Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 15 February 2013

Diakah Mr. Perfect Aku? 2





Bab 2

A
MIN segera menegur Diya bila melihat adiknya santai mengenakan seluar panjang dan t`shirt sebaik sahaja dia sampai di rumah dari menjemput kawannya dari airport. Diya memandang penampilannya dengan dahi berkerut. Pn. Hasmah turut mengeleng kepala. Dengan adanya campurtangan dari ibu, terpaksalah Diya menukar pakaiannya. Dia turun semula dengan mengenakan sepasang baju kurung warna biru.
“ Ini barulah anak ibu!...cantik dan manis orangnya!” puji Pn. Hasmah.
“ Kawan abang tu datang cuma nak tengok muka Diya aje…bukannya datang dengan membawa rombongan merisik…tak perlulah nak bersopan sangat…hipokrit namanya tu!” ujar Diya.
“ Diya…kita ni orang melayu…kan kena beradab dan menghormati tetamu, itukan tuntutan agama…satu lagi, bila Diya nak pakai tudung ni?...Mazni yang lebih muda dari Diya pun tahu menutup aurat!” Pn Hasmah memulakan ceramah. Dia memandang sekilas wajah Mazni yang sedang menyusun gelas di dalam di dulang. Anak gadis yang berusia 15 tahun itu hanya diam. Tak berani nak membuka mulut. Dia sedar yang dirinya hanya menumpang dalam keluarga itu, jadi dia mesti pandai menmbawa diri.
“ Yalah…Diya tahu tu semua…apa-apa pun yang kita nak buat mestilah ikhlas dari hati, betul tak ibu?” balas Diya.
Pn. Hasmah mengeleng kepala. Dia terus ke dapur dan menyiapkan hidangan yang hampir siap. Nasib baik, Yanti yang merupakan pembantu rumah seorang yang boleh di harapkan. Ringanlah sikit kerja rumah. Mazni pun banyak membantu  dia di dapur. Sebelum ini, nak harapkan Diya!...hanya angan-angan sahajalah. Itu yang dia hairan bila Diya memohon kerja di hotel sebagai tukang bersih bilik. Macam mimpi. Tapi bila mengenangkan kerajinan Diya yang turut membantunya di dapur sehari dua ni, dia gembira. Mungkin ada kebaikan dan hikmahnya juga Diya bekerja di situ.
“ Sudahlah…mai tolong ibu ni…bawa hidangan ni kat atas meja di ruang makan tu….lambat siap, lambat pula kita makan. Kejap lagi ayah balik!” kata Pn. Hasmah.
“ Ibu…tembikai ni Maz potong ya!” Mazni mengangkat buah tembikai dan meletakkan di atas meja.
“ Tak payahlah…Maz tolong bawa hidangan ni kat ruang makan, susun dengan elok. Diya…tolong potong buah tembikai ni…jangan bagi hancur  pulak…!” kata Pn. Hasmah sambil memandang wajah Diya yang baru muncul di ruang dapur selepas membawa dua pinggan lauk ke ruang makan tadi.
“ Ya lah…macamla Diya tak pernah buat!” Diya mengherotkan mulutnya. Ibunya, suka sangat memperlekehkan dia. Mazni hanya mengukir senyum memandang wajah Diya yang masam mencuka.
Pn. Hasmah tersenyum. Dari ekor matanya dia melihat Diya mencapai pisau dan memotong buah tembikai kepada dua bahagian. Dalam diam, dia sengaja mahu mendidik anaknya itu supaya bijak menguruskan urusan di dapur. Perempuan, walaupun sebijak mana pun tahap pengajiannya, takkan lari dari menguruskan kerja dapur. Takkanlah nak mengharapkan pembantu rumah semata-mata. Bak kata orang…air tangan seorang isteri dan ibu adalah amat berharga demi menjaga kerukunan dan keharmonian rumahtangga.
Tidak berapa lama kemudian, En. Jamaluddin pulang dan dia terus menyertai Amin di ruang rehat. Pn. Hasmah mengangguk perlahan, lega kerana semua hidangan siap dan tersedia di atas meja. Kejap lagi bolehkah mereka makan bersama.
“ Kak Diya, kawan abang Amin tu handsomelah…Maz rasa, tentu kak Diya akan terpikat nanti!” bisik Mazni perlahan di telinga Diya.
“ Kalau Maz berkenan…Maz aje yang pikat dia!” balas Diya separuh berbisik.
Mereka berdua berbisik ketika menuangkan air ke dalam gelas. Malas Diya nak mengintai kawan abangnya itu. Nanti dikatakan dia yang melebih pulak!
“ Alah kak Diya ni…Maz ni masih sekolah lagi, bari 15 tahun…tak naklah terlibat dengan cinta. Maz nak belajar bersungguh-sungguh….kalau boleh Maz nak balas jasa ibu dan ayah dulu sebelum fikirkan soal cinta. Lainlah dengan kak Diya….dah habis belajar. Eloklah fikirkan pasal jodoh. Lagi pun sekarang ni…jodoh dah ada depan mata, tunggu nak terima aje!” kata Mazni sambil tersenyum.
Diya memandang wajah Mazni dengan dahi berkerut. Boleh tahan juga celoteh si Maz ni, mengalahkan si Jemy.
“ Kak Diya belum pun tengok orangnya….jadi, kak Diya tak naklah buat keputusan terburu-buru. Kalau ya pun….setakat tengok aje…tak ada maknanya kalau kita tak kenal hati budinya. Kata orang…bila kita cintakan seseorang…tak semestinya kita mengenalinya 100%. Dalam cinta, banyak kebohongannya.” Kata Diya memberi pendapat.
“ Sebab tu kak Diya kena bagi peluang untuk diri kak Diya mengenalinya….mana tahu, dia tu sebenarnya pilihan untuk kak Diya. Mungkin  juga, kawan abang Amin yang kat luar tu sebenarnya Mr. Perfect yang kak Diya tunggu selama ini!” terbeliak mata Diya mendengar kata-kata Mazni.
“ Eh! Macam mana boleh timbul perkataan Mr. Perfect ni….” Diya merenung wajah Mazni dengan hairan sambil mengherot mulutnya.
“ Telinga Maz ni masih berfungsi dengan baik. Maz dah selalu dengar sangat kak Diya sebut perkataan tu….kak Diya sedang tunggu Mr. Perfect hadir dalam hidup kak Diyakan!” Mazni tergelak kecil.  Akhirnya Diya turut tergelak sambil mengeleng kepala.
“ Bijak juga adik kak Diya ni!....sebab tu kak Diya sayangkan Maz!”  Diya memeluk erat tubuh Mazni sambil mengukir senyum.
“ Maz pun sayangkan kak Diya!” ucap Mazni sambil membalas pelukan Diya.
Sebelum kedatangan Mazni dan Fauzan, Diya cuma ada abang Amin. Kehadiran Mazni dan Fauzan menceriakan keluarga Diya. Sikap mereka yang pandai membawa diri itu membuatkan Diya menjadi matang dan bersikap lebih dewasa. Kalau sebelum ini dia merupakan anak yang yang manja dan nakal.
“ Diya, apa lagi yang di bualkan ni….dari tadi tak habis-habis lagi!” Pn. Hasmah tiba-tiba muncul mengejutkan Diya dan Mazni. Segera pelukan di lepaskan. Seketika, mereka saling berbalas pandang.
“ Dah siaplah ibu….dari tadi lagi!” balas Diya sambil memandang hidangan yang sudah siap di depan mata. Mazni turut mengangguk perlahan tanda mengiyakan kata-kata Diya.
“ Pergi panggil ayah, abang Amin dan kawannnya kat depan…jangan asyik berborak aje kat sini sampai sejuk hidangan atas meja!” arah Pn. Hasmah.
“ Baik….arahan di terima dan akan di sampaikan!” kata Diya sambil meletakkan tangan di sisi kepala sebagai tanda bersiap untuk menjalankan tugas yang di amanahkan.
“ Diya…Diya….dah besar panjang pun anak ibu ni tapi perangai macam budak-budak….” Pn. Hasmah mengeleng kepala. Namun begitu, dia gembira kerana anak perempuannya itu sentiasa membesar di depan matanya. Setakat ini Diya tak pernah mendatangkan masalah padanya walaupun ada kalanya dia suka membuat keputusan sendiri.
“ Bila kak Diya dah kawin nanti….dia akan berubah!” sela Mazni.
“ Hmm….harap-haraplah….”  Balas Pn. Hasmah penuh mengharap agar anak perempuannya itu akan bersikap lebih matang.
Diya yang baru muncul di ruang tamu itu segera melemparkan senyuman pada tetamu yang sejak dari tadi terus terpaku padanya sebak sahaja dia menjejak kaki ke ruang tamu itu.
“ Ayah. Abang Amin….jemput makan!” pelawa Diya sambil melemparkan senyuman.
“ Aik, ajak kami berdua aje…tetamu kita ni macam mana?....tak pelawa sekali ke?” Amin bersuara sambil melirik pada temannya yang tadi diam membisu. Hanya senyuman menghiasi wajah tampannya. Ah, satu senyuman yang cukup menawan!
“ Yalah…termasuk tetamu sekali la tu…apalah abang Amin, buat malu oang je!” Diya menjeling tajam ke arahnya. Abang Amin ni memang, sengaja nak mengenakannya.
“ Kawan abang Amin ni punya nama…Md Aniq Hilmi” Amin menghampiri kawannya, bahu kawannya itu di tepuk perlahan.
“ Yalah….jemput makan En. Md. Aniq Hilmi!” pelawa Diya dengan rasa segan.
“ Tak payah berencik-encik….panggil abang Aniq pun dah cukup!” dengan senyuman yang menarik menghiasi bibirnya, lelaki itu bersuara. Alahai, suara. Machonya! Tertawan saya. Hish, apasal tetiba aje aku jadi perempuan gatal ni. Diya mengutuk diri sendiri.
“ Silalah…nanti sejuk pulak hidangan!” ajak En. Jamaludin mendahului Amin dan temannya.
“ Jomlah….makan sekali!” ajak Aniq bila melihat Diya masih kaku di situ.
“ Er…ya…ya…” tergagap Diya membalas membuatkan Amin tergelak kecil. Pantas tangan Diya mencubit lengan abangnya.
“ Aduh, sakitlah!” jerit Amin perlahan sambil menggosok –gosok lengannya yang sakit akibat terkena cubitan Diya.
“ Sukalah tu…dapat malukan Diya depan kawan abang ya!” Diya mengacip gigi sambil berbisik perlahan di sebelah abangnya.
“ Jom, Niq…usah pedulikan budak ni….dia memang macam tu!” kata Amin sambil meninggalkan Diya di belakang.
“ Diya…jom!” sergah Aniq bila melihat wajah Diya yang masam mencuka. Geram di usik abangnya.
“ Erm…yalah….” Diya menggaru-garu lehernya sambil menghadiahkan senyuman.
Dan akhirnya dia mengatur langkah mengikut jejak Amin dan tetamu yang merangkap teman baiknya itu. Di meja makan, Diya tak banyak bersuara. Tangannya asyik menggaul nasi di dalam pinggan, mengunyah pun antara nak dan tak nak aje. Dia tahu mereka yang ada di situ sedang memerhatinya. Biarlah.
“ Aik, Diya….dari tadi tak luak pun nasi dalam pinggan.  Kenapa, tak sedap ke masakan ibu?” tegur Pn. Hasmah bila melihat Diya yang nampak macam tak berselera nak makan. Dia sedar, sejak dari tadi anak perempuannya agak gelisah dan sesekali merenung wajah jejaka yang ada di hadapannya.
“ Sedap….” Diya segera bersuara dengan wajah terkulat-kulat bila semua orang yang berada di meja itu sedang memandangnya.
“ Segan ya!...apa lagi bila makan berhadapan dengan kawan abang yang handsome nikan!” Amin mencelah membuatkan Diya tersentak. Hampir tak tertelan air liurnya.
Aniq yang berada di hadapannya segera menghadiahkan senyuman membuatkan hati Diya benar-benar penasaran.
`Aku ni dah rasa macam kenyang hanya melihat senyuman menawan itu!`
“ Diya ke dapur dulu….dah kenyang!” Diya segera membawa pinggan yang masih banyak bersisa ke ruang dapur. Dari dapur dia sudah dapat mendengar hilai tawa di ruang makan. Mesti tak lain tak bukan, gelakkannya. Dan pastinya….mastermind adalah Amin. Jaga kau! Diya mengetap bibir sambil menonyok-nonyok pinggan yang dalam pegangannya.


DIYA duduk bersantai di ruang rehat sambil menonton tv. Sejak dari tadi Mazni asyik berkurung di bilik, katanya nak buat ulangkaji. Pembantu rumahnya, Yanti sibuk di dapur membersihkan periuk yang kotor. Diya mengeluh perlahan. Novel yang berada di sisinya di capai dan di belek-belek seketika. Tak ada mood nak membacanya walaupun dia memang menjadi peminat setia novel. Matanya terpejam seketika. Wajah Aniq mula terbayang di matanya. Cepat-cepat Diya membuka matanya semula.
“ Isk….apasal aku teringatkan dia ya!” Diya menepuk dahinya sambil tergelak kecil.
Ketika ini ibu, ayahnya, Amin dan Aniq berkunjung ke masjid. Ada majlis dan jamuan di situ. Dalam diam dia turut memuji penampilan Aniq tadi. Nampak sopan dan kacak bila mengenakan baju melayu warna  biru dan kain pelikat milik abangnya.
“ Jangan tenung lama-lama….nanti terpikat, susah!” bisik Amin perlahan di telinganya semasa dia berada di muka pintu. Menghantar mereka untuk ke masjid. Teringin juga dia nak pergi, tapi buat masa sekarang dia cuti.
“ Kalau terpikat, salahke?” saja Diya nak berbalas kata dengan abangnnya.
Nope….itulah tujuan sebenar Aniq datang ke sini. Nak pikat adik abang ni!” balas Amin dengan muka selambanya. Nasib baik Aniq berada agak jauh dan sedang berborak dengan ayahnya, harap-harap dia tak dengar perbualan mereka.
“ Dahlah…pergi masjid sekarang. Tok Imam dah lama tunggu abang!” Diya menolak tubuh abangnya membuatkan tubuh Amin terdorong ke depan.
“ Er….Diya tak ikut sekalike?” tiba-tiba Aniq bersuara.
“ T…tak….saya….” serba salah pula dia nak berterus-terang.
“ Dia tengah angkat bendera merah….!” Selamba aje Amin menjawab bagi pihaknya. Binawe punya abang. Bikin malu tuan betul!
“ Apalah dia ni?” rungut Diya terkejut.
Aniq tergelak kecil. Diya rasa mukanya dah panas. Lantas dia terus masuk ke dalam rumah. Tak lama kemudian, terdengar suara ayah.
“ Amin, jomlah!” panggil En. Jamaluddin yang sudah berada dalam kereta bersama ibu dan Fauzan.
“ Assalamualaikum!” suara memberi salam di muka pintu mengejutkan Diya yang sedang bersantai di depan tv. Dia menoleh. Wajah orangtuanya, Fauzan, Amin dan Aniq terlayar di matanya.
“ Baru balik.” Tegur Diya sambil melangkah ke arah mereka.
“ Aha….ralit berbual dengan jemaah….tak sedar sampai jam 10 malam. Mana Mazni?’ En. Jamaludin bersuara.
“ Kat dalam bilik. Ulangkaji!” balas Diya ringkas.
Pn. Hasmah terus berlalu ke tangga untuk ke biliknya. Fauzan juga laju melangkah ke bilik sambil menguap. Mengantuk betul nampaknya.
“ Ayah nak minum, Diya buatkan air!” Diya menawarkan diri.
“ Tak payahlah. Ayah nak masuk tidur. Penat sangat hari ni….Aniq, pakcik masuk bilik dulu ya….buatlah macam rumah sendiri, jangan segan-segan ya!” suara En. Jamaluddin sebelum berlalu pergi.
“ Er…Diya masuk bilik dulu ya!” kata Diya.
“ Tak nak temankan kami berborakke?” tegur Amin sambil melabuhkan punggung di sofa. Aniq masih tegak berdiri berdekatan dengan Diya. Macam nak cakap sesuatu tapi macam di tahan aje.
“ Malaslah….mens talk!...tidur lebih baik!” balas Diya sambil melangkah pergi.
Aniq hanya memandang tanpa bersuara.
“ Biarkan aje si Diya tu. Dia memang macam tu….” Amin mencelah.
Diya mencebik. Abangnya itu selalu sangat menyakatnya. Ah! Pedulikan. Baik aku landing atas katil. Lagi best.
Aniq melabuhkan punggung di sebelah Amin. Tv yang di pasang di pandang sekilas. Amin nampak santai menyandar di sofa sambil memeluk bantal kecil.
“ Min, kau rasa adik kau tu suka tak kat aku?” tiba-tiba Aniq bertanya.
Amin memandang wajah Aniq dengan dahi berkerut.
“ Entah” selamba saja Amin menjawab, kemudian pandangannya di hala ke arah tv.
Aniq mengeluh perlahan.
Chill la kawan. Adik aku tu belum ada pakwe….aku rasa kau ada peluang untuk dekati dia. Tadi pun aku tengok dia asyik pandang kau aje masa kau borak dengan ayah aku! Biasalah perempuan, takkanlah nak tunjuk yang dia beria-ria sukakan seseorang….dah tu first time jumpakan….gelojoh namanya!” kata Amin cuba menenangkan perasaan temannya.
“ Ya ke?” Aniq bersuara perlahan. Hati kecilnya mula berbunga riang.
“ Kau ni sebenarnya sukakan adik aku atau sekadar nak main-mainkan dia?...mana tahu saja kau nak test market kau!....yalah, selama ni bukan main ramai lagi perempuan datang mengeneng dekat kau!” kata Amin sambil memandang sekilas wajah Aniq yang agak tergamam dengan kenyataan itu.
“ Eh! Aku betul-betul sukakan dia. Kalau tak suka….tak adanya aku datang ke sini semata-mata nak jumpa dan nak kenal dia!” sangkal Aniq dengan wajah serius.
“ Ya lah tu. Kau kena ingat…aku tak suka kalau kau nak main-main adik aku tu. Dia satu-satunya adik yang aku ada. Dan aku tak akan biarkan mana-mana lelaki sakiti hati dia. Aku sayang dia!” Amin bersuara tegas. Tajam matanya merenung wajah Aniq yang agak terkesima.  Terkejut mendengar amaran itu.
“ Aku seriuslah. Sejak pertama kali aku jumpa dia tahun lepas…aku dah terpikat habis kat dia. Serius ni bro….aku janji yang aku akan cuba bahagiakan dia kalau dia terima aku!” janji Aniq.
“ Hm….we`ll see!” Amin menumbuk bahu Aniq menyebabkan lelaki itu mengaduh kesakitan sebelum kedua-dua melepas tawa.
“ Eh, kau dengan Misha macam mana?....bila nak on?” perbualan mereka mula bertukar topic.
“ Lepas raya ni kami bercadang nak bertunang, orangtua kami pun tak ada halangan!” kata Amin sambil mengukir senyum. Di matanya sudah terbayang wajah gadis manis berlesung pipit sebelah kanan.
“ Tahniah….jangan lupa jemput aku masa tunang kau nanti. Aku nak tengok juga majlis tunang bakal abang ipar aku nikan!” kata Aniq berlawak.
No problem. Lagi pun kau kan kawan baik aku!” Amin memeluk leher Aniq.
“ Aku nak masuk tidurlah…kau tahukan yang mana satu bilik kau!...jangan tersalah masuk bilik Diya, naya kau aku kerjakan nanti!” Amin bangun sambil menutup mulut yang menguap.
“ Kalau ya pun …agak-agaklah. Ingat aku ni gelojoh sangatke!” Aniq membaling bantal kecil yang di peluk Amin tadi.
“ Manalah tahu. Kalau-kalau kau terdesak sangat!” Amin ketawa.
“ Gila kau!” marah Aniq sambil mengeleng ketawa.
“ Ok. Aku masuk dulu!” Amin terus berlalu meninggalkan Aniq keseorangan di ruang rehat itu.
Aniq menutup tv yang terpasang. Dia menuju ke tangga dan terus memanjat setiap anak tangga untuk menuju ke bilik tetamu. Dan langkahnya terus terhenti saat matanya bertembung dengan Diya yang baru keluar dari biliknya.
“ Er…nak pergi mana ni?” tegur Aniq sedikit kaku melihat wajah Diya yang turut terkejut.
“ Nak pergi dapur, minum air…” balas Diya.
Aniq meneliti penampilan Diya ketika itu. Nampak comel mengenakan baju tidur lengan pendek  dan seluar separas betis yang ada gambar kartun. Diya yang menyedari dirinya sedang di teliti mula menelan liur. Sungguh, dia tak selesa bila di pandang begitu terutama oleh lelaki yang baru di kenalinya hari ini. Bagaimana dia boleh terlupa yang rumahnya sekarang di kunjungi tetamu, sepatutnya dia berpakaian lebih sopan. 
“ Kenapa pandang Diya macam tu?” akhirnya Diya memberanikan diri bertanya.
“ Kenapa, tak boleh?” tanya Aniq tanpa menjaab soalan Diya.
“ Seganlah Diya, sepatutnya Diya pakai baju tidur yang lebih sopan bila ada tetamu!” kata Diya.
“ Abang suka tengok Diya begini, comel.” Terluah ayat itu dari mulut Aniq membuatkan Diya tergamam.
“ Er….” Diya mula rasa serba salah. Mana tidaknya, lelaki itu nampak sopan berbaju melayu , berkain pelikat dan bersongkok tapi dia……malunya.
“ Diya pergi dulu!” Diya segera berlalu, tak tahan untuk terus berada di situ lebih lama membuatkan malu dan segannya pada lelaki itu berguni-guni.
Aniq tersenyum kecil melihat Diya melangkah laju menuruni tangga untuk ke ruang dapur. Dia menyanyai-nyayi kecil sebaik saja kakinya melangkah masuk ke bilik tamu. Ah! Satu hari yang cukup indah dan bermakna. Diya!

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...