Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 28 November 2012

Antara aku dan dia 15


Bab 15

T
AN SRI HISYAM FIRDAUS sekeluarga mengunjungi rumah Datuk Badruddin atas permintaan lelaki itu. Sudah lama mereka tidak berkumpul bersama. Jadi, inilah peluang untuk mereka beramah mesra. Cuma, Helyna seorang yang tiada di situ waktu ini. Wajah Luqman terus bertukar muram sebaik sahaja di khabarkan berita itu sedangkan dia begitu rindukan wajah itu.
“ Helyna balik kampung,  jumpa dengan neneknya semalam. Entahlah…tiba-tiba aje dia nak balik!” Datin Naimah memberi jawapan sebaik saja Puan. Sri Emilly bertanyakan pasal Helyna.
“ Sebenarnya kami dah bagitahu dia yang kami nak jemput kau sekeluarga datang rumah hari ini, tapi Helyna dah janji awal-awal dengan neneknya nak balik kampung!” sambung Datuk Badruddin dengan rasa bersalah.
“ Tak mengapalah…kami boleh jumpa lain kali…kau sihat?” Tan Sri Hisham Firdaus bersuara.
“ Sihat, Alhamdulillah…jomlah, kita ke ruang tamu sementara menunggu hidangan di siapkan!” pelawa Datuk Badruddin.
Mereka terus menuju ke ruang tamu yang luas itu dan terus berbual mengenai pelbagai topic yang menarik. Sementara Luqman, Shafiq, Amanina dan Ariana berada di ruang rehat. Tidak mahu mencampuri perbualan orangtua mereka.
Selepas selesai makan tengahari, mereka sekali lagi berkumpul. Golongan veteran di ruang utama dan golongan muda di ruang rehat.
“ Abang Man dah tengok gambar kawin abang Syafiq dan kak Nina?” tanya Ariana ketika Luqman mencapai sebuah majalah yang terdapat di atas rak.
“ Belum. Kenapa?”  Luqman memandang wajah Ariana.
“ Kalau nak tengok, Yana boleh ambilkan!” pelawa Ariana.
“ Hmm…boleh jugak!”
“ Kalau macam tu…nanti Yana ambilkan!” Ariana segera berlalu.
Luqman memandang wajah Syafiq dan Nina yang hanya tersenyum sambil mengeleng kepala.
“ Yana…Yana….semua orang datang dia nak tunjuk. Macam dia pula yang kawin!” kata Shafiq.
Tidak lama kemudian, Ariana muncul semula dengan membawa dua album gambar. Segera di serahkan pada Luqman yang sedang menanti. Tanpa berlengah album gambar itu di buka dan di belek satu persatu. Kecoh mulut Ariana bercerita mengenai situasi yang berlaku dalam gambar tu.
“ Mulut tu…macam mak nenek…pot…pet…pot …pet…!” kata Nina.
“ Alah…orang nak tolong buat promosi….bukannya dapat apa-apa pun…!” Ariana mencebik.
“ Yana…ada panggilan telefon!” pembantu rumah muncul di ruang itu.
“ Ok…Yana pergi jawab panggilan!” Ariana segera berlalu.
“ Ha….nak pergi mana?”  tanya Syafiq bila Ariana muncul sambil tersenyum.
“ Keluar kejap!” balas Ariana sambil tersengih.
Dating la tu!” Syafiq menjeling ke arah Ariana.
“ Ya betul….10 markah untuk abang Fiq!” Ariana bersorak.
“ Jangan lama sangat…awak tu perempuan, anak dara lagi, jangan buat perangai tak senonoh…jangan nak malukan abah dan ibu!” pesan Syafiq.
“ Yana tahu. Jangan bimbang…I can take care of my self!” kata Ariana.
“ Yana pergi dulu. By, semua!” Ariana terus berlalu.
“ Fiq, berapa hari Helyna balik kampung?” tanya Luqman.
“ 3 hari. Esok baliklah. Kenapa?...rindu ya!” usik Shafiq sambil menaikan keningnya beberapa kali membuatkan Luqman mengukir senyum.
“ Luqman tak call Lyna ke?” Nina pula mencelah perbualan mereka.
Luqman membalas dengan gelengan. Matanya masih lagi menatap gambar-gambar perkahwinan dan bulan madu pasangan Syafiq dan Nina.
“ Man, kalau kau nak tengok gambar-gambar yang lain…ada dalam kabinet tu. Banyak lagi gambar keluarga…gambar-gambar lama pun ada sama!” Syafiq bersuara bila melihat Luqman menutup album gambar perkahwinannya.
Luqman terus mengambil beberapa buku album gambar dari dalam kabinet. Dia terus membelek dan melihat satu persatu. Mungkin dengan melihat gambar itu, dia dapat mengenali keluarga itu dengan lebih dekat.
“ Ini siapa?” Luqman menunjukkan gambar seorang lelaki yang sedang berada di sisi Helyna. Serta merta timbul rasa cemburu dan tidak senang di dadanya melihat kemesraan mereka walaupun hanya sekadar dalam gambar.
“ Itulah Shahrul!” beritahu Syafiq membuatkan Luqman terkedu.
“ Shahrul?” perlahan nama itu di sebutnya.
“ Ya…tentu Lyna ada cerita pasal Shahrul pada kau kan?” Syafiq merenung wajah Luqman yang sudah berubah tiba-tiba.
“ Ya!” jawab Luqman perlahan.
Lama gambar lelaki yang bernama Shahrul itu di tenung. Pada pengamatannya, lelaki itu nampak simple dan sederhana seperti yang di beritahu oleh Helyna. Berkulit sawa matang, amat berbeza sekali dengan warna kulit Helyna. Hubungan mereka tampak mesra. Lihat saja beberapa keping lagi gambar Helyna bersama Shahrul. Senyuman sentiasa meniti di bibir Helyna setiap kali gambarnya di ambil bersama Shahrul.
“ Shahrul memang lelaki yang bertuah!” tiba-tiba ayat itu terkeluar dari mulut Luqman tanpa di sedari membuatkan Syafiq dan Nina saling berpandangan.
“ Kau pun lelaki bertuah, Man. Aku yakin, Lyna akan bahagia di sisi kau!” ucap Syafiq sambil menepuk perlahan bahu Luqman sebagai memberi sokongan.
Luqman tersenyum. Tangannya mencapai album yang lain pula. Di belek perlahan sambil meneliti setiap gambar dalam album itu dan matanya tiba-tiba terpaku. Dadanya mula berdegup kencang. Perlahan-lahan air liur yang terkumpul di telannya sebelum dia menarik nafas dalam-dalam.


LUQMAN agak terkejut menerima kunjungan Helyna ketika dia sedang bersantai di halaman banglo mewah milik orangtuanya. Kebetulan Iskandar dan Adi baru saja pulang selepas hampir sejam mereka berbual di halaman itu.
“ Uncle dan auntie ada kat dalam?” tanya Helyna selepas memberi salam.
“ Ada. Masuklah…!” pelawa Luqman. Dia turut menemankan Helyna masuk ke dalam banglo itu.
Setelah mempersilakan Helyna duduk di ruang tamu, dia segera bergegas mendapatkan orangtuanya. Segera di khabarkan tentang kehadiran Helyna itu.
Parent I tengah solat Asar sekarang…nanti dia orang datang kejap lagi!” Luqman muncul semula di ruang tamu. Helyna hanya mengangguk perlahan sambil melempakan senyuman.
Mata Helyna melilau sekitar ruang itu. Tak tahu nak buat apa bila Luqman hanya mendiamkan diri. Dalam hati, Helyna hairan mengenangkan sikap Luqman itu. Dia sudah berubah, tidak bersikap mesra seperti selalu.
“ You apa khabar?” tanya Helyna sekadar berbasi. Tak tahu apa lagi yang nak di tanya dan itu sajalah ayat yang terfikir.
“ Baik…you?” Luqman memandang wajah Helyna seketika dan kembali menatap majalah  yang dipegangnya. Apa sangatlah yang menariknya dengan majalah yang berkisarkan motosikal itu. Dengus Helyna yang mula resah.
“ Baik” balas Helyna ringkas. Ingin sahaja dia pulang tapi memikirkan apa pula pandangan orangtua Luqman, terpaksalah di batalkan hajat itu.
“ Nenek you kat kampung, sihat!” Luqman menutup majalah yang di bacanya.
“ Sihat…dia kirim salam. Oh ya! Terlupa….ini buah-buahan yang nenek kirim!” hampir Helyna terlupa dengan plastic yang berada di kaki sofanya. Lalu dia menghulurkan plastic itu. Luqman segera menyambutnya dan mengucapkan terima kasih.
Tidak lama kemudian, pembantu rumah muncul dengan membawa dulang berisi minuman dan sepinggan kek.
“ Jemput minum!” pelawa pembantu rumah sebelum beredar.
“ Terima kasih!” ucap Helyna.
“ Minumlah!” pelawa Luqman bila Helyna hanya diam memerhati jus oren  yang ada di hadapannya.
“ Assalamualaikum!”
“ Waalaikumussalam!”
Helyna segera bangun menyambut kedatangan tuan rumah merangkap orangtua Luqman. Segera mereka bersalaman.
“ Maaf, lama Helyna tunggu!” kata Puan Sri Emilly sambil mengusap mesra bahu Helyna.
“ Tak adalah…Luqman ada temankan Lyna!” ujar Helyna sambil melirik ke arah Luqman yang agak terkejut mendengar kata-kata Helyna.
“ Lyna bawakan buah tangan dari kampung untuk mama dan papa!” Luqman mencelah sambil menunjukkan plastic yang di bawakan oleh Helyna tadi.
“ Ya….terima kasih banyak-banyak!” ucap Pn. Sri Emilly. Seronok melihat buah langsat, rambutan dan manggis yang berada dalam plastic tadi.
Mereka duduk semula di sofa.
“Macam mana dengan kerja sekarang?” tanya Tan Sri Hisyam Firdaus.
“ Em…okay. Biasalah….tapi tak lama lagi, sibuk lah sikit sebab musim exam!” kata Helyna.
 “ Auntie dapat tahu yang Lyna tinggal seorang diri sekarang. Risau pulak auntie!” kata Pn Sri Emilly.
“ Tak ada apa yang nak di risaukan auntie. Abang Fiq dan Ninakan ada di sebelah rumah tu aje…kadang-kadang Lyna balik tidur kat rumah abah. Minggu lepas Lyna dah keluarkan iklan untuk cari housemate!” kata Helyna.
Pn. Sri Emily memandang wajah suaminya sebelum memandang wajah Luqman yang dari radi asyik diam. Hanya matanya sahaja yang sesekali nampak ralit merenung wajah Helyna.
“ Apa kata kamu berdua ni kawin dalam masa terdekat ni. Mungkin 2 bulan dari sekarang. Tak adalah auntie risau!” kata-kata yang baru keluar dari mulut Pn. Sri Emilly membuatkan Luqman terbatuk-batuk. Sebaliknya Tan Sri Hisyam Firdaus sudah tersenyum. Helyna hanya tunduk menatap karpet.
“ Hmm….idea yang bagus. Papa setuju tu. Tapi elok juga kalau kamu berdua ni berbincang…ini tentang masa depan kamu berdua!” Tan Sri Hisyam Firdaus bersetuju dengan saranan isterinya.


LUQMAN, I tengok you nampak lain aje. You ada masalahke?” tanya Helyna sambil merenung wajah Luqman yang berada di hadapannya. Ketika ini mereka sedang menikmati makan tengahari di sebuah restoran.
“ Muka I ni nampak macam muka bermasalahke?” tanya Luqman sambil tangannya menunjukkan ke arah mukanya.
Helyna tersenyum. Lucu pula mengenangkan sikap Luqman.
“ Kalau I katakan ya…you nak buat apa?” Helyna bersuara. Sengaja ingin menduga lelaki itu. Sesungguhnya dia hairan dengan sikap Luqman sejak kebelakangan ini. Sudah agak berlainan. Dia banyak mendiamkan diri. Bukan macam sebelum ini. Ceria dan pandai mengambil hati.
“ Kalau ya…I buat don`t know aje!” jawab Luqman sambil mengeluh perlahan. Macam pasrah aje.
“ Luqman yang ada depan I sekarang ni bukan seperti Luqman yang ernah I kenal. You risau pasal hubungan kitake?” Helyna mula bimbang kiranya perubahan sikap Luqman adalah berpunca dari hubungan mereka.
“ Lyna!”
Helyna terus menatap wajah Luqman.
“ Ada perkara yang I nak cakapkan dengan you!” Luqman memandang wajah Helyna.
Helyna membalasnya. Namun, hatinya mula rasa berdebar. Entah apa yang bakal di sampaikan oleh Luqman nanti.
“ Ya, apa dia?” Helyna berpura-pura tenang.
“ Masa I sekolah dulu, I pernah sukakan seorang gadis. I betul-betul sukakan dia tapi sayang…dia tak pernah tahu apa yang I rasa. Dia tinggalkan I tanpa sebarang berita sedangkan I benar-benar harap yang I akan bertemu dengannya semula. Sampai sekarang….I masih menunggunya….”
Helyna tergamam. Luqman mengeluh perlahan.
“ Jadi…” Helyna sudah tidak sabar untuk mengetahui kisah itu.
“15 tahun I menunggunya…sehinggalah sekarang, I masih mengharapkan kemunculannya. Selama tempoh itu, I tak boleh terima mana-mana perempuan kerana hati I sentiasa teringatkan dia….sehinggalah I bertemu dengan you. Walaupun begitu, I masih lagi menunggu dia!” Luqman mengusap wajahnya.
Helyna hanya diam. Dia tetap terpegun mendengar apa yang baru disampaikan oleh Luqman itu. Begitu utuh perasaan Luqman terhadap gadis itu.
“ I tak sangka you sanggup menunggunya sehingga sekarang.  I kagum dengan you…tak pernah I jumpa lelaki secekal you yang sanggup menunggu sehingga berbelas-belas tahun tanpa ada kesudahannya. Tentu gadis itu begitu hebat sehingga lelaki yang boleh dikategorikan sebagai perfect man seperti you masih menunggunya. I percaya, dia pasti akan rasa terharu dan teruja bertemu dengan you nanti dan I doakan agar impian you akan tercapai!” kata Helyna.
“ Ya, gadis itu begitu istimewa dan hebat seperti mana perasaan yang pernah wujud dalam hati you buat Shahrul.!” Kata Luqman.
“ Mungkin….tapi keistimewaan mereka berbeza pastinya!” kata Helyna.
“ Ada beberapa kenangan yang tak mungkin I lupaka…dan kenangan itulah yang membuatkan I mampu bertahan untuk menunggunya sampai sekarang!” sanbung Luqman sambil membayangkan beberapa peristiwa yang mampu membuatkan dia tersenyum.
“ Jadi, bagaimana dengan pertunangan kita!...nak diteruskan atau di putuskan?....I tak pertunangan kita ini akan merosakkan kenangan dan penantian you selama ini!” kata Helyna.
“ I tak akan putuskan pertunangan kita kerana pertunangan kita juga adalah satu kenangan yang cukup indah dalam hidup I dan I nak ucapkan berbanyak terima kasih pada you kerana telah hadir dalam hidup I!” Luqman mencapai tangan Helyna dan digenggam seketika membuatkan Helyna benar-benar resah. Dia tunduk. Terasa malu dengan tindakan Luqman.
“ Lyna!” panggil Luqman lembut membuatkan Helyna terpaku menatap wajah Luqman. Lelaki itu mengorak senyum. Helyna tergamam. Dia menelan liur perlahan. Entah kenapa perasaan aneh muncul di saat ini. Perasaan yang sukar untuk dijelaskan.
“ Ada perkara penting yang I nak bagi tahu you dan perkara inilah yang membuatkan I resah!” kata Luqman serba salah.
Helyna diam terpaku. Hatinya yang terasa indah seketika tadi mula tergugat. Seolah-olah dia jadi takut untuk mendengar apa yang bakal di sampaikan oleh Luqman nanti.
“ Er…apa dia?...you buat I rasa takut!” Helyna pura-pura gelak. Sengaja menyembunyikan apa yang dirasa.
“I….er…erm….beberapa hari lepas I dapat tahu di manakah gadis yang I tunggu selama ini berada!” kata Luqman perlahan.
Helyna makin resah. Duduknya mula tak tenang. Kenapa rasa ini perlu ada di saat dia cuba menyemaikan benih sayang untuk lelaki itu. Nasihat dari nenek membuatkan dia terfikir untuk memberi pada dirinya menerima lelaki itu dalam hidupnya. Mungkin lelaki yang berada di hadapannya kini adalah jodoh yang ditentukan untuknya tapi sekarang…..keyakinan itu mula goyah.
“ Jadi…you dah jumpa dia?” tanya Helyna tersentak. Pucat wajahnya.
Luqman mengeleng kepala. Helyna sedikit lega.
“You akan jumpa dia?” tanya Helyna lagi.
“ Entah, I tak pasti. I takut dia tak akan terima I. I takut untuk menerima kenyataan atau I takut kecewa kalau penantian I selama ini adalah ternyata sia-sia!” Luqman mengeluh. Wajahnya  sayu dan muram.
Timbul rasa kesian dan simpati di hati Helyna. Sebagai tunang, dia patut memberi sokongan tapi dalam hal ini, patutkah dia memberi sokongan? Helyna jadi buntu.
“ Luqman, I rasa you patut jumpa gadis tu….ceritakan perkara sebenar. Jika dia belum berpunya….mungkin dia boleh pertimbangkan!” pujuk Helyna.
“ You yakin yang dia boleh terima I?” tanya Luqman kurang yakin.
Helyna mengangguk perlahan. Senyuman manis di hulurkan buat lelaki itu. Helyna rasa itu yang terbaik. Dia tak boleh pentingkan diri sendiri. Kalau itu yang terbaik buat Luqman, dia harus menyokong.
“ Bagaimana dengan hubungan kita?....I tak nak putuskan pertunangan kita!”  Luqman mula ragu-ragu.
Settle dulu masalah you…soal hubungan kita…I rasa ianya masih boleh dibincangkan lagi. Jangan sia-siakan penantian you selama ini. Mungkin inilah satu-satunya peluang yang ada…jangan lepaskan!” pujuk Helyna sambil menyentuh perlahan tangan Luqman.
Luqman mengukir senyum. Dia membalas pegangan tangan Helyna. Di genggam erat sebelum Helyna menarik semula tangannya.
“ You seorang gadis yang baik. Terima ksih kerana menyokong I!” ucap Luqman.
“ Beritahu I bila you dah jumpa … kalau boleh, I pun nak kenal dengan dia!” kata Helyna.
Sure, I janji….I akan kenalkan dia dengan you satu hari nanti!” balas Luqman sambil mengeluh lega. Wajahnya yang muram tadi sudah bertukar ceria tapi sebaliknya hati Helyna pula yang gundah gulana.

1 comment:

  1. Kesian helyna...lelaki ni mcm x de persaan

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...