Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 3 November 2012

Di penghujung Rindu 14





Bab 14

S
ARAH termenung di tingkap pejabatnya. Saat ini hatinya benar-benar diulit resah dan gelisah. Setelah  memikirkan baik buruknya tindakan yang akan di terima nanti, dia terus mencapai kunci kereta dan beg tangannya. Langkahnya berhenti di hadapan meja  Marina.
“ Pn. Sarah…ada apa?” soal Marina agak tergamam melihat Sarah tiba-tiba keluar dari biliknya dan terus mendapatkannya dalam keadaan tergesa-gesa.
“ Saya keluar kejap…ada hal yang perlu saya uruskan…kalau ada apa-apa hal yang terlalu penting, baru awak contact saya!” Sarah membuka mulut dan Marina hanya sekadar mengangguk perlahan.
Sarah terus menaiki kereta yang baru dibelinya, kereta Peugeot RCZ berwarna hitam. Buat masa sekarang, hatinya berat mengatakan yang Hafiz kini berada di rumah dan kerana itu juga dia mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. Memang betul tekaannya bila kereta Honda s2000 milik Hafiz tersadai di porch. Sarah segera memakirkan keretanya di luar pagar, sengaja keretanya di parkir di situ.
Panas sungguh hati Sarah mengingatkan sikap Hafiz itu, selalu saja mengabaikan tugas yang diamanahkan untuknya walaupun kerja itu amat penting untuk pestasi syarikat. Ada ketikanya dia terlalu komited dengan kerja,  pening kepala Sarah memikirkan sikap Hafiz yang selalu membuat apa saja mengikut kehendaknya tanpa mempedulikan orang lain. Masuk hari ini sudah 2 hari lelaki itu tidak masuk kerja, entah ke mana dia melencong kerana setahu Sarah lelaki itu tiada urusan di luar. Semalam,  dia cuba menghubungi Hafiz beberapa kali tetapi tiada jawapan dan Sarah cukup yakin yang lelaki itu sengaja tidak mahu menerima panggilannya. Tengok saja hari ini, sepatutnya Hafiz di tugaskan untuk membentangkan kertas kerja berkaitan dengan usahasama SR Holdings dgn Nirwana Groups, iaitu syarikat milik Datuk Daniel. Nasib baik Syazwan dapat membentangkannya dengan baik, itu pun awal-awal dia meminta Syazwan turut serta dalam projek yang diuruskan oleh Hafiz sebelum ini. Kalau tidak,  tak tahu mana dia nak letak muka bila bertembung dengan Datuk Daniel selepas ini. Kesian papa kalau dia tahu sikap Hafiz yang sebenar. Tentu papa kecewa kerana anak yang bakal mewarisi syarikat itu tidak mahu menguruskannya dengan baik.
Sarah membuka pintu rumah dengan kunci yang baru dikeluarkan dari beg tangannya.  Sebaik sahaja kakinya melangkah beberapa langkah, nafasnya seakan terhenti. Siapa sangka dia dapat melihat drama yang sedang ditayangkan kini.
“ Abang Hafiz!...apa yang sedang abang Hafiz buat ni?” sergah Sarah selepas beristighfar panjang. Tak sanggup rasanya hendak terus melihat perlakuan sumbang Hafiz itu. Apa tidaknya, Hafiz sedang berpelukan dengan seorang gadis di atas kerusi di ruang tamu. Amat memalukan.
Gadis yang sedang berpelukan dengan Hafiz  segera mengalihkan tubuhnya dan membetulkan baju dan rambutnya. Dan Hafiz pula, nampak begitu santai menyandarkan tubuh di kerusi seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum matanya tajam merenung wajah Sarah yang tetap berdiri kaku di situ. Nasib baik kakinya masih kuat untuk berdiri walaupun dia akui tubuhnya terasa begitu lemah.
What`s going on?” tanya Sarah dengan rasa sebak. Sedih hatinya mengenangkan apa yang sedang dilakukan oleh Hafiz ketika itu. Lelaki yang telah menjadikan dia isteri yang begitu malang.
“ Buat apa kau nak tanya lagi kalau kau sendiri telah melihat apa yang berlaku!....betulkan sayang!” balas Hafiz sambil berbalas pandang dengan gadis yang berskirt pendek itu. Gadis itu hanya tersenyum, namun wajahnya terselit rasa bersalah kerana menyedari apa yang sedang dilakukannya adalah salah.
Sarah melangkah menghampiri Hafiz. Lama dia memandang wajah Hafiz dan gadis yang duduk di sebelah Hafiz itu silih berganti.
“ Abang Hafiz tak maluke buat kerja macam ni?” soal Sarah sedikit tegas.
Hafiz tiba-tiba melepas tawa, mungkin rasa lucu dengan pertanyaan Sarah itu. Dia memandang sekilas gadis di sebelah, gadis itu hanya tertunduk. Sepertinya dia tak sanggup untuk bertentang mata dengan Sarah yang ternyata cukup serius bertanyakan hal itu.
“ Malu?....  buat apa nak malu! lagi pun bukan aku seorang yang buat kerja macam ni…hanya kau yang tak nampak….  apa yang aku buat bukannya teruk mana pun, hanya sekadar berpelukan aje… tak lebih dari itu!” balas Hafiz dengan rasa tidak bersalah membuatkan Sarah mendengus kasar.
“ Kita ni orang Islam…. berpelukan dengan perempuan yang bukan mahram tu kan tidak baik…berdosa dan Allah memang tak suka hambanya berbuat maksiat.  Abang Hafiz sepatutnya rasa malu dengan Allah!” kata Sarah dengan rasa kecewa. Kecewa mengenangkan prinsip dan sikap Hafiz yang tidak pernah berubah sejak dari dulu.  Bukan mama dan papa tak pernah menegur, tapi Hafiz yang tak mahu mendengar teguran orangtuanya.
Hafiz memeluk gadis yang berada di sebelahnya makin erat sambil tersenyum memandang wajah Sarah yang nyata tidak berpuashati dengan perbuatan Hafiz itu.
“ Abang Hafiz tahu tak berapa kesalahan yang  telah abang Hafiz lakukan?” tanya Sarah merenung tajam wajah Hafiz yang sepertinya tidak berminat untuk berbicara dengan Sarah.
“ Entah!” jawabnya sambil mengangkat bahu membuatkan Sarah menarik nafas panjang. Cuba bersikap setenang yang boleh walaupun hatinya panas mendidih. Sabar ajelah!
“ Dah 2 hari abang Hafiz tak datang kerja tanpa bersebab, projek yang abang Hafiz uruskan juga tak siap… semua ini satu bebanan buat Sarah  dan juga menyusahkan orang lain…abang Hafiz sepatutnya bertanggungjawan dengan kerja abang Hafiz, tolong jangan membebankan orang lain kerana mereka juga ada tugas masing-masing. Apa nak jadi dengan abang Hafiz ni?....bila nak berubah?” Sarah mula berleter. Geram sungguh dengan sikap Hafiz yang berpura-pura tidak bersalah tu. Kalau dia boleh cekik leher lelaki itu, pasti akan dilakukannya dengan segera.
“ Kau peduli apa?...dasar perempuan tak malu, anak haram, anak luar nikah….mungkin juga kau ni anak pelacur yang tak tahu asal usulnya!” Hafiz sudah bangun dan berdiri betul-betul di hadapan Sarah dengan wajah bongkak. Sarah yang tak dapat membendung rasa marah dan kecewa dengan kata-kata yang cukup menghiriskan hati tanpa sedar telah mengangkat tangan tapi sempat di tahan oleh Hafiz dengan mencengkam kuat tangannya membuatkan Sarah mengerut kesakitan.
“ Berapa kali aku mesti cakap….jangan sesekali kau cuba nak mengangkat tangan kau ke muka aku, kau tak layak. Hanya tiga orang sahaja yang layak mengangkat tangannya ke muka aku….mama, papa dan wanita yang paling aku sayang, cinta dan sanjung….Faham!” sergah Hafiz membuatkan Sarah terdiam sebelum Hafiz melepaskan pegangan tangannya dan kembali duduk di kerusi sambil mendengus kasar. Gadis yang berada di situ hanya memandang dengan mata terkebil-kebil, takut untuk mencelah dan masuk campur.
Sarah memejam mata seketika cuba bertenang. Tak ada gunanya kalau dia terus berkeras kerana sekiranya dia berkeras, belum tentu dia yang akan menang.
“ Memang Sarah tak layak untuk menampar muka abang Hafiz tapi tolong jangan sesekali hina keturunan Sarah. Abang Hafiz patut tahu bahawa wujudnya Sarah ke dunia ini kerana adanya manusia yang bersikap seperti abang Hafiz, yang tidak tahu menghargai hati seorang perempuan” Kata Sarah dengan rasa sebak. Dia cuba bersikap setenang yang boleh dan menahan air matanya agar tidak jatuh di hadapan lelaki itu.
“ Syukurlah kerana abang Hafiz lahir dengan segala kebaikan dan kemewahan orang tua sampaikan abang Hafiz lupa kedaifan orang lain. Abang Hafiz gunakan kelebihan yang ada pada abang Hafiz untuk mempermainkan perasaan perempuan bodoh seperti perempuan ni….!” Sarah memandang gadis yang berada di situ. Gadis itu tertunduk.
“ Abang Hafiz pandai menaburkan janji semata-mata mahu memuaskan nafsu. Kalau abang Hafiz teringin sangat nak puaskan nafsu, bukan begini caranya. Kita ni hidup berlandaskan agama Islam, bukan berlandaskan nafsu serakah. Jangan jadikan diri abang Hafiz ni sebagai pengikut syaitan…bawalah mengucap, semoga pintu taubat masih terbuka untuk abang Hafiz!”
Nasihat yang diberikan oleh Sarah membuatkan Hafiz betul-betul tegang kerana menganggap tuduhan itu adalah tidak benar. Walaupun pergaulannya bebas, tapi dia masih lagi tahu hukum halal dan haram. Belum sekali pun dia merosakkan perempuan yang haram hubungan dengannya. Mereka hanya sekadar teman untuk berseronok pada zahir sahaja. Tuduhan Sarah itu terlalu berat untuk dia terima. Akhirnya tangan kasar Hafiz telah singgah ke pipi Sarah tanpa dapat di tahan, cukup kuat menyebabkan Sarah terus rebah. Cermin mata yang dipakainya tertanggal. Darah pekat mula mengalir keluar dari bibirnya dan hidungnya. Gadis yang bersama Hafiz tadi segera berlari keluar tergopoh-gapah. Mungkin tak sanggup melihat kejadian itu atau pun dia tidak mahu dilibatkan sama dengan kejadian itu.
“ Ingat, jangan sesekali melampaui batas….buruk akibatnya!” ugut Hafiz kasar sambil merenung tajam wajah Sarah yang sedang rebah di lantai.
“ Abang Hafiz adalah lelaki yang paling teruk pernah Sarah jumpa dalam hidup Sarah….kalau abang Hafiz mahu memuaskan nafsu abang Hafiz, kawin saja dengan mana-mana perempuan  abang Hafiz suka dengan syarat ceraikan Sarah!” Kata Sarah menggagahi diri untuk bangun dan bersemuka dengan Hafiz.
Hafiz ketawa kuat.
“ Walaupun kita dah bercerai nanti, jangan ingat Sarah akan serahkan tanggungjawab menguruskan SR Holdings tu pada abang Hafiz. Sarah tak nak hasil usaha papa lingkup gara-gara perbuatan abang Hafiz nanti!” Sarah memberi peringatan tegas.
“ Sarah…dengar sini! aku tak akan ceraikan kau semudah itu. Aku mahu kau menderita hingga kau benar-benar mengalah dan sekali gus syarikat itu akan menjadi milik aku yang mutlak, faham!”  kata Hafiz sambil mencengkam wajah Sarah. Sorotan matanya begitu tajam membuatkan Sarah benar-benar takut.
            Hafiz kemudiannya berlalu selepas menghadiahkan sebuah senyuman tanda kepuasan kerana dapat menyakiti hati Sarah. Perasaan Sarah makin terluka bila Hafiz dengan sengaja memijak cermin mata Sarah yang tertanggal semasa dia menampar Sarah tadi.  Sarah segera mengambil cermin matanya yang patah itu. Hatinya benar-benar hiba dan tanpa ditahan air matanya terus laju mengalir keluar tanpa dapat ditahan lagi.



SELEPAS    kejadian itu, Sarah menghilangkan diri. Itu bermakna Sarah tidak berada di rumah orangtua Hafiz, mahu pun di rumah Hafiz. Hafiz hanya buat pekak badak walaupun orangtuanya sudah bising mengalahkan murai tercabut ekor. Masuk hari ini sudah 3 hari Sarah tidak pulang ke rumah dan juga tidak pergi ke pejabat.
“ Hafiz, cuba beritahu mama….apa yang telah berlaku sebenarnya? mama tahu ada perkara yang tidak kena dengan hubungan Sarah dan Hafiz!” Datin Ruzaini terus mendapatkan Hafiz sebaik sahaja muka Hafiz muncul di rumah orangtuanya.
“ Tak ada apa-apalah mama…agaknya dia pergi bercuti, lupa nak bagi tahu kita agaknya!” jawab Hafiz selamba sambil melabuhkan punggungnya di kerusi. Namun secara tak langsung hatinya turut risau.  Terfikir juga di manakah Sarah berada sekarang. Risau kalau ada apa-apa perkara yang tidak diingin berlaku pada gadis itu yang telah merangkap sebagai isterinya yang sah.
“ Fiz… Mama kenal Sarah….mama tahu ada benda yang tak kena berlaku di sini…ceritakan pada mama….dah 3 hari dia tak balik rumah, telefon pun tidak. Mama betul-betul risau ni!” kata Datin Ruzaini.
“ Hafiz tak tahu…betul-betul tak tahu…!” balas Hafiz sambil mengeluh panjang.
“ Betul ni?...kalau mama tahu semua ini berpunca dari Fiz….siaplah Fiz…” kata Datin Ruzaini sambil mendengus kasar.
Hafiz mengetap bibir. Dia memandang sekilas wajah mamanya yang gusar memikirkan ke manakah menghilangnya Sarah. Dia juga turut tertanya-tanya.
“ Datin…ada panggilan telefon untuk Datin” tiba-tiba Salmah muncul di ruang rehat.
“ Siapa?” tanya Datin Ruzaini.
“ Sarah!” beritahu Salmah membuatkan Datin Ruzaini terus bergegas mendapatkan ganggang telefon. Tak sabar mahu bercakap dengan Sarah.
“ Hello, Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam…mama”
“ Sarah…Sarah kat mana ni, sayang…mama betul-betul risau!” kata Datin Ruzaini.
“ Sarah ada hal mama….buat masa sekarang Sarah tak dapat balik!” beritahu Sarah.
“ Sarah…beritahu mama sayang…apa sebenarnya yang berlaku?....ini tentunya ada kaitan dengan Hafiz kan?”
Sarah diam. Kedengaran dia menarik nafas panjang.
“ Betulkan sangkaan mama!” kata Datin Ruzaini. Serentak itu juga dia sempat mengerling ke arah Hafiz yang pastinya turut mendengar perbualannya itu.
“ Sarah terpaksa letak telefon sekarang sebab Sarah ada hal…tapi percayalah ma…Sarah sihat, InsyaAllah, esok atau lusa Sarah akan balik ya!”
“ Hm…mama akan tunggu…jangan lupa hubungi mama lagi dan kalau mama hubungi Sarah, jangan tak angkat pula!”
“ Ok lah. Ma…Assalamualaikum!” talian di putuskan.
Datin Ruzaini melangkah menghampiri Hafiz, anaknya itu segera membetulkan duduknya.
“ Ma, Sarah tak apa-apa kan?” tanya Hafiz sebelum sempat mamanya berlabuh.
“ Hmm…tapi mama tetap yakin yang semua ini ada kaitan dengan Hafiz…. sebelum ini pun Sarah pernah bertindak begini tapi tak adalah sampai lama macam ni!” Datin Ruzaini mengeluh perlahan. Wajahnya muram. Serba salah pulak Hafiz di buatnya.
“ Fiz...mama takut, suatu hari nanti dia akan pergi tinggalkan kita dan mama tak sanggup kehilangan Sarah….mama sayangkan dia, terlalu sayang!” Datin Ruzaini mengelap air mata yang mula bergenang.
Hafiz segera mengesot menghampiri mamanya. Segera tubuh mamanya yang tersesak-esak itu di peluk erat.


 SARAH menuju ke lobi hotel tempat dia menginap selepas mendaftar untuk keluar dari hotel itu.
“ Sarah, it`s you?” tiba-tiba seseorang datang  menegurnya.
Sarah diam, kaku di situ. Lama dia mengamati wajah lelaki yang telah menegurnya dengan ramah. Antara cam dan tidak kerana pandangannya kabur.
Still remember me?...I`m Zamani. We have met before…remember?” lelaki itu memperkenalkan diri apabila dilihatnya Sarah dalam keadaan serba salah.
Sarah membetulkan beg tangannya.
I`m sorry…I tak berapa cam muka you tadi. I ni ada masalah sikit kalau nak mengecam seseorang, tambahan pula bila tak pakai cermin mata!” akui Sarah cuba menghadiahkan senyuman.
I see….you tak pakai cermin mata kali ini tapi  serius  I akui yang you nampak lebih cantik tanpa memakainya!” Zamani meneliti wajah Sarah. Tambah jelas mata birunya, begitu sesuai dengan wajah dan penampilan Sarah.
It was broken a few days ago… I tak sempat nak buat yang baru!” beritahu Sarah dengan rasa serba salah, nasib baik bengkak di bibirnya sudah surut. Itu juga satu factor utama kenapa dia tidak pulang ke rumah. Pasti mamanya akan bersoal jawab dan dia tidak mahu Hafiz di marahi oleh orangtuanya kerana kejadian itu. Cukuplah apa yang telah berlaku hanya dia dan Hafiz yang mengetahuinya.
So, you buat apa kat sini?” tanya Zamani mengubah tajuk perbualan. Hairan melihat Sarah sedang menjinjing sebuah beg pakaian.
“ Er…I ada hal….you pula buat apa kat sini?” Sarah segera mengalih tajuk perbualan.
“ I ada discuss dengan member tadi… kami akan buat fashion show kat hotel ni hujung bulan nanti. Nanti I akan hantar kad jemputan untuk you dan I harap you boleh datang!”
“ Hmm…kalau tak apa-apa hal…InsyaAllah, I akan datang!”
“ You nak ke mana ni?”
Zamani sekali lagi menatap wajah Sarah. Dia tersenyum. Benar-benar terpesona dengan gadis yang sedang berdiri di hadapannya. Sarah yang mula rasa kurang senang dengan renungan itu sudah merencanakan untuk segera beredar dari situ.
“ I rasa I terpaksa pergi sekarang…nanti jumpa lagi ya!” Sarah sudah mengambil beg yang tadinya diletak di tepi kakinya.
Wait!” Zamani segera menegah Sarah dari terus melangkah pergi.  Bagi Zamani ini adalah peluang yang terbaik untuknya mengenali gadis itu.
“ Ada apa lagi?” tanya Sarah cuba memaniskan muka. Risau juga bila dia di tegah dari terus berlalu.  Bimbang apa yang bakal dilakukan oleh lelaki itu. Dia tidak kenal lelaki itu dan seharusnya dia bersikap waspada.
“ Boleh I ikut?” Zamani menawarkan diri membuatkan mulut Sarah terlopong. Benar-benar terkejut. Dalam hati mula merungut dengan sikap lelaki itu. Baru dua kali saja bertemu, sudah buat perangai.
Look…. kita baru aje kenal tapi nampaknya you ni membuatkan I rasa menyampah. I memang pantang kalau setiap gerak-geri I di ambil peduli apa lagi oleh lelaki yang memang I tak kenal. I harap you faham!” Sarah meluahkan rasa marah. Dia sepertinya sudah hilang pertimbangan untuk terus berhadapan dengan lelaki itu.
Zamani hanya ketawa mendengar kata-kata Sarah seolah-olah tidak ambil peduli. Ah! lelaki.
“ Nampaknya makin you marah….wajah you nampak bertambah menarik. Tak pernah I jumpa gadis seperti you yang cepat aje melenting tanpa mengetahui apa yang sebenarnya!” kata Zamani.
“ Maaf…I cuba protect diri I dari lelaki yang cuba mahu mengambil kesempatan!” dengus Sarah membuatkan Zamani hanya tersenyum sebelum ketawa kecil.
“ Untuk pengetahuan you….I dah kenal ramai gadis sebelum ini tapi inilah kali pertama I respect pada seseorang…you tegas dan I suka sikap yang ada pada you!” kata Zamani selepas  menghabiskan sisa tawa. Sarah mengerut dahi. Hairan dengan sikap lelaki itu.
“ Ok…I minta maaf. Sejak dua tiga hari ni fikiran I tak tenang. Sekali lagi I minta maaf kalau I telah menyinggung perasaan you!” kata Sarah dan cuba menghadiahkan senyuman. Tanpa menunggu lama senyumannya segera dibalas.
So….boleh kita kawan…I ikhlas nak kawan dengan you!” Zamani menghulurkan tangannya untuk bersalam.
Pada mulanya Sarah teragak-agak untuk menerima salam persahabatan itu tapi melihat wajah lelaki itu, dia menghulur tangan. Menyambut salam lelaki itu.
“ I nak tanya you sekali lagi…you nak pergi mana sebenarnya ni?” tanya Zamani merenung wajah Sarah.
“ I nak pergi buat cermin mata baru. I tak boleh nak teruskan kerja harian I tanpanya!” beritahu Sarah mengenai hajatnya yang sebenar. Zamani nampak termenung seketika.
“I boleh temankan you ke kedai cermin mata kat area sini. I ada kawan yang buka kedai cermin mata…mungkin dia boleh bagi diskaun kat you!” ujar Zamani.
Sarah mengangguk. Tanpa membuang masa mereka terus menuju ke kedai cermin mata yang berdekatan dengan hotel itu.
“ Sarah, I rasa you nampak lebih cantik tanpa pakai cermin mata…I suggest you pakai contanct lense aje…tak payah yang ada warna sebab mata you dah cukup cantik dengan biru asli!”  kata Zamani bila melihat Sarah meneliti beberapa bingkai yang dipamerkan di kedai itu setelah membuat pemeriksaan mata.
“ Tapi En. Zamani…I dah biasa pakai cermin mata sejak kecil, nanti rasa kekok pulak!” balas Sarah, menolak saranan Zamani.
“ You akan biasa nanti, percayalah cakap I!” pujuk Zamani.
Akhirnya Sarah menerima cadangan Zamani  setelah mempertimbangkannya, tambahan pula teman Zamani yang merupakan pemilik kedai itu turut menyokong.
“ Pasti ramai jejaka di luar sana akan terpegun dengan you!” usik Zamani.
“ You ni, suka usik I lah En. Zamani!” balas Sarah yang segan menerima pujian itu.
Don`t call me En. Zamani…just Zam. Simple and friendly…” Zamani menyampuk. Kawan Zamani yang lebih dikenali dengan nama Darwis itu hanya tersenyum.
“ Sementara nak tunggu contact lense you tu siap…I nak ajak you ke suatu tempat, boleh?” Zamani bersuara.
“ Tempat apa tu?...you nak kenakan I ke?” Sarah mula ragu-ragu.
I am a good guy…tak percaya tanya Darwis”  Darwis hanya mengangguk sambil tersenyum selepas mengarahkan pekerjanya menyiapkan tempahan Sarah.
“I dah lama kenal dengan Zam…and he`s professional….” ujar Darwis.
“ Ok…you nak ajak I pergi mana?” tanya Sarah.
“ Tempat kerja I… tak jauh dari sini…kalau you tak nampak…I boleh pimpin tangan you!” kata Zamani berseloroh.
“ Dahsyatlah you ni….I belum buta lagi…cuma rabun sikit aje!” mereka tergelak sama-sama.
Sarah mengikut langkah Zamani hingga ke satu tempat yang asing baginya setelah masuk ke dalam bangunan di tingkat dua. Ramai gadis sedang berlatih untuk memperagakan pakaian. Beberapa orang model lelaki sempat melemparkan senyuman sebaik sahaja Sarah dan Zamani masuk ke tempat itu.
“ Model baru ke?....cun!” terdengar salah seorang model lelaki berbicara sesama sendiri tapi sempat didengar oleh Sarah. Sarah tahu mata mereka turut memerhati setiap langkah Sarah yang beriringan bersama Zamani itu.
Welcome to Zam Modelling Agency…please meet my lovely wife, Fiona!” Zamani segera memperkenalkan kepada Sarah seorang perempuan cantik setelah mereka masuk ke dalam sebuah bilik yang dijadikan pejabat untuk semua urusan.
“ Sarah!”
Sarah memperkenalkan diri pada perempuan yang kelihatan anggun dan cantik itu. Memang isteri Zamani cantik, putih dan menarik. Mungkin juga perempuan itu adalah kacukan kerana tiada ciri-ciri melayu tulen. Amat berbeza dengan Zamani yang berkulit sawo matang. Mungkin inilah dikatakan jodoh mereka.
Nice to meet you!” Fiona menghulurkan tangan dan segera disambut oleh Sarah.
She is one of my top model before I marry her 5 years ago…and now, she is my assistance!” beritahu Zamani.
“ Kadang-kadang I pun teringin nak beraksi di pentas tapi my hubby tak bagi!” Fiona menambah sambil merapatkan tubuhnya di sisi Zamani dan suaminya itu terus memeluk bahunya erat.
“ Macamana abang jumpa dengan Sarah…abang tak pernah bagitahu  Fi pun!” Fiona memandang Zamani yang masih kejap memeluk tubuhnya.
“ Ya ke?...Fi lupa agaknya, sebelum ni kan abang ada bagi tahu yang abang jumpa dengan gadis mat saleh yang pandai bercakap melayu… dan mungkin akan muncul sebagai top model untuk agensi kita ni …tadi pun abang jumpa Sarah secara tak sengaja lepas abang jumpa dengan Datin Sofea untuk bincang pasal fashion show kita tu!”
Fiona meneliti penampilan Sarah yang nampak ringkas, hanya mengenakan seluar warna gelap dan kemeja putih. Dia mengangguk perlahan membuatkan Sarah tiba-tiba rasa tak selesa.
Wait a minute….nampaknya you berdua ni dah salah faham tentang diri I. I datang sini atas pelawaan Zam, itu aje dan I tak terfikir langsung untuk terlibat dalam bidang ini!” Sarah cuba membetulkan tanggapan pasangan suami isteri itu.
“ Kami tak berniat untuk memaksa you terlibat dalam bidang ni tapi setidak-tidak you boleh jadikan bidang ni sebagai hobi untuk mengisi masa lapang you! sayanglah kalau you lepaskan peluang ni sebab bagi I , you ada package!” jelas Fiona yang agak kecewa dengan penolakan Sarah kerana baginya Sarah mempunyai personaliti yang hebat.
“ Kebanyakan gadis hari ini boleh mengejar kemewahan dengan hanya berbekalkan rupa paras. Kenapa you nak menolak tuah?... I percaya you akan jadi terkenal!” kata Fiona lagi.
“ I dah ada kehidupan yang sempurna dan terjamin untuk masa depan I. I tak berminat untuk menceburkan diri dalam bidang ni… you boleh bagi peluang tu untuk mereka yang berminat!” kata Sarah dengan harapan Fiona tidak akan memujuk dan mendesaknya lagi.
Seorang pekerja datang dengan membawa sehelai gaun pengantin berwarna putih. Amat cantik potongan dan kainnya.
“ Letak aje kat atas sofa tu…nanti I check” kata Fiona memberi arahan.
Sarah menyentuh perlahan baju pengantin yang baru diletakkan di atas sofa. Entah kenapa dia benar-benar rasa tertarik dengan gaun pengantin itu. Saat itu juga dia terkenangkan majlis perkahwinannya. Dia juga menginginkan majlis perkahwinan yang meriah tapi bila mengenangkan perjanjiannya dengan Hafiz membuatkan apa yang diimpikan itu terus terkubur. Dia hanya mengenakan pakaian pengantin yang cukup simple, itu pun hanya satu persalinan sahaja walaupun mama pernah menyarankan dia menempah beberapa pasang baju pengantin. Ini semua Hafiz punya pasal!
“ Sarah!” terpingga-pingga Sarah dibuatnya sebaik saja namanya dipanggil oleh Fiona.
Are you dreaming?” Fiona tergelak kecil. Lucu agaknya melihat wajah Sarah yang terpingga-pingga sambil menyentuh gaun pengantin itu.
Sorry, I cuba tertarik dengan gaun ni….cantik! mungkin harganya juga mahalkan!” kata Sarah.
“ Gaun tu baru aje siap dan akan dipamerkan tak lama lagi…pasal harganya!...I rasa cukup berbaloi” terlopong mulut Sarah bila Fiona mula menyebut harga gaun itu.
“ You nak cuba pakaike?...” Fiona tiba-tiba bertanya bila merasakan Sarah kelihatan begitu berminat dengan gaun itu.
No thanks….I tak berani nak cuba!” Sarah menolak.
“ Apa salahnya, gaun pengantin ini memang untuk pertunjukan sebelum dipamerkan di butik . I ada share dengan member untuk buka butik pengantin setahun yang lepas dan sekarang kami sedang bergiat untuk mempromosikannya!” beritahu Fiona.
Sarah memandang wajah Zamani yang banyak mendiamkan diri. Lelaki itu ternyata bersetuju dengan saranan isterinya supaya Sarah mencuba gaun pengantin itu.
“ Ok…. I akan cuba!” akhirnya Sarah akur.
Pasangan itu segera tersenyum lebar. Gembira kerana Sarah telah bersetuju untuk mencubanya. Dengan hanya sedikit sentuhan dan dandanan dari pakar membuatkan Sarah kelihatan begitu berbeza. Dia sendiri terpegun sebaik sahaja berdiri di hadapan cermin. Rata-rata mereka yang melihatnya terus memuji.
“ You all ni janganlah terlalu memuji I…segan I!” kata Sarah. Memang segan rasanya bila semua orang asyik berterusan memandangnya.
Jack, come here…please!” Zamani memanggil seorang lelaki cina yang berdiri tidak jauh dari situ.
What?” tanya Jack.
“ I nak you ambil gambar Sarah sekarang!” arah Zamani sedikit tegas membuatkan Jack segera mengangguk kepala.
Ok…no problem…. ready for action!” kata Jack.
Tanpa berlengah Zamani mengarahkan seseorang supaya menyediakan tempat untuk Sarah berposing.
“ Zam, boleh I cakap dengan you sebentar!” Zamani segera menghampiri Sarah.
You want to say something?” tanya Zamani.
“ Zam, I rasa tak perlulah semua ni… I tak selesa, lagi pun I tak pandai nak berposingso, I rasa I tak perlu nak memenuhi permintaan you!” kata Sarah.
“ Jangan bimbang, kami ada pakar dalam bidang ni, you cuma ikut saja arahannya!” pujuk Zamani bila melihat kereesahan pada wajah Sarah.
“ Sayang…kenapa ni?” Fiona tiba-tiba menghampiri.
“ Sarah bimbang dia tak dapat memberikan pose yang terbaik nanti!” kata Zamani membuatkan Fiona tersenyum
“ Jangan bimbang….I akan bantu you!” Fiona menggenggam erat tangan Sarah yang mula sejuk akibat debaran yang begitu hebat.
“ I ada satu permintaan dan I harap you berdua dapat menunaikannya!” kata Sarah sambil menggenggam kedua tangannya.
“ Ok…we are listening!”
“ I bersedia untuk beraksi di depan kamera tapi I tak mahu gambar I didedahkan di mana-mana majalah, cukup sekadar simpanan untuk you berdua sebagai tanda perkenalan kita. I harap you berdua boleh memegang janji ini. Kalau tak…I tak akan beraksi!”
Syarat yang dikenakan oleh Sarah membuatkan Zamani dan Fiona saling berpandangan. Terpancar rasa hairan dan tetanya-tanya. Mereka keliru dengan permintaan itu tapi terpaksa akur dengan perminataan Sarah.
“ Boleh kami tahu kenapa?” soal Fiona.
“ Maaf…I tak boleh beritahu. Tapi I ada sebab tertentu….I harap you berdua faham!” kata Sarah.
“ Ok…I janji gambar you tak akan di cetak di mana-mana majalah, hanya sebagai koleksi untuk kami!” janji Fiona dengan rasa terkilan tapi janji itu sudah mampu membuat Sarah tersenyum.
“ Zam…our set is ready!” laung seseorang membuatkan perbualan mereka terus terhenti.
Zamani menganggkat ibu jarinya tanda sudah bersedia.
“ Sarah, take a breath and get ready!” ucap Fiona sebelum Sarah menuju ke tempat untuk bergambar.
Walaupun dada Sarah cukup berdebar, tapi dia cuba lakukan yang terbaik kerana itu merupakan pengalaman pertama baginya dan menjadi pengalaman yang tidak akan dilupakan.

1 comment:

  1. LA NAK LG LAMA TAU TUNGGU N3 DIA

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...