Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 21 December 2012

Bisikan Hati 1







Bab 1
H
JH Zabedah mengukir senyum. Cukup berpuas hati dengan hiasan bilik tidur ini. Nampak kemas dan menarik. Di tambah pula dengan warna pink yang memang menjadi kegemaran anak gadisnya. Sengaja bilik ini di cat semula biar nampak baru. Beberapa barang yang lama telah di tukar baru termasuklah set bilik tidur, iaitu katil, almari dan juga langsir.
“ Bedah,…kat sini awak rupanya. Dah puas saya mencari!”  seorang lelaki dalam lingkungan lewat 50an muncul di muka pintu bilik itu.
Hjh Zabedah segera mengukir senyum pada suami kesayangannya, Hj Yusuf. Mengeleng kepala Hj Yusuf mengenangkan sikap isterinya yang tak habis-habis lagi berhias bilik itu macam la anak raja yang nak duduk kat sini.
“ Apa pendapat abang tentang bilik ini…abang rasa Farah suka tak?” Hjh Zabedah bersuara meminta pendapat suaminya.
Hj Yusuf melilau melihat sekitar bilik yang boleh dikatakan 100 % sudah bertukar rupa. Dah berlebihan pula isterinya ini.
“ Hmm…bagus. Saya takut pengsan budak tu nanti bila menjejak kaki kat bilik ni” kata Hj Yusuf.
“ Pengsan?...kenapa?” berkerut dahi Hjh Zabedah mendengar komen dari suaminya.
“ Apa taknya, sejak 4 tahun dia tinggalkan bilik ini, begitu banyak perubahan yang awak buat. Pastinya dia terkejut dan pengsan…!” Hjh Zabedah tergelak kecil. Adake macam tu. Agaknya bukan pengsan tapi Farah akan bertepuk tangan sambil tergolek-golek kat atas katil. Gembira melihat biliknya yang sudah bertukar rupa.
“ Tg. Salleh yang nak saya hiaskan bilik ini untuk Farah. Semuanya di serahkan pada saya, janji biar nampak cantik dan baru. Katanya nak buat surprise untuk Farah bila dia balik nanti. Saya ni bang…bukannya mengada-ngada, dah itu yang Tg. Salleh nak…saya ikutkan aje!” Hjh Zabedah mempertahankan diri.
Hj Yusuf diam. Kalau itu yang dikehendaki oleh Tg. Salleh atau nama penuhnya Tg. Sallehuddin bin Tg. Mokhtaruddin Syah, terpaksa diikutkan. Lagi pun mereka hanya mengikut arahan.
“ Tak sangka Farah akan balik minggu depan. Rindu betul saya pada dia. Saban hari saya doakan agar dia selamat di sana, apa lagi bila dah dekat nak balik ni, harap-harap dia juga selamat dalam perjalanan nanti!” itulah yang sering dia doakan untuk kesejahteraan semua anak-anaknya tak kira di mana mereka berada.
“ Bedah pun rindukan dia bang. Walaupun bukan Bedah yang mengandungkan Farah, tapi Bedah dah anggap dia macam anak kandung Bedah sendiri!” mata Hjh Zabedah tertumpu pada gambar yang tergantung di dinding.
Dia mengukir senyum bila mengenangkan betapa susah payahnya dia menjaga Farah ketika anak itu berusia 6 tahun. Farah budah yang cergas, comel dan bijak. Dia sentiasa menjadi perhatian, di mana jua ia berada. Sedari kecil, dia memang petah bercakap. Ketika usianya 12 tahun, gadis kecil itu di serang demam panas. Jenuh dia menjaga siang dan malam semasa Farah terlantar di hospital selama 4 hari. Siang dan malam juga air matanya tak henti mengalir. Dia benar-benar takut kehilangan Farah. Baginya, Farah umpama anak bongsu dan satu-satunya anak perempuan tunggal. Anak sulungnya, Ridhuan kini sudah pun berumahtangga dengan Jasmin dan mempunyai 2 orang cahaya mata. Sementara anak ke duanya, Ramlan juga sudah berumahtangga dengan Atikah dan mempunyai seorang cahayamata. Hubungan antara kedua anak lelakinya dengan Farah adalah cukup baik dan kedua anak lelakinya amat menyayangi Farah. Itulah yang membahagiakannya.
Kini, setelah beberapa tahun dia menjaganya, dia boleh berbangga kerana Farah yang di jaga sejak usia 6 tahun sudah menginjak ke usia 23 tahun. Farah sudah dewasa dan dia makin tak sabar  nak menatap wajah itu .
“ Awal pula abang balik hari ini, siapa yang jaga mini market abang tu?” Hjh Zabedah memandang wajah suaminya.
“ Badan rasa lemah sikit, saya tinggalkan mini market tu kat Aishah. Budak tu memang boleh di harap. Sejak dia kerja kat situ, banyak benda yang di tolongnya!” Hj Yusuf memberitahu isterinya.
Aishah yang hampir sebaya dengan Farah itu telah bekerja hampir 3 tahun dengan suaminya. Banyak urusan telah diserahkan pada Aishah terutama melihatkan kos kewangan kedai. Aishan seorang gadis yang baik dan boleh dipercayai, tak macam pekerjanya yang terdahulu. Si Udin tu pernah mengelapkan wang kedai hampir RM 2000 walaupun baru bekerja 3 bulan. Selepas it uterus lesap tanpa berita.
“ Aishah tu memang rajin dan baik orang!” puji Hjh Zabedah.
Hj Yusuf mengangguk perlahan kerana dia juga turut bersetuju dengan kata-kata isterinya itu.
“ Oh ya! Sebelum saya lupa, Tg. Salleh telefon saya tadi…dia mahu kita ke KL, sambut kepulangan Farah di sana!” Hj Yusuf teringatkan panggilan yang di buat oleh Tg. Salleh tadi.
“ Habis tu, dia nak Farah tinggal di sanake?” Hjh Zabedah mula rasa  tak tentu. Dia mula rasa resah andainya terpaksa berpisah dengan Farah.
“ Saya tak tahu. Kita tengok ajelah nanti. Alah…awak tak perlu risaulah!” pujuk Hj Yusuf bila melihat wajah isterinya mula cemberut. Risau sangat kalau tak dapat bersama Farah.


PERASAAN Hjh Zabedah makin berdebar. Hj Yusuf  sedang rancak berbual dengan Tg. Salleh tidak jauh dari situ. Sudah beberapa kali Hjh Zabedah mengesat peluh yang menitis di dahi , rasa berdebar bertapak di hati. Sudah agak lama dia tidak menatap wajah Farah. Rindunya sudah tidak terkata. Pengumuman yang di buat melegakan hati Hjh Zabedah yang sedang gundah.  Dia tetap sabar menunggu kemunculan Farah.
Akhirnya senyuman terukir di bibir Hjh Zabedah bila matanya tertumpu pada seorang gadis yang memakai seluar jeans, t`shirt putih bersalut jaket kulit. Wajahnya yang cantik terlindung di balik kaca mata hitam yang dipakainya. Hjh Zabedah terus bangun, begitu juga dengan Tg. Salleh dan Hj Yusuf. Tak sabar-sabar nak bertemu dengan gadis itu.
“ Papa!” Farah terus mencium tangan Tg. Salleh dan memeluk erat tubuh lelaki itu.
“ Mak!”  Farah membuka cermin mata dan terus memeluk erat tubuh Hjh Zabedah dengan mata berkaca. Dia turut mencium tangan Hj Yusuf.
“ Semuanya sihat?” tegur Farah, benar-benar gembira bertemu dengan orang-orang yang begitu istimewa di hatinya terutama Hjh Zabedah.
“ Kami semua sihat, Alhamdulillah!” balas Tg. Salleh.
Farah memeluk tubuh Hjh Zabedah sekali lagi.
“ Rindunya Farah pada mak!” pipi Hjh Zabedah di kucupnya.
“ Mak pun rindukan Farah. Rinduu….sangat!” balas Hjh Zabedah sambil mengusap wajh Farah.
“ Abang Ridhuan dan abang Ramlan kirim salam…kak Jasmin dan kak Atikah pun sama…mereka pun tak sabar nak jumpa dengan Farah!” Hjh Zabedah menyampaikan salam dari anak dan menantunya.
“ Waalaikumussalam… Farah pun rindukan mereka jugak!” kata Farah.
“ Jomlah, kita balik sekarang. Beg-beg Farah tu papa dah suruh pak Akob masukkan dalam kereta!” Tg. Salleh mencelah.
“ Kalau macam tu…kita ke kereta sekarang!” sokong Hj Yusuf.
Mereka berempat terus meninggalkan tempat itu.
Wait a second. Papa, mak dan ayah tunggu kat kereta dulu ya!…Farah nak jumpa kawan kejap!” Farah terus bergegas pergi membuatkan mereka bertiga tercengang seketika. Tapi tak lama kemudian mereka terus mengatur langkah ke kereta.
Semasa Hjh Zabedah berpaling, dia melihat Farah sedang berbicara dengan seorang pemuda tapi tak jelas pula wajahnya.
“ Makcik!” tegur seorang gadis membuatkan perhatian Hjh Zabedah beralih arah.
“ Kyra!” mata Hjh Zabedah terpaku menatap gadis manis di hadapannya. Mereka bersalam seketika.
“ Mana Farah?” tanya Kyra hairan, tak nampak pun wajah Farah. Baru sebentar tadi mereka bersama dan terpisah bila masing-masing berjumpa dengan orang tua dan kini wajah Farah mula hilang.
“ Dia sedang borak dengan kawannya!” beritahu Hjh Zabedah sambil memandang seketika ke arah Farah yang sedang berbual dengan pemuda tadi.
Kyra turut menoleh ke arah yang di pandang oleh Hjh Zabedah. Dia mengorak senyum melihat mereka berdua itu.
“ Oklah…Kyra pergi jumpa mereka kejap…nanti kita jumpa lagi ya!” Kyra bersalaman semula dengan Hjh Zabedah sebelum berlalu pergi ke arah Farah dan pemuda itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...