Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 10 December 2012

Diakah Mr. Perfect aku? 1



 Bab 1

D
IYA termenung sendirian memikirkan kata-kata  yang pernah di ucapkan oleh Safwan sejak minggu lepas. Macam mana dia mahu menjelaskan perasaannya pada lelaki itu. Sejak awal dia menjejak kaki ke hotel itu, dia tahu mata lelaki itu terus terarah padanya berbanding dengan Jamilah. Penampilannya hari itu cuma biasa aje, lainlah dengan pekerja baru yang lain. Nampak bergaya dan berpenampilan. Lagi pun, buat apa nak bergaya lebih, dia cuma bekerja sebagai tukang bersih bilik saja. Takkanlah nak bergaya macam seorang eksekutif pulak. Tak logic pula kan!
Dalam diam, dia sudah menanam azam bahawa kerja ini hanyalah sementara. Dia cuma mahu mencari pengalaman. Malas nak kerja dengan ayah di kilang batik tu. Selepas ini dia mahu mendapatkan kerja yang sesuai dengan kelulusannya dalam bidang pengurusan perniagaan. Boleh juga dia memegang jawatan sebagai eksekutif. Kalau boleh, dia nak kerja di syarikat besar di Kuala Lumpur. Macam dalam drama-drama melayu yang dia lihatnya di kaca tv.
Diya mencapai botol mineral 500 ml yang berada di atas meja. Di buka botol itu dan diteguk perlahan. Sejak dari tadi, dia tak sempat nak meneguk air. Dahlah hari ni dia tak sempat nak sarapan kat rumah kerana bangun lewat. Nasib baik mak mengejutkannya, kalau tak terpaksalah dia ponteng kerja. Takkanlah baru sebulan kerja dah buat perangai!
“ Weh!”
“ Alamak, mak kau!” Diya terus melatah sebaik sahaja dia disergah. Bukan hanya di sergah. Malah bahunya turut di sentuh. Punyalah terkejut.
“ Kalau ya pun nak terjah, bagilah salam dulu…macam nak merompak pulak gaya kau!...tak senonoh punya anak dara!” Diya mengurut dada. Terbatuk-batuk dia di buatnya dek terkejut dengan sergahan temannya itu.
Jamilah mula menayang sengih. Tahu sangat dengan kesilapannya.
Sorry…tak sengaja!” Jamilah memohon maaf. Kesian pula melihat Diya yang terbatuk-batuk sampai berair mata.
Diya menarik nafas. Seketika dia menjeling ke arah Jamilah yang sudah mengagau tin biskut Julies yang ada di atas meja.  Biskut itu di bawa oleh Diya dua hari yang lepas, sengaja diletakkan di bilik rehat itu dengan niat nak buat pahala.  Bak kata orang biskut wakaf. Ada juga pekerja yang lain turut membawa ole-ole dan di letak di situ.
“ Kau dah jumpa dengan En. Safwan?” tanya Jamilah sambil mengunyah biskut.
“ Apa hal aku kena jumpa dengan dia?...bila?” tanya Diya sedikit tersentak. Maka taknya, tiba-tiba Jamilah membawa khabar itu.
  Pagi tadi aku terjumpa dia, katanya dia cari kau sebab ada hal. Kau dah jumpa dia?” Jamilah menjeling ke arah Diya yang sudah berkerut dahi.
`Entah-entah dia nak tanya pasal tu?...macam mana aku nak jawab!` detik Diya sambil menggaru-garu kepala membuatkan rambutnya sedikit serabut.
“ Belum. Apa hal dia jumpa aku pulak ni…lecehlah!” rungut Diya.
“ Mana aku tahu…kau jumpa ajelah dia…bukannya kena bayar pun!” selamba Jamilah bersuara.
“ Hish…malaslah aku nak jumpa dia!” dengus Diya.
Jamilah mula menaikkan kening ala Ziana Zain tu, dia hairan kenapa Diya tak mahu jumpa dengan lelaki itu. Handsome apa!....kumbang rebutan kat hotel ni tau!
“ Diya, takkanlah kau tak tahu…dia nak jumpa dengan kau sebab dia rindu nak pandang muka kau tu….kan dah hampir seminggu dia tak tatap wajah kau yang cantik ni…pastilah nak ubat rindu!” usik Jamilah.
Setahu Jamilah, Safwan kena pergi kursus kat Pahang selama seminggu. Dan sebelum itu, lelaki itu telah berjumpa dengan Diya kerana ada hal yang nak di bincangkan. Bila di tanya pada Diya, temannya hanya buat don`t know…atau lebih tepat, tak nak kasi tahu. Tak apa…akan ku selidik sehingga dapat. Ini Jemy…Jamilah a.k.a Jay Jay merangkap Jamilah binti Jali. Bukan sebarangan orang. Jamilah mengangguk perlahan sambil tersenyum.
“ Eh! Yang kau tetiba senyum sorang-sorang ni kenapa?...dah angau?” sergah Diya sambil menepuk bahu Jemy.
“ Angau….aku angau…angau…eh! Angau…angau ke benda ni?” Jemy melatah sambil terlopat-lompat.
“ Itulah kau….selalu sangat kenakan orang…sekarang dah terkena kat batang hidung sendiri. Melatahlah kau….!” Diya tergelak. Seronok pula melihat Jemy terlompat-lompat.
“ Aduh! Sakitlah!” Diya menjerit bila lengannya menjadi mangsa cubitan Jemy.
“ Dah kau tahu yang aku ni jenis melatah…yang kau kacau aku tu ….apa hal?” rungut Jemy menahan geram.
  Kau yang berangan sorang-sorang…nak salahkan aku pulak!” bela Diya.
“ Yalah…yalah…aku yang salah!” akhirnya Jemy mengaku.
“ Diya!” tiba-tiba Jemy bersuara.
“ Apa?” sergah Diya sambil membelek majalah hiburan yang di beli oleh kak Mimah semalam.
“ Bagi tahulah aku….apa hal En. Safwan jumpa kau hari tu!” Jemy cuba memujuk.
“ Benda tak penting pun….kau budak-budak lagi….tak boleh nak masuk campur hal orang tua!” balas Diya sambil matanya tertumpu pada wajah beberapa artis baru di majalah itu. Amboi! Dia orang ni…bergaya tak ingat dunia, seksi habis! Kalau aku…gerenti kena kejar dengan ayah. Siap bawa parang lagi kot…silap-silap hari bulan, kena tetak dengan parang tu. Take naya aku nanti!...hish…tak mahulah aku!
“ Diya!” panggil Jemy sambil mencekak pinggang. Marah betul bila di katakan dia masih budak-budak sedangkan mereka itu sebaya.
“ Kau ingat kau tu tua sangat ke…kita sebaya tau…kalau nak ikut bulan…aku keluar lebih awal dari perut mak aku tau!...3 bulan lepas aku keluar dari perut mak aku, barulah kau keluar dari perut mak kau tu!” kata Jemy tak mahu mengalah.
“ Habis tu?” Diya sengaja menaikkan darah Jemy.
`Apalah si Jemy ni…buat lawak kartun pulak! Kelakar betul!` desis Diya menyembunyikan senyum.
“ Diya!” Jemy menukar taktik pujuk. Kali ini dia merengek memanggil nama Diya sambil menarik tangan Diya.
“ Apa benda yang kau nak tahu ni?” Diya memandang wajah Jemy yang mula tersenyum. Dia tahu Diya pasti akan mengalah. Yes! Berjaya.
“ Pasal kau dan En, Safwan tu la, apa lagi…kenapa dia jumpa kau hari tu?....bagi tahulah kat aku…aku janji, aku tak akan bagi tahu sesiapa pun hal ini!” Jemy mengangkat tangan seperti mengangkat sumpah.
“ Benda yang tak penting pun…tapi aku tak suka kalau orang lain tahu…nanti, apa pula tanggapan mereka!” kata Diya.
“ Ya…aku janji hanya aku yang tahu!” Jemy bersuara penuh semangat.
“ Janji kau memang tak boleh pakai…!” kata Diya, sengaja nak mengusik Jemy.
“ Ini janji bukan sebarang janji….ini janji seorang pertiwi!” kata Jemy.
“ Janji tengkorak kau….!” Diya meluku kepala Jemy.
  Kau pernah tengok aku bersilat tak?” tanya Jemy tiba-tiba menahan geram.
“ Tak pernah, kenapa?...” tanya Diya.
“ Memanglah tak pernah sebab aku mana pandai bersilat…he…he….” Jemy menayang sengih.
“ Kau ni Jemy…buat lawak bodoh pulak…dahlah…aku nak pergi buat kerja, time rehat aku dah habis!”
“ Alah…Diya, kau cakaplah…apasal En. Safwan jumpa dengan kau hari tu?” pujuk Jemy sambil menarik-narik tangan Diya.
“ Hmm…yalah…yalah…!” Diya mengalah.
“ Cakaplah!” gesa Jemy.
“ Dia nak jadi pakwe aku…dia bagi tempoh seminggu untuk aku jawab!” beritahu Diya. Malas nak bermain teka teki dengan Jemy lagi.
Jemy bertepuk tangan.
“ Apasal tiba-tiba kau bertepuk tangan pulak! Dah buang tebiat ke apa?” Diya berkerut kening.
“ Aku memang dah agak….tahniah!” Jemy segera mencapai tangan Diya, segera di saamnya.
“ Tahniah apanya…aku belum buat apa-apa keputusan lagi!” balas Diya.
“ Aku tahu…kau akan terima dia sebab dia tu kan kumbang rebutan kat hotel ni…nanti meloponglah cik Zanita kita tu ya!” kata Jemy.
Diya hanya menarik nafas.
Tanpa mereka sedar, perbualan itu di dengari oleh seseorang di balik pintu.


HARI ini  Diya cuti, jadi dia mahu menghabiskan masa di rumah sahaja. Malas nak keluar mana-mana walaupun Jemy ada mengajaknya keluar membeli-belah, katanya ada jualan murah kat supermarket.
“ Diya, ibu rasa elok Diya berhenti aje dari kerja sebagai pengemas bilik kat hotel tu…lebih baik kerja dengan ayah aje kat kilang. Tak adalah ibu risau…yalah, kerj akat hotel tu…ibu rasa tak selamat, orang yang datang menginap kat situ pelbagai ragam…ibu bimbang kalau Diya di apa-apakan!” Pn. Hasmah melahirkan rasa bimbang. Ketika itu mereka sekeluarga berada di meja makan untuk bersarapan.
“ Ibu…Diya kemas bilik bila dia orang tak ada…takkanlah Diya nak masuk kalau ada orang…lainlah kalau ada apa-apa yang penting!...Diya tahu jaga dirilah ibu, ibu jangan bimbang ya!” Diya cuba menenangkan perasaan ibunya.
“ Ya, betul cakap ibu tu…ayah pun setuju kalau Diya berhenti aje kerja kat hotel tu dan kerja dengan ayah, kalau tak nak uruskan kilang batik tu…Diya uruskan stesen minyak!...kilang perabot tu, ayah dah tak risau sebab Amin dah uruskan…!” sokong En. Jamaluddin.
Abang sulung Diya iaitu Md. Amin Akhtar di beri tugas oleh ayah menguruskan kilang  dan kedai perabot sejak 3 tahun yang lalu. Amin seorang anak yang baik, selalu mendengar kata ayah, itu sebabnya ayah sayangkannya. Diya ni ayah sayang juga tapi ada kalanya Diya suka buat hal sendiri. Kalau boleh dia mahu berusaha sendiri, tak nak bergantung pada orang tua.
Mazni dan Fauzan hanya diam,  tak berani nak mencelah. Mazni dan Fauzan adalah anak angkat keluarga Diya. Ayah telah mengambil mereka sebagai anak angkat sejak 5 tahun yang lalu. Kini Mazni berusia 15 tahun, manakala Fauzan berusia 10 tahun. Mereka adalah sanak saudara jauh ayah. Ayah mengambil mereka berdua semata-mata mahu memberi peluang kepada mereka untuk hidup dengan lebih baik.
“ Ibu, ayah…Diya kerja kat hotel tu cuma untuk sementara saja, takkanlah Diya nak jadi tukang kemas bilik sepanjang hidup. Saja Diya nak cari pengalaman walaupun kata orang kerja itu tidak mencabar!” kata Diya lagi.
“ Kalau tidak mengenangkan si Jamilah tu ada sama…ayah tak benarkan Diya kerja kat situ. Apa kata orang nanti kalau mereka tahu anak ayah kerja sebagai pengemas bilik di hotel sedangkan Diya boleh aje kerja dengan ayah…berapa pun gaji Diya nak, ayah sanggup bagi!” kata En. Jamaluddin.
“ Betul cakap ibu dan ayah tu…abang pun sokong. Diya ada ijazah dan ada kelayakan, kenapa nak kerja macam tu?” Amin mencelah. Dia pun tak faham dengan sikap adiknya itu. Takkanlah dia sanggup kerja sebagai tukang kemas bilik. Sedangkanurusan di rumah mereka selama ini pun diuruskan oleh pembantu rumah.
“ Kan Diya dah cakap…kerja tu cuma sementara aje…mungkin sampai bulan depan kot…lepas tu Diya akan mohon kerja lain. Sebelum dapat apa-apa offer, Diya kerjalah dengan ayah!” kata Diya.
En. Jamaluddin mengangguk perlahan. Lega mendengar kata-kata Diya. Bukan hanya En. Jamaluddin sahaja yang lega, Pn. Hasmah dan Amin juga lega.
“ Ibu…ayah…Mazni pergi dulu ya!” Mazni segera mengangkat punggung dan berjalan ke arah ibu dan ayah. Tangan mereka segera di salam sebelum dia mendapatkan Diya dan Amin. Tangan Diya dan Amin turut di salam.
“ Hati-hati ya!” pesan Pn. Hasmah sebelum Mazni keluar dari rumah untuk ke kelas tambahan.

“ Fauzan nak buat apa hari ni?” tanya Diya pada adik angkatnya.
“ Tak apa-apa…kenapa kak Diya?” Fauzan memandang wajah Diya.
“ Sajalah tanya… manalah tahu hari ni Fauzan nak keluar jumpa kawanke…” Diya memandang wajah Fauzan.
“ Jan nak duk kat rumah aje…nak buat kerja sekolah. Kalau tak siap nanti cikgu marah!” kata Fauzan.
“ Hmm…baguslah. Belajar rajin-rajin. Nanti jadi orang yang berjaya!” En. Jamaluddin mengusap perlahan kepala Fauzan. Sebenarnya dia gembira kerana kedua anank angkatnya itu tidak pernah mendatangkan masalah pada dia dan keluarga. Mazni dan Fauzan anak yang baik dan pandai menjaga diri. Sejak dia memelihara kedua anak itu, tak pernah sekali pun orangtuanya datang menjenguk. En. Jamaluddin tahu bahawa ada ketikanya mereka rindukan keluarga. Pernah juga dia mencadangkan untuk membawa kedua beradik itu berjumpa dengan orangtuanya tapi Mazni yang menolak dengan alasan dia tak mahu mengganggu orangtuanya. Lagi pun di sini mereka hidup dengan baik. Tapi En. Jamaluddin pernah mendengar perbualan mereka adik beradik suatu ketika dulu.
“ Kak Maz tak rindukan mak dan ayahke?” tanya Fauzan.
“ Rindu tapi kak Maz tak nak jumpa mereka!” kata Mazni.
“ Kenapa?” tanya Fauzan.
“ Kak Maz tak sanggup nak lihat keluarga kita hidup susah…kalau kita tinggal dengan mak dan ayah, kita akan lebih membebankan mereka…di sini, kita di jaga dengan baik oleh ayah dan ibu. Bila kak Maz dewasa nanti, kak Maz nak balas budi mak dan ayah kerana tolong kita. Kalau bukan kerana ibu dan ayah yang jaga kita, kak Maz pun tak tahu apa nak jadi dengan kita. Mungkin kita tak bersekolah….” Kata Mazni.
“ Tapi kak…Jan rindukan mak dan ayah!” rengek Fauzan.
“ Sampai masanya nanti kita jumpa mereka. Kak Maz tahu mak dan ayah juga rindukan kita!”
Terdiam En. Jamaluddin mendengar perbualan dua beradik itu. Simpatinya pada mereka melimpah ruah. Kerana itu juga, dia turut menghulurkan bantuan pada orangtua mereka. Setiap bulan dia mengirimkan wang buat orang tua Mazni dan Fauzan. En. Jamaluddin tahu, kalau kita bantu orang susah dan yang memerlukan, InsyaAllah Allah akan bantu kita.
“ Ayah….jauhnya ayah termenung!” En. Jamaluddin terpingga-pingga bila di sergah oleh Diya.
“ Tak adalah…!” dalih En. Jamaluddin dan segera bangkit dari kerusi.
“ Abang…hari ni abang balik makan tengahari tak?” tanya Pn. Hasmah.
“ Balik, kenapa?” tanya En. Jamaluddin.
  Tak adalah…Amin ni nak ajak kawannya datang rumah…elok juga kalau abang ada sama!” Pn. Hasmah bersuara.
En. Jamaluddin mengangguk perlahan.
“ Ya, ayah…dah lama dia nak datang rumah tapi ada aje masalah…hari ni harap-harap jadilah!” kata Amin.
“ Hmm…” itu saja yang keluar dari mulut En. Jamaluddin.


AMIN menghampiri Diya yang sedang membaca akhbar yang baru di beli oleh pemandu ayahnya sebentar tadi. Diya mengerling sekilas wajah Amin yang nampak serba salah.
“ Apa kena dengan abang ni?...macam kucing tertelan kapur barus je?” Diya tergelak kecil.
Amin segera meluku kepala Diya sambil mengetap bibir.
“ Amboi, cantiknya peribahasa?...cikgu mana yang ajar ni?” tanya Amin.
  Itu peribahasa…peribadi Diya. Ini mesti ada apa-apa ni…” Diya memandang wajah abangnya.
“ Er…Diya tahu yang hari ni kawan abang nak datang rumah kita!” kata Amin memulakan bicara.
“ Tahu, kan Diya dah dengar tadi…so?”
“ Sebenarnya kawan abang datang tu sebab dia nak tengok Diya!” beritahu Amin.
“ Tengok Diya? Kenapa?” berkerut dahi Diya memandang wajah Amin.
  Dia…dia berkenan kat Diya! Diya dah pernah tengok muka Diya masa dia datang rumah kita hari raya tahun lepas!”
Diya ketawa.
“ Apa abang ni?...buat lawak  pulak!...Diya tak pernah kenal pun kawan abang yang mana satu…lagi pun, Diya ni belum ada mood lagi nak bercinta cintun ni!” kata Diya.
“ Abang tak paksa…abang cuma nak sempurna hajatnya…abang kenal dia dah lama, sejak kami sama-sama belajar kat overseas dulu…dia baik, itu sebabnya abang benarkan dia nak jumpa Diya…lagi pun hari ni kan Diya cuti, dia datang ni semata-mata nak jumpa dengan Diya!!” kata Amin.
“ Kawan abang tu duk kat mana?” Diya sekadar bertanya. Kalau dah datang ke sini semata-mata nak jumpa dengan dia, kesian juga kalau dia menolak. Lagi pun sekadar nak kenal.
“ Dia orang KL dan dia memang kerja kat sana pun…!”
“ Erm…betulke abang nak kenalkan dia dengan Diya ni?”
“ Yalah…abang tak nak paksa Diya terima, Diya kenallah dengan dia tu…kalau Diya suka, Diya boleh teruskan tapi…kalau tak suka…nak buat macam mana!...mungkin dia tu Mr. Perfect yang Diya tunggu selama ini!” Amin tersenyum.
“ Amboi, perli nampak…itu ayat Diya tau….orang lain tak boleh ikut!” kata Diya sambil bercekak pinggang.
Amin ketawa kecil. Selalu sangat dia mendengar ucapan itu.
` Dia tu bukan Mr. Perfect Diya!` itulah jawapan yang sering keluar dari mulut Diya bila ada kawan-kawannya nak berkenalan dengan Diya.  Itu memang trade mark Diya bila dia tak sukakan seseorang!
  Satu lagi…dia akan bermalam kat rumah kita…jadi, jangan buat hal!” kata Amin mengingatkan Diya.
“ Hal apa pulak?” Diya mencebik.
“ Dia tu kawan  baik abang tau!” kata Amin.
So!”
“ Jangan malukan abang!”
“ Yalah… abang rasa dia tu Mr. Perfect Diyake?” tanya Diya.
Amin mengangkat bahu.
No komen!...hanya Diya yang boleh buat keputusan!”
Diya mengeluh perlahan. Amin terus berlalu.
Diya menyandarkan badan di kerusi. Berita yang di bawa oleh abangnya membuatkan Diya terkenangkan wajah Safwan. Macam mana dia  nak jelaskan semua ini! Siapakah Mr. Perfect aku?

mutiara kata:
  menilai diri sendiri adalah lebih susah dari menilai 1000 orang lain...
p/s: kalau sudi, sila beri komen  dan pendapat anda!

3 comments:

  1. kak dipenhujung rindu dah lama x update rindulah.

    ReplyDelete
  2. Baby mio, DPR akak KIV buat seketika. InsyaAllah akan di sambungkan!

    ReplyDelete
  3. Still waiting for DPR so hope bleh continue soon. Ni pun best keep it up untuk berkarya ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...