Bab
4
J
|
EMY
mendengus kasar, sengaja mahu mengalih perhatian teman di hadapannya ini. Apa
tidaknya, sejak dari tadi asyik tersengih sambil melayan telefon. Begitu
khusyuk berbalas SMS. Entah siapa yang
begitu tega melayan temannya ini. Selama ini tak pernah pun dia lihat teman
baiknya ini berSMS sampai lupa hidangan yang ada di atas meja. Tunggu punya
tunggu sampaikan nasi dan lauk menjadi
sejuk.
“ Sudah-sudahlah tu melayan SMS…aku kat depan mata
kau ni dah kebulur. Kalau aku makan, satu kerja pulak aku kena temankan kau nanti….!” Rungut Jemy. Ingin saja di
rampas telefon yang ada di tangan temannya itu.
“ Yalah….kecohlah kau ni!” balas Diya dan segera
memasukkan telefonnya ke dalam beg tangan. Dia menggosok-gosok tangan melihat
nasi ayam yang sudah terhidang di hadapan mereka. Nampak begitu menyelerakan.
Jemy mendahului Diya menikmati hidangan kerana sejak dari tadi perutnya sudah
berlagu rancak..
“ Jangan lupa, baca bismillah!” kata Jemy sebaik
sahaja Diya menganga mulutnya.
“ Ops…Bismillahirrahmanirrahiim” kemudian di tambah
pula dengan baca doa makan. Jemy sudah menjeling tajam. Nasib baik tak juling.
Sajalah tu kenakan aku balik! Rungut Jemy dalam hati bila menyedari yang dia
tak sempat membaca doa makan tadi. Terus menyuap nasi ke dalam mulut sebaik
sahaja selesai membaca Bismillah.
“ Apa kena dengan kau ni semenjak dua menjak. Dah
angau dengan En. Safwan ke?” tegur Jemy.
“ Eh! Mana ada…aku dah bagi keputusan kat dia. Aku
dah tolak cinta dia tu!” balas Diya.
“ Habis…yang kau beria berbalas SMS tu dengan siapa? Pakwe baru kau ya!” Jemy
mengorek rahsia. Mana boleh dia terlepas.
“ Adalah….tak penting untuk kau tahu!” Diya buat tak
endah. Saja, ingin menduga perasaan Jemy.
“ Amboi,
berlagaknya…..Kau ni kawan aku ke tidak?” marah Jemy. Geram kerana merasakan
Diya sudah tidak mahu berkongsi dengannya sedangkan selama ini apa sahaja
berita, dia menjadi orang pertama yang tahu.
“ Dah merajuklah tu…cengenglah kau ni!” kata Diya
tergelak kecil.
Jemy menarik muka masam.
“ Habis….kau macam lupakan aku je…sedihlah aku!” Jemy pura-pura jauh hati.
“ Aku dah lama kenal kau…tak payah nak berlakon
mengalahkan arwah Neng Yatimah pulak!...lepas makan ni aku cerita kat
kau…puas hati!” wajah Jemy kembali ceria.
Diya mengeleng kepala. Kenal sangat dengan perangai
si Jemy. Pasti di koreknya rahsia selagi tidak di ketahui. Boleh jadi rakan
kongsi Detective Conan si Jemy ni!
Selepas makan mereka berehat seketika sebelum
kembali memulakan tugas. Sebelum itu sempat juga Diya dan Jemy solat zohor di
surau pekerja.
“ Ok….sekarang line
clear….cuba kau story kat aku…apa
berita terbaru yang aku tak tak tahu!” gesa Jemy tak sabar untuk mengetahui
perkembangan terbaru Diya.
“ Macam ni….minggu lepas abang Amin aku ada bawa
balik kawan dia untuk dikenalkan dengan aku!”
Diya memulakan intronya.
“ Wait….minggu
lepas. Bermakna dah seminggu kau sorokkan hal ni dari aku….sampai hati kau
lupakan kawan baik kau ni ya!” kata Jemy
dengan wajah terkilannya. `Sudah, si Jemy ni dah buat drama balik`. Diya menggaru
kepala yang tidak gatal.
“ Kalau ya pun…takkanlah semua perkara aku nak bagi
tahu kau….aku pun perlukan privacy
juga. Sesetengah perkara tak perlulah orang lain tahu….lagi pun setiap orang
pasti punya rahsiakan!” kata Diya.
“ Tapi…aku tak pernah pun rahsiakan apa-apa pun dari
kau…..semuanya aku cerita kat kau….pasal kucing aku ceret beret pun aku cerita
kat kau!” sangkal Jemy dengan muka poyonya itu.
“ Kau memang…mulut tempayan merangkap CNN tak
bertauliah!” kata Diya selamba.
Jemy mencebik.
“ Aku hanya nak kongsi dengan kau….kisah suka duka
aku….kau kan sahabat terbaik aku….dunia dan akhirat!” Jemy segera memeluk erat
tubuh Diya.
“ Yalah…aku tahu tapi apa yang aku nak ceritakan
nanti…janganlah kau canang kat semua orang kat hotel ni, teruk kau aku
pelangkung nanti. Aku tak nak En. Safwan dan Cik Zanita tahu pasal hal
ni….kalau mereka tahu, kau orang pertama yang aku suspect!” kata Diya.
“ Yes, bos!”
Jemy mengangkat tangan, tabik berjanji.
Dan akhirnya Diya menceritakan bagaimana dia
berkenalan dengan Aniq dan tidak di lupakan juga tentang lamaran lelaki itu.
“ Handsome tak
si Aniq tu?” tanya Jemy dengan rasa teruja.
Ramai lelaki yang cuba mendampingi Diya sebagai
kawan, dan tak kurang berharap akan
terpilih sebagai kekasih. Setakat ini tak satu orang pun yang bejaya menawan
hati Diya. Jemy pun tak faham dengan perangai si Diya ni, nak kata memilih
sangat pun tak boleh juga sebab dia layan dengan baik aje Si Mail yang tiga
suku tu bila mereka berjumpa di kampung. Si Samat yang tempang pun dia layan
macam kawan baik juga. Dan senang cerita, dia kawan dengan semua oranglah. Tak kira
yang sihat pemikiran atau pun tidak. Yang kacak atau pun yang jelek. Mungkin perangainya itu di warisi dari Pakcik
Jamaluddin yang terkenal dengan ramah dan baik hati. Tapi siapalah agaknya yang
menjadi pilihan si Diya ni ya!
“ Erm…..handsome
sangat, mix blood. Dia tu kaya
dan berkerjaya. Kalau nak di bandingkan dengan si Leman kau tu memang jauh
bezanya, bak kata orang macam langit
dengan bumi!” kata Diya.
“ Kau ni….nak bagi statement pun agak-agaklah sikit…..janganlah melampau-lampau.
Sampai bagi perumpamaan langit dengan
bumi!....si Leman aku tu punyalah handsome,
kalah Brad Pitt tau!” balas Jemy. Marah betul bila Diya mengutuk teman
lelakinya. Yalah…siapa tak sayang pakwe. Mereka bercinta sejak di tahun pertama
di university lagi, kekal sampai sekarang. Sulaiman sekarang sudah mendapat
kerja di sebuah syarikat hartanah di Kuala Lumpur dan sekarang ni tengah
mengumpul duit untuk meminang si Jemy ni. Itulah, bukan main seronok si Jemy
ni. Dah tak sabar –sabar nak kawin si
minah ni.
“ Bila kau nak kenalkan dia dengan aku…tak sabarnya
aku nak tengok pakwe kau yang kau kata
handsome sangat tu…agak-agaknya dia dah penuhi ciri-ciri Mr. Perfect kau tu tak?” Jemy makin
teruja. Sungguh dia tak sabar untuk berkenalan dengan lelaki itu.
“ Nantilah aku kenalkan dengan kau…tapi, aku dan dia
tu cuma kawan aje. Aku rasa dia tu bukan Mr.
Perfect akulah…” kata Diya.
“
Habis….sampai bila kau nak tunggu Mr.
Perfect kau tu muncul?...kau ingat semua orang atas dunia ni
sempurnake?...kau ni….hisy….tak faham aku, memilih sangat!” cetus Jemy dengan
rasa terkilan.
Diya mengeluh perlahan.
“ Aku bukan memilihlah , Jemy. Aku akui tak semua
manusia di bumi ni perfect ….aku pun
bukannya manusia yang sempurna. Aku mahu lihat lelaki itu perfect dari pandangan mata dan hati aku. Tak semestinya sama
dengan pandangan mata dan hati kau atau
pun orang lain. Aku cuma mengharapkan lelaki yang aku jumpa tu memberi impact yang besar buat aku. Pertama kali
aku jumpa dia…hati aku terus terpaut dan berdetak. Berdegup hebat….tak semesti
dia tu kacak, kaya dan bergaya tapi dia mampu buat hati aku berdebar-debar walaupun dengan hanya pertemuan pertama…! Tapi, kalau
dia tu kacak, kaya…itu kira bonuslah kan!” sebenarnya itulah ciri-ciri lelaki
yang di cari oleh Diya. Selama ini tak ada seorang lelaki pun yang mampu
membuatkan hatinya berdetak hebat. Aniq juga tak mampu walaupun dia akui lelaki
itu seorang yang hebat dan kacak.
“ Hmm…nampaknya lelaki tu tak berpeluanglah nak
hidup bersama kau!” Jemy mengeluh.
“ Aku tak kata macam tu…aku cuba beri peluang untuk
dia dan aku mengenali diri masing-masing. Mana tahu…satu hari nanti perasaan
aku terhadap dia akan berubah. Aku mula lihat dia sebagai Mr. Perfect aku. Hati aku akan berdebar bila memandangnya!...who knows!” kata Diya melahirkan rasa
hati.
“ Aku faham. Aku doakan kau akan dapat lelaki yang terbaik.
Yang mampu buat hidup kau bahagia hingga ke akhir hayat. Lagi pun kau ni kan
kawan baik aku!” Jemy memeluk erat bahu
Diya.
“ Aku pun harapkan yang sama untuk kau!” itu juga
harapan Diya untuk temannya itu.
Pintu surau di kuak tiba-tiba membuatkan mereka
berdua tergamam. Jemy mengurut dada bila yang muncul adalah kak Saliah.
“ Ada apa kak Yah?...kalut aje nampak!” tegur Jemy
hairan melihat wanita berusia 40 an itu termengah-mengah muncul di hadapan
mereka.
Kak Saliah segera menghampiri mereka berdua tapi
tumpuannya lebih pada Diya.
“ Cik Zanita cari Diya dan Jemy…bising-bising, naik
bingit telinga kak Yah dengar perempuan tu membebel!” beritahu kak Saliah.
“ Ada apa?” tanya Diya kehairanan.
“ Entah…biasalah perempuan tu, mungkin En. Safwan
tak layan dia kot. Itu yang angin satu badan. Dan kebetulan, En. Safwan pun
tercari-cari Diya masa kak Yah nak
datang sini!” balas kak Saliah.
“ Perempuan tu kalau tak menyusahkan hidup kau tak
bolehke?” rungut Jemy sambil memandang wajah Diya yang agak terkedu. Ligat
otaknya berfikir, apakah tujuan Zanita dan Safwan mencarinya.
“ Hmm….tak sangka glamour juga aku ni ya!” Diya
menayang sengih.
“ Orang
cantik macam Diya ni…pastilah glamour. Jadi rebutan dan renungan lelaki….itu
sebabnya cik Zanita tu bengang. Saham dia dah turun merudum sejak Diya datang
kerja kat sini!” kak Saliah tergelak kecil.
“ Apalah kak Yah ni….tak baik tau cakap macam
tu…kalau cik Zanita dengar…naya Diya !” kata Diya. Tak senang mendengar
kata-kata kak Saliah walaupun dia turut mengakuinya.
“ Dah betul…takkanlah nak cakap bohong atau
buat-buat cerita pulak!” selamba kak
Saliah membalas.
“ Sudahlah…jom kita keluar….nanti ada sesiapa lagi
yang cari kita kat sini!” Diya mendahului Jemy dan kak Saliah keluar dari surau
untuk pekerja hotel itu.
Kak Saliah segera mengatur langkah ke bahagiannya.
Dan Diya bersama Jemy terus melangkah ke bahagian mereka. Pasti ada tugasan
baru dari cik Zanita untuk Diya.
“ Hai Diya….melaram sakan nampak….awak ingat hotel
ni mak bapak awak punyake sampaikan sesuka hati awak aje nak ke mana-mana!”
tegur cik Zanita sebaik sahaja Diya dan Jemy masuk ke bahagian mereka. Ada 10
orang pekerja lain berada di ruangan itu. Semuanya berpura-pura tak ambil
pusing kata-kata Zanita. Mereka sudah masak benar dengan perangai perempuan tu.
Kalau tak mengutuk dan mengenakan orang, tak senang hidupnya seharian. Dan yang
pasti, Diya menjadi mangsa utamanya.
Sebabnya…..sedia maklumlah. Kes cemburu!
“ Maaf, cik Zanita. Saya ke surau tadi…solat. Lagi
pun, sebagai orang Islam, itukan tugas utama kita….wajib hukumnya! Er…cik
Zanita dah solatke belum?” Diya membela diri.
Mereka yang lain sudah menahan senyum. Gembira
mendengar jawapan selamba dari Diya. Cukup berkesan untuk perempuan seperti
Zanita. Apa tidaknya, tengok saja penampilannya, mengancam habis…dah tu, dia
punya make up, mak aih…mengalahkan artis
nak buat persembahan. Rambut di warna coklat dan pakai pula perwarna kuku. Sahkah
wuduknya kalau macam tu? Hish….ramai betul manusia yang buta hukum agama!
“ Awak ni kan….” Zanita mendengus geram. Kalau boleh
ingin di panjangkan bebelannya melepaskan rasa malunya tapi bunyi telefon bimbitnya
mematikan niatnya.
Dia bergerak agak jauh sedikit. Mereka yang lain
sudah bermain mata. Lagi seronok kalau sesi taklimat ini di pendekkan. Tak
adalah telinga mereka penat mendengar.
“ Ok….dengar ni…..saya nak buat sedikit rombakan
sebab saya rasa tak adil untuk sesetengah orang. Yalah….dia rasa dirinya tak
ada kerja sampaikan boleh melepak tak kira masa. Di sini saya bagi setiap orang
tugasan baru dan ada juga yang masih dengan tugasan yang sama!” kertas yang
berada di tangannya di agih-agihkan.
Bulat mata Diya memandang senarai tugas yang berada
di tangannya. Kerja makin bertambah. Dia bukan hanya di tugaskan untuk mengemas
bilik tapi juga turut bertugas di bahagian dobi. Dia ingat kerja kemas bilik ni
tak penatke? Bukan hanya kemas bilik
tapi kena bersih tandas, siap kena vacuum lagi. Dahlah tu bukan hanya
kemas satu bilik aje…melampau perempuan ni. Diya mengeluh perlahan. Tapi Diya
tetap cuba menahan sabar. Dia tahu kalau dia complain atau melawan, pasti teruk
dia dikenakan lagi oleh perempuan itu. Biarlah, dia pun akan kerja di sini
hingga akhir bulan ni. Biar perempuan itu terkejut bila dia hantar notis
berhenti serta merta. Kalau di kira dan congak, hanya tinggal 2 minggu saja
lagi. Bertahan Diya….bertahan!
“ Ada sesiapa yang nak buat bantahan?” soal Zanita
ambil matanya memandang wajah Diya. Semua diam. Akhirnya, Zanita menguntum
senyum.
“ Ok…sekarang semua bersurai dan teruskan kerja
masing-masing!” kata Zanita sebelum berlalu pergi.
“ Kau tak nak mengadu dengan En. Safwan ke pasal hal
ni?” Jemy bersuara.
“ Ah! Malaslah….aku nak pergi kerja, nanti meroyan pulak perempuan tu kalau dia tengok
kita masih ada kat sini” kata Diya dan terus melangkah keluar dari ruang itu.
Jemy mula menayang sengih.
Dalam perjalanan untuk membersihkan bilik yang ditugaskan,
Diya ternampak Safwan. Belum pun sempat dia menyembunyikan diri, lelaki itu
terlebih dahulu memanggil namanya. Dengan rasa sebal, Diya melangkah perlahan
ke arah lelaki itu.
“ Ya, En. Safwan…ada apa ya?” dengan penuh sopan
Diya bertanya.
Safwan segera mengukir senyum. Terubat rasa rindunya
terhadap gadis itu. Ralit matanya merenung wajah Diya yang sudah berada di
depan matanya.
“ En. Safwan!” kata Diya sambil mengawang-ngawangkan
tangannya di muka lelaki itu. `Apa kena dengan lelaki ni?...tersampukke?`
“ Ops. Sorry!”
Safwan termalu sendiri. Segera bibirnya mengukir senyum sambil tangan kanannya
mengusap perlahan rambutnya yang sedia kemas.
“ Ada apa En. Safwan panggil saya?....kalau tak ada
apa-apa….saya nak teruskan kerja saya!” kata Diya.
“ Boleh saya ambil masa awak sekejap?” mohon Safwan.
Diya mengetap bibir. Dalam hatinya sudah merungut.
`Apa lagi yang diingini lelaki ini?...kalau cik Zanita tengok aku berborak
dengan dia ni…masak aku!`
“ Erm….pentingke?” soal Diya dengan rasa tak selesa.
“ Ya…penting bagi saya!” wajah Safwan sedikit
serius.
“ Ok….apa dia?” Diya pura-oura bersikap serius.
“ Awak tahukan yang saya dah lama sukakan
awak….sejak hari pertama awak masuk kerja kat sini!” Safwan memulakan intro.
Diya mula rasa gelisah. Liar matanya melilau sekitar
kawasan itu, nasib baik tak ada orang yang mendengar. Hanya mereka berdua tapi
Diya tetap rasa khuatir, bimbang kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku.
“ En. Safwan, saya minta maaf kalau saya terpaksa
menolak perasaan En, Safwan tu….saya rasa, saya tak layak untuk En. Safwan.
Saya ni hanya pencuci bilik hotel sedangkan En, Safwan…”
“ Ini
perasaan saya, Diya. Tak ada kaitan dengan soal jawatan!” tegas Safwan.
“ Saya tahu tapi saya minta maaf…saya tetap tak
boleh terima!” tegas Diya dengan rasa bersalah.
“ Kenapa?....kerana Zanita….atau awak dah ada orang
lain?” gesa Safwan dengan rasa terkilan. Sungguh, dia terkilan dengan penolakan
itu tapi dia juga berhak untuk tahu apa sebabnya perasaan dia di tolak.
“ Tak….sebenarnya, saya tak bersedia untuk ada
sebarang komitmen…saya harap En. Safwan faham,” kata Diya.
Safwan mengeluh. Jelas terbayang rasa kecewa dan
terkilan di wajahnya. Dalam hati, dia bernekad untuk berusaha memenangi hati
gadis ini, tapi bagaimana caranya? Sejak dia putus cinta dua tahun lalu, hatinya
mula tawar untuk bercinta dalam masa yang terdekat tapi perancangan Allah,
tiada siapa yang tahu. Kini hatinya mula rasa bahagia sejak menatap dan
bersemuka dengan Diya. Selalu saja wajah gadis manis ini terbayang dan memenuhi
ruang matanya setiap kali dia bersendirian. Walaupun sudah terang dan nyata
bahawa Zanita menyukainya tapi pintu hatinya tidak pernah terbuka untuk gadis
itu. Bukan dia tak tahu bahawa Zanita akan memusuhi siapa saja gadis cantik
yang berada di situ kerana menganggap mereka itu cabaran untuknya mendapatkan
Safwan. Dia tak ada hak untuk melarang Zanita menyukainya tapi soal hati dan
perasaan, tak boleh di paksa. Tapi…antara dia dan Diya….macam mana ya!...adakah
kini dia sedang memaksa Diya untuk menerimanya?....sudah terangan Diya menolak
cintanya tapi kenapa hatinya tetap berdegil mahukan Diya juga. Ah! Hati…macam
mana caranya untuk mengawal perasaan ini yang beraja di hati?
“ Diya….” Bibir Safwan menyebut nama Diya.
“ Saya sedang bertugas sekarang….saya tak nak
apa-apa masalah timbul nanti. Sekali lagi saya minta maaf, saya pergi dulu!”
sebelum sempat mendengar sebarang kata yang keluar dari mulut Safwan, Diya
segera berlalu.
Safwan hanya dia terpaku di situ. Matanya terus
memandang setiap langkah Diya yang semakin jauh.
“ DIYA,
ada orang nak jumpa kau di kaunter….” Suara Salmi yang bertugas di kaunter
menerjah masuk ke telinga Diya sebaik sahaja dia menjawab telefon bimbitnya.
“ Siapa?” tanya Diya dengan penuh debaran. Dalam
hatinya sudah berdebar hebat. Adakah Safwan masih mahu menagih kasih setelah
dia berlalu meninggal pergi lelaki itu tanpa sempat mendengar sebarang ucapan lagi.
“ Lelaki” jelas Salmi.
“ Lelaki?....siapa?...kau ni Sal…sengaja buat aku
semput tau!” kata Diya, terdengar gelak Salmi di hujung talian. Pasti gadis itu
seronok dapat membuat hatinya resah begini.
“ Dia tak nak bagitahu…katanya nak buat surprise untuk kau…tapi yang
pasti….lelaki ni kacak sangat. Boyfriend
kau ya?” suara Salmi kedengaran berbisik. Mungkin takut tetamu itu mendengar perbualan
mereka.
“ Aku ni masih single
lagi…kau ni…” rungut Diya geram.
“ Kalau dia bukan boyfriend kau…kau boleh pass
dia kat aku….aku suka lelaki ni tau….suka sangat!” kata Salmi kembali dengan
nada berbisik.
“ Kau ni….dah miang ya…nanti aku tolong garukan!”
balas Diya .
“ Alah Diya….kau datang aje sini….kesian dia….asyik
tilik jam aje….nak tilik muka kau….bukannya kau ada kat depan dia, muka aku ni
dia pandang sipi-sipi aje….!” Kata Salmi.
“ Padan dengan muka kau….gatal sangat nak menyengih
tak bertempat…..” tembak Diya.
“ Kau ni Diya….nak kutuk aku pun….agak-agaklah…dah
kerja aku. Kalau muka masam…nanti pelanggan lari….aku juga yang kena bambu
dengan pihak hotel, lagi pun senyum itukan satu sedekah….tak kena keluar duit
satu sen pun….lainlah kau…kedekut nak buat pahala….tapi En. Safwan tu tetap
sukakan kau !”
“ Ah! Sudah…kau bagi tahu kat tetamu aku tu…aku
datang kejap lagi….5 minit. Aku nak siapkan kerja aku dulu…… thanks, Sal.” Diya segera memutuskan
talian.
Dalam diam, Diya membuat telahan. Siapakah lelaki
yang mahu menemuinya. Ah! Tak sabar pula
nak tahu. Diya mengeleng kepala. Rasa bersalah dan kasihan pula kerana
membuat lelaki itu tertunggu-tunggu. Siapkan kerja cepat….nanti kena marah.
Diya menyambung kerja yang tergendala.
BEST NAK LG.
ReplyDelete