Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 1 December 2012

Antara aku dan dia 16



Bab 16

M
ELISSA mendengus. Sakitnya hati melihat senario itu. Terasa hidungnya berasap dan dadanya panas menahan rasa marah dan geram. Patutlah lelaki itu menolak ajakannya selama ini. Pelbagai alasan diberikan semata-mata tidak mahu keluar bersamanya. Sibuklah, banyak kerjalah, ada appoinmentlah, outstationlah dan macam-macam lagi alasan. Rupa-rupanya asyik mabuk bercinta. Dahlah perempuan yang bersama lelaki itu lebih cantik daripadanya, malah lebih sopan. Dia makin cemburu.
Kalau tidak mengenangkan yang sekarang ni dia berada di pusat membeli-belah, pasti dia menyerang lelaki itu. Akan dihemburkan dengan pelbagai ayat agar lelaki itu sedar siapa dirinya. Dia sudah bernekad, kalau dia tidak dapat memiliki lelaki itu. Mana-mana perempuan pun pasti tak akan mendapatkannya. Hampir sahaja dia membaling beg-beg kertas yang ada di tangannya. Dia tak kesah, asalkan hatinya puas.
“ Auch!”
“ Maaf….cik tak apa-apa?” tanya satu suara bila Melissa hampir jatuh akibat tersadung kakinya dengan seseorang. Itulah, asyik membebel aje. Kan malu sendiri.
“ Tak…I`m ok!” balas Melissa yang masih berpaut pada tubuh seseorang.
“ Syukurlah…cik tak apa-apa!” ujar suara itu lagi.
Melissa yang menyedari dia masih berpaut pada tubuh itu segera melepaskannya dan matanya terus terpaku melihat empunya tubuh itu. Gulp! Melissa menelan liur. Tak berkelip matanya melihat wajah lelaki yang ada di hadapannya. Lelaki itu sedang mengukir senyum.
“ Maaf…!” Melissa segera memohon maaf. Merah mukanya menahan malu akibat kealpaannya tadi.
“ Tak mengapa….dah daruratkan!” ujar lelaki itu sambil ketawa kecil.
Melissa tetap terpaku menatap wajah lelaki itu. Kacaknya dia, tambah menawan dengan adanya lesung pipi pada kedua-dua pipinya.
“ I`m Zarul!” lelaki itu menghulurkan salam.
“ Melissa!” balas Melissa bila tangan mereka bertaut seketika.
“ Banyak shopping!” tegur Zarul bila melihat 4 paper beg  yang berjenama terkenal berada di tangan Melissa.
“ Tak adalah…I cuma nak release tension!” balas Melissa dan matanya kembali memandang ke arah pasangan tadi. Masih  lagi berada di kedai itu.
Zarul mengukir senyum.
“ I rasa I pernah jumpa dengan cik Melissa sebelum ni…tapi lupa di mana!” kata Zarul.
“ Ya, maaf kalau I tak perasan. Hm…you sorangke?” Melissa cuba mencari.
“ Ya…I sorang. Dari tadi mata you asyik pandang ke arah sana saja. Apa yang menarik kat kedai tu?” Zarul cuba memandang ke arah kedai yang tidak jauh dari mereka.
Melissa diam.
“ Hmm…I tahu!” Zarul mengukir senyum.
“ Apa yang you tahu?” tempelak Melissa hairan.
“ Cik Melissa sedang memerhati pasangan tu kan?” Zarul memandang wajah Melissa yang agak tercengang itu. Mana dia tahu aku sedang memerhatikan pasangan itu.
“ I kenal pasangan tu…” kata Zarul membuatkan Melissa berkerut dahi.
“ You kenal?”
“ Ya,  perempuan tu bernama Helyna dan lelaki itu tunangnya!” beritahu Zarul.
“ Ya betul…macam mana you kenal dengan dia orang?”
“ Kami kawan dan I pernah sukakan dia!” akui Zarul dengan jujur.
Melissa diam.
“ Baru I ingat, cik Melissa ni kawan dengan tunang Helynakan?...kita pernah terserempak di sebuah restoran…betulkan?” Zarul merenung wajah Melissa.
“ Oh ya!....tak sangka!” Melissa tergelak kecil.
Zarul mengukir senyum. Dia sudah menerima hakikat yang Helyna sudah bertunang dan dia merestui hubungan itu. Tiada rasa dendam dan marah kerana Helyna menolak dirinya. Mungkin bukan jodohnya.
“ Kita sama, menyukai seseorang yang tak mungkin menjadi milik kita!” kata Melissa perlahan.
  Tak ada gunanya kalau kita menyimpan dendam kerana dendam itu akan merosakkan hati dan perasaan kita. Sebagai manusia, kita kena terima ketentuan dengan redha dan ikhlas hati. I tahu kalau kita dah sukakan seseorang, pasti sukar untuk kita lepaskan tapi kita kena terima hakikat bahawa mungkin dia bukan jodoh kita!” kata Zarul dengan tenang dan bersahaja seolah-olah lelaki itu tahu apa yang sedang berlaku.
Melissa terkesima. Kata-kata itu mengingatkan dendam yang pernah tertanam dalam hatinya. Memang betul, sukar untuk melupakan seseorang yang kita cintai walaupun kita sedar dia bukan jodoh kita. Tapi dengan adanya hasutan syaitan, akan timbulnya dendam. Haruskah dia merelakan semua ini berlaku dan melepaskannya dengan rela hati.
“ Ini kad I…kalau Cik Melissa sudi, kita boleh jadi kawan !” Zarul menghulurkan kad dari walletnya.
“ Ya.  thanks!” kata Melissa bila membaca nama yang tertera di kad itu. Zarul Fitri Datuk Mahmood. Juruanalisis Komputer. Tanpa berlengah, Melissa turut memberikan nombor telefonnya.
“ I akan hubungi cik Melissa nanti!” kata Zarul selepas menyimpan nombor telefon Melissa.
“ Jumpa lagi!” ucap Zarul sebelum berlalu pergi meninggalkan Melissa yang masih kaku berdiri di situ.
“ Hmm…not bad!”
Melissa mengukir senyum sambil merenung kembali kad yang di hulurkan oleh Zarul tadi. Sebelum melangkah pergi, dia sempat memandang ke arah kedai tadi. Pasangan itu sudah tiada. Melissa terus berlalu dari situ dengan hati yang tenang. Dia perlu bukakan hatinya untuk lelaki lain. Betul kata Zarul, dia perlu menerima bahawa jodohnya bukan dengan Luqman. Masih ramai lagi lelaki di luar sana yang boleh memberikan dia cinta dan bahagia. Tiada gunanya menyimpan dendam kerana dendam tidak akan membawa sebarang kebaikan. Seharusnya dia berterima kasih kepada lelaki itu kerana menyedarkannya.


AMANINA mengerling ke arah Syafiq, memberi isyarat supaya suaminya melihat ke arah Helyna. Ketika ini mereka sedang menikmati makan malam di rumah Syafiq. Beria-ria Nina mengajak Helyna makan di rumahnya kerana sejak kebelakangan ini mereka jarang berjumpa walaupun tinggal bersebelahan rumah sahaja.
“ Lyna!” panggil Syafiq.
Syafiq mengeleng kepala melihat gelagat Helyna. Dia sepertinya berada dalam dunianya sendiri. Nasi yang berada di dalam pinggan hanya di kuis-kuis sahaja. Entah apa yang mengganggu fikirannya saat ini.
“ Lyna!” panggil Syafiq sekali lagi. Kali ini lebih nyaring menyebabkan Helyna terpingga-pingga memandang wajah abangnya.
“ Er…apa dia?...abang Fiq cakap apa tadi?” tanya Helyna sedikit kalut.
Nina dan Syafiq saling berpandangan.
What wrong with you?” tanya Syafiq sambil mengeluh perlahan.
Nothing!” balas Helyna perlahan.
Really?...but I think….there is something you hide from me, Lyna!” Syafiq merenung tajam wajah Helyna yang menunduk.
“ Lyna, kenapa ni?...dari tadi asyik kuis nasi aje….lauk yang aku masak ni tak sedapke?” tanya Nina pula.
“ Sedap!” jawab Helyna ringkas. Dia sengaja menyembunyikan wajahnya, bimbang kemelut di hatinya dapat di hidu oleh mereka berdua.
“ Habis tu…kenapa tak makan?” tanya Nina lagi. Risau melihat wajah muram Helyna. Agaknya apakah masalah yang sedang membelenggu teman baiknya itu?
“ Aku tak ada selera!” jawab Helyna lemah.
“ Kenapa ni?...kalau kau ada masalah…ceritakan pada kami. Kami bersedia mendengarnya!” pujuk Nina sambil memegang tangan Helyna.
Helyna memandang wajah mereka berdua. Dia terharu  dengan keikhlasan mereka dan dia memang mempercayai mereka tapi dalam hal ini, haruskah dia menceritakannya?
“ Tak adalah…aku cuma penat aje. Banyak sangat kerja dan …” Helyna cuba  mencari alasan untuk berdalih.
“ Kau ni sebenarnya ada masalah dengan Luqman ya!” teka Nina.
Helyna menelan liur. Bulat matanya menatap wajah Nina.
“ Er…” Helyna menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Perlukah dia mengakuinya?
“ Betulkan?” provoke Nina lagi.
“ Aku…aku…” serba salah pula dia hendak bercerita. Rasa malu pun ada.
“ Ok. Bila kau dah bersedia nanti, kau boleh cerita. Aku tak naklah paksa kau!” pujuk Nina.
“ Maaf aku ya!” mohon Helyna.
“ Aku faham!” Nina memandang wajah Syafiq. Suaminya mengangguk perlahan.


AMANINA mengeluh perlahan selepas melabuhkan punggung di kerusi. Lenguhnya badan, hanya Allah yang tahu. Sehari dua ni ramai sangat yang berkunjung ke hospital untuk mendapatkan rawatan sampaikan tak menang tangan. Bukannya dia menidakkan hakikat itu, tapi dia rasa pelik sampaikan katil pun tak cukup. Mungkin juga sekarang ni musim wabak penyakit.
Tok…tok….tok….
“ Masuk!”
Pintu biliknya di kuak perlahan. Wajah Helyna muncul di muka pintu.
Nina segera mengorak senyum dan mempersilakan Helyna masuk. Helyna melangkah perlahan ke arah Nina.
Sorry kalau aku mengganggu!” pinta Helyna sebaik sahaja duduk di hadapan Nina.
“ Tak adalah… kau dari mana ni?” Nina memandang wajah Helyna.
“ Dari tempat kerjalah…sekarang ni aku free.!” Ujar Helyna.
So, ada apa-apa yang kau nak ceritakan pada aku?” Nina sudah dapat menjangka ada sesuatu yang ingin Helyna kongsikan bersamanya. Dan sebagai kawan, dia bersedia memberi kerjasama.
Helyna mengeluh perlahan sambil menyandarkan badan di kerusi. Nina hanya memandang dengan diam. Biarlah Helyna bertenang dulu sebelum bersedia menceritakan semuanya. Sebagai seorang doctor, dia perlu bersikap tenang dan cuba memberikan khidmat yang terbaik.
  Nina, kau tahukan kisah antara aku dan Shahrul!” Helyna memulakan bicara.
“ Ya!” Nina mengangguk perlahan dan cuba memberi focus pada apa yang bakal disampaikan oleh Helyna.
“ Kau tahukan yang aku sayangkan dia!” kata Helyna lagi.
“ Ya, aku tahu!”
“ Bila kita dah cintakan seseorang, tentu sukar untuk kita lupakan dia walaupun dia dah tak ada di sisi kita kan?” kata Helyna.
“ Maksud kau?” berkerut dahi Nina mendengar kata-kata itu. Apakah sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Helyna itu.
“ Setiap orang punya sejarah dalam cintanya. Aku akui sehingga saat ini, aku masih lagi sayangkan Shahrul walaupun aku sekarang dah bertunang dengan Luqman.!” Helyna menelan liur.
“ Lyna, kau kena terima hakikat yang Shahrul dah lama tak ada. Kau kena buka lembaran baru dan bagi peluang untuk hati kau menerima kehadiran lelaki lain. Aku rasa Luqman adalah calon yang sesuai untuk kau dan aku tahu dia memang sayang dan cintakan kau….takkanlah kau tak nak beri peluang itu atau kau masih lagi ragu-ragu?” Nina bingung.
“ Nina, sebenarnya aku dah fikirkan masak-masak dalam hal ni. Aku nak cuba bagi peluang untuk diri aku terima Luqman tapi …”
“ Tapi apa?”
“ Luqman juga seperti aku! Masih menunggu seseorang hadir dalam hidupnya!”
“Aku tak faham maksud kau?”
“ Sebenarnya ada perempuan lain yang telah lama hadir dalam hidup Luqman, 15 tahun dia menunggu gadis itu dan sampai saat ini dia masih lagi menunggu!” kata Helyna.
“ Apa yang kau cakap ni?...berbelit-belitlah” Nina makin bingung.
“ Nina, Luqman dah tahu di mana gadis yang dia tunggu selama ini berada. Aku rasa mungkin dia dah jumpa pun dengan gadis tu!” kata Helyna.
“ Lyna, apa semua ni?”
Helyna menarik nafas seketika. Sukarnya untuk dia jelaskan semua ini. Entah kenapa hatinya mula rasa sebak.
“ Sebenarnya aku dah mula sayangkan Luqman tapi perasaan itu terpaksa aku pendamkan bila dia bagi tahu aku yang selama ini dia menunggu seseorang. 15 tahun dia menunggu gadis itu dan sekarang baru dia tahu di mana gadis itu berada. Aku tergamam bila dia beritahu hal tu. Aku terpaksa bagi dia harapan walaupun hati aku mula terluka. Belum pun sempat aku luahkan perasaan aku…dia terlebih dahulu menceritakan hal itu. Aku simpati dengan dia, Lyna. Aku pun tak sangka yang dia sanggup menunggu gadis pujaannya itu hingga berbelas-belas tahun!” akhirnya Helyna menceritakan hal yang berlaku sebenarnya antara dia dan Luqman.
Nina terdiam. Sukar untuk dia menerima cerita itu.  Dia sendiri tak menyangka begitu teguh pendirian dan cinta Luqman terhadap gadis itu. Tapi bagaimana pula dengan hubungan Lyna dan Luqman selepas ini.
“ Habis tu…bagaimana dengan pertunangan korang berdua?” Nina mula simpati. Baru sahaja Helyna ingin membuka peluang, tapi terpaksa di kuburkannya.
“ Entahlah…aku pun tak tahu apa nak cakap! Aku sebenarnya nak kenal juga rupa gadis yang menjadi pujaan Luqman tu. Dia sendiri pun pernah janji nak kenalkan aku dengan gadis tu. Aku rasa aku kena terima hakikat yang mungkin jodoh aku bukan dengan dia…aku tak nak pentingkan diri sendiri!” kata Helyna.
“ Lyna, jangan cepat berputus asa. Kalau pun betul Luqman tu dah jumpa dengan gadis pujaannya tu…belum tentu mereka boleh bersama, mana tahu gadis tu dah berpunya atau gadis tu tak sukakan Luqman. Kalau gadis tu sukakan Luqman, kenapa dari dulu dia tidak menerimanya! Aku rasa…kau jangan cepat buat keputusan. Jumpa dulu dengan Luqman dan tanyakan hal ni. Luqman tu lelaki yang baik, kacak pulak tu…kalau aku…dah lama aku terima dia…tapi kau aje yang buat tak layan. Bila kau dah mula nak terima …ni pulak yang jadi…!” Nina mengeleng kepala.


LUQMAN merenung bangunan dari tingkap 15. Sesekali dia melepaskan keluhan panjang.  Sudah 3 hari 3 malam dia cuba mencari jalan penyelesaian bagaimana mahu berhadapan dengan Helyna nanti. Adakah Helyna masih sudi menerimanya jika dia menjelaskan perkara yang sebenarnya. 15 tahu dia menunggu kemunculan Sarah, masakan dia membiarkan perkara itu berlalu begitu saja. Hal ini belum diceritakan kepada sesiapa pun. Kalau boleh dia mahu menyelesaikan sendiri tanpa campurtangan dari mana-mana pihak.
Tidak seorang pun yang tahu apa yang sedang bermain dalam di fikirannya. Dia cuba bersikap setenang yang mungkin agar masalah yang sedang dihadapinya tidak di hidu oleh sesiapa. Bagaimana penerimaan orangtuanya nanti kalau mereka tahu hal ini. Beria-ria mereka mahu bermenantukan Helyna demi mengukuhkan ikatan persahabatan tapi mungkinkah hasrat dan impian orangtuanya akan tercapai nanti?
Bibir Luqman tiba-tiba mengorak senyum. Kenangan di alam sekolah dulu kembali bermain di matanya. Ah! Indahnya saat itu. Kalaulah masa boleh diundurkan kembali, pasti semua ini tak akan terjadi.
“ Sarah!...saya betul-betul rindukan awak. Saya dah tak sabar nak jumpa awak dan nak beritahu awak yang selama ini …saya sedang menunggu awak! Tahukah awak…betapa gembiranya saya bila saya dapat tahu di mana awak berada sekarang!” Luqman tersenyum. Bahagia rasanya kalau apa yang dia impikan selama ini akan terlaksana. Dia mula terbayangkan wajah Sarah yang comel.
Tapi….ada sesuatu yang perlu aku uruskan!
Luqman mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja.
“ Assalamualaikum. Lyna, boleh kita jumpa?....I nak selesaikan masalah kita. Ok. I jemput you malam nanti jam 8.30. …I`m ok. Thanks….bye!” Luqman menggenggam erat telefonnya sambil menarik nafas panjang.

2 comments:

  1. ok.... kalau luqman dah jumpa sarah dan ingin menyambung mana2 part yg terputus, biarkanlah.... putuskan saja pertunangan dgn helyna....

    helyna pulak, pls move on.... sedih kejap, grieve kejap, then cari laki2 lain... senang....

    ReplyDelete
  2. kesian Helyna, baru nak luahkan perasaan tapi Luqman dan jumpa balik orang yang di tunggun nyerrr... ape2 pun semoga Helyna tabah yup :((

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...