Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 7 December 2012

Antara aku dan dia 18-akhir



Bab 18 ( akhir )
 I
NI gambar Sarahkan?...bagaimana boleh ada kat sini?” soal Luqman tatkala menatap satu gambar yang berada dalam album yang baru saja di ambil.
“ Eh! Ini gambar Lyna!” Shafiq menjawab. Dia turut memandang gambar gadis perempuan yang agak gempal dalam gambar tu.
“ Tapi…I yakin, ini gambar Sarah!” Luqman tetap mempertahankan apa yang dia percaya. Takkanlah pelanduk dua serupa. Tapi senyuman gadis yang berada dalam gambar itu benar-benar membuat dia percaya bahawa itu adalah Sarah.
“ Kenapa? Tak percayake! Lyna dulu memang macam ni…tembam tapi comel sebab dia kuat makan. Kalau dia marah atau geramkan seseorang…makin berseleralah dia makan!” beritahu Syafiq sambil ketawa kecil.
Luqman menelan liur. Sukar nak percaya bahawa gadis yang dia tunggu selama ini memang sudah ada di depan mata. Macam mana dia tak boleh kenal? Bodohnya!
“ Di mana dia bersekolah dulu?” tanya Luqman.
“ Di MRSM Johor sampai form 3 tapi tiba-tiba dia nak pindah sekolah sebab katanya dia tak seronok belajar kat situ. Tapi akhirnya, dia jelaskan kenapa dia minta tukar. Katanya ada seorang pelajar lelaki yang selalu kacau dia, selalu usik dia sehingga dia rasa tertekan nak belajar kat situ. Dia malu bila semua orang gelakkan dia.
Jadi, pakcik kami pindahkan dia belajar kat MRSM di Kota Bharu, kebetulan dia ada kenalan di situ. Dan di situ jugaklah dia mula berkenalan dengan Shahrul. Hubungan mereka terus rapat sehingga mereka mengikat tali pertunangan 5 tahun yang lepas. Di saat mereka menghitung hari bahagia, Shahrul terlibat dalam kemalangan dan dia meninggal dunia di hari pernikahan mereka!” cerita Syafiq.
Luqman diam. Memang dialah penyebab Sarah berpindah dulu. Tak sangka kerana sikapnya yang ingin dapatkan perhatian dari Sarah membuatkan gadis itu tertekan. Kalaulah dia berterus terang lebih awal, pasti semua ini tak akan berlaku.
“ Macam mana dia boleh jadi macam sekarang? Maksud aku…”
“ Maksud kau…dulu dia gempal dan montel, sekarang dah slim begitu?” Syafiq tergelak kecil.
Luqman mengangguk perlahan. Memang dulu Sarah montel dan gempal tapi wajahnya tetap manis. Buktinya bukan dia sahaja yang terpikat dan memendam rasa, tapi Adi juga.
“ Dia mula diet masa belajar kat overseas….lagi pun doctor menyarankan supaya dia berdiet supaya tak timbul masalah pada dia nanti.  Kami sekeluarga turut membantu memberi sokongan padanya. Bukan mudah nak turunkan berat badan kalau tak ada kesungguhan dan kecekalan. Abah juga memperkenalkan Lyna dengan pakar pemakanan supaya dia dapat mengamalkan diet dengan betul. Tapi yang paling ketara sekali…selepas kematian Shahrul, tubuhnya memang susut mendadak. Kami terkejut. Dan sekali lagi kami sekeluarga memberi sokongan untuk dia terus bertahan. Dan beberapa tahun ini, barulah dia mula stabil kembali…itu pun ambil masa 4 tahun juga. Kekadang…aku pun tak percaya dia boleh berubah begitu sekali….dan dia sendiri pun tak percaya yang dia boleh melakukannya. Dari gempal terus jadi slim…macam sekarang, cantik dan ayu!”
Luqman tersenyum mengingatkan kembali apa yang membuatkan dia kembali menemui Sarah selepas 15 tahun menanti. Gambar Sarah yang sentiasa menjadi tatapannya di renung seketika. Di bawa ke dadanya sambil mengukir senyum.
` Bagaimanakah agaknya penerimaan Sarah padanya nanti?`


HELYNA merenung cincin berlian bermata satu yang ada di dalam bekasnya. Walaupun simple tapi tetap menarik dan menarik. Sesiapa yang melihat, pasti akan terpikat. Mungkin harganya juga mencecah belasan ribu agaknya. Lyna tahu, Luqman pasti mampu membelinya, malah kalau harganya sampai puluhan ribu pun, lelaki itu masih mampu membelinya.
“ I bagi tempoh seminggu untuk you buat keputusan!” kata Luqman sebelum Helyna keluar dari kereta.
Seminggu! Bermakna esok adalah hari penentu sama ada dia mahu meneruskan pertunangan mereka atau sebaliknya. Semua keputusan itu terletak di tangannya kerana itu adalah kemahuan Luqman sendiri. Kalau di fikirkan apa yang pernah dilakukan oleh lelaki itu dulu, memang dia sakit hati dan dia memang mendendami lelaki itu.  Kalau Luqman tidak membangkitkan hal lama mereka, pasti dia sudah melupakannya.
Memang itulah yang telah dilakukan dulu, sebaik sahaja dia melangkah keluar dari pintu pagar sekolah, dia terus membuang segala ingatannya terhadap apa yang berlaku di sekolah itu seolah-olah benda itu sudah tidak wujud. Dia ingin buka lebaran baru. Nama Luqman pun dia sudah lupa, apa lagi wajahnya. Tapi kini, nama dan wajah itu muncul kembali dan yang paling memeranjatkan mereka kini sudah bertunang.
Berbelas-belas tahun, dia memahatkan nama Shahrul sebagai lelaki yang begitu istimewa di hatinya. Lelaki yang mampu membuat dia bahagia tapi sayang….kebahagiaan itu cuma untuk seketika sahaja. Shahrul pergi di saat mereka bakal meniti bahagia. Kalau bukan kerana sokongan dari keluarga dan Nina, dia pasti rebah.


HELYNA melangkah lambat menghampiri sesusuk tubuh yang sedang menghala ke arah pantai. Dia cukup kenal tubuh itu.  Tapi untuk berhadapan dengan wajahnya, dia mula ragu.
“ Ehem!”
Helyna berdehem, sengaja mahu menarik perhatian lelaki itu.
Luqman segera menoleh ke belakang. Dia mengukir senyum sebaik sahaja wajah Helyna ada di hadapannya.
Thanks for coming!” ucap Luqman.
“ Ya!” balas Helyna ringkas.
And now…what should I call you…Helyna or Sarah?” soal Luqman. Dia sendiri pun sudah tak tahu nak panggil apa.
Helyna should be ok…Sarah hanyalah satu nama yang telah menjadi sejarah!” kata Helyna sambil merenung jauh ke laut.
“ Dah lama you sampai?” tanya Helyna memandang sekilas wajah Luqman yang turut berdiri di sisinya.
“ Dah setengah jam….sengaja datang awal!” Luqman tersenyum lagi. Dia sukakan laut kerana baginya laut mendamaikan dan memberikan seribu ilham dan ketenangan.
“ Dah lama I tak datang ke tempat macam ni…!” Helyna mengeluh perlahan. Semasa Shahrul masih ada, mereka selalu mengunjungi pantai.
“ I selalu datang sini bila ada peluang, I paling suka suasana petang….dapat lihat matahari jatuh…cantik sangat. Kalau boleh, I mahu menikmati saat seperti itu bersama seseorang yang istimewa. Dah lama I simpan impian itu!” kata Luqman.
Helyna tersenyum. Sedikit sebanyak apa yang ada pada Luqman, ada pada Shahrul. Dalam diam, Helyna memandang wajah Luqman.
“ Hmm…berapa peratus I dapat hasil dari penilaian you itu!” kata-kata Luqman membuatkan Helyna tersentak. Tak sangka Luqman menyedarinya.
I have no idea!” Helyna menyembunyikan rasa malu. Luqman tergelak kecil.
“ Hadiah kotak muzik yang I bagi tu masih elok lagi ke? Maklumlah dah 15 tahun ia terkurung dalam kotak tu…dah jadi barang antic pun!” kata Luqman sambil tersenyum.
“ Masih elok. Melodinya menarik dan merdu. I suka dan terima kasih kerana masih menyimpan hadiah  yang pernah I tolak dulu….. Kadang-kadang barang antic ni lebih bernilai dari barang baru…kata orang, ada sentimental value!” balas Helyna.
“ Baguslah…I gembira sebab you sudi menerimanya semula. Kalau dulu you terima hadiah tu….pasti nilainya tak samakan!” Luqman gembira kerana Helyna menyukainya.
“ Lyna!” panggil Luqman selepas hampir 5 minit sama-sama membisu kerana melayan perasaan masing-masing.
Helyna menoleh. Menatap wajah Luqman seketika. Dari riak wajah itu, Helyna tahu apa yang lelaki itu ingin nyatakan. Tangannya menyeluh  ke dalam beg tanganya. Kotak kecil baldu berwarna merah hati itu di keluarkan. Luqman benar-benar terpana. Dadanya berdegup hebat bila Helyna menyerahkan semula kotak itu ke tangannya.
“ Kenapa?” soal Luqman menahan sebak di dada. Hampir luruh air matanya saat kotak itu berada di tangannya. Ternyata, Helyna memang membencinya setelah mengetahui siapa dirinya yang sebenar. Dia memandang lirih cincin yang berada di dalam bekas itu.
“ Luqman, sebenarnya I…” Helyna serba salah untuk menyatakannya apatah lagi bila melihat air mata yang bertakung di kelopak mata lelaki itu. Timbul pula rasa simpati di hati.
“ Tak perlu jelaskan kerana I dah faham. I boleh terima dan I hargai apa yang pernah terjalin antara kita sebelum ini. Ternyata, apa yang I harapkan selama ini adalah sia-sia. You tetap tak boleh terima I seperti 15 tahun dulu.
Kalau benar you tak boleh terima I…tolong kembalikan semula hati I yang telah you curi selama ini!” Luqman memandang sayu wajah Helyna.
Helyna menelan liur. Bagaimana harus dia jelaskan agar lelaki itu faham.
“ Luqman, I memang tak pernah curi hati you dan tolong jangan menuduh I begitu!” tiba giliran Helyna pula merayu.
“ You memang tak curi tapi ia tetap bersama you sejak kali pertama kita bertemu dulu. I tak pernah berniat untuk menyakiti you, I lakukan semua itu supaya you sentiasa teringatkan I. Tahukah you, sehari I tak pandang wajah you…rasanya hidup I tak lengkap. You hanya nampak luaran sahaja, tapi you tak pernah peduli apa yang I rasa selama ini!” begitu perit hati Luqman untuk menerima kenyataan itu.
“ Maafkan I kerana tersalah anggap pada you selama ini. Ketika itu, I sedar siapa diri I…mana mungkin gadis yang gempal seperti I menaruh harapan pada lelaki yang sempurna. I memang tak layak sebab itu I kena berpijak di bumi yang nyata sebelum I jatuh tersungkur!”
Sebelum datang ke sini, dia telah berbincang dengan Syafiq dan juga Nina. Malah dia turut menghubungi Adi dan Iskandar untuk mengetahui perkara sebenar tentang Luqman. Dia tak mahu mengambil keputusan yang salah kerana ini melibatkan masa depannya.
               “ Luqman, I bukannya tak nak terima dan pakai cincin tu tapi…” Luqman memandang wajah Helyna yang kelihatan amat tidak selesa untuk meneruskan kata.
“ Tapi apa?...you tak suka dengan bentuknya atau you rasa cincin ni terlalu murah untuk you pakai?” soal Luqman tak sabar. Kalau Helyna memulangkannya semula, pasti ada alasan. Apa dia?
“ Tak, bukan itu sebabnya. I memang sukakan bentuknya, soal harga…I tak kesah tapi I memang tak boleh nak terima cincin tu…apa lagi memakainya!” beritahu Helyna dengan rasa serba salah.
“ Kenapa? Bagi I alasan…kenapa you tak boleh terima dan pakai cincin ni?” soal Luqman tak berpuas hati.
“ Sebab…” Helyna tertunduk. Segan mahu memberi alasannya.
“ Sebab apa?” desak Luqman tak sabar.
“ I tak boleh terima cincin tu…apa lagi untuk memakainya sebab tak padan dengan jari I…terlalu besar. Kalau I pakai , pasti jatuh!” Helyna tersipu-sipu memberi alasan membuatkan Luqman terus ketawa. Pantas cincin yang berada di tanganya di sarung ke jari manis Helyna. Memang betul, terlalu longgar untuk jari runcing Helyna.
“ Cakaplah awal-awal…ini buat I suspend aje…nasib baik I tak menangis dan meraung kat sini. Kalau tak….buat malu aje…lelaki macho menangis!” Luqman mencuit hidung Helyna sambil ketawa bahagia.
“ Apasal pilih besar sangat? You ingat jari I ni sama dengan jari Sarah duluke?” Helyna bersuara.
“Eh! Ke situ pulak. I beli cincin ni bila I tahu siapa Sarah yang sebenarnya. You tahu…sejam lebih I ambil masa  nak pilih cincin ni untuk you. Last-last tak muat juga. Nantilah, kita betulkan balik atau you nak tukarkan yang baru?...”
“ Tak payahlah…yang ini pun dah cukup cantik. Kita kerat sikit aje!” Helyna menilik cincin yang masih tersarung di jarinya.
“ Lyna!”
“ Hmm..”
I love you!” ucap Luqman perlahan di telinga Helyna membuatkan pipi Helyna sudah bertukar merah.
“ Apa kata kita percepatkan tarikh kawin kita. I dah tak sabar nak hidup bersama you, menyintai dan menyayangi you sepenuh hati!” kata Luqman lagi.
“ Terpulang pada you…I ikut aje!” balas Helyna.
Luqman mengukir senyum. Tidak dapat digambarkan betapa bahagianya dia saat ini. Terasa ingin dikongsi  dan diluahkan perasaan itu dengan semua orang.
“ Terima kasih kerana you sudi hadir dalam hidup I …apa lagi you sanggup menunggu gadis pujaan you tu selama 15 tahun. Kalau I…belum tentu dapat menandingi apa yang you rasa selama ini!” ucap Helyna dengan sebak. Benar-benar terharu dengan sikap Luqman yang begitu setia menunggunya.
“ I juga nak ucapkan terima kasih kerana  you telah mengembalikan semula hati I yang telah lama you curi. Mulai hari ini, I akan pasti hati I tak akan di curi oleh mana-mana perempuan  lain. Terima kasih sekali lagi kerana menerima cinta I dan  dengan izin Allah, I akan buktikan bahawa I mampu buat you bahagia!” Luqman menggenggam erat tangan Helyna sebelum mengucupnya perlahan.


Sekian…………..

p/s: semoga kalian terhibur dan menyukainya!

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...