Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 7 January 2013

Bisikan Hati 3



Bab 3
F
ARAH meninjau sekitar restoran. Setengah jam tadi Zareen ada menghubunginya di bilik hotel untuk berjumpa di sini. Farah segera mengukir senyum sebaik saja melihat kelibat Zareen di balik pengunjung restoran yang lain. Laju langkahnya menghampiri meja yang di huni oleh lelaki itu.
“ Dah lama awak sampai?” tanya Farah sebaik sahaja melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.
Zareen hanya mengukir senyum.
Sorry!” Farah segera memohon maaf.
“ Tak perlulah awak minta maaf. Saya duduk sini sebelum saya hubungi awak. Saya mahu lihat keadaan di sini. Masa kecil dulu, saya pernah tinggal di kawasan yang berdekatan sini. Tapi sejak berpindah ke Melaka, saya langsung tak pernah datang ke sini hinggalah ke hari ni. … kalau awak yang tak cadangkan untuk datang ke sini,  pasti saya tak sampai ke tempat ni…banyak betul perubahannya!” Zareen mengukir senyum.
Farah turut mengukir senyum. Dia merenung seketika wajah Zareen yang nampak ringkas berpakaian, t shirt bersama jaket. Hampir sama dengannya. Suasana yang sejuk membuatkan mereka terpaksa mengenakan pakaian yang berlebihan. Tapi keadaan di sini amat menenangkan.
“ Awak apa khabar?” tanya Zareen memandang wajah Farah.
“ Baik…awak?” entah kenapa tiba-tiba suasana terasa kekok.
“ Alhamdulillah, baik…macam mana dengan keluarga awak?” tanya Zareen.
“ Baik. Keluarga awak pulak?” tanya Farah semula.
“ Apasal kita ni macam budak tadika…”
Zareen tergelak. Terasa perbualan mereka nampak kebudak-budakkan.  Farah turut tergelak. Memang betul pun, nampak terlalu formal.
“ Hmm…Mak saya sihat tapi tiap-tiap pagi dia asyik berleter kat saya!” kata Zareen yang mula membayangkan wajah emaknya setiap pagi.
“ Berleter?...pasal apa?” tanya Farah. Dia mula tertarik untuk mengetahui cerita itu.
“ Biasalah orang tua. Apa lagi…mak saya cakap, anak teruna tak elok bangun lewat…nanti tak ada orang yang nak dekat saya. Dia juga kata…orang yang bangun lewat, susah nak dapat rezeki!”
 Farah tersenyum mendengarnya. Memang dia selalu dengar pepatah tu, kalau sesiapa yang bangun lambat, rezeki susah nak dekat. Tapi bab anak teruna tu…tak ada pulak dia dengar, teruna yang bangun lambat tak ada orang yang nak! Tanpa sedar dia ralit merenung wajah Zareen. Mencari makna di balik kata-kata itu.
“ Hey, kenapa awak asyik tenung saya?”  pertanyaan Zareen itu serta merta mengejutkan Farah. Kelam kabut dia membetulkan kedudukannya dan cuba mengawal diri. Farah mengeluh lega bila pelayan datang mendapatkan pesanan.
Selepas beberapa ketika mereka mula mesra dan banyak topic menjadi tajuk perbualan mereka sambil menikmati makan tengahari.
“ Lepas ni kita nak ke mana?” tanya Farah selepas selesai menikmati makan tengahari.
“ Suka hati awaklah…saya ikut aje!”  Zareen memberi jawapan.
“ Kalau macam tu, kita jalan-jalan sekitar sini. Bolehlah kita kenal diri masing-masing!” usul Farah.
Zareen hanya diam. Dia memang tiada idea dan dia turut bersetuju dengan cadangan itu. Mereka baru sahaja kenal antara satu sama lain. Banyak perkara tentang diri Farah tidak dia ketahui.


ZAREEN mengetuk pintu bilik Pengarah Syarikat Megah Trading yang berada di tingkat 11 bangunan yang setinggi 15 tingkat itu.
“ Masuk!”
Zareen memandang sekilas wajah PA pengarah syarikat itu sebelum mengetuk pintu sebentar tadi. Wanita anggun yang berusia 30-an itu sempat mengukir senyum sebelum kembali meneruskan kerjanya. Dan tanpa membazir masa, pintu bilik itu di kuak perlahan. Dia berdiri seketika di muka pintu sebelum melangkah masuk.
“ Assalamualaikum. Dato`!” Zareen segera memberi salam.
“ Waalaikumussalam, Zareen. Masuklah!” pelawa Dato` Idris. Gembira dapat berjumpa dengan Zareen, kebetulan hari ini genaplah seminggu dia bekerja di syarikat itu sebagai seorang jurutera.
Zareen terus menapak ke hadapan dan dia segera melabuhkan punggung di hadapan lelaki itu.
“ Macam mana dengan kerja, ok…atau ada apa-apa masalah?” tanya Dato` Idris sebaik saja Zareen berada di hadapannya.
“ Setakat hari ini, semuanya berjalan dengan baik…insyaAllah tak ada masalah!...” Zareen terus memberi jawapan.
Dato` Idris mengangguk perlahan. Dia menyandarkan tubuhnya di kerusi sambil matanya merenung wajah Zareen.
“ Macam mana dengan pergaulan Zareen di sini?...semua staf kat sini layan Zareen dengan baikke?”
“ Alhamdulillah…mereka layan Zareen dengan baik dan mereka sedia membantu. Lagi pun ramai staf yang ada kat sini, Zareen dah kenal!” Zareen benar-benar bersyukur kerana terus diterima bekerja di sini sebaik sahaja dia tamat belajar. Itu juga yang dijanjikan oleh Dato` Idris padanya dulu. Sebelum belajar ke luar negara, dia pernah bekerja di syarikat ini sebagai office boy. Dia terpaksa melupakan impiannya untuk menyambung pelajaran demi membantu adik-adiknya belajar walaupun keputusan SPMnya ketika itu agak cemerlang. Atas dorongan dan keperihatian dari Dato` Idris, dia menyambung pelajaran ke luar negara. Malah Dato` Idris dan Datin Nik Safiah telah mengambilnya sebagai anak angkat.
“ Apa khabar, Datin?...dia sihat?” Zareen teringatkan isteri Dato` Idris.
“ Sihat, kalau ada masa…datanglah ke rumah. Pasti aunty gembira dapat berjumpa dengan Zareen!” kata Dato` Idris.
“ InsyaAllah…Zareen akan datang jumpa dengan Datin!”
Mereka berdua mula bercakap tentang beberapa hal yang berkaitan dengan urusan kerja. Zareen seronok berbual dengan Dato` Idris kerana lelaki itu seorang yang baik dan bersikap perihatin, bukan hanya pada dia sahaja tapi pada semua staff.
“ Zareen keluar dulu Dato`!” kata Zareen bila Dato` Idris menerima panggilan telefon. Bimbang kalau dia hanya mengganggu urusan lelaki itu.
“ Hm…kalau ada apa-apa hal, jangan segan bagi tahu uncle!” kata Dato` Idris sebelum Zareen keluar dari bilik itu.
Zareem terus melangkah  menuju ke mejanya dan di pertengahan jalan dia terserempak dengan seseorang.
“ Apa khabar, kak Siah?” tegur Zareen pada wanita yang berbadan sedikit gempal, sedang menyapu lantai. Terlopong mulut wanita itu sebaik sahaja memandang wajah Zareen yang berada di hadapannya sambil menukir senyum.
“ Ya Allah, Zareen ke ni?” tegur wanita yang bernama kak Siah itu.
Zareen mengangguk.
“ Kak Siah sihat…tak sangka kak Siah dapat jumpa Zareen semula…bila masuk kerja?” kak Siah benar-benar gembira dengan pertemuan itu.
“ Masuk hari ini…dah kira seminggu. Kak Siah pergi mana…tak nampak pun sebelum ni, ingatkan dah berhenti kerja!”
“ Kak Siah tak berapa sihat…minggu lepas jatuh tangga, terkehellah juga kaki…tapi sekarang ni dah ok…rindunya kak Siah pada Zareen!”
“ Zareen pun rindukan kak Siah….kan kita member kamcing dulu kan!” kata Zareen mengenangkan betapa rapatnya dia dan kak Siah dulu. Selalu juga dia menumpangkan kak Siah balik dengan motor buruknya kerana suami kak Siah tak datang jemput. Maklumlah kehidupan rumahtangga kak Siah tidak beruntung seperti orang lain. Dapat suami yang suka berjudi dan juga kaki pukul. Selalu juga dia lihat wajah kak Siah bengkak dan lebam.
“ Macam mana hubungan kak Siah dan abang Badrul?” tanya Zareen.
“ Kak Siah dah bercerai dengan abang Badrul.  Syukurlah, sebab hidup kak Siah sekarang ni dah aman….dengarnya dia sekarang ada kat dalam penjara! Kak Siah  tak pernah jenguk pun dia kat sana. Anak-anak kak Siah pula tak pernah tanya mana ayah mereka!...mereka pun dah tak kesah tentang ayah mereka lagi.” beritahu kak Siah.
“ Oh…maafkan Zareen!”  Zareen tumpang simpati.
“ Tak ada apalah…kak Siah gembira sangat dapat jumpa dengan Zareen. Zareen sekarang ni pun nampak bertambah handsome… entah-entah tak lama lagi dapat jadi menantu Dato`!” usik kak Siah.
“ Merepeklah kak Siah ni…anak-anak Dato` tu Zareen dah anggap macam adik Zareen sendiri!” Zareen teringatkan anak sulung Dato` Idris, Syafika yang berusia 21 tahun sekarang ini sedang menuntut di luar negara dan Natasya, anak bongsu Dato` Idris yang berusia 18 tahun pula  berada di matrikulasi dan sedang membuat persiapan untuk ke luar negara.  Dia juga teringatkan tentang tawaran yang diberikan oleh Dato` Idris sebentar tadi.
“ Apa kata Zareen tinggal dengan uncle…kat rumah uncle hanya uncle dan aunty dengan ditemani oleh orang gaji.”
“ Terima kasih saja Dato`. Selama ini pun Dato` dah banyak bantu saya…budi Dato` pada saya selama ini dah tak terbalas. Kalau bukan kerana Dato`, saya mungkin tak dapat nak teruskan pembelajaran…sekarang pula Dato` dah bagi saya peluang kerja ni…saya tak nak timbul apa-apa masalah nanti!” kata Zareen.
“ Zareen, uncle bantu Zareen sebab uncle tahu Zareen seorang yang bijak dan juga berkelayakan. Apa yang Zareen dapat adalah berdasarkan kemampuan Zareen dan uncle tahu Zareen boleh maju ke depan. Uncle cuma tunjukkan jalan kerana uncle yakin yang Zareen boleh berjaya!” ucap Dato` Idris.
Zareen terdiam.
“ Eh! Apasal ni…tiba-tiba diam?” teguran kak Siah membuatkan Zareen terpingga-pingga.
“ Kenapa kak Siah?” tanya Zareen.
“ Jauh betul kamu mengelamun, Zareen. Teringatkan buah hatike?” usik kak Siah sambil mengukir senyum.
“ Mana ada…nanti kita borak lagi ya!” kata Zareen.
“ Yalah…kerja elok-elok tau!” pesan kak Siah sebelum Zareen berlalu.


FARAH duduk di kaunter sambil memerhati Aishah mengira barang-barang yang dibeli oleh pelanggan. Gadis itu begitu cekap menguruskan hal di kedai terutama sekali melibatkan pengiraan. Tidak hairanlah kalau dia mendapat kepercayaan Hj. Yusuf untuk menjaga urusan kewangan mini market itu. Mata Farah melilau melihat beberapa orang pelanggan yang berada di situ begitu asyik memilih barang-barang keperluan mereka.
“ Chah, aku tanya kau satu soalan boleh?” Farah memandang wajah Aishah yang berdiri di kaunter pembayaran. Baru saja pelanggan tadi beredar, datang pula pelanggan yang lain untuk membuat pembayaran.
“ Satu aje?” soal Aishah sambil tergelak kecil tapi tangannya tetap lincah menekan mesin kira di hadapan untuk mengira  harga barangan yang dibeli oleh pelanggan.
“ Ya, kalau banyak…tak terjawab kau nanti!” balas Farah.
“ Yalah tu!” Aishah mencebik.
“ Terima kasih, datang lagi!” ujar Aishah pada pelanggan sebelum mereka beredar selepas membuat pembayaran.
“ Hmm….apa soalannya?” tanya Aishah sambil membetulkan tudung yang di pakainya. Dia nampak begitu sopan dan ayu bila mengenakan baju kurung. Pada pengamatan Farah. Aishah selalu berbaju kurung, jarang dia melihat Aishah berpakaian kasual sepertinya, seluar dan t`shirt  atau pun kemeja.
“ Bila kau nak kawin?” pertanyaan Farah hanya di sambut dengan sengihan oleh Aishah. Dia merenung seketika wajah Farah yang turut memandangnya, menunggu jawapan.
“ Pakwe pun tak ada, macam mana nak kawin. Lagi pun siapalah yang sukakan aku ni…belajar dah lah tak tinggi mana, rupa pun tak lawa, lainlah macam kau…” kata Aishah merendah diri. Dia mengukir senyum.
“ Chah, apa yang kau lihat pada aku hanyalah zahir sahaja. Sebenarnya, aku tak pernah rasa bahagia seperti kau…hidup aku masih lagi terumbang –ambing!” Farah meluahkan rasa hati. Memang kalau orang lihat, dia adalah gadis yang sempurna. Tapi itu hanyalah pada luaran sahaja.
“ Farah, kau kena cari tempat bergantung yang kukuh dan kuat. Sesorang yang boleh bimbing kau ke arah jalan yang betul!” luah Aishah perlahan membuatkan Farah terdiam. Perlahan-lahan dia menarik nafas.
“ Maksud kau?”
“ Kau kena cari seorang suami yang beriman, bertanggungjawab dan penyayang…aku percaya kau akan perolehi kebahagiaan!” Kata-kata yang cukup sinonim untuk mencari lelaki sebagai jodoh. Apa yang diucapkan oleh Aishah itu mengingatkan dia pada Zareen, lelaki yang dikenalinya dua bulan sebelum dia pulang ke tanah air. Pada firasatnya, Zareen seorang lelaki yang baik dan sentiasa bersikap tenang. Berbeza sekali dengan beberapa orang lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.
“Jauh mengelamun…teringatkan buah hati ya?” usik Aishah mematikan lamunan Farah terhadap Zareen.
Farah hanya tersenyum, dia terus berlalu pergi meninggalkan mini market itu membuatkan Aishah terpingga-pingga. Dia dapat lihat, sikap Farah agak berlainan dari sebulan yang lalu.


FARAH berdiri  menghadap cermin di tingkat 17. Matanya merenung jauh melihat panorama pencakar langit. Sesekali dia melepas keluhan. Baru seminggu dia memegang jawatan sebagai projek manager di syarikat milik papanya. Sesungguhnya Farah bersyukur kerana kedua anak tiri papa tidak bekerja di sini. Kalau tak, bagaimana dia nak berhadapan dengan mereka. Memang dari awal lagi dia tahu papa tidak pernah menawarkan apa-apa jawatan untuk abang Syamsul dan kak Mariana kerana kata papa, mereka tak ada sebarang kelayakan untuk memegang jawatan yang tinggi. Bila di tawarkan jawatan rendah , mereka tak mahu. Akhirnya papa membiarkan mereka memilih pekerjaan sendiri walaupun sentiasa mendengar rungutan aunty Syikin yang tidak berpuas hati kerana anaknya tidak mendapat peluang menerajui syarikat TS Holdings.
Pada hari pertama dia menjejak kaki ke sini, papa sudah berpesan agar dia berusaha bersungguh-sungguh demi menjayakan TS Holdings.  Menurut papa, syarikat ini akan menjadi miliknya yang mutlak satu hari nanti kerana dialah satu-satunya anak papa. Papa mahu dia mengetahui selok belok semua urusan dari sekecil perkara hinggalah yang terbesar. Sebagai seorang ahli perniagaan, mereka tak akan lari dari pelbagai masalah. Oleh itu, mereka perlu berhati-hati kerana musuh sentiasa mencari peluang untuk menjatuhkan lawan.
“ Sebenarnya, banyak benda yang Farah tak tahu. Farah takut Farah tak dapat memberi komitmen yang terbaik seperti yang papa harapkan!” kata Farah bila mengenangkan betapa tingginya harapan papa terhadapnya.
“ Tak mengapa. Masih banyak masa untuk Farah belajar semua tu. Lagi pun setiap urusan atau setiap kerja  yang kita tidak tahu tidak semestinya dapat diuruskan dalam satu masa sahaja. Farah jangan bimbang, selagi Farah bersama papa…Farah akan dapat mempelajarinya sedikit demi sedikit…yang penting, Farah mesti ada keyakinan. Farah, papa mahu berkongsi segalanya dengan Farah!” kata Tg. Salleh bila Farah mengadu padanya tentang banyak perkara yang dia tidak tahu dan uruskan.
“ Kenapa papa mahu kongsikan segalanya dengan Farah sekarang?...kenapa tidak 24 tahun yang lalu, ketika mama masih hidup!” Farah melahirkan rasa terkilan dengan sikap papanya. Sejak dari dulu lagi dia cukup kecewa dan terkilan dengan sikap papanya yang tidak pernah memberi kasih sayang dan perhatian padanya. Wajah arwah mamanya pun tidak pernah di lihatnya. Adakah papa tidak pernah menyayangi arwah mama sejak dari dulu. Dan kerana itu juga papa tidak pernah menjaganya selepas pemergian mama. Arwah mamanya, Nur Ain meninggal dunia ketika dia berumur 4 tahun. Memang ketika itu dia memerlukan kasih sayang seorang ayah tapi dengan senang-senangnya papa menyerahkan tugas menjaganya pada orang lain. Selama 2 tahun dia di jaga oleh aunty Haryati sehinggalah dia di serahkan pula  pada Pn. Zabedah selepas aunty Haryati dan suaminya berpindah ke luar negara. Selama ini, papa tak pernah membangkitkan atau pun bercerita pasal arwah mama. Papa terus lupakan mama selepas berkahwin dengan aunty Tg. Nur Asyikin, perempuan yang menjadi pilihan datuk dan nenek sejak dari dulu lagi.
“ Farah!”
Farah segera menyambut kedatangan papanya dengan senyuman.  Kemunculan papanya di muka pintu itu segera mematikan lamunan Farah.
“ Papa…masuklah papa” pelawa Farah sambil menghampiri papanya.
Tanpa berlengah, mereka berdua terus melabuhkan punggung di sofa.
“ Macam mana?...seronok dengan kerja di sini?” soal Tg. Salleh ungin mengetahui perkembangan anaknya.
  Seronok juga!...lagi pun inikan pengalaman pertama Farah bekerja!” balas Farah.
“ Bagaimana dengan keadaan bilik ini?...suka? papa minta orang siapkan bilik ini mengikut citarasa orang muda…tapi kalau Farah nak ubah mana-mana…Farah boleh ubah…terpulang pada Farah!” Tg. Salleh memandang wajah Farah, cuba mencari reaksi tentang komen Farah mengenai bilik yang baru di huninya. Besar harapannya agar anak gadisnya itu menyukai apa yang telah disediakannya. Bilik itu di cat dengan warna pink lembut, satu set sofa warna krim, meja dan kabenet yang agak ekslusif. Beberapa gambar turut di gantung di dinding.
“ Cantik pa…Farah suka dengan dekonya, menarik. Sesuai dengan citrasa Farah…terima kasih pa sebab sediakan semua ini untuk Farah!” kata Farah, gembira dengan apa yang diterima.
“ Tapi…kenapa papa tengok Farah macam tak ceria aje….Farah sakit?” Tg Salleh menghampiri Farah, tangan dan dahi Farah di sentuhnya. Risau kalau Farah sakit. Memangla selama ini dia tidak pernah memberi perhatian yang sebaiknya untuk Farah tapi itu bukan bermakna dia tidak sayangkan anak tunggalnya itu.
“ Papa jangan bimbang…Farah sihat….cuma Farah tak ada mood aje…entahlah!” Farah mendengus perlahan.
“ Betul?...Farah tak sembunyikan apa-apa dari papa? …kalau Farah ada apa-apa masalah atau perlukan apa-apa, terus-terang dengan papa…tak perlu malu dan segan. Ingat, papa sayangkan Farah. Papa akan cuba tunaikan segala permintaan Farah!” Tg Salleh mengusap lembut rambut Farah. Dan Farah hanya diam menunduk. Jauh di sudut hati, timbul rasa sebak mengenangkan sikap  dan keperihatin papanya.
Farah mendongak, merenung seketika wajah papanya.
Thanks, papa. Farah pun sayangkan papa!” ucap Farah membuatkan bibir Tg. Salleh mengorak senyum. Cukup terharu. Sangkanya Farah akan membenci dirinya bila mengenangkan apa yang telah berlaku selama ini. Sungguh dia merindui anak tunggalnya. Ucapan Farah itu cukup bermakna dan membahagianya. Kalaulah masa boleh di undurkan semula, dia pasti akan memulihkan hubungan mereka dan takkan sesekali dia meninggalkan anak kesayangannya itu tapi apa yang telah berlaku tak mungkin dapat di ulang kembali.
Perlahan Tg. Salleh menyapu air mata yang mula bergenang di kelopak mata. Ternyata dia masih punya peluang untuk membaiki apa yang sepatutnya, dan yang penting Farah akan kembali bersamanya.
“ Papa nangis?” soal Farah sambil merenung wajah papanya. Terkejut melihat mata papanya yang sudah merah.
“ Farah…papa cukup terharu. Papa tak sangka saat ini kata-kata sayang diucap dari mulut Farah…di tujukan untuk papa. Walaupun papa tak pernah lahirkan dan tunjukkan kasih sayang serta perhatian pada Farah selama ini….namun, jauh di sudut hati papa…Farah adalah orang yang paling istimewa dalam hidup papa selain dari arwah mama, Nur Ain!” ucap Tg. Salleh.
“ Terima kasih papa…terima kasih sekali lagi kerana menyayangi Farah!” Farah segera memeluk tubuh papanya erat. Buat seketika mereka terus berpelukan , melepaskan rasa di hati.
“ Papa, boleh Farah tanya satu soalan?” ucap Farah selepas mleraikan pelukan mereka.
“ Satu soalan aje?...apa dia?...hari ini papa akan jawab apa jua soalan yang Farah nak tahu!” balas TG. Salleh dengan wajah ceria.
Really?” tanya Farah seakan tidak percaya. Selama ini segala persoalan hanya tersimpan dalam fikirannya kerana dia tidak berkesempatan untuk meluahkannya. Tapi hari ini…semuanya berubah.
“ Untuk hari ini, Farah cuma nak tanya satu soalan aje…” kata Farah sambil mengukir senyum.
“ Ok…tanyalah!”
“ Farah cuma nak tahu kenapa ada nama mama selepas nama Farah?” sudah lama dia ingin bertanya soalan itu. Mana ada kawan-kawannya disertakan nama ibu di belakang nama. Hanya berbintikan ayah. Tapi dia….Tg. Farah Nur Ain binti Tg. Sallehuddin.
“ Atas permintaan mama Farah juga. Dia mahu namanya di masukkan sama bersama nama Farah kerana dia mahu Farah sentiasa mengingatinya. Katanya, tak adillah kalau namanya tidak disertakan bersama kerana Farah juga adalah anaknya!” penerangan papanya membuatkan Farah tersenyum. Betul juga.
“ Tapi…kenapa papa tak pernah beritahu apa-apa pun kisah tentang arwah mama, gambar mama pun Farah tak pernah tengok. Kenapa? Papa dah tak sayangkan mama lagike? Kalau papa dah tak sayangkan mama lagi…itu adalah hak papa…tapi benarkan Farah mengingati dan mengenalinya. Please, papa!” pujuk Farah.
Tg. Salleh diam. Dia mengeluh perlahan dan melarikan pandangannya dari terus menjadi tatapan Farah.
“ Kenapa pa?” soal Farah bingung mengenangkan sikap papanya yang mula membisu.
Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu bilik Farah.
“ Maafkan saya, Datuk!” Marhaini muncul di muka pintu.
“ Ada apa?” tanya Tg. Salleh sebaik sahaja wajah setiausaha Farah berada di hadapannya.
  Tadi PA Datuk ada call…dia bagi tahu yang Datuk Idris ada call Datuk. Dia nak tanya pasal perjumpaan Datuk untuk lunch bersama kat Hotel Legend. Kalau Datuk ada hal…dia minta Datuk tukar ke tarikh yang lain!”
“ Oh! Saya hampir lupa…Saya akan call dia nanti dan maklumkan hal ini…thanks!” Marhaini terus beredar selepas menyampaikan pesanan.
“ Farah, soal mama Farah tu kita lupakan buat seketika. Satu hari nanti papa akan ceritakan apa saja kisah tentang mama Farah tu…papa janji. Percayalah…papa tak pernah lupakan mama Farah meski pun dia telah tinggalkan papa hampir 20 tahun!” ujar Tg. Salleh.
Farah diam. Untuk apa dia membicarakan lagi soal itu kalau papa sendiri tidak mahu memberitahunya. Jadi, terpaksalah dia menunggu bila tibanya masa yang sesuai untuk papanya menyatakan semua hal itu.
“ Sekarang…papa nak Farah tumpukan perhatian Farah pada syarikat. Papa nak Farah tahu semua hal yang berkaitan dengan syarikat ni…nanti papa minta Marhaini berikan apa saja maklumat yang Farah perlukan!”
“ Ya….Farah akan cuba lakukan yang terbaik walaupun Farah rasa Farah belum bersedia untuk semua ini!” Farah sendiri kurang yakin dengan kemampuannya.
“ Papa percaya Farah akan mampu mempelajari semuanya…hanya Farahlah satu-satunya harapan papa untuk mempertahankan syarikat ini. Papa tak nak ada pihak lain yang cuba mengambil alih syarikat ni…Farah tahukan siapa yang papa maksudkan?”
“Farah tahu!” Farah mengangguk perlahan.
“ Kejap lagi papa akan hubungi Datuk Idris…papa nak Farah temankan papa untuk lunch bersama, bolehkan?” Tg. Salleh merenung wajah Farah menanti jawapan.
“ Er…tapi pa…”
“ No excuse ok!....papa hanya mahu kenalkan Farah dengannya. Dia kawan papa….jangan bimbang, papa bukannya nak minta Farah kawin dengan anaknya kalau itu yang Farah khuatirkan!” Tg. Salleh tergelak kecil bila melihat wajah Farah yang mula cemberut. Mesti itu yang di fikirkan oleh anak gadisnya.
“ Papa!” jerit Farah, tak senang dengan andaian papanya walau pun itu yang terlintas dalam fikirannya tadi. Biasalah orang business ni, suka sangat nak kenen-kenenkan antara anak mereka. Kononnya mahu meluaskan empayer perniagaan.
“ Farah jangan bimbang…setahu papa, Dato` Idris tu tak ada anak lelaki. Dia hanya punya dua anak perempuan…hmm…mungkin papa akan kenalkan Farah dengan anak kawan papa yang lain…Farah mahukan?” usik Tg. Salleh sambil tergelak.
“ Papa…kalau papa cuba lakukan sesuatu untuk jodohkan Farah dengan sesiapa…Farah akan tinggalkan papa!” ugut Farah.
“ Ok….papa tak akan bincangkan hal ini lagi buat masa sekarang…may be …next time….tapi, kalau Farah ada seseorang untuk dikenalkan dengan papa….boleh aje bawa dia jumpa papa….papa nak kenal siapakah lelaki yang berjaya mencuri hati anak papa ni!”
Farah tersenyum sendiri.
“ Oh…suatu hari nanti Farah akan buat satu kejutan untuk papa!” Farah memaut lengan papanya sambil melentokkan kepala di bahu papanya. Sudah lama dia ingin menikmati saat seperti ini. Selama ini dia tak pernah berpeluang untuk bermanja dengan papanya.  Tg. Salleh mengukir senyum. Dia tahu, inilah peluang untuknya menebus semula kesilapannya yang lalu kerana mengabaikan kasih sayang untuk anaknya. Dahi Farah di kucupnya lembut.

KEDATANGAN Tg. Salleh dan Farah di sambut oleh Dato`Idris. Lelaki yang hampir sebaya dengan Tg. Salleh mempersilakan mereka duduk.
“ Meet my daughter…Tg. Farah!” Tg. Salleh segera memperkenalkan Farah pada sahabatnya itu.
Dato` Idris merenung lama wajah Farah sehingga membuatkan Farah resah.
“ Your daughter?....are you kidding me?” Dato` Idris masih lagi merenung wajah Farah seakan tidak percaya.
“ She`s my only daughter….anak I dengan first wife….arwah Nur Ain” terang Tg. Salleh.
“ Why are you hiding her?...kenapa selama ini you tak pernah ceritakan pada I yang you ada anak lain selain dari Shamsul dan Mariana. Anak you yang ini lebih cantik dari Mariana!” kata Dato` Idris lagi.
“ Shamsul dan Mariana bukan anak I yang sebenarnya…mereka anak Nur Asyikin dengan bekas suami pertamanya…..mereka berdua tu selalu gunakan nama I untuk kepentingan peribadi mereka! Lagi pun anak I ni tak tinggal dengan I…nantilah , satu hari nanti I ceritakan pada you…”
Dato` Idris berkerut dahi. Hairan mendengar kata-kata itu.
Tanpa berlengah mereka segera memesan hidangan untuk makan tengahari. Farah hanya mendengar tanpa mencelah kerana perbualan mereka lebih berkisarkan perniagaan.
“ Exercuse me…” Farah memohon diri sebaik sahaja telefonnya berbunyi.
Farah muncul semula di hadapan dua lelaki itu yang masih rancak berbual.
“ Papa…Farah terpaksa pergi sekarang sebab ada temujanji dengan kawan….Farah tak masuk office. Selesai urusan…Farah terus balik rumah!” kata Farah.
“ Baiklah…tapi Farah nak pergi dengan apa?”  Tg. Salleh memandang wajah Farah. Tadi mereka datang bersama dengan di hantar oleh pemandu.
“ Farah pergi dengan teksi….don`t worry…I`ll be ok!”  ujar Farah sebelum meninggalkan kedua-dua lelaki itu yang saling berpandangan antara satu sama lain.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...