Bab
3
D
|
IYA
menggeliat kemalasan. Malas betul nak bangun dari katil pagi ini. Kalau tidak
mengenangkan rumahnya di kunjungi tetamu, pasti dia menyambung tidurnya lagi.
Semetelah hari ini dia cuti. Bolehlah manjakan diri atas katil. Itulah rutinnya
kalau cuti. Tak pernah kesah pun bebelan ibu, janji dia tidur dengan puas.
Biasanya jam 9.00 pagi baru dia bangun. Hari ini terpaksalah bangun awal.
Pantas matanya melirik jam loceng yang menunjukkan pukul 7.00 pagi.
Tuala di ampaian di capai dan di sangkut di lehernya.
Langkahnya di hayun ke bilik air untuk mandi. Sebelum langkahnya di hayun ke
bilik air, dia turut membawa bersama kotex dan surat khabar lama. Sebaik sahaja
keluar dari bilik air, ringan pula mulutnya menyanyi-nyanyi kecil. Terasa segar
dan selesanya selepas hampir 25 minit
berada di bilik air. Dia membuka almari dan mencapai sehelai baju lengan
panjang dan dipadankan dengan seluar panjang yang agak longgar. Dia menarik
nafas seketika sambil berlalu ke tingkap. Rambut yang masih basah di lap dengan
tuala. Sebelum itu sempat tangannya menekan suiz dan memasang radio.
“ Diya, Diya!” suara Pn. Hasmah di luar membuatkan
nyanyian Diya terhenti.
“ Ada apa, bu?” tanya Diya sebaik sahaja dia muncul
di muka pintu.
“ Hmm…dah bangun, ingatkan masih berbungkus atas katil lagi!” suara Pn. Hasmah
sedikit terkejut melihat Diya sudah siap mandi.
“ Dah….dah siap mandi pun. Kenapa?” Diya mengukir
senyum. Tahu sangat apa yang di fikirkan ibunya. Mesti sekarang ni ibu tak percaya. Diya
menahan senyum.
“ Pergilah ke
dapur, tolong mana-mana yang patut. Jangan malukan ibu. Kitakan ada tetamu!
Malu kalau dia tahu anak dara masih lagi tak bangun tidur!” kata Pn. Hasmah.
“ Yalah….Diya tahu. Kejap lagi Diya turun.” kata
Diya.
Diya kembali menutup pintu biliknya sebaik sahaja
ibunya beredar.
Selepas siap berdandan ala kadar, Diya segera
menuruni tangga dan terus menghala ke ruang dapur. Pn. Hasmah dan Yanti sibuk
menyiapkan sarapan pagi untuk mereka sekeluarga. Mazni pun ada di situ, turut membantu
dengan membawa hidangan ke meja makan sementara Yanti sibuk membersihkan
bekas-bekas yang telah di gunakan.
“ Assalamualaikum!” Diya segera memberi salam. Dan
serentak itu juga salamnya berjawab.
“ Hmm…apa yang boleh Diya bantu?” tanya Diya sambil
matanya merenung ibunya yang sudah menjeling semacam. Diya buat muka selamba.
Hanya tayang senyum. Mazni yang berada di situ turut mengukir senyum.
“ Buatkan air, letak atas meja. Kejap lagi kita nak
sarapan!” arah Pn. Hasmah.
“ Beres!” ujar Diya.
Tangannya lincah mencapai teko dan membuat milo
panas dan di letak di atas dulang.
“ Buat kopi sekali, ayahkan tak minum milo!” tegur
Pn. Hasmah sebelum sempat Diya membawa dulang itu ke meja makan.
“ Ok!” Diya meletakkan semula dulang dan membacuh
air kopi untuk ayahnya. Selepas itu terus di bawa ke ruang makan.
Dan menjadi tugas Diya juga menjemput dan mempelawa
ayah, Amin dan juga tetamu mereka, Aniq ke meja makan. Di meja makan, Fauzan
dan Mazni tak banyak bercakap, Diya juga begitu. Banyak mendengar apa yang di
bualkan antara keluarganya dan juga Aniq. Menurut pengiraan Diya, Aniq seorang
lelaki yang baik, peramah dan pandai melayan orang tua. Ibu dan ayah pun bukan main mesra lagi
melayan Aniq macam mereka dah kenal lama. Kalau nak kira pada wajahnya, dia seorang
lelaki yang tampan. Punya kulit yang putih dan hidung yang mancung. Kerjayanya
juga boleh tahan, sebagai seorang arkitek di syarikat papanya di Kuala Lumpur.
Pendek kata completelah kalau nak di
jadikan calon suami.
“ Aik, Diya….diam aje. Dah tak ada modal nak cakap.
Biasanya adik abang ni yang paling becok sekali mulutnya. Sekarang dah jadi
bisu ya!” usik Amin tiba-tiba bersuara membuatkan Diya tersentak. Hilang
lamunannya seketika tadi.
“ Kata orang tua-tua….tak elok banyak bercakap depan
rezeki!” balas Diya selamba membuatkan Amin hampir tersedak. Mereka yang lain
sudah menayang senyum. Dan Diya,…tetap buat muka selamba. Padan muka. Nak
kenakan aku konon!. Rungut Diya sambil memandang wajah abangnya yang mula
cemberut. Tahu sangat yang Diya sedang mengenakannya.
“ Kak Diya ni kan dalam training control cun….depan bakal suami, kenalah jaga tutur
kata….betulkan kak Diya?” tiba-tiba Mazni mencelah sambil melirik ke arah Diya
membuatkan Diya terbatuk-batuk dan hampir tersedak. Aniq yang yang berada di hadapannya
cepat-cepat menghulurkan air. Pantas di teguk Diya dengan rakus. Sudah tak
peduli apa yang orang lain pandang.
“ Thanks!”
ucap Diya dengan muka merah.
“ Welcome!”
balas Aniq sambil menghadiahkan senyuman.
“ Amboi, adik kak Diya ni ….seronok ya dapat bersekongkol
dengan abang Amin!” Diya menjeling ke arah Mazni yang sudah mula rasa bersalah.
“ Dah betul, mengaku ajelah!” sambut En. Jamaludin
sambil tergelak kecil.
“ Apa ni, semua orang sedang mengata Diya…!” Diya
sudah bangun sambil mengangkat pinggan yang masih bersisa membuatkan mereka
yang ada di meja itu mula tercengang.
“ Diya!” tegur Pn. Hasmah dengan sikap Diya
seolah-olah tidak menghormati tetamu.
“ Diya dah kenyang!” Diya terus menuju ke dapur
dengan membawa pinggan kotornya. Mereka yang berada di meja makan sudah
berbalas pandang.
“ Usah pedulikan Diya….rajuk dia kejap aje tu…lepas
ni baiklah….makan Aniq, tambah lagi…!” En. Jamaludin mencelah. Segan pula pada
tetamu bila mengenangkan sikap Diya tadi. Tapi apa boleh buat, memang itu sikap
Diya. Cepat sangat merajuk tapi kalau kena dengan pujukannya, dia akan lupakan
apa yang telah berlaku.
ANIQ mengatur
langkah ke luar rumah yang menempatkan ruang rehat untuk keluarga En. Jamaludin
bersantai terutama waktu petang. Di situ di tempatkan satu set kerusi besi dan juga buaian. Dari tadi dia sudah
tercari-cari kelibat Diya dan ternyata gadis itu sedang bersantai di situ.
Gadis itu nampak jauh termenung, majalah yang ada di atas ribaannya di biarkan
terbuka.
“ Ehem…” Aniq berdehem, cuba mengambil perhatian
Diya.
Diya berpaling. Dahinya berkerut, mungkin tidak
menyangka yang Aniq akan menghampirinya setelah apa yang berlaku di meja makan
tadi.
“ Boleh duduk?” kata Aniq sambil memandang ke arah
kerusi yang kosong di sebelah Diya.
“ Duduklah….bukan kena bayar pun!” balas Diya
selamba tanpa memandang wajah Aniq. Dia kembali menatap majalah di atas
ribanya. Di letak atas meja dan pura-pura sibuk membaca dan membelek. Sedikit
pun tidak peduli pada lelaki yang berada di sebelah.
“ Masih merajuk lagi ke?” tegur Aniq dengan
hati-hati. Bimbang kalau gadis itu melenting marah dan terus meninggalkannya
keseorangan di situ sedangkan ini satu-satunya peluang yang ada untuk dia
mengenali gadis yang telah berjaya mencuri hatinya sejak pandangan pertama
dulu.
“ Siapa yang merajuk?” soal Diya masih menjual
mahal. Kasar tangannya membelek setiap helaian majalah di hadapannya dengan
wajah selamba. Nasib baik tak terkoyak majalah tu di buatnya.
Aniq mengukir senyum. Tidak kesah dan tak ambil hati
pun dengan perlakuan Diya itu.
“ Dalam keadaan merajuk pun Diya tetap nampak
comel…macam malam tadi!” kata Aniq, sengaja mahu mencuri perhatian Diya. Dan
serentak itu juga pandangan mata Diya terus ke muka Aniq. Lelaki itu tetap
mengukir senyum.
` Hai, dari tadi asyik senyum aje. Atau dia terlebih
makan gula….nanti terkena penyakit kencing manis, baru padan muka!` getus Diya.
“ Baca apa tu?” tanya Aniq sambil panjang lehernya
cuba melihat majalah yang di baca oleh Diya.
“ Baca novel!” balas Diya acu tak acuh.
“ Novel?....abang tak tahu pula yang novel sekarang
ada gambar pelbagai artis…apa tajuk novel tu ya!...boleh abang pinjam?...teringin juga nak
baca, nampak menarik je!” sela Aniq
dengan wajah selamba.
“ Abang Aniq!” bentak Diya tanpa sedar. Geram kerana
dipersendakan lelaki itu.
“ Ya. Ada
apa, sayang!” balas Aniq dengan senyuman manis membuatkan Diya terdiam. Terus
kaku di situ.
“ Hmmm….mudah ya nak buat Diya diam….apa, Diya suka
dengan panggilan tu?....kalau suka abang akan selalu panggil Diya dengan
panggilan tu….sayang, so sweet!”
sakat Aniq tergelak kecil membuatkan wajah Diya sudah bertukar warna. Badannya
kaku tak bergerak.
Diya mendengus kasar sambil menahan rasa.
“ Auch, sakitlah!” jerit Aniq tiba-tiba sambil
menggosok-gosok bahu bila Diya memukul bahunya dengan majalah yang di bacanya
tadi.
“ Padan muka….suka sangat usik Diya. Perangai abang
Aniq ni sama dengan perangai abang Amin, suka sangat menyakat Diya!” getus Diya
menahan geram.
“ Ya?...kalau Amin usik Diya sebab dia sayangkan
Diya…abang pun suka usik Diya, sebab …. abang pun sayangkan Diya!” kata Aniq
dengan wajah tenang.
Diya memandang tepat ke wajah lelaki itu. Lelaki itu
turut memandang wajah Diya dengan senyuman.
“ Jadi, abang Aniq ni nak jadi abang Diyake?...macam
abang Amin?” tanya Diya.
“ Tak!” Aniq mengeleng kepala membuatkan Diya
kehairanan.
“ Tak?...habis tu….” Diya mula keliru.
“ Abang tak nak jadi macam abang Amin Diya tu….macam
abang kandung tapi abang nak jadi abang yang dot…dot…dot….yang sentiasa ada di
sisi Diya di saat Diya memerlukan. Tak kira siang atau pun malam. Dalam erti
kata yang lain….abang yang paling special
di hati Diya!...anggaplah kata-kata ini sebagai satu lamaran dari abang untuk
Diya.” jelas Aniq.
Diya terdiam dan sungguh dia tergamam mendengar
luahan hati lelaki itu. Bukan dia tak faham maksud kata-kata itu tapi dia belum
bersedia untuk menerima sebarang komitmen dari mana-mana lelaki. Bukan masa
sekarang….tapi….kalau Allah dah tetapkan jodoh untuknya, siapalah dia untuk
menolak ketentuan dariNYA.
“ Diya!” panggil Aniq dengan nada serius.
“ Ya!”
“ Diya tahukan tujuan abang datang ke sini….” Kata
Aniq sambil memandang wajah Diya dengan muka serius. Getar hati Diya di
buatnya.
“ Abang
datang ke sini semata-mata mahu bertemu dan mengenali Diya. Abang dah
berterus-terang tentang perasaan abang pada Diya dan orangtua Diya. Sekarang,
terpulang pada Diya untuk membuat keputusan. Abang tak suka main-main kalau ianya
melibatkan soal hati dan juga soal perasaan kerana abang tak mahu kecewa. Abang
akui, abang telah kenal ramai perempuan lain tapi abang tak pernah ada perasaan
pada mereka tapi bila kali pertama abang tengok Diya….hati abang mula rasa yang
Diya akan jadi suri hidup abang! Itu sebabnya abang ambil keputusan untuk
berterus-terang pada Diya tentang perasaan abang walaupun Diya baru aje kenal
abang!” kata Aniq.
“ Er…Diya faham tapi tidakkah abang rasa yang keputusan ini terlalu mendadak.
Memang Diya tak nafikan yang kita baru aje kenal semalam dan serius…Diya tak
kenal siapa abang sebenarnya!” kata Diya dengan ragu-ragu untuk menerima salam
dari lelaki itu. Kalau lelaki itu sudah membahasakan dirinya `abang`, rasanya
tak salah dia turut membahasakan lelaki itu sebagai `abang`. Panggilan itu juga menandakan yang dia
menghormati lelaki itu sebagai orang yang lebih tua, seperti panggilannya pada
Amin.
“ Ya, betul.
Lepas ni kita akan punya banyak masa untuk saling kenal antara satu sama
lain. Tapi satu perkara yang Diya perlu tahu…” kata Aniq memandang wajah Diya
yang keliru.
“ Apa dia?” tanya Diya.
“ Abang sebenarnya dah lama jatuh hati pada Diya!”
Aniq berterus terang membuatkan mulut Diya terbuka. Sungguh, dia benar-benar
terkejut.
`Apa maksud lelaki ini, sudah lama sedangkan abang
Amin cakap lelaki itu baru melihatnya sekali tahun lepas bila berkunjung ke
rumahnya, macam mana boleh jadi dah lama`
“ Dah lama?....bukanke abang baru tengok Diya tahun
lepas!” ujar Diya.
Aniq tergelak kecil.
“ Memang betul tapi yang sebenarnya abang dah jatuh
hati kat Diya masa kali pertama abang tengok gambar Diya bersama keluarga
melalui foto yang abang lihat di UK dulu. Tentunya Diya tak tahu yang abang dan
Amin tu tinggal satu flat. Jadi
selalulah juga abang tengok gambar keluarga Diya. Dan dari situlah abang dapat
mengenali siapa Diya….tapi sumpah, selama ini Amin tak pernah tahu yang abang
telah lama jatuh hati pada Diya!” beritahu Aniq.
Diya terdiam. Dia benar-benar tak menyangka bahawa
lelaki ini sudah lama menaruh hati padanya. Ah! Rasa diri ini begitu bertuah
sekali. Tapi…betulkah lelaki ini adalah Mr.
Perfect untuknya?
“ Abang tak nak desak Diya untuk buat keputusan
sekarang. Ambillah seberapa lama masa yang Diya perlukan. Abang akan sabar
menunggu kerana sayang dan cinta abang pada Diya adalah tulus! Tapi….kalau ditakdirkan
yang Diya bukan jodoh abang, abang redha!” kata Aniq dengan wajah tenang.
Diya memejam mata seketika. Sebetulnya dia cukup
terharu kerana saat ini dirinya di lamar lelaki yang cukup tampan dan sempurna
tapi kenapa hatinya tidak berdebar –debar menerima lamaran itu? Menatap wajah
itu pun tidak memberi sebarang makna. Hanya sekadar mengagumi mahkluk ciptaan
Allah. Sekali lagi Diya memandang wajah
tampan itu. Cuba menenangkan hatinya dan mencari kebenaran.
DIYA
menarik nafas seketika sambil memandang fenomena di langit. Kerlipan bintang
yang bertaburan di dada langit nampak benar-benar mempesonakan. Cantik dan
mendamaikan. Sungguh agong ciptaan Yang Maha Esa. Bisa mendamaikan hati yang
sedang lara dan keresahan seperti apa yang sedang di alaminya saat ini.
Sudah seminggu lamaran itu berlalu. Ibu dan ayah pun
sudah memberi dia peluang untuk membuat keputusan sama ada menerima Aniq atau
sebaliknya. Abang Amin, abangnya itu pun tak memberi sebarang komen tapi rasanya
dia gembira kalau Diya menerima Aniq sebagai pasangan hidupnya.
“ Aniq tu satu-satunya kawan abang yang paling rapat
dan abang cukup mengenalinya!” kata Amin sewaktu dia bertandang ke bilik Diya
selepas menghantar kepulangan Aniq di airport.
“ Apa yang abang tahu pasal dia?...is he okay or not?” ujar Diya sambil
melabuhkan punggung di tepi katil sebelah abangnya itu.
“ Seriously….he
is a good guy and good looking. Dia seorang kawan yang baik. Keluarganya
pun dari keturunan yang baik dan juga terhormat. Dia tu anak tunggal dalam
keluarga tapi dia bukanlah anak manja. Dia lebih suka hidup berdikari, tak
macam anak orang kaya yang lain. Dari paras rupanya…Diya pun tengok sendirikan.
Dia tu mix blood, mamanya keturunan
cina dan Inggeris sementara papanya melayu.
Sebenarnya dia tu ramai peminat. Masa kami belajar
kat UK dulu…ada-ada saja perempuan yang cuba dekati dia tapi dia layan mereka
sekadar kawan saja. Tak lebih dari tu. Abang pun hairan, perempuan macam
manalah yang jadi pilihan dia agaknya tapi ternyata….Diya adalah gadis yang
memenuhi ciri-ciri gadis idaman dia. Tak sangka ya…adik abang ni hebat. Berjaya
menawan hati prince charming selaku
kawan abang tu kan!” kata Amin sambil
menggosok-gosok kepala Diya.
“ Apa ni?...main-main gosok kepala Diya pulak! Ingat Diya ni anak kucing ke
apa?” rungut Diya sambil membetulkan rambutnya yang kusut akibat perbuatan Amin
tadi.
“ Yalah…Diya ni macam kitty….manja tapi suka merajuk. Inilah satu-satunya adik abang yang
paling comel kat dunia ni. Mungkin itu juga sebabnya Aniq tu tertarik kat Diya!...hmm…baru
abang perasan kenapa si Aniq tu asyik tanyakan pasal Diya masa kami belajar
dulu. Entah-entah dah lama dia terpikat kat Diya lepas dia tengok gambar Diya
hari tu!” sela Amin sambil ketawa kecil membuatkan Diya menarik muncung panjang. Kenapa abangnya
ini baru terperasan apa yang pernah di ceritakan oleh Aniq padanya. Lambat pick up betul abangnya ini!
“ So…sekarang
ni abang nak suruh Diya terima kawan abang tu ya?” kata Diya sengaja mahu
mengetahui pendapat abangnya itu.
“ Terpulang pada Diya. Kiranya Aniq tu datang untuk
melamar Diya secara tak rasmilah kiranya…..Abang, ibu dan ayah menerima apa jua
keputusan Diya. Ini melibatkan masa depan Diya, jadi Diya yang berhak membuat
keputusan. Kami akan menyokong. Tapi, …kalau abang ni jadi Diya, …abang terima
aje lamaran si Aniq tu. Mana lagi nak cari lelaki handsome macam diakan!” sokong Amin beria-ria menyokong.
“....tapi….bukanlah handsome sangat pun si Aniq tu!” tambah Amin kemudiannya selepas
beberapa detik.
“ Aik! Jadi sebenarnya dia tu tak handsomelah ya!” kata Diya kebingungan.
Tadi kata handsome, kemudian kata tak
handsome. Yang mana satu betulnya!
“ Erm….handsomelah
kalau nak di bandingkan dengan lelaki lain tapi kalau di bandingkan dengan
abang Diya ni….rasanya, abang Diya ni lagi handsome!”
Amin mengangkat diri sambil mendabik dada.
“ Pergh…..perasan tak habis-habis. Masuk lif tekan
sendiri!” Diya menolak bahu abangnya kuat sehinggakan lelaki itu jatuh tergolek
ke bawah. Diya apa lagi…terus ketawa terbahak-bahak sampai terguling-guling
atas katil.
“ Ganas juga Diya ni ya!....entah apalah tindakan
Diya di malam pertama nanti ya….pasti patah liuk si Aniq tu Diya kerjakan
!....kesian kau Aniq, dapat bini brutal macam si Diya ni!” Amin mengeleng
kepala seperti kesal.
“ Abang Amin…jahatnya!” jerit Diya sambil bangun berdiri bercekak pinggang. Geram di usik Amin. Kali
ini giliran Amin pula ketawa. Seronok dapat menyakat Diya.
Dendangan lagu `I`m
in heaven when you kiss me ` nyayian
ATC berkumandang membuatkan Diya
bergegas mendapatkan telefonnya. Nama Aniq tertera di skrin telefonnya. Diya
mengukir senyum sebelum menyambut panggilan itu. Hampir setengah jam juga mereka
berbual di talian. Betul kata Amin, Aniq seorang lelaki yang baik. Orangtuanya
turut memberi saranan agar dia mengambill peluang untuk mengenali lelaki
itu. Lagi pun lelaki itu tak kisah
kiranya dia tidak memberi jawapan secepat mungkin. Dan tak salah juga kalau
mereka berkawan kerana antara mereka belum terikat dengan sebarang perhubungan
dengan insan lain.
No comments:
Post a Comment