Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 19 January 2013

Di Penghujung Rindu 16






Bab 16

A
WAL pagi lagi biliknya sudah diketuk bertalu-talu. Siapa lagi yang menginap di rumah itu selain dia dan lelaki itu. Bagai nak roboh pintu biliknya di kerjakan bila dia sengaja melengah-lengahkan untuk membukanya. Biar dia rasa. Sengaja ingin menguji tahap kesabaran lelaki itu.
“ Apa lagi yang tak kena ni?” tanya Sarah sebaik sahaja pintu di buka dan dia berhadapan dengan lelaki itu.
“ Kau tak dengarke aku ketuk pintu bilik kau ni ha? takkanlah telinga kau dah jadi pekak badak sejak pulang dari parti di rumah Datuk Daniel malam tadi!” serang Hafiz dengan wajah menyinga.
Sarah mengeluh perlahan. Dia diam, malas nak layan kerenah lelaki itu. Takut pula tiba-tiba bom atom meletup.
“ Abang Hafiz nak apa ni?... kalau ya pun, tak boleh ke cakap elok-elok sikit…. perangai macam gajah di hutan… suka sangat naik minyak!” akhirnya terluah juga apa yang terbuku di hati, itu pun secara tak sengaja.
Tajam mata Hafiz merenung wajah Sarah. Mungkin terkejut menerima kata-kata Sarah yang tidak di duga.
“ Aku lapar…buatkan sarapan untuk aku!” kata Hafiz seakan mengarah.
“ Hmm….”
Sarah terus merempuh kasar tubuh Hafiz, saja nak tunjuk rasa protes. Nasib baik lelaki itu tak mengamuk.
Sarah menuju ke dapur untuk menyediakan sarapan. Sebentar lagi dia akan keluar. Hari ini akan mengunjungi rumah anak yatim Seri Intan seperti biasa dan hari ini  juga tempat itu akan mengadakan rombongan ke Port Dickson. Sarah menyediakan sarapan nasi goreng cina. Sudah lama dia nak merasa nasi goreng itu.
“ Kalau kau nak makan, kau makan…kalau tak nak sudah…aku buat semua ni untuk aku, bukan untuk aku….lantaklah!” Sarah bercakap sendirian sambil tangannya lincah mengaul nasi goreng yang hampir siap.
Selepas menghidang nasi goreng di dalam pinggan, Sarah menyediakan milo panas dan di letakkan di atas meja. Sarah tersenyum kerana sempat menyediakan sarapan sebelum dia pergi ke rumah anak yatim nanti.
Belum pun sempat Sarah mahu memanggil Hafiz untuk sarapan, lelaki itu terlebih awal muncul  di ruang dapur.
“ Sarah dah sediakan nasi goreng untuk sarapan pagi , duduklah!” Sarah mempelawa.
Sarah segera menyuapkan nasi goreng ke dalam mulut. Dia perlu bersiap cepat kerana mereka akan bertolak ke PD nanti jam 8.30 pagi.
Hafiz memandang nasi goreng yang tersedia di hadapannya sambil berkerut dahi.
` Bukannya dia tak tahu aku tak suka makan nasi goreng cina…sengaja nak kenakan aku ya!` rungut Hafiz.
Sarah tahu Hafiz sedang merungut pasal nasi goreng cina tu, dia hanya bersikap selamba dengan terus menyuapkan nasi ke dalam mulut. Dia tetap buat tak peduli walaupun menyedari  Hafiz sedang menjeling tajam ke arahnya.
Perlahan-lahan  Hafiz mencapai sudu dan memasukkan nasi ke dalam mulut dengan di perhati oleh Sarah secara diam. Tak sangka, makin lama makin laju pula dia mengunyah nasi sehinggalah pinggan kosong. Sarah ingin tersenyum tapi terpaksa menahan. Dia harap itu saja cara untuk mengajar lelaki sombong tu…makan aje rezeki yang ada di depan mata. Jangan banyak songeh!
“ Macam mana, sedap tak?” tanya Sarah. Sengaja ingin mengetahui jawapan dari lelaki itu.
“ Bolehlah daripada tak ada apa-apa untuk aku makan!” jawab Hafiz sebelum meneguk milo panas.
Sarah mengangkat bahu.
` Bolehlah….tapi habis satu pinggan kau bedal`
“ Abang Hafiz tak keluar hari ini?”
Biasanya pagi-pagi lagi dia sudah menghilang dengan keluar berjoging dan  selalu sarapan di luar sambil bertemu dengan kawan-kawan. Itu yang buat Sarah hairan tadi, bila Hafiz mengetuk pintu biliknya dan mahu dia menyediakan sarapan.
Pertanyaan Sarah hanya di pandang sepi. Hafiz terus berlalu ke ruang tamu. Sarah mengangkat bahu, tak kesahlah soalannya tiada jawapan. Dia membersihkan ruang dapur sebelum masuk ke bilik untuk bertukar pakaian.
  Kau nak pergi mana ni?” soal Hafiz yang menyedari Sarah bersedia untuk keluar.
Entah dari mana Hafiz tiba-tiba muncul di belakangnya dengan dahi berkerut melihat Sarah membawa beg pakaian kecil yang mengandungi sepasang baju, tuala dan telekung.
“ Keluar, Sarah nak ke PD…mengikuti lawatan rumah anak yatim!” beritahu Sarah.
Hafiz mendengus sambil memandang wajah Sarah.
“ Kenapa?..ada bantahanke?” tanya Sarah hairan. Selama 4 bulan usia perkahwinan mereka, Hafiz tak pernah ambil tahu ke mana dia pergi dan apa jua urusannya, dia juga begitu.
“ Kau lebih pentingkan mereka dari suami sendiri!” kata Hafiz  membuatkan Sarah tersentak.
Wait the minute…. abang Hafiz lupa agaknya….kitakan dah janji untuk jaga hal masing-masing….Sarah bukannya buat perkara tak elok…. Sarah menyertai aktiviti mereka kerana itu yang boleh membahagiakan Sarah. Selama ini Sarah juga tak pernah kesah apa jua aktiviti abang Hafiz….so, please….respect each other, ok!...Sarah pergi dulu”
Sarah segera keluar dari rumah, tak mahu memikirkan lagi perubahan sikap Hafiz. Biarlah apa jua tanggapannya kerana dia bukan buat perkara yang tak elok. Lagi pun lelaki itu sudah mengetahui ke mana dia akan pergi.
“ Sarah pergi dulu!” kata Sarah sekali lagi bila Hafiz berterusan memandangnya.
“ Abang Hafiz!” sergah Sarah bila Hafiz diam membisu. Serba salah pula di buatnya. Hafiz adalah suaminya dan dari segi hukum dia perlu mendapat izin suami untuk keluar tapi awal-awal lagi mereka sudah bersetuju untuk membawa hal masing-masing walaupun selepas bergelar suami isteri. Ini bermakna secara tak langsung, suaminya telah redha dan mengizinkan.
“ Ok…kau boleh pergi!” akhirnya Hafiz bersuara membuatkan Sarah mengeluh lega.
Sebaik saja Sarah berlalu, Hafiz masih berdiri kaku di muka pintu. Entah kenapa hatinya tiba-tiba menjadi sunyi, sayu dan kosong.



DUM!!
Hafiz menghempas pintu sebaik saja masuk ke dalam biliknya. Briefcase yang ada di tangan,  di lemparkan ke atas kerusi. Dia melonggarkan tali leher sebelum menghempas tubuh kasar di atas katil.
Damn it!
Hafiz menggenggam penumbuk menahan rasa geram dan marah yang bertandang. Entah kenapa sejak kebelakangan ini dia cepat naik angin, sengaja mencari kesalahan Sarah. Pasti gadis itu diherdiknya. Kadang-kadang kerana kesilapan diri sendiri, Sarah yang akan disemburnya. Kesian Sarah! tapi apa yang boleh dia katakana…dah memang itu yang berlaku pada dirinya saat ini.
Tiba-tiba Hafiz mengeluh. Matanya merenung kosong dada syiling sambil memikirkan apa yang telah berlaku hari ini. Tengahari tadi dia nampak Sarah keluar makan berdua bersama Datuk Daniel. Dia mengetap bibir melihat kemesraan mereka berdua, berbual rancak dengan sesekali diiringi ketawa. Amat menyakitkan pandangan dan juga hatinya apabila dia melihat mata Datuk Daniel tak lekang dari terus merenung wajah Sarah. Sepertinya memberikan tumpuan 100% pada apa yang dinyatakan oleh Sarah. Dan Sarah pula kelihatan gembira sekali, ketawanya kedengaran begitu manja walaupun Hafiz tidak mendengar dengan jelas butir bicara mereka tapi hatinya cukup panas.
Cemburu? perkataan itu mula bermain dalam fikirannya. Kenapa baru sekarang rasa itu wujud dan hatinya menjadi sakit tiba-tiba melihat kemesraan mereka. Dia hanya mampu memandang dari jauh dengan rasa cuak. Nasib baik mereka tidak menyedari yang mereka sedang diintip sejak keluar dari pejabat tadi. Tidak lama kemudian, mereka berdua berjalan keluar dari restoran itu secara beriringan.
Hafiz memejam mata. Perasaannya sayu dan terusik. Entah kenapa perasaan itu timbul sejak akhir-akhir ini. Mungkinkah kerana perubahan pada Sarah? Perubahan Sarah kini cukup ketara. Dia tidak lagi bersanggul macam nenek kebayan yang sering diejek-ejeknya dan dia juga tidak lagi memakai cermin mata berbingkai hitam. Ternyata, penampilan Sarah kini benar-benar menarik perhatian lelaki, termasuk dirinya! Ah…. Hafiz meraup muka dan rambutnya sambil mengeluh panjang.
“ Satu perkara yang paling mustahil dalam hidup aku ialah jika ditakdirkan suatu hari nanti aku jatuh cinta pada kau!” terngiang-ngiang kata-kata itu ditelinganya. Kata-kata yang pernah dilafazkan pada Sarah sehari selepas perancangan orangtua mereka untuk menjodohkan mereka berdua. Kini, sepertinya lafaz itu memakan dirinya sendiri.
“ Ah! tak mungkin…tak mungkin…” Hafiz menjerit kuat.
Hafiz semakin memejam rapat matanya. Ingatan di majlis yang dianjurkan oleh Datuk Daniel dua minggu lalu terlayar dalam fikirannya. Dia mula terkenangkan saat dia memeluk erat tubuh Sarah ketika mereka menari bersama, haruman tubuh Sarah seakan masih dinikmatinya hingga ke saat ini.
“ Aku dah gila agaknya!” Hafiz tergelak sendiri sambil mengetuk kepalanya.
Namun kenangan itu terganggu dengan bunyi deringan telefon yang begitu nyaring. Segera telefon bimbit yang berada di dalam poket bajunya di ambil dan nama Sarah tertera di skrin telefonnya.
“ Hello!”
“ Hello, abang Hafiz…ini Sarah!”  suara Sarah kedengaran cemas membuatkan Hafiz tergamam dan serentak itu juga dia bangun dari katilnya.
“ Sarah…kenapa?...kau kat mana ni?” tanya Hafiz.
“ Sarah kat Dynasty Inn sekarang, ada temujanji dengan client dari Taiwan!” beritahu Sarah di hujung talian.
Hafiz melirik jam tangannya. Sudah menunjukkan jam 10.30 malam. Entah apa yang di bincangkan malam-malam begini. Tak bolehkah temujanji itu di buat waktu siang. Saja, nak cari penyakit. Rungut Hafiz sambil mendengus kasar.
“ Jadi, kenapa telefon?...nak bagitahu yang kau akan bermalam di hotel?” Hafiz bersuara kasar. Baru sekarang baru diberitahu.
“ Abang Hafiz…tolong jangan salah faham…” rayu Sarah menahan sebak.
“ Sejak kebelakangan ini segala tingkah laku kau sering membuat aku keliru dan resah, Sarah!” Sarah terdiam mendengar kata-kata Hafiz. Dia keliru sebenarnya. Apa sebenarnya yang telah berlaku pada lelaki itu yang ada kaitan dengannya.
“ Sarah minta maaf kalau Sarah mengganggu abang Hafiz…tak mengapalah…” kata Sarah dan cuba memutuskan talian.
“ Sarah….wait….are you still there?...” tiba-tiba Hafiz jadi kalut. Dia tahu Sarah sudah berjauh hati selepas mendengar kata-katanya, sedangkan kata-kata itu terkeluar dengan sendirinya. Ia lahir dari hatinya yang sedang keresahan dan keliru seperti yang dinyatakan.
“ Ya…Sarah balik dengan teksi aje!” Sarah bersuara perlahan.
“ Apa maksud kau ni?” Hafiz mula bangun dari katil sambil berjalan mundar mandir di sekitar ruang biliknya.
Apa yang telah berlaku sebenarnya?
“ Er…Sarah tak dapat balik sebab kereta Sarah kehabisan minyak…Sarah tak  sempat nak isi petrol tadi sebab nak cepat… kalau abang Hafiz keberatan nak jemput Sarah, Sarah akan panggil teksi aje!” kata Sarah menjelaskan masalahnya.
Hafiz terdiam. Sejak dia mengenali Sarah 20 tahun yang lalu, jarang gadis itu meminta pertolongannya kerana hubungan mereka tak pernah baik. Bukan salah Sarah, tapi dia. Dia yang tak pernah nak ambil tahu apa saja yang berkaitan dengan Sarah. Tak seperti abang Hakim yang selalu menjaga kebajikan Sarah sejak dulu.
“ Ok…kau tunggu kat situ, kejap lagi aku sampai. Jangan nak ke mana-mana pulak, nanti jenuh aku mencari!” kata Hafiz sebelum mematikan talian.
Dia bergegas keluar dari biliknya dan menuruni tangga. Kunci  kereta dan rumah di capai dari atas kabinet. Dan sepanjang perjalanan ke hotel itu, otaknya ligat memikirkan hubungan antara dia dan Sarah. Apa kesudahannya!
Semasa Hafiz tiba, kelihatan Sarah sedang berpeluk tubuh menahan kesejukan angin malam di muka depan hotel. Kebetulan hujan mula renyai-renyai. Dan Hafiz terus meninggalkan perkarangan hotel itu sebaik sahaja Sarah masuk ke dalam keretanya.
“ Maafkan Sarah keran terpaksa menyusahkan abang Hafiz!” Sarah bersuara selepas  hampir 10 minit mereka berada dalam kereta. Tiada  sebarang respond dan kata-kata dari Hafiz membuatkan Sarah kembali diam. Pandangannya di hala ke luar tingkap.
“ Tak perlu nak berterima kasih. Aku ambil kau malam ni sebab aku tak nak kau bermalam di hotel  dengan pelanggan kau tu. Setiap manusia akan  melakukan apa sahaja agar apa yang diingini akan tercapai hinggakan ada yang sanggup menggadai maruah diri!” kata Hafiz tanpa memandang wajah Sarah.
“ Abang Hafiz!”
Sarah menjerit memanggil nama Hafiz. Sesungguhnya kata-kata itu begitu membuatkan Sarah meradang.
“ Jangan ingat maruah Sarah semurah itu!”
“ Perempuan….cukup lemah dengan godaan dan wang ringgit!” balas Hafiz.
Stop the car!” tuduhan Hafiz terlalu berat untuk diterima.
“ Untuk apa?...kita belum lagi sampai di rumah…takkanlah kau nak bermalam kat tepi jalan pulak!” kata Hafiz  dengan nada sinis.
“ Turunkan Sarah di sini…. Sarah balik dengan teksi. Sarah betul-betul menyesal kerana menghubungi abang Hafiz tadi…ingatkan nak minta tolong tapi ini yang Sarah terima…penghinaan!”
Hafiz tidak menghiraukan kata-kata Sarah. Dia terus memandu.
“ Sarah akan buka pintu kereta ni dan terjun…apa nak jadi…jadilah…I`ll do it!” ugut Sarah bila  Hafiz tidak mengendahkan amarannya.
Sarah sudah betul-betul  bersedia untuk membuka pintu kereta. Dia nekad walaupun dia takut. Hafiz mula panik kerana menyedari Sarah akan betul-betul bertindak. Akhirnya dia memberhentikan kereta di bahu jalan. Sarah terus membuka pintu walaupun menyedari hujan mula turun semakin lebat.
“ Sarah, please…jangan bertindak melulu. Kau pasti akan demam kalau kena hujan nanti!” pujuk Hafiz.
“ Biarlah….kalau Sarah demam dan sakit sekali pun…Sarah tak akan susahkan abang Hafiz….Sarah akan tanggung sendiri!” Sarah mula sebak. Dia cuba menahan tangis.
“ Jangan nak buat perangai macam budak-budak…!’ kata Hafiz kasar.
Sarah tersentak, terkejut. Serta merta air mata yang ditahan tadi laju mengalir keluar.
“ Ok…Ok…..I`m sorry….abang minta maaf….abang sedar, abang tak sepatutnya berkasar dengan Sarah dan menuduh Sarah yang bukan-bukan tadi…abang janji, abang akan lebih hati-hati lain kali….please, maafkan abang!” pujuk Hafiz sambil mengenggam erat tangan Sarah.
Sarah diam, dia tunduk. Sebenarnya dia pun tak sedar yang Hafiz sudah pun memberhentikan kereta di bahu jalan.
“ Sarah!”
Sarah kembali mendongak bila namanya di sebut oleh Hafiz. Lelaki itu sedang mengukir senyum dan tangan kanannya mula menyapu air mata yang jatuh di pipi Sarah.
“ Sekarang, semuanya dah selesaikan…kita balik rumah kita sekarang. Esok kita pergi office bersama. Tentang kereta Sarah tu, nanti abang uruskan…jangan bimbang, ok!”
Hafiz mengusap perlahan pipi Sarah sambil menguntum senyum. Sarah kembali menyandarkan badannya di kusyen kereta sebelum Hafiz kembali meneruskan perjalanan mereka.
Sebaik sahaja sampai di rumah, Sarah terus masuk ke dalam biliknya tanpa mengendahkan Hafiz. Dia duduk di katil sambil menekup muka dengan kedua-dua tangan. Sikap Hafiz kebelakangan ini agak sukar untuk di duga. Sentiasa berubah mengikut moodnya. Kalau moodnya baik, percakapan akan jadi elok dan kalau sebaliknya hanya ber aku dan kau aje. Sarah mengeluh perlahan sambil bangun dari katil dan mencapai tuala. Dia perlu mandi supaya badan rasa lebih segar dan kebetulan dia belum lagi menunaikan solat isya`. Selepas ini dia perlu menghubungi orangtuanya memberitahu yang dia akan bermalam di rumah Hafiz kerana kebiasaanya dia hanya akan bermalam di sini hanya pada hari minggu sahaja.
Selesai mandi dan solat, Sarah keluar dari biliknya. Langkahnya di hala ke ruang dapur untuk menyediakan minuman panas. Hujan makin lebat di luar menyebabkan suasana terasa sejuk. Semasa melewati ruang tamu, dia dapati lampu di ruang itu terpasang.
“ Abang Hafiz!”
Lelaki itu sedang menyandar lesu di sofa dengan mata terpejam rapat. Dia membuka mata apabila mendengar Sarah menyebut namanya tadi. Hafiz terus menatap wajah Sarah membuatkan Sarah rasa tak selesa. Hafiz jarang menatapnya begitu, seakan ingin menyatakan sesuatu.
“ Abang Hafiz nak minum?” tanya Sarah sebelum meletakkan nescafe panas yang belum di minumnya. Tanpa sebarang kata, mug itu di capai dan di teguk perlahan. Kemudian dia menyandarkan badan kembali di sofa.
“ Abang Hafiz tak marah kalau Sarah melakukan sesuatu?” Sarah ke belakang sofa.
“ Sarah tahu abang Hafiz penat…Sarah ingin kurangkan kepenatan itu!” bisik Sarah perlahan di telinga Hafiz.
Tanpa menunggu jawapan Hafiz, tangan runcing Sarah terus mengurut lembut bahu Hafiz agar hilang sedikit ketegangan. Hafiz membiarkan seketika tangan itu terus memicit bahunya, dia selesa walaupun hatinya berdebar tiba-tiba. Sudah lama tubuhnya tidak di sentuh oleh mana-mana wanita.  Kalau dulu dia sering berkunjung ke apartmen Jacky, banglo Carolina dan juga selalu bersama Rozi, Tina, Aida, Sheila dan ramai lagi hinggakan dia sendiri sudah melupai nama-nama mereka yang pernah hadir dalam hidupnya. Tapi kini, dia jarang menemui mereka dan sengaja mencari alasan untuk tidak mengendahkan panggilan mereka.
Hafiz terus membiarkan tangan Sarah memicit bahunya. Kemarahan dan ketegangangnya hilang seketika.
Sarah terus berhenti memicit bahu Hafiz bila tangan Hafiz mula menyentuh tangannya.
“ Maaf, Sarah dah mengantuk…Sarah masuk tidur dulu!”
Sarah terus meninggalkan Hafiz dengan tergesa-gesa membuatkan Hafiz tergamam. Dan beberapa saat kemudian, bibirnya mula mengorak senyum.

3 comments:

  1. karya cik writer bagus..harap cerita ni digarap dengan baik....jangan jadi macam ending ANtara Aku DAn Dia..ending macam kelam kabut..cuma pendapat saya

    ReplyDelete
  2. Nice story... Tak sabar nak tunggu sambungan nye... :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...