Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 23 November 2012

antara aku dan dia 14



Bab 14

“M
AN, kau biarkan aje dia pergi macam tu?...kau tak terfikirke kiranya kau akan terus kehilangan dia?” Adi bersuara setelah Luqman menceritakan kisah yang berlaku antara dia dan Helyna. Tidak ketinggalan, dia turut menceritakan kisah Shahrul.
“ Aku tak tahu nak kata apa lagi! Takkanlah aku nak meraung, menangis supaya dia jangan pergi….macam la aku ni terdesak sangat. Jatuhlah saham aku. Lagi pun, dia ada hak untuk menentukan apa yang dia mahu…lainlah kalau dia tu dah kadi isteri aku, ini baru aje bertunang.!” Kata Luqman.
Adi mengangguk perlahan. Dalam diam dia bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Luqman.
“ Adi, aku rasa aku betul-betul telah kehilangan Sarah. 15 tahun aku menunggu dia dan sampai sekarang pun aku masih mengharapkan kewujudannya” Luqman meraup wajahnya sambil mengeluh panjang.
“ Sabarlah, aku yakin…keajaiban akan muncul. Kalau pun kau tak mampu nak miliki Sarah…tapi kau dah miliki Helyna sekarang!” kata Adi.
“ Aku tahu yang Helyna sudah menjadi tunangan aku tapi aku belum yakin sepenuhnya yang kami akan hidup bersama nanti…. Aku akui yang aku mula takut akan kehilangan Helyna!” sambung Luqman pula.
“ Kau kena yakinkan dia yang kau mampu buat dia bahagia!” pujuk Adi.
“ Huh!...kalaulah begitu senang untuk aku jelaskan padanya…aku tak akan resah begini….kau tak pernah rasa apa yang aku rasa, Adi. Aku menanggung beban rindu selama 15 tahun…jadi, perlukah aku terus menunggu untuk 15 tahun lagi?”
“ Kau gila, Man. Kau dengan Helyna sama saja…sama-sama menunggu sesuatu yang tak pasti….kau dan dia juga yang akan merana!” Adi mengeleng kepala. Kesal dengann sikap Luqman.

*************

“ SHEILA, boleh I jumpa dengan En. Luqman?” Helyna bertanya pada setiausaha Luqman sebaik saja dia berhenti di depan meja gadis itu.
“ En. Luqman ada kat bilik Tan Sri sekarang ni. Er…En. Luqman tahu ke yang Cik Helyna nak datang sini?” Sheila memandang wajah Helyna.
“ Tak. Jadi…I kena buat appointment dulu ke?” Helyna memandang wajah setiausaha Luqman yang manis itu.
Sheila mengukir senyum. Dia memandang wajah Helyna yang nampak resah.
“ Tak perlu. Cik Helyna kan tunang En. Luqman. Saya rasa eloklah cik Helyna menunggunya di dalam!” Sheila bangun dari tempat duduknya dan segera mengatur langkah ke pintu. Pintu yang tertera nama Luqman itu di buka dan memberi ruang untuk Helyna masuk ke dalam.
“ Er…tak apake kalau I masuk untuk menunggunya di dalam?” Helyna rasa serba salah.
“ Tak apa. Cik Helyna masuk dulu…nanti saya bagi tahu En. Luqman yang cik Helyna sedang menunggu!” Sheila bersuara.
Thanks!” ucap Helyna sebelum melangkah masuk ke dalam ruang pejabat itu.
Helyna terus melangkah masuk ke ruangan yang agak mewah, kemas dan selesa. Kini dia dapat melihat apa saja yang ada di ruangan itu tanpa sebarang gangguan. Tiba-tiba dia teringat betapa kalutnya Luqman menyembunyikan satu frame gambar semasa dia mula melangkah masuk ke ruangan itu sebelum itu.
Helyna melangkah ke arah kabinet yang berada di belakang kerusi kulit yang menjadi tempat duduk Luqman sebaik sahaja melangkah ke bilik itu. Kini, perasaan ingin tahu gambar apakah yang begitu istimewa sehingga dia kalut untuk menyembunyikan di balik buku di atas kabinet itu. Terketar-ketar tangannya membelek setiap buah buku yang tersusun kemas di situ untuk mencari frame gambar yang disembunyikan di situ atau pun sudah beralih tempat. Bibirnya mula mengorak senyum bila tangannya telah menyentuh sesuatu yang keras.
“ Oh! Di sini ya!” Helyna benar-benar gembira kerana apa yang di cari sudah dijumpai di celah-celah susunan buku itu.
Tangan Helyna mula menyentuh frame gambar yang sederhana besar itu. Belum pun sempat dia memandang gambar yang tertera di dalam frame itu, pintu bilik itu di kuak tiba-tiba. Helyna mula panic dan tanpa sengaja frame yang berada di tangannya terjatuh dek kerana terkejut menyebabkan cermin frame itu telah pecah.
What are you doing?” sergah Luqman yang baru muncul di muka pintu dengan mata terbeliak.
Helyna menutup mulutnya yang ternganga kerana terkejut.
  Sorry…I tak sengaja jatuhkannya….I….”  Helyna menutup mulutnya sambil memandang wajah Luqman yang semakin hampir melangkah ke arahnya. Helyna tunduk untuk mengutip  kaca  yang berderai dan juga mengambil gambar yang terlangkup ke bawah dengan rasa kesal. Belum pun sempat dia melihat gambar, sudah terjadi begini.
Luqman terus mendapatkan gambar itu. Dan pantas tangannya membersihkan kaca yang sedikit bersepah. Helyna memandangnya dengan kaku setelah dia di tegah dari ingin menolong. Dia hanya sekadar pemerhati.
No, I can do it!” kata Luqman tegas.
I`m sorry…I`m really sorry!” mohon Helyna dengan rasa cukup bersalah.
I`t ok!” balas Luqman dan terus menyimpan gambar tadi dalam lacinya sebelum membersihkan kaca itu.
“ Luqman!”
Helyna memanggil nama itu setelah Luqman siap membersihkan kaca yang telah pecah tadi.
“ You tak perlu rasa bimbang atau bersalah…I tahu you tak sengaja!” ujar Luqman.
Helyna masih kaku di situ tanpa bergerak. Walaupun begitu, dia tetap rasa bersalah.
No, I tetap rasa bersalah sangat. I akan gantikan frame gambar yang pecah tu…” kata Helyna.
“ Tak perlu. It`s just a simple thing…don`t worry…” balas Luqman. Kesian pula melihat wajah Helyna yang nampak begitu tidak selesa dengan apa yang berlaku tadi.
Have a seatsorry, sebab you terpaksa menunggu I tadi. I tak tahu yang you nak datang. I ada perbincangan dengan papa tadi dan sekarang I tengah tunggu client dari overseas!” kata Luqman sebaik sahaja melabuhkan punggung di kerusi.
“ Er…kalau macam tu…I datang lain kali saja. I tak nak ganggu you!” Helyna yang baru saja melabuhkan punggungnya segera bangun kembali.
“ Duduklah…I tak rasa kedatangan you ni mengganggu kerja I. Sebenarnya…I excited sangat bila Sheila bagi tahu yang you ada menunggu I. sejak you balik dari UK, kita tak pernah jumpa atau pun berhubung. I tahu dah 2 minggu you balik sini kan…tapi baru hari ini kita jumpa!” kata Luqman sambil mengukir senyum.
Helyna tertunduk. Sebenarnya, dia rasa terpukul dengan kata-kata itu. Memang dia rasa cukup bersalah kerana mengambil sikap mendiamkan diri sedangkan lelaki itu tak ada salah salah apa-apa.
“ Sebenarnya,…”
“ You tak perlu nak explain apa-apa. Kalau you nak cakap pasal hubungan kita…I sedia terima apa saja keputusan you. Soal orangtua kita…you tak perlu risau, yang penting…you rasa selesa dan tenang dengan keputusan yang you buat kerana I dah berjanji yang I akan terima apa saja keputusan you selepas you balik dari bercuti!” Luqman bersuara dengan wajah tenang.
“ Luqman, I sebenarnya…belum buat apa-apa keputusan pasal hubungan kita tapi I nak tanya you satu perkara!” Helyna merenung wajah Luqman.
“ Ok. Apa dia?”
“ Selain dari I dan Mellisa…ada perempuan lainke dalam hidup you?” Helyna sekali lagi merenung wajah Luqman yang agak terkejut dengan pertanyaannya.
Luqman agak terkesima dengan pertanyaan itu. Dia menelan liur dan berpura-pura membetulkan tempat duduknya.
“ Secara jujurnya….ada!” jawab Luqman yang sudah kembali tenang.
Giliran Helyna pula yang terkejut mendengar pengakuan itu. Dia menelan liur. Bulat matanya merenung wajah Luqman.
“ I sukakan dia. Berbelas-belas tahun I menunggunya walaupun dia tak pernah mempedulikan perasaan sebenar I dan dia tak pernah tahu yang I sukakan dia. I tak pasti di mana dia berada sekarang….tapi I masih mengharapkan kemunculannya seperti mana you masih mengharapkan Shahrul sehingga you sukar menerima lelaki lain dalam hidup you!” kata-kata Luqman membuatkan Helyna terpegun.
“ You lelaki yang baik. Dan I percaya suatu hari nanti you akan bertemu dengan  perempuan yang you tunggu selama ini!”
“ Terima kasih. I memang mengharapkannya. I tak kesah sama ada dia dah berpunya atau tidak…sekurang-kurang I dah dapat bertemu dengan dia semula. I harap penantian I selama ini adalah berbaloi. I nak minta maaf atas apa yang telah I buat selama ini padanya!” kata Luqman sambil menarik nafas lega. Lega kerana dapat memberitahu hal itu pada Helyna.
Ketukan di pintu mengganggu perbualan mereka. Sheila muncul di muka pintu.
“ En. Luqman…Mr. Smith dan Mr. Choo dah sampai!”
“ Ya! Benarkan dia orang masuk!”
Dua minit kemudian, Sheila muncul bersama dua orang lelaki. Seorang mat saleh dan seorang lelaki cina. Keduanya dalam usia lingkungan 40an.
“ Luqman, I rasa elok I keluar sekarang…I tak nak ganggu discussion you nanti!”  Helyna bersuara sebaik sahaja Luqman mempersilakan tetamunya duduk di sofa.
“ You drive?” tanya Luqman.
“ Tak…adik yang hantar I tadi…dia nak pakai kereta I. Nanti I balik dengan teksi!” beritahu Helyna.
“ Macam ni. Boleh tak kalau you tunggu sekejap aje.  I tahu ada perkara yang you nak bincangkan. Lagi pun I rasa kesempatan seperti ini jarang kita dapat!” kata Luqman.
“ Ok….tapi apa yang boleh I buat kat sini?” Helyna jadi serba salah.
“ Kejap. Er….you duduk kat sini!” Luqman memegang bahu Helyna tiba-tiba dan mendudukkan Helyna di kerusi. Helyna tersentak dengan tindakan Luqman itu.
“ Apa ni?” tanya Helyna.
“ You duduk diam-diam kat sini. Meeting I ni sekejap aje…you can do whatever you want…but….don`t open my drawer, ok?” kata Luqman membuatkan Helyna terkulat-kulat memandang wajah lelaki itu.
Luqman cukup bimbang sekiranya Helyna melihat gambar yang sentiasa ada dalam simpanannya. Gambar yang menjadi tatapannya di kala sunyi. Biarlah rahsia ini tersimpan buat masa sekarang. Dia pasti akan memberitahu hal ini pada Helyna suatu hari nanti.
Luqman mendapatkan semula tetamu yang sedang menunggu. Sementara Helyna terus duduk kaku di kerusi itu. Tidak tahu apa yang harus dilakukan. Helyna menarik nafas seketika. Sesekali dia memandang wajah Luqman yang nampak begitu rancak berbincang, mungkin dia tidak sedar yang Helyna begitu ralit merenungnya dalam diam. Sesekali bibir Helyna mengorak senyum. Dia tertarik melihat wajah dan penampilan Luqman, cara lelaki itu bercakap juga nampak menarik. Penuh gaya dan pesona. Helyna jadi gelabah tiba-tiba bila Luqman memandang ke arahnya yang sedang ralit meneliti wajahnya. Cepat-cepat dia mengalih dan tangannya kalut mencapai satu kertas kosong.
Sebatang pensil di capai dan tangannya mula melakar sesuatu pada kertas putih itu.
Luqman tersenyum sendiri walaupun hatinya tertanya-tanya, apakah agaknya yang sedang dilakukan oleh Helyna saat ini. Nampak begitu asyik melakar sesuatu pada kertas. Akhirnya Luqman mampu mengeluh lega bila perbincangan itu selesai dengan jaya setelah mencapai kata sepakat dari kedua-dua belah pihak.
“ Mr. Luqman….thank you very much!” ucap Mr. Smith sambil menghulurkan tangan. Dia dan Mr. Choo sudah bersedia untuk beredar.
“ Yap. Thanks to you, too. We will proceed this project as soon as possible….and I will contact you, next week…may be!” balas Luqman.
“ Good!” sokong Mr. Smith.
“ Who is she?” soal Mr. Choo sambil melirik ke arah Helyna. Sejak dari tadi dia tertanya-tanya, siapakah perempuan yang berada di kerusi.
My fience!” jelas Luqman.
“Oh!...nice girl….congrotulation!”
Kedua tetamu itu menghampiri Helyna yang ketika itu menghampiri mereka.
Nice to meet you!” ucap Mr. Choo.
Nice to meet you, too!” balas Helyna.
See you soon!” ucap mereka sebelum  berlalu.
Luqman mendapatkan Helyna selepas menghantar tetamu itu hingga ke pintu lif. Luqman menghampiri Helyna yang sedang melabuh punggung di sofa.
“ Apa yang sedang you buat tadi?” tanya Luqman sambil memandang wajah Helyna.
“ Erm…sorry, I…”
Luqman menghampiri mejanya dan dia berdiri kaku di situ sebelum tangannya mencapai kertas putih yang di gunakan oleh Helyna tadi. Lama matanya terpaku pada potret yang dipegangnya.
“ You lukis?” tanya Luqman hampir tak percaya dengan apa yang dilihatnya.
Sorry…I curi wajah you tadi!” Helyna tersipu malu.
“ Wow! This is great…I tak sangka you ada bakat sebagai pelukis….berapa you kenakan untuk lukisan ni?” tanya Luqman gembira.
“ Berapa you sanggup bayar?” tanya Helyna.
“ Berapa saja yang you mahu!” balas Luqman.
No…anggap aje ianya sebagai kenangan. I sebenarnya dah lama tak melukis. You orang pertama yang tahu hobi I ni!” Helyna memandang wajah Luqman. Tersenyum lebar bibir Luqman mendengar kata-kata Helyna. Siapa sangka, dia menjadi lelaki pertama yang tahu kelebihan Helyna yang satu ini.
“ Betul ni?” tanya Luqman penuh teruja.
Helyna mengangguk perlahan. Dia bangun dan menghampiri Luqman.
“ I nak balik sekarang!” kata Helyna.
“ Dah nak balik…I though…”
“ I datang ni sebenarnya nak kasi cenderahati ni untuk you…just simple present….I beli kat UK. I harap you sudi terima sebagai kenangan!” Luqman menyambut huluran beg kertas yang diserahkan oleh Helyna.
“ I hantar you…kita singgah makan dulu…lagi pun sekarang ni waktu tengahari!” kata Luqman.
“ Ok….” Helyna akur.
Luqman mengukir senyum. Gembira kerana pelawaannya diteria oleh Helyna dengan senang hati.

*********

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...