Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 21 November 2012

Antara aku dan dia 13



Bab 13

M
ELLISA menghempas pintu biliknya membuatkan orang gajinya yang berada di atas tangga tergamam, segera tangannya di letakkan ke dada. Ini bukan kali pertama, dia dah lali. namun setiap kali pintu bilik di hempas, dia tetap mengucap panjang. Nasib baik rumah batu. Kalau rumah papan, rasanya dah lama roboh akibat semua paku tertanggal kerana terkejut.
“ Yam, apa kena dengan Lisa tu…angin semacam aje!”  Maryam terus di sergah oleh Datin Habibah sebaik saja dia sampai di ruang tamu bersama minuman petang.
“ Entahlah, Datin…” balas Maryam. Memang dia tak mahu masuk campur. Tahu sangat dengan perangai anak majikannya, silap hari bukan dia di tengkingnya.  Perangai Mellisa sukar nak di jangka. Selalu saja bertukar angin sesuka hati. Ibu bapanya turut pening mengenangkan sikap anak perempuan tunggal mereka. Kedua anak lelakinya tak adalah mendatangkan masalah. Mungkin Mellisa terlalu di manjakan, apa jua keinginannya akan cuba dipenuhi orangtuanya.
Di dalam bilik, Mellisa segera melemparkan apa saja barang yang di capainya. Dia benar-benar kepanasan dan rasa geram, marah dan sakit hati.
“ Tak guna…you memang nak sakitkan hati I….okay, tak apa….you ingat I akan berdiam diri melihat you bahagia?...you tak akan bahagia…” Mellisa menghempas punggungnya di katil, hanya membiarkan barang-barang berselerak di bilik. Sekejap lagi dia akan arah Mak Yam menyimpan dan menyusun balik barang-barangnya.
Mellisa menghempas pula badannya ke katil, matanya tepat merenung syiling. sesekali bibirnya di ketap. Apa yang berlaku tadi memang di luar jangkaannya. Niat di hati mahu buat kejutan untuk Luqman dengan mengunjungi pejabat lelaki itu.
“ Hai, Man…” Mellisa mengukir senyum sebaik sahaja melangkah masuk ke bilik Luqman.
“ You ada apa-apa urusanke kat sini?” tanya Luqman.
Mellisa kaku seketika. Senyuman yang terukir di bibirnya terus hilang sebaik saja pertanyaan itu keluar dari mulut Luqman. Pertanyaan yang tidak menzahirkan kemesraan.
“ Man…you tak suka I datang jumpa you?” soal Mellisa berjauh hati.
“ Lisa, I banyak kerja yang perlu di uruskan dan I memang tak suka sebarang gangguan yang tidak melibatkan soal kerja!” jawab Luqman tanpa memandang wajah Mellisa. Lelaki itu lebih menumpukan perhatian pada lembaran kertas di hadapan berbanding menatap wajah Mellisa. Nampak sangat kehadirannya tidak dialu-alukan. Bak kata pepatah. ...Lisa diumpamakan hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong. Sudah terang lagi bersuluh yang Luqman memang menolaknya mentah-mentah. Bukan sekali dua tapi dah banyak kali. Cuma dia saja yang buat muka tak malu. Terus juga mengejar dan mendekati lelaki itu walaupun lelaki itu secara terangan menolak kewujudannya.
“ Man…I rindukan you…I datang sini semata-mata nak jumpa dengan you….  kenapa you selalu saja menghindari diri dari I?... apa kurangnya I?....” Mellisa merintih sayu.
Luqman memandang wajah Mellisa.
“ Lisa… I dah bertunang… I sayangkan tunang I… mulai sekarang I tak nak ada apa-apa hubungan dengan you lagi.  Kalau pun bukan kerana I bertunang, I tak akan memilih you…” Luqman berterus-terang.
“ You….you dah bertunang?...dengan siapa?....kenapa I tak tahu?” gesa Mellisa. Benar-benar terkejut mendengar berita itu.
“ Siapa you untuk tahu semua perkara yang berkaitan dengan I?... sejak dari dulu lagi I dah jelaskan pada you yang I tak ada sedikit pun perasaan terhadap you…I tahu you faham, tapi you sengaja buat-buat tak fahamkan!” Luqman mendengus.
Mellisa terdiam, sebak di dada hanya Tuhan sahaja yang tahu. Sampai hati Luqman menolaknya mentah-mentah. Seolah-olah dia tiada harga diri.
“ Siapa perempuan tu?” tanya Mellisa.
“ Sekali lagi I nak jelaskan…siapa pun dia, tak ada kena mengena dengan you…jadi, you tak ada hak untuk tahu!” Luqman sudah malas nak melayan. Kalau boleh dia tak mahu Mellisa mengganggu hubungan antara dia dan Helyna nanti. Dia kenal Mellisa, gadis itu akan cuba mendapatkan sesuatu yang diingini walau dengan apa cara sekali pun.
“ Ok… mungkin sekarang ni you rasa you hebat. Tapi you kena ingat… I tak akan biarkan you hidup bahagia dengan perempuan tu… you milik I dan akan terus jadi milik I!” Mellisa mula bertukar watak.
“ I tak pernah jadi milik you…. dan I juga nak ingatkan you  bahawa you tak ada hak untuk mengganggu hubungan I dengan tunang I…. mungkin I bukan jodoh you!” kata Luqman sedikit tegas dengan harapan gadis itu akan sedar tentang kedudukannya.
No…. you adalah jodoh I dan I akan pastikan ianya jadi kenyataan!” kata Mellisa dan terus berlari keluar meninggalkan Luqman terpingga-pingga. Namun, dalam diam dia gusar memikirkan kata-kata Mellisa itu.
**********

LUQMAN menyandarkan  badan di kerusi sambil tangan kananya memegang satu frame gambar. Lama dia merenung gambar itu sehinggalah perasaannya jadi sebak. Sudah agak lama juga gambar di dalam frame itu tidak di tatap. Rindunya pada satu nama membuatkan dia kembali menatap gambar itu. Ternyata kehadiran Helyna sedikit sebanyak menghilangkan kerinduannya pada gadis yang berada di dalam gambar itu.
“ Sarah, di mana awak berada sekarang?....tahukah awak sampai saat ini saya masih menunggu awak…masih mengharapkan kehadiran awak di hadapan saya.  Rasa sayang dan rindu saya pada awak tidak pernah berkurang….tetap utuh dan  teguh seperti dulu…perasaan itu tetap sama seperti pertama kali saya bertemu dan menatap wajah awak……!”
Luqman memejam mata seketika, nostalgia lama  mula terbayang. seolah-olah seperti layar yang sedang menayangkan sebuah kisah di mana akhirnya Sarah terus berlalu pergi dan sampai saat ini juga gadis itu tidak pernah muncul dalam hidupnya sedangkan dia begitu setia menanti hingga ke hari ini.
Dan ternyata lamunan Luqman di kejutkan dengan bunyi ketukan di pintu biliknya. Cepat-cepat dia menyeka air mata yang bergenang di kelopak mata, malu rasanya kalau ada sesiapa yang melihatnya dia menangis. Pasti hilang kreatibiliti dan gaya machonya sebagai seorang lelaki.
“ Masuk!”
Luqman memberi arahan sedikit tegas, sengaja menyembunyikan rasa sebak di dada. Ketika itu tangannya masih erat memegang  frame gambar.
Seorang gadis muncul di hadapan Luqman. Gadis itu nampak begitu sopan mengenakan sepasang baju kurung dan bertudung. Luqman terpegun seketika dan dia benar-benar tak menyangka hari ini dia dikunjungi oleh gadis itu. Mereka berdua sepertinya tergamam dan terpaku. Hanya memandang antara satu sama lain.
“ Lyna…”
Luqman cepat-cepat menyorotkan  frame tadi di celah buku  di rak belakang tempat duduknya sebelum bangun untuk menyambut kedatangan Helyna. Berkerut dahi Helyna melihat Luqman yang agak kelam kabut tadi dan menyembunyikan sesuatu.
“ Maaf kalau kedatangan I ni mengganggu masa you!” Helyna segera bersuara. Masih kekal kaku beberapa  langkah dari meja Luqman.
“ T..Tak… cuma, I agak terkejut….you tiba-tiba muncul!” balas Luqman yang masih kaku berdiri.
“ Jemput duduk!” pelawa Luqman mempersilakan Helyna duduk di hadapannya.
Helyna akur. Dia terus melabuhkan punggung di kerusi, diikuti oleh Luqman.
“ You tak kerja hari ini?” tanya Luqman yang agak kehairanan dengan kemunculan Helyna secara mendadak begitu dan  dia memang tidak bersedia dengan kemungkinan itu.
“ Tak…I cuti!” jawab Helyna perlahan.
“ Cuti!...kenapa?...you sakitke?” Luqman benar-benar terkejut.
“ I…I sihat….I ambil cuti 2 minggu!”
“ Wow! lama tu…so, apa rancangan you dalam masa 2 minggu ni?” Luqman mula rasa teruja.
Helyna memandang wajah Luqman. Serba salah pula dia nak menyatakan hajatnya yang sebenar. Tapi, kalau dia tidak menyatakannya, hal ini tak akan selesai.
“ Luqman, ada perkara yang I perlu cakapkan dengan you tapi I rasa elok kita bercakap di luar. Itu pun kalau you tak keberatan!”
Luqman menatap wajah Helyna seketika sambil memikirkan kata-kata gadis itu. Dia dapat merasakan ada perkara serius yang ingin di bincangkan oleh tunangnya itu.
“ Baiklah…kita keluar sekarang”
Mereka berdua bangun serentak dan berjalan keluar dari bilik itu.
“ Sheila, I keluar kejap …kalau Tan Sri tanya, katakan I keluar dengan tunang I” Luqman meninggalkan pesanan.
“ Oh ya! kenalkan… ini Helyna, tunang I” Luqman memperkenalkan Helyna pada setiausahanya.
“ I dah kenal pun tadi dan kebetulan Tan Sri ada ke mari dan mereka telah terserempak. Jadi Tan Sri yang minta tunang you terus masuk tadi tanpa I beritahu you terlebih dulu!” Sheila bersuara. Dari tadi dia memang terpegun melihat wajah Helyna,  cantik dan sopam orangnya dan memang padanlah dengan Luqman.

************

HELYNA dan Luqman segera masuk ke restoran setelah mendapatkan tempat parkir. Helyna melirik seketika jam tangannya. Sudah mencecah jam 12 tengahari, patutlah restoran mula dipenuhi dengan pengunjung. Mereka segera membuat pesanan untuk makan tengahari. Mereka saling memandang buat seketika dan masing –masing mengukir senyum. Helyna kemudian memasukkan tangannya di dalam beg tangan dan mengeluarkan sati kotak kecil. Segera kotak itu diletakkan di hadapan Luqman. Dahi Luqman berkerut. Dia cukup kenal dengan kotak kecil itu.
“ Kenapa ni?” tanya Luqman.
“ Dalam kotak tu…ada cincin pertunangan kita!” kata Helyna dengan wajah tenang. Tapi sebaliknya wajah Luqman yang resah. Pelbagai kemungkinan sudah menerjah tangkai hatinya.
“ Apa maksud you?” tanya Luqman merenung tepat ke wajah Helyna.
“ I nak pulangkan balik cincin tu. I nak putuskan pertunangan kita!” Helyna segera menjelaskan maksudnya. Dia memandang wajah Luqman yang benar-benar di landa resah dan terkejut.
“ Lyna, you tak boleh buat macam ni. Apa kata orangtua kita nanti!” Luqman benar-benar rasa terkilan dengan tindakan Helyna itu.
“ Pasal orangtua kita, biar I yang jelaskan nanti. Dalam hal ni, you tak bersalah….Luqman, I  tak boleh terima you dan I tak boleh nak paksa diri I untuk terima you. I tak nak kecewakan you di kemudian hari, itu sebabnya I nak putuskan pertunangan kita.
Luqman mendengus mendengar kata-kata Helyna. Dia merasakan alasan itu tidak logic untuk di terima.
“ Luqman, I minta maaf!” mohon Helyna dengan penuh harapan.
“ Lyna, I nak you fikirkan baik-baik sebelum ambil keputusan mendadak ni. I nak putuskan pertunangan kita kerana I sukakan you…orangtua kita juga merestui hubungan ini. Takkanlah you nak mengecewakan perasaan mereka!” Luqman cuba memujuk.
“ You tak faham!” kata Helyna.
“ Oh ya! Atau sebenarnya you nak terima cinta Zarul….” Kata Luqman dengan rasa kecewa.
“ Tak…bukan itu sebabnya…I….”
“ I nampak dengan jelas apa yang berlaku antara you dengan Zarul!”
“ Zarul tak ada kena mengena dalam hal ini….I tak boleh terima you atau mana-mana lelaki… I minta maaf!”
Luqman menyandarkan badannya di kerusi. Dia mengeluh lagi. Kecewa dengan sikap Helyna yang dirasakan terlalu mementingkan diri sendiri.
“ Atau you masih lagi menunggu Shahrul?” soal Luqman. Helyna tunduk. Wajahnya mula sugul.
“ Kalaulah I masih boleh mengharapkan dia lagi….” Jawapan Helyna membuatkan Luqman tersentak.
Let`s forget…apa yang berlaku, tak mungkin dapat diulang lagi….I mohon cuti sebab I nak ke luar negara. I nak tenangkan fikiran dan I nak lupakan semuanya!” kata Helyna.
“ Hmm….begitu senang sekali?....you ingat dengan pergi jauh begitu, semua masalah boleh di selesaikan?” sindir Luqman.
Whatever you say….!” Helyna mengeluh.
“ Kenapa baru sekarang?...tidakkah you rasa peluang untuk you lupakan semuanya dan mulakan hidup baru sudah lama ada di depan mata…kenapa you masih tak dapat melupakan Shahrul sehinggakan you menutup pintu hati you untuk lelaki lain?” cabar Luqman.
“ Luqman!”
“ Apa istimewanya Shahrul di mata you sehingga you tak nampak lelaki lain. You tak boleh terima cinta lelaki lain semata-mata kerana masih menunggu dia. Ceritakan pada I siapa dia sebenarnya?....kalau betullah dia lelaki yang betul-betul istimewa dan tak mampu di tandingi oleh lelaki lain….I akan anggap tindakan you selama ini adalah betul dan I dengan rela hati akan mengundurkan diri….I tak akan mengganggu you lagi!” kata Luqman membuatkan Helyna terpegun. Diam tak terkata.
“ Luqman!” sekali lagi nama Luqman di sebut Helyna.
“ Ya…I `m serious…tell me….tell me everything about him….I really want to know!” kata Luqman tegas.
Belum pun sempat Helyna membuka mulut, pesanan yang di buat oleh mereka sampai. Helyna membuat keputusan akan menceritakan semuanya selepas mereka selesai makan nanti. Dia tak mahu suasana malan mereka tergganggu. Luqman mengangguk. Dan saat ini perutnya sudah minta di isi.
“ Ok, let`s talk about it!”
“ Baiklah…apa yang you nak tahu pasal Shahrul?” tanya Helyna sambil merenung wajah Luqman.
“ Kan tadi I dah cakap tadi…I nak tahu everything about him!” jawab Luqman.
“ Hmm…everything!...kalau macam tu, you terpaksa tadah telinga mendengar. Mungkin agaknya dua hari dua malam!” kata Helyna. Sengaja mahu melihat reaksi Luqman.
“ I sanggup mendengarnya…walaupun untuk sepanjang hidup I!” jawapan Luqman itu membuatkan Helyna menelan liur. Lama dia merenung wajah lelaki di hadapannya.
“ Antara you dan Shahrul banyak bezanya. I akui…you seorang lelaki yang kacak, berkarisma, ada kerjaya yang hebat…malah you dari golongan keluarga yang hebat dan kaya…tapi Shahrul….dia lelaki yang cukup simple, keluarganya juga dari golongan yang biasa…. Berwatakan sederhana…tapi dia seorang yang baik hati, penyayang dan jenis yang humor. I sentiasa terhibur setiap kali bersamanya.
Kami mula kenal masa di sekolah menengah lagi. Kami sekelas, malah kami selalu buat study group dengan kawan-kawan yang lain. Dia seorang pelajar yang cemerlang, suka membantu kawan. Malah dia satu-satunya kawan yang paling rapat dengan I dan ambil berat pasal I selain dari abang Fiq. Selepas result SPM, kami melanjut pelajaran bersama di UK.
Bila bersama Shahrul, I merasa diri I yang sebenar. Tak perlu berpura-pura. I boleh menangis, ketawa…malah apa aje. Dia sentiasa ada bila diperlukan tambahan pula kami jauh dari keluarga. Tahun ke 2 di  hubungan kami mula rengang!” Helyna berhenti seketika. Dia menghimpun kekuatan.
“ Kenapa?...dia dah ada orang lain?” tanya Luqman sudah tak sabar untuk mengetahui kesudahan ceritanya.
“ Tak. Dia sengaja menjauhkan diri dari I sebab dia takut I tak boleh terima kalau I tahu yang dia dah cintakan I dah lama!”
Luqman terdiam. Bulat matanya menatap wajah Helyna yang sedang mengukir senyum mengenangkan kisah lamanya.
So, apa jadi dengan hubungan korang berdua?”
“ Bila I tahu yang dia cintakan I…I benar-benar rasa terharu. Tak sangka yang dia menyintai  I kerana I adalah Helyna, gadis yang sentiasa ada di sisinya. I terus terima cintanya dan hubungan kami memang di restui oleh orangtua kami terutama nenek. Dia sudah lama kenal dengan Shahrul dan dia memang menyukai Shahrul.
Setahun kemudian, kami terus mengikat tali pertunangan dan kami telah sepakat untuk melangsungkan perkahwinan bila dah dapat pekerjaan nanti. Tapi sayang…hubungan kami di uji di saat kami sedang menghitung hari bahagia dan semua persiapan telah hampir siap. Dia tinggalkan I….” mata Helyna mula berkaca. Dia tunduk menahan sebak.
“ Kenapa dia tinggalkan you sedangkan semua persiapan telah di buat….cuma menunggu harinya saja!” 
Luqman mengenggam penumbuk. Rasa marah dan geramnya pada Shahrul mula berkumpul. Kalaulah lelaki itu berada di hadapannya sekarang, pasti buku lima singgah di mukanya. Kerana sikap lelaki itulah, sampai sekarang Helyna sukar menerima kehadiran lelaki lain dalam hidupnya.
“ Shahrul pergi tinggalkan I kerana terlibat dalam kemalangan. Dia koma  selama seminggu….” Helyna tak dapat menahan perasaan. Air matanya mula bercucuran jatuh. Luqman segera menghulurkan sapu tangannya.
I`m sorry….” Ucap Helyna sambil mengelap air matanya dengan sapu tangan tadi.
“ I yang sepatutnya minta maaf….I ingatkan Shahrul pergi tinggalkan you sebab perempuan lain!” Luqman mula rasa bersalah.
“ Siang malam I jaga dia dan I benar-benar harap yang dia sedar tapi….Allah lebih sayangkannya. Dia menghembuskan nafasnya yang terakhir di hadapan I dan keluarganya. I boleh terima pemergiannya dengan redha tapi apa yang membuatkan I tak boleh lupakannya ialah…..dia meninggal di hari pernikahan kami. Dia pergi dalam keadaan koma sedangkan I benar-benar harap yang I dapat mendengar  suaranya walaupun hanya sepatah kata!”
Luqman menelan liur lagi. Rasa simpatinya pada Helyna membuatkan dia mencapai tangan gadis itu dan mengenggamnya erat. Sebagai tanda sokongan. Bukannya untuk mengambil kesempatan. Ternyata cinta Helyna pada Shahrul terlalu kuat.
“ Dia bertuah sebab punya kekasih yang setia seperti you….tapi you kena ingat…walau apa pun…hidup kita mesti di teruskan. Jangan mudah menyerah kalah dan berputus asa!” pujuk Luqman.
“ Sebenarnya, kita sama. Mengharapkan sesuatu yang tak mungkin menjadi kenyataan walaupun seberapa lama kita menunggu!” ucap Luqman tiba-tiba membuatkan Helyna pula terpegun. Terdetk juga di hatinya untuk bertanya, tapi terpaksa di batalkan. Mungkin masanya tidak sesuai.
“ Terima kasih kerana you memahami!” kata Helyna sambil mengukir senyum. Lega kerana dia berpeluang menceritakan semua ini pada Luqman. Dia harap lelaki itu akan faham apa yang telah di rasainya selama ini.
“ Lyna!” panggil Luqman.
“ Ya!”
“ Kalau you rasa  dengan percutian yang jauh itu boleh menyelesaikan masalah you…pergilah. Semoga you beroleh ketenangan yang you cari. Hubungan antara kita boleh di bincangkan kemudian. I akan pegang cincin ni kerana I tak nak bebankan fikiran you setiap kali you memandangnya!” Luqman mengambil kotak cincin dan memasukkan ke dalam poket seluarnya.
Helyna hanya diam.
“ Walaupun cincin ini I pegang….you masih lagi menjadi tunang I!” kata Luqman.
“ I faham…kita akan ambil masa yang sesuai untuk bincangkan hal ini….dan terima kasih sekali lagi kerana benarkan I pergi!” Helyna mengorak senyum. Lega.
“ Lepas ni I hantar you pulang. I tak akan ganggu you sepanjang tempoh itu…dan bila you dah bersedia, you datanglah pada I!” kata Luqman.
“ Sampai bila you akan menunggu? I sendiri pun tak pasti!” Helyna pula yang gusar.
“ Semuanya terserah pada Allah. Dia yang menentukan segalanya…kita hanya mampu menerima!” kata Luqman membuatkan Helyna menarik nafas seketika. Luqman tetap bersikap tenang sedangkan dalam hatinya turut resah.

********

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...