Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 25 August 2012

Di Penghujung Rindu 13




Bab 13

P
AGI ini kereta Sarah buat hal, tak mahu hidup sedangkan baru bulan lepas dia menghantarnya ke bengkel untuk di servis. Jadi terpaksalah dia menumpang papanya  untuk ke pejabat. Sebelum keluar dari kereta, dia sempat berpesan kepada Pak Murad supaya menghantar keretanya ke bengkel untuk melihat apa kerosakannya.
“ Senang-senang tukar aje kereta baru…” kata Datuk Syafiq Rahman semasa mereka berjalan menuju ke lift.
“ Sayang pa, kalau nak tukar…Sarah baru aje pakai kereta tu 3 tahun…”
“ Memang lah Sarah baru aje pakai kereta tu 3 tahun….tapi usia kereta tu dah dekat 6 tahun…lupa, kereta tu mama Sarah dah pakai 3 tahun sebelum Sarah pakai…itulah…awal-awal lagi papa cadangkan supaya Sarah belikan kereta baru tapi nak juga pakai kereta mama!” sambung Datuk Syafiq Rahman.
“ Yalah…Sarah tahu…tapi tunggulah setahun dua lagi, baru tukar….papa ingat beli kereta ni macam nak beli gula-gula?... kenalah berjimat cermat….” kata Sarah. Ketika itu hanya mereka berdua di dalam lif.
“ Tapi Sarah lupa….Sarah tu seorang CEO….gaji berpuluh-puluh ribu…bukannya kerani cabuk yang hanya gaji beberapa ratus aje…” Datuk Syafiq Rahman cuba mengingatkan status Sarah.
“ Baiklah papa… nantilah Sarah fikirkan…” akhirnya Sarah mengalah.
“ Jangan fikirkan aje…buat keputusan terus….nanti papa temankan Sarah ke showroom….atau Sarah nak minta Hafiz temankan…” Datuk Syafiq Rahman mula mengukir senyum.
“ Apa kata papa aje yang temankan…lagi pun papa lebih arif hal ni kan!…” Sarah membuat keputusan. Lebih baik dia minta papa temankan daripada dia minta pertolongan dari Hafiz. Nakke lelaki itu menemankannya?
“ Bila nak pergi?” soal papanya.
“ Hari ni…” Sarah tersengih.
“ Amboi…cepatnya buat keputusan!” usik Datuk Syafiq Rahman sambil tergelak.
“ Papa juga yang tak nahu Sarah fikir…terus buat keputusankan?” Sarah mengenakan papanya.
“ Yalah…petang nanti papa temankan Sarah pergi tengok kereta…lagi pun papa tak ada banyak urusan di luar hari ni…”
“ Nanti Sarah belanja papa minum…”
“ Minum aje…”
“ Amboi! demand lebih nampak!” kali ini giliran Sarah pula gelak. Papanya turut gelak sama mendengar usikan Sarah.
“ Oklah…nanti kita jumpa petang ni…” kata Sarah bila pintu lif terbuka.
Dia keluar dari lif dan mengukir senyum untuk papanya.
Sarah sempat melemparkan senyuman untuk staffnya dan juga staff yang berselisih dengannya. Sepanjang dia memegang jawatan sebagai CEO syarikat itu, dia tak pernah menghadapi masalah komunikasi dengan staffnya kerana dia memberikan mereka layanan yang sama rata menyebabkan mereka menghormati dan menyayanginya sebagai seorang bos yang baik dan perihatin. Banyak inisiatif yang dijanjikan oleh staffnya bagi meningkatkan mutu kerja dan menaikkan prestasi syarikat. Apa jua saranan dan cadangan dari staff bawahan atau atasan akan diambil kira.
“ Selamat pagi, Puan!”  Marina mengukir senyum sebaik saja Sarah muncul di hadapannya.
“ Selamat pagi…er, awak dah imformkan pada semua staff yang kita akan perjumpaan untuk membincangkan program hari keluarga di Pulau Langkawi jam 10 pagi nanti!”
“ Sudah, Puan. Ini adalah kertas kerja berkaitan dengan program hari keluarga tu. Pn. Salmi dah hantar semalam kat atas meja saya supaya bagi tahu kat Pn. Sarah tapi Pn. Sarah tak masuk office selepas tengahari!” kata Marina sabil menghulurkan folder yang berkulit biru.
“ Oh, ya ke…thanks…!” Sarah tersenyum.
“ Pn. Sarah nak minum?...saya buatkan!”
“ Tak mengapalah…kalau saya nak, saya buatkan sendiri!”
Sarah terus melangkah masuk ke biliknya. Marina tersenyum sendiri. Selesai satu tugas. Kalau dapat bos lelaki, pasti kena minum kopi dulu sebelum memulakan kerja tapi Pn. Sarah ni tak cerewet, dia lebih suka membacuhnya sendiri.
Sebagaimana yang di janjikan, tepat jam 10 pagi semua staff SR Holdings berkumpul di bilik mesyuarat bagi membincangkan apa yang sepatutnya berlaku pada hari keluarga yang akan diadakan di Pulau Langkawi. Tahun lepas hari keluarga di buat di Port Dikcson. Datuk Syafiq Rahman hanya menyerahkan segala keputusan pada Sarah. Apa jua yang berkaitan dengan hari keluarga itu Sarah serahkan pada Pn. Salmi, lagi pun dia juga yang menguruskan semua aktiviti hari keluarga tahun lepas.  Jadi tak ada masalah untuk dia merangka aktiviti untuk tahun ini. Mungkin ada sedikit penambahan atau perubahan. Biarlah Pn. Salmi yang uruskan kerana banyak perkara lain yang harus difikirkannya.
Perjumpaan itu berjalan dengan lancar dan masing-masing tak sabar untuk menghadirinya walaupun program itu akan diadakan dua bulan lagi tapi masing-masing dah bual perancangan.
“ Pn. Sarah…saya ada pertanyaan!” Hadi, salah seorang staff di bahagian sumber manusia bangun.
“ Ada apa Hadi?”
“ Macam mana kalau kita nak bawa keluarga?...maksud saya dari segi tambang” Hadi tersenyum.
“ Oh…pasal tu…keluarga kalian juga adalah sebahagian dari warga syarikat ni…tambangnya adalah separuh dan separuh lagi pihak syarikat akan bayarkan tapi sesiapa yang nak bawa ahli keluarga, hendaklah di maklumkan terlebih dahulu kepada Pn. Salmi. Kalau boleh secepat mungkin! tapi kalian semua pun tahu ini bukan paksaan tapi digalakkan untuk menyertainya kerana ini adalah satu aktiviti tahunan syarikat kita… bagi sesiapa yang tidak dapat menyertainya bolehlah datang kerja seperti biasa pada hari Jumaat…lagi pun kita akan bertolak pada pagi Jumaat dan akan balik pada petang Ahad… segala urusan dan transport akan diuruskan oleh pihak syarikat!” beritahu Sarah.
Selepas itu Sarah meminta Pn. Salmi untuk bangun dan menjelaskan aktiviti dan perancangan yang telah di atur sepanjang program itu. Terbayang di wajah masing-masing pelbagai reaksi, excited, tersenyum dan ada juga yang siap memasang angan.
“Amboi! Hadi…tahun ni kau nak bawa dua orang sekaligus ka bini kau?...tahun lepas bini tua…tahun ni…dua-dua…” usik Husin menyebabkan semua orang gelak. Mereka sudah maklum yang Hadi tu beristeri dua dan lelaki itu tak pernah menyembunyikannya.
“ Kena tengok RM dulu Sin…kau tak pa….bini sorang, anak sorang…aku ni lain…” balas Hadi.
Hafiz yang berada di sebelah Sarah masih sempat mengelamun, kalau boleh dia mahu menggunakan transportnya sendiri. Lebih selesa. Teringat betapa seksanya dia selepas kereta Honda kesayangannya terpaksa di hantar ke bengkel akibat kemalangan hari tu. Hampir dua minggu juga dia terpaksa meminjam kereta Mazda mama. Tak terfikir pun dia mahu berkongsi kereta dengan Sarah walaupun mereka bekerja di tempat yang sama. Dan papanya pernah menyarankan supaya mereka pergi bersama.
Tangan kiri Hafiz  memegang seketika tangan kanannya.
 “ Macam mana dengan tangan Fiz tu?” tegur Datuk Syafiq Rahman. Ketika itu dia mengunjungi rumah orangtuanya untuk makan makan malam sebulan selepas kemalangan.
“ Dah elok pa…tapi kena juga pergi hospital untuk check....” beritahu Hafiz.
“ Lain kali hati-hati bawa kereta…jangan ingat kita sorang yang memandu di jalan raya, itu nasib baik accident seorang…kalau dengan orang lain…panjang pula ceritanya” komen papanya bila mengingatkan Hafiz yang kemalangan kerana merempuh pokok akibat hilang kawalan kerana memandu dengan laju dalam keadaan mabuk.
“ Tak ada orang yang minta musibah…” Hafiz membela diri.
“ Tapi semua itu boleh dielakkan kalau kita memandu dengan hati-hati, apalagi memandu dalam keadaan mabuk. Sebab itu kerajaan mengadakan kempen keselamatan jalan raya dan semua pemandu di wajibkan mematuhi undang-undang jalan raya!” bebel Datuk Syafiq Rahman. Kesal dengan perangai Hafiz yang selalu mengunjungi kelab malam. Kali ini minum walaupun selalu mengunjungi kelab itu. Walaupun Hafiz sudah dewasa tapi dia selalu memantau aktiviti anaknya itu. Dia tidak mahu Hafiz tersimpang jauh dari landasan agama. Sebagai seorang ayah, dia mahu yang terbaik untuk anaknya.
“ Bang,….sudahlah tu….perkara dah jadi. Tak elok kita cakap lagi!” sampuk Datin Ruzaini. Dia tak mahu perdebatan itu terus berpanjangan. Tahu sangat dengan perangai suami dan anaknya. Masing-masing tak mahu mengaku kalah. Anak dan bapa sama aje!
Lamunan Hafiz terus tersentak bila salah seorang staff bangun dan bertanya dengan suara yang kuat. Semua orang tahu yang suara Ajib tak payah payah pakai microfon, memang kuat dan lantang tapi walaupun begitu dia seorang yang suka berjenaka. Hati yang gundah boleh terhibur mendengar lawaknya.
            “ Pn. Sarah…kiranya hari keluarga kita kat Pulau Langkawi ni kira satu pakej dengan bulan madu Pn. Sarah dengan En. Hafiz ya!…. sebab kami dapat tahu yang Pn. Sarah dan En. Hafiz ni belum pergi berbulan madu!” merah padam muka Sarah mendengar kata-kata Ajib. Sarah memandang wajah Hafiz yang hanya tersenyum.
“ Tak perlulah sampai ke Pulau Langkawi kalau nak berbulan madu…kat rumah pun boleh berbulan madu…betulkan, sayang!”
 Hafiz mengenyitkan matanya ke arah Sarah dan sekali gus membalas kata-kata Ajib membuatkan wajah Sarah bertambah merah. Dan mereka yang mendengar mula ketawa terutama staff lelaki, manakala staff perempuan tersenyum simpul seperti mereka turut merasa apa yang dirasai oleh Sarah ketika itu.
“ Ok…kita tutup hal tu… kita teruskan dengan agenda kita yang seterusnya!” Sarah tidak mahu hal dirinya menjadi tajuk perbualan. Panas juga hatinya bila mendengar jawapan Hafiz.
*************

RINA, I pinjam you punya bos sekarang! So…tolong batalkan semua appointment dia untuk hari ini!” Tuty menghampiri Marina sebaik saja dia sampai di pejabat SR Corp. Marina yang berada di kerusi hanya mampu terlopong. Terkejut di sapa begitu. Hampir semput nafasnya.
Sarah yang baru saja keluar dari biliknya juga begitu. Bulat matanya mendengar kata-kata Tuty.
“ Amboi! cik Tuty, kau bos atau aku yang bos kat sini?...sesuka hati hati aje kau bagi arahan pada secretary aku..” Sarah terus meluku kepala Tuty. Tuty mengaduh kesakitan.
“ Sakitlah…”
“ Tahu pun…jadi,  jangan nak buat onar kat sini ya!” tempelak Sarah.
Marina turun tersenyum. Dan Tuty pula hanya tersengih.
“ Aku tahulah kat sini…kau bos. Tapi untuk hari ini kau mesti dengar cakap aku…aku nak bawa kau ke suatu tempat!” Tuty membuka mulut.
“ Ke mana?” berkerut dahi Sarah mendengarnya. Dia dan Marina saling berpandangan. Hairan.
“ Rina, you jangan bimbang…I tak ada niat nak kidnap bos you ni…I bagi tahu awal-awal…yalah mana tahu…you buat report kat balai, naya I kena masuk lokap!” Marina tersenyum.
“Apa hal dengan kau ni?...kau salah makan ubat ye atau si Jeff tu bagi ubat yang tak betul kat kau. Yalah…sejak kau couple dengan dia…aku rasa perangai kau dah berubah ni…mesti dia buat sesuatu kat kau ni !”
Sarah tak menyangka usaha dia memperkenalkan Tuty dan Jeffri berjaya dan ternyata mereka berdua saling menyukai antara satu sama lain walaupun perkenalan mereka adalah singkat. Jadi, dia tumpang gembira kerana mereka berdua adalah orang yang paling rapat dengannya selain dari keluarga mertuanya yang merangkap keluarga angkat tidak termasuk Hafiz.
“ Rina…saya keluar dengan Tuty…kalau ada sesiapa yang cari atau call…awak uruskan ya…!” pesan Sarah.
“ Baik Pn. Sarah”
Sarah hanya mengikut langkah Tuty dan masuk ke dalam keretanya. Apa aje si Tuty ni…
“ Kau tak kerja ya hari ni?” soal Sarah sebaik sahaja kereta Gen 2 yang dipandu Tuty meninggalkan perkarangan bangunan itu.
“ Aku cuti hari ni…” balas Tuty.
“ Cuti?...apasal?” soal Sarah hairan
“ Ada hal sikit yang aku kena uruskan…” Tuty melirik ke arah Sarah sambil mengukir senyum.
“ Kita nak pergi mana ni?” tanya Sarah .
“ Adalah..nanti kau akan tahu juga!”
“ Kau ni…buat aku suspend ajelah!” rungut Sarah.
“ Sarah…aku sebenarnya nak ucapkan terima  kasih pada kau sebab kenalkan aku dengan Jeff. He`s good guy, good looking, caring and understanding….aku betul-betul sukakan dia! Aku tak pernah rasa bahagia seperti sekarang dan kalau boleh kebahagian yang aku rasa sekarang ini akan berkekalan…aku tak mahu kecewa lagi!” kata Tuty memandang sekilas wajah Sarah.
“ Aku juga nak ucapkan tahniah pada kau kerana kau dah temui soul mate kau…aku akan sentiasa doakan kebahagian untuk kau!” ucap Sarah, tumpang gembira.
“ Macam mana pula hubungan kau dengan abang Hafiz, masih belum ada apa-apa perubahan?”
“ Entahlah…sukar aku  nak cakap… abang Hafiz yang aku kenal dulu dan sekarang tetap tak ada beza….kesian mama dan papa…” Sarah mengeluh.
“ Macam mana dengan kau sendiri… tak kanlah kau tak cuba nak rapatkan hubungan kau dengan dia!...kalau dia tak bertindak…kau yang kena bertindak…” kata Tuty.
“ Aku yang kena bertindak…no way! dah lama muka aku ni asyik kena maki hamun dengan dia…  rasa macam tak tahu nak letak kat mana lagi… sesekali aku fikir…aku dah give up nak teruskan hubungan ni… lebih baik kami berpisah… kalau dia tak bertindak, biar aku yang bertindak untuk memutuskan hubungan kami!” Sarah mula berang. Merah mukanya membuatkan Tuty pula jadi kelam-kabut. Bimbang kalau Sarah betul-betul nekad nak memutuskan ikatan perkahwinannya itu.
“ Sabar dulu Sarah…jangan bertindak melulu…. kalau kau berpisah, macam mana hubungan kau dengan mertua kau nanti?...kau kena fikir tu!...aku rasalahkan…belum tiba masanya kau mengecap kebahagiaan rumahtangga… mungkin ini ujian untuk kau … kita pun tahu,  Allah akan sentiasa menguji hamba yang Dia sayang!” pujuk Tuty dan sedikit sebanyak melegakan hati Sarah.
Sedar tak sedar kereta Tuty sudah masuk ke perkarangan Rumah Anak Yatim Seri Permata.
“ Eh!...kita nak buat apa datang kat sini?” tanya Sarah.
“ Kau akan tahu nanti. Come on…kita masuk dewan sebab semua orang sedang menunggu kau di sana!” kata Tuty sambil menarik tangan Sarah supaya mengikutinya.
Sarah  menagatur langkah dengan hati berdebar-debar. Entah apa yang sedang berlaku saat ini. Apa sebenarnya yang sedang di rancangkan oleh mereka untuknya?
Lagu Happy Birthday terus berkumandang dinyanyikan oleh anak-anak yatim yang berada di dalam dewan itu sebaik saja Sarah melangkah masuk. Mereka menyanyi dengan penuh semangat diketuai oleh Jeffri, turut hadir sama ialah Pn. Hasnah dan semua warga Seri Permata.
Sarah menekup mulutnya, terkejut dan terharu dengan sambutan yang diberikan oleh mereka untuknya. Berlinangan air matanya kerana cukup terharu.
“ Terima kasih…terima kasih kerana meraikan majlis ini untuk Sarah…Sarah benar-benar menghargainya…”
“ Selamat hari jadi kak Sarah…” ucap kanak-kanak itu dengan suara riang.
“ Tahniah, Sarah!” ucap Pn. Hasnah sambil memeluk erat tubuh Sarah.
“ Terima kasih, ibu!” Sarah mengelap air matanya.
“ Ok…siapa punya idea ni?” tanya Sarah sambil merenung kek besar yang tertulis namanya dan juga nombor 26 menandakan hari ini genaplah usianya 26 tahun.
Semua kanak-kanak terus memandang ke arah Tuty dan Jeffri.
“ Tuty, Jeff….terima kasih, terima kasih banyak-banyak kerana bersusah payah menyediakan semua ini….tak lupa juga buat ibu, adik-adik kak Sarah dan semua warga di sini…terima kasih sekali lagi…”
“ Kami mahu kau bahagia Sarah… selama ini kau banyak berkorban dan menceriakan hidup mereka…” kata Tuty. Jeffri mengangguk perlahan, mengiyakan kata-kata Tuty.
“ Ok…siapa nak makan kek?” tanya Sarah.
“ Nak…..” semua kanak-kanak bersorak riang.
Mereka mula mengagihkan kek dan juga makanan sampingan.
“ Sarah… we have a special gift for you….open it!” Tuty menghulurkan satu kotak besar berbalut.
“ Wow….besarnya…jangan-jangan ada dinosaur kat dalam!” kata Sarah membuatkan beberapa orang kanak-kanak ketawa.
“ Baik, siapa nak bantu kak Sarah buka hadiah besar ni?”
Berebut-rebut kanak-kanak menawarkan diri untuk membantu Sarah membuka balutan itu. Sarah sendiri tak sabar untuk mengetahuinya. Mereka terus membuka balutan itu tapi makin di buka makin banyak kotak yang mereka keluarkan. Dan akhirnya Sarah mengeluh panjang.
I hope…this is the last one!”  kata Sarah apabila memengang kotak kecil berbalut sebesar kotak mancis. Dan dia benar-benar terkejut apabila mendapati hanya sebiji gula-gula berada di dalamnya. Semua kanak-kanak ketawa membuatkan Sarah menarik muka masam.
“ Siapa yang kenakan kak Sarah ni?” tanya Sarah sambil mencekak pinggang. Berpura-pura bersikap garang sedangkan hakikatnya dia sedikit pun tak kesah menerima hadiah itu.
“ Bukan kami…tapi abang Jeff dan kak Tuty…” Syikin bersuara mewakili rakan-rakannya.
“ Tuty…Jeff…” jerit Sarah geram.
Sorry… just for fun okay?” pujuk Tuty sambil tersengih.
Jeff nampak sedikit gelisah, beberapa kali dia dilihat melirik ke arah jam tangannya sebelum beredar pergi meninggalkan dewan.  Sementara kanak-kanak di situ masih lagi menikmati hidangan.
“ Sarah, yang tadi tu cuma intronya aje…kejap lagi Jeff akan bawakan hadiah yang paling istimewa untuk kau!” Tuty menghampiri Sarah. Di peluk bahu Sarah dengan erat.
“ Sarah!”
Satu suara yang begitu asing menusuk masuk ke telinga Sarah. Serta –merta Sarah menoleh ke belakang untuk melihat empunya suara itu. Seorang wanita anggun sekitar 50-an, memakai baju kurung dan bertudung sedang berdiri di sisi Jeffri sambil menghadiahkan senyuman untuknya dengan mata yang berkaca. Sebaik saja dia berhadapan dengan Sarah, segera tubuh Sarah di peluknya.
“ Siapa wanita ni?” tanya Sarah selepas pelukan di lerai. Takkanlah wanita anggun ini adalah ibunya yang di rindui selama ini.
Jeffri hanya diam membuatkan pertanyaan Sarah terus berlalu. Wanita itu terus menatap wajah Sarah sambil mengusap lembut wajah Sarah. Tuty pula tidak menyertainya, mungkin sengaja memberi peluang untuknya mengenali siapa wanita ini dalam hidupnya. Kenapa baru sekarang dia muncul?
“ Kenalkan ini Dr. Anisah….mak saudara Jeff!” Jeffri memperkenalkan siapa wanita itu.
“ Mak saudara Jeff?... apa kaitannya dia dengan Sarah?” Sarah mula rasa pening. Apa sebenarnya yang ingin disampaikan oleh Jeffri padanya.
“ Auntie Anislah yang sebenarnya mahu Jeff memberi khidmat di sini…apa saja yang Sarah ingin tahu, Sarah tanyakan saja pada auntie…dia ada jawapannya… Jeff minta diri!” terlopong mulut Sarah mendengar kata-kata Jeffri.
`Apa maksud Jeff yang dia boleh tahu apa saja dengan bertanya kepada makciknya?.. apa kaitan Dr. Anisah dengan dirinya?`
“ Sarah…lebih baik kita cakap di luar…auntie tahu banyak perkara yang sedang berlegar dalam fikiran Sarah sekarangkan?....auntie faham… nantilah auntie ceritakan apa saja maklumat yang auntie tahu….jom….” kata Dr. Anisah sambil mengenggam erat tangan Sarah.
“ Memang betul kata auntie… semua yang berlaku ni membuatkan Sarah bingung…” akui Sarah.
Dr. Anisah hanya senyum. Wajahnya nampak tenang. Melihat wajah wanita itu tenang, secara tak langsung kegusaran di hati Sarah turut berkurangan tapi debarannya tetap ada.
Mereka berdua memilih kerusi batu yang berada di bawah pohon ketapang di luar dewan. Sarah menarik nafas seketika, begitu juga dengan Dr. Anisah.
“ Auntie tak sangka akhirnya auntie dapat berjumpa semula dengan Sarah…itulah selepas 26 tahun berlalu. Allah tu Maha Berkuasa….memberi auntie peluang untuk memberitahu Sarah hal yang sebenarnya. Maafkan auntie kerana mengambil masa yang lama untuk menjelaskan semua ini walaupun hasrat ini tak pernah padam dalam di hati auntie. Hidup auntie tak akan tenang selagi hal ini tidak dijelaskan…”
Kenapa berbelit-belit sangat ceritanya?...
“ Sarah tak faham apa yang sebenarnya berlaku….apa kaitan auntie dengan Sarah…tolong jelaskan!... kepala Sarah bagaikan nak pecah kerana apa yang berlaku hari ini tak pernah Sarah jangkakan dan ia berlaku secara mendadak!”
Dr. Anisah terdiam. Lama dia memandang ke hadapan, mungkin menghimpun kekuatan untuk menjelaskan perkara yang sebenar atau pun sedang menyusun ayat supaya perkara yang  diberitahu itu dapat di sampaikan dengan jelas.
“ Sebenarnya….auntielah orang yang menghantar Sarah ke Rumah Anak Yatim ni 26 tahun yang lalu!” Dr. Anisah membuka mulut sambil pandangannya di lempar jauh. Perlahan-lahan dia mengesat kelopak mata yang mula bergenang.
“ Ya Allah!”
 Sarah benar-benar tergamam. Kedua tangannya menutup mulut menahan rasa terkejut.
“ Kenapa?” hanya itu yang mampu berada dalam fikirannya sekarang. Dia cuba menahan sebak yang mula bertandang. Pilu rasa hati hanya Allah yang tahu. Mereka yang mengalami nasib sepertinya sahaja yang merasai apa yang sedang dirasakan sekarang.
Kenapa?.... kenapa dia mesti di tempatkan di sini?...di mana orangtuanya ketika itu? Seolah-olah kehadirannya ke dunia ini bukan sesuatu yang mengembirakan ibunya…sanggup mengandungkan dia selama 9 bulan 10 hari tapi mencampaknya di sini selepas di lahirkan. Adilkan begitu?...di mana sifat kemanusian seorang perempuan yang bergelar ibu. Binatang pun tahu sayangkan anak tapi manusia…. begitu kejam sekali makhluk Allah itu. Dia akui, bukan dia seorang yang menerima nasib begini…beribu-ribu, bahkan lebih dari itu… hanya takdir yang menentukan hidup mereka selepas keluar dari rahim seorang ibu.
“ Sarah…biarlah auntie ceritakan perkara yang sebenarnya!” akhirnya Dr. Anisah bersuara. Kali ini nadanya kedengaran begitu lemah dan hiba. Sarah mula menelan liur. Terasa peritnya tengkuk untuk menerima kenyataan nanti.
“ Perkara ini berlaku 26 tahun yang lalu, ketika itu auntie bertugas di sebuah hospital. Di situ auntie mengenali seorang perempuan keturunan cina yang berusia dalam lingkungan 20-an yang sedang sarat mengandung dan bakal melahirkan anak bila-bila masa. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Mary Ann. Menurut Mary, anak yang sedang dikandungnya ketika itu adalah hasil hubungannya dengan seorang lelaki Inggeris bernama Micheal semasa dia bekerja sebagai pelayan di sebuah  kelab malam di Singapura. Teman lelakinya itu meninggalkannya dan pulang ke negara asal selepas mengetahui Mary mengandung, dan Mary pula tidak tahu apa-apa yang berkaitan dengan Micheal.
Mary yang kecewa dengan sikap teman lelakinya itu telah pulang ke Malaysia. Tapi sayang, kepulangannya tidak diterima oleh ahli keluarganya. Malah dia diusir oleh orangtuanya menyebabkan dia datang ke Kuala Lumpur mencari pekerjaan. Dia mula menyara hidup dengan melakukan pelbagai jenis pekerjaan semata-mata mahu menyara hidup. Satu hari, dia jatuh pengsan di tempat kerjanya dan di hantar ke hospital. Seminggu dia terlantar di hospital dan doctor telah mengesahkan yang dia tak dapat hidup lama. Auntie bersimpati dengan nasibnya dan mendoakan dia dapat meneruskan hidup demi anaknya. Ketika itulah dia berpesan kepada auntie agar memelihara anaknya supaya masa depan anaknya tidak terabai. Dia tidak mahu anak yang bakal lahir itu mengikut jejak langkahnya. Sehari selepas itu, Mary melahirkan seorang bayi perempuan yang cukup comel, putih dan bermata biru. Ada beberapa orang yang mahu mengambil bayi itu tapi Mary telah mengamanahkan anaknya itu kepada auntie  untuk di jaga”
Dr. Anisah berhenti seketika. Dia mengeluh perlahan cuba menahan sebak di dada.
“ Apa yang terjadi pada mak Sarah selepas  Sarah dilahirkan?” tanya Sarah.
“ Mak Sarah meninggal  dunia selepas melahirkan Sarah. Sebenarnya, auntie ingin menjaga Sarah seperti yang diamanahkan oleh Mary tapi auntie juga ada tanggungjawab pada keluarga dan juga kerja auntie. Tambahan pula suami auntie tidak membenarkan auntie menjaga Sarah, jadi auntie mengambil keputusan untuk menyerahkan Sarah pada rumah anak yatim di sini. Hjh Hasnah adalah kenalan auntie, jadi auntie memberi kepercayaan untuknya menjaga Sarah di sini. Rantai yang Sarah pakai sekarang adalah satu-satunya harta peninggalan mak Sarah untuk anaknya!”
Sarah makin sebak. Bergenang air matanya dan makin lama ianya terus mengalir laju. Memang betullah sangkaan dan tuduhan Hafiz terhadapnya selama ini. Dia adalah anak luar nikah yang tak tahu asal keturunan. Begitu malang nasib yang terpaksa di hadapinya.
“ Kenapa auntie tak pernah mencari Sarah selama ini?...kenapa baru sekarang?” Sarah menyapu air matanya sambil memandang wajah Dr. Anisah yang turut mengalir air mata.
“ Maafkan auntie, Sarah. Tiga bulan selepas auntie meninggalkan Sarah di sini, auntie mengikut suami auntie yang bertugas di New Zealand. Kami menetap di sana selama 10 tahun sebelum bertukar pula ke Australia. Baru 2 tahun yang lepas auntie pulang ke Malaysia dan auntie terus berhubung dengan Hjh Hasnah untuk mengetahui keadaan Sarah. Suami auntie baru saja meninggal dunia  5 bulan yang lepas akibat kompilasi pada jantungnya. Tapi percayalah….auntie gembira selepas Jeff beritahu auntie yang Sarah telah di pelihara dengan baik oleh sebuah keluarga dan kini sudah pun mendirikan rumahtangga!”
Dr. Anisah merenung wajah Sarah yang sudah lecun dengan air  mata. Tangan Sarah segera di capainya dan di genggam erat.
“ Auntie ada sesuatu yang nak diserahkan pada Sarah”
Dr. Anisah membuka beg tangannya yang berada di sebelah dan mengeluarkan satu sampul surat berwarna putih. Segera sampul itu diserahkan pada Sarah. Tanpa berlengah Sarah mencapainya dan membuka perlahan dengan perasaan berdebar-debar. Otaknya ligat bertanya, apakah isi kandungannya.
“ Gambar?”
Sarah merenung gambar lusuh di tangannya. Walaupun agak lusuh, tapi masih jelas lagi gambarnya. Lama juga dia merenung gambar itu.
“ Itu adalah gambar orangtua Sarah, Mary Ann dan Micheal. Mary menyerah gambar ni bersama loket yang Sarah pakai sehari sebelum dia melahirkan Sarah. Auntie terjumpa gambar ni semasa mengemas barang-barang lama. Kerana gambar ini juga auntie meminta Jeffri datang bertugas di sini semata-mata mahu menjejak Sarah!”
Sarah terus mengamati gambar itu. Senyumannya mewarisi senyuman Mary Ann dan wajahnya mewarisi wajah Micheal. Memang sahlah dia anak kacukan dari dua negara. Ramai kawan-kawannya dulu terkejut apabila mendengar dia fasih membaca al-Quran dan juga fasih berbahasa melayu walaupun rupanya adalah mat saleh.
“ Auntie benar-benar gembira dan bersyukur kerana impian Mary Ann telah terlaksana walaupun bukan auntie yang membela Sarah. Auntie menghargai apa yang dilakukan oleh keluarga angkat Sarah kerana mereka telah membimbing dan mendidik Sarah dengan baik. Kalau auntie yang menjaga Sarah, belum tentu auntie dapat melakukan yang terbaik buat Sarah…” kata Dr. Anisah.
“ Auntie, mungkin tahun ini adalah tahun yang amat bermakna dalam hidup Sarah… terima kasih auntie. Kerana auntie juga….Sarah hidup bahagia!” Sarah memeluk erat tubuh Dr. Anisah.
“ Nanti sampaikan salam auntie pada keluarga Sarah ya!” ucap Dr. Anisah sebelum berlalu pergi kerana ada perkara yang perlu diuruskannya.
 Sebaik saja Dr. Anisah pergi, sekali lagi Sarah merenung potret yang berada di tangannya. Dan ketika itu juga Tuty dan Jeffri datang menghampirinya.
*************


HAFIZ  sedang berdiri di balkoni biliknya semasa Sarah sampai di rumah dengan di hantar oleh Jeffri. Dari jauh dia mengamati sambil mengacip gigi. Geram dan rasa tak selesa bila melihat seorang lelaki begitu mesra bercakap dengan Sarah , malah siap menghantar ke rumah. Yang paling membuat dia benar-benar tak selesa bila melihat lelaki itu menghadiahkan jambangan bunga buat Sarah. Malah tangannya sempat mengusap lembut pipi Sarah. Dan Sarah hanya membiarkan! …. Ini tak boleh jadi! getusnya dengan rasa membara.
Tak sanggup rasanya untuk terus melihat adegan itu. Hafiz terus masuk. Dia menghempas punggungnya di katil.  Sebiji bantal di capai dan di peluknya erat sebelum dilemparnya ke satu sudut.
“ Sarah…!”
Entah kenapa nama itu mula bermain dalam fikirannya. Melihat kemesraan Sarah bersama lelaki lain membuatkan hatinya benar-benar rasa tak selesa. Cemburukah dia? Kenapa rasa itu perlu wujud?
Ah! Hafiz mendengus sambil bangun. Berjalan mundar mandir di sekitar biliknya. Perlukah dia bersemuka dengan Sarah?
Dan akhirnya dia bertekad. Kakinya segera menghayun ke bilik Sarah. Dia terus membuka pintu bilik Sarah tanpa mengetuknya kerana baginya tak ada salahnya kerana merasakan bilik itu adalah biliknya juga walaupun dia tidak mahu berkongsi apa-apa dengan Sarah.
Kosong!
Sarah tiada di biliknya tetapi beberapa ketika kemudian dia mendengar air pancutan di bilik air. Hafiz mula melilau di sekitar bilik itu. Mencari sesuatu yang boleh dijadikan bukti.
Jambangan bunga?  Baru dia ingat bahawa lelaki itu ada menghadiahkan jambangan bunga buat Sarah tadi. Tangannya segera mencapai jambangan mawar merah itu. Haruman bunga terus menusuk ke hidungnya dan sekeping kad di ambil di balik celahan jambangan itu.
Happy Birthday for 26th, wish you all the best!

Hafiz mencebik bibir selepas membaca ucapan yang tertulis di kad kecil itu.Dia meletak kembali jambangan bunga di atas katil dan berjalan ke arah meja  computer Sarah. Terdapat satu sampul surat yang mula menarik perhatiannya. Surat itu diambil dan dibukanya. Sekeping potert dikeluarkan dan dia terus merenungnya. Otaknya segera memfokus bahawa gambar itu adalah gambar kedua orangtua Sarah. Wajah Sarah begitu mewarisi wajah mereka Bagaimana dia mendapatkan foto itu kerana setahunya Sarah tak pernah mengenali dan mengetahui bagaimana rupa orangtuanya.
Hafiz duduk di kerusi sambil menghala ke arah laptop Sarah selepas meletakkan kembali gambar itu di tempat asalnya. Sebuah majalah yang berada di atas meja dicapai dan dibeleknya, seolah-olah sedang menunggu kemunculan Sarah.
Tumpuan Hafiz terus ke arah pintu bilik air apabila mendengar pintu itu di buka dari dalam. Saat itu juga matanya terpaku menatap tubuh Sarah yang baru melangkah keluar dari bilik mandi dengan hanya mengenakan tuala mandi berwarna biru tua separas dada hingga ke lutut. Rambutnya yang panjang melepasi bahu itu di balut dengan tuala lain. Hafiz terus terpaku di kerusi dan matanya tak lari dari terus menatap tubuh Sarah. Sepanjang dia hidup di bawah satu bumbung dengan Sarah, inilah kali pertama dia melihat keadaan Sarah begitu.
Sarah yang menyedari tumpuan mata Hafiz ke arah tubuhnya segera mencapai pijama yang tersangkut di dinding dan terus menyarung ke tubuhnya dalam keadaan kelam-kabut. Nasib baik dia sempat mencapai pijama, kalau tak terpaksalah dia menutup tubuhnya dengan kain selimut.
“ Abang Hafiz buat apa kat bilik Sarah ni?.... Nak geledah barang-barang Sarah ya!”
 Sarah memandang wajah Hafiz. Dia cuba bersikap setenang mungkin bila berhadapan dengan Hafiz. Tambahan pula dengan keadaan dirinya sekarang. Bohonglah kalau dia tak rasa apa-apa dengan kemunculan Hafiz ke biliknya ketika ini. Bagai nak pecah dadanya di saat matanya bertembung dengan pandangan Hafiz tadi. Dia belum bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan walaupun diakui bahawa lelaki yang berada di hadapannya bebas melakukan apa saja kerana hubungan mereka ternyata halal di sisi hukum agama.
“ Aku tak perlukan kebenaran untuk masuk ke bilik ni…” balas Hafiz dengan wajah berlagak membuatkan Sarah mendengus perlahan. Sombong.
“ Sarah, kau nampak cantik dan seksi dalam keadaan seperti tadi…aku suka!” kata Hafiz sambil mengukir senyum nakal. Matanya terus meneliti wajah dan penampilan Sarah, dari atas ke bawah. Sial betul! rungut Sarah.
“ Abang Hafiz!” Jerit Sarah dengan rasa geram.
“ Seksi juga kau ni ya!” Hafiz memandang wajah Sarah sambil menayang senyum nakal. Bahkan dia terus mengatur langkah ke arah Sarah membuatkan Sarah terpaksa mengundur langkah ke belakang hinggalah dia terpaksa bersandar pada dinding. Tiada ruang untuknya terus berundur.
“ Abang Hafiz nak apa sebenarnya?” tanya Sarah dengan bibir terketar. Benar-benar gusar kiranya Hafiz bertindak terhadapnya. Dia memang tak percayakan tindak tanduk Hafiz. Sentiasa di luar kawalannya.
“ Aku tak sangka kau juga mempunyai hobi yang sama seperti aku!” kata Hafiz sambil mendekatkan wajahnya ke wajah Sarah.
“ Maksud abang Hafiz?” Sarah memberanikan diri menatap wajah Hafiz.
“ Mengumpul lelaki sebagai bahan koleksi. Kau sepertinya ingin mencabar kewibawaan aku sebagai suami kau… tapi sayang, kau memang tak layak!” Hafiz tersenyum sinis.
Sarah segera mengalih tubuhnya agar tidak terus bersandar di dinding bila Hafiz menoleh ke belakang dan menuju ke tingkap.
“ Terpulang apa jua pendapat abang Hafiz….Sarah tak ada masa nak layan. Lagi pun setakat ini Sarah tak pernah mengganggu hidup abang Hafiz kan!” Sarah mendengus perlahan.  Sedikit pun dia tiada niat untuk mempunyai hobi seperti itu. Pandai-pandai aje si Hafiz ni menuduhnya tanpa usul periksa.
Sarah melangkah ke almari, ingin mengambil baju tapi langkahnya terhenti bila tiba-tiba tangannya di capai oleh Hafiz dengan kasar.
“ Kau kata kau tak pernah mengganggu hidup aku?...jangan buat lawaklah Sarah…selama kau berada dalam keluarga aku, kau dah banyak menyusahkan hidup aku, kau tahu. Jadi, mana boleh aku biarkan aje kau merampas dan mengambil hak aku?...aku tak akan biarkan keadaan ini berterusan…kau faham!” sergah Hafiz dengan wajah menyinga membuatkan Sarah benar-benar kecut perut. Tanpa sebarang amaran, tubuh Sarah yang kaku berdiri itu di tolak Hafiz ke katil.  Tubuh Sarah terus terlantar di atas katil.
Hafiz tersenyum. Puas hatinya kerana berjaya membuat Sarah mengalirkan air mata.
“ Ingat, jangan cuba sakitkan hati aku!” ugut Hafiz merenung wajah Sarah yang sedang mengesat air mata.
“ Dan lagi satu….jangan sesekali  mengadu pada mama atau papa tentang apa yang aku buat pada kau!”
Hafiz terus menuju ke pintu.
“ Oh ya!... aku rasa mama dan papa sudah lama menunggu kau di bawah…cepat turun!”
Hafiz terus berlalu pergi dan Sarah terus kaku di atas katil dengan linangan air mata.

**************

SARAH mendapatkan mama dan papanya yang sedang berada di ruang rehat di halaman rumah. Dia turun ke ruangan itu sebaik saja siap berdandan dengan hanya mengenakan blause labuh yang berlengan pendek yang bercorak bunga-bunga kecil.
“ Sarah….duduk sini sayang!” panggil Datin Ruzaini sebaik saja Sarah muncul di depannya. Datuk Syafiq Rahman menghadiahkan senyuman untuk Sarah sementara Hafiz tetap dengan lagak sombongnya. Tidak sedikit pun memandang ke arah Sarah. Dia nampak begitu berselera menikmati pengat pisang yang di buat oleh pembantu rumah.
“ Mama ada sesuatu yang nak diberikan pada Sarah!” Datin Ruzaini menghulurkan satu paper bag dan diserahkan pada Sarah.
“ Apa ni, ma?”
Sarah mengeluarkan baju panas yang berkait. Sangat cantik dan menarik.
“ Cantiknya, mama…Sarah suka, terima kasih mama!” Sarah segera mencium pipi mamanya.
“ Mama kait sendiri untuk Sarah…sebagai hadiah birthday untuk Sarah hari ini!” balas Datin Ruzaini.
“ Dan ini pula hadiah dari papa untuk Sarah!” kali ini giliran Datuk Syafiq Rahman pula mengulurkan satu hadiah kecil.
“ Terima kasih, papa!”
Sarah terus membuka kotak itu dan mengeluarkan seutas jam tangan berjenama.
“ Hafiz…mana hadiah untuk Sarah?”
Hafiz agak terpingga-pingga sebaik saja mendengar pertanyaan mamanya, nasib baik dia tidak tersedak semasa memasukkan pengat pisang ke dalam mulut tadi.
“ Er…”
“ Apa kata malam ni kita dinner kat luar…Sarah belanja sebab mama dan papa dah berikan hadiah ni untuk Sarah…lagi pun dah lama kita tak keluar dinner bersamakan!”
Sarah membuka mulut. Tidak mahu membiarkan Hafiz dalam keadaan serba salah. Silap hari bulan pasti dia akan dileteri oleh orangtuanya. Dia tak mahu hal itu menjadi satu isu untuk Hafiz menyalahkannya.

*************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...