Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 3 December 2012

Antara aku dan dia 17



Bab17

H
ELYNA mengelap mulutnya dengan tisu selepas menikmati makan malam bersama Luqman. Hidangan malam ini terasa begitu istimewa dan suasananya pun agak romantic, kata orang candle light dinner di tepi kolam. Ada beberapa pasangan lagi yang turut ada di sekitar itu. Semuanya mempunyai agenda yang tersendiri. Helyna mendongak seketika ke langit, bintang berkelipan begitu cantik sekali. Dia tersenyum seketika.
“ Kenapa?” Luqman bertanya.
“ Cantik sekali langit malam ni…bintang berkelipan dan angin sepoi –sepoi bahasa!” ujar Helyna sambil tersenyum.
“ Hmm….seolah-olah meraikan kitakan!” sambung Luqman membuatkna Helyna tertunduk. Segan pula nak mengadap wajah Luqman yang nampak begitu menawan sekali. Baru malam ini dia rasa begitu indah sekali keluar dan menikmati hidangan bersama Luqman. Terasa lain dari biasa. Hatinya tiba-tiba jadi gusar bila mengenangkan perkara yang ingin di bincangkan oleh Luqman.
“ Malam ni….bukan hanya bintang di langit yang cantik…tapi bintang di hadapan I ni lagi cantik….lagi bersinar!” puji Luqman membuatkan hati Helyna bertambah gundah. Terasa mukanya panas, segan dan malu menerima pujian itu.
“ Pandai you memuji…patutlah ramai perempuan yang terpikat dengan you kan!”  kata Helyna. Sengaja menduga hati lelaki itu.
“ Mana ada….you ingat I ni kasanovake?” tanya Luqman agak terkejut.
“ Mana tahukan! Orang kacak macam you biasanya ramai yang terpikat…!” dia teringatkan wajah Melissa yang selalu  dilihatnya bersama Luqman.
“ Jangan cepat membuat andaian hanya melihat pada luaran saja. I tak suka permainkan perasaan orang kerana I pernah rasa bagaimana di tinggalkan!” kata Luqman perlahan. Pandangannya di hala ke kolam. Entah apa yang sedang bermain di fikirannya bila wajahnya yang ceria tadi bertukar muram.
“ Maaf. I tak maksud begitu. Maaf sekali lagi kalau kata-kata I tadi menyinggung perasaan you!” Helyna mula rasa bersalah. Dia hanya berkata begitu atas dasar kebiasaan lelaki. Kalau ada rupa, pasti ramai perempuan di sisi.
“ It`s ok. I harap you tak salah anggap pada I!” Luqman merenung wajah Helyna seketika.
“ Maaf ya…I lupa yang you ni jenis yang setia, masih lagi menunggu gadis pujaan you tu sehingga sekarangkan!” kata Helyna mengingatkan apa yang pernah diceritakan oleh Luqman. Sampai sekarang, gadis itu tetap menjadi pujaan Luqman. Pastinya penantian Luqman selama ini berbaloi bila dia sudah tahu di manakah gadis itu berada sekarang. Tapi bagaimana dengan hubungan mereka selepas ini? Adakah ini yang bakal di bincangkan nanti?
“ Esok, I nak balik kampung…jumpa nenek!” tiba-tiba Helyna menukar topic perbualan.
Luqman tersentak.
“ Balik kampung?...selalu sangat you balik kampung . Jumpa nenek ke atau jumpa seseorang?” Luqman hairan. Rasanya baru sahaja minggu lepas Helyna balik kampung dan esok dia balik lagi. Apa sebenarnya yang ada di sana?
“Jumpa neneklah. Apa?...you ingat I ada pakwe ke kat kampung!” kata Helyna tergelak kecil.
“ Mana tahu!” tempelak Luqman. Kemudian dia mengeluh perlahan.
Helyna tersenyum. Sebenarnya dia balik kampung kerana dia memang  rindukan nenek. Dengan nenek, dia boleh ceritakan apa saja. Dia mahu beritahu nenek bahawa Luqman sudah bertemu dengan gadis  pujaannya. Sia-sia aje nenek memujuknya supaya menerima Luqman.
“ I ikut you balik kampung nanti, boleh?” Luqman kembali bersuara.
Helyna tersentak. Ternganga mulutnya menerima usul Luqman itu. Takkanlah dia nak balik bersama lelaki itu. Apa kata nenek dan orang kampung nanti. Selama ini dia tak pernah bawa mana-mana lelaki balik kampung.
Sorry, I cuma gurau aje!” Luqman tergelak kecil. Dia tahu Helyna tidak senang dengan permintaannya. Tak apalah, mungkin masanya tak sesuai.
Helyna mengeluh lega kerana Luqman tidak serius untuk mengikutnya balik kampung. Kalau tak, tak tahulah alasan apa yang terpaksa dia fikirkan nanti.
“ Nenek you sihatke?” tanya Luqman.
“ Sihat. Sihat cara orangtua. Sejak dari kecil, dia yang jagakan I dan abang Fiq. I benar-benar terhutang budi pada nenek dan arwah datuk.  Kalau boleh, I nak berbakti kepada selagi mereka masih hidup!” kata Helyna mengenangkan betapa bersusah payahnya nenek dan arwah datuk menjaganya sejak dari kecil hinggalah dia dewasa. Walaupun nenek yang memisahkan kasih sayang dia dan abah dulu, tapi dia tetap sayangkan nenek.
“ Nanti, sampaikan salam I pada nenek you ya!”
“ InsyaAllah!”
Mereka kembali diam seketika. Masing-masing tersenyum dan menarik nafas.
“ Luqman!” akhirnya Helyna bersuara.
Luqman segera memberikan tumpuan pada wajah Helyna. Dia mengukir senyum.
“ You dah jumpa dengan Sarah, gadis yang tunggu selama ini?” akhirnya Helyna berani bertanya. Dia tahu pasti hal ini yang ingin di bincangkan oleh Luqman dengannya. Biarlah dia yang memulakannya.
Senyuman Luqman mula hilang. Dia menatap seketika wajah Helyna sebelum melepaskan keluhan panjang.
“ Maaf, kalau you rasa I terlanjur bertanya hal ini!” Helyna mula di himpit rasa bersalah. Apa sudah jadi dengan lelaki ini? Sepatutnya dia gembira kerana penantiannya telah berhasil, tapi kenapa sekarang wajahnya muram? Pelik!
“ Tak perlu mohon maaf kerana sememangnya kita patut selesaikan hal ini….agaknya apa akan jadi dengan hubungan kita selepas ini ya!” Luqman bersuara. Dia tersenyum tapi wajahnya tetap tak ceria.
“ Apa maksud you?...you dah jumpa dengan Sarah?” Soal Helyna tak sabar.
Luqman mengangguk perlahan. Hati Helyna mula gundah.
So, what`s happened?” tanya Helyna. Dia benar-benar ingin tahu mengenai perkembangan itu.
“ Perlukah I jelaskan semuanya pada you?” kata-kata Luqman benar-benar membuat Helyna tersentak. Benar-benar terkejut. Sungguh dia tak menyangka itu yang diterimanya sedangkan dia mengambil sikap perihatin dalam hal ini. Hal ini juga melibatkan dirinya. Salahkah kalau dia nak tahu?
“ Maaf. I tahu ianya terlalu peribadi pada you. Baiklah, kita lupakan aje hal itu. Kita bincangkan hal kita. You nak teruskan atau tidak hubungan kita ini?” Helyna mula pasrah. Malu pula rasanya kerana terlalu gopoh untuk mengetahui hal itu.
Luqman tetap diam.
“ Luqman, kalau you telefon I…ajak jumpa dengan alasan untuk bincangkan hal kita…tapi you sendiri yang membisu. Untuk apa kita bertemu?....lebih baik I pulang!” Helyna merajuk dan berkecil hati dengan sikap Luqman itu. Dia mula bangun dari kerusi.
“ Tunggu!” pinta Luqman.
Helyna kembali duduk.
“ Apa lagi yang nak kita bincangkan. Kalau you tak bersedia, kita bincangkan lain kali aje!” Helyna membuat keputusan.
“ Macam mana dengan you?....nak teruskan atau nak putuskan pertunangan kita?” tanya Luqman pula.
Helyna mendengus perlahan. Sebenarnya, dia mula rimas dengan sikap lelaki itu. Kenapa terlalu sukar untuk membuat keputusan kalau semuanya sudah jelas di depan mata.
“ Tentang pertunangan kita ini….I serahkan pada you untuk buat keputsan. I malas nak fikir lagi!” Helyna mengeluh perlahan. Dia sudah tak kesah. Dia bukan manusia yang pentingkan diri sendiri. Kalau Luqman sudah memilih gadis pujaannya, dia merelakan. Lagi pun hubungan mereka baru berkembang. Masih dalam sesi mengenal hati. Lainlah kalau dia dah cinta mati. Meraung juga kat sini.
“ You dah mula cintakan I?” Luqman bertanya sambil menatap wajah Helyna yang mula bertukar warna.
“ Soalan apa ni?” tanya Helyna berpura-pura tenang. Kalau lah cahaya terang di sini, pasti wajahnya akan jelas kelihatan malu.
“ Jawab dengan jujur. You dah mula terima I kan dalam hidup you!” tanya Luqman lagi. Dia tetap merenung wajah Helyna yang sudah tidak keruan.
“ I perlu kepastian dari you sebelum I buat keputusan!” kata Luqman.
Helyna tambah bingung. Kenapa perlu kaitkan perasaannya dengan keputusan yang bakal di buat oleh Luqman!
“ Sebenarnya….I dah mula belajar menerima you dan menyayangi you tapi saat itu juga nama Sarah mula wujud. Terus-terang I cakap, I tak nak jadi penghalang antara you dan Sarah nanti. I rasa, dia berhak ada di samping you kerana dia lebih awal bertahta di hati berbanding I!” jawapan Helyna membuatkan Luqman terpegun.
Luqman tiba-tiba mengukir senyum.
“ Jadi, betullah you dah sudi terima I!” Luqman masih lagi mencari kepastian. Jauh di sudut hati, dia bahagia mendengar jawapan itu.
“ Tapi sayang….semuanya sudah terlambat!” jawapan Helyna mematikan senyuman di bibir Luqman. Berkerut dahinya merenung wajah muram Helyna.
“ Kenapa?...apa yang terlambat?” soal Luqman hairan.
“ You pasti akan memilih diakan?” kata Helyna.
“ Mungkin!” jawapan Luqman itu membuatkan Helyna hampir sesak nafas. Dia memajam mata seketika. Menghimpun kekuatan semula untuk berhadapan dengan Luqman.
“ Tapi sayang….dia sudah menjadi tunangan orang!” bulat mata Helyna mendengar kata-kata yang keluar dari mulut Luqman.
Sorry…I….” Helyna mula tak terkata. Timbul pula rasa simpati pada lelaki itu. Entah kenapa sudah banyak kali ucapan maaf keluar dari mulutnya malam ini.
“ Buat apa minta maaf, bukannya you yang salah!” kata Luqman perlahan.
“ Tapi you kan dah tunggu dia 15 tahun, tak berbaloi rasanya kalau penantian you selama ini adalah sia-sia…!” Helyna menelan liur.
Luqman tersenyum. Helyna merenung wajah itu. Dia tahu Luqman kecewa tapi sengaja menyembunyikan perasaan itu.
“ Siapa kata tidak berbaloi?” tanya Luqman sambil tergelak kecil.
Dahi Helyna berkerut. Apa sudah jadi dengan lelaki ini. Kenapa dia boleh tergelak? Tidakkah dia patut rasa kecewa dan hampa? Atau ketawanya itu semata-mata mahu menyembunyikan lara di hati!
“ Habis tu?” Helyna merenung wajah Luqman.
“ Ini semua adalah takdir. I terimanya dengan redha. Kalau I tak tunggu Sarah sehingga hari ini, mana mungkin kita dapat bertemu dan bertunangkan? Betul tak?” Luqman mengukir senyum.
Helyna hanya diam. Mungkin betul juga kata-kata itu. Tapi semua ini tak mungkin bawa bahagia untuk Luqman. Helyna mengeluh dalam diam. Nampaknya pertemuan ini tidak memberi sebarang makna. Sehingga akhirnya, perbincangan ini terus terhenti sampai di situ.


ADI dan Iskandar  termanggu mendengar cerita yang baru di sampaikan oleh Luqman. Mereka tak percaya apa yang baru di dengari. Adi mengeleng kepala perlahan. Luqman tetap diam, hanya melihat reaksi teman-temannya yang seakan tidak percaya dengan apa yang diceritakan.
“ Betulke kau nak terima keputusan itu dengan redha?...berbaloikah masa 15 tahun kau menunggu tanpa berkesudahan!” Adi mula rasa simpati. Kesihan mengenangkan nasib yang mungkin berlaku pada Luqman.
“ Betul tu Man, aku rasa kau patut berterus-terang!” sokong Iskandar.
“ Aku sebenarnya takut untuk berterus-terang. Aku tahu dendamnya masih ada untuk aku. Dia akan lebih terkejut kalau tahu siapa aku yang sebenarnya!” kata Luqman dengan rasa ragu-ragu.
Adi dan Iskandar saling berpandangan. Mereka tidak bersetuju dengan sikap Luqman yang takut untuk berhadapan dengan kenyataan.
“ 15 tahun kau menunggu dia, sia-sia aje kalau kau lepaskan peluang ini. Sama ada dia terima atau tidak….itu cerita lain!” kata Adi.
“ Aku perlukan kekuatan untuk berhadapan dengan dia. Aku takut kehilangan Sarah untuk kali ke dua!” Luqman benar-benar dalam dilemma.
Iskandar menepuk perlahan bahu Luqman. Dia mesti memberi sokongan agar temannya itu berani untuk berhadapan dengan Sarah nanti dan dia akan menerimanya dengan tenang apa jua keputusan yang akan di buat oleh Sarah nanti.


LUQMAN memberi isyarat agar Helyna mengikutinya. Ketika itu Helyna berkunjung ke rumah orangtua Luqman atas pelawaan Luqman. Syafiq dan Nina turut di undang sama. Syafiq hanya membiarkan Helyna mengikut Luqman ke ruang rehat. Biarlah mereka berada di situ, asalkan mereka tidak melakukan perbuatan yang tidak baik. Lagi pun dia masih dapat melihat mereka berdua.
“ Ada perkara penting yang you nak bincangkan dengan I ke sampaikan orang lain tak boleh tahu!” kata Helyna. Bimbang apa pula tanggapan orang lain bila melihat dia berduan dengan Luqman di situ.
“ You masih ingat tentang frame gambar yang berada di pejabat I tenpohari?...yang terjatuh masa you nak lihat hari tu?” tanya Luqman.
Helyna tergamam. Dia tunduk. Segan nak berhadapan dengan Luqman kerana dia telah menceroboh barang peribadi milik lelaki itu. Tapi kenapa mesti di bangkitkan soal itu?
“ Er…maaf ya…I sebenarnya…erm…I tak sempat nak tengok gambar tu!” akui Helyna dengan rasa segan.
Luqman tiba-tiba mengukir senyum. Kesian pula melihat wajah Helyna yang dihimpit rasa bersalah itu.
“ I rasa you patut tahu tentang gambar tu!” ujar Luqman dengan tenang.
Helyna tergamam. Sangkanya Luqman akan terus merahsiakan hal itu dari pengetahuannya. Mungkin gambar itu begitu istimewa buat Luqman.
“ I rasa I tak patut berahsia dengan you dan you patut tahu hal ini!” kata Luqman.
“ Nah!” Luqman menghulurkan satu frame gambar yang di ambil dari satu rak di ruang rehat itu.
Serba salah pula Helyna mahu mengambilnya walaupun hatinya meronta untuk mengetahui siapakah yang berada dalam frame itu sampai Luqman tidak membenarkan dia melihatnya sebelum ini. Lama mata Helyna terpaku melihat gadis yang berada di dalam frame itu. Seorang gadis yang gempal di sisi seorang pemuda.
Luqman menunggu reaksi dari Helyna dengan penuh debaran. Tapi Helyna tetap diam dan masih terpaku menatap gambar itu.
“ Itulah gambar Sarah. Gadis yang I tunggu selama ini. You tentu terkejutkan kenapa I masih menunggu dia dan lelaki yang berada di sisi Sarah itu adalah I!” beritahu Luqman.
“ Lyna!” panggil Luqman bila melihat Helyna masih ralit menatap gambar itu dengan mata yang berkaca.
Helyna merenung tajam wajah Luqman . Ada ketika, dahinya berkerut seakan-akan mengenangkan sesuatu tapi matanya tetap terpaku menatap wajah Luqman. Cukup lama sehingga Luqman keresahan. Dahinya sudah berpeluh walaupun dalam ruang beraircond.
“ Kenapa?...kenapa you masih tunggu dia?” tanya Helyna perlahan dan kembali menatap wajah Luqman lagi.
Because she is my girl!” ujar Luqman dengan wajah tenang. Tiada lagi resah yang bertandang. Apa pun keputusan yang akan di buat hari ini, dia akan menerimanya dengan tenang.
“ Kenapa dia yang jadi pilihan?....kenapa tidak orang lain aje?” tanya Helyna dengan mata yang masih berkaca.
  Kerana dia gadis yang cukup istimewa!” Luqman memberi jawapan.
“ Apa istimewanya dia di mata you sampaikan sekarang you masih menunggu dia?” Helyna menatap wajah Luqman dengan rasa sebak.
“ Kerana dia adalah Sarah. Gadis pertama yang telah mencuri hati I. I masih menunggu dia untuk mengembalikan hati I yang di curinya sejak 15 tahun yang lalu!” beritahu Luqman. Matanya turut berkaca.
“ Luqman!” panggil Helyna perlahan dengan iringan air mata yang menuruni kelopak matanya.
Luqman menghampiri Helyna. Tapi gadis itu sedikit menjauh. Tidak sanggup untuk terus berhadapan dengan Luqman.
“ Helyna… I tahu you adalah Sarah, gadis yang I tunggu selama ini!” ucapan Luqman itu hampir membuatkan jantung Helyna hampir luruh. Bulat matanya menatap wajah Luqman yang mula di banjiri air mata. Luqman menangis?
“ Apa yang you merepak ni?” tanya Helyna benar-benar terkejut.
“ Apa yang dah berlaku ni?” tiba-tiba Syafiq dan Nina muncul, di ikuti oleh kedua orang tua Luqman. Mereka agak terpingga-pingga melihat situasi itu. Apa lagi bila melihat air mata yang  masih bersisa di wajah Luqman.
“ Kita balik!” Helyna bersuara agak tegas membuatkan yang lain terkedu. Tidak tahu hujung pangkal masalah yang sedang berlaku.
“ Luqman, apa semua ni?” tanya Tan Sri Hisyam Firdaus sambil mendekati anaknya yang masih kaku berdiri sambil menundukkan wajahnya.
“ Lyna nak balik,  Lyna tak nak jumpa Luqman lagi!” kata Helyna sambil mengesat air matanya.
“ Lyna, kenapa ni sayang? Apa yang Luqman dah buat kat Lyna ni?” pujuk Pn. Sri Emilly sambil mengusap mesra tubuh Helyna yang masih lecun dengan air mata.
“ Ma, pa…inilah satu-satunya gadis yang telah bertahta di hati Man selama ini. Gadis yang selama ini Man tunggu!” beritahu Luqman sambil memandang wajah orangtuanya.
Kedua orang tua Luqman saling berpandangan. Dalam hati mereka sarat dengan pelbagai pertanyaan. Helyna ketika itu begitu erat memeluk tubuh Nina.
“ Lyna, you boleh bohong I, tapi you tak boleh bohong diri you sendiri. You masih nak nafikan apa yang berlaku 15 tahun dulu?...tapi I tak boleh! Ingatan I pada Sarah masih utuh dan I benar-benar yakin yang suatu hari nanti I akan bertemu dengannya semula walau apa keadaan sekali pun.
I tak bohong, apa yang telah I ucapkan pada Sarah dulu. Dia pergi dengan membawa hati I bersama. Hati I telah dia curi tanpa dia sedar! Sampai sekarang hati I masih ada pada dia!” kata Luqman sambil memandang wajah Helyna.
Helyna diam. Sebenarnya dia masih belum dapat menerima apa yang dikatakan oleh Luqman itu. Terasa dirinya masih di awangan. Apa yang terbongkar sekarang masih sukar untuk dia percaya.
“ Luqman, sejak bila you tahu I adalah Sarah. Gadis yang sentiasa menjadi bahan usikan you  dan kawan-kawan you dulu. Sungguh! Sukar I nak percaya bahawa I lah gadis yang you tunggu selama ini!” kata Helyna.
Akhirnya Helyna mampu bertenang. Selama dia mengenali Luqman,  Sedikit pun dia tak menyangka bahawa Luqman adalah lelaki yang telah membuatkan hidupnya berantakan. Sering menjadi bahan ejekan dan usikan sehinggakan dia bernekad meninggalkan sekolah itu dulu. Dan kerana Luqman juga, dia bernekad mahu melupakan apa sahaja yang berkaitan dengan peristiwa itu. Tapi , adakah ini permainan takdir. Sejauh mana dia lari, akhirnya dia terpaksa berhadapan dengan lelaki itu juga.
Luqman mengukir senyum. Dia gembira kerana akhirnya Helyna telah mengaku bahawa dia adalah Sarah. Gadis yang di tunggunya selama ini.
“ I baru aje tahu  yang you ni adalah Sarah. You tentu ingat yang keluarga I pernah berkunjung ke rumah orangtua you 3 minggu lepas. Masa tu, you tak ada, balik kampung. I mulanya tak percaya bila I terlihat gambar lama dari album rumah orantua you tu. Dari situlah I tahu siapa Sarah yang sebenarnya!” beritahu Luqman.
“ Hmm…syukurlah, semuanya dah selesai. Papa nak ucapkan tahniah pada Man sebab Man dah jumpa gadis yang Man tunggu selama ini. Mungkin dah jodoh kamu berdua agaknya!” Tan Sri Hisyam Firdaus mencelah. Bukan main seronok bila semua itu sudah tersingkap.
“ Mama gembira kerana gadis yang Man tunggu adalah Helyna. Dan memang menjadi hasrat kami untuk menjodohkan kamu berdua!” sambung Pn. Sri Emilly.
Orangtua Luqman kemudian meminta diri untuk beredar. Sengaja memberi peluang untuk Luqman dan Helyna berbicara.
So, kita nak buat apa kat sini?” Nina memandang wajah Syafiq.
“ Er…” Syafiq menggaru-garu kepala sambil tersengih.
“ Man, aku rasa elok kami balik dulu. Ada perkara yang terpaksa kami uruskan!” Syafiq bersuara. Dia dan Nina segera mengatur langkah.
“ Tunggu, Lyna pun nak balik!” Helyna menahan. Takkanlah dia nak ditinggalkan.
“ I akan hantar you balik nanti!” Luqman bersuara.
“ Tapi…” Helyna tetap rasa ragu.
“ Masih ada benda yang I nak cakapkan dengan you!” tegah Luqman.
Akhirnya Helyna akur.
Sebaik saja Syafiq dan Nina berlalu, Luqman menghulurkan satu kotak berbalut. Serba salah pula Helyna mahu menerimanya. Dahlah dia baru dikejutkan dengan siapa dirinya, kini hadiah apa lagi yang terpaksa diterimanya.
“ Hadiah apa ni?” tanya Helyna sebaik sahaja hadiah itu berada di tangannya.
“ Bukaklah!” pinta Luqman sambil mengukir senyum.
Tanpa berlengah, Helyna  mengonyak perlahan balutan hadiah itu. Akhirnya dia mengeluarkan satu kotak kecil.
Kotak muzik!
Helyna memandang wajah Luqman.
“ Hadiah ni sebenarnya dah berusia 15 tahun. You lupa, hari terakhir you di sekolah dulu. I pernah menyerahkan hadiah ni pada you tapi you menolak dengan alasan you tak nak ada apa-apa kaitan dengan I sedangkan I belikan hadiah ni khusus untuk you bila I dapat tahu you nak pindah sekolah masa kita jumpa kat KFC dulu. I masih simpan hadiah ni dengan elok sebab I sudah nekad akan memberikannya pada you bila kita jumpa nanti!”
Helyna menelan liur. Sebenarnya dia cukup terharu mendengar penjelasan itu. Tak sangka yang Luqman begitu nekad untuk bertemu semula dengannya sehingga sanggup menunggu berbelas-belas tahun.  Dia juga tak menduga, bahawa lelaki yang nakal dulu begitu cekal dan setia demi mempertahankan cintanya.
“ I tak tahu apa nak cakap. Sungguh I cukup terharu dengan apa yang telah you lalui dan apa yang telah you lakukan selepas kejadian itu…dulu,….memang I nekad untuk melupakan segalanya  yang berkaitan dengan sekolah dan orang-orang di situ. I mahu mulakan hidup baru kerana I tak mahu di selubungi rasa kecewa lagi. Oleh itu, I tak pernah hubungi atau pun cuba mengenangkan apa sahaja yang ada kaitan dengan mereka walaupun ada ketikanya I merindui mereka!”
“ Termasuk I!” Luqman merenung wajah Helyna sambil mengukir senyum.
“ You?...no, nama dan wajah you tak pernah termasuk dalam senarai sebab you satu-satunya manusia yang pertama I lupakan, mana mungkin I nak ingatkan lelaki yang paling menyakitkan hati!”
Luqman mengeluh kecewa. Memang patutlah Helyna tidak mengenali atau mengigatinya walaupun sedikit sedangkan Adi yang lama tidak diketemui masih boleh mengingati wajahnya.
“ Tak sangka ya…Luqman yang pernah I kenal dulu dah banyak berubah…bukan lagi lelaki yang nakal, malah dia satu-satunya lelaki yang paling setia pernah I jumpa!” Helyna tergelak kecil.
“ Memang pun. I akui dulu…I memang nakal, suka sangat mengusik you tapi you sebenarnya tak sedar bahawa I mengusik you sebab I memang sukakan you!” kata Luqman sambil tersenyum nakal.
Helyna mencebik. Sungguh dia tak percaya, kalau suka…kenapa selalu menyakitkan hatinya?
“ I tak percayalah…you memang sengaja nak kenakan I…mentang-mentanglah masa tu you jadi lelaki pujaan…perasan kacaklah konon!” Helyna menjeling tajam. Kenangan lama kembali terlayar dalam ingatan mereka.
“ Memang pun I kacak…kalau dulu I kacak…sekarang tambah kacakkan!”  sengaja Luqman mendabik dada.
“ Kalau dulu you ni manusia yang perasan…sekarang ni tambah-tambah perasan…perasan ganda dua lagi!” balas Helyna.
Luqman ketawa.
“ Lyna!”
Helyna memandang wajah Luqman yang mula serius.
“ I memang sukakan you sejak dari dulu…I sukakan you kerana you adalah Sarah. Dan sekarang perasaan itu tetap sama….tak pernah berubah.  Sarah yang dulu memang comel…tapi sekarang….tambah-tambah comel. Comel ganda dua lagi!” kata Luqman, sengaja mengambil ayat Helyna.
Helyna tertawa kecil. Tak sangka Luqman meniru ayatnya. Dasar `budak nakal!`
“ Hmm..macam mana kalau Sarah yang dulu dan sekarang tak pernah berubah. Masih tetap gempal. You masih sudi terima dia?” duga Helyna.
Kalau betullah Luqman begitu setia, pasti dia akan menerima baik dan buruknya gadis yang bernama Sarah. Biasalah kaum lelaki, hanya menyukai sesuatu yang indah sahaja. Agaknya Luqman masih sudi menerimanya kalau dia tetap gempal? Pasti lelaki itu akan malu bila bergandingan nanti.
“ I tetap cintakan you kerana you adalah Sarah. I suka apa yang ada dalam diri you…bukan apa yang I pandang pada you. Sejak dari dulu, you seorang gadis yang bijak, suka membantu dan selalu rendah diri dengan kelebihan yang ada.  I tak suka perempuan yang pentingkan diri sendiri.
Dan bila kita jumpa, I mula kenal diri you. You seorang yang setia. Dan you sanggup undurkan diri bila I bagitahu yang I sudah tahu di mana gadis pujaan I berada. You dapat terima dengan tenang. Sikap itu tak pernah ada pada gadis lain. Seperti Melissa, dia suka mengongkong hidup, suka memaksa dan pentingkan diri sendiri!”
Helyna tersenyum. Sebenarnya dia berpuas hati dengan penerangan itu. Walaupun dia pernah bernekad untuk melupakan Luqman sebaik sahaja dia meninggalkan sekolah itu dulu, tapi keikhlasan hati Luqman membuatkan mereka bertemu kembali dan sekarang, sedikit pun dendamnya pada Luqman tidak pernah ada.
“ Sarah!”
Tiba-tiba Luqman menyebut nama itu. Helyna memandang wajah Luqman. Hairan. Kenapa tiba-tiba Luqman menyebut nama itu? Bergetar juga hatinya mendengar nama itu meniti di bibir Luqman. Terasa begitu indah.
“ Kenapa you tukar nama? Sampai begitu sekali you ingin melupakan apa yang telah berlaku dulu!” lirik suara Luqman meniti dari bibirnya.
“ I tak pernah tukar nama, memang Helyna nama I dan Sarah juga memang nama I. Keluarga I, panggil dengan nama Helyna….sementara kawa-kawan di sekolah, panggil I Sarah. Takakanlah you tak pernah tahu nama I yang sebenar….Nur Helyna Maisarah binti Badruddin Helmy!...”
Luqman melurut rambutnya beberapa kali. Sepatutnya dia menyiasat dulu siapa Sarah yang sebenar. Ini membabi buta aje. Kalau tak, dah lama dia jumpa dengan Sarahnya!
“ Hmm…nasib baiklah penantiannya you selama 15 tahun ajekan….kot jadinya kena tunggu sepanjang hayat, tak ke naya namanya!... ingatkan lelaki kacak macam you ni bijak…tapi otak udang aje!” usik Helyna. Seronok pula dapat mengenakan Luqman. Bukan selalu peluang itu berada di pihaknya.
“ O…seronok kena kan I ya!”  balas Luqman menahan geram.
“ Sarah!”
Luqman tiba-tiba mencapai tangan Helyna. Tersentak Helyna di buatnya. Apa lagi bila satu kotak kecil berada di tapak tangannya. Banyak betul kejutan yang diterimanya malam ini sehingga nafasnya menjadi sempuk.
“ Apa lagi ni?...masih tak cukup kejutan yang I terima dari you malam ni?”  kata Helyna sambil menarik nafas seketika.
“ Dalam kotak tu ada cincin. Cincin yang I beli khas untuk gadis yang I cintai, gadis yang akan menjadi suri hidup I buat selamanya, ibu untuk anak-anak I nanti. I beli cincin ni saat I tahu you adalah gadis yang I tunggu selama ini. Kalau you terima I…you pakailah cincin ni bila kita jumpa nanti. Kalau tak, I akan anggap you masih lagi berdendam dengan I dan you masih tak lupakan apa yang pernah I buat pada you dulu. Dan …I juga anggap bahawa penantian I selama 15 tahun ini adalah sia-sia. Jadi, I terpaksa menerima hakikat itu walaupun pahit.
Kalau dulu you pergi tinggalkan I setelah you curi hati I, I akan terus menganggap hati I tak akan diketemukan lagi dan untuk selamanya, I tak mungkin mencintai gadis lain kerana hati I memang telah tiada!” kata-kata Luqman itu membuatkan lidah Helyna benar-benar kelu.

p/s: semoga kalian terhibur membacanya.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...