Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 2 February 2013

Di Penghujung Rindu 17




Bab 17

S
ARAH memusingkan kerusi ke belakang.  Badannya di sandar ke kerusi kulit empuk itu. Rasa begitu selesa. Dia memejam mata seketika sambil mengenangkan kembali kejadian beberapa minggu yang lepas. Apa yang berlaku itu benar-benar mengganggu prestasi kerja dan hubungannya dengan Hafiz.
“ Kenapa you nak jumpa I?” tanya Datuk Daniel sebaik sahaja Sarah berlabuh di hadapannya dengan muka masam. Sarah hanya diam dan membiarkan lelaki itu terus ternanti-nanti. Sengaja ingin mendera perasaan lelaki itu.
“ Sarah, please …tell me , what happened to you?... you ada masalah  kerja di office ke?” Datuk Daniel bersuara. Risau hatinya melihat wajah Sarah yang sugul dan muram itu.
Sarah tetap diam. Sesekali dia mengeluh perlahan. Datuk Daniel tetap sabar menunggu sehingga Sarah mahu membuka mulut untuk menceritakan apa sebenarnya yang berlaku. Dia tidak mahu memaksa kerana dia yakin, pasti ada kaitan dengan dirinya. Kalau tidak, masakan Sarah mahu menemuinya.
“ Ok…kita order dulu…you nak makan apa?” Datuk Daniel cuba mengambil perhatian Sarah.
Kali ini giliran Datuk Daniel pula mengeluh bila Sarah hanya mengeleng kepala. Pelayan yang sedang berdiri tetap setia menunggu untuk mengambil pesanan. Jadi, Datuk Daniel segera membuat pesanan agar pelayan itu segera beredar dan dia dapat berbicara dengan Sarah.
Datuk Daniel menyandar badan di kerusi. Lama matanya terpaku merenung wajah muram Sarah. Datuk Daniel terpaku melihat kalung yang dihadiahkan pada Sarah berada di atas meja.
“ Sarah!”
Datuk Daniel memandang kalung itu sebelum memandang wajah Sarah.
“ Maaf, I tak boleh terima kalung you ni dan I nak kembalikannya semula pada you. I tak nak ada sesiapa yang salah sangka terutama sekali husband I, Hafiz. I tak nak dia menganggap I ada hubungan dengan you!” jelas Sarah.
Datuk Daniel terdiam seketika sebelum dia melepaskan tawa membuatkan Sarah mengetap bibir.
“ Datuk, this is not a joke…okay. I`m serious!” Sarah mula bengang. Memang dia serius mahu memulangkan semula kalung itu walaupun seberapa mahal harganya.  Kalau boleh dia tak nak sebarang masalah yang timbul antara dia dengan Hafiz gara-gara kalung itu. Bukan dia tak tahu sikap panas baran dan prasangka Hafiz yang tidak bertempat.
“ Ok…you ni terlalu emotional sangat…relax!” pujuk Datuk Daniel.
` Relax konon…aku yang menanggung segala hinaan dan tohmahan dari Hafiz….!` rungut Sarah dalam diam sambil cuba menahan sabar.
Sejak dia berurusan dengan lelaki itu, Sarah jadi rimas sebab lelaki itu jarang bersikap serius kecuali kalau ianya betul-betul melibatkan urusan kerja. Sebenarnya agak lama dia mengenali Datuk Daniel tetapi sebelum ini dia akan sentiasa berurusan dengan Datuk Syafiq Rahman. Tapi kini, apa saja urusan yang penting akan diserahkan padanya membuatkan dia dan Datuk Daniel akan saling bertemu.
Di saat Sarah mengelamun jauh, Datuk Daniel  pula begitu asyik merenung wajah Sarah. Lelaki itu mengukir senyum.
Dada Sarah menjadi panas tiba-tiba bila menyedari dirinya sedang diperhati dengan begitu teliti. Sedikit pun tidak lari dari renungan mata Datuk Daniel.
“ Datuk!” suara Sarah. Sengaja mahu mengalih tumpuan lelaki itu dari berterusan merenungnya.
“ Ya…!” Datuk Daniel melempar senyum mesra. Sedikit pun tidak tercuit dengan wajah bengang Sarah.
Please, jangan tenung I macam I ni anak patung…I tak suka!” rengus Sarah.
Datuk Daniel tergelak kecil.
“ I akui I seronok memandang wajah you…memang cantik dan comel macam anak patung…rasa nak peluk aje!” akui Datuk Daniel tanpa mempedulikan dada Sarah yang mula membahang. Tidak suka dengan kata-kata lelaki itu. Gatal!...
Sarah segera mencapai air putih yang berada di hadapannya. Di teguk air itu dengan rakus. Dengan harapan dapat menyejukkan hatinya yang sedang membara kepanasan.
“ Wow! lajunya….tak sempat nak tarik nafas!” tegur Datuk Daniel tergelak kecil. Rasa lucu dengan gelagat Sarah. Dia tahu gadis itu sedang bengang dengannya tapi dia sengaja ingin menguji sejauh mana tahap kesabaran gadis itu.
“ Nak tambah airnya?” tanya Datuk Daniel sambil menghulurkan gelas miliknya yang belum diusik.
Namun pertanyaan Datuk Daniel tidak diendahkan oleh Sarah. Sebaliknya Sarah menarik muka masam, nasib baik ketika itu dadanya sedikit sejuk dan rasa tenang.
“ Sarah!”
Datuk Daniel membetulkan kedudukannya. Kali ini dia mula bersikap serius.
“ You pun tahukan yang kita dah lama kenal terutamanya sejak you memegang jawatan sebagai CEO di SR Holdings. I mengaku yang I sukakan you…I suka dengan sikap dan diri you…berlainan sekali dengan gadis-gadis yang pernah I kenal. Kebanyakan mereka hanya menunjukkan sikap kepura-puraan semata-mata untuk menarik perhatian I…” kata Datuk Daniel sambil merenung wajah Sarah dengan serius.
“ Bukan hanya kaum wanita yang berpura-pura untuk mendapatkan perhatian, kaum lelaki juga tidak berkecuali, Datuk…ramai juga lelaki yang berpura-pura baik semata-mata mahu mendapatkan sesuatu atau pun mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita…bukan begitu Datuk?”
Sarah memandang wajah Datuk Daniel yang agak terkesima dengan kata-kata Sarah. Dia terpegun seketika. Mungkin tidak menduga Sarah akan berkata begitu.
“ Ya…I akui kata-kata itu tapi….I bukan tergolong dalam kategori lelaki yang you maksudkan…I tergolong dalam kategori lelaki yang baik dan budiman!” kata-kata Datuk Daniel membuatkan Sarah tergelak kecil. Lelaki, mana mungkin mahu mengakui keburukan diri.
Well…I have no comment….Datuk sendiri pastinya maklum siapa diri Datuk…!” Sarah tidak mahu memanjangkan isu itu.
“ You belum kenal siapa I yang sebenarnya!” kata Datuk Daniel dengan rasa terkilan.
“ Maaf,…I rasa I sudah kenal siapa you….”
No,…you tak pernah kenal siapa I yang sebenarnya…jangan cepat membuat sebarang kesimpulan…” sekali lagi Datuk Daniel meluahkan rasa tidak puas hati dengan anggapan Sarah terhadap dirinya.
Whatever,…”
Datuk Daniel mendengus perlahan sambil melemparkan pandangan di suatu sudut.
“ Datuk, I tak nak buang masa Datuk… I call Datuk dan mengadakan perjumpaan di sini kerana I nak pulangkan kalung ni semula pada Datuk. I rasa I tak sesuai memakainya dan I memang tak nak suami I berprasangka buruk!” Sarah tahu selagi kalung ini berada dengannya, Hafiz akan menuduhnya mempunyai hubungan dengan lelaki itu. Kalau boleh dia tak mahu mengeruhkan hubungannya dengan Hafiz hanya kerana kalung itu.
“ I ikhlas bagi kalung tu kat you…. Kan I dah nyatakan yang pemberian kalung ni adalah sebagai tanda persahabatan…I tak ada apa-apa maksud yang tertentu,… jadi, mana mungkin I mahu mengambilnya semula. Usah pedulikan kata-kata orang…” kata Datuk Daniel.
“ Tapi….I memang tak boleh terima!” jelas Sarah.
“ Kenapa?...you takut orangtua Hafiz salah faham tentang hubungan kita?” Datuk Daniel merenung wajah Sarah.
Come on…I dah lama kenal orang tua you…. daripada merekalah I mengenali siapa you. Mereka tak pernah menyembunyikan status you dari I!”
Sarah terpegun mendengar kata-kata lelaki itu. Dia mula rasa resah. Agaknya sejauh mana lelaki itu mengenali siapa dia yang sebenarnya dan apa pula tanggapan lelaki itu tentang status dirinya. Kerana status dirinya kah lelaki itu menghadiahkan kalung itu untuknya?...Sarah mula risau.
“ Er…sejauh mana you tahu tentang status I sebagaimana yang diceritakan oleh orangtua I pada you?” berdebar-debar rasanya untuk mengetahui jawapan yang akan keluar dari mulut Datuk Daniel sebentar lagi.
“ Tidaklah dari A to Z…tapi cukup untuk I menilai siapa you. Datuk Syafiq banyak memuji you dan dia amat bertuah kerana you hadir dalam keluarganya. Orangtua you dan I juga yakin dengan kemampuan you untuk menerajui SR Holdings!”
Datuk Daniel tersenyum. Dalam diam, Sarah mengeluh lega.
“ Datuk juga yakin dengan kemampuan I?” Sarah cuba mendapatkan penilaian lelaki itu tentang dirinya.
“ Ya…I tahu you memang seorang gadis yang istimewa dan Hafiz sepatutnya rasa bertuah memiliki you… itu juga salah satu sebab kenapa jawatan CEO tu diberikan pada you, bukannya Hafiz sedangkan Hafiz adalah anak kandung mereka. Bukan hanya orangtua you yang mengharapkan kebahagiaan you….I juga…”
“ Jadi…you berkomplot dengan orangtua I untuk menjodohkan I dengan Hafiz, begitu?.... baik you berterus –terang sebelum kepala I ni berasap!” Sarah cukup yakin yang Datuk Daniel ada kaitan dengan aturan perkahwinannya dengan  Hafiz.
“ Tak…I tak ada kena mengena dengan perkahwinan you dan Hafiz…tapi bila I tahu you dan Hafiz berkahwin, I mengharapkan perkahwinan you akan terus kekal walaupun I tahu hubungan you dan Hafiz tak pernah stabil” jelas Datuk Daniel sambil memandang wajah Sarah.
“ Sarah…I mahu menyelamatkan perkahwinan you dengan Hafiz. I tak mahu perkahwinan you hanya untuk sementara sebab setiap pasangan yang berkahwin menginginkan kebahagiaan yang berpanjangan. I tak mahu you mengalami kegagalan dan kekecewaan seperti mana yang pernah I rasa dan alami. Rugi rasanya kerana I tak dapat hadir masa majlis perkahwinan you hari tu sebab I ada kat luar negara kerana urusan business.
You patut berfikiran positif bila memikirkan hubungan you dan Hafiz. Perkahwinan tanpa ikatan cinta juga mampu bahagia. Hafiz adalah seorang lelaki yang baik, cuma dia tersalah anggap tentang diri you. I yakin suatu hari nanti dia akan sedar dan akan menghargai kehadiran you disisinya…” kata Datuk Daniel membuatkan Sarah diam. Cuba memikirkan kata-kata lelaki itu.
“ Secara tak langsung ianya telah membuahkan hasil tanpa you dan dia sedar!” Datuk Daniel tergelak melihat wajah Sarah yang tercengang mendengar kata-katanya.
“ Maksud you?”
“ Zamani dan Fiona adalah kenalan I. I yang aturkan perkenalan you dengan mereka, tapi percayalah mereka tak tahu pasal  hubungan you dengan Hafiz dan mereka juga tak kenal siapa you yang sebenarnya. I memang dah jangka yang penampilan you pada malam tu pasti menarik perhatian ramai, terutama sekali Hafiz. Sejak dari awal kemunculan you…dia dah macam terpegun!”
Sarah menarik nafas. Ternyata apa yang baru diberitahu itu adalah sesuatu yang diluar jangkauannya. Dan Datuk Daniel memang merancangnya dari awal. Adakah semua ini adalah berbaloi.
“ Jadi, apa yang you mahukan sebagai balasan untuk apa yang telah you buat?”
Nothing…I sebenarnya seronok dengan peranan yang sedang I mainkan!” Datuk Daniel mengukir senyum membuatkan Sarah mengetap bibir.
“ Peranan?...peranan sebagai penggoda I, begitu?”
Datuk Daniel tergelak besar membuatkan Sarah menarik muka masam. Apa lagi gelakan lelaki itu mula mencuri perhatian pengunjung yang lain.
“ Hmm…agaknya lah kot. Kalau I tak fikirkan hubungan I dengan Datuk Syafiq…mungkin I akan betul-betul goda you!”
“ You ni memang dahsyat!” Sarah turut tergelak.
“ Sarah…you know….your lovely husband still watching us…. I rasa pasti  dadanya dah berasap melihat kita!” Datuk Daniel mendekatkan tubuhnya ke meja agar dia dapat berdekatan dengan wajah Sarah. Sengaja dia berbuat begitu.
“ Oh ya! habislah I lepas ni…” Sarah mengeleng kepala. Sarah tak sangka yang Datuk Daniel boleh menyedari kewujudan Hafiz. Sebolehnya dia cuba mengawal diri agar tidak menoleh ke arah tempat yang di duduki oleh Hafiz sekarang.
“ Sejak bila dia melihat kita?” tanya Sarah.
“ Dari awal kita masuk ke sini….sengaja I tak bagi tahu you…kalau I bagi tahu you awal-awal…ianya tak akan nampak real!” beritahu Datuk Daniel.
“ You know Datuk…actually….you are not so bad….selama ini I silap buat penilaian tentang siapa you. Dan terima kasih untuk semua yang telah you rancang dan buat untuk I…I amat hargainya tapi…please, next time….don`t do it again!”
“ Sarah….I buat semua ni atas permintaan dari Datuk Syafiq!” jelas Datuk Daniel dengan harapan Sarah tidak akan salah faham dengan apa yang di buatnya untuk gadis itu.
“ I tahu niat papa baik…. tapi biarlah semua ini berjalan secara normal… I masih anggap you sebagai kawan I dan I tahu I boleh harapkan you!” kata Sarah.
Yes…you can count on me….anytime!”
Sarah tersenyum.
Ketukan di pintu mematikan lamunan Sarah.
“ Come in!”
Sarah segera mencapai fail yang berada di atas meja dan berpura-pura meneliti fail tersebut. Kedengaran pintu biliknya di buka. Bunyi  tapak kaki semakin hampir membuatkan Sarah segera mendongak. Itu  bukan bunyi tapak kasut Marina.
“ Abang Hafiz!”
Sarah kaku di kerusi. Tergamam melihat kemunculan Hafiz di biliknya, baru sebentar tadi dia teringatkan perbualannya dengan Datuk Daniel mengenai hubungan dia dan Hafiz.
Pada fikiran Sarah, Hafiz jarang berkunjung ke biliknya melainkan kerana urusan kerja. Tapi untuk apa kunjungan lelaki itu ke biliknya?
Tanpa berlengah, Sarah segera mempersilakan Hafiz duduk di hadapannya. Tanpa kata, lelaki itu akur dan terus melabuhkan punggungnya di kerusi. Dia menyandar selesa di kerusi sambil memandang wajah Sarah yang mula di buru resah. Adakah lelaki ini mahu membincangkan tentang apa yang dilihatnya tempohari?...hubungan dia dengan Datuk Daniel!
“ Ada apa-apa yang abang Hafiz nak bincangkan dengan Sarah?....soal kerja mungkin. Tapi setahu Sarah projek yang sedang abang Hafiz handlekan tu tak ada masalah dan Adli sentiasa memantaunya. Abang Hafiz nak minta cuti, Sarah akan luluskan!” Sarah membetulkan kedudukannya yang dirasakan tidak selesa.
Hafiz terus diam. Dia menarik nafas panjang sebelum bangun dari kerusi dan berjalan ke tingkap.
“ Tak bolehkah kalau abang datang ke bilik ini untuk menjenguk Sarah?” Hafiz menoleh, merenung wajah Sarah yang mula beriak pelik.
` Datang untuk menjenguk aku?...untuk apa?...aku bukannya sakit!` Sarah menggaru-garu kepala yang tidak gatal.
Sarah berdehem, makin tak selesa rasanya bila Hafiz berterusan memandangnya. Apa agaknya yang berlaku pada Hafiz, pelik bin ajaib.
“ Boleh, siapa kata tak boleh….abang Hafiz boleh berkunjung ke bilik ini bila-bila masa sebab abang Hafiz kan ada hak di syarikat ni…cuma Sarah rasa pelik….macam ada sesuatu yang tidak kena bila abang Hafiz kata macam tu….er, tentu abang Hafiz fahamkan maksud Sarah!” Kata-kata Sarah membuatkan Hafiz  mengukir senyum sebelum dia melepaskan tawa halus. Mungkin agaknya kata-kata Sarah kedengaran lucu pada pendengarannya tapi memang itu yang Sarah fikirkan sebenarnya.
Hafiz mengorak langkah dan kembali menghampiri Sarah yang sememangnya sudah kaku di sudut mejanya.
“ Sarah dah banyak berubah sekarang…abang sukakan perubahan Sarah!” Sarah hanya kaku di situ. Hanya matanya sahaja yang berkelip-kelip memandang wajah Hafiz  yang dirasakan cukup berlainan. Kalau Hafiz sukakan perubahannya sekarang, sebaliknya dia yang tak suka perubahan Hafiz sekarang. Dia jadi takut.
“ Er…abang Hafiz sihat?” tanya Sarah dengan wajah keliru. Macam mana dia tak tanya kalau perubahan Hafiz adalah cukup ketara, takkan dia tersalah makan ubat atau dah terkena penyakit amnesia.
“ Abang sihat?...kenapa?....nampak abang tak sihat ke?” Hafiz meraba-raba wajahnya, mungkin merasa suhu.
“ Maksud Sarah…abang Hafiz nampak pelik sangat, sikap abang Hafiz sekarang ni membuatkan Sarah keliru…betulkan ini abang Hafiz?”
Hafiz ketawa.
Sarah tetap diam, tapi matanya sempat meneliti penampilan lelaki itu. Hari ini rasanya penampilan Hafiz nampak lebih bergaya, seperti Hafiz yang baru. Mungkin juga kerana lelaki di hadapannya nampak relaks dan lebih banyak senyum. Amat berbeza dengan Hafiz yang dikenalinya 20 tahun yang lalu.
Marina muncul selepas mengetuk pintu. Dia mengukir senyum dan meminta maaf kiranya kemunculan dia sudah mengganggu.
“ Tak ada….kami hanya berbual kosong…ada apa Rina?” kata Sarah sambil melempar senyuman dan menjarakkan diri dari Hafiz.
“ Puan, I nak keluar makan tengahari, er…ada apa-apa yang puan nak pesan sebelum I keluar?” Marina bersuara.
“ You tolong checkappointment I dengan Mr. Liew ada masalah tak…sebab dia suka ubah apointment last minute… leceh betul kalau kena berurusan dengan dia tapi apa nak buat, dia tu client kita!”
“ Er…setakat ni tak ada masalah…. En. Darwin pun dah siapkan semua proposal untuk perjumpaan nanti jam 3.30 petang!” beritahu Marina.
“ Ok…ada lagi?”
“ Baru sebentar tadi Datuk Daniel called…dia nak ajak puan minum  petang ….nanti dia akan call semula untuk confirmkan dengan puan dan tentukan tempatnya!” beritahu Marina. Serentak dengan itu, Sarah sempat melirik ke arah Hafiz. Ternyata wajahnya berubah.
“ Ada lagi?”
“ Itu aje puan”
Thanks!”
Marina terus keluar kerana tidak mehu mengganggu mereka.
“ Hmm…abang Hafiz tak keluar lunch ke?” tanya Sarah sambil melihat jam tangannya.
Would you like to lunch with me?....if you don`t mind!” Hafiz bersuara membuatkan Sarah terkesima. Terkejut dengan pelawaan itu. Dah jadi macam hari ini dalam sejarah.
“ Maaf, Sarah ada hal yang nak di buatkan sekejap lagi…may be next time!” kata Sarah selepas hilang rasa terkejutnya mendengar ajakan Hafiz yang memang sedikit pun tidak dijangkakan itu.
“ Abang faham, may be next time….tapi, janganlah seksa diri dengan buat kerja hingga kesihatan diabaikan….abang tak nak Sarah sakit!”
“ Ya…Sarah tahu!” Sarah mengukir senyum. Sebenarnya terdetik rasa terharu mendengar kata-kata itu. Ternyata Hafiz juga bersikap perihatin.
“ Abang keluar dulu…Sarah nak pesan apa-apa tak, abang boleh belikan!” kata Hafiz.
No, thanks…Sarah akan keluar lunch…tapi mungkin lewat sikit…kan Sarah ada appointment dengan Mr. Liew!”
“ Hmm….abang keluar dulu!” Hafiz sempat mengukir senyum sebelum berlalu pergi meninggalkan Sarah yang masih kaku berdiri di situ.
Sarah duduk semula di kerusinya. Dia menyandarkan badan sambil melepaskan keluhan. Tiba-tiba dia menyentuh perutnya yang mula berdendang sayang.
`Itulah, tadi jual mahal…` dia mengutuk diri sendiri bila mengingatkan penolakan Hafiz untuk makan tengahari bersama.
Telefon bimbitnya di capai dan mula menekan nombor sebelum menekapkannya di telinga.
“ Marina, boleh you tolong belikan makanan untuk I…apa-apa aje…er… I malaslah nak keluar makan sebab lepas nikan kena keluar pulak…ok, thanks!”
“ Abang Hafiz!”
Tiba-tiba nama itu meniti di bibirnya dan serentak itu juga wajah Hafiz kembali terbayang di matanya. Perubahan sikap Hafiz itu membuatkan Sarah berfikir sejauh manakah hubungan mereka akan bertahan. Apa sebenarnya permainan Hafiz?

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...