Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 4 March 2013

Cerpen : Melodi Hati













DATUK SAFWAN meregus kasar. Geram betul dengan sikap anak perempuan bongsunya ini. Sejak dari kecil memang tak pernah mendengar katanya. Ada-ada saja alasan di gunakan untuk melepaskan diri. Bingung Datuk Safwan di buatnya. Betullah agaknya kata pepatah orang-orang dulu,  lebih baik pelihara lembu sekandang dari pelihara anak perempuan seorang.
“ Itu lembu, papa. Binatang tu semua tak ada akal…. Sebab tu boleh di cucuk hidung dan di tambat.  Jehan ni manusia…ada akal fikiran. Mendera namanya kalau papa nak buat macam tu! Jehan boleh adu kat teledera…nanti nama papa juga yang tercemar !” balas Nur Jehan sambil tersengih-sengih. Sakit hati Datuk Safwan melayan kerenah anak tunggal perempuannya.
“ Menjawab.  Ada-ada aje jawapan kamu nak lawan cakap papa… pening kepala papa ni!” Datuk Safwan menggaru-garu kepalanya yang hanya tinggal sedikit rambut itu. Agaknya rambut dia gugur sebab asyik nak fikirkan pasal kerenah anaknya ini.
“ Inilah bahananya….kecil-kecil di beri minum susu lembu…perangai pun dah tak sama dengan orang!” rungut Datuk Safwan membuatkan isterinya, Datin Rabiah mengeleng kepala. Dia juga pening memikirkan mereka berdua. Anak dengan papa sama. Sama-sama tak mahu mengalah.
“ Jehan…apa kata Jehan ikut aje saranan papa tu…kerja dengan papa!” pujuk Datin Rabiah sambil mengusap lembut kepala anaknya.
“ Jehan nak berdikari, ma…lagi pun abang Wan dan abang Hilmi kan dah ada untuk tolong papa kat syarikat tu!”  bela Jehan mengingatkan kedua abangnya, Ridhuan dan Hilmi.
“ Habis tu…Jehan nak kerja apa?...orang lain berebut-rebut nak dapat peluang kerja…Jehan pulak, kerja dah ada depan mata, tapi menolak!” Datuk Safwan mencelah.
“ Apa-apa aje asalkan bukan kerja dengan papa…kalau boleh Jehan nak kerja sendiri!” balas Jehan sambil tersenyum membuatkan kedua orangtuanya saling berpandangan. Bolehkah anak mereka itu bekerja sendiri, selama ini segala keperluan Jehan, mereka yang sediakan.
“ Kerja apa yang Jehan nak buat?...jangan nak buat perkara yang boleh memalukan papa!” Datuk Safwan menghenyakkan tubuhnya di sofa sambil merenung tajam wajah Jehan.
“ Jehan nak berniaga!” akhirnya idea yang tidak disangka terkeluar dari mulut Jehan membuatkan kedua orangtuanya tercengang.
“ Berniaga?...Jehan nak berniaga apa…nasi lemak?” tempelak Datuk Safwan sambil ketawa.
“ Ha….good idea…satu cadangan yang baik. Ok…Jehan nak berniaga nasi lemak!” akhirnya senyuman mula terukir di bibir Jehan membuatkan kedua orangtuanya hampir rasa nak pengsan. Biar betul. Anak perempuan mereka yang jarang masuk dapur, tiba-tiba boleh berfikir nak berniaga nasi lemak. Kelakarnya….kah…..kah….kah….
Datuk Safwan sudah menekan perutnya sambil ketawa berdekah-dekah membuatkan Jehan memandang wajahnya dengan berkerut.
“ Kenapa papa ketawa sampai nak pengsan…tak kelakar pun…tapikan cadangan papa tadi memang cadangan yang bagus….sepatutnya papa sokong 100% hasrat Jehan untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya suatu hari nanti!”
 Jehan menarik muka masam. Apa?...hina sangatke kalau mencari rezeki dengan menjual nasi lemak. Kan itu satu pekerjaan yang halal. Hadis juga ada menjelaskan 9/10 hasil kekayaan datangnya dengan berniaga. Kalau tak kerana berniaga, papa tak akan kaya raya macam sekarang.
“ Jehan…perkara ni bukan boleh di buat main…mama tak yakin dengan hasrat Jehan tu…Jehan anak mama dan selama ini mama cukup kenal dengan perangai anak mama yang liat nak masuk dapur….apa yang Jehan tahu, masak nasi pun tak pernah, apa lagi nak masak lauk pauk!...mama rasa elok Jehan fikirkan kerja lain kalau Jehan betu-betul nak berdikari!” Datin Rabiah bersuara. Dia memang tidak yakin dengan kemampuan anak perempuannya ini.
“ Ma…nak seribu daya, tak nak seribu dalih….apa kata mama dan papa bagi Jehan peluang untuk buktikan yang Jehan mampu berjaya… memang Jehan akui Jehan tak pandai memasak, tapi Jehan boleh belajar, mama dan mak Piah kan ada…mama boleh ajar Jehankan!” Jehan memeluk tubuh mamanya.
 Akhirnya Datin Rabiah mengukir senyum.
“ Saaayang, mama!” bertalu-talu pipi Datin Rabiah di cium Jehan.
“ Abang…apa salahnya kita bagi peluang untuk Jehan mencuba.  Ini untuk kebaikan dan masa depannya juga, jadi perempuan ni kena rajin masuk dapur dan tahu memasak…barulah suami tu sayang…kalau suami asyik makan kat kedai…lama-lama suami boleh melayang….akhirnya isteri juga yang menggigit jari!” dalam diam, Datin Rabiah mengucap syukur kerana akhirnya Jehan terbuka hati untuk belajar memasak. Selama ini bukan main liat lagi dia. Anak perempuannya ini lebih bersikap kelelakian, mungkin terikut-ikut dengan perangai kedua-dua abangnya sejak kecil. Tengok aje cara pakaian dan penampilannya,  berambut pendek dan mengenakan seluar jeans dan baju t`shirt dari kecil sampailah dewasa.  Sekarang ni Jehan  sudah tamat pengajian dalam bidang perniagaan, tapi perangai tak berubah-ubah. Jenuh juga dia menasihatkan Jehan supaya mengubah penampilan, tapi tak pernah di hiraukannya. . Kalau nak tengok dia pakai baju kurung…kena tunggu hari rayalah.
“ Hmm…baiklah. Papa bagi tempoh 3 bulan untuk Jehan buktikan yang Jehan boleh berjaya. Untuk permulaan, papa hanya  akan berikan modal…yang lain-lain Jehan usahakan sendiri. Kalau Jehan gagal….Jehan mesti kerja dengan papa dan Jehan mesti terima jodoh yang telah papa tentukan untuk Jehan!” akhirnya Datuk Safwan membuat perjanjian.
“ Ok…dalam tempoh 3 bulan, Jehan akan kembalikan modal papa dan keuntungan sebanyak RM 2 ribu. Dalam tempoh 3 bulan, Jehan akan keluar dari rumah dan akan menyewa bersama kawan. Bagi Jehan tempoh seminggu untuk buat persiapan sebelum Jehan mula berniaga!” begitu nekad Jehan merangka perancangan sedangkan dia sendiri tidak pasti sama ada dia boleh berjaya atau tidak. Sedangkan misi utamanya adalah sekadar untuk melepaskan diri dari mengikut telunjuk papanya. Apa lagi hasrat papanya yang lama tertangguh untuk menjodohkan dia dengan anak kawannya.

***********

“ KAU biar betul…”  Noraida meletakkan tangannya di dahi Jehan. Marina yang turut berada di situ hanya memandangnya sambil menggaru-garu kepala. Sukar nak menerima kenyataan. Tangan kirinya masih berada dalam lubang telinga, masih mengorek…mana tahu dia ada tersalah dengar tadi.
“ Aku sihat walafiat…aku serius ni nak jual nasi lemak kat simpang jalan taman ni…lagi pun berdekatan dengan stesen bas….aku dah survey….kawasan ni pun belum ada yang berniaga…kiranya aku adalah orang yang pertama buka business kat kawasan ni” kata Jehan.
Jehan juga menceritakan kenapa dia mengambil keputusan itu,  juga perjanjiannya dengan Datuk Safwan.
“ Kau yakinke kau boleh bertahan….aku rasa tak sampai seminggu kau akan mengalah. Bukannya aku tak kenal kau…kau nikan anak manja, mana pernah buat semua ni…kat rumah tu semua kehendak kau, mak Piah yang uruskan!” kata Marina masih tak percaya apa yang bakal dilakukan oleh Jehan.
“ Hisy…aku masih lagi tak percaya kau nak buat semua ni, Jehan,…kau tu anak Datuk…takkanlah anak Datuk nak jual nasi lemak kat tepi jalan….” kata Noraida lagi. Dia tetap sukar nak percaya.
“ Kau berdua kena bantu aku…, kau Ida…aku tahu kau terror memasak, apa gunanya kawan kalau kawan tak tolong kawan…korang berdua tetap akan dapat share nanti!...aku cuma nak buktikan pada papa aku yang aku boleh berjaya… perkara yang paling penting aku nak elakkan ialah aku tak mahu jodoh aku di tentukan oleh papa aku!”
Marina dan Aida saling berpandangan.
“ Oklah..kami akan bantu kau tapi kau pun tahukan yang kami ni baru aje dapat kerja!” kata Marina.
“ Aku faham…korang berdua hanya bantu aku setakat yang korang mampu!”
“ Bila kau nak mula berniaga?” tanya Marina.
“ Esok…petang ni kau tolong aku pergi beli bahan-bahan untuk memasak” begitu semangat Jehan menjawab membuatkan kedua temannya tersengih macam kerang busuk.
“ Jangan hangat-hangat tahi ayam sudah!” tempelak Aida membuatkan giliran Jehan pula tersengih-sengih.

*************

JAM 4 pagi Jehan sudah menapak di dapur untuk menyediakan nasi lemak. Bahan-bahan untuk membuat nasi lemak sudah di sediakan sejak malam tadi. Hanya tunggu masa untuk memasak. Marina dan Aida juga terpaksa bangun awal gara-gara dikejutkan oleh Jehan.
“ Aku rasa macam nak bangun sahur lah pulak!” kata Marina sambil menyapu tahi mata yang melekat.
“ Untuk hari pertama kau jual ni…kita masak bahan asas aje….tambah ayam goreng je…aku pun tak sure lagi berapa ramai orang yang datang nak beli. Tak payah buat banyak, takut tak habis…membazir pulak!” kata Aida.
“ Hmm…betul juga kata kau…kau agak nasi lemak kita ni laku tak?...” Jehan menggaru-garu kepala. Berdebar-debar juga hatinya nak menunggu jam 7 pagi nanti.
            “ InsyaAllah…aku pernah buat nasi lemak kat rumah aku di kampung…ada juga mereka puji nasi lemak aku sedap…kembang juga hidung aku bila kena puji!” kata Aida sedikit bangga.
“ Aku ingat seminggu dua ni aku terpaksa susahkan korang berdua…bila aku dah terror nanti…korang bolehlah relax. Aku pun ingat kalau nasi lemak aku ni laris, aku nak tambah dua tiga jenis lauk…atau pun aku tambah dengan jual nasi berlauk!”
“ Betul juga…takkanlah hari-hari pelanggan kau nak melantak nasi lemak…boring juga asyik makan nasi lemak kau sepanjang 3 bulankan…lainlah kalau ada pilihan lain. Nasi dagangke atau nasi kerabu. Kau pun boleh juga jual mee goreng sekali!” cadang Marina membuatkan kan nafas Jehan mula semput. Sempatke dia nak buat semua tu.
“ Kau jangan risaula…aku boleh minta tolong dengan kak Senah, jiran depan rumah kita, dia pandai juga buat kueh…nantilah aku cakap dengan dia petang nanti!” kata Marina.
“ Terima kasih….kalau tak ada korang berdua…terpaksalah aku terima usul papa aku tu!
            “ Jehan….aku rasa papa kau tu dah carikan jodoh yang terbaik untuk kau…takkanlah dia nak aniaya anak sendiri….entah-entah calon suami kau tu lebih kacak dari Imran, lelaki yang kau tergila-gilakan kat university tu!” kata Aida.
“ Aku bukannya apa…kalau boleh jodoh aku tu biarlah dengan lelaki yang beriman sikit, bolehlah dia bimbing aku…memanglah jodoh pertemuan tu di tangan Tuhan tapi kau tahulah lelaki zaman sekarang, jarang yang jujur…hanya manis mulut aje bila berbicara…tapi hampeh…!” kata Jehan.
“ Harap-harap tercapailah hajat kau tu ya….bagus juga kalau kau ni bertemu seseorang yang dapat membimbing kau, mengubah hidup kau jadi perempuan  sejati…tak adalah bersikap brutal macam sekarang…sejak aku kenal kau, ada-ada aje idea kau nak melawan orangtua kau!”
“ Kau tak kenal siapa papa aku…dia nak semua orang ikut telunjuk dia…kita ni hidup dalam negara demokrasi…kita ada hak untuk menentukan hala tuju hidup kita, aku tak nak kehidupan aku di tentukan oleh orang lain…itu bukan kebebasan namanya!”
“ Yalah…kebebasanlah konon…!” Aida menaikkan keningnya membuatkan Marina tersenyum. Bercakap dengan Jehan, mereka tak pernah menang. Ada-ada aje alasannya untuk mempertahankan diri. Jehan…Jehan…Patutlah orangtua kau pening kepala!

*************

HARI pertama berniaga cabarannya cukup membuatkan nafas Jehan semput. Tak ramai yang datang singgah membeli nasi lemaknya. Kalau ada yang datang pun merungut berjela-jela. Rasa nak cepuk aje lubang hidung.
“ Dik, apasal lambat sangat…akak nak cepat ni!”
“ Bengapnya buat kerja, terhengeh-hegeh….baik tak payah meniaga…”
“ Dik…kasi sambal tu banyak sikit ya….nasi pun tambah lagi…tak cukup banyak tu…tambah lagi!”
“ Sedap ke nasi lemak ni….tak selera pula aku tengok!”
Itulah beberapa suara pelanggan yang menyumbangkan rasa geramnya. Terpaksalah dia bersabar dengan mempamerkan senyuman palsu.
“ Maaf ye kak….saya baru aje start berniaga hari ni…”
“ Bang…bang cuba dulu nasi lemak saya ni…kalau tak sedap abang bagi komen ya….!”
Naik lenguh juga kakinya berdiri di tepi jalan itu. Hampir 3 jam dia menapak di situ. Terasa macam diri sedang buat pameran pulak. Ada juga beberapa anak muda tertoleh-toleh sambil menayangkankan sengih apabila lalu di hadapannya. Maklumlah orang yang baru berniaga ni cantik manis orangnya. He…he….perasanlah pulak!
Setelah dirasakan tiada orang akan membeli nasi lemaknya, Jehan mula bersiap untuk pulang.  Walaupun jarak rumah sewa dan tempat dia membuka gerai nasi lemaknya bukanlah jauh sangat tapi banyak juga peralatan yang kena bawa dan sediakan. Jadi, dia memungah dengan kereta Myvinya yang di pakir tidak jauh dari tempat itu.

**********

“ MACAM mana dengan perniagaan kau hari ni….first day lah katakan…okeyke?” tanya Marina sebaik saja sampai rumah. Ketika itu Jehan duduk bersantai di depan tv.
“ Bolehlah….banyak juga lebihan nasi tu…aku tak sangka penat juga cari rezeki meniaga nasi lemak ni ya!...yalah…dengan kerenah pelanggan yang bermacam ragam….satu hal pulak nak sediakan juadah .
“ Itulah yang kau tak tahu…selama ini semua kehendak kau …kau dapat dengan senang…nak duit minta aje…. Sekarang barulah kau tahu langit tu tinggi ke rendah…!” kata Aida.
“ Hm…terfikir juga aku tadi…menyesal pulak aku terima cabaran papa aku tu….yalahlah cari rezeki kat tepi jalan, berpanas hujan….melayan kerenah pelanggan yang pelbagai ragam…kau rasa aku boleh bertahanke sampai 3 bulan….satu hari pun aku rasa tak larat nak tanggung, inikan pula nak tunggu sampai 90 hari….kurus kering aku!” balas Jehan sambil menggaru-garu kepala.
Kalau dia ikut saranan papanya bekerja di pejabat, bolehlah merasa kerja dalam aircond, silap-silap boleh arah aje anak-anak buah buat kerja…dah tu tak payah nak fikir pasal pendapatan harian sebab setiap bulan pergi aje kat bank, cucuk….terus keluar duit. Kan senang tu.
“ Hai…cepat betul kau mengalah…semalam berkobar-kobar aku dengar semangat kau….sehari berniaga dah serik….kelakarlah kau Jehan…nampaknya besok kau terpaksa balik rumah orangtua kau…kerja dengan papa kau dan terima aje lelaki yang papa kau dah tentukan!” kata Marina.
“ Pasal kerja dengan papa aku tu…aku tak kesah sangat tapi pasal lelaki yang papa aku nak jodohkan tu…ha.... itu kena aku fikirkan. Yalah…itukan demi masa depan aku….sebenarnya dah lama papa aku nak jodohkan aku dengan anak kawannya tu…cuma aku buat dek aje….tapi sekarang aku dah tersilap terima cabaran dia…” Jehan mengeluh.
“ Habis tu….esok kau tak nak berniagalah ni…” Aida bersuara.
“ Aku nak cuba sehari dua lagi…tengoklah nanti macam mana!”
“ Kalau kau nak tarik pelanggan datang kat gerai kau tu…kena ada strategi…baru perniagaan kau berjaya!” Aida menambah lagi.
“ Strategi?” ternganga mulut Jehan mendengar perkataan itu. Strategi apakah yang akan di gunakan untuk melariskan nasi lemaknya?
“ Kau rasa apa yang sepatutnya aku buat?” tanya Jehan dengan dahi berkerut.
“ Ok… pertama sekali, kau kena ubah penampilan kau!’
“ Apa salahnya dengan penampilan aku?” Jehan membelek dirinya yang ketika itu mengenakan t`shirt longgar dan  seluar pendek dari kain jeans yang separas lutut, siap ada rambu ramba lagi.
“ Kau ni kan bawah kategori perempuan melayu terakhir, pakaian tu kenalah bersopan, pakai baju yang sopan sikit, baju kurung ke….kalau pakai pakaian yang seksi, boleh mengundang bahaya dan juga mendatangkan zina. Lagi satu, nak jadi jurujual ni….kenalah bersikap ramah-tamah. Senyum dan bercakap sopan santun….yang kau ni brutal. Nanti pelanggan lari, takut nak datang dekat!” kata Aida.
Jehan mengerut dahi.
“ Aik! Banyak sangat pantang larang dan peraturannya…takkanlah aku kena pakai baju kurung, mestike?....” kata Jehan antara percaya tak percaya.
“ Tak adalah sampai macam tu maksud aku….bak kata orang, pakai sesuatu yang menutup aurat. Kalau pakai yang seksi…orang datang bukan nak membeli tapi nak tengok apa yang ditonjolkan….itu dah masuk bab mendatangkan ke arah maksiat tu….berdosa. Lagi pun kawasan ni kan ramai juga mat-mat bangla…. Dia orang tu tak kira siapa…janji perempuan…. Dan lagi satu, dari segi kementerian kesihatan, jurujual kena tutup kepala  bagi mengelakkan rambut jatuh dalam makanan!” Kata Aida lagi.
Jehan terdiam. Memang betul kata Aida, kawasan ni ramai juga mat bangla sebab simpang kat depan tu ada projek perumahan baru, ramai pekerja bangla  dan indon bekerja di situ. Jadi adalah empat lima orang dah datang membeli nasi lemaknya semalam. Dia orang pun tengok dia lain macam je….tersengih-sengih macam kerang busuk. Menyampah betul!
“ Kalau macam tu….minggu depan aku pinjam baju kurung dan juga tudung kau, boleh?....aku mana ada baju kurung…kalau ada pun sepasang dua je, itu pun ada kat rumah orang tua aku….aku dah janji tak akan jumpa mereka sepanjang 3 bulan ni!” kata Jehan.
Aida dan Marina saling berpandangan.
“ Boleh tak ni?” tanya Jehan bila dua temannya saling berpandangan. Macam tak bagi pinjam je!
“ Boleh….kau pilih aje yang mana kau nak….tudung pun, ambik aje mana kau berkenan tapi…” kata-kata Aida terhenti di siti.
“ Tapi apa?”
“ Kau pastike nak pakai baju kurung dan bertudung semata-mata nak jual nasi lemak!” suara Aida. Sebenarnya dia sendiri tak percaya bahawa Jehan sanggup menerima usulnya, yang tadi tu dia saja-saja je nak bagi cadangan. Tak sangka pula Jehan nak menerimanya. Kalau sebelum ini mana dia pernah tengok Jehan pakai baju kurung, apa lagi nak bertudung.
Jehan menggaru-garu kepala. Marina hanya diam sejak tadi. Sebenarnya dia sedang menganalisa apa yang berlaku pada kawannya yang satu ini.
“ Kalau dah itu caranya, terpaksalah aku ikut!” Jehan mengeluh panjang.
Aida dan Marina tiba-tiba melambak tawa.
“ Kau ni Jehan….kelakarlah!.....sanggup kau ikut cadangan aku tu semata-mata  nak elak dari cadangan papa kau tu kan.!” Kata Marina.
“ Ah ! sudahlah…aku nak pergi mandi. Nanti, jangan lupa bagi tahu kat jiran depan rumah korang ya!” kata Jehan sebelum berlalu.

***********

“ JEHAN!”
Bulat mata Marina sebaik sahaja melihat Jehan keluar dari bilik. Dia segera menerpa ke arah Jehan sambil tersenyum.
“ Apasal?....kau nampak hantuke?” soal Jehan membalas pandangan Marina. Hampir nak terkeluar biji matanya saat memandang wajah Jehan.
“ Kau ni Jehan…kawan aku?” tanya Marina sambil memegang kedua bahu Jehan. Sungguh dia tak percaya gadis yang sedang berdiri di hadapannya adalah Jehan, temannya yang dikenali sejak bertahun-tahun.
“ Ya, aku…Jehan. Kawan kau…kenapa ni?...kau dah hilang ingatanke apa?” tanya Jehan sambil berkerut dahi.
Marina ketawa.
“ Aida, mai jap…tengok ni!” laung Marina membuatkan Aida segera muncul di hadapan mereka macam superman.
“ Apa hal yang kecoh pagi-pagi ni….nanti kena complain dengan jiran sebelah, baru korang tahu!” rungut Aida. Bukan main terkejut lagi dia bila mendengar laungan Marina, macam bini tarzan aje lagaknya!
“ Tengok!” Marina menayangkan Jehan di hadapan Aida.
Terlopong mulut Aida saat terpandang wajah Jehan.
“ Kau ni…Jehan….biar betul!” kata Aida.
“ Akulah…..korang ingat jelmaan jembalangke apa?” Jehan mendengus. Menyampah melihat gelagat 2 temannya. Buat-buat tak kenallah pulak. Menyampah!
“ Ya Allah, kawan aku!” Aida segera memeluk tubuh Jehan.
“ Kenapa dengan korang berdua ni….dah kena sampuk ke apa?” rimaslah dengan perangai dia orang berdua ni.
“ Tak adalah….kau ada tengok muka kau kat cermin tak tadi?” tanya Aida dengan wajah teruja.
“ Tengoklah…kalau tak tengok macam mana aku nak pakai tudung!” balas Jehan dengan muka selamba badak.
“ Ha…itulah kau….” Kata Aida.
“ Apasal pulak…aku pakai tudung senget ke atau terbalik?” tanya Jehan. Peliklah korang ni.
“ Kau tahu tak…kau nampak cantik sangat pagi ni…aku betul-betul tak percaya yang berdiri kat depan aku ni adalah kawan aku yang bernama Nur Jehan…lain sangat. Sesuailah dengan watak perempuan melayu terakhir!” kata Marina dan turut di sokong oleh Aida. Kemudian mereka berdua tergelak-gelak. Jehan menarik muka masam. Mengutuk aku la tu!
“ Alah , biasa je…baju dan tudung  ni kan hak kau…aku pinjam je!” kata Jehan dengan gaya berjauh hati. Yalah….siapalah dia, hanya menumpang dan meminjam.
“ Aku tahu….tapi  sumpah, kau betul-betul cantik. Aku rasa mana-mana lelaki yang tengok kau…pasti terpikat. Yalah…sebelum nikan penampilan kau macam brutal…tiba-tiba berubah macam ni….!” Kata Aida sambil membelek-belek tubuh Jehan. Masih lagi sukar nak percaya yang dia akan melihat Jehan berbaju kurung.
“ Korang baru sedarke yang aku ni cantik!....lambatlah korang ni….aku dah lama tahu pun tak kecoh macam korang berdua ni!” Jehan mula riak.
Marina dan Aida mencebik.
“ Amboi! Puji sikit dah lupa daratan!” tempelak Marina sambil mencebik muka.
“ Sebenarnya….aku nak ucapkan terima kasih pada korang berdua kerana menyedarkan aku. Aku sebenarnya dah lama nak ubah penampilan tapi…..entahlah….mungkin ini adalah satu petunjuk dari Allah. Terima kasih untuk korang berdua!” Jehan segera memeluk kedua  temannya.
“ Dahlah….nanti kau lewat nak berniaga….kau dah letak semua makanan dalam kereta?” kata Aida.
“ Dah!...aku pergi dulu!” kata Jehan dan segera berlalu.
  Syukurlah…akhirnya dia berubah!” kata Aida perlahan. Dia lega dan gembira dengan perubahan itu. Tak sangka Jehan bertekad untuk menerima saranannya itu.
“ Harap-harap dia akan kekalkan apa yang dia pakai hari ni!” sokong Marina.
“ Ya, aku pun harap begitu!” sambung Aida sambil tersenyum.

**************

JEHAN memulakan tugas hariannya seperti biasa,  minggu ini adalah adalah minggu ke empat dia berniaga dan bermakna sudah sebulan dia menempel muka kat tepi jalan ni sambil menjual nasi. Tak sangka ya dan masuk hari ni sudah dua minggu juga dia di bantu oleh kak Senah. Walaupun baru dua minggu dia berkolaborasi dengan kak Senah, tapi dia seronok kerana kak Senah seorang yang cekap dan pandai pula berkomunikasi dengan pelanggan. Senyuman sentiasa terukir di bibirnya walaupun terpaksa melayan kerenah pelanggan yang pelbagai.
“ Aduh, adik manis…hari ini banyak cantik!” tiba-tiba muncul satu mamat bangla yang telah memperkenalkan diri sebagai Surya walaupun tidak di pinta.
“ Mahu bikin apa ini hari?” tanya Jehan tanpa memandang wajah Surya yang sudah tersengih-sengih.
“ Macam biasa….adik manis punya nasi lemak mau bikin abang Surya senang hati!” kata mamak bangla itu.
Jehan berkerut dahi. Dia memandang sekilas wajah kak Senah. Kak Senah hanya tersenyum sambil tangannnya lincah mencedok nasi dagang untuk pelanggan yang ada di hadapannya. Mungkin dia mendengar kata-kata Surya itu. Dia pun dah kenal dengan Surya walaupun baru berada di situ dua minggu. Mana tidak, setiap hari lelaki itu akan menjadi pengunjung tetap atau lebih tepat menjadi pengunjung pertama yang berada di situ. Kadang-kadang naik menyampah pula Jehan menegoknya apalagi bila dia sanggup menolong Jehan memunggah barang-barang dari dalam van suami kak Senah.
“ Apa pasal nasi lemak saya boleh buat you senang hati?” tanya Jehan acuh tak acuh tapi tangannya lincah memasukkan nasi lemak ke dalam bekas polisterin. Lagi cepat dia selesai, lagi cepatlah mamat bangla ni beredar. Dah tak tertahan menahan bau  yang amat kurang menyenangkan dari mamat bangla itu. Peritnya hidung menahan bau badan. Busuk dan tengik….wek!
“ Nasi lemak adik manis banyak sedap…bikin abang kenyang sepanjang hari!” balas mamak Surya sambil menayang senyum manis, dengan harapan senyumannya itu bisa memikat gadis itu.
Jehan mencebek.
“ Dah siap…harga macam biasa….RM5” Jehan menghulurkan plastic dan duit bertukar tangan.
“ Kak Senah rasa mamat Surya tu suka sangat kat Jehan….sampai sanggup menunggu di sini sebelum kita sampai!” kata kak Senah sebaik sahaja tiada pelanggan yang singgah di gerainya ketika itu.
“ Hish….tak kuasalah Jehan….macamlah tak ada makhluk lain kat muka bumi ni selain dari mat tengik tu!” kata Jehan.
“ Mat tengik?    Apasal dengan nama tu?” kak Senah merenung wajah Jehan.
“ Tak tahanlah dia punya bau badan….up sikit dari bau longkang…tak sanggup Jehan nak duk dekat….macam tak cukup nafas nak hidu, naik semput….dah di kira bab pencemaran bau!” balas Jehan sambil menutup kueh dengan plastic bagi mengelakkan terkena debu.
Kak Senah mula gelak sakan sambil menekan-nekan perut.
“ Hish akak ni….gelak tak ingat dunia….bukannya lawak pun!” Jehan mengeleng kepala.
“ Memanglah Jehan tengah buat lawak….jangan benci sangat kat si Surya tu…nanti di bomohnya Jehan, terus ikut dia balik ke Bangladesh….mahu!” kak Senah bersuara sambil menahan senyum.
“ Akak…tak baik tau doakan yang macam tu….tapi kalau dia tersalah jampi….terkena pulak kat kak Senah…sanggupke ke kak Senah ikut si Surya tu balik Bangladesh dan tinggalkan suami dan anak-anak kat sini!” kali ini giliran Jehan pula sengaja mengenakan kak Senah.
“ Eh! Adake boleh tersalah jampi?.....” kak Senah mula keliru. Blur semacamaje muka dia. Mungkin tengah membayangkan situasi kalau berlaku! Jehan mula menyimpul senyum. Padan muka kak Senah.
“ Tak mahulah akak….!” Tanpa sedar kak Senah bersuara.
  Kalau tak mahu…jangan cuba nak kenengkan Jehan dengan mat tengik tu lagi!” kata Jehan.
“ Yalah….” Kak Senah mula mengalah.

*************

BUNYI deruan motor berkuasa besar yang berhenti di tepi jalan membuatkan pandangan mata Jehan terus ke arah situ. Bulat matanya memandang motor besar itu. Bukan hanya Jehan yang menengok, beberapa oang pelanggan yang ada di situ turut menoleh ke belakang. Mungkin mereka nak tengok siapakah pemilik motor mengaum  tadi. Hish, rasa tak sabar pula nak tengok tuan punya motor besar itu. Dan bestnya dapat naik motor besar macam tu. Dah lama dia mengidam nak naik tapi tak pernah ada kesempatan.
“ Dik, mana lauknya?....takkanlah akak nak makan nasi aje!” suara perempuan yang tiba-tiba menusuk ke telinga Jehan membuatkan pandangan Jehan terus ke muka wanita itu.
“ Er…maaf ya kak!” Jehan segera memohon maaf bila menyedari nasi lemak yang di hulurkan kepada wanita itu hanya nasi, tiada lauk. Ah! Malunya. Wanita itu sudah mengeleng kepala. Geram barangkali.
“ Nak menjual nasike nak menggatal!” sela wanita itu dengan muka selambanya bila tangan Jehan lincah memasukkan lauk ke dalam polisterin milik wanita itu.
“ Amboi, akak….tak sayang mulutke!” balas Jehan membuatkan muka wanita itu berubah. Hmm…baru dia kenal siapa aku…ingat aku takutke?
“ Berapa?” tanya wanita itu sambil membuka dompet.
“ Akak punya RM 5, tapi pasal mulut akak yang tak sempat nak beli insurans tu….saya bagi diskaun, RM 4 saja!” dua orang pelanggan yang turut berada di situ sudah mula melebar senyum.
Wanita itu menghulurkan wang RM 5 dan cepat-cepat Jehan memulangkan bakinya sebelum wanita itu berlalu pergi.
“ Encik nak apa?” tanya Jehan pada lelaki yang usia 30-an itu.
“ Macam biasalah….abang nikan pelanggan tetap!” kata lelaki itu lagi sambil melemparkan senyum.
“ Nasib baik encik ni baik….kalau perangai encik ni macam akak tadi….sure, hari ni dapat makan nasi lemak lauk selipar jepun!” kata Jehan dengan muka selamba membuatkan lelaki itu segera melepas tawa.
Sambil menyediakan nasi di dalam polisterin, mata Jehan sempat memandang ke arah pemilik motor tadi. Wow! Dia punya gaya….menawan habis. Macho man, bukannya tomato man. Belum tengok mukanya lagi! Kak Senah pun nampaknya tak menang tangan melayan permintaan pelanggan yang datang makin ramai.
“ Terima kasih…datang lagi!” ucap Jehan selepas menerima wang bayaran.
“ Cik, tolong bungkuskan nasi lemak 2 ya, kalau boleh yang special punya!” tiba-tiba lelaki yang bermotor besar itu bersuara sebaik sahaja dia berhadapan dengan Jehan. Terpegun seketika Jehan di buatnya sebaik saja matanya terpandang wajah itu. Kacaknya! Penampilannya cukup bergaya dengan jaket kulit. Beberapa saat Jehan terpaku di buatnya. Nasib baik air liur tak meleleh keluar. Control….control…. dalam hati sudah ada melodi lagu Hindustan humko hamise chura lo macam cerita Mohabattien lakonan Shahrukh Khan, cuma….yang lelaki di hadapannya ini lebih kacak berganda-ganda dari Shahrukh Khan.
“ Ya…” Jehan perasan tangannya sedikit menggigil bila dia memegang polisterin. Aduh! Malunya kalau lelaki itu tengok. Eh! Dia memang perasan pun tangan Jehan sudah menggigil. Bibirnya mula mengorak senyum. Aisey man….dia punya senyuman….manisnya, kalah gula pasir 1 kg.
“ Dah siap!” dua bekas polisterin di masukkan ke dalam plastic dan tangan Jehan segera menghulur ke arah lelaki itu.
“ Berapa?” tanya lelaki itu sambil mengeluarkan dompetnya.
“ RM10”
“ Nah!” lelaki itu segera menghulurkan wang kertas RM10 dan terus berlalu.
“ Dik…bagi akak nasi kerabu satu dan nasi lemak 2 ya!” suara akak yang berbaju biru itu membuatkan Jehan kembali kalut mencapai polisterin. Sambil itu sempat lagi matanya mencuri pandang ke arah lelaki yang bermotor besar itu berlalu pergi dengan bunyi ngauman yang mampu menggegarkan hati Jehan.
`Harap-harap aku dapat jumpa dia lagi!` doa Jehan sambil tersenyum.
“ Amboi!....adik manis punya senyum bikin abang Surya senang hati mau bikin kerja ini hari!” suara teguran itu mampu membuatkan nafas Jehan mula semput. Tahu sangat siapa punya suara kalau dia tak sebut nama pun. Apa lagi bila hidungnya mula terhidu bau aroma yang biasa. Tengikla….Ingatkan dia demamke apa, tak nampak batang hidung pagi ni…lega, tapi sangkaannya meleset, mamat tengik ni tetap ada.
“ You punya macam biasa ya?” tanya Jehan.
“ Ini yang bikin abang Surya makin sayang sama adik manis….adik manis tahu apa yang abang Surya suka!” tersengih-sengih si Surya ni menayangkan giginya yang putih melepak, agaknya kalau test skrin untuk iklan ubat gigi Darlie, pasti di terima.
“ Hari ini bikin tambah lagi satu bungkus….kasi 6 ya, adik manis!” kata Surya.
Jehan mengangguk. Kalau boleh, Jehan mahu lelaki itu cepat berlalu pergi.
“ Terima kasih….besok, kita jumpa lagi ya!” kata Surya sebelum berlalu, nak muntah Jehan bila lelaki itu mengenyitkan matanya sambil menayang senyum. Ah! Aku sikit pun tak heran dengan senyuman mamat tengik ni walaupun senyumannya sampai ke telinga. Tetap tak menarik.
“ Ha…sudahlah kau Jehan….malam ni pasti Jehan mimpikan si Surya tu!” usik kak Senah yang turut melihat apa yang di lakukan oleh mamat bangla itu.
“ Tak kuasa nak layan si mamat tengik tu….” Jehan menjeling tajam. Lainlah kalau dia mimpikan lelaki motor besar tadi, setiap malam pun tak apa…I rela you…..
`Amboi! Kau Jehan….gatal ya! kutuk hatinya sendiri.

********

SEBUAH kereta kancil warna putih berhenti di tepi jalan. Pintu di buka dan keluarlah seorang lelaki. Jehan mengeluh perlahan. Ingatkan dapatlah dia melihat motor besar hari ni…alih-alih kereta kancil je. Tak apalah…asalkan tuannya sama. Lelaki itu macam semalam, nampak kacak walaupun hari ni dia hanya mengenakan kemeja lengan pendek warna biru muda dan seluar hitam. Masa ni sempatlah Jehan cuci mata sebab pelanggan tiada. Tadi baru aje beredar 3 orang pelanggan yang kebiasaannya menjadi pelanggan tetap. Nampaknya pelanggannya bertambah lagi seorang. Semalam singgah dan hari ini pun singgah. Harap-harap akan berterusan sampai tempoh perjanjiannya dengan papa tamat. Doa Jehan.
Lelaki itu melangkah penuh gaya ke arah warung Jehan. Dari jauh Jehan sudah menayang senyum. Tapi yang bestnya, senyumannya berbalas. I suka….I suka…jerit Jehan dalam diam. Jehan buat perangai…mengenyam.
“ Cik, bagi saya nasi lemak special 2 ya…macam semalam!” ujar lelaki itu.
“ Baik!” Jehan segera mencapai polisterin. Hari ini tanggannya dah tak menggigil lagi. I`m professional tau!
“ Erm…mana motor besar yang semalam?” Jehan memberanikan diri bertanya.
“ Oh! Motor tu….tu motor pinjam” beritahu lelaki itu sambil bibirnya mengukir senyum.
“ Oh! Motor pinjam. Kancil yang saudara tambat kat tepi jalan tu pinjam juga ke!” sela Jehan.
“ Mana ada saya tambat kancil kat tepi jalan…” lelaki itu nampak keliru.
“ Maksud saya…kancil putih kat depan sana tu….saudara punya, atau pinjam juga!” Jehan tergelak kecil. Tak sangka lurus pulak lelaki ni.
Lelaki itu menoleh ke balakang akhirnya dia melepas tawa. Tahu sangat apa yang dimaksudkan oleh Jehan itu.
“ Oh!...kancil buruk tu….kereta itu memang saya yang punya!” ujar lelaki itu dengan muka segan.
“ Encik kerja apa ya…..semalam bukan main bergaya dengan jaket dan motor besar, hari ni…er…nampak biasa je!” Jehan mula bersikap peramah. Terpaksa. Perasaan ingin tahu siapakah lelaki itu membuak-buak sejak di pertemuan pertama. Hati bagaikan digeletek untuk mengetahui siapakah lelaki ini. Malam tadi, tidurnya bermimpikan wajah lelaki ini. Syukurlah….nasib baik, kalau timbul muka Surya, mesti pagi tadi dia muntah hijau, loya!
“ Erm….kerja round kawasan!” beritahu lelaki itu dengan muka selamba.
Round kawasan?....encik ni, YB ke?” tanya Jehan terkejut. Mestilah kerja jadi wakil rakyat kalau meronda kawasan. Takkan polis peronda pulak.
Lelaki itu tergelak menampakkan gigi yang tersusun kemas.
“ Lambat lagi nak jadi YB, rasanya tak ada yang nak mengundi saya…” lelaki  itu bersuara.
“ Habis!”
“ Kerja dispatch je…” lelaki itu sekali lagi bersuara.
“ Dispatch pun satu pekerjaan yang baik juga, asalkan jangan jadi perompak dan penjahat sudah” ujar Jehan.
`Sayangnya! Muka punyalah kacak….kerja sebagai dispatch aje!....ingatkan pegawai besar ke apa?`
“ Berapa ya?” tanya lelaki itu bila Jehan menghulurkan plastic.
“ RM 10”
“ Nah!”
“ Terima kasih!” ucap Jehan.
Lelaki itu terus berlalu tapi beberapa saat kemudian dia datang semula.
“ Er….boleh saya tahu nama cik?” lelaki itu bertanya.
“ Jehan!” beritahu Jehan.
“ Hm…cantik nama tu….padan dengan orangnya!” ujar lelaki itu.
“ Tak nak tahu anak siapa, nombor telefon atau alamat sekalike?” tanya Jehan, sengaja nak mengenakan lelaki itu.
“ Tak perlu….” Kata lelaki itu membuatkan muka Jehan berubah. Malunya, macam buat promosi aje.
Nope….I mean…not now….esokkan masih ada….jadi, saya punya sebab untuk terus datang ke sini lagi!” kata lelaki itu sambil mengenyitkan mata macam yang pernah di buat Surya sebelum ini. Hati Jehan sudah ada melodi macam semalam….hari ini sudah bertukar lagu….I`m in heaven when you kiss me - nyayian ATC.
“ Aik….dalam hati dah ada tamanke?” tiba-tiba suara kak Senah kedengaran berbisik di telinga Jehan. Hampir-hampir Jehan nak melatah. Dia bukannya boleh terkejut. Cepat aje nak melatah.
“ Bukan setakat taman bunga….tapi dah jadi kebun bunga dah….apa?  jealousla tu!” Jehan mengenakan kak Senah.
“ Kesian si Surya tu…menangis tak berlagu la dia nanti….silap haribulan…..jadi macam Kasim Selamat dalam Ibu mertuaku!” kak Senah buat muka simpati.
“ Biarkan….kalau kak Senah mahu….kak Senah terima aje si Surya tu, jadikan dia kekasih gelap….dia pun memang dah gelap….pasti abang Daud tak perasan dan tak nampak punya lah!” usik Jehan sambil tergelak. Seronok dapat mengenakan kak Senah.
“ Kamu Jehan….nanti tak pasal-pasal menjanda kamu di sini esok!” kata kak Senah menarik muka masam.
“ Menjanda? Jehan ni kawin pun belum….kenapa tetiba menjanda pulak!” dahi Jehan sudah berkerut.
“ Kak Senah akan cuti esok….jadi Jehan menjual kat sini sorang-sorang….tak ada kawan nak temankan!” kata ka Senah menyatakan maksudnya.
Bulat mata Jehan memandang wajah kak Senah yang sudah senyum simpul.
“ Alah kak Senah….tak rock la macam ni….kalau kak Senah merajuk nanti….abang Daud lari cari lain, kak Senah juga yang meranakan!” usik Jehan.
“ Jehan….kau ni kan…” kak Senah sudah bercekak pinggang sambil mengacip gigi. Mukanya dah merah. Aduh! Kak Senah marahlah….
Sorry….Jehan minta maaf….Jehan sayang sangat kat kak Senah. Jehan tak usik kak Senah lagi tapi janji….kak Senah jangan asyik nak kenengkan Jehan dengan mamat bangla tu…tak suka. Tapi kalau dengan abang kacak  yang ada kancil putih tadi….tak apa. Jehan suka….suka sangat!”  kata Jehan.
“ Hish…kamu ni” kak Senah mengeleng kepala beberapa kali.

************

HARI Sabtu dan Ahad Jehan memang cuti. Jadi hari itu dia punya masa untuk berehat sepenuhnya. Ada ketika dia keluar membeli belah bersama Aida dan Marina. Dan hari ni mereka bercadang ke Mid Valley untuk cuci mata. Aida dan Marina pun dah lama tak bershopping keperluan diri. Selalunya mereka pergi ke pasar borong membeli keperluan Jehan untuk berniaga.
“ Jehan, aku tengok sejak kebelakangan ini kau asyik senyum aje, ada apa-apa yang kau sembunyikan dari kamike?” tanya Aida semasa mereka meninjau blause di sebuah kedai pakaian.
“ Tak adalah, aku biasa aje!” balas Jehan menyembunyikan perasaan.
“ Jangan tipulah….tengok lubang hidung kau pun aku dah tahu yang kau ada sembunyikan sesuatu dari aku!” Aida merenung wajah Jehan yang mula nampak kalut.
“ Kenapa dengan lubang hidung aku…tambah satu lagi ke?” tanya Jehan berpura-pura meraba lubang hidungnya seolah-olah lubang hidungnya ada tiga.
“ Jangan nak kelentonglah….kau tangkap cinta sama mat bangla yang namanya Suryakan!” tembak Aida sambil menaikkan keningnya.
“ Hish…tak kuasa aku nak tangkap cinta dengan mamat bangla tu….menyampah adalah!” dengus Jehan dengan muka sebal, apa lagi di matanya sudah membayangkan rupa Surya yang sedang tersenyum.
“ Habis….dengan mamat kancil putihla ya!” sambung Marina.
“ Eh! Mana korang tahu semua ni?....korang pasang cctv kat warung akuke?” berkerut dahi Jehan merenung muka kedua temannya yang sudah menayang senyum.
“ Jadi…betullahkan” kali ini Marina pula menaikkan keningnya.
“ Dia customer aku ajelah!” Jehan menaikkan muncungnya.
“ Siapa dia?”Aida mula mengorek rahsia.
“ Entahlah….dia tak cakap apa-apa pun pasal diri dia….aku cuma tahu dia kerja sebagai mat dispatch aje…yang lain, aku tak tahu!” beritahu Jehan.
Memang itu kebenarannya. Hampir setiap hari lelaki itu akan singgah ke warungnya membeli nasi lemak 2 bungkus, kadang-kadang sampai 5 bungkus. Katanya ada orang kirim dan tak lupa juga dia memuji nasi lemak Jehan sedap. Ketika itu, kembang lubang hidungnya  sampaikan  ibu gajah pun boleh masuk. Tapi yang tak bestnya, lelaki tu macam menyembunyikan siapa dia yang sebenarnya. Nama pun tak pernah kasi tahu. Kedekut. Bukannya aku nak pinjam nama dia pun.
“ Apa namanya?” tanya Marina makin berminat.
“ Entah, dia tak nak bagi tahu…takkanlah aku nak merayu nak dapatkan namanya!” kata Jehan dengan rasa terkilan.
“ Kata kak Senah, lelaki tu handsome sangat….betulke setiap kali dia singgah kat warung tu…kau pasti gelabah!”  kata Aida lagi.
“ Oh! Jadi….kak Senah lah pembawa cerita ni ya….kurang asam punya kak Senah!” Jehan mengetab bibir.
  Habis tu…kau ingat  aku pasang cctv lah ya…tak ada maknanya aku nak buat kerja bodoh tu!” balas Aida.
Jehan memeluk tubuh sambil mendengus.
“ Kau nikan tak ada pengalaman bercinta…apa kata kau jadikan lelaki tu sebagai eksperimen pertama kau….” Cadang Marina.
“ Eksperimen kepala otak kau….tak ada faedahnya…kau ingat papa aku boleh terimake kalau menantu dia kerja sebagai dispatch aje?...papa aku tu berpangkat Datuk dan dia bangga sangat dengan pangkat tu. Jatuhlah status dia nanti depan kawan-kawannya!” sangkal Jehan. Bukan dia tak kenal perangai Datuk Safwan. Sampaikan kedua abangnya tak berani nak lawan cakap papa. Main ikut aje macam lembu kena cucuk. Sampaikan soal jodoh mereka pun papa yang tentukan.
“ Bukan nak jadikan dia tu suami ke apa….cuma kawan aje…mana tahu ada keserasian antara korang. Cinta tu tak mengenal batasan. Tapi kalau kau rasa cadangan ni tak boleh diterima,….kau terima aje cadangan papa kau tu…!”
“ Ini yang susahnya….kau tak rasa aku ni macam timba mencari perigi ke atau perigi mencari timba?”
“ Er…perigi mencari timba kot!” Aida menggaru-garu kepala. Yang mana satu betulnya. Aku pun dah terconfuse ni.
  …lagi pun, mana tahu kalau lelaki tu dah kawinke…ataupun dah ada kekasih…. Aku tak nak cari masalah!” Kata Jehan sedikit buntu.
“ Hmmm…betul jugak. Kau tanya ajelah lelaki tu!” cadang Marina.
“ Hish…segan aku!” Jehan menggaru-garu kepalanya.
Selepas penat berpusing, mereka singgah di KFC. Dah lama juga tak pekena ayam KFC. Hari ini Jehan berbesar hati untuk membelaja kedua temannya makan.
“ Assalamualaikum!” satu suara mampu mematikan perbualan mereka yang sedang rancak. Terkulat-kulat mereka bertiga memandang wajah di hadapan, Jehan apalagi. Rasa macam nak menyorok bawah meja aje. Malu! Aida dan Marina macam nak meleleh air liur melihat makhluk yang sedang berdiri di hadapan mereka ini.
“ Ops…saya mengganggu kalianke?” lelaki itu bersuara sambil memandang ketiga-tiga perempuan yang menghuni di meja itu dengan wajah berkerut. Secara automatic, tangan kanannya meraba wajahnya.
“ T…tak….erm…” Jehan terlebih dahulu bersuara. Tergagap nak menyusun kata.
“ Boleh saya duduk…?” lelaki itu meminta kebenaran.
“ B…boleh, silakan!” kata Aida.
“ Tempat lain dah penuh…saya datang ke meja ni sebab saya kenal dengan cik Jehan ni!” kata lelaki itu sambil memandang wajah Jehan.
“ Oh…kau kenal lelaki ni!” mata Aida tepat merenung wajah Jehan.
“ Er…dia….dia salah seorang custermer aku!” beritahu Jehan.
“ Aw…custermer….” Senyum Marina dah lain macam dah. Ini yang buat Jehan makin gelisah. Dahlah hatinya dah ada melodi baru….I`m in love nyanyian John the Whistle. Macam mana melodi hatinya sering kali bertukar setiap kali dia berjumpa lelaki ini. Parah…parah…
` Jehan, kau kena jumpa doctor pakar  hati ni!`
“ Saya Ariff.” lelaki itu memperkenalkan diri sambil melemparkan senyum tapi yang pasti senyuman itu lebih di tujukan ada Jehan.
  Jadi…En. Ariff ni seorang diri atau sedang tunggu kawan atau pun girlfriend…mungkin!” suara Marina.
“ Tak…cuma kebetulan datang ke sini…tak sangka dapat jumpa cik bertiga ni!” kata Ariff.
“ Saya Aida,…ini Marina dan yang cantik manis ni…of couse la…Jehan!” Aida memperkenalkan diri.
“ En. Ariff ni kerja apa ya?” ramah pula Aida bertanya. Ariff yang sedang mencubit ayam terhenti.
Just call me, Ariff.  Saya….saya hanya dispatch!” beritahu Ariff perlahan.
“ Hah…jadi…Ariff ni tuan punya kancil putih ya!” bulat mata Marina mencelah.
“ Er…macam mana Marina tahu pasal kancil putih tu?” Ariff terus terpaku menatap wajah Marina.
“ Kawan kita ni dah angau kat tuan punya kancil putih tu…sejak kebelakangan ini asyik tersengih-sengih aje….agaknya setiap malam dia mimpikan awak, Ariff!” bukan main ramah lagi Marina bercerita membuatkan muka Jehan dah bertukar merah.
“ Aduh!” jerit Marina tiba-tiba.
Jehan mengukir senyum. Marina dah tahu sangat siapa yang punya angkara memijak kakinya.
“ Er…Ariff kerja kat mana ya….manalah kot-kot kami nak buat lawatan nanti…kami ni cuma bagi pihak empunya diri aje. Sebab tuannya segan nak bertanya!” kata Aida.
Jehan rasa lubang hidungnya dah berasap. Tak guna punya kawan. Sanggup malukan aku! Jaga korang nanti.
“ En. Ariff, jangan di layan sangat mereka berdua ni….terlebih peramah. Dulu pernah bercita-cita nak jadi wartawan tapi di tolak sebab tak cukup syarat” Jehan mencelah.
“ Oh ya ke?...kalau cik bedua ni betul-betul nak jadi wartawan. Saya ada kawan yang boleh rekemenkan!” Jehan menepuk dahi. Apasal bangang sangat mamat ni!
Aida dan Marina menahan gelak.
Perbualan mereka terganggu dengan bunyi telefon. Ariff mencapai telefonnya.
Exercuse me…saya kena pergi sekarang…..mungkin kita jumpa lagi ya!” Ariff terus tergesa-gesa pergi.
“ Pergh….dia punya phone lebih canggih daripada kita, betulke dia tu dispatch….entah-entah dia kelentong aje!” Aida bersuara.
“ Ya lah…nampak gaya pun bukan mat dispatch!” sokong Marina sambil mengangguk-angguk kepala.
“ Ah! Lantak dialah…janji dia tak kacau korang!” kata Jehan.
“ Tapikan Jehan…Ariff tu memang handsomelah…kalah Imran yang kau tergila-gilakan dulu. Patutlah kau dah angaukan dia….aku pun macam dah berjangkit sama!” kata Aida.
“ Kau jangan…si Ariff tu Jehan dah booking….takkanlah kau nak bermadu kot….yang si Zahid tu kau nak campak kat mana?” Marina mencelah.
“ Dia belum jadi milik aku lagi. Lagi pun bila masanya aku booking dia ha!” kata Jehan lagi.
“ Sebelum kau booking dia…aku rasa dia dah booking kau awal-awal. Tengok aje cara dia pandang kau tadi, aku tahu…aku kan dah ada pengalaman!” kata Marina.
“ Lantak kaulah…aku nak balik. Jom!” Jehan terlebih dahulu mengangkat punggungnya.

**************

 PEJAM celik pejam celik, tempoh 3 bulan sudah pun tamat. Semalam Jehan telah pun   mendapat panggilan telefon dari papanya.
“ Aida, Rina….aku nak ucapkan terima kasih pada korang berdua…tak lupa juga buat kak Senah. Tanpa korang, aku tak ada pengalaman yang cukup bermakna seperti apa yang telah aku lakukan selama tempoh 3 bulan ni. Ini duit share untuk korang berdua. Aku harap korang dapat terima dengan senang hati…terlebih dan terkurang, aku minta halal ya!” Jehan menghulurkan 2 sampul berisi wang.
“ Kak Senah, kalau kak Senah mahu…kak Senah boleh teruskan membuka warung tu…apa saja barang yang kak Senah mahu, kak Senah gunakanlah ya!” Jehan menghampiri kak Senah. Tak lupa juga dia turut menyerahkan satu sampul surat untuk kak Senah.
“ Terima kasih Jehan. Kak Senah pun rasa seronok pula berniaga. InsyaAllah kak Senah akan menyambung tugas Jehan di warung tu ….cuma kak Senah rasa terkilan sikit!” kak Senah berwajah muram.
“ Kenapa? Kak Senah tak cukup modalke?”
“ Tak…pasti Surya tu rindukan Jehan dan tak adalah orang yang nak bantu  punggah barang-barang tu lagi!”
“ Alah kak Senah ni…mintaklah abang Daud tolong. Kalau Surya tu tolong…nanti tak pasal-pasal dia bergaduh dengan abang Daud pulak. Kalau ada kesempatan, Jehan datang tolong!” kata Jehan.
“ Jehan, apa rancangan kau selepas ni?” tanya Aida sebelum Jehan bertolak untuk pulang ke rumah.
“ Erm….aku akan fikirkan kemudian. Apa-apa hal, aku akan contact korang nanti!” kata Jehan.
“ Macam mana hubungan kau dengan Ariff?” soal Aida.
“ Kami hanya kawan aje…” balas Jehan lemah.
“ Aku rasa dia serius nak kawan dengan kau tapi…” kata Aida.
“ Aku faham maksud kau. Aku tak nak menaruh sebarang harapan. Lagi pun kami baru aje kenal…”
“ Okaylah…aku pergi dulu. Nanti kita jumpa lagi!” kata Jehan.

**********

JEHAN memakirkan MyVi nya di halaman rumah. Sebuah beg sederhana besar dikeluarkan dari bonet keretanya. Jehan melangkah ke muka pintu dan membukanya perlahan. Kepulangannya di sambut oleh mak Piah. Bukan main gembira lagi mak Piah menyambut kepulangannya. Mereka berpelukan erat.
“ Rindunya mak Piah kat Jehan ni!” mak Piah mencubit pipi Jehan.
“ Jehan pun rindukan mak Piah. Mana semua orang?....maksud Jehan, mama dan papa… selalunya abang Rihduan sama abang Helmi sekeluarga akan datang hujung minggu. Hari ini macam sunyi aje!” liar mata Jehan memerhati setiap penjuru ruang rehat itu.
“ Mama dan papa Jehan baru aje pergi rumah kawan papa Jehan, namanya Tan Sri Firdaus. Ridhuan dan Helmi tak jadi datang sebab masing-masing ada hal. Sekarang ni cuma tinggal mak Piah seorang. Nasib baik Jehan balik, bolehlah temankan mak Piah” ujar mak Piah.
“ Jom, kita duduk kat sana tu…” Jehan memimpin tangan mak Piah ke halaman rumah.
“ Jehan nak minumke?...mak Piah buatkan!”
“ Tak payahlah. Jehan tak dahaga pun. Cuma Jehan rindu sangat dengan mak Piah…3 bulan tak jumpa mak Piah…rasanya macam 3 tahun!” Jehan melentok kepala di bahu mak Piah. Sejak dari dulu, dia memang manja dengan mak Piah kerana mak Piah sentiasa melayan kerenah dan kehendaknya.
“ Boleh tak pagi esok, Jehan masakkan nasi lemak?...teringin juga nak merasa nasi lemak hasil tangan Jehan!” kata mak Piah.
“ Boleh. Mak Piah punya pasal…Jehan sanggup masakkan!”
  Hm…ada apa-apa berita terbaruke?”
“ Pasal apa?” tanya mak Piah.
“ Pasal apa-apa aje. Tapi kalau boleh, berita yang menarik…tak nak dengar berita yang membosankan!” sepanjang 3 bulan dia keluar dari rumah itu, pastinya ada sesuatu yang berlaku dalam keluarga Datuk Safwan.
“ Berita yang menarik…” mak Piah menggaru-garu kepala di balik anak tudung yang di pakainya.
“ Takkanlah tak ada langsung….macam mak Piah kena pinang dengan pak cik Sallehke atau apa-apa ajelah!” mak Piah tertawa.
Jehan selalu mengusik dia dengan pak cik Salleh, driver Datuk Safwan. Mentang-mentangkah kedua-duanya berstatus janda dan duda. Jehan…Jehan…mak Piah tergelak sendiri.
“ Hari tu…mak Piah ada dengar perbualan antara papa dan mama Jehan. Beria-ria papa Jehan nak jodohkan Jehan dengan anak kawan papa Jehan, iaitu Tan Sri Firdaus tu!” mak Piah bersuara.
“ Hah! Apa dia?...boleh mak Piah ulang balik apa yang mak Piah cakap tadi!” Jehan memandang wajah mak Piah dengan muka yang cukup serius. Naik takut mak Piah di buatnya. Segera mak Piah menelan liur yang tersekat.
“ Jehan akan dijodohkan dengan anak Tan Sri Firdaus…itu pilihan papa Jehan. Dah lama mereka sepakat , masa Jehan masih belajar di university lagi. Itu sebabnya papa Jehan tak benarkan Jehan bercinta semasa Jehan masih belajar!” apa yang disampaikan oleh mak Piah membuatkan dada Jehan semput. Patutlah papa beria-ria melarang dia berkawan dengan mana-mana lelaki sebelum ini. Kononnya papa dah lama buat perancangan untuk menjodohkan dia dengan anak Tan Sri Firdaus. Sampai hati papa buat dia macam ni. Macam mana agaknya tindakan papa kalau dia bagi tahu yang sekarang dia sukakan seseorang, papa boleh terima tak?
“ Jehan…kenapa ni?...sedih aje mak Piah tengok. Jehan tak suka ya?” mak Piah dapat meneka apa yang sedang di alami oleh Jehan saat ini.
“ Kenapa papa kejam sangat dengan Jehan. Papa tak boleh buat Jehan macam ni…ini soal masa depan Jehan!” Jehan menahan sebak.
“ Sabarlah…perkara ini masih boleh di bawa berbincang. Jangan tuduh papa Jehan kejam…papa Jehan hanya mahukan yang terbaik untuk Jehan kerana dia sayangkan Jehan. Itu sebabnya dia mencari jodoh yang terbaik untuk Jehan. Jodoh yang boleh memberi kebahagiaan untuk Jehan, yang boleh membimbing Jehan ke arah kebaikan!” pujuk mak Piah.
“ Tapi…Jehan pun dah ada pilihan Jehan sendiri!”
Mak Piah terdiam. Dia sudah kehilangan kata. Dia kenal dengan perangai Jehan, anak gadis ini akan lakukan apa saja yang dia mahu. Dan tidak mustahil kalau dia melakukan sesuatu yang boleh memalukan orangtuanya nanti.
“ Mak Piah harap…Jehan tak buat keputusan melulu. Bincang elok-elok…atau setidak-tidaknya Jehan cuba kenal dulu orangnya. Jehankan tak pernah jumpa dengan anak Tan Sri tu…mana tahu dia tu kacak macam Anuar Zain ke?” mak Piah cuba memujuk sambil berseloroh.
“ Macam Anuar Zain?...tak mahulah…Jehan tak suka dan tak minat Anuar Zain…mak Piah ajelah yang gantikan tempat Jehan!”
“ Boleh aje…kalau dia mahukan mak Piah tapi masalahnya mahukah dia dengan perempuan tua yang nak menopause ni!” terlopong mulut Jehan mendengar mak Piah menyebut perkataan Inggeris ` menopause`.
“ Hebat juga mak Piah ni…tahu perkataan orang putih…menopause lagi!” Jehan mula tergelak-gelak.
“ Alah…mak Piah ada terdengar perbualan mama Jehan dengan kawan-kawan dia. Adalah satu dua perkataan yang dia orang selalu sebut…mak Piah pun terikut sama!” mak Piah turut tergelak.
Mereka berdua terus berbual. Mak Piah pula sedaya upaya cuba menarik perhatian Jehan agar tidak membicarakan soal jodohnya. Kali ini perbualan mereka lebih berkisarkan tentang masakan. Nampaknya kali ini, Jehan betul-betul berubah. Bukan main semangat dan terujanya anak gadis itu ingin mengetahui dan mencuba pelbagai jenis masakan. Nampaknya 3 bulan dia keluar dari banglo itu memberikan impak yang besar. Tapi yang pasti, perubahan ke arah kebaikan. Alhamdulllah.

*********

SELEPAS makan malam, Jehan di minta oleh Datuk Safwan untuk ke ruang rehat. Katanya ada perkara yang ingin di bincangkan. Datin Rabiah pun turut serta. Bukan main gembira lagi hati Datin Rabiah sebaik sahaja melihat Jehan ada di banglo mereka. 3 bulan dia menahan rindu menatap wajah anak bongsu kesayangannya. Satu-satunya anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Datuk Safwan.
“ Jehan…” Datuk Safwan mencelah kesunyian di ruang rehat itu.
“ Ya papa!” sahut Jehan perlahan. Hatinya mula rasa berdebar. Takut apa yang bakal Datuk Safwan utarakan nanti akan menimbukan pertelingkahan antara mereka.
“ Jehan tahukan tempoh yang Jehan minta hari tu sudah tamat…papa percaya Jehan dah mampu penuhi permintaan Jehan hari tu!” duga Datuk Safwan.
Jehan tersentak, matanya terus terpaku menatap wajah mamanya yang hanya membisu.
“ Maksud papa?” Jehan cuba memberanikan diri bertanya.
“ Pasal taruhan tu…” Datuk Safwan menyandarkan badannya di sofa.
“ Oh , pasal tu!...Jehan minta diri kejap!” Jehan terus berlalu.
Tidak lama kemudian Jehan meuncul semula di ruang itu. Sampul surat putih yang ada di tangannya di hulurkan pada Datuk Safwan.
“ Surat apa ni?” Datuk Safwan merenung sampul surat itu dengan dahi berkerut. Datin Rabiah juga nampaknya teringin benar untuk mengetahui isi kandungannya sampai lehernya panjang menjenguk sampul yang di pegang oleh suaminya.
“ Bukalah…papa akan tahu apa isi dalamnya!”
Dengan rasa tak sabar, tangan Datuk Safwan segera di masukkan ke dalam sampul surat itu dan menarik keluar isinya. Terdiam seketika di saat matanya menatap kepingan wang kertas RM50 di tangannya.
“ Itu adalah duit modal RM2000 yang papa bagi hari tu dan RM1000 lagi adalah keuntungannya. Sebenarnya keuntungannya lebih dari itu tapi Jehan dah agihkan pada kawan-kawan Jehan yang membantu Jehan sepanjang 3 bulan ni!” ujar Jehan.
Datuk Safwan memandang wajah isterinya yang sudah tersenyum lebar. Gembira kerana anak perempuannya ini berjaya merealisasikan impian dan sekaligus memenuhi cabaran dari suaminya.
“ Tahniah, Jehan…mama bangga dengan Jehan. Itulah bang, suka sangat memperlekehkan anak kita. Sekarang dia dah dapat kalahkan abangkan!” kata Datin Rabiah.
“ Hmm…papa percayakan anak papa. Jadi sekarang…apa rancangan Jehan?...nak kerja dengan papa atau nak teruskan dengan apa yang Jehan buat?” Datuk Safwan bertanya.
Jehan mengeluh perlahan.
“ Jehan akan kerja dengan papa mulai minggu depan…dalam seminggu ni Jehan nak berehat dan nak buat persiapan sebelum mulakan kerja!” kata Jehan.
“ Baguslah…papa senang mendengarnya. Setidak-tidaknya papa juga ada masa untuk menyiapkan tempat untuk Jehan!” tersenyum lebar Datuk Safwan mendengar persetujuan Jehan untuk bekerja dengannya.
“ Tapi pasal jodoh….”
“ Papa dah uruskan. Tak lama lagi Jehan akan bertunang!” terlopong mulut Jehan di buatnya. Sah! Papa buat hal lagi.
“ Papa tak boleh buat Jehan macam ni…ini tak adil. Soal jodoh adalah soal masa depan Jehan…jadi biarlah Jehan yang tentukan!” tegas Jehan menahan sebak.
“ Papa ada hak selagi Jehan adalah anak papa. Apa yang papa lakukan adalah untuk kebaikan Jehan…untuk masa depan Jehan!” tegas Datuk Safwan pula, menangkis kata-kata Jehan. Datin Rabiah diam tak berkutik, mama memang macam tu. Hanya menjadi pendengar dan pemerhati. Mama hanya akan masuk campur bila perbualan mereka mula menjadi sengit.
“ Papa…berilah Jehan peluang untuk memilih siapa yang Jehan suka. Selama ini Jehan dah banyak mengalah dengan papa walaupun ada kalanya Jehan memberontak!” rayu Jehan.
Datuk Safwan mendengus. Nafasnya sudah turun naik.
“ Jadi, sekarang ni Jehan dah ada pilihan sendiri?” soal Datuk Safwan.
Jehan terdiam. Nak kata ada, sebetulnya tak ada. Nak kata tak ada, terpaksalah dia menerima saranan papa. Namun, saat ini seakan-akan terbayang wajah Ariff di matanya. Perlukah dia mengambil risiko ini dengan memperkenalkan lelaki itu sebagai pilihannya. Bolehkah papa terima? Dan bagaimana dengan Ariff sendiri?
“ Tak ada…tapi Jehan ada kenal dengan seorang lelaki baru-baru ni dan Jehan memang sukakan dia!” kata Jehan perlahan antara yakin dengan tidak yakin.
Datuk Safwan mengangguk perlahan.
“ Ok…kenalkan dengan papa!” apa yang keluar dari mulut papanya membuatkan Jehan segera menelan liur.
“ Kenapa?...” soal Datuk Safwan bila mendapati Jehan keresahan.
“ Er…tapi Jehan tak yakin yang papa dapat terima dia!” kata Jehan.
“ Kenapa?” soal Datuk Safwan lagi. Kali ini matanya tepat memandang wajah Jehan yang cukup keresahan.
“ Jehan cuma kenal nama dan tahu pekerjaannya saja…yang lain, Jehan tak tahu!” akui Jehan.
“ Apa namanya dan apa pekerjaannya?” soal Datuk Safwan yang berlagak macam polis pencen menyoal Jehan.
“ Namanya Ariff dan dia hanya bekerja sebagai dispatch aje!” Jehan menunduk wajah.
Tidak lama kemudian, terdengar tawa Datuk Safwan memenuhi ruang rehat itu. Jehan dan mamanya saling berpandangan. Hairan. Apa yang lucunya sampaikan Datuk Safwan ketawa beria.
“ Abang…apa yang tak kena dengan budak tu?” soal Datin Rabiah hairan.
  Cik Yah oi….awak tak dengar ke kata-kata Jehan tadi. Lelaki yang macam tu yang jadi pilihan dia….memang kelakar dan bikin hati abang geli.” Balas Datuk Safwan dengan tawa yang masih bersisa.
“ Kalau itu yang jadi piihan dia…kita terima aje. Asalkan anak kita bahagia!” kata Datin Rabiah.
Jehan diam. Sungguh dia terasa hati dengan sikap papanya seolah-olah memperlekehkan pilihannya.
“ Papa dah carikan jodoh yang terbaik untuk Jehan…handsome, anak Tan Sri yang berkelulusan luar negara lagi…dan ada sijil master, malah  kerjanya juga hebat….tapi Jehan menolak. Lelaki yang tidak diketahui asal usulnya dan hanya bekerja sebagai mat dispatch itu yang di pilihnya. Tak ke kelakar namanya” kata Datuk Safwan sambil mengeleng kepala.
“ Ini soal hati dan soal perasaan. Tak ada kena mengena dengan pangkat dan darjat, pa!” bela Jehan.
Datuk Safwan diam.
“ Baiklah…papa nak jumpa budak tu!” akhirnya Datuk Safwan bersuara.
“ Erm…macam mana kalau dia tak dapat jumpa papa?” tanya Jehan.
“ Hebat sangatke budak tu sampaikan papa nak jumpa dia pun…kena buat appointment dulu!” sindir Datuk Safwan membuatkan Jehan menelan liur. Sebenarnya bukan itu yang menjadi masalah Jehan. Macam mana dia nak hubungi Ariff kalau nombor telefon lelaki itu dia tak tahu. Tempat kerjanya juga dia tak tahu. Ariff hanya datang ke warungnya untuk membeli nasi lemak. Mereka tak berkesempatan untuk berbual panjang kerana pelanggan sentiasa ada. Takkan dia terhegeh-hegeh nak minta nombor telefon lelaki itu sedangkan lelaki itu sendiri tidak berminat untuk mendapatkan nombor telefonnya. Pelik! Tapi…betulkah dia menjadikan Ariff sebagai lelaki sandarannya demi mengelakkan di jodohkan dengan lelaki  pilihan papanya.
Jehan mula teringatkan perbualannya dengan Ariff sebelum ini.
 “ Tak nak tahu anak siapa, nombor telefon atau alamat sekalike?”
“ Tak perlu….” Kata lelaki itu membuatkan muka Jehan berubah. Malunya, macam buat promosi aje.
Nope….I mean…not now….esokkan masih ada….jadi, saya punya sebab untuk terus datang ke sini lagi!” itulah kata-kata yang di terimanya membuatkan dia segan untuk meminta nombor Ariff. Dan setiap hari juga lelaki itu akan datang membeli nasi lemaknya seperti yang dikatakan. Dan sekarang dia penasaran, di mana harus dia mencari lelaki itu untuk ditemukan dengan papanya dalam masa yang terdekat.
“ Papa bagi masa seminggu…kalau Jehan tak dapat bawa budak tu jumpa papa, Jehan kena terima saranan papa untuk bertunang dengan anak Tan Sri Firdaus!” kata Datuk Safwan mematikan lamunan Jehan.
“ Papa…papa tetap nak buat taruhan macam yang papa lakukan sebelum ini?” kata Jehan. Kerana taruhan papanya, dia sanggup menjual nasi lemak selama 3 bulan dan dia berjaya. Tapi, bolehkah dia berjaya selepas ini?
“ Kalau Jehan gagal?” tanya Jehan seolah-olah meletakkan dirinya di tali gantung.
  Jehan tahu apa yang Jehan sepatutnya terima!” kata-kata papanya membuatkan Jehan menunduk. Terasa tubuhnya sudah tidak  bermaya.

***************

AIDA memandang Marina yang duduk bersantai di kerusi sambil memeluk bantal kecil. Matanya tertumpu pada skrin tv yang menayangkan filem Hindustan lakonan Shahrukh Khan dan Preety Zinta dan kebetulan Aida terkena deman selsema. Kiranya Jehan datang ni melawat temannya dan sekali gus cuba mencari jalan penyelesaian tentang masalahnya.
“ Kak Senah ada cakap yang Ariff dah tak datang membeli kat warung lagi sejak kau berhenti cuma itulah…si Surya, dah 3 hari demam sebab rindukan kau…aku rasa dia dah ketagih nasi lemak kau tu!” kata Marina dan sekilas menoleh ke arah Jehan yang sudah mencebik.
“ Aku tak kesah pasal mat bangla tu…yang jadi masalah sekarang, di mana aku nak cari si Ariff tu…esok, last day…kalau aku tak jumpa juga dia, terpaksalah aku terima cadangan papa aku tu!” Jehan menggaru-garu kepala.
“ Kau terima ajelah jodoh kau kau dengan anak Tan Sri tu….kalau aku, aku terima aje. Kau juga yang cakap papa kau bagitahu yang anak Tan Sri tu handsome, belajar sampai luar negara, ada master lagi, kerja pun bagus…ha, apa lagi yang kau nak. Kalau aku…memang tak fikir panjang, tak payah nak berpenat lelah menjual nasi lemak kat tepi jalan semata-mata nak terima cabaran….lagi pun, takkanlah kau nak jadikan si Ariff tu kambing hitam, kau tak kesianke kat dia?” kata Marina lagi.
“ Kau tak faham. Aku tak nak seluruh hidup aku di kongkong oleh papa aku. Aku nak kebebasan… apa lagi melibatkan soal masa depan aku!” bela Jehan.
“ Kau yakinke yang kau boleh hidup bahagia dengan si Ariff?...kau sedar tak yang dia tu cuma dispatch?...apa yang boleh dia berikan pada kau ?....rumah, kereta, duit!” kata Marina cuba menyedarkan Jehan agar menerima apa yang di sarankan oleh papanya.
“ Betul kata Rina tu…dari kecil sampai besar, kau hidup dalam kemewahan. Apa saja yang kau nak, kau dapat…tapi bila kau dah memilih lelaki pilihan kau yang mungkin papa kau tak berkenan…kau rasa, kau mampu bahagiake?....pilihan orangtua, biasanya adalah pilihan yang terbaik walaupun ada juga yang tersasar. Kau sepatutnya bersyukur dengan apa yang kau ada…jangan  jadi bak kata pepatah, yang dikejar tak dapat, yang dikendong pula keciciran, kau nak begitu?” sambung Aida.
“ Lagi pun…kau baru aje kenal si Ariff tu…belum tahu hati budinya. Janganlah menaruh harapan yang terlalu tinggi…kalau jatuh, kau juga yang sakit!” tambah Aida lagi.
“ Korang berdua ni macam pakar kaunseling pulak ya!” kata Jehan.
“ Kami cuma bagi pendapat dan saranan untuk kau kau berfikir. Tapi..semuanya terpulang pada kau. Ada baiknya kau solat istikharah…semoga dapat petunjuk dari Allah!” Aida memandang wajah Jehan.
“ Apa pun aku nak ucapkan terima kasih pada korang berdua. Selama ini korang dah banyak bantu aku…aku tak akan lupakan korang berdua!” kata Jehan sebelum beredar.
  Dan jangan lupa, kami nak jadi orang pertama yang mendapat kad jemputan kau nanti!” usik Marina.
“ Aduh!” Marina menggosok kepalanya yang sakit akibat di luku oleh Jehan.
  Kad jemputan apanya…” Jehan tergelak kecil.
“ Aku balik dulu…apa-apa hal…aku akan roger korang berdua nanti!” kata Jehan sebelum berlalu meninggalkan perkarangan rumah teres satu tingkat itu.
Sebaik saja keluar dari kawasan taman itu, Jehan singgah di 7eleven untuk membeli top up.
“ Assalamualaikum!” salam itu hampir-hampir membuat Jehan terkejut.
“ Waalaikumussalam…awak?” bibir Jehan mengorak senyum. Tak sangka yang dia dapat bertemu dengan lelaki itu. Hampir seminggu dia penasaran menanti khabar dari lelaki itu.
“ Buat apa kat sini?” tegur Ariff.
“ Beli top up. Awak?” Jehan memandang wajah Ariff. Lelaki itu nampak santai mengenakan t`shirt putih dan seluar jeans. Mata Jehan melurut ke bawah seketika…dan selipar jepun yang sudah lusuh berharga RM 2.50.
“ Ini!” Ariff  menunjukkan sebungkus roti gardenia.
“ Awak apa khabar?” tanya Jehan.
“ Baik…awak?”
Jehan tergelak.
“ Baik…” balas Jehan.
“ Awak dah tak jual nasi lemak lagi?” tanya Ariff.
“ Tak…saya dah berhenti. Sekarang saya dah dapat kerja baru dan saya juga dah tinggal semula dengan keluarga saya” beritahu Jehan sambil menyandarkan badan di keretanya.
“ Baguslah…” kata Ariff perlahan.
“ Bagus?...kenapa bagus?....saya ingatkan awak akan sedih sebab lepas saya berhenti jual nasi lemak tu…kita tak akan jumpa lagi!” kata Jehan dengan rasa pelik.
`Dan saya pasti akan rindukan awak….tiada lagi melodi di hati saya selepas ini!`
“ Kenapa pulak saya nak sedih….sebab lepas ni kita akan lebih kerap bertemu!” kata Ariff sambil mengukir senyum. Kakinya menguis-guis debu di tar.
“ Awak ni pelik….tapi saya suka kawan dengan awak!” kata Jehan perlahan.
“ Saya lagi suka dapat kenal dengan awak…dapat cakap dengan awak, dapat dengar suara awak dan yang paling special…dapat makan nasi lemak awak. Sedap sangat. Seminggu saya tak rasa nasi lemak awak….rasa hidup saya tak lengkap!” kata Ariff.
` Amboi, Boleh tahan juga mamat ni mengayat!....boleh lulus sirim papake ni?`
“ Ariff, sebenarnya…dah dekat seminggu saya mengharap agar dapat bertemu dengan awak…tak sangka…harapan saya termakbul hari ini. Saya bersyukur sangat!” kata Jehan.
Ariff memandang wajah Jehan dengan dahi berkerut.
“ Ya ke?...kiranya saya ni penting jugaklah untuk awakkan….awak ada termimpikan saya tak dalam seminggu ni?….saya, tiap-tiap malam mimpikan awak!” kata-kata Ariff itu membuatkan wajah Jehan terasa panas. Malu dan segan.
“ Boleh saya minta tolong awak?” kata Jehan selepas menelan liur beberapa kali.  Betulkan tindakan yang bakal dia  ambil ni? Macam mana kalau lelaki ini menolak?...di mana dia nak sorokkan mukanya selepas ini?
“ Minta tolong?...tolong apa tu?” tanya Ariff seperti berminat.
“ Tolong jumpa papa saya dan cuba anggap diri awak tu sebagai kekasih saya, boleh?” terasa peritnya nak menelan liur.  Malunya, hanya Allah yang tahu. Terasa diri macam hidung tak mancung, pipi pula yang tersorong-sorong.
Ariff terdiam. Jehan mula keresahan.
 `Agaknya apa tanggapan lelaki itu terhadapanya ya!`
“ Maaf…anggap saja awak tak dengar apa yang saya cakapkan tadi!” Jehan mengetap bibir.
Ariff pula nampak blur dan tergamam, agaknya terkejut bila Jehan tiba-tiba menarik balik kata-katanya tadi.
Sorry, saya ada hal…dan mulai sekarang, anggap aje kita tak pernah kenal dan awak lupakanlah apa yang saya cakapkan tadi ya….saya pergi dulu!” Jehan tergesa-gesa masuk ke dalam kereta MyVinya dan terus berlalu meninggalkan Ariff tercegat di situ seperti orang yang tersedar dari  mamai.
“ Bodoh….bodohnya aku!” Jehan mengetuk kepalanya beberapa kali.
“ Aku harap aku tak akan jumpa dia lagi….malunya!” Jehan mengutuk diri sambil menumbuk-numbuk streng keretanya.

****************

DATUK Safwan meletakkan semula cawan di atas piring jenama vantage selepas meneguknya perlahan. Jehan yang berada di depannya menunggu dengan penuh debar.
“ Betul…Jehan akan ikut saranan papa tempohari?” tanya Datuk Safwan agar dia lebih yakin selepas Jehan menyerahkan keputusannya.
“ Ya, Jehan ikut saranan papa. Kalau papa rasa, lelaki itu adalah jodoh yang terbaik untuk Jehan…Jehan terima asalkan papa bahagia!” kata Jehan.
“ Sayang…papa buat semua ni bukan untuk diri papa, tapi untuk Jehan….untuk kebahagiaan Jehan kerana papa yakin anak Tan Sri Firdaus mampu membahagiakan Jehan” Datuk Safwan mengeluh lega. Akhirnya Jehan akur pada saranannya.
“ Tapi pa…kami tak pernah jumpa, apa lagi kenal….bolehkah kami bahagia?” Jehan mula khuatir.
“ Anak Tan Sri Firdaus tu dah kenal pun dengan Jehan…cuma Jehan yang tak kenal dia.  Dia pun dah lama sukakan Jehan….kalau dia tak sukakan Jehan, buat apa papa nak paksa Jehan terima dia…dan dia pun dah janji dengan untuk membahagiakan Jehan!” tersenyum lebar bibir tua itu saat berbicara hal ini.
“ Tak adillah….dia dah kenal Jehan…tapi Jehan tak kenal pun dia!” Jehan menarik muncung.
  Dia kenal pun sebab dia tengok gambar Jehan….kan hari tu, papa dah bagi gambarnya kat Jehan, tapi  Jehan terus koyak aje gambar tu….jangan nak salahkan orang lain pulak!” kata Datuk Safwan.
 Jehan terngadah. Memang beberapa bulan yang lepas, papa ada menyerahkan satu sampul surat padanya. Katanya, dalam tu ada gambar calon suaminya. Yang dia pula, tanpa memikirkan apa-apa…terus mengoyak sampul itu tanda protes. Sekarang…dia juga yang rugi.
` Perlukan dia adakan perjumpaan untuk mengenali lelaki itu?`
“ Jehan jangan risaulah…Jehan pasti akan jumpa dia dan papa yakin yang Jehan akan terima dia!”  Datuk Safwan bersuara.
“ Kalau Jehan tak suka dia?....Jehan boleh tolak?” Jehan main tarik tali.
“ Ya…Jehan boleh tolak….dan lepas ni…papa tak akan masuk campur lagi. Siapa pun calon yang Jehan bawa dan Jehan suka, papa akan terima…papa janji!” Datuk Safwan mengangkat tangan seolah-olah membuat ikrar dan janji.
“ Janji ya…!” kata Jehan lega.
“ Ya, sayang. Papa janji…papa dah tua, dah tak larat nak bertekak dan bertaruh  macam dulu….” Kata Datuk Safwan.
“ Papa…Jehan minta maaf kalau selama ini Jehan banyak susahkan papa. Jehan tahu papa adalah papa yang terbaik. Jehan sayangkan papa!” Jehan menghampiri Datuk Safwan. Tangan tua itu di capai dan di kucup perlahan. Bibir Datuk Safwan mula mengorak senyum. Jauh di lubuk hatinya, dia terharu. Ternyata, anak gadis yang di sangkakan suka memberontak dan keras hati….sebenarnya adalah anak yang baik dan menurut kata.

*************

JEHAN menarik nafas seketika selepas memakirkan keretanya. Hari ini dia akan memulakan kerjanya yang baru sebagai eksekutif pemasaran. Kata papa, kalau kerjanya memuaskan, dia akan di naikkan pangkat sebagai ketua eksekutif. Dengan langkah penuh yakin dia menuju ke pintu masuk syarikat milik papanya. Dan langkahnya terus terhenti beberapa langkah dari pintu masuk. Ya, motosikal yang terpakir berdekatan pintu masuk itu benar-benar menarik perhatiannya. Dia segera merapati motosikal besar berkuasa tinggi dari jenama BMW. Sebuah motosikal yang cukup mahal dan mewah. Pasti pemiliknya juga seorang yang hebat. Tapi….inikan motosikal yang pernah dilihatnya sebelum ini. Milik siapa ya? Aku mesti cari tahu ni!
“ Selamat pagi cik Jehan!” ucap Salmiah selaku penyambut tetamu. Dan semestinya dia sudah mengenali Jehan sebagai anak pemilik syarikat itu.
“ Selamat pagi. Saya baru kerja hari ni…boleh saya jumpa papa saya?” kata Jehan sambil melemparkan senyum.
“ Ya,  sekejap ya!” Salmiah segera menghubungi PA Datuk Safwan menyatakan tentang kedatangan Jehan.
“ Silakan cik Jehan, Datuk ada di biliknya!” beritahu Salmiah.
“ Terima kasih!” ucap Jehan dan terus menuju ke lif.
Sebaik saja lif berhenti di tingkat 15, Jehan terus melangkah keluar. Dengan langkah yang cukup yakin dan bergaya, meja wanita yang berbaju kurung dan bertudung  itu di hampirinya.
“ Assalamualaikum, kak Sofia…!”
“ Waalaikumussalam…Jehan. Jehan nampak cantik sangat hari ni…sopan bila bertudung macam ni!” puji Sofia bila melihat penampilan Jehan yang mengenakan kemeja pink, blazer hitam dan juga seluar hitam, manakala tudungnya warna hitam dan pink. Memang nampak sepadan.
“ Terima kasih. Kak Sofia pun nampak cantik hari ni!” tersenyum Sofia menerima pujian dari Jehan. Bukan main terkejut dia menerima kunjungan dari Jehan hari ini walaupun dia sudah diberitahu bahawa Jehan akan memulakan kerja hari ini. Tapi penampilan Jehan dengan bertudung membuatkan dia benar-benar tergamam. Setahunya, Jehan sukar nak mengenakan pakaian yang begini, apa lagi nak mengenakan tudung.  Nampaknya anak gadis Datuk Safwan sudah berubah. Syukurlah.
“ Papa ada?” tanya Jehan.
“ Ada, masuklah…memang Datuk menunggu kedatangan Jehan!” ujar Sofia.
“ Jehan masuk dulu!”
Jehan mengetuk pintu beberapa kali sebelum mendengar suara membenarkan dia masuk. Perlahan-lahan tangannya memulas tombol pintu dan membukanya perlahan. Sebaik sahaja kakinya berada di muka pintu, Jehan menarik nafas. Sangkanya , Datuk Safwan keseorang. Tak sangka pula dia punya tamu. Bukan seorang, tapi dua orang.
“ Assalamualaikum!” Jehan segera memberi salam.
“ Waalaikumussalam….Jehan, masuklah. Papa memang menunggu kedatangan Jehan!” ujar Datuk Safwan sambil melebar senyum.
“ Papa ada tamuke?...maaf, kalau Jehan mengganggu!”  Jehan masih lagi berada di muka pintu.
“ Tak….masuklah!” kali ini Datuk Safwan bangun dan melangkah ke arah Jehan yang mula maju ke depan.
Bahu Jehan di peluk papanya.
“ Jehan…papa kenalkan…Tan Sri Firdaus!” Datuk Safwan memperkenalkan lelaki yang cukup bergaya di hadapannya dengan kot hitam. Lelaki yang diperkenalkan sebagai Tan Sri Firdaus itu segera bangun dan berhadapan dengan Jehan sambil mengukir senyum.
“ Apa khabar, Tan Sri?” Jehan menghulur tangan dan mencium tangan lelaki yang seusia papanya.
“ Baik, Alhamdulillah…uncle gembira kerana akhirnya uncle dapat berjumpa dengan Jehan!” ujar Tan Sri Firdaus ramah. Jehan turut mengukir senyum. Dalam pada itu matanya sempat menjeling ke arah seseorang yang asyuk menatap dokumen di tangannya. Sedikit pun tidak mempedulikannya. Sombongnya! Detik Jehan.
“ Dan kenalkan…ini anak Tan Sri Firdaus….lelaki yang papa nak jodohkan dengan Jehan!” ujar Datuk Safwan.
Lelaki yang asyik menatap dokumen tadi segera mengahkan kepala dan segera bangun.
“ Kenalkan…saya Ariff…Ariff Anaqi bin Firdaus!” nasib baik Jehan tak terjelepuk jatuh ke bawah bila tangannya sempat memegang bucu meja.
“ Awak???” bulat mata Jehan merenung wajah lelaki kacak dan bergaya di hadapannya. Nampak kemas dan segak mengenakan kot hitam yang hampir sama dengan bapanya.
“ Jadi….selama ini awak tipu saya!” Jehan hampir bertepik. Sungguh hatinya sakit dan pedih bila mengetahui kebenaran ini. Saat itu juga hatinya sudah punya melodi baru….I believe I can fly nyantian R. Kelly. Seandainya dia boleh terbang, ingin dia terus terbang jauh dari situ dan kalau boleh terus lenyap. Dan serentak dengan itu juga, kakinya melangkah laju meninggalkan bilik itu bersama deraian air mata.
“ Jehan…tunggu…” panggilan Ariff sudah tidak di pedulikan lagi. Laju kakinya melangkah ke arah lif.
“ Apasal lambat sangat lif ni nak bukak!” dengus Jehan.
“ Jehan…please….dengar dulu penjelasan saya!” rayu Ariff yang tiba-tiba muncul.
Jehan tetap buat tak peduli. Air matanya yang terus mengalir di sapu dengan kasar. Tangan Ariff yang cuba menyentuhnya cepat-cepat di tarik jauh. Dan ketika itu pintu lif terbuka dan Jehan terus masuk dan segera menekan tingkat 1. Ariff cepat-cepat masuk sebelum pintu lif tertutup. Dalam lif. Masing-masing diam membisu. Nasib baik hanya mereka berdua yang ada di dalam.
Ting! Pintu lif terbuka dan cepat-cepat Jehan melangkah keluar dan mengatur langkah laju.
“ Jehan….please….we need to talk….saya akan ceritakan semuanya pada awak…!” rayu Ariff dan dia berjaya mencapai tangan Jehan dari terus berlalu. Beberapa orang lalu lalang di ruangan itu menoleh ke arah mereka dengan hairan.
No….tak ada apa yang nak di jelaskan lagi. Awak dah permainkan perasaan saya….sampai hati awak buat saya macam ni!” kata Jehan menahan sebak.
“ Saya minta maaf…saya tahu saya salah…tapi bagilah kesempatan untuk saya jelaskan pada awak. Lepas ni, semuanya terpulang pada awak!” pujuk Ariff.
“ Ok…saya bagi awak peluang untuk menjelaskannya!” akhirnya Jehan bersuara selepas menarik nafas seketika.
Ariff mengukir senyum. Lega.
Ok…let`s go!” Ariff menarik tangan Jehan membuatkan Jehan terpingga-pingga.
“ Nak ke mana?” tanya Jehan.
“ Kita pergi makan…saya belum sarapan lagi!” kata Ariff.
“ Erm…sebelum tu…boleh saya tahu motor bmw yang terpakir kat depan pintu tu awak punyake?” tanya Jehan.
“ Oh, motor tu…yap, kenapa?” tanya Ariff sambil mengukir senyum.
  Motor awak…bukannya sebelum ni awak kata…motor pinjam?” tempelak Jehan.
Ariff menggaru-garu keningnya sambil tersengih.
“ Awak percayake mat dispatch mampu beli motor macam tu?” soal Ariff.
Jehan diam.
“ Mana kunci kereta awak?” tanya Ariff sambil menadah tangan. Ketika ini mereka berada di muka pintu utama.
“ Nak buat apa?” tanya Jehan.






  Takkanlah nak pergi naik motor tu. Lagi pun helmetnya ada satu….lain kali saya belikan helmet untuk awak. Saya tahu awak teringin nak naikkan!” Kata Ariff sambil memandang wajah Jehan. Jehan menelan liur.
` Macam mana dia boleh tahu aku minat nak naik motor tu….dia ni ada kuasa sixth sense ke?`
“ Nah!” Jehan menghulurkan kunci keretanya.

***************

“ JEHAN!” panggil Ariff  sebaik sahaja mereka mendapat tempat duduk di sebuah café yang terletak beberapa kilometer dari pejabat Jehan.
“ Ok…sekarang saya bagi awak peluang untuk jelaskan apa yang mahu awak jelaskan!” kata Jehan tegas.
  Apa yang awak nak tahu…atau awak mahu saya mulakan dari mana?” tanya Ariff sambil merenung wajah Jehan.
“ Terpulang pada awak!”
Ariff menarik nafas seketika. Kebetulan pelayan datang dengan membawa menu.
“ Bagi saya nasi lemak 2 dan milo panas 2!” Ariff membuat pesanan.
“ Baik, terima kasih encik!” pelayan itu segera beredar.
“ Kenapa nasi lemak?” tanya Jehan.
“ Dah lama saya tak makan nasi lemak. Sebenarnya saya rindukan nasi lemak awak. Apa kata besok awak masakkan untuk saya!” kata Ariff.
“ Tak kuasalah!” Jehan memeluk tubuh.
Please…awak tak kesianke dekat bakal suami awak ni!” pujuk Ariff.
“ Bakal suami?...jangan merepekla…bertunang pun belum…!” tenpelak Jehan.
“ Apa kata kita cepatkan tarikh pertunangan kita, lagi cepat kita bertunang…cepatlah kita kawin….nanti, hari-hari awak sediakan sarapan nasi lemak untuk saya!” kata Ariff memujuk.
“ Saya tak cakap pun saya terima awak !” tempelak Jehan.
“ Ya ke?....agaknya awak lupa kata-kata awak beberapa hari yang lepas…“ Tolong jumpa papa saya dan cuba anggap diri awak tu sebagai kekasih saya, boleh?”…bukanke awak dah lamar saya jadi kekasih awak masa tu?” kata Ariff.
Wajah Jehan mula merah.
“ Er…bukankah saya minta awak lupakan aje apa yang telah cakapkan pada awak!” Jehan menahan malu.
Ariff ketawa.
“ Tak….awak tak tahu apa yang saya rasa bila awak minta saya anggap diri saya sebagai kekasih awak. Saya suka sangat…tak dapat nak bayangkan tapi….selepas tu awak minta saya lupakan. Kalaulah awak tahu yang saya dah lama sukakan awak…pasti dah lama awak jadi milik saya!” kata Ariff.
“ Maksud awak?” tanya Jehan.
“ Sebenarnya dah lama orangtua kita nak jodohkan kita berdua. Ayah saya sanggup datang ke UK semata-mata nak tunjukkan gambar awak pada saya, masa tu saya dekat nak habis buat master. Sebaik saja saya tengok gambar awak….saya terus terpikat dan saya serahkan soal jodoh ini pada orangtua kita. Bila tamat master, saya terus balik sini. Tak sabar nak jumpa awak tapi ayah saya cakap awak tak suka di jodohkan dengan saya. Malah awak koyakkan gambar saya tanpa melihatnya terlebih dahulu. Saya jumpa papa awak dan minta restu darinya untuk menyunting awak sebagai isteri saya. Tapi bila awak dapat tahu, awak memberontak dan sanggup bertaruh dengan papa awak. Awak rela jual nasi lemak di tepi jalan dari bekerja dengan papa awak, apa lagi semata-mata nak mengelak dari di jodohkan.
Bila saya dapat tahu hal tu,  saya ambil keputusan untuk dekati awak. Saya menyamar sebagai dispatch sebab saya nak duga awak. Sanggupke awak terima lelaki yang rendah tarafnya sebagai jodoh awak. Dan ternyata firasat saya benar. Awak memang sukakan saya dan saya tahu awak tertunggu-tunggu kehadiran saya untuk beli nasi lemak awakkan?
Saya sentiasa memerhati awak, saya nak kenal siapa awak dari pandangan saya. Pertemuan kita di KFC dan di 7 eleven sebelum ini, bukannya secara kebetulan, saya sengaja mengekori awak!”
Jehan tunduk.
“ Tentunya awak tertanya-tanya kenapa saya tak minta nombor telefon awak walaupun saya menunjukkan minat saya pada awak!”
“ Ya, saya dah dapat agak. Sebab awak dah kenal saya dan awak dah tahu siapa sayakan!” tempelak Jehan.
Ariff mengukir senyum dan mengangguk perlahan. Mengiyakan kata-kata Jehan.
“ Jadi, selama ini awak dan papa saya berpakat untuk kenakan saya?” soal Jehan.
“ Tak, kami tak berpakat nak kenakan awak. Papa awak tak bersalah…kan saya dah cakap tadi yang saya dah jumpa papa awak untuk minta restu darinya untuk mendapatkan awak…itu aje. Jadi…dia serahkan semuanya pada saya. Terpulang pada saya  macam mana caranya untuk saya dapatkan awak!” jelas Ariff agar Jehan tidak menyalahkan Datuk Safwan.
Jehan mendengus perlahan.
“ Sebenarnya, papa awak cukup bangga dengan awak…malah dia memuji masakan awak. Nasi lemak awak memang superb.” Kata Ariff.
“ Macam mana papa boleh rasa?”
“ Awak lupa yang saya selalu beli nasi lemak awak….ada kalanya 2 bungkus dan ada kalanya juga sampai 5 bungkus. Kalau 2 bungkus tu…satu untuk saya dan satu lagi untuk papa awak. Bila saya beli 5, untuk saya, untuk orangtua awak dan orang tua saya!...mereka semua memang memuji nasi lemak awak!” kata Ariff.
Hidangan nasi lemak sudah tersedia di depan mata. Tanpa berlengah mereka terus menikmatinya.
“ Tak sesedap nasi lemak awak…” kata Ariff sambil mengunyah perlahan nasi lemak.
  Saya hargai pujian awak tu…masih banyak yang perlu saya belajar untuk jadi seorang isteri yang baik. Oleh itu, saya perlukan seorang pembimbing yang boleh membimbing saya ke arah kebaikan!”
  Kita akan saling cuba melengkapi antara satu sama lain. Saya suka dengan penampilan awak sekarang, manis bertudung. Saya hampir tak cam awak, kali pertama saya datang ke warung awak hari tu, maklumlah….masa saya tengok gambar awak dulu…awak tak bertudung!”
“ Awak cakap ni…macam awak yakin sangat yang saya terima awakkan!” kata-kata Jehan membuatkan suapan Ariff terhenti.
“ Er….jadi, awak tak terima saya?” wajah Ariff sudah bertukar menjadi keruh.
“ Kata papa…saya boleh tolak perjodohan ni kalau saya tak suka…” kata Jehan perlahan.
“ Oh!” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Ariff. Selera makannya sudah hilang.
“ Tapi…setelah saya tahu…jodoh yang papa tentukan untuk saya adalah awak…..saya rasa saya tak ada alasan untuk menolak!” tambah Jehan dengan nada tenang membuatkan Ariff terpaku mendengarnya dan secara tiba-tiba bibirnya menorak senyum.
“ Betul?...awak terima saya?” Ariff meminta kepastian dengan wajah ceria.
Jehan mengangguk perlahan bersama senyuman nipis.
“ Kalaulah awal-awal saya tengok gambar awak…tak adanya saya ambil keputusan untuk jual nasi lemak kat tepi jalan tu…penat tau berdiri berjam-jam….dahlah tu terpaksa melayan mat bagla tu lagi!” rungut Jehan tanpa sedar membuatkan Ariff ketawa.
“ Awak menyesal ya?....tidakkah awak fikir itu adalah hikmahnya. Kalau tak kerana awak jual nasi lemak tu…tak mungkin awak kenal saya!” kata Ariff.
` Hmm…betul jugak. Kerana hal tu, dia dah berubah…bukan hanya pandai memasak tapi juga sudah bertudung…` Jehan tersenyum.
“ Nanti kita bagitahu orangtua kita agar percepatkan tarikh pertunangan dan perkahwinan kita!” kata Ariff seperti tak sabar.
“ Awak tak rasa mendadak sangatke?...kita kan baru kenal!” sangkal Jehan.
“ Awak, bercinta selepas kawin lebih indah dan lebih berkat. Apa yang penting adalah keredhaan Allah dan kedua orangtua kita!” ujar Ariff.
“ Terima kasih sebab awak hadir dalam hidup saya!” ucap Jehan dengan rasa terharu.
“ Dan terima kasih juga kerana sudi menjadi suri hidup saya!” balas Ariff.
 Dan ketika ini, hatinya sudah bermelodi ….siap ada bunyi kompang dengan diiringi lagu BarakAllah, nyanyian Maher Zain.
` Terima kasih Ya Allah kerana temukan aku dengan lelaki ini!` doa Jehan penuh kesyukuran.

Tamat




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...