Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Sunday, 10 February 2013

Bisikan Hati 4





BAB 4
KAYRA menyedut minuman perlahan sambil matanya memandang wajah Farah yang hanya membisu sejak dari tadi. Entah apa yang sedang bermain dalam fikiran sahabat karibnya itu. Muram aje muka.
“ Macam mana hubungan kau dengan buah hati kau tu?” soal Kayra sambil memandang tepat ke wajah Farah.
“ Buah hati mana pulak ni?....sejak bila pulak hati aku berbuah…akar dan batang pun tak ada, macam mana tetiba aje boleh berbuah?” balas Farah dengan muka selamba menyebabkan Kayra mengetap bibir. Tangannya laju aje meluku kepala Farah.
“ Aduh! Sakitlah!” rungut Farah sambil mengusap kepalanya. Tajam matanya menjeling  ke arah Kayra dengan rasa geram.
“ Aku tanya dengan serius…kau jawab dengan main-main pulak!...padanlah dengan muka!” balas Kayra.
Farah membetulkan kedudukannya. Air yang tinggal separuh di sedutnya perlahan.
“ Aku mana ada buah hati…lainlah kau…kau ada si Haris!” Farah bersuara sambil menongkat dagu.
“ Habis tu…Zareen tu siapa, dia tu bukan buah hati kau ke?” tempelak Kayra. Jawapan Farah hampir membuat Kayra tersedak minuman.
“ Dia tu belum sampai ke tahap jadi buah hati aku lagi…kami baru aje kawan!” selamba Farah menjawab membuatkan Kayra merenungnya lama. Berkerut-kerut dahinya cuba memahami maksud di balik kata-kata Farah.
“ Habis tu….hubungan kau dengan dia tu sekadar hubungan seorang kawan je. Sampai bila kau nak biarkan hubungan kau dengan dia begitu aje….takkan ada kesudahannya!” Kayra merasa kesal dengan jawapan itu.
Farah mengangkat bahu dengan wajah tak berperasaan. Kayra mengetap bibir. Rasa ingin di lukunya kepala Farah sekali lagi. Biar temannya itu kembali ke reality.
“ Farah, tak baik tau kau buat dia macam tu….kau dah buat dia macam tak ada harga diri. Kau ni dak dera perasaan dia  atau kau sengaja nak mempermainkannya. Kalau ya pun…kenapa kau tak fikirkan akibatnya sebelum kau buat keputusan gila kau tu….kesian dia. Kau tahu tak yang si Zareen tu lelaki yang baik?...bukan setakat baik aje…handsome lagi.  Kalau aku tak fikirkan yang aku dah couple dengan Haris, dah lama aku pikat dia jadi pakwe aku!” kata Kayra.
Bulat mata Farah merenung wajah Kayra yang sudah menayang senyum.
“ Gatal juga kau ni ya….atau pun kau memang ada hati nak pikat dia…kau nak si Zareen dan si Haris tu bermadu ke?” kata Farah membuatkan Kayra menelan liur.
“ Hish kau ni…ke situ pulak perginya. Kau ingat aku ni perempuan jahatke atau perempuan yang tak ada perasaan macam kau. Aku ni masih lagi mengekalkan keayuan aku sebagai seorang perempuan baik tau!” Kayra mempertahankan diri. Takkanlah dia nak biarkan temannya itu mengutuknya sesuka hati. Dia patut bela diri. Lagi pun dia memang tak berniat pun untuk menduakan Haris walaupun dia mengakui bahawa hatinya turut terpikat dengan personality Zareen. Setakat terpikat dan mengagumi sahaja, tak adalah sampai nak rampas hak milik orang lain.
“ Kayra, aku tak paksa dan tak desak dia untuk terima aku…dia yang bersetuju tanpa syarat, bukan salah aku!” bela Farah cuba membetulkan tanggapan Kayra.
“ Aku tahu tapi…aku kesiankan dia la!”  kata Kayra.
“ Kesian?...habis, aku ni….siapa yang nak kesiankan?....hatta papa aku sendiri pun tak pernah peduli tentang aku….” Balas Farah.
Farah menyandarkan badan di kerusi sambil mendengus.  Dia menghala pandangannya ke luar untuk melihat panorama.
“ Kan kini kau dah tinggal dengan papa kau…itu maknanya dia ambil berat dan sayangkan kau. Kau yang salah anggap pada papa kau selama ini. Mana ayah yang tak sayangkan anaknya….cuma mungkin caranya yang berbeza. Mungkin ada sesuatu yang membuatkan dia berbuat begitu, kau tak boleh terus menuduh papa kau begitu. Perasaan sayang dan cinta di ungkapkan dengan pelbagai cara…. Itulah kemanisan dan keistimewaan rasa itu!”
Namun jauh di sudut hati, Kayra tahu kenapa Farah bersikap begitu. Dia sebenarnya kehilangan kasih sayang dan perhatian dari orangtua kandungnya sejak sekian lama. Kasih sayang yang di rasainya selama ini hanya di miliki dari keluarga angkatnya sahaja.
“ Entahlah, apa kenanya dengan papa aku tu tiba-tiba dia minta aku tinggal bersamanya sebaik sahaja aku balik sini….mungkin dia dah insaf agaknya setelah kematian auntie aku tu. Anak-anak tirinya pun dah tak tinggal sama dengan papa aku. Sejak aku balik ni, tak pernah sekali pun aku jumpa dan terserempak dengan mereka…baguslah…aku rasa aman sikit kali ini!”
Sepanjang 4 tahun dia di luar negara, tak pernah sekali pun dia pulang. Bukan dia tak mampu untuk pulang kerana papanya sendiri pernah membuat tawaran kalau dia mahu pulang untuk bertemu keluarga tapi Farah tetap menolak. Dia lebih senang menghabiskan masa cutinya dengan mengembara bersama kawan-kawan kerana dengan cara itu dia tak perlu memikirkan soal papa dan keluarga barunya walaupun jauh di lubuk hati dia merindui mak dan ayah di kampung.
“ Macam mana dengan kerja kau sekarang….seronok?” tanya Kayra yang kini sudah bekerja di sebuah syarikat konsultan.
“ Bolehlah…tapi aku kira nasib baiklah juga sebab bila habis belajar terus dapat offer kerja….dari papa aku pulak tu!” balas Farah.
“ Binawe kau….mestilah papa kau tu tawarkan kerja untuk kau sebab kau tu satu-satunya anak dia….takkanlah dia nak biarkan hidup kau terumbang-ambing….ada akal kau ni!” Kayra mencerlung biji matanya.
“ Bukan itu maksud aku…..kau kan tahu hubungan aku dengan papa aku macam mana… aku ingat dia tak akan endahkan aku sebab selama ni mana dia ada pedulikan pasal aku. Semuanya di serahkan pada mak dan ayah aku kat kampung tu….dia hidup senang lenang dengan keluarga tiri aku tu!” Farah cuba membetulkan tanggapan temannya.
“ Aku faham. Hubungan ayah dan anak tak mungkin dapat di pisahkan. Aku rasa kau tak ambil pendekatan untuk dekatkan diri dengan papa kau. Aku rasa kau buat tuduhan melulu tanpa usul periksa terhadap papa kau. Mana ayah yang tak sayangkan anak!” kaya Kayra.
“ Entahlah!” Farah mengeluh. Malas nak fikirkan hal itu lagi. Biarlah masa yang menentukan semuanya. Atau mungkin belum tiba masanya untuk dia memikirkan hal itu.
“ Hmm….macam mana dengan hubungan kau dengan Zareen tu?....kau ada bincang dengan papa kau?......” Kayra menongkat dagu sambil merenung ke wajah Farah.
“ Kami belum buat keputusan untuk bagitahu hal tu dengan orangtua kami. Kami akan tunggu masa yang sesuai. Lagi pun…dah hampir sebulan aku tak jumpa dan hubungi dia, masing-masing diam aje!”
“ Hish…..teruknya korang. Takkanlah dia tak ada hubungi kau langsung…..tanya khabarke?” Kayra tercengang.
“ Tak!” balas Farah ringkas.
“ Dia dah kerjakan….mungkin dia sibuk dengan kerjanya!” Kayra membuat kesimpulan.
Farah hanya mengangkat bahu.
“ Bulan lepas, adala dua kali dia call aku tapi tak sempat nak cakap panjang. Mungkin juga dia sibuk dengan kerja sebab dia ada bagitahu aku yang dia dah kerja kat syarikat apa entah….aku tak tanya pulak!” balas Farah acuh tak acuh.
Tiba-tiba telefon Kayra berbunyi.
“ Assalamualaikum, hai sayang!” Kayra segera menekan butang telefon sambil diperhati oleh Farah dengan cebikan.
` Aku taulah yangkau tu ada pakwe….!` rungut Farah dalam diam bila Kayra begitu asyik melayan teman lelakinya berbual di telefon. Gaya cakapnya macamlah Farah tak wujud di depannya. Ketawa mengekeh-ngekeh.
“ Sayang….you nak jumpa I?...bila?....ok…kejap lagi kita jumpa ya…bye….I miss you!” ucap Kayra sebelum memutuskan talian. Dia memandang wajah Farah yang masam mencuka.
“ Hmm…lepas ni ada datelah  ya!” kata Farah bila melihat senyuman Kayra yang meleret panjang.
“ Biasalah…bukan macam kau….sebulan sekali nak jumpa pun bukan main susah….korang berdua bukannya bukannya duk berlainan negara….satu KL je….punyalah susah nak jumpa….!” Kayra mencebik. Sengaja nak memanaskan perasaan Farah. Ingin menduga sejauh mana tindakan Farah tentang hubungannya dengan Zareen.
“ Tak kuasalah aku nak jumpa hari-hari….!” Balas Farah.
“ Kau ni Farah…apasal ego sangat….kenapa kau  tak nak mengaku apa yang kau rasa!” Kayra merenung wajah Farah.
“ Apa yang aku rasa?....biasa aje….tak ada yang pelik!” Farah berkerut dahi. Dia tak faham maksud Kayra.
“ Maksud aku….perasaan kau pada Zareen….” Kayra mengeluh dengan rasa kesal.
“ Aku…”
Telefon Farah pula berdering.
“ Hello, Zareen….ya! apa hal?.....oklah, bye!”
Kayra memandang wajah Farah sebaik sahaja temannya itu mematikan talian. Tak sangka, baru sahaja mereka berbicara soal lelaki itu, terus dia menghubungi Farah.
“ Apa hal dia tetiba call kau?...dia rindukan kau ya?” Kayra mengukir senyum.
“ Dia tak ada cakap pun pasal rindu…cuma dia bagi tahu aku yang dia akan balik kampung 3 hari untuk jumpa ibunya di kampung!” beritahu Farah.
“ Ok…kau tak nak ikut dia balik kampung?...mungkin kau boleh berkenalan dengan ibu dia….maklumlah….nak rapatkan silaturrahim…katakan!” Kayra tetap menayang senyum.
“ Gila kau!...” terbeliak mata Farah mendengar usul temannya itu.
“ Gila tak gila ke…kau terpaksa terima. Kau juga yang mulakan semua ni….jangan nak salahkan sesiapa. Tapi kan…aku nak ingatkan kau…aku tengok si Zareen tu seorang lelaki yang baik, selama ini dia hormatkan kau…tak pernah ambil kesempatan dan yang penting dia sanggup terima cadangan gila kau tu. Sebenarnya,…tindakan kau tu telah mendera perasaan dia!...kau tak kesiankan dia ke?” Kayra terbayangkan wajah Zareen. Seorang lelaki yang berwatakan sederhana. Baginya, Zareen seorang lelaki yang kacak. Ada iras-iras pelakon Jack & Jill iaitu Ivan Sergei. Tambah kacak dan cute bila dia tersenyum, cukup ketara bila melihat lesung pipit menghiasi wajahnya. Kalau tidak difikirkan yang dia sudah ada buah hati, mahu dia tangkap cintan dengan lelaki itu.
Tiba-tiba Kayra tersenyum sendiri.
“ Hei! Kenapa tersenyum sorang-sorang ni?...dah buang tebiatke?” sergah Farah membuatkan senyuman Kayra terus mati.
“ Aku tiba-tiba teringatkan Zareen. Tak sangka ya…mangsa kau tu lelaki yang kacak, tampan dan baik. Kau tak rasa apa-apake masa kau jumpa dia hari tu?” Kayra merenung wajah Farah. Cuba mencari reaksi temannya. Butalah mata kawannya itu kalau tak nampak semua itu.
“ Rasa apa?” tanya Farah kebingungan.
“ Apa-apalah. Kalau kau tak sukakan dia….jangan dera perasaan dia. Aku tahu….dia sebenarnya sukakan kau!” Kayra bersuara.
“ Macam mana kau tahu yang dia tu sukakan aku?.....dia cakap dengan kau ke?” Farah tetap bersikap selamba dan menganggap perkara itu hanya remeh temeh.
“ Cakap tu tak adalah…tapi melalui cara renungannya pada kau…aku tahu yang dia sukakan kau, dalam erti kata yang senang di fahami….dia dah jatuh cinta dengan kau sejak pertama kali korang bertemu!” Kayra bersuara tenang.
Farah terdiam. Cuba merencanakan apa yang di katakan oleh Kayra. Otaknya tepu merenung semula kata-kata Kayra. Betulke?
“ Jangan  nak merepaklah….kalau dia nak jatuh cintake….nak jatuh tangga ke atau nak jatuh apa-apa….lantak dialah….janji bangun sendiri, jangan memandai-mandai nak libatkan aku sama!” Farah mengambil jalan mudah.
Kayra mendengus. Sesungguhnya dia kecewa mendengar unggkapan Farah.
“ Farah, kau tahu tak apa sikap terburuk kau?” kata Kayra.
Farah tergelak kecil.
“ Apa?” soal Farah tak ambil pusing dan menganggap persoalan itu tidak penting.
“ Kau tu ego sangat. Kau  jenis manusia yang pentingkan diri sendiri!” beritahu Kayra.
“ Aku?...aku ni ego?...dan kau rasakan itu adalah sikap terburuk aku?...dan secara tak langsung kau menganggap aku ni banyak keburukan lain, begitu?.....so, kau tu satu-satunya manusia yang sempurna di bumi ni!” Farah mula ketawa kecil.
“ Farah, aku tak pernah anggap diri aku ni manusia yang sempurna. Aku juga banyak keburukan dan kita sebagai manusia kena terima baik dan buruk dengan redha tapi keburukan yang ada pada kita boleh dibaiki kalau kita mahu. Yang penting adalah keyakinan dan keikhlasan!”
Farah diam. Dia tunduk seketika.
“ Ya….aku faham. Terima kasih kerana mengingatkan aku semua tu. Aku akui yang selama ini aku banyak menyusahkan kau….!” Farah mendengus perlahan.
“ Farah, aku tak bermaksud begitu. Aku amat sayangkan persahabatan kita dan aku mahu hubungan kita akan terus berkekalan. Aku juga harap kau dapat baiki hubungan antara kau dengan Zareen….aku percaya, kau mampu!”
“ Entahlah….kekadang aku tak yakin yang hubungan antara aku dan dia akan bertahan lama!” kata Farah.
“ Kau kena cuba dan yakin….” Kayra memberi semangat.
Thanks!” ucap Farah sedikit lega.


ZAREEN mengambil suratkhabar di rak. Dia terus menuju ke kaunter untuk membuat pembayaran.
“ Assalamualaikum….Zareen” Zareen segera menoleh ke sebelah kerana cukup yakin yang salam itu memang di tujukan untuknya, apalagi cukup jelas bila namanya turut di sebut.
“ Waalaikumussalam….Hani?” tergamam dia seketika sebaik sahaja berhadapan dengan gadis yang telah menegurnya sebentar tadi. Untuk beberapa saat matanya terpaku menatap gadis manis yang berbaju kurung biru dan bertudung itu.
“ Hmm…bila balik kampung?...tak dengar berita pun. Sejak jadi orang Bandar ni….dah tak ingat kat kita ya!” senyuman manis terukir pada wajah gadis itu. Sambil itu barang-barang runcit yang berada di tangannya di letak di depan kaunter.
“ Zareen sampai semalam….dah dekat 2 bulan tak balik kampung jenguk mak. Lagi pun Zareen pun rindukan kampung ni. Dahlah masa belajar dulu tak pernah balik kampung….Hani, apa khabar?” Zareen merenung seketika wajah Hani yang sedang membuka beg duitnya untuk membuat bayaran. Duit kertas RM 50 di hulurkan kepada tuan kedai.
“Baik. Kerja sebagai cikgu ni hari-hari sibuk melayan kerenah pelajar-pelajar. Tapi itukan dah di kira sebagai rezeki. Apa kerja yang kita, biarlah ikhlas. Semoga Allah sahaja yang membalasnya!” jawapan Hani membuat bibir Zareen mengukir senyum.
“ Ini bakinya!” Hani menghulur tangan dan mencapai plastic yang berisi barang-barang yang di belinya.
Mereka berdua mula melangkah keluar dari kedai runcit itu.
“ Dengar cerita, tak lama lagi Mak Yam nak buat kenduri besar, betul ke?” tanya Hani sambil merenung wajah Zareen yang sudah bertukar rupa.
“ Kenduri besar?....ya ke?....mak tak ada bagi tahu pulak pasal tu!” Zareen mula menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Sungguh, dia tak tahu menahu pasal hal tu. Mak….mak….
“ Betul tak tahu?....Hani ingatkan mak Yam nak buat kenduri kawin untuk Zareen!” Hani tergelak kecil.
Zareen turut tergelak. Berita macam ni cepat betul tersebar. Sedangkan empunya diri pun tak tahu apa-apa. Siapakah yang jadi CNN kampung yang tak bergaji ni!
“ Ok…itu mungkin hanya sekadar khabar angin aje…..Zareen datang dengan apa tadi?” melilau mata Hani mencari apa-apa jenis kenderaan yang terpakir di depan kedai itu selain keretanya.
“ Jalan kaki. Saja nak ronda-ronda kawasan kampung ni, jumpa kawa-kawan lama. Kalau duk kat rumah tu asyik kena leter dengan mak aje…naik bingit telinga. Ini mesti dia merungut pasal lewat balik makan tengahari!” Zareen melirik jam tangannya yang sudah menunjukkan 2.30 petang.
“ Apa kata Hani tumpangkan Zareen. Lagi pun rumah Zareen kan tengah jalan nak balik ke rumah Hani!” Hani segera menekan alarm kereta viva warna putih.
“ Alamak!...cikgu kita ni dah pakai kereta. Zareen ni nak beli kancil seekor pun tak mampu lagi!” Hani tergelak mendengar omongan Zareen.
“ Betulke tak mampu? Tak cayalah….entah-entah sekarang ni berlonggok duit Zareen kat bank, tunggu nak keluar bila –bila masa aje!” balas Hani sambil menghidupan enjin kereta selepas Zareen mengambil tempat duduk di bahagian penumpang.
“ Kalau duit berlonggok kat bank tu….tak adanya Zareen balik kampung dengan bas…terus beli kapal terbang. Selamat dari traffic jam kalau balik musim cuti perayaan!” balas Zareen.
“ Oh ya!....” Hani tergelak kecil sambil mengeleng kepala.
“ Pandai awak buat lawak ya!” kata Hani lagi.
Kereta di pandu perlahan menyusuri jalan kampung yang rata-ratanya di penuhi dengan rumah papan dan batu. Banyak betul perubahan yang berlaku di kampung itu sejak dia meninggalkan kampung itu beberapa tahun yang lalu. Sebenarnya dia kagum dengan perubahan itu. Orang kampung sekarang dah ramai yang berjaya mendidik anak-anak menjadi anak yang memiliki kerjaya yang hebat. Dengan itu, mereka dapat membantu keluarga di kampung bagi meningkatkan taraf hidup.
“ Hani!” tiba-tiba Zareen bersuara memecah kesunyian dalam kereta itu. Dalam diam, Zareen ingin tergelak. Punyalah perlahan kereta itu di pandu seolah-olah mengalahkan kura-kura berjalan. Kalau gini cara Hani memandu, lebih baik dia jalan kaki balik rumah. Rasanya dah sampai dulu. Tapi, atas dasar menumpang dan di pelawa….biarlah.
“ Ada apa Zareen?....Hani ni pandu perlahan sangatke?” Hani yang menyedari tingkahnya segera menjawab. Sengaja dia membawa perlahan semata-mata mahu berlama dengan lelaki itu. Bukan selalu dia berpeluang bersama dengan lelaki itu.
“ Err…tak adalah….elok juga bawa perlahan. Kalau laju, di katakan merempit pulak kan!” Zareen sekadar berbasi.
Hani mengukir senyum.
“ Habis tu…ada apa-apa yang Zareen nak tanya!” Hani memandang sekilas wajah Zareen. Kalau boleh dia ingin terus merenung wajah itu, tapi dia juga punya perasaan. Segan dan malu!
“ Kenapa Hani tak kawin lagi?” tiba-tiba soalan itu terpacul keluar dari bibir Zareen membuatkan wajah Hani terus berubah. Tapi Zareen sedar, gadis itu segera menyembunyikan rasa. Timbul rasa bersalah dengan pertanyaannya itu. Ah! Mulut ni….
“ Sorry….kalau pertanyaan Zareen tu menyinggung perasaan Hani…saja, nak tahu. Jangan salah faham ya!!” berhati-hati Zareen bersuara.
Hani cuma mengukir senyum. Pandangannya terus menghala ke hadapan.
“ Tak mengapa. Hani dah lali dengan pertanyaan seperti itu. Tentu hairankan kenapa gadis berusia 27 tahun ini masih belum berpunya. Lainlah kalau Hani ni lelaki…usia itu tak menimbulkan sebarang masalah. Tapi….kalau jodoh tak sampai….nak buat macam mana?....takkanlah Hani nak iklankan dalam suratkhabar pulakkan!....sesiapa yang sudi memperisterikan saya, sila hubungi saya di talian sekian-sekian….begitu!” Hani ketawa kecil.
“ Maaf ya!” sekali lagi ucapan maaf keluar dari mulut Zareen.
“ Macam mana dengan Zareen?....dah ada calonnya?....kalau tak ada….bolehlah masuk pinang Hani!” Hani tergelak kecil membuatkan Zareen menggaru kepala yang tidak gatal sambil tersengih-sengih.
“ Sorry….just joking, jangan ambil hati ya!” kata Hani lagi kerana merasakan gurauan itu memakan dirinya. Apa lagi bila melihat wajah Zareen yang serba salah begitu.
“ Sebenarnya….bab ni susah sikit nak jawab…nak kata tak ada, memang ada….nak kata ada….tapi tak confirm lagi….entahlah!” balas Zareen dengan rasa serba salah.
Hani tergelak kecil sambil melirik seketika wajah Zareen. Kesian lelaki itu.
“ Hmm….memang susah ya!....tapi nampaknya, Hani ni memang tak ada peluanglah ya!” Hani tetap membuat lawak sekadar mahu menyembunyikan rasa hati agar tidak nampak keterlaluan pada pandangan lelaki itu. Macam perigi mencari timba….atau timba mencari perigi?
“ Macam mana kalau Zareen cuba bagi peluang kat Hani?” ujar Zareen membalas kata-kata Hani membuatkan gadis itu menelan liur. Tergamam. Merah mukanya mendengar kata-kata itu. Sesungguhnya, lelaki di sebelahnya ini sudah lama mencuri hatinya. Sejak mereka di usia remaja. Hanya lelaki itu yang tidak sedar bahawa dia telah lama mencuri hatinya. Walaupun mereka pernah berkawan rapat dulu, tapi tak pernah sekali pun Zareen membicarakan soal perasaan. Hanya dia yang syok sendiri. Kata-kata Zareen itu telah mengembalikan beberapa kenangan lama mereka membuatkan Hani tersenyum sendiri.
“ Eh! Kita dah terlajak ni…..Hani mengelamun ya!” usik Zareen dan sekaligus mematikan lamunan Hani. Nasib baik dia masih mampu mengawal kereta. Kalau tidak, masuk dalam semaklah mereka.
“ Maaf ya….tak perasan tadi!” balas Hani tersipu malu.
“ Never mind. Berapa Zareen kena bayar ni?” tanya Zareen sambil menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan dompet.
“ Bayar?...bayar apa pulak ni?” Hani terpingga-pingga.
“ Bayar tambanglah!” balas Zareen.
“ Apa ni?...ingat Hani ni driver teksi ke?” bulat mata Hani merenung wajah Zareen yang sudah mengukir senyum. Aduh! Kacaknya dia.
“ Alah…..gurau aje. Takkanlah nak marah!”  Zareen tetap mengukir senyum.
“ Yalah….sejak dari dulu, tak habis-habis mengusik Hani!” kata Hani membalas senyuman Zareen.
“ Zareen suka tengok muka Hani setiap kali Zareen usik…..comel!”
Hani menelan liur. Diam tak terkata.
“ Tengok tu!... tetap comel macam dulu!” kata Zareen lagi membuatkan wajah Hani bertukar warna. Merah.
“ Awak nikan….” Kata Hani dengan rasa debar yang cuba di tahan.
“ Ok…thanks a lot. Jumpa lagi. Dan tolong sampaikan salam buat Pak Mustaffa ya!” ucap Zareen sebelum keluar dari kereta Viva putih itu.
“ InsyaAllah….” Hani terus memasukkan gear dan  berlalu pergi dengan hati yang berbunga. Senyuman manis terukir di bibir merahnya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...