Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 28 May 2013

Di Penghujung Rindu 20





J
EFFRI berjalan di sekitar pusat membeli belah KLCC. Hajat di hati mahu membeli sesuatu untuk di hadiahkan kepada Tuty. Dia masuk ke kedai buku Kinokuniya, liar matanya mencari dan membelek beberapa jenis buku yang akan digunakan sebagai bahan bacaannya nanti. Selalu dia membaca buku sebelum tidur. Itu sudah menjadi rutinnya sejak dari dulu. Sesekali ada juga dia membaca novel Inggeris sebagai mengisi masa terluang atau lebih teman sebagai peneman sebelum melelap mata. Semasa dia membelek majalah yang baru di ambilnya di rak, tangannya tiba-tiba tersiku seseorang yang berada di sebelahnya.
Sorry….saya tak sengaja!” Jeffri  memohon maaf sambil berpaling ke sebelah mengadap wajah lelaki yang terkena sikunya tadi.
It`s ok…bukan salah saudara…saya juga minta maaf!” lelaki yang berada di sisinya turut memohon maaf sambil menghadiahkan senyuman. Di tangannya ada dua buah majalah yang mungkin baru di ambil dari rak.
“ Saya pergi dulu…nak bayar majalah ni!” Jeffri mengangkat majalah yang berada di tangannya dan terus mengatur langkah.
“ Saudara…..”
Langkah Jeffri terhenti kerana dia merasakan panggilan itu untuknya. Dia berpaling dan matanya terus tertumpu pada wajah lelaki tadi.
“ Barang saudara tertinggal!” ujarnya sambil mengangkat plastic di tangannya.
Jeffri menepuk dahi perlahan sambil mengatur langkah menghampiri lelaki itu. Tangannya segera menyambut huluran tangan lelaki itu.
Thank!” ucap Jeffri sambil melempar senyuman.
No problem!” balas lelaki itu.
“ Saya Jeffri!” Jeffri segera menghulur tangan memperkenalkan diri.
“ Hafiz!”
Hafiz merenung seketika wajah Jeffri sepertinya cuba mengingatkan sesuatu sehingga Jeffri rasa tak selesa.
“ Er…ada sesuatu yang mengganggu En. Hafiz?” soal Jeffri dengan dahi berkerut.
“ Wajah saudara ni macam pernah saya nampak tapi saya tak pasti di mana ya!... er…siapa nama saudara tadi?” tanya Hafiz.
“ Jeffri…saya seorang doktor!” Jelas Jeffri.
Hafiz mengangguk perlahan. Dalam diam dia mula membuat rumusan. Tiba-tiba otaknya mula berfungsi. Lama juga dia merenung ke arah Jeffri.
` Oh! inilah lelaki yang bernama Jeffri. Lelaki yang pernah menghantar Sarah pulang pada hari jadi Sarah dan lelaki ini juga pernah menghadiahkan jambangan bunga buat isterinya. Beberapa hari lalu dia sempat melihat mereka berdua di sebuah restoran. Nampak begitu mesra sekali hubungan mereka ` detik Hafiz dengan rasa tak senang.
“ Hmm….ada sesuatu yang mengganggu saudara ke?” tanya Jeffri sekali lagi dengan rasa gusar.
“ Oh….tak ada….maaf, kalau tindakan saya tadi tidak menyenangkan saudara…saya tak ada niat yang buruk!” Hafiz mengukir senyum sedangkan dalam dadanya sudah berdegup hebat. Tiba-tiba hatinya rasa tak enak. Kalau boleh dia ingin tahu sejauh manakah hubungan yang terjalin antara Sarah dan Jeffri.
“ Apa kata saya belanja saudara….sebagai tanda perkenalan!” Hafiz membuat usul, sedangkan otaknya ligat merencanakan sesuatu. Ingin menyelidik sejauh mana hubungan lelaki itu dengan Sarah.
Jeffri tersentak seketika. Agak terkejut dengan pelawaan itu. Yalah…mereka baru aje bertegur sapa beberapa minit tapi dia sudah dipelawa untuk minum. Ah! mungkin lelaki ini berniat baik. Tengok muka pun nampak macam lelaki yang baik. Jeffri merenung seketika wajah Hafiz sebelum bersetuju dengan pelawaan itu.
“ Ok…kita pergi buat bayaran dulu….and then kita pergi minum.” kata Hafiz mengatur langkah lebih dahulu ke kaunter bayaran dan diikuti oleh Jeffri di belakang.
So, saudara kerja kat mana?” tanya Jeffri selepas menyedut minuman yang di pesannya.
“ Saya kerja di SR Holdings, kerja biasa aje…” kata Hafiz.
“ Biasa?...tapi nampak gaya awak ni ada kerjaya yang hebat!” sebenarnya Jeffri kurang yakin dengan kata-kata itu.
Hafiz ketawa.
ActuallyI`m  senior engineer kat situ. Dah dekat 7 tahun saya kerja di situ,” beritahu Hafiz.
Jeffri mengangguk.
“ Hmm…seronok kerja di situ?” tanya Jeffri.
Well….biasalah…nama pun kerjakan…macam kerjaya sebagai doctor jugakan…ada ketikanya kita seronok dan ada ketikanya kita tertekan…” jawapan Hafiz membuatkan Jeffri tergelak kecil. Dia turut mengakui kenyataan itu kerana kadang-kala dia juga mengalami situasi seperti itu.
“ Bercakap pasal SR Holdings… saya ada seorang kawan yang kerja di situ tapi dia tak pernah cakap pun apa jawatannya kat situ!” kata Jeffri.  Terbayang wajah Sarah. Memang Sarah tak pernah menceritakan apa jawatannya di situ walaupun dia pernah bertanya. Katanya dia hanya pekerja biasa.
“ Ya!...siapa ?” Hafiz pura-pura terkejut sedangkan dia sudah dapat menjangka siapakah kawan yang dimaksudkan oleh Jeffri itu.
“ Er…Namanya Sarah…Nurmaisarah Abdullah…katanya syarikat tu milik mertuanya!” beritahu Jeffri tanpa mengesyaki apa-apa.
“ Oh!” hanya itu yang keluar dari mulut Hafiz.
“ Suaminya juga kerja di situ!’ tambah Jeffri lagi.
“ Awak kenal siapa suaminya?” Hafiz mula menyelidik.
“ Tak….kami tak pernah jumpa dan Sarah pun jarang bercerita!”
So….korang selalu jumpake?” soal Hafiz dengan rasa debar di dada.
“ Kami hanya jumpa di rumah anak yatim Seri Intan…saya menjadi doctor sukarela di situ. Sarah tu pernah di besarkan di situ sebelum di ambil menjadi anak angkat oleh Datuk Syafiq Rahman. Kekadang aje kami jumpa kat luar. Sarah juga yang memperkenalkan kawannya kepada saya dan sekarang Tuty sudah menjadi kekasih saya…” Jeffri tersenyum.
Hafiz diam. Otaknya cuba memproses maklumat yang baru di terimanya. Ternyata selama ini dia sudah tersalah angggap tentang hubungan Sarah dan Jeffri. Akhirnya dia mampu mengeluh lega.
“ Kenapa? cerita saya ni membosankanke?”  berkerut dahi Jeffri merenung wajah Hafiz. Tadi dia juga yang bertanya.
“ Jeffri!”
Jeffri menatap wajah Hafiz yang nampak keresahan.
“ Maaf kalau ada kata-kata saya yang mengguriskan hati saudara…entah kenapa mulut saya ni lancang berbicarakan!” Jeffri mengusap kepalanya sambil mengukir senyum.
It`s ok…sepatutnya saya yang minta maaf kerana selama ini saya telah tersalah sangka tentang hubungan saudara dengan Sarah… saya sangkakan kalian berdua ada hubungan istimewa!”
Mulut Jeffri ternganga. Sesungguhnya dia mula rasa gelisah mendengar kata-kata Hafiz itu.
“ Saya…saya tak faham maksud saudara Hafiz ni!” sungguh, dia perlukan penjelasan dari lelaki itu.
“ Sebenarnya….Sarah tu isteri saya!” akhirnya Hafiz menjelaskan hubungannya dengan Sarah.
Ops…oh my God….” Jeffri menekup mulutnya. Benar-benar tak sangka. Patutlah wajah lelaki itu berubah semasa dia bercerita pasal Sarah.
“ En. Hafiz…percayalah….antara saya dan Sarah hanya sebagai kawan….saya dah anggap dia seperti adik saya sendiri…lagi pun saya dah nyatakan tadi yang cinta saya hanya pada Tuty Suhana!” Jeffri menjelaskan, Tidak mahu Hafiz tersalah anggap.
Hafiz mengeluh perlahan. Dia menyandarkan badan di kerusi seketika dan membiarkan Jeffri memandangnya.  Pasti Jeffri sedang membuat rumusan tentang dirinya.
“ Sebenarnya hubungan kami tak berapa stabil…mungkin Sarah ada menceritakannya pada saudara!” kata Hafiz selepas mendiamkan diri beberapa ketika.
“ Sarah jarang menceritakannya tapi saya tahu dia ada masalah  rumahtangga…biasalah…hidup berumahtangga…ada pasang surutnya…tapi saya tahu Sarah seorang gadis yang baik.  Sayang kalau hubungan itu terputus di tengah jalan!”
Jeffri memandang wajah Hafiz. Lelaki itu sepertinya sedang memikirkan sesuatu. Mungkin mengenangkan hubungannya dengan Sarah.
“ Saya mohon…tolong sayangi dan cintai Sarah kerana dia berhak mendapat layanan yang istimewa dari lelaki yang bergelar suami. Kalau boleh saya mahu adik saya tu hidup bahagia kerana dia tak punya sesiapa kecuali kita…hargailah dia!” nasihat Jeffri sebelum meminta diri untuk beredar.
Hafiz mula mengukir senyum hambar. Malu rasanya bila diberi nasihat begitu. Nampak sangat yang dia tidak menghiraukan soal rumahtangganya sehingga dapat di hidu oleh orang lain. Dan yang memberinya nasihat pula belum lagi menikmati alam rumahtangga. Pelikkan!
Hafiz hanya memandang kaku tubuh Jeffri yang semakin jauh. Mungkin ada benarnya kata-kata yang di tuturkan oleh Jeffri. Sarah tiada sesiapa kecuali dia dan keluarganya. Tapi mampukah dia membahagiakan Sarah?



HAFIZ  begitu leka melihat Rizuan melayan kerenah  Ulya, anaknya yang berusia 3 tahun itu. Nampaknya dia boleh dikategorikan sebagai bapa penyayang. Anak?...dia juga mengimpikan untuk menjadi seorang ayah. Mampukah dia memikul tanggungjawab seperti itu suatu hari nanti kalau di takdirkan dia mempunyai anak.
“ Hai Fiz….jauh termenung! dah sampai mana?....atau kau teringatkan Sarah!” usik Rizuan sambil melemparkan senyum. Sedari tadi dia sudah perhatikan bahawa lelaki itu asyik termenung.
“ Tak adalah…!” balas Hafiz selamba sambil membetulkan duduknya.
“ Minumlah air tu…dah hampir sejuk pun!” pelawa Rizuan bila melihat air teh yang di buat oleh isterinya masih belum terusik.
Hafiz merenung seketika cawan yang berisi air teh itu. Sejak Sarah bergelar isteri kepada Hafiz, jarang isterinya menyediakan air minuman untuknya kalau bukan kerana terpaksa dan dia pun tak kesah. Mungkin Sarah  takut untuk menyediakan air  untuknya kerana  pernah beberapa ketika dulu  dia sengaja menuangkan air  yang di buat oleh Sarah ke dalam sink dengan alasan dia jijik untuk meminum air dari tangan anak luar nikah.
“ Riz…kau bahagiake?” tiba-tiba soalan itu muncul di bibir Hafiz membuatkan Rizuan sedikit tercengang.
“ Apa yang kau cuba nak sampaikan ni?” soal Rizuan tanpa menjawab soalan Hafiz.
“ Maksud aku…rumahtangga kau!” Hafiz mengusap wajahnya seketika dengan tangan.
Rizuan berkerut dahi. Hairan dengan sikap Hafiz. Apa sebenarnya yang sedang berlaku pada sahabatnya ini. Sesekali Rizuan menepuk perlahan tubuh anaknya yang sudah pun terlelap di atas ribaannya. Serentak itu juga mata Hafiz merenung ke arah anak Rizuan yang asyik terlena.
“ Abang!”
Diana, isteri Rizuan muncul dari ruang dapur. Dia melemparkan senyum ke arah Hafiz. Sejak kebelakangan ini jarang lelaki itu berkunjung ke rumahnya. Yang dia tahu Hafiz dan suaminya selalu berjumpa di luar. Biasalah lelaki, lebih selesa berjumpa di luar, mungkin mereka rasa lebih bebas. Harap-harap mereka tidak berpeleseran atau buat perkara yang tidak baik. Dan dia juga harap suaminya tidak terpengaruh dengan perangai Hafiz yang selalu bertukar teman. Pernah juga dia menasihatkan suaminya supaya tidak kerap keluar bertemu dengan Hafiz kerana bimbang suaminya akan terikut dengan sikap Hafiz tetapi  Rizuan telah menegaskan yang dia hanya keluar bersama Hafiz, sekadar untuk berbual dan dia tak akan sesekali menduakan isterinya kerana cintanya pada Diana terlalu utuh.
“ Dah tidur pun anak mama….bang, Ana bawa Ulya ni naik atas….Fiz, nanti sampaikan salam Ana pada Sarah ya… dah lama juga Ana tak jumpa dengan dia!” kata Diana sambil menepuk-nepuk perlahan tubuh Ulya dalam rangkulannya. Nampaknya dia kurang selesa dengan keadaan dirinya yang sedang berbadan dua itu.
“ InsyaAllah…!” jawab Hafiz sambil menghadiahkan senyuman.
“ Ana naik atas dulu!” Diana terus berlalu.
“ Fiz, kau ada masalah dengan Sarahke?” soal Rizuan selepas beberapa minit mereka diam membisu.
“ Entahlah….aku pun tak tahu sampai bila hubungan aku dengan dia terus hambar…. aku pun mempunyai impian untuk hidup bahagia macam kau tapi….” Hafiz mengeluh dan membiarkan kata-katanya terus tergantung begitu.
“ Kebahagiaan boleh kita dapat kalau kita inginkan…. aku rasa kau yang patut mulakan hubungan kerana  aku tahu kau yang telah menyebabkan hubungan kau dan Sarah menjadi dingin sejak bertahun-tahun. Dalam hal ini,  Sarah tak salah…. tapi kau. Kau tu terlalu ego. Apa salahnya kalau sesekali kau mengalah, bukannya rugi. Lagi pun hubungan korang dah sah… mungkin Sarah mengharapkan kau yang memulakannya dulu!” nasihat Rizuan sambil menepuk perlahan bahu Hafz.
“ Kau rasa hubungan antara aku dan Sarah boleh di teruskanke?” Hafiz mula ragu-ragu.
Rizuan terdiam.
“ Kalau kau tak cuba, sampai bila pun kau tak akan tahu. Kau pun cakap  yang orangtua kau memang mengharapkan hubungan kau dengan Sarah akan terus bertahan dan yang paling utama, perkahwinan korang adalah atas permintaan orangtua kau. Ikatan dan hubungan perkahwinan akan lebih berkat dengan adanya restu dari orangtua….”
“ Fiz!” Rizuan bersuara.
Hafiz memandang wajah Rizuan. Nampaknya wajah temannya itu cukup serius. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya saat ini.
“ Kenapa?.... tiba-tiba wajah kau jadi serius begini!” Hafiz tersenyum.
“ Aku cuma nak tahu….!” Rizuan menelan liur. Sukarnya untuk dia terus bertanya akan hal ini.
“ Kau nak tahu pasal apa ini?...cakaplah…kau ni buat aku suspend aje!” Hafiz tiba-tiba tergelak. Lucu pula melihat wajah temannya itu. Resah dan serba salah. Entah apalah yang difikirkannya itu.
“ Er… aku cuma nak tahu perasaan kau pada Sarah selama ini!” sekali lagi Rizuan meluahkan apa yang dia nampak berlaku pada temannya itu. Selama ini hanya rasa benci sahaja yang sering dituturkan oleh Hafiz bila dia bertanya pasal hubungannya dengan Sarah. Katanya kehadiran Sarah telah menggugat kasih sayang orangtuanya. Orangtuanya lebih menyayangi Sarah berbanding dirinya. Tengok sahaja jawatan penting di syarikat, diserahkan pada Sarah sedangkan dia yang lebih layak kerana dia adalah lelaki dan juga anak kandung Datuk Syafiq Rahman dan Datin Ruzaini.
Hafiz diam, kaku. Serba salah nak menjawab pertanyaan itu.
“ Kau sayangkan dia?... atau lebih tepat lagi kau dah mula cinta dia? sebelum ni pun aku pernah menyuarakan kata-kata ini kan? ” pertanyaan Rizuan amat meresahkan Hafiz.  Dia tunduk menelan liur.
“ Tak salah kalau kau sayang dan cinta dia kerana dia berhak disayangi dan dicintai kau. Sarah seorang gadis yang baik, bukan salah dia kerana dilahirkan dalam ikatan yang tidak sah. Cuma satu yang  aku nak ingatkan kau…aku tak nak kau menyesal di kemudian hari kalau kau masih teragak-agak nak buat tindakan dan keputusan…”
“ Maksud kau?”
“ Dia mungkin tak  akan ada di sisi kau di saat kau amat memerlukan dia atau lebih tepat lagi ketika kau ingin menyatakan rasa cinta kau terhadapnya ..... waktu itu tiada siapa yang dapat membantu kau!” kata Rizuan.
Hafiz mengetap bibir memikirkan kata-kata Rizuan. Dalam diam dia mengakui kata-kata itu ada benarnya. Apa yang dinyatakan oleh Rizuan mengingatkan dia pada kata-kata yang pernah diutarakan oleh Jeffri. Tak salah kalau dia yang mencuba untuk memulakan hubungan kerana dia mengakui yang dia mula menyayangi Sarah. Kalau nak difikirkan  rasanya Sarah adalah calon yang terbaik untuk dirinya. Dia perlu memulakan langkah. Akhirnya bibir nipis Hafiz mula terukir senyuman.

3 comments:

  1. hmm.... sempat ker tidak ni si hafiz tu nak baikpulih perhubungan ni?

    ReplyDelete
  2. endbie : (Y)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...