia nak buka pekung di dada, kalau abangnya tahu hal ini pasti Shah juga akan tahu. Kalau lelaki itu tahu hal ini, musnahlah harapannya untuk hidup bersama lelaki itu. Impian dan hasrat yang tersimpan sejak dia di usia remaja lagi.  Karektor dan wajah Shahrul sentiasa menjadi igauan dan impiannya dari dulu hinggalah sekarang. Nasib baiklah Shah bukan lelaki jenis yang bersikap playboy atau punya ramai teman wanita. Kalau tidak, dah lama dia makan hati melihat layanan lelaki itu terhadap perempuan lain.  Shah bukan hanya tidak melayan perempuan lain, lelaki itu juga tidak pernah melayannya lebih dari seorang adik. Itu yang membuatkan Hanim sentiasa bengang dan geram. Memang dasar lelaki kayu, hati keras macam kerikil. Rungutnya sambil mengetap bibir. Dia yang sememangnya ada sikap panas baran boleh pula menahan sabar melihat sikap acuh tak acuh Shah melayannya. Pelik, tak mengamuk pula dia. Dengan orang lain, pantang di cabar dan pantang ada saja yang tak kena di matanya pasti dia akan mengamuk. Tapi bila berhadapan dengan Shah, dia boleh cool. Ilmu apa yang lelaki itu pakai agaknya! Hanim  belum berjumpa dengan jawapannya.
“ I dah lama kenal you, Hani. I tahu you ada masalah kebelakangan inikan…so, cuba cerita kat I….mana tahu otak you yang memberat tu boleh jadi ringan sikit. Kadang-kadang, masalah yang kita tanggung ni elok di kongsi dengan seseorang. Kalau simpan sendiri, lama-kelamaan boleh makan diri sendiri.” Kata Kay.
Kata-katanya itu seolah-olah seperti menakutkan Hanim. Tapi Hanim tahu, lama-kelamaan apa yang sedang membelenggu fikirannya sekarang akan diceritakan pada temannya itu. Cuma lambat atau cepat saja. Bagi Hanim, Karina adalah satu-satunya teman yang cukup rapat dengannya. Teman yang tahu segala rahsia dia. Tapi nasib baik, temannya ini seorang yang amanah. Kalau tak, naya dia.
“ I pun tak tahu nak mulakan dari mana…” Hanim mengeluh perlahan.
Kay berkerut dahi sambil merenung wajah Hanim. Hairan juga mendengar ayat itu. Selama ini dia jarang mendengar sebarang keluhan yang keluar dari mulut Hanim. Temannya ini seorang yang ceria dan punya semangat yang tinggi.
“ Ini mesti pasal Shahkan?” teka Kay. Rasa-rasanya inilah satu-satunya masalah yang sentiasa membelenggu Hanim. Satu-satunya juga lelaki yang cukup kebal dan dingin dengan godaan temannya itu. Tapi yang kebal dan dingin itu jugalah yang di puja dan di ingini oleh Hanim dari dulu sampai sekarang.
Hanim menarik nafas seketika. Dia memutar-mutar pen yang ada di tangannya.
Yup, you are right. Satu-satunya makhluk di muka bumi ini yang sentiasa membuat I resah…tapi sikapnya yang dingin itulah yang membuatkan I ingin memilikinya. Lagi pun, dia tu masih suci….” Balas Hanim sambil mengukir senyum. Secara tak langsung dia sudah menceritakan masalah yang sedang membelenggunya sejak kebelakangan ini.
  So, you rasa you tu layakke dengan dia?...you tu dah lama tak suci…..kalau pakaian yang kotor, boleh juga di cuci dengan kloroc, tapi kalau diri you tu yang kotor….takkanlah you nak minum bahan peluntur tu. Kalau minum  pun, belum tentu dapat sucikan diri you….entah-entah terus goal!” Kay sempat mengutuk teman rapatnya itu. Walaupun dia berkawan dengan Hanim, tapi dia juga tahu batas dan hukum. Nasib baiklah dia tidak terikut.
“ Amboi, tak sayang mulut nampak!....kalau nak mengutuk pun, tengok dulu kiri kanan….ni main redah aje, apa kes!” sembur Hanim dengan muka merah. Tak guna kalau dia mengamuk kalau kata-kata itu sememangnya benar dan tepat dengan dirinya.
Sorry, I tak bermaksud nak kutuk you…tapi cuma nak bagi peringatan. You kena ingat bahawa lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik. Jadi….fikir dan renung-renungkanlah…bak kata orang, kena muhasabah diri.” Kata Kay sebelum berlalu pergi dari bilik itu. Baik dia buat kerja lain dari terus melayan temannya itu.
Hanim mengetap bibir. Tak senang mendengar kata-kata itu. Tapi…perlukah dia muhasabah diri seperti kata-kata Karina itu. Ah, pedulikan. Yang penting, Shah akan jadi miliknya suatu hari.  Dia hanya perlukan peluang dan strategi bagaimana untuk menakluki hati lelaki berhati dingin itu.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...