Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 23 February 2013

Di Penghujung Rindu 18







Bab 18

P
ULANG dari rumah anak yatim Seri Intan, Sarah menuju ke Studio Zamani. Sudah lama dia tidak mengunjungi tempat itu. Ketika dia masuk ke studio itu, Zamani sedang memberi arahan kepada modelnya. Sarah sempat berbalas senyum dengan Zamani dan memberi isyarat yang dia  sekadar mahu melihat mereka berlatih. Dia mendapatkan sebuah kerusi. Seronok juga melihat mereka berlatih untuk pertunjukkan fesyen.
Ok, girls…and guys….we take a break!” laung Zamani dan menutup alunan muzik.
Hi!.. long time no see….but you look great!” Zamani terus bersuara sebaik sahaja menghampiri Sarah.
“ Ya…sebab tu I datang sini…rindu pulak nak jumpa you… Fi mana?” melilau mata Sarah cuba mencari kelibat Fiona.
“ Dia keluar shopping….bawa anak-anak… you dari mana ni?”
“ Jalan-jalan…hari ni kan hari minggu….hari lain penat dengan kerja!” Sarah mengeluh perlahan.
Zamani tersenyum.
“ Hmm…tak sangka…you ni seorang CEO di SR Holdings….sebuah syarikat yang cukup terkenal ….patutlah  tak nak terima tawaran dari I…!” Zamani bersuara sambil menghulur minuman  untuk Sarah yang baru sahaja diberikan oleh salah seorang modelnya.
Thanks…” ucap Sarah selepas mencapai minuman tin dari tangan Zamani.
“ Sebenarnya,… itu hanya satu jawatan….I pun makan gaji kat situ… dan syarikat tu bukan I yang punya…” Sarah meneguk perlahan minuman yang baru di bukanya.
“ Zam…you masih lagi menggantung gambar I tu kat situ?...I dah ingatkan you yang I tak nak gambar I di pamerkan di mana-mana!” Sarah tidak senang bila melihat gambarnya yang memakai baju pengantin masih lagi terpapar di dinding studio itu sedangkan dia sudah pun meminta Zamani supaya menurunkannya.
“ Poster tu ada daya tarikan….Ia membuatkan ramai orang tak puas memandang. Siapa sahaja yang melihat pasti terpegun…I rasa rugi kalau I tanggalkan poster you tu….” akui Zamani.
“ Tapikan ….you dah janji dengan I dan I tak nak gambar I tu di pamerkan di mana-mana…” Sarah melahirkan rasa tak puas hati. Dia tak senang bila wajahnya terpampang di situ sedangkan dia bukannya seorang model.
“ I hanya janji yang gambar you tidak di pamerkan di mana-mana majalah…. I hanya pamerkan kat studio aje…believe me…. you tahu,  sebaik saja Zack dan Hafiz tengok gambar you dengan pakaian pengantin tu…mereka tak habis-habis bertanyakan pasal you….tapi percayalah, I tak ceritakan apa-apa pun pasal you. I seorang yang berpegang pada janji!”
“ I juga tak nak mereka tahu apa pekerjaan I….terutama sekali Zack!” kata Sarah yang pada awalnya cukup tersentak bila kedua-dua nama lelaki itu di sebut oleh Zamani.
  How about Hafiz….I think you know him….lagi pun I tengok you menari dengan dia masa parti di villa Datuk Daniel…bukan main asyik lagi….” Sarah menunduk. Malu kalau Zamani turut melihat apa yang pernah dilakukan oleh Hafiz pada malam itu.
“ Er….” serba salah pula Sarah nak bercerita pasal dirinya dengan Hafiz.
“ Kalau tak silap I….Hafiz tu kerja kat SR Holdings kan…!” Zamani merenung wajak Sarah.
“ Ya…!” jawab Sarah.
Zamani tersenyum tiba-tiba.
“ You know….mereka berdua tu…maksud I Hafiz dan Zack saling bersaing untuk merebut model-model terbaru dan cantik di sini…Jadi…you pun tak berkecuali. Tapi …sejak akhir-akhir ini, I dah lama tak jumpa Hafiz dan dia pun jarang berkunjung ke sini… mungkin Hafiz sedang cuba menarik perhatian you di office…. I percaya Hafiz  dah  tertarik dengan penampilan baru you!” kata Zamani sambil merenung wajah Sarah.
Sarah mengeluh perlahan. Dalam diam dia turut mengakui kata-kata Zamani.
“ Terus-terang, I tak percayakan mereka berdua…lebih-lebih lagi si Zack!” kata Zamani memberi peringatan.
“ Terima kasih kerana bagi peringatan tu… nampaknya you kena sentiasa jadi pelindung untuk model-model you kan!” kata Sarah sambil matanya memandang beberapa orang model yang mula kembali berlatih selepas beberapa minit berehat.
“ I pernah bagi nasihat pada beberapa orang model I ….tapi entahlah… ada yang dengar dan ada yang buat tak endah aje… maklumlah mereka berdua tu kan ada rupa, perempuan mana yang tidak terpikat!” Zamani tersenyum.
“ Bukan rupa yang menentukan kebahagiaan dan kejayaan hidup kita…. mungkin ini prinsip hidup I…. tapi kerana rupa juga, seseorang itu mampu berjayakan!... terpulang pada nasib  dan pendirian kita sebenarnya!” kata Sarah.
“ Ya…I setuju….kekadang ada juga yang menyalah gunakan kecantikan dan kekacakkan untuk sesuatu perkara tanpa mengira batas agama!” kata-kata Zamani membuatkan Sarah tersenyum. Tak sangka lelaki itu boleh berpendapat begitu sedangkan dia turut terlibat dalam bidang itu. Tapi kita juga tak boleh menilai budi seseorang berdasarkan rupa dan kerjanya.
“ Zam….I rasa I patut balik sekarang, nanti kita jumpa lagi. Sampaikan salam I pada Fi ya!” kata Sarah yang mula mengangkat punggung.
Belum pun sempat Sarah mengatur langkah, wajah seseorang yang cuba dihindarinya mula muncul. Secara tidak langsung, dia kaku di situ. Hanya mata yang terus memandang wajah lelaki yang semakin menghampirinya dengan sebuah senyuman.
Hi!...kebetulan ya!” lelaki itu terus bersuara.
“ Zack!” hanya itu yang mampu Sarah katakan, hanya menyebut nama lelaki itu dan berpura-pura senyum.
Pandangan mata Zack terus terpaku menatap wajah Sarah. Seperti mendapat durian runtuh, setelah beberapa kali dia berusaha menghubungi dan  juga cuba mendampingi gadis itu.
“ Er….you ada latihan hari inike?” tanya Zack.
“ Tak….I cuma singgah di sini….sekadar untuk bertemu Zam!” beritahu Sarah dengan rasa serba salah.
“ Oh ya!... this is my lucky day….” Zack ketawa senang.
“ Zam…I pergi dulu ya!” Sarah terus mengatur langkah sebaik sahaja Zamani mengangguk perlahan.
Wait!” Zack cuba menyaingi Sarah dan sempat memegang tangan Sarah membuatkan Sarah segera mematikan langkah.
Exercuse me!” Sarah segera menarik tangannya.
Sorry!” Zack segera memohon maaf atas keterlanjurannya.
“ I dah lama cari peluang untuk jumpa you tapi tak pernah ada kesempatan… so, please…” Zack segera membuat muka simpati dengan harapan Sarah dapat memberinya peluang hari ini.
“ I ada hal yang lebih penting nak diuruskan…maaf, I tak berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan…. I dah ada komitmen!” jelas Sarah.
“ I cuma nak kenal dengan you… nak kawan dengan you, salahke?” pujuk Zack.
“ Tadikan I dah beterus terang….I dah ada komitmen…..so, please….understand me…ok!” kata Sarah tegas dan terus melangkah pergi membuatkan hati Zack tiba-tiba menjadi panas.
“ Sarah….I akan cuba dapatkan you walau apa cara sekali pun…. it`s me, Zack!” Zack menepuk dada sambil melaung kuat. Sarah terus melangkah sambil mengeleng kepala. Tidak mahu mengambil kira kata-kata itu kerana dia sedikit pun tidak berniat untuk mengenali lelaki itu.
Zack menggenggam penumbuk sambil mendengus kasar. Nekadnya satu, dia akan terus cuba  mendapatkan gadis itu. Kali ini dia tidak mahu kalah di tangan Hafiz, musuh lamanya.



ZACK menghempas punggungnya di kasar di sofa sehingga mengganggu Hadif yang sedang menonton tv.
“ Apa kena dengan kau ni, bro….angin semacam aje semenjak dua menjak ni…. ini pasti pasal perempuan kan!” teka Hadif sambil mencapai kacang menglembu di atas meja.
Zack mengeluarkan telefon bimbitnya dan terus menekan kekunci. Sedikit pun tidak menghiraukan pertanyaan Hadif membuatkan temannya terus mengangkat bahu dan memberi tumpuan pada siaran di tv. Baik layan cerita kat tv dari layan mamat yang ada masalah. Nanti aku juga yang turut sama di heret dalam masalahnya.
“ Dif…kau rasa aku ni tak cukup hebatke?” tiba-tiba Zack menerjahkan soalan membuatkan Hadif terlopong.
“ Maksud kau?” soal Hadif dengan dahi berkerut. Sah, mamat ni ada masalah dengan perempuan.
“ Entahlah….!”
Zack melepaskan keluhan panjang. Kepalanya di letakkan di kusyen dan dia memejam mata seketika seperti memikirkan sesuatu. Hadif hanya diam memandang, hairan dengan sikap teman serumahnya. Selalunya dia bersemangat bila berbicara soal perempuan terutama membincangkan topik kehebatannya memikat perempuan.
“ Aku kenal seorang awek ni…maksud aku awek ni special sikit….made in UK agaknya tapi dia fasih cakap melayu… ”
Zack ketawa sendiri membuatkan dahi Hadif berkerut.
So…apa masalahnya?...kau kan terror bab memikat perempuan ni….takkanlah dia tak tergoda dengan gaya macho kau tu?” Hadif ketawa mengenangkan sikap Zack yang selalu mempermainkan perasaan perempuan.
“ Inilah masalahnya…dia tu selalu saja mengelak dari aku…aku tahulah dia tu cantik tapi dia tu jual mahal sangat! bengang aku…” Zack mengetap bibir. Segera wajah Sarah terbayang di matanya seakan Sarah sedang tersenyum sinis padanya.
“ Kalau orang dah tak sudi…buat apa kau nak goda lagi…ramai lagi perempuan kat KL ni yang boleh kau goda!” kata Hadif.
“ Bagi aku…itu satu cabaran…lagi pun aku tahu Hafiz juga sedang cuba nak tackle gadis tu….kau pun tahukan…aku tak mahu kalah pada dia….dia tu musuh tradisi aku sejak kami sama-sama menuntut di UK lagi…!”
“ Hafiz pun cuba nak tackle gadis yang kau minat tu?... siapa gadis tu?” Hadif mula berminat untuk mengetahuinya. Bukan dia tak tahu sikap Zack dan Hafiz. Selalu bersaing untuk mendapatkan gadis bagi membuktikan kehebatan masing-masing.
“ Namanya Sarah…. aku tak tahu sangat pasal dia….entahlah…susah nak dapat maklumat pasal dia. Si Zamani tu selalu aje mengelak bila aku tanyakan pasal Sarah….macam dia tu nak protect sangat awek tu!”
Hadif menelan liur sebaik saja nama Sarah di sebut.  Dia kenal siapa Sarah dan apa hubungan Sarah dengan Hafiz kerana dia mempunyai hubungan saudara dengan Hafiz, cuma tidak pernah dikhabarkan pada Zack.
“ Aku rasa elok kau lupakan aje gadis tu, maksud aku gadis yang bernama Sarah tu….mungkin dia tak sesuai dengan kau, lagi pun setahu aku kau tak minat dengan gadis mat saleh….kalau tak, dah lama kau bawa gadis bermata biru tu balik jumpa mak kau  lepas kau tamat belajar dulukan!” kata Hadif perlahan mengingatkan kata-kata Zack yang tidak berminat dengan gadis dari negara luar.
“ Itu dulu….sebelum aku jumpa dengan Sarah!” Zack tersenyum.
“ Aik…kau pun turut bersengkongkol dengan si Zamani tu ke?... selama ini kau tak ada pun nak melarang aku  bila aku ceritakan pasal perempuan….ni tetiba kau macam tak suka aje aku nak rapat dengan Sarah…kenapa?” Zack mula bengang.
“ Aku bukan apa….sampai bila kau nak teruskan hidup kau dengan menjadi pemburu begini?....kau tak pernah fikirkan perasaan mereka, maruah mereka…. aku tak nak kau menyesal di kemudian hari dengan apa yang kau buat. Aku rasa elok kau cari perempuan yang betul –betul kau suka dan berniat untuk dijadikan isteri. Takkanlah mak kau kat kampung tak pernah bising pasal diri kau yang tak kawin-kawin lagi sedangkan perempuan keliling pinggang!” kata Hadif cuba membetulkan tanggapan Zack terhadapnya. Kalau boleh dia tak mahu Zack tahu mengenai hubungannya dengan Hafiz dan Hafiz sendiri pernah menegahnya memberitahu tentang hubungan mereka pada Zack. Kata Hafiz, dia tidak mahu merosakkan hubungan antara Zack dan Hadif kerana mereka berdua tu telah lama berkawan. Hafiz tak mahu Hadif dikatakan tali barut Hafiz pula sebab mereka tinggal serumah.
Zack membetulkan kedudukannya supaya rasa lebih selesa. Segenggam kacang di ambil dari paket plastik.
“ Aku bukan tak ada niat nak kawin tapi aku belum bersedia untuk ada komitmen…aku tak nak perempuan yang suka mengongkong hidup aku, nak tahu apa saja yang aku buat…..aku rimas” kata Zack.
“ Habis….sekarang ni selera kau dah berubah…tak suka dengan gadis melayu?”
“ Er…bukan macam tu….tapi bila aku jumpa Sarah….aku terus  tertarik dengan dia….mungkin juga aku jatuh cinta dengan dia!” Zack ketawa kecil.
“ Jatuh cinta?....wow!...tapi kau tak terfikirke yang Sarah tu dah ada pilihan…sebab tu dia cuba mengelak dari kau!” secara tak langsung Hadif cuba memberi peringatan.
“ Tapikan…aku rasa aku memang cintakan dia….” kata Zack mempertahankan kata-katanya.
“ Kau benar-benar pastike?....ni….berapa kali kau nak jatuh cinta?” Hadif tergelak kecil. Selalu sangat mendengar ayat itu keluar dari bibir Zack setiap kali berbicara soal perempuan.
“ Kali ini betul-betul…aku serius ni, bro!” Zack cuba menyakinkan Hadif dengan apa yang dirasainya.
“ Hmm…terpulanglah….itu kau punya perasaan….jangan nak libatkan aku sudah…. aku nak masuk bilik, nak mandi…!” Hadif segera meninggalkan Zack dan masuk ke dalam biliknya. Niatnya satu. Dia mesti memberi peringatan kepada Hafiz tentang hasrat Zack sebelum apa-apa berlaku. Walaupun hubungan mereka tidaklah begitu akrab tapi mereka selalu juga bertemu dan bertanya khabar. Hadif juga tahu tentang hubungan Sarah dan Hafiz tapi dia tetap mengharapkan agar hubungan mereka akan berubah. Kalau boleh dia tak mahu Sarah menjadi mangsa kerakusan Zack.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...