Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 23 March 2013

Di Penghujung Rindu 19



Bab 19

H
AFIZ berjalan mundar-mandir di sekitar biliknya. Entah berapa kali dia sudah melepaskan keluhan. Fikirannya hanya memikirkan satu perkara….Sarah. Apa lagi bila mengingatkan  panggilan telefon dari Hadif yang mengatakan bahawa Zakri sedang sedaya upaya untuk mendapatkan Sarah. Bila mendengar nama Zack, serta merta dia teringatkan pertelingkahan yang berlaku antara mereka sejak bertahun lalu. Bermula dengan gadis yang bernama Nadia, teman wanita Zakri yang menaruh hati pada Hafiz sedangkan Hafiz tak pernah mengendahkannya.  Zakri yang terima hasutan teman telah melepaskan penumbuk ke muka Hafiz tanpa memberi peluang untuk dia membela diri. Akibat rasa malu dengan tindakan dan kata-kata Zakri di hadapan teman-teman telah membuatkan Hafiz bernekad untuk merampas Nadia dari tangan Zakri. Bermula dari situ mereka sering bersaing untuk mendapatkan gadis sebagai satu cabaran.
Berita yang disampaikan oleh Hadif beberapa hari yang lalu benar-benar membuatkan hidup Hafiz tak tenang. Tambahan pula sejak akhir-akhir ini fikirannya hanya sarat dengan wajah Sarah walaupun dia pernah cuba mengusirnya tapi tak juga berjaya. Dia sendiri tak mengerti dengan apa yang sedang dirasainya saat ini.
“ Aku rasa kau dah cintakan Sarah!” itulah kata-kata Rizuan semalam bila dia memberitahu apa yang sedang membelenggu fikirannya sekarang ini.
“ Cinta?” Hafiz ketawa. Rasa lucu dengan kata-kata Rizuan.
“ Ya…tak salah kalau kau nak mengaku, dia dah jadi isteri kau dan juga halal untuk kau bersamanya. Buang ajelah rasa ego kau tu Fiz….kalau rasa itu dah sebati dengan diri kau, kau juga yang akan susah nanti!” Rizuan ketawa melihat wajah kusut Hafiz.
“ Tapi….kenapa sekarang?...aku…” Hafiz benar-benar rasa keliru sekarang.
“ Fiz…Cinta itu datang tak kira masa, tempat atau pun darjat….kau harus akui yang kau sebenarnya dah cintakan Sarah….aku rasa bukan sehari dua ni….tapi dah lama….cuma kau yang tak sedar…” kata Rizuan membuatkan Hafiz terdiam.
“ Betulke?”
Itulah persoalan yang sedang bermain dalam fikirannya. Kalau betul, memang tidak menjadi kesalahan. Dia memang ada hak untuk menyayangi dan menyintai Sarah kerana Sarah adalah miliknya. Kalau orangtuanya tahu hal ini, pasti mereka gembira. Tapi masalahnya, apa pula perasaan Sarah terhadapnya?
May I come in?”
Satu suara halus kedengaran di muka pintu yang sudah terbuka. Mungkin Hafiz tidak menyedarinya bunyi ketukannya kerana dia asyik melamun sendiri. Langkah Hafiz terhenti tiba-tiba. Lama juga dia merenung pada wajah yang sedang kaku di muka pintu. Mungkin dia rasa serba salah kerana menerjah bilik itu tanpa mendapat kebenaran dari Hafiz terlebih dahulu.
“ Maaf, kalau Sarah mengganggu atau….waktunya tak sesuai?” Sarah bersuara sambil menghadiahkan senyuman. Sengaja mahu menyembunyikan rasa gugup bila dia berterusan di tenung oleh Hafiz tanpa suara. Sedangkan pada hakikatnya Hafiz cukup terpegun menatap wajah manis itu. Bukan hanya wajah dan senyumannya sahaja yang manis, bibirnya lebih-lebih lagi. Bak kata orang, manis umpama madu. Dan dia memang mengakui hakikat itu kerana dia pernah menikmatinya.
“ Er… sebaiknya Sarah keluar dulu…” Sarah cuba mengundur langkah dan bersedia untuk keluar. Tak selesa untuk berhadapan dengan suasana bisu sebegitu. Hafiz hanya merenungnya tanpa sepatah kata.
Wait!” Hafiz pantas menegah dan secara tak langsung dia cuba kembali kepada realiti.
“ Sorry!” Sarah bersuara. Dia mahukan kepastian.
Come in!” Hafz pantas bersuara sambil melangkah ke arah tingkap dan berdiri membelakangi Sarah. Sebolehnya dia mahu bersikap setenang yang mungkin, cuba melawan dada yang sedang berdegup hebat. Mungkin betullah kata Rizuan, dia sememangnya sudah jatuh cinta kini.
Have a sit!” pelawa Hafiz memandang Sarah sekilas bila merasakan Sarah  segan dan kaku  bila  berhadapan dengannya. Dia kembali memandang suasana di luar sambil melepaskan helaan panjang.
“ Er…anything wrong?” tanya Sarah dengan rasa hairan melihat sikap Hafiz yang memang dirasakan cukup pelik ketika itu. Agaknya dia sedang menghadapi masalah dengan mana-mana teman wanitanya. Maklumlah, orang ramai teman wanita dan pastinya terpaksa melayani pelbagai kerenah. Itulah, siapa suruh dia punya ramai teman wanita! kan dah menyusahkan diri. Rungut Sarah dalam diam.
“ Abang baru aje terfikirkan pasal Sarah tadi…tak sangka ya…Sarah tiba-tiba muncul di hadapan abang sekarang!” kata Hafiz dengan penuh debaran. Sengaja tubuhnya terus menghala ke luar tingkap, tidak mahu Sarah melihat kegusaran di wajahnya. Dengan kata lain, dia segan nak berhadapan dengan Sarah saat ini. Entah kenapa, perasaan malu tiba-tiba menyelit di tangkai hatinya.
Sarah diam. Kaku di kerusi sambil menundukkan wajah. Berdebar-debar juga hatinya mendengar kata-kata Hafiz ketika itu. Entah apalah yang sedang difikirkan oleh Hafiz tentang dirinya. Dan kenapa pula sikap Hafiz nampak berlainan sekali kebelakangan ini.
“ Abang Hafiz!”
Sarah tiba-tiba bersuara menyebabkan Hafiz segera memaling tubuh dan wajahnya berhadapan dengan Sarah yang nampak begitu tenang.
“ Sebenarnya Sarah datang sini sebab nak serahkan fail ni untuk abang Hafiz. Sarah nak abang Hafiz baca dulu dan buat keputusan, kalau boleh secepat yang mungkin. Sarah tak nak kita terlepas peluang!” kata Sarah sambil meletakkan fail di atas meja.
Hafiz merenung seketika wajah Sarah sebelum melangkah ke arah mejanya. Dia segera melabuhkan punggung di kerusi, menyandarkan badan seketika.
“ Mana fail tu!”
Sarah terus menghulurkan fail yang berada di hadapannya. Hafiz segera menyambutnya dan terus membuka. Nampak begitu asyik dan teliti dia membaca isi kandungan yang terdapat dalam fail itu. Sarah yang ada di hadapannya hanya diam memerhati. Sesekali Sarah melepas keluhan.
“ Er…Sarah rasa elok Sarah beredar sekarang…!” serba salah rasanya untuk terus berada di situ. Segan pun ada kalau dia berterusan memandang wajah Hafiz.
“ Tunggu…abang akan buat keputusan sekarang!” kata Hafiz membuatkan Sarah terkedu. Begitu cepat!
“ Ok….apa keputusannya?” tanya Sarah.
Hafiz menutup fail yang baru di bacanya. Fail yang mengandungi perjanjian dan kerjasama dengan sebuah syarikat dari Taiwan. Hafiz terus merenung wajah Sarah yang mula di landa resah. Kalau tidak difikirkan renungan itu milik Hafiz Ikhmal, sudah pastinya dia terpaut. Tapi ternyata, hakikat itu tak akan berubah. Pandangan dan renungan mata yang dirasakan begitu menarik itu adalah milik lelaki yang amat membencinya.
Tapi….kenapa kali ini dia merasakan renungan itu cukup berlainan sekali…ya, berbeza dari yang sudah-sudah. Renungan yang membuatkan dia resah dan keliru. Kenapa?...kenapa ini yang dia rasa! Cepat-cepat Sarah segera melarikan pandangannya. Tidak sanggup untuk berterusan menatap wajah dan renungan itu lagi.
So…”
Sarah mengubah posisi dan intonasi. Kali ini dia kembali yakin bahawa pandangan itu sudah tiada makna. Hanya sekadar satu tenungan. Tak lebih dari itu.
Hafiz menelan liur. Kini dia sudah kembali dari terus khayal. Untuk tidak nampak kelemahan dirinya, Hafiz berdehem beberapa kali.
“ Rasanya tak ada masalah dengan isi kandungan tu dan abang rasa kita mampu bekerjasama dengan mereka!” kata Hafiz dan menutup fail yang ada di hadapannya.
“ Jadi, abang Hafiz setuju untuk ke sana sebagai wakil?” Sarah memandang wajah Hafiz.
“ Hmm…”
“ Nanti abang Hafiz boleh bincang dengan Roslan untuk ke sana. Sarah akan maklumkan hal ni pada pihak pengurusan untuk uruskan abang Hafiz dan Roslan di sana….kita tak boleh lepaskan peluang ini!” kata Sarah dengan rasa lega kerana nampaknya Hafiz tiada sebarang bantahan.
“ Kenapa mesti Roslan yang ke sana bersama abang?...Sarah kan ada! Kenapa tidak Sarah aje yang pergi bersama abang ke sana?”
Hafiz bangun dan melangkah ke arah Sarah yang mula resah di kerusi. Sarah cuba mengukir senyum dan bangun dari kerusi. Tak selesa pula bila Hafiz begitu hampir dengannya. Dia berjalan ke arah tingkap, merenung seketika pemandangan di luar sepertimana yang dilakukan oleh Hafiz sekejap tadi.
“ Inilah masanya untuk abang Hafiz buktikan pada papa yang abang Hafiz juga mampu untuk mengendalikan projek besar ini. Abang Hafizkan bijak, tentunya tak perlukan sebarang bantuan dari Sarah!” Sarah berpaling, kali ini wajah lelaki itu di renung bersama senyuman manis terukir di bibirnya.
“ Sarah sindir abang ke?”
Sarah berkerut dahi. Kenapa lelaki itu menganggap kata-katanya sebagai satu sindiran sedangkan dia ikhlas mengatakannya.  Dia masih ingat betapa melentingnya Hafiz bila dia campurtangan dalam urusan dengan syarikat dari New Zealand hari tu. Dia tak mahu perkara seperti itu berulang lagi.
“ Tak…kenapa pula abang Hafiz rasa macam tu? abang Hafiz mesti yakin pada kemampuan sendiri dan Sarah juga yakin yang suatu hari nanti abang Hafiz akan mampu menerajui SR Holdings ni…abang Hafiz lupa tentang perjanjian kita?”
Hafiz meraup wajahnya beberapa kali. Wajahnya tiba-tiba nampak tak bermaya.
Sarah sekali lagi mengukir senyum sambil mengatur langkah ke arah Hafiz. Tangan Sarah menyentuh perlahan wajah Hafiz. Agak lama juga mereka saling bertatapan dan Sarah terus tersentak bila Hafiz mencapai kedua-dua tangannya dan menggenggam erat. Lebih memeranjatkan bila tangannya di cium lembut oleh Hafiz.
“ Abang Hafiz akan ke sanakan?” soal Sarah sambil menarik tangannya dari terus digenggam oleh Hafiz.
Sarah segera memaling wajahnya, membelakangi Hafiz. Debaran di dadanya muncul tiba-tiba. Dia perlu hentikan apa yang di alaminya sebelum hatinya terluka dan parah.
“ Abang akan ke sana bersama Sarah!” debaran di dada Sarah makin memuncak bila suara Hafiz tiba-tiba kedengaran di cuping telinganya dan serentak itu juga satu kucupan singgah di pipi kanannya membuatkan Sarah benar-benar terpingga-pingga. Cepat-cepat dia menjarakkan tubuhnya dari terus didekati oleh Hafiz.
Adakah ketika ini Hafiz sedang menggodanya?....apakah misi lelaki itu yang sebenarnya?
“ Abang Hafiz!”
 Sarah berpaling. Sedaya upaya dia cuba bersikap tenang. Dan lidahnya menjadi kelu tatkala berhadapan dengan Hafiz. Terasa pandangan itu sepertinya mengharapkan sesuatu. Apa dia agaknya?
“ Ya, sayang!” Hafiz bersuara sambil mengukir senyum. Cukup menggoda dan memikat membuatkan dada Sarah hampir semput.
“ Er….kalau Sarah juga ke sana, siapa yang nak uruskan syarikat di sini?...nanti terbengkalai semua kerja!” dalih Sarah dengan nada yang setenang mungkin.
“ Sarah….abang harap abang belum terlewat menyedari apa yang sepatutnya abang rasa sejak dari dulu….” kata Hafiz sambil mengusap lembut wajah Sarah yang kaku di hadapannya.
“ Apa maksud abang Hafiz ni?...Sarah tak faham…!” Sarah cuba mengelak tapi Hafiz sempat menarik tubuhnya agar mereka terus berhadapan.
“ Abang sayangkan Sarah!” kata Hafiz sambil merenung dalam ke mata biru Sarah. Sarah menelan liur dan dia tahu wajahnya kini sudah bertukar pucat, benar-benar terkejut mendengar kata-kata itu sedangkan rasa benci dan dendamnya padanya sudah sebati selama ini. Bila masanya perasaan sayang itu mula wujud di hati lelaki itu untuknya.
“ Sarah juga sayangkan abang Hafiz, mama, papa dan abang Hakim. Dan Sarah benar-benar terhutang budi pada keluarga abang Hafiz kerana mengambil Sarah sebagai keluarga angkat. Sarah minta maaf kalau kemunculan Sarah telah menggugat keharmonian hidup abang Hafiz selama ini. Sumpah…Sarah tak bermaksud untuk merampas semua hak abang Hafiz…Sarah cuma….” suara Sarah terus mati di situ bila jari telunjuk Hafiz menyentuh bibirnya dan sekali gus mematikan kata-kata Sarah.
“ Cukup….abang tak nak dengar semua tu lagi!” kata Hafiz membuatkan Sarah terdiam. Hanya kepalanya di angguk perlahan.
Hafiz segera menarik jarinya. Ada senyuman terukir di bibir nipisnya.
“ Sarah!” panggil Hafiz mesra.
Sarah terus memandang wajah Hafiz. Menanti kata-kata yang akan keluar dari bibir lelaki itu dan ketika itu juga perasaannya sedang berperang. Apa lagi yang ingin dikatakan oleh Hafiz.
“ Apa kata kita keluar sekarang!”
Bulat mata Sarah mendengar kata-kata Hafiz. Apa kena dengan lelaki itu agaknya. Dah macam berubah 100%. Takkanlah dia dah hilang ingatan. Lupa apa sebenarnya yang telah berlaku antara mereka sebelum ini.
What?” bulat mata Sarah memandang wajah santai Hafiz.
“ Maksud abang Hafiz….kita keluar bersama?….right now!”
Hafiz tergelak. Lucu melihat wajah Sarah yang nyata cukup terkejut dengan saranannya itu. Sesungguhnya sudah lama dia menantikan saat seperti ini. Berdua bersama Sarah.
“ Abang Hafiz ni…mabuk ke apa?” tempelak Sarah. Benar-benar terkejut.
“ Mana ada abang mabuk, sayang…abang cuma nak ajak Sarah  keluar…berdua dengan Sarah....bolehkan?” Hafiz mencuit hidung mancung Sarah sambil tersenyum.
“ Sekarang?” tanya Sarah cuma memastikan apa yang didengarnya tadi cukup jelas.
“ Yap…sekarang!”
“ Sekarang ni kan time kerja…lagi pun belum masa untuk lunch kan…!” berkerut dahi Sarah dibuatnya.
“ Sekarang nilah masa yang sesuai…tak ada sebarang gangguan….lagi pun…you`re the boss…tiada siapa yang menghalang!...abang cuma mahu bersama Sarah…please….bagi abang peluang!”
Sedaya upaya Hafiz cuba memujuk Sarah untuk keluar bersamanya. Dan akhirnya bibirnya mengorak senyum lebar bila Sarah bersetuju untuk keluar bersamanya. Kedua-dua pipi Sarah menjadi mangsa ciumannya.
“ Stop it….rimaslah…” jerit Sarah sambil menolak tubuh Hafiz.
“ Apa ni?…dah buang tabiat ke….cium orang sesuka hati aje!” Sarah menjeling, geram dengan tindakan Hafiz yang memang di luar jangkaannya.
“ Geram….Sarah ni…apasal…comel sangat…..!” Hafiz tergelak. Buat muka tak bersalah.
“ Dah….dah…..kita keluar sekarang….nanti lain pula yang jadi kalau abang Hafiz lama kat ini!” Sarah  mendengus perlahan.
“ Jadi apa?” tanya Hafiz. Seronok mengenakan Sarah.
“ Jadi…apa-apalah…..!” balas Sarah sambil menjeling geram ke arah Hafiz yang masih lagi tersenyum-senyum.  Senang sungguh hatinya kerana dapat bersama Sarah hari ini. Satu hari yang cukup menceriakan untuk memulakan hubungan yang baru.



MEREKA singgah di sebuah restoran yang agak ekslusif. Tanpa berlengah mereka segera membuat pesanan. Suasana restoran ketika ini agak lenggang kerana waktu ini masih lagi waktu kerja.
Hafiz merenung seketika wajah Sarah yang masih lagi tetap muram. Sejak dari itu, itulah wajah yang dipamerkan oleh Sarah untuknya.
“ Sarah marahkan abang sebab abang ajak Sarah keluar makan?” tanya Hafiz dengan  rasa terkilan dengan sikap Sarah. Nampak sangat Sarah tak senang bila bersamanya.
“ Tak adalah…” balas Sarah dengan wajah selamba. Masih lagi dengan wajah masam mencuka.
“ Habis tu….kenapa dari tadi wajah Sarah asyik masam mencuka aje…nampak sangat yang Sarah tak ikhlas dan tak senang keluar bersama abang!” Hafiz melahirkan rasa hati. Biar Sarah tahu perasaannya ketika itu.
Sarah hanya mendengus perlahan. Pandangannya banyak di hala ke luar tingkap restoran itu berbanding dari mengadap wajah Hafiz. Hafiz mendengus perlahan.  Sejujurnya dia rasa terusik dengan sikap Sarah itu.
“ Entahlah….Sarah terfikir….kenapa hari abang Hafiz baik sangat hari ni?....pelawa Sarah keluar sedangkan selama ini, nak pandang wajah Sarah pun rasa menyampah!” Sarah memandang wajah Hafiz.
Hafiz hanya tersenyum. Dia menyandar seketika tubuhnya di kerusi sambil matanya terus terpaku menatap wajah Sarah yang mula tak selesa bila berterusan di pandang oleh Hafiz dengan senyuman.
“ Manusia boleh berubah Sarah…abang juga. Takkanlah selamanya kita nak hidup dengan perasaan benci. Abang sedar yang Sarah tak bersalah, cuma abang yang tersalah faham dengan kewujudan Sarah dalam keluarga abang. Lagi pun kitakan dah jadi suami isteri…jadi tak elok kalau abang masih lagi punya perasaan itu terhadap Sarah!” kata Hafiz dengan wajah kesal.
Sarah terdiam. Serba salah jadinya. Nak percaya atau tidak kata-kata yang dikeluarkan oleh Hafiz itu kerana sikap lelaki itu seringkali berubah mengikut musim. Benarkah lelaki itu sudah mengubah persepsi tentang hubungan mereka.
“ Terima kasih kerana abang Hafiz sudah menghilangkan rasa benci dalam hati abang Hafiz buat Sarah dan Sarah amat menghargainya!” akhirnya Sarah mengukir senyum. Perasaannya sedikit lega walaupun tidak sepenuhnya. Mana tahu tiba-tiba sikap dan perasaan Hafiz akan berubah suatu hari nanti. Kembali membencinya.
“ Jom…kita makan…hidangan ni nampak sedap dan menyelerakan!”  kata Hafiz  bila pelayan datang membawa hidangan untuk mereka. Sarah juga turut mengakuinya. Semetelah ketika ini perutnya juga terasa lapar.
Mereka terus menikmatinya dengan selera.
Hi….Hafiz. What are you doing here!”
Suapan Hafiz terus terhenti sebaik sahaja mendengar teguran dari seseorang yang berdiri di sebelahnya. Segera matanya menghala ke arah gadis yang sedang merenungnya dengan wajah mencuka.
Exercuse me….you pun nampakkan apa yang sedang I buat sekarang… takkan tak ada soalan yang lebih cerdik daripada soalan bodoh you tu!” Hafiz terus menjawab pertanyaan itu.  Mungkin kata-kata itu kedengarannya begitu biadap dan kasar tapi rasanya amat sesuai untuk gadis yang telah menegurnya itu.
Wajah gadis itu segera berubah. Amat terkejut mendengar kata-kata Hafiz yang sememangnya tidak dijangkakannya itu. Dan hati kecilnya mengakui kebodohan itu. Sudah tentunya sesiapa yang datang ke situ adalah bertujuan untuk makan. Ah! nasib badan…bak kata pepatah ~sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya juga!
“ Abang Hafiz!” Sarah bersuara. Kesian pula melihat wajah cemberut gadis itu.
Sorry kalau you rasa kemunculan I ni mengganggu dating you!” gadis itu bersuara sambil melemparkan senyuman. Sengaja mahu menutup rasa malunya. Apalagi bila dia merasakan ada di antara pelanggan yang berada di situ sudah memandangnya sambil tersenyum.
Yes, you are… you pun tahukan yang I tak suka diganggu…apa lagi oleh perempuan seperti you!” Hafiz mendengus marah. Hampir hilang seleranya sebaik sahaja berhadapan dengan gadis itu. Gadis yang banyak menyusahkan hidupnya. Baru dua hari berkenalan sudah meminta yang macam-macam. Nampak sangat gadis tu bersikap materialistic. Jelas sekali dia tidak ikhlas untuk menjalinkan hubungan walaupun sekadar sebagai kawan.
Sarah diam. Tidak mahu masuk campur. Biarlah Hafiz sendiri yang menguruskannya. Bimbang kalau dia pula yang menjadi mangsa tengkingan Hafiz. Bukan dia tak kenal sikap panas baran Hafiz.
Well…selera you sekarang semakin hebat…. I akui yang gadis di hadapan you ni benar-benar hebat….patutlah you tak pandang yang lainkan!” kata gadis itu sambil melirik tajam ke arah Sarah. Memang dia akui, gadis yang berada di hadapan Hafiz ini sangat menarik. Dia sendiri pun turut terpikat dengan wajah Sarah. Pandai betul Hafiz memilih mangsa!
Pardon…memang selera I hebat…cukup hebat….you tak akan dapat menandinginyakan! So…please….!” Hafiz menghulurkan tangannya dengan harapan gadis itu faham dengan tindakannya. Atau lebih jelas….sila berambus sekarang juga!
“ I tahu you tak suka I ganggu you…tapi sekurang-kurangnya kenalkanlah dia pada I!” kata gadis itu dengan gaya selamba.
Hafiz mendengus kasar. Geram. Perempuan ni tak pernah sekolahke? Tak fahamke yang aku dah tak mahu pandang muka dia, masih juga nak menempel kat sini.  Rungut Hafiz.
HiI`m Rita!” gadis itu memperkenalkan dirinya sambil menghulurkan tangan ke arah Sarah.
Sarah segera membalas huluran tangannya itu sambil menghadiahkan senyuman.
“ Kenalkan…Sarah, my wife!” Belum pun sempat Sarah bersuara untuk memperkenalkan diri, Hafiz terus mencelah membuatkan gadis yang bernama Rita itu terpampam. Benar-benar terkejut. Antara percaya atau tidak. Lama dia memandang wajah Sarah meminta pengertian.
“ Ya…I`m his wife….and nice to meet you, Cik Rita.” terlopong mulut Rita mendengar pengakuan dari Sarah. Wajahnya berubah tiba-tiba dan tanpa menunggu sesaat pun dia terus berlalu dengan rasa malu, sebal dan pelbagai rasa berlumba muncul di dada Rita bersama langkahnya yang di atur semakin laju keluar dari restoran mewah itu.
“ Tak takut saham jatuh ke bila ada yang tahu abang Hafiz dah kawin?” tanya Sarah sebaik saja Rita berlalu. Namun dalam diam dia ingin mengetahui apakah yang sedang dirasai oleh lelaki itu.
Nope…sedikit pun tidak…. bagi abang, Sarah lebih hebat dari mereka dan abang tak akan sesekali menyesal sekiranya ada yang tahu tentang status abang sekarang!” Hafiz menjawab sambil tersengih.
“ Yalah tu… !” Sarah mencebik. Sukar nak mempercayai kata-kata Hafiz itu. Jauh di sudut hatinya, dia sedikit pun tidak menaruh sebarang  harapan terhadap hubungan mereka kerana dia  tahu Hafiz tak akan ikhlas dengan hubungan mereka walaupun kekadang hubungan mereka nampak begitu mesra berdasarkan layanan yang diberikan oleh lelaki itu terhadapnya. Tengok ajelah nanti. Pastinya dia akan berubah kembali.
Hafiz ketawa kecil.

           

SEJAK  kebelakangan ini Sarah selalu lewat pulang ke rumah. Kekadang dia terpaksa ke luar negara atas urusan kerja menyebabkan jarang Hafiz dan Sarah dapat bersemuka. Hari minggu pula Sarah akan mengunjungi rumah anak yatim kalau ada kesempatan.
“ Sarah, Jeff tengok Sarah sekarang dah banyak berubah…tak macam dulu lagi!” Jeffri merenung wajah Sarah. Ketika itu mereka keluar minum bersama selepas bertemu di rumah anak yatim. Kini, dia sudah akui kata-kata Tuty.
“ Berubah?...maksud Jeff?” berkerut dahi Sarah mendengar komen dari Jeffri. Rasanya dia tidak pernah berubah. Masih Sarah yang dulu.
“ Cuba Sarah perhatikan diri Sarah… tubuh Sarah dah nampak susut. Pipi pun dah nampak cengkung…. Sarah ada masalahke?...kalau ada masalah, jangan segan bagitahu Jeff….Jeff sedia membantu, Tuty juga….jangan hanya tahu pendamkan perasaan…tak baik untuk kesihatan!”  kata Jeffri. Dia sayangkan Sarah sepertimana sayangnya seorang abang terhadap adik.
“ Tak adalah….Sarah biasa aje…mungkin Sarah penat….sibuk dengan kerja dan terpaksa kejar ke sana ke mari….Jeff pun tahukan kerja Sarah bagaimana!” kata Sarah.
“ Jeff tahu Sarah adalah orang yang paling penting di SR Holdings tu….tapi untuk memajukan sesebuah syarikat, bukan hanya terletak pada individu semata-mata. Perlukan kerjasama dari semua pihak. Jangan nak monopoli semua kerja sehingga mengabaikan kesihatan diri. Jeff tak nak Sarah sakit. Kita ni manusia, Sarah…bukan robot. Kalau robot pun sekali yang kerja, ia juga perlukan rehat!” Jeffri mendengus perlahan. Kekadang dia tak faham dengan sikap Sarah. Terlalu komited terhadap kerja, sehingga mengabaikan kepentingan diri.
Sarah hanya senyum. Dia hanya buat muka selamba. Pura-pura tidak mengendahkan kata-kata itu sedangkan dia mengakui bahawa sememangnya dia perlukan rehat.  Sejak kebelakangan ini dia memang tak cukup rehat. Banyak kerja yang perlu di bereskan dan kebetulan banyak projek yang berada di dalam pemantauannya. Hafiz…. dia pun tak faham sikap Hafiz. Sejak dari dulu…Hafiz jarang serius dengan kerja.  Ada ketikanya dia  menguruskan sesuatu projek  dengan cukup baik dan ada kalanya dia buat sambil lewa. Itulah yang membuatkan  Sarah tak boleh bergantung pada Hafiz. Bimbang sekiranya tindakan yang dilakukan oleh Hafiz akan mendatangkan  musibah pada syarikat.
“ Sarah!”
Panggilan Jeffri membuatkan Sarah tersentak. Buat seketika dia sempat mengelamun.
“ Ya!”
“ Sarah tahukan yang Jeff sayangkan Sarah!”
Sarah mengangguk perlahan. Dia akui yang dia juga sayangkan Jeffri. Lelaki itu sudah dianggapnya sebagai seorang abang, baginya kemunculan Jeffri adalah sebagai pengganti kepada abang Hakim.
“ Sarah ada masalah dengan suami Sarah ya!” teka Jeffri membuatkan Sarah tersentak sekali lagi. 
“ Entahlah…hubungan kami memang tak pernah stabil…selalu ada pasang surut. Sarah tak tahu sampai bila hubungan kami akan mampu bertahan!” kata Sarah tanpa berselindung.
“ Sarah sayangkan dia?”
Sarah menelan liur. Sukar untuk memberi jawapan untuk soalan itu. Kekadang dia sendiri pun tak pasti apa sebenarnya perasaan dia terhadap Hafiz dan apa perasaan Hafiz terhadapnya. Dia jadi bingung.
“ Jeff ingin sekali kenal dengan suami Sarah dan selama ini pun Sarah tak pernah cerita tentang dia!” kata Jeffri.
“ Tak ada yang menarik untuk diceritakan!” Sarah cepat-cepat bersuara.
Jeffri tersenyum. Lucu juga mendengar jawapan Sarah itu.
“ Ya ke?....tapi Jeff ingin sekali mengenalinya…bila Sarah nak kenalkan dia dengan Jeff!”
“ Hmm…tengoklah…bila ada masa yang sesuai!” balas Sarah seakan tiada mood untuk berbicara soal itu.
“ Sarah…sesuatu hubungan boleh dipupuk kalau kita menginginkannya. Hubungan yang ikhlas pastinya akan direstui oleh Allah….Jeff percaya, suatu hari nanti Sarah pasti akan bahagia.” kata Jeff.
“ Bahagia!”
“ Ya….bahagia, bersama dengan pilihan Sarah!” Jeffri tersenyum.
“ Siapa?” Sarah jadi keliru.
“ Sesiapa jua yang jadi pilihan Sarah!” jawapan Jeffri membuatkan kening Sarah bertaut.
“ Terima kasih kerana mendoakan untuk Sarah…dan Sarah juga turut mendoakan hanya yang terbaik untuk Jeff!” akhirnya Sarah bersuara walaupun dalam hatinya masih tertanya-tanya siapakah pilihan dia yang sebenar. Adakah Hafiz atau akan muncul lelaki lain dalam hidupnya selepas ini.

2 comments:

  1. cerita yg menarik..... moga writer terus sambung ceritanya....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...