Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 5 January 2013

Di Penghujung Rindu 15



Bab 15

T
UTY baru saja siap berdandan apabila Sarah sampai di rumahnya. Dia muncul dengan mengenakan gaun labuh berwarna hitam dan berlengan pendek. Nampak sesuai sekali dengan dirinya yang cantik dan tinggi lampai itu. Tambahan pula dengan dandanan rambut dan aksesori yang sesuai membuatkan Sarah benar-benar berubah.
            “ Sarah….it`s you?” Tuty terpekik. Benar-benat terkejut dengan kemunculan gadis di muka pintu rumahnya.
            Yes,….it`s me… Sarah!” jawab Sarah memperkenalkan diri sambil tergelak kecil.
Wow….you look so pretty….serious….wonderful….!”
Tuty menekup mulutnya. Benar-benar terkejut dengan penampilan Sarah itu. Sungguh, dia benar-benar teruja sehingga beberapa perkataan terkeluar dari mulutnya. Dan yang paling ketara sekali Sarah yang berada dihadapannya kini tidak lagi memakai cermin mata menyebabkan mata birunya begitu terserlah. Cantik.
“ Sarah…I `m still don`t believe it…ini yang kau kata nak bagi surprise tu kan?” kata Tuty sambil mempersilakan Sarah masuk ke dalam rumahnya.
Tuty ketawa kecil seakan tidak percaya dengan penampilan Sarah yang cukup bergaya dan menarik sekali. Orangtua Tuty, Hj Yusuff dan Hjh Aminah yang baru mengunjungi  rumah Tuty juga turut terkejut dengan penampilan baru Sarah itu. Mereka baru sampai dari Perak petang semalam.
Sarah tersenyum menerima pujian dari Tuty dan dia memang berterima kasih pada Fiona yang telah membantunya mengubah penampilan dia malam ini.
Welcome to your new life and shall we go now!” kata Tuty yang sudah tidak sabar untuk menghadiri majlis di rumah Datuk Daniel setelah dipelawa oleh Sarah dua hari yang lepas. Sebenarnya Tuty terasa begitu teruja untuk bertemu muka dengan Datuk Daniel kerana sebelum ini dia banyak mendengar cerita tentang duda tampan dan kaya itu melalui rakan-rakan di pejabat.
“ Mak, ayah…Tuty pergi dulu….” Tuty menyalami tangan orangtuanya diikuti oleh Sarah.
“ Hati-hati bawa kereta tu!” pesan Hj Yusuf.
Mereka berdua pergi dengan menaiki kereta Peugeot RCZ milik Sarah. Selepas memakir kereta di tepi jalan berdekatan dengan perkarangan banglo mewah milik Datuk Daniel, mereka berjalan beriringan masuk. Sarah mengenggam erat tangan Tuty dengan rasa cukup berdebar kerana merasakan semua orang sedang memandangnya.
“ Betulke ini rumah Datuk Daniel?” bisik Tuty perlahan ditelinga Sarah kerana dia juga rasa begitu tak selesa mengatur langkah bila beberapa orang tetamu sedang memerhati mereka.
I think so… tapi aku betul-betul nervous la….macam semua orang sedang pandang kat kita aje!… macamlah kita ni pelik sangat!” balas Sarah perlahan sambil mengatur langkah dengan harapan dia dapat bertemu dengan wajah-wajah yang dikenali.
“ Aku pun rasa macam tu jugak… aku harap kita tak tersilap rumah….rasa nak terkucil pun ada ni!” Tuty bersuara membuatkan Sarah hampir nak tergelak.
Tuty…Tuty…buat lawak pula dia!
Hi Sarah…my beautiful princess!”
Seorang lelaki tiba-tiba muncul di hadapan mereka. Lelaki itu terus mencium tangan Sarah selepas Sarah menyambut huluran lelaki itu. Sarah benar-benar tergamam dengan tindakan lelaki itu. Tuty juga begitu bila lelaki itu turut mencium tangannya.
“ Maafkan kami sebab terlewat sampai…kami tersesat tadi dan nampaknya majlis ini dah lama bermula!” Sarah memulakan bicara kerana mahu lelaki itu melarikan pandangan dari terus menatap wajahnya. Dia rimas.
“ I tak kesah…janji you datang…majlis ni akan tambah berseri dengan kehadiran you!” kata lelaki itu yang ternyata berusaha untuk menggoda Sarah. Sarah dapat merasakan yang lelaki itu tak lekang dari menatap wajahnya, mungkin dia agak terkejut dengan penampilan barunya itu.
“ Kenalkan…kawan I, Tuty” Sarah memperkenalkan Tuty pada lelaki itu.
Hi!... I`m Daniel….you look so sweet and I hope you `ll enjoy!” ujar Datuk Daniel memandang wajah Tuty bersama senyuman yang tak lekang dari bibirnya.
“ Terima kasih, Datuk” ucap Tuty.
Come…and follow me….I nak kenalkan you dengan kawan-kawan I…”
Datuk Daniel terus memegang tangan Sarah dan Sarah pula segera menarik tangan Tuty membuatkan temannya itu terdorong ke depan, nasib baik tidak jatuh tersungkur. Sarah cuba menolak lembut bila Datuk Daniel mula merangkul pinggangnya.
“ Kenalkan…Zamani dan isterinya, Fiona!” Datuk Daniel memperkenalkan Sarah dengan pasangan suami isteri yang nampak begitu sepadan.
“ Kami dah kenal dan Fiona merupakan orang yang bertanggungjawab mengubah penampilan I malam ni!” beritahu Sarah.
“ Oh! really….you tahu, penampilan you malam ni membuatkan semua orang memberi tumpuan pada you, cukup memukau…tentu you perasankan bila you melangkah masuk ke sini tadi, semua orang memerhatikan you!” kata Datuk Daniel membuatkan Sarah memandang wajah Tuty.
Sarah juga diperkenalkan dengan beberapa orang kenalan Datuk Daniel yang rata-ratanya terdiri dari ahli perniagaan dan tokoh koperat yang berjaya. Sarah segera melarikan diri dari terus bertemu muka dengan lelaki-lelaki yang ternyata memandangnya dengan niat tertentu.
Sarah kembali mendapatkan pasangan Zamani dan Fiona yang ketika itu begitu rancak berbual dengan Tuty.
So, inilah perempuan yang mengubah diri kau!” kata Tuty.
“ Nampaknya perubahan you malam ini bisa memukau semua tetamu di sini…betullah kata Datuk Daniel tadi!” celah Fiona yang cukup gembira dengan kehadiran Sarah.
“ Termasuk I!” seorang lelaki tiba-tiba mencelah perbualan mereka membuatkan mata mereka beralih pada wajah lelaki yang nampak segak mengenakan kemeja dan seluar jean.
“ Zack…”
Sarah benar-benar terkejut dengan kemunculan lelaki itu sempat melirik ke arah Tuty kerana menyedari temannya itu tertarik dengan lelaki yang mencelah percakapan mereka.
“ I sebenarnya sedang memburu you!” bisik Zakri perlahan di telinga Sarah membuatkan Sarah benar-benar tersentak.
“ Maaf, Zack. I bukan bahan buruan dan I juga tak suka di buru terutamanya oleh lelaki seperti you ni!” Sarah segera membalas kata-kata Zakri membuatkan lelaki itu hanya tergelak kecil. Sedikit pun tidak terasa dengan kata-kata Sarah.
Zamani segera mencelah perbualan Sarah dan Zakri kerana tidak mahu perbualan itu menjadi lebih serius. Dia tahu siapa lelaki yang bernama Zakri itu. Dan perbualan mereka berlima mula meliputi pelbagai topic.
Muzik yang pelbagai rentak silih berganti menceriakan suasana malam itu. Dan para tetamu juga melakukan bermacam-macam aktiviti, ada yang menari, berbual dengan diringi gelak tawa dan ada juga yang sedang menikmati hidangan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling.
Sarah memerhati keadaan sekitar kerana sememangnya dia sedang mencari wajah seseorang. Dan pandangannya terhenti ke arah satu pasangan yang asyik berbual mesra dengan diiringi oleh gelak tawa. Lelaki yang sedang asyik berbual itu segera menoleh ke arah Sarah kerana merasakan dirinya sedang diperhati. Buat seketika pandangan mereka berdua bertaut dan Sarah cepat-cepat mengalihkan pandangannya. Tidak mahu ada sesiapa yang menyedari.
“ You berdua nak makan apa? …I tolong ambilkan!” suara Zakri bertanya membuatkan mata Sarah merenung seketika wajah lelaki itu.
Sorry! kata Sarah, sengaja mahu menyembunyikan rasa tidak selesanya dengan apa yang berlaku sebentar tadi.
“ I nak pergi ambil makanan…you ada nak apa-apa?” tanya Zakri sekali lagi.
“ Oh!...apa-apa aje…” beritahu Sarah.
“ I temankan you!” Tuty menawarkan diri.
Sarah kembali berbual bersama Fiona sementara menunggu Tuty dan Zakri muncul. Sebenarnya dia masih lagi belum lapar dan tiada hati untuk mengunjungi majlis ini tapi mengenangkan hubungannya bersama Datuk Daniel, dia munculkan diri.
This is….for you…I tak tahu apa yang you suka…I just take it…!” Zakri muncul dan menghulurkan pinggan yang berisi beberapa jenis pudding dan buahan.
Thanks!” ucap Sarah.
“ Wow…banyaknya…habiske?” Sarah tergelak bila melihat pinggang Tuty yang sarat dengan pelbagai jenis makanan.
“ Rezeki jangan di tolak!” Tuty segera memasukkan pudding ke dalam mulutnya.
“ Hai Zack…here you…come, joint me!” seorang gadis muncul dan segera menarik lengan Zakri.
Sorry… I jumpa dia orang kejap!” kata Zakri dan berlalu meninggalkan Sarah dan Tuty. Fiona pula sedang asyik berbual dengan beberapa kenalannya, begitu juga dengan Zamani.
He is so handsome and charming, it`s?” bisik Tuty di telinga Sarah.
“ Siapa yang kau maksudkan?...Zack!” tanya Sarah merenung wajah Tuty yang mula berhias dengan senyum.
“ Maksud aku…suami kau!” kata Tuty sebelum memasukkan makanan ke dalam mulutnya. Berselera betul Tuty menikmati makanan yang berada di dalam pinggangnya.
“ Abang Hafiz!” kata Sarah.
“ Yalah, siapa lagi. Sejak dari tadi kau asyik pandang wajah dia…kau ingat aku tak perasanke?...hmm….mungkin gadis itu teman barunya. Cantik dan tastenya tetap tak berubah, sukakan seseorang yang seksi dan mengiurkan… naik seram aku!”
Sarah mengeluh perlahan. Dia mengakui kata-kata temannya itu. Sampai bila Hafiz akan berubah.
Dua minit kemudian, Datuk Daniel muncul di hadapan mereka bersama seorang perempuan cantik. Dia kemudiannya mengajak Sarah untuk ke suatu tempat.  Sengaja dia mengajak perempuan cantik tadi semata-mata mahu menemani Tuty sepanjang dia bersama Sarah nanti.
“ Jangan risau…I bukannya nak buat perkara tak elok!” kata Datuk Daniel tadi bila Sarah begitu berat hati mahu mengikutinya.
Semasa Sarah mengikuti langkah Datuk Daniel, dia sempat bertembung dengan Zakri. Lelaki itu nampak sedikit kecewa sedangkan dia meninggalkan teman-temannya tadi semata-mata mahu bersama Sarah kerana menganggap peluang itu begitu terhad.
Datuk Daniel mengajak Sarah masuk ke dalam banglonya. Sarah terpaksa akur dan berdoa agar tiada apa-apa yang tak elok akan berlakuk padanya. Sebaik saja kakinya melangkah masyk ke dalam banglo mewah itu, dia sudah dapat mengagak kehidupan  Datuk Daniel. Memang mewah. Semua kelengkapan dan perabot dan perhiasan di banglonya nampak begitu ekslusif. Lelaki itu meminta Sarah duduk di satu ruang sementara dia beredar dari situ.
` Apa maksud Datuk Daniel mengajak aku ke sini sebenarnya?...adakah dia sedang merancang sesuatu untuk memerangkap aku?`  tangan kanan Sarah diletak di dada. Dia dapat merasakan degupan jantungnya begitu hebat.
“ Sarah!”
Datuk Daniel muncul kembali sambil mengukir senyum. Dia gembira kerana Sarah masih ada di situ. Sarah segera bangun dari sofa dan dia sudah bertekad akan melakukan apa saja agar dirinya akan terselamat.
“ I nak berikan sesuatu untuk you!” kata Datuk Daniel sebaik saja menghampiri Sarah yang sedang berdiri tegak.
“ Er,.. apa dia?” Sarah bertanya dengan rasa teragak-agak.
Close you eyes!” pinta Datuk Daniel dengan suara lembut.
“ Untuk apa?...jangan-jangan….” Sarah menelan liur.
“ Kan I dah cakap tadi yang I bukannya nak buat perkara yang tak elok pada you kan!...just close your eyes because I want to bring you something…” kata Datuk Daniel.
“ O…ok…!” Sarah memejam matanya perlahan sambil menggenggam erat kedua tangannya dengan penuh debaran.
Sarah dapat merasakan ada sesuatu di lehernya. Hatinya makin tak keruan.
Now….open your eyes!” pinta Datuk Daniel yang ketika itu berada di hadapan Sarah.
Sarah segera membuka mata. Tangannya segera menyentuh sesuatu yang melekat di leher jinjangnya.
“ Apa ni, Datuk?”
Datuk Daniel membawa Sarah menghampiri cermin. Wajah Sarah segera terpaku melihat kilauan permata di lehernya.
Just for you, my dear!” ucap Datuk Daniel sambil mengukir senyum.
“ Untuk apa kalung ini diletakkan dileher I?...Datuk ingat Datuk boleh beli I dengan menghadiahkan kalung mahal ini?” Sarah cuba menanggalkan kalung di lehernya tapi segera di tahan oleh lelaki itu.
“ Kenapa kaum wanita suka berburuk sangka terhadap sesuatu kebaikan yang diberikan oleh kaum lelaki?” Datuk Daniel merenung wajah Sarah.
“ Kerana memang itu lumrahnya…I perlu bersikap hati-hati supaya tidak tergadai body…I minta maaf Datuk, I memang tak boleh terima pemberian ini!” sekali lagi Sarah cuba membuka kalung tadi dan sekali lagi juga ditegah oleh Datuk Daniel.
“ Dah lama I beli kalung ini sebab I sukakan reka bentuknya, sebelum ini I tak terfikir untuk menghadiahkannya kepada sesiapa tapi I rasa kalung ini sesuai untuk you, itu sebabnya I hadiahkan pada you!” jelas Datuk Daniel.
“ Tapi Datuk….kalung ini terlalu mahal untuk I terima….lagi pun I tak berminat dengan barang kemas!” Sarah tetap menolak.
Datuk Daniel tertunduk. Nampak jelas di wajahnya rasa kecewa dengan penolakan Sarah itu.
“ Sarah, please…I betul-betul ikhlas nak menghadiahkannya pada you. Anggaplah ini sebagai hadiah dari seorang kawan. Untuk malam ini, I benar-benar mahu melihat you memakainya. Selepas ini terpulang pada you  sama ada untuk menyimpannya atau menghadiahkannya pada sesiapa…I tak akan ambil balik!”
Sarah terdiam. Dia dihimpit rasa serba salah. Namun, melihat wajah lelaki itu yang begitu mengharap, dia mengeluh perlahan.
“ Baiklah….untuk malam ini I akan memakainya sebagai tanda persahabatan kita, tak lebih dari itu!” Sarah mengukir senyum, begitu juga Datuk Daniel yang ternyata begitu lega mendengar kata-kata Sarah.
“ Jom, kita keluar jumpa yang lain! Apa pula kata mereka bila menyedari kita lama di sini!” Kali ini mereka berjalan beriringan keluar dari banglo itu.
Mata Sarah melilau mencari kelibat Tuty, dia tidak mahu temannya itu berprasangka buruk. Dia tersenyum lega bila Tuty dilihatnya sedang rancak berbual dengan beberapa orang wanita.
Would you like to dance with me!”
Datuk Daniel bersuara bila menyedari pandangan Sarah terus tertumpu pada satu pasangan yang begitu asyik menari bersama pasangan yang lain.
“ I…I tak pandai menari!”
Please…sekejap pun tak apa!”
“ Ok! Tapi you jangan salahkan I kalau I terpijak kasut you nanti”
No  problem…I pun bukannya pandai menari!”
Datuk Daniel terus memimpin tangan Sarah. Mereka berdua menghampiri satu kawasan yang dikhaskan untuk pasangan yang mahu menari. Belum pun sampai seminit mereka menari, seorang lelaki datang menghampiri Datuk Daniel dan membisikkan sesuatu ditelinganya.
Sorry, sayang…I`ll be right back!” kata Datuk Daniel sebelum berlalu sambil mengenyitkan matanya.
Oleh kerana pasangannya sudah beredar, Sarah sudah bersedia untuk menyertai Tuty.
Shall we!”
Zakri muncul dihadapannya sebelum sempat Sarah melangkah pergi. Nak tak nak terpaksalah Sarah akur dengan pelawaan lelaki itu. Irama yang tadinya agak rancak bertukar melodi kepada perlahan dan pasangan yang berada di tempat itu mula mengubah rentak tari.
“ Hai Zack, boleh kita tukar partner?” seseorang tiba-tiba datang mencelah membuatkan wajah Zakri dan Sarah berubah.
Sorry, we just start!” balas Zakri dan secara tak langsung cuba menolak kehadiran lelaki itu.
It`s ok, Zack…I know this guy!” kata Sarah membuatkan lelaki yang mencelah tadi sudah tersenyum, manakala wajah Zakri pula cemberut. Dan dengan rasa berat hati dia meninggalkan pasangan itu.
Tanpa membuang masa lelaki itu terus merangkul erat tubuh Sarah membuatkan tubuh mereka bersentuhan. Sarah menelan liur dan hatinya resah dan dadanya berdegup kencang. Entah kenapa dia rasa begitu.
You look so beautiful and sexy tonight…I love it!” ujar lelaki itu sambil merenung jauh ke dalam mata Sarah membuatkan Sarah benar-benar rasa resah. Tapi dia cuba bersikap setenang yang mungkin.
“ Terima kasih atas pujian tu dan Sarah menghargainya….rasanya, ini kali pertama Sarah menerima pujian dari abang Hafiz…harapnya pujian itu ikhlas dari hati!” balas Sarah secara tak langsung cuba memberi maksud pada lelaki itu.
Of cause….pujian tadi memang ikhlas dari hati….siapa sangka yang nenek kebayan suatu ketika dulu boleh bertukar rupa menjadi seorang puteri yang cantik dan rupawan ya!” Hafiz tergelak kecil dan dalam masa yang sama tangannya makin erat memeluk tubuh Sarah.
So, mulai sekarang abang Hafiz tak boleh mencemuh Sarah lagi kan…jadi, inilah rupa Sarah yang sebenar!” kata Sarah sambil tersenyum membuatkan Hafiz tergamam. Entah kenapa dirasakan senyuman Sarah itu begitu istimewa membuatkan matanya tak lekang dari terus menatap wajah Sarah.
Where`s your girlfriend?” Sarah ingin tahu ke manakah menghilangnya gadis yang sentiasa berada di sisi Hafiz sejak awal tadi.
Over there…she`s watching for us!”
Sarah mengalih pandang pada gadis yang dimaksudkan oleh Hafiz itu. Dan ternyata gadis seksi dengan gaun pendek itu sedang merenung ke arah mereka dengan wajah masam mencuka.
“ Cantik kalung kat leher tu! tak pernah tengok pun kalung tu sebelum ini…you buy it or someone present for you…hmm…maybe from Datuk Daniel!” tiba-tiba perhatian Hafiz terpaku pada kalung yang berkilauan di leher Sarah.
What do you mean?” Sarah pula rasa tak selesa dengan kata-kata Hafiz.
“ Jangan nak cuba nafikan, Sarah. Aku sendiri nampak kau masuk ke dalam banglo bersama lelaki tu dan dia menyarungkannya ke leher kau! Lelaki, Sarah…setiap pemberian pastinya mahukan balasan…” kata Hafiz. Tadi dia menyelinap masuk ke dalam banglo milik Datuk Daniel untuk melihat apa sebenarnya yang berlaku. Dia bimbang Sarah akan di apa-apakan oleh lelaki itu. Sebab itu dia mengambil sikap berjaga-jaga.
`Nampak gaya, ada yang nak kena ganyang mulut dengan cili!` Sarah membentak dalam diam sambil mengetap bibir.
Sarah merenung seketika wajah Hafiz sebelum berusaha melepaskan diri dari pelukan Hafiz.
Sorry…kita teruskan menari dan aku janji tak akan mengungkit hal ini lagi!” kata Hafiz memujuk.
Pandangan mata Hafiz yang begitu menggoda itu membuatkan Sarah mengalah. Mereka kembali menari.
“ Sarah…” Hafiz bersuara perlahan membuatkan mata Sarah terus terpaku ke wajah lelaki itu.
“ Sejak awal kemunculan Sarah ke sini tadi…abang dah perhatikan Sarah. Abang ingin mendekati Sarah tapi ada saja yang menghalang. Kemunculan Sarah malam ni benar-benar mencuri pandangan tetamu di sini dan rata-rata mereka bercakap tentang Sarah!” kata Hafiz membuatkan Sarah menelan liur. Sebenarnya dia tergamam mendengar bicara Hafiz yang begitu lembut untuk pertama kalinya. Nampaknya malam ini, sikap Hafiz benar-benar berubah. Sarah terus hanyut bersama irama dan rangkulan Hafiz dan dia tersentak bila merasakan ada sesuatu singgah di lehernya seketika.
“ Muzik dah berhenti!” Sarah terus bersuara tegas dan sekali gus mematikan tindakan Hafiz yang ternyata seperti baru tersedar dari mimpi. Dia terpingga-pingga merenung tubuh Sarah yang bergegas pergi sebaik sahaja muzik berhenti.
Sarah terus mendapatkan Tuty.
“ Kenapa kau senyum tengok aku?” soal Sarah hairan bila Tuty terus tersenyum sebaik saja dia menghampiri temannya itu.
“ Ehem…bukan main romantic lagi kau dan abang Hafiz tu menari macam pasangan kekasih yang asyik bercinta!” usik Tuty.
“ Jangan nak mengarutlah…takkan wujud rasa cinta dalam hubungan kami…kau pun tahukan!” Sarah segera menyangkal dakwaan Tuty.
“ Kau tak rasa apa-apake bila dia peluk kau begitu erat tadi…siap berbalas pandang lagi!” tanya Tuty.
“ Aku?...aku tak rasa apa-apa pun….kalau ada pun rasa menyampah!” balas Sarah menyembunyikan hakikat sebenar. Sebaliknya jawapan Sarah itu mengundang tawa Tuty.
“ Tapi aku percaya…kau tak rasa begitukan…kau boleh tipu dengan kata-kata…tapi kau tak boleh tipu mata kau…mata kau menceritakan segala-galanya!” kata Tuty lagi membuatkan Sarah gelisah.
“ Boleh tak kita tak cakap pasal ni…rimas aku!” Sarah cuba melarikan diri dari terus berbicara soal itu, dia takut apa yang dirasa dapat dihidu oleh Tuty. Biarlah rahsia.
“ Eh! cantik kalung, siapa bagi?”  terbeliak mata Tuty memandang kalung di leher Sarah. Dia tak nampak pun Sarah memakai kalung itu sebelumnya.
“ Aku jumpa tadi!” jawab Sarah selamba.
“ Betul? Kau jumpa atau ada orang yang tolong jumpakan…Datuk Daniel atau abang Hafiz kau!”
“ Kalau kau tak sayang mulut…kau cakaplah lagi pasal kalung ni. Tadi pun aku hampir bergaduh dengan abang Hafiz pasal kalung ni!” Sarah mula buat muka bosan.
“ Ok…aku tak cakap lagi pasal ni, puas hati” Tuty mengalah. Dia tak mahu merosakkan mood Sarah.
“ Jom, makan…aku lapar!” kata Tuty.
“ Aik…tadikan dah makan banyak….kau ni kan…pasal makan…!” belum pun sempat Sarah meneruskan kata, Tuty  sudah mengheretnya ke tempat yang menyajikan hidangan yang pelbagai. Sarah mengikut langkah Tuty sambil mengeleng kepala.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...