Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 14 June 2013

Di Penghujung Rindu 21




D
ATIN RUZAINI dan Datuk Syafiq Rahman berbual di ruang rehat selepas pulang dari berjumpa kawan mereka. Selalunya mereka bersantai di laman banglo mewah sambil menikmati suasana petang tapi hari ni mereka lebih selesa bersantai di ruang rehat sambil menonton tv.  Tahun ini mereka bercadang untuk menunaikan umrah buat kali keempat. Kalau boleh mereka ingin menunaikannya bersama Hafiz dan Sarah. Harap mereka berdua mahu menyertainya bersama. Mereka pernah membincangkan soal ini pada Hafiz dan Sarah tapi anak dan menantunya itu masih belum membuat sebarang keputusan.
“ Ha…bang, itu pun agaknya Hafiz…nanti bolehlah kita tanya dia sama ada nak ikut kita pergi umrah atau tidak!” suara Datin Ruzaini bila mendengar salam dari luar.
Tak lama kemudian, muncul wajah Hafiz dan terus bersalam dengan orangtuanya. Dia segera melabuhkan punggung di sofa sambil menarik nafas panjang.
“ Fiz, dah lama Fiz tak balik rumah… banyak sangatke kerja sampaikan tak sempat nak balik jenguk mama. Bukannya jauh pun… atau Fiz ni asyik berpeleseran di luar sampai lupa nak jenguk mama!” rungut Datin Ruzaini merenung tajam wajah Hafiz yang nampak santai dengan mengenakan t`shirt putih berkolar dan seluar jeans.
Hafiz hanya mendengus perlahan. Baru aje dia menapak punggung, terus dia di leter. Mama, sejak dari dulu lagi ada-ada aje tindakannya menjadi omelan mama. Itu yang membuatkan dia rimas.
“ Mama… Fiz dah besar dan tahu jaga diri…. tak perlulah mama membebel seolah-olah Fiz ni budak kecik!” rungut Hafiz tanpa sedar melampiaskan rasa marah membuatkan Datin Ruzaini terkedu.
“ Hafiz…” sayu kedengaran suara mamanya membuatkan Hafiz terpegun.
“ Mama…maaf….bukan niat Fiz nak kecilkan hati mama….Fiz tak sengaja, maafkan Fiz ya!” segera Hafiz memohon maaf dan  segera menggenggam erat tangan mamanya. Sebenarnya ada perkara yang membuatkan hatinya bengang dan tanpa sedar dia telah membuatkan mamanya kecil hati.
Hafiz menggaru-garu kepalanya. Datuk Syafiq Rahman hanya mampu mengeleng kepala. Dalam diam dia membuat kesimpulan, pasti Hafiz ada masalah dengan teman wanitanya. Dia tahu, sikap Hafiz masih lagi tak berubah walaupun telah berkhwin dengan Sarah. Masanya banyak di habiskan dengan melayan kerenah teman wanitanya yang silih berganti. Dia ingatkan sikap Hafiz berubah, tapi Hafiz tetap hidup dengan caranya. Pening kepala Datuk Syafiq Rahman mengingatkan karenah anaknya. Bingung di buatnya. Entah dari mana Hafiz memiliki sikap begitu. Semasa dia sebaya dengan Hafiz, dia sudah pun memikul tanggungjawab untuk memajukan syarikat dan sedikit pun tidak berniat untuk mengecewakan isterinya. Mereka berkahwin pun atas pilihan orangtua.
“ Bagaimana dengan kerja Fiz sekarang?...ada apa-apa masalah?...papa harap Fiz dapat menimba ilmu dengan sebaik mungkin. Papa tak nak Fiz terlalu membebankan Sarah untuk memajukan syarikat tu…kesian dia!” kata Datuk Syafiq Rahman.
Hafiz memandang wajah papanya dengan rasa tak senang. “ Kenapa papa kesiankan Sarah? Kan papa yang melantik dia untuk menguruskan syarikat tu dan seharusnya dia yang lebih bertanggungjawab, bukannya Fiz!”
“ Papa tahu…tapi dia tu  perempuan…kudratnya tak seberapa kalau nak di bandingkan kudrat lelaki…Fiz sepatutnya lebih banyak membantu dia, bukan menambahkan beban untuknya!” tegas Datuk Syafiq Rahman. Bukan dia tak tahu kerenah Hafiz. Semua tindakan Hafiz di pejabat sentiasa dalam perhatiannya walaupun Sarah tidak menceritakannya.
“ Sepatutnya awal-awal lagi papa serahkan jawatan tu pada Fiz…jadi jangan nak salahkan Fiz pulak!” tempelak Hafiz.
“ Kalau awal-awal papa serahkan SR Holdings pada Fiz…. syarikat tu  akan jadi kucar kacir…. atau pun dah lama kita bankrupt. Segala usaha papa selama ini akan sia-sia!” Datuk Syafiq Rahman mendengus. Kerana itu juga dia tidak mahu menyerahkan tanggungjawab itu pada Hafiz sehingga dia yakin Hafiz benar-benar layak.
“ Papa…papa ni terlalu percayakan orang luar dari anak kandung sendiri…papa sedar tak yang selama ini papa bersikap tidak adil!” Hafiz mahu membela diri. Mana mungkin dia membiarkan kretibitinya diperkotak katikkan oleh orangtuanya sendiri.
“ Fiz….papa rasa Fiz yang tak sedar apa yang Fiz cakap, bukan papa!” tengking Datuk Syafiq Rahman.
Hafiz mendengus.
“ Sarah tu bukan orang luar…dia anak papa dan mama, dia menantu kami dan dia juga isteri Fiz!” tegas Datuk Syafiq Rahman.
 Dia mengeleng kepala. Bagaimana harus dia jelaskan agar Hafiz dapat faham. Sejak dari dulu lagi Hafiz terlalu prejudis terhadap Sarah. Dan secara jelas dia telah menganggap bahawa Sarah cuba nak merampas haknya sebagai pemilik yang sah. Sampai bila Hafiz akan mengubah persepsi itu terhadap Sarah. Kesian Sarah. Hati tuanya menjadi sayu.
Datin Ruzaini hanya mendiamkan diri. Tak mahu mencelah perbualan mereka. Dia tahu suaminya pasti dapat mengawal keadaan dan selama ini Hafiz takut untuk bertindak di luar kawalan bila berdepan dengan suaminya.
“ Oh ya, bang… bercakap pasal Sarah. Zai perhatikan sejak kebelakangan ini muka dia pucat, badannya pun nampak lemah dan tak bermaya aje! hari ni dia balik awal dari pejabat dan sejak dari tadi asyik berulang alik ke tandas…muntah-muntah pulak tu….entah-entah dia….”
“ Mengandung?” belum pun sempat Datin Ruzaini menghabiskan ayat, suaminya terlebih dulu menyampuk dengan wajah ceria.
“ Hafiz…kenapa Fiz tak endahkan dia….apalah Hafiz ni!” Datuk Syafiq Rahman memandang wajah Hafiz sambil mengeleng kepala. Pening memikirkan sikap Hafiz yang tidak mempedulikan keadaan Sarah.
Hafiz memegang kepalanya yang dirasakan begitu berat.
` Sarah mengandung?...betulke dia mengandung?...ah! tak mungkin!`
`Macam mana kalau dia betul-betul mengandung?...anak siapa? takkanlah anak aku….aku tak pernah pun sentuh dia sepanjang perkahwinan kami`
Hafiz bingung memikirkan keberangkalian itu. Dahlah sejak kebelakangan ini hatinya panas mengingatkan betapa mesranya hubungan antara Sarah dan Datuk Daniel. Selalu keluar bersama dan yang paling menghangatkan hatinya bila dia dapati Sarah nampak begitu selesa ketika bersama lelaki itu. Nampaknya dia perlu bersemuka dengan Sarah dan membuat perhitungan.
“ Hafiz…kenapa masih duk kat sini lagi?...pergilah naik atas….tengok keadaan Sarah!” suara Datin Ruzaini segera mematikan bisikan di telinga Hafiz.
“ Yalah…Fiz naik tengok dia!” akhirnya Hafiz mengangkat punggung. Kalau pun mamanya tak menyuruh dia bertemu muka dengan Sarah, memang dia pun sudah membuat keputusan untuk berhadapan dengan Sarah.
Langkahnya segera di atur menaiki tangga untuk menuju ke bilik Sarah yang terletak bersebelahan dengan biliknya. Dia terus memulas tombol pintu tanpa mengetuk terlebih dahulu. Kakinya segera menerjah ke bilik itu sebaik sahaja pintu di kuak perlahan. Liar matanya memerhati setiap sudut bilik itu, cuba mencari kelibat Sarah. Pandangannya tiba-tiba terpaku pada sekujur tubuh yang terbaring tidak sedarkan diri di muka pintu bilik air. Hafiz segera melangkah laju mendapatkan tubuh itu.
“ Sarah……” tubuh Sarah yang layu itu di angkat ke atas ribanya. Hatinya tiba-tiba menjadi sebak melihat tubuh Sarah yang terkulai dan berwajah pucat itu.
“ Sarah…wake up…..bangun sayang!” Hafiz menepuk perlahan pipi Sarah namun tiada tindak balas. Tubuh Sarah tetap kaku.
“ Sarah…bangun sayang…jangan tinggalkan abang…..abang tak nak kehilangan Sarah!” tanpa sedar airmatanya laju mengalir keluar dari kelopak mata.
“ Mama…..papa…..” laung Hafiz sambil memeluk erat tubuh Sarah yang tetap kaku.



HAFIZ merenung tasik sambil mengeluh panjang. Dia sudah menjadi pengunjung di situ sejak sejam yang lalu dan hanya itu yang dilakukannya. Hanya mengeluh dan merenung ke arah tasik. Pengunjung yang ada di sekitarnya tidak dipedulikan langsung. Biarlah mereka lakukan apa yang mereka inginkan asalkan tidak mengganggunya. Dia mahukan ketenangan saat ini.  Sesekali mata Hafiz sempat melirik pada pasangan remaja yang berada tidak jauh darinya. Begitu mesra hubungan mereka, berpelukan tanpa ada rasa segan dan silu di tempat umum.
Remaja hari ini banyak terpengaruh dengan budaya barat dari segi pakaian mahu pun pergaulan. Mereka akan memberontak sekiranya di tegur sehingga berlakunya kes remaja yang lari dari rumah. Ada juga yang bersekedudukan sehingga melahirkan anak luar nikah. Dan yang lebih dahsyat anak itu di buang seumpana kain buruk. Apa nak jadi dengan remaja sekarang? Tahukah mereka akan cabaran yang bakal mereka tempuhi di masa depan. Tidakkah mereka fikirkan perasaan orangtua atas tindakan mereka? Apa lagi bila memikirkan soal haram dan juga soal dosa!
Hafiz meraup mukanya beberapa kali. Tindakan remaja itu mengingatkan dia pada tindakannya sendiri. Dia juga bertindak begitu, berpeleseran dan bercanda dengan ramai gadis tapi setakat ini dia tidak pernah bertindak di luar batasan. Tidak pernah sekali pun dia meniduri gadis yang di dampinginya. Baginya dia hanya mahukan teman sebagai hiburan dan pergaulan tapi tidak sampai mahu merosakkan masa depan mereka.
“ Sarah!”
Nama itu tiba-tiba terpancul keluar dari mulutnya. Selepas menghantar Sarah ke hospital tadi, dia  datang ke sini. Tak sanggup nak berhadapan dengan Sarah selepas mendengar pengesahan dari doktor yang merawatnya.
“ Doktor, bagaimana keadaan anak kami?” Datin Ruzaini terus meluru mendapatkan doctor yang baru sahaja merawat Sarah.
Hafiz sempat melirik tanda nama di baju dotor itu, Dr. Syahmi.
“Anak Datin sudah sedarkan diri… jadi Datuk dan Datin jangan bimbang… InsyaAllah dia akan selamat….sama-samalah kita mendoakannya!” ujar doctor itu dengan tenang.
Datin Ruzaini mengucap syukur. Lega kerana Sarah sudah pun sedarkan diri.
“ Er…boleh kami melawat dia?” tanya Datuk Syafiq Rahman.
“ Ya…boleh…cuma dia perlukan rehat yang cukup!” Dr. Syahmi mengukir senyum dan Datuk Syafiq Rahman mengeluh lega. Hafiz yang berada di situ juga turut mengucap syukur.
“ Er…kenapa dia boleh pengsan?... adakah dia mengandung?” soal Datin Ruzaini. Tak sabar rasanya untuk mengetahui punca sebenar yang berlaku pada Sarah hingga menyebabkan dia tidak sedarkan diri.
Agak lama juga Dr. Syahmi merenung wajah Datin Ruzaini dengan dahi berkerut sebelum bibirnya mengorak senyum. Agaknya dia tidak sabar nak menimang cucu. Itulah yang terdetik dalam fikiran Dr. Syahmi.
“ Sebenarnya anak Datin tak mengandung. Dia pengsan mungkin di sebabkan terlalu penat dan kekurangan air dalam badan. Jadi, dia perlukan rehat yang cukup untuk mengembalikan semula tenaga…hm….nampaknya belum ada rezeki Datin untuk mendapatkan cucu. Bersabar ya!” Kesian pula Dr. Syahmi melihat wajah muram pasangan suami isteri itu. Terpancar rasa terkilan mendengar kata-katanya.
“ Saya pergi dulu!” kata Dr. Syahmi selepas menghulurkan tangan ke arah Datuk Syafiq Rahman dan Hafiz yang kaku berdiri di situ.
Datin Ruzaini dan Datuk Syafiq Rahman terus masuk ke bilik yang menempatkan Sarah.
“ Fiz…kenapa masih tercegak lagi kat situ?” sergah Datuk Syafiq Rahman bila Hafiz masih lagi tidak berganjak.
“ Er…mama dan papa masuk dulu…Fiz ada hal!” dalih Hafiz. Sebenarnya dia segan untuk bersemuka dengan Sarah. Semua ini berlaku kerana kecuaiannya.
Datuk Syafiq Rahman hanya mampu mengeleng kepala bila Hafiz tidak mengendahkan ajakannya, malah dia terus berlalu pergi.
Lamunan Hafiz terganggu bila mendengar suara tangisan kanak-kanak yang berada tidak jauh darinya. Dia mengangkat punggung dan segera beredar. Arahnya satu. Dia mahu melihat keadaan Sarah. Pasti mamanya membebel dengan tindakannya sebentar tadi. Ah! pedulikan.



HAFIZ mengukir senyum sebaik sahaja mendapat tempat parking. Sudah dua kali dia meronda tempat itu untuk mencari parking. Nasib baik ada kereta yang keluar dari tempat parking, dapatlah dia meletakkan keretanya. Petang semalam dia ada datang menjenguk Sarah tapi dia hanya muncul sekejap sahaja kerana Sarah sedang tidur. Tidak mahu mengganggu, lagi pun dia belum bersedia untuk bersemuka dengan Sarah.
Hafiz terus mengatur langkah sambil membimbit bakul berisi buah-buahan. Buah-buahan amat elok untuk kesihatan. Dan dia tahu Sarah suka makan buah-buahan. Dia mengukir senyum dan dia mula membayangkan senyuman yang akan diberikan oleh Sarah untuk menyambut kedatangannya. Dan langkahnya terhenti di muka pintu bilik yang menempatkan Sarah. Hafiz menelan liur. Benar-benar terkejut.
“ Ah, tak mungkin dia!” Hafiz merengus kasar sebaik sahaja pintu bilik itu di kuak perlahan.
`Zakri? Bagaimana dia boleh berada di sini? Dari mana dia tahu?` Hati Hafiz mula panas.
Nampak mesra sekali keadaan mereka berdua. Sarah ni pun satu, kenapa di layan aje lelaki tu dan membiarkan Zakri duduk di tepi katil? Rapat, terlalu rapat kedudukan mereka.
“ Zack!” Hafiz bersuara sambil cuba mengawal diri sedangkan dadanya sudah mendidih melihat gelagat mereka berdua.
Hi Fiz!” tegur Zakri dengan wajah ceria sambil turun dari katil. Tapi tubuhnya tetap berada di sisi Sarah. Hafiz mengetap bibir.
Sarah yang benar-benar terperanjat dengan situasi itu cuba bersikap tenang. Dia tak mahu perkara buruk terjadi antara mereka berdua. Zakri terlebih dahulu menghulur tangan untuk bersalam dan lambat-lambat tangannya bersambut.  Sarah mula rasa gelisah apa lagi bila mengenangkan cara renungan Hafiz terhadapnya.
Hafiz meletakkan bakul berisi buah-buahan tadi di atas meja dan matanya sempat tertumpu pada jambangan mawar merah yang berada dalam genggaman Sarah.
“ Hmm…beautiful roses!” kata Hafiz sambil mengerling sekilas ke arah Sarah yang mula rasa gelisah.
I`m bring it to her….beautiful roses only for beautiful girl…it`s!” balas Zakri mengukir senyum sambil mengenyit mata ke arah Sarah.  Sebenarnya bunga itu ingin dihadiahkan pada teman wanitanya yang telah dimasukkan ke dalam wad kerana terlibat dalam kemalangan dua hari yang lepas. Tapi sebaik sahaja terpandang wajah Sarah yang keluar dari bilik itu sebentar tadi, segera dia mendapatinya. Hafiz yang melihat tindakan Zakri segera menggenggam penumbuk. Risau kalau naik ke muka lelaki itu.
“ Macam mana kau boleh berada di sini?....who told you?” soal Hafiz tidak sabar.
Zakri melirik ke arah Sarah. Sebuah senyuman di hadiahkan buat gadis itu. Dia cuba meraih tangan Sarah tapi gadis itu cepat-cepat menarik tangannya apabila menyedari renungan Hafiz yang nampak begitu tegang dengan situasi itu.
“ Macam kau juga, bro. Kita sama-sama memburu. Sejak dari dulu lagi, kita adalah pesaing yang hebat tapi kali ini aku tak mahu kalah di tangan kau, Fiz!” kata-kata Zakri benar-benar mengundang kemarahan. Berapi rasanya dada menahan geram dan amarah. Tanpa sedar tangannya sudah mencekak kolar baju Zakri. Zakri yang tidak mahu kalah segera menolak tubuh Hafiz membuatkan lelaki itu terdorong sedikit  ke belakang.
“ Selamanya kau akan kalah di tangan aku, Zack….I`m always the winner!” Hafiz mengetap bibir. Dia cukup tercabar dengan kata-kata Zakri. Lebih-lebih lagi hal ini melibatkan Sarah, isterinya walaupun Zakri tidak tahu hakikat sebenar hubungan antara dia dan Sarah.
“ Hafiz….kau tahu apa keburukan kau?” kata Zakri sambil tersenyum sinis merenung wajah Hafiz. Hafiz mendengus kasar sedangkan Sarah yang menjadi saksi situasi itu sudah resah. Bimbang perkara buruk akan berlaku.
“ Kau terlalu ego. Kau merasakan diri kau cukup hebat dan terbaik. Kau kena ingat bahawa kemenangan tidak akan sentiasa berpihak pada kau. Aku boleh buktikan!” kata Zakri sambil ketawa mengejek.
Hafiz yang mula bengang segera menolak tubuh Zakri ke dinding. Wajah Zakri di tumbuknya membuatkan lelaki itu mengaduh kesakitan. Zakri yang tidak mahu kalah segera membalas sehingga berlaku adegan tumbuk menumbuk.
Stop it…both of you. Kalau korang berdua nak bergaduh dan bertumbuk…sila keluar dari bilik ini. I tak mahu dengar dan tengok apa-apa lagi. Now….get out from here!” Sarah mula bertempik. Geram betul melihat gelagat mereka. Macam orang yang tidak bertamadun.
“ Ok…ok….I akan keluar!” Zakri terlebih dahulu bersuara sambil mengangkat kedua tangannya. Sarah mendengus geram.
Hafiz pula mengetap bibir.
`Sajalah tu nak tunjuk gentleman konon!` rengus Hafiz dengan rasa berbuku.
Zakri segera keluar selepas menghadiahkan senyuman buat Sarah.
Sarah menjeling ke arah Hafiz yang masih kaku berdiri  tidak jauh dari situ. Ternyata dia turut rasa bersalah dengan apa yang berlaku.
“ Sarah!”
Hafiz cuba bersuara.
Get out….Sarah tak nak dengar apa-apa!” kata Sarah sambil menutup kedua-dua telinganya dengan tangan.
“ Abang minta maaf!” mohon Hafiz.
“ Sarah nak rehat dan Sarah tak nak diganggu!” balas Sarah sambil merebahkan badan di atas katil. Dia segera menarik selimut dan menyelimut tubuhnya.
Hafiz menarik nafas. Kecewa mendengar jawapan yang diberikan oleh Sarah. Akhirnya dia melangkah keluar dengan rasa terkilan.
Beberapa minit kemudian. Hafiz muncul kembali di bilik Sarah. Dia menapak perlahan menghampiri katil Sarah. Matanya merenung seketika tubuh Sarah yang berbalut selimut.
“ Sarah!” panggilnya perlahan.
Diam. Sarah yang mendengar suara itu hanya mendiamkan diri. Sengaja, ingin menguji setahap mana lelaki itu dapat bertahan. Maklum saja dia tu jenis panas baran.
“ Sarah!” ucap Hafiz sekali lagi. Kali ini langkahnya benar-benar di atur menghampiri tubuh Sarah. Buat seketika dia merenung wajah Sarah. Mata gadis itu terpejam. Hafiz tahu Sarah mendengar dan berpura-pura memejam mata.
“ Abang tahu Sarah tak tidur. Abang minta maaf atas apa yang berlaku sebentar tadi. Abang tak boleh kawal perasaan abang bila melibatkan lelaki yang bernama Zakri. Abang kenal siapa dia yang sebenarnya dan abang tak nak Sarah tertipu dengan sikap kepura-puraannya!” Hafiz mengeluh perlahan. Dia masih kaku berdiri di sisi katil Sarah.
“ Sarah….please. Jangan buat abang rasa bersalah begini!”
 Hafiz terpaksa merayu walaupun jauh di lubuk hati rasa geram dengan sikap Sarah. Sengaja ingin menderanya. Ini pun sudah cukup baik kerana sanggup meminta maaf. Selama ini mana ada dia mohon maaf kalau pun dia yang bersalah. Tapi kadang kala ada suara kecil yang memintanya untuk berubah demi kebaikan rumahtangganya, di tambah lagi dengan nasihat yang diberikan oleh Jeffri dan Rizuan membuatkan dia sedikit berubah. Mahu memberi peluang untuk dirinya hidup bahagia seperti pasangan yang lain.
“ Abang Hafiz tak perlu minta maaf. Sarah dah memang jangka yang perkara ini akan berlaku. Sarah tahu…ini bukan kali pertama kalian bergaduh kerana melibatkan seorang perempuankan?” Sarah membuka mata. Dia menyandarkan badan di kepala katil. Tajam matanya merenung wajah Hafiz yang ternyata amat terkejut mendengar kata-kata itu. Memang betul, ini bukan kali pertama mereka bergaduh kerana melibatkan seorang perempuan.
“ Bagaimana Zack ada kat sini tadi? Sarah call dia?” tanya Hafiz.
“ Tak…dia terserempak dengan Sarah tadi masa keluar bilik. Dia datang ke hospital ni sebab nak melawat kawannya!” balas Sarah.
“ Aku tak suka kau kawan dengan Zack!” suara Hafiz mula berubah. Sebenarnya dia bengang dengan kata-kata Sarah tadi. Sarah tak hak untuk mengkritiknya.
“ Kenapa?...cemburu ya!” Sarah tersenyum sebelum tergelak kecil. Seronok pulak melihat wajah bengang Hafiz ketika itu.
“ Kalau abang Hafiz boleh kawan dengan perempuan, kenapa Sarah tidak boleh? Kan kita dah janji dulu yang kita tak akan mencampuri urusan pasangan kita…. Sarah juga ada hak untuk menentukan siapa pilihan Sarah, siapa yang boleh membahagiakan Sarah. Abang Hafiz kena ingat yang hubungan kita akan berakhir bila-bila masa saja!” tutur Sarah dengan wajah tenang membuatkan Hafiz tersentak. Benar-benar terkejut.
` Adakah Sarah sudah bersedia untuk berpisah?` Jiwa Hafiz mula kacau.
“ Aku lain…kau lain!” Hafiz bersuara dengan tegas. Sengaja ingin menyembunyikan rasa hati yang mula gelisah.
“ Memang kita berbeza. Abang Hafiz seorang lelaki dan Sarah perempuan. Abang Hafiz boleh kawin empat tapi Sarah tidak. Abang Hafiz lahir dari benih yang suci tapi Sarah lahir dari benih yang kotor. Hmm…perbezaan yang cukup ketarakan?” kata Sarah dengan suara getar. Sebak dadanya di saat menuturkan kata-kata itu.
Hafiz menatap wajah Sarah tak berkelip. Dadanya sebak mengingatkan kata-kata itu. Sebenarnya bukan itu yang dia maksudkan. Dia melabuhkan kerusi di sisi katil Sarah. Tangan Sarah di capainya dan digenggam erat. Sarah ingin menarik tangannya tapi entah kenapa hati kecilnya tidak membenarkan.
“ Sarah…bukan itu yang abang maksudkan” suara Hafiz mula berubah.
Sarah terdiam dan tertunduk.
“ Abang dah lama kenal dengan Zack. He`s not a good guy…kalau pun kita berpisah nanti, abang tak nak dia yang jadi pilihan Sarah!” Sebak juga dada Hafiz saat menyebut perkataan berpisah. Sebenarnya, dia tidak menyimpan sedikit pun keinginan untuk berpisah dengan Sarah kerana hari demi hari hatinya mula menerima kewujudan Sarah. Bibirnya akan tersenyum saat membayangkan wajah Sarah. Seolah-olah kehadiran Sarah disisinya saat ini amat diperlukan.
“ Abang tak nak Sarah tergoda dengan pujuk rayunya…dan abang sesekali tak akan membiarkan dia mendekati Sarah. Abang sayangkan Sarah dan abang tak nak hati Sarah dilukai!” pujuk Hafiz dan secara tak langsung telah menzahirkan apa yang dirasanya saat ini iaitu melahirkan perkataan sayang.
“ Wow…so impressing. Abang Hafiz tak nak orang lain lukai hati Sarah tapi abang Hafiz sendiri….tegar abang Hafiz melukai hati Sarah sudah bertahun-tahun lamanya. Sejak bila abang Hafiz berubah ni?” tempelak Sarah walaupun sebentar tadi dadanya berdegup kencang saat Hafiz menyebut kata sayang untuknya. Adakah lelaki itu mula menyayanginya?
Hafiz melepaskan pegangan tangan Sarah. Kedua –dua tangannya mula melurut rambutnya. Sarah hanya memerhati tindakan Hafiz itu. Sesungguhnya hati dia mula berdetik melihat aksi itu. Timbul satu rasa yang dia sendiri tak dapat nak tafsirkan. Dan dia cepat-cepat mengalih pandangannya bila mata mereka mula bertemu. Dada Sarah tiba-tiba berdebar. Rasa seram sejuk pun ada. Apa dah jadi ni?
“ Zakri tu buaya, Sarah. Dia akan mengambil kesempatan ke atas semua perempuan yang didampinginya!” kata Hafiz cuba menjelaskan siapa sebenarnya Zakri.
“ Abang Hafiz pun apa kurangnya kan. Bak kata pepatah…kata dulang paku serpih, mengata orang….diri sendiri…” Sarah mencebik. Faham-faham ajelah.
“ Abang mengaku abang juga  buaya yang bertopengkan manusia tapi abang tak pernah mengambil kesempatan atas mereka. Itu yang membezakan antara kami. Abang berani bersumpah yang abang tak pernah meniduri mana-mana perempuan seperti anggapan Sarah selama ini…abang masih boleh bezakan mana yang halal dan mana yang haram!” tegas Hafiz agar Sarah mengerti siapakah dia yang sebenarnya. Jangan hanya menuduh dirinya berdasarkan sifat luarannya sahaja. Itu tidak benar sama sekali.
“ Sarah bukan sehari dua kenal abang Hafiz, tapi dah lama. Sejak Sarah berumur 6 tahun lagi. Sarah tak kesah apa jua aktiviti abang Hafiz di luar sana tapi…tolong hormati Sarah, pendirian Sarah. Bagi peluang untuk Sarah lakukan apa yang Sarah suka dan benarkan Sarah berkawan dengan sesiapa saja yang Sarah suka. Sarah tahu kita masih terikat sebagai pasangan suami isteri tapi tolonglah hormati keinginan dan kehendak Sarah sebagaimana Sarah hormati keinginan dan kehendak abang Hafiz. Lagi pun kita sudah bersetuju dengan semua inikan!” kata Sarah sedaya upaya cuba bersikap tenang tapi dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Dia bimbang sekali andai Hafiz akan mengamuk kerana dia sedia maklum akan sikap Hafiz yang satu itu.
Hafiz berjalan mundar mandir. Dadanya tiba-tiba menjadi panas semula. Memang dia akui dia setuju dengan syarat perkahwinan mereka. Tidak akan mencampuri urusan pasangan masing-masing. Tapi, takkanlah dia nak membiarkan Sarah jatuh ke tangan Zakri. Dia tak akan membiarkan hal ini berlaku. Sarah adalah miliknya yang mutlak dan dia tak akan sesekali membenarkan Zakri menyentuh Sarah. Tak akan! Itu nekadnya . Dia bukannya tamak, tapi dia hanya mahu mempertahankan haknya ke atas Sarah.
` Sarah, abang sayangkan Sarah…abang tak tahu sejak bila perasaan itu muncul tapi untuk menyatakannya, abang belum bersedia dan tak mampu untuk meluahkannya saat ini. Abang yakin abang akan mampu menyatakannya bila saat itu  akan tiba walaupun sebentar tadi abang ada menyebut ucapan sayang secara tak langsung. Entah Sarah sedar atau pun tidak ucapan itu tadi!` Hafiz memejam mata seketika sambil menarik nafas sebelum menghembuskannya kembali.
“ Kalau kerana jambangan bunga ini yang menyebabkan perasaan kau berubah terhadap lelaki itu…aku akan buang bunga ini!”
 Hafiz berang tiba-tiba. Jambangan bunga ros yang berada di atas meja di capainya dan dilempar ke pintu. Dan akhirnya jambangan itu jatuh di atas lantai. Sarah hanya diam memerhati tanpa berani bersuara. Nampaknya panas baran lelaki itu mula menyerang.
Tiba-tiba pintu di buka.
“ Apa yang dah berlaku ni sampai baling-baling bunga ni semua?...Sarah…Hafiz?” Datin Ruzaini bersuara. Benar-benar terkejut, alih-alih jambangan bunga berada di kakinya saat dia melangkah masuk bersama suaminya. Wajah Sarah dan Hafiz di pandang mereka silih berganti. Datin Ruzaini segera mengambil jambangan yang ada di atas lantai itu dan di letak semula di atas meja.
Korang berdua  gaduh pasal apa ni?” tegur Datuk Syafiq Rahman sambil berjalan ke arah mereka.
“ Tak ada apa-apa, pa” balas Hafiz perlahan tanpa sedikit pun memandang wajah kedua orangtuanya.
Sarah hanya tunduk merenung kain selimut sambil mengetap bibir. Kedua orangtua mereka saling berpandangan sebelum mengeleng kepala. Pening memikirkan perangai mereka berdua ni. Dah berbulan kawin, tapi hubungan tak pernah mesra. Hati mereka di palu  rasa sayu mengenangkan sikap mereka berdua.



SETELAH dua hari berada di hospital, Sarah dibenarkan pulang ke rumah. Doktor telah berpesan supaya
dia banyak berehat untuk mengembalikan tenaga yang hilang. Datuk Syafiq Rahman mahu Sarah menyambung cutinya dan segala urusan akan diambil alih olehnya. Dia masih belum bersedia untuk menyerahkan pada Hafiz kerana dia belum yakin dengan kemampuan Hafiz. Itu yang membuatkan Hafiz bengang.
“ Fiz, temankan Sarah masuk bilik dan biarkan dia berehat!” perintah Datin Ruzaini sebaik sahaja Sarah sampai di rumah.
Hafiz mengeluh kecil, tanda protes dengan arahan mamanya. Sarah yang menyedari ketidak puasan Hafiz segera mengangkat punggung untuk masuk ke biliknya. Dia masih lagi larat untuk bergerak dan dia rasa badannya sudah sihat. Jadi, pertolongan dari lelaki itu tidak diperlukan.
“ Mama dah suruh Salmah pindahkan baju Fiz ke bilik Sarah. …ingat, kamu berdua dah jadi suami isteri dan seharusnya tinggal sebilik. Apa namanya suami isteri kalau tidur di katil yang berasingan!” kata-kata Datin Ruzaini membuatkan wajah Hafiz dan Sarah tercengang. Benar-benar terkejut. Laju langkah Sarah berjalan ke biliknya diikuti oleh Hafiz di belakang.
“ Macam mana ni?” terdengar keluhan kecewa dari bibir Sarah sebaik sahaja masuk ke biliknya dan melabuhkan punggungnya di atas katil. Tak sangka selama  dua hari dia berada di hospital, mamanya telah merancang semua ini.
“ Nampaknya orangtua kita telah merancangkan sesuatu untuk kita. Aku rasa kau faham maksud mereka kan?” Hafiz yang muncul secara tiba-tiba di dalam bilik itu benar-benar mengejutkan Sarah. Lantas Sarah berpaling, menghadap wajah Hafiz seketika.
“ Semua ini tak boleh berlaku…kan kita dah janji dulu!” kata Sarah mengingatkan perjanjian yang telah dipersetujui oleh  mereka sebelum ini. Akan terus tinggal berasingan sehingga masalah mereka selesai atau lebih tepat mereka akan jalani hidup seperti biasa. Tidak perlu akur pada undang-undang perkahwinan.
Hafiz mengukir senyum membuatkan Sarah mengerut dahi.
` Aik! takkanlah dia boleh lupa semua itu?...bukankah dia yang mencadangkan semua itu!` rungut Sarah dalam diam.
Mata Sarah tak lari dari mengekori langkah Hafiz. Kali ini langkah lelaki itu berhenti pada almari pakaian. Tangannya segera membuka pintu almari itu, terserlah pakaian Hafiz yang bergantungan kemas di sebelah pakaiannya. Sekali lagi Sarah mengetap bibir.
So…malam ni abang Hafiz nak tidur kat mana?” Sarah memberanikan diri untuk bertanya.
“ Kat mana lagi…kat bilik inilah…kan mama suruh kita kongsi bilik!” selamba aje Hafiz bersuara sambil menayangkan muka tak berperasaan. Sarah tersentak.
“ Sarah tak benarkan…ini bilik Sarah dan Sarah tak nak kongsi dengan abang Hafiz!” tegas Sarah sedikit keras. Sebenarnya dia terkejut mendengar jawapan Hafiz, macam dia tak kesah aje berkongsi. Aku dah musykil ni! Sarah jadi kalut tiba-tiba.
“ Aku nak keluar…jumpa kawan. Kau mesti berehat supaya badan kau tu bertenaga untuk melayan aku malam ni!” kata Hafiz sambil mengukir senyum membuatkan mata Sarah terbuka luas. Dah gila agaknya! rengus Sarah dalam diam.
“ Apa ?...Siapa yang nak layan dia entah…!” Sarah mencebik, tapi hatinya tetap berdebar-debar. Apa lagi melihat wajah Hafiz yang sudah senyum semacam. Seram dia di buatnya.
“ Kalau kau tak layan aku…kau nak layan siapa?” Hafiz bersuara lagi. Sengaja mahu menambah suhu amarah  pada Sarah. Suka sangat melihat wajah cemberut Sarah. Dah lama dia tak menyakat Sarah. Rasa rindu pulak! he…he… Hafiz cuba menahan gelak.
“ Jangan nak mengarut boleh tak?...” tempelak Sarah geram. Dia mengetap bibir.
“ Apa yang mengarut pulak…dah memang jelas yang kau tu isteri aku dan kau seharusnya terima kenyataan. Tak kanlah nak nafikan pulak!” Hafiz tergelak, dah tak tahan melihat wajah masam Sarah.
Sarah mendengus.
Hafiz mengukir senyum melihat tindak balas Sarah. Wajah Sarah makin masam mencuka. Dia berpeluk tubuh sambil mengatur langkah ke balkoni. Dan bagi Hafiz, dia sedikit pun  tak kesah dengan sikap Sarah itu. Sekurang-kurangnya inilah modal untuk dia berbicara dengan Sarah.
Hafiz membuka butang baju kemejanya satu persatu dan dilemparkan ke atas katil sebelum membuka almari. Dan saat itu juga tubuh Sarah berpaling. Dia benar-benar terkejut melihat tubuh Hafiz yang terdedah itu.
“ Apa yang abang Hafiz buat ni?” soal Sarah sambil menelan liur.
 Aduh! parah. Tapi aneh, matanya tetap tidak beralih dari terus terpaku menatap wajah Hafiz dan tubuhnya yang terdedah itu. Macam ada satu tarikan untuk membuatkan matanya terus terpaku di situ. Nampak seksi, menarik dan menggoda….timbul satu rasa aneh melihat tubuh lelaki yang terdedah itu.  Sarah tahu pasti wajahnya sudah bertukar warna.
“ Aku nak tukar baju…kan aku dah kata yang aku nak keluar. Salah ke?” balas Hafiz dengan dahi berkerut. Dia hanya buat muka selamba. Tak kesah pun yang tubuhnya menjadi santapan mata Sarah.
“ Kalau nak tukar pun…kenapa kat depan Sarah…tukarlah kat dalam bilik air ke!” kata Sarah dengan perasaan gelabah dan sedaya upaya cuba mengawal perasaan itu agar tidak ketara pada pandangan mata Hafiz. Kalau tak, buat malu dia aje.
Hafiz ketawa. Rasa lucu mendengar kata-kata Sarah, apa lagi bila dia dapati wajah Sarah sudah merah menahan malu melihat tubuhnya yang terdedah. Hafiz mencapai t`shirt yang berlipat dari dalam almari. Dia segera menyarungkan ke tubuhnya.
“ Hmm…aku rasa apa yang aku buat tadi tu tak salah. Dan aku rasa antara kita tak jadi masalah. Oh!…kau tak suka aku tukar baju depan kau  sebab kau takut tergodakan?...”
Sarah makin penarasan.
`Alamak! kat mana aku nak sembunyikan wajah aku ni…malunya!`
“ Tak apalah kalau kau tergoda atau terpikat pun…dah halal. Kalau kau nak tukar baju depan aku pun….dipersilakan…aku bersedia untuk melihatnya!” kata Hafiz sambil tersenyum nakal.
“ Menyampah!” cetus Sarah yang tak dapat menahan rasa hati.
 Sarah mengetap bibir sambil memaling tubuhnya kembali mengadap pemandangan di hadapannya. Entah apa yang tak kena dengan lelaki itu hari ini. Tak habis-habis mahu menyakatnya. Rasa semput nafasnya mendengar kata-kata Hafiz.
“ Malam ni aku terpaksa tidur sebilik dengan kau. Aku balik lewat sikit tapi ingat…jangan kau kunci pintu bilik ni pulak!” kata Hafiz seolah-olah dapat memikirkan apa yang akan dilakukan oleh Sarah malam nanti. Sarah buat tak dengar. Dia berpura-pura melihat pemandangan di hadapannya walaupun dia tak tahu apa sebenarnya yang dipandang.
“ Sayang….abang pergi dulu…malam ni tunggu abang tau!”  tiba-tiba Hafiz berbisik di telinga Sarah membuatkan Sarah segera menoleh. Terkejut mendengar bisikan itu.  Nasib baik pipinya tidak menjadi sasaran bibir Hafiz semasa dia menoleh tadi. Kini dia sudah mengadap wajah Hafiz yang sedang mengukir senyum. Sarah terkesima seketika. Sungguh, saat ini dia rasa cukup terpesona melihat senyuman itu.
Cup! sebuah ciuman hinggap di pipi kanannya benar-benar membuat Sarah terpegun. Dia kaku. Diam tidak berkutik. Hafiz makin melebar senyumnya.
“ Abang pergi dulu…muah…” kata Hafiz sambil melempar flying kiss. Dia terus keluar dari bilik itu sambil tergelak kecil. Seronok dapat mengenakan Sarah. Sedangkan jauh di lubuk hatinya, dia amat gembira melakukannya. Rasa bahagia.
Sarah yang baru tersedar, segera menyentuh pipi kanannya yang di cium oleh Hafiz tadi. Dia sendiri tak dapat jelaskan apa yang sedang di alaminya saat ini. Beberapa saat kemudian, dia mengetap bibir seolah-olah baru tersedar dari mimpi indah. Bagaimana mungkin dia akan tidur sebilik dengan lelaki itu. Tak mungkin! Dia mesti lakukan sesuatu.



2 comments:

  1. Replies
    1. tq baby mio krn menyukainya...harap sy dpt sokongan yg seterusnya dr baby mio dan p`baca yg lain. thanks again.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...