Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 27 July 2012

Di Penghujung Rindu 12



 
Bab 12

S
ARAH menghenyakkan punggung di kerusi sambil mengeluh. Kecuaian Hafiz  menguruskan projek di Rawang  menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kerugian berjuta ringgit. Mesyuarat yang diadakan pagi tadi untuk membincangkan hal itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Tambahan pula Hafiz tidak muncul. Entah ke mana dia menghilangkan diri. Sepatutnya dia tampil untuk menyelesaikan masalah yang sememangnya berpunca dari dia.  Mana Sarah tahu yang Hafiz menguruskan projek itu sambil lewa sahaja sedangkan sebelum ini beria-ria dia berjanji untuk melaksana dan menguruskannya dengan sebaik mungkin. Semalam dia sempat melihat Hafiz keluar membeli belah bersama seorang gadis sewaktu dia singgah sekejap di Sogo.
“ Puan Sarah, En. Hafiz baru saja sampai di pejabat. Dia ada di biliknya sekarang”
Suara Marina kedengaran di intercom. Terlebih dulu dia telah memesan kepada Marina supaya memberitahunya kalau Hafiz datang ke pejabat.
“ Terima kasih, Rina…”
Sarah mengeluh lega. Sekurang-kurangnya hari ini dia akan dapat bersemuka dengan Hafiz. Apa yang harus dia katakan bila Datuk Syafiq Rahman bertanya akan hal ini? Kalau boleh dia tak mahu melihat atau mendengar dua beranak itu bertekak.
`Ah! lebih baik aku uruskan apa yang patut. Tak ada kesudahannya kalau aku asyik nak fikirkan hal ni`
Sarah kembali memfokuskan pada kerja yang terbengkalai sejak dari tadi sedangkan sebagai seorang CEO , banyak bebanan tugas terletak di bahunya.

**********

SARAH terus menerjah masuk ke bilik Hafiz ketika lelaki itu sedang bercakap di telefon. Dia agak tercengang apabila melihat Sarah muncul di biliknya dengan mata yang berkaca. Hafiz segera mematikan talian dan melangkah ke arah Sarah yang sedang kaku di tepi meja.
What is going on?” tegur Hafiz sedikit panik dan agak kelam-kabut.
Pertanyaan Hafiz tidak dijawab oleh Sarah, sebaliknya esakan tangis Sarah semakin kuat kedengaran di telinga Hafiz. Hafiz jadi hilang punca. Apa yang perlu dia lakukan sekarang untuk memujuk Sarah. Lama Hafiz merenung wajah Sarah yang masih menangis teresak-esak tanpa diketahui apa puncanya. Takkanlah kerana kesilapannya menguruskan projek di Rawang tu, Sarah dimarahi papa!
Perlahan-lahan tubuh Sarah yang berdiri itu di hampiri. Tangannya memegang  kedua bahu Sarah.
“ Kenapa ni?” tanya Hafiz lembut.
Sarah terus membenamkan tubuhnya ke dada bidang Hafiz yang ternyata benar-benar panic. Tak pernah sekali pun dia mengalami situasi itu ketika bersama Sarah. Namun dia tetap berusaha memujuk Sarah agar berhenti dari menangis. Dia juga turut memeluk tubuh Sarah. Buat seketika mereka terus begitu.
“ Hafiz….you….”
Seorang gadis tiba-tiba membuka pintu bilik Hafiz tanpa mengetuk terlebih dulu dan ternyata dia amat terkejut melihat adengan itu. Hafiz sedang berpelukan dengan gadis lain! Oh…Tidak…..
“ Sampai hati you buat I macam ni…” gadis itu terus bersuara dengan wajah tegang.
Sarah segera melepaskan pelukannya. Hafiz juga begitu.
“ Tina….Tina…tunggu dulu…” kata Hafiz.
Belum pun sempat Hafiz mahu menjelaskan keadaan sebenar, Tina sudah berlari keluar dengan wajah tegang.  Hafiz terus melurut rambutnya. Sarah terus keluar dari bilik itu sambil mengukir senyuman tanpa mempedulikan wajah Hafiz yang dilanda resah.
Sewaktu Sarah masuk ke biliknya semula, senyuman masih terukir di bibirnya. Memang dia sengaja berlakon dan merancang kejadian tadi apabila mengetahui kemunculan seorang gadis untuk bertemu Hafiz. Pada fikiran Sarah, pasti gadis itu salah seorang dari teman wanitanya. Jadi, dia telah berpakat dengan Marina untuk mengenakan Hafiz dan gadis itu, sekadar memberi pengajaran. Marina yang sememangnya maklum dengan sikap Hafiz segera bersetuju dengan saranan Sarah. Gadis itu di benarkan masuk selepas beberapa minit Sarah berada di bilik Hafiz. Kini, Sarah puas dan lega.
“ Sarah!”
Sarah tersentak, hilang senyuman mengenangkan apa yang terjadi sebentar tadi. Hafiz muncul di hadapannya tanpa mengetuk pintu dan wajahnya nampak tegang.
“ Dah dapat kejar gadis tu atau si dia terlepas pergi?” tegur Sarah sambil mengukir senyum sinis.
Hafiz menghampiri meja Sarah. Tajam matanya merenung wajah Sarah yang nampak begitu tenang.
What do you mean?” tanya Hafiz.  Sengaja dia bertanya begitu sedangkan tadi dia sempat melihat senyuman terukir di bibir Sarah apabila melihat Tina berlalu pergi.
“ Bagaimana dengan lakonan Sarah tadi, berkesan tak?....sebenarnya, Sarah tak berniat nak mengganggu hubungan abang Hafiz dengan mana-mana perempuan kerana kita sudah berjanji tak akan mengganggu urusan peribadi masing-masing. Tapi Sarah cuma nak ingatkan…tolong hormati  pejabat ini….jangan biarkan sesuka hati aje perempuan yang tidak berkenaan muncul di pejabat ini. Jangan buat staff kat sini bergosip pasal abang Hafiz sedangkan mereka tahu kita adalah suami isteri. Dan satu lagi…abang Hafiz harus ingat, yang satu hari nanti…syarikat ini akan jadi milik abang Hafiz. Sepatutnya abang Hafiz cuba tonjolkan peribadi yang baik , barulah semua orang akan respect kat abang Hafiz. Personal is personal ….tapi jangan abaikan urusan abang Hafiz di syarikat ini.  Sedikit saja kesilapan…risikonya terpaksa kita tanggung…bukan aje abang Hafiz…tapi ini melibatkan semua orang yang berada di syarikat ini…. Sarah tak nak papa susah hati kalau apa-apa terjadi kat syarikat ni…!”  kata Sarah sambil memusing pen yang berada di tangan.
Hafiz meletakkan kedua tanganya di atas meja sambil membongkokkan badannya supaya dapat bertentangan dengan wajah Sarah.
“ Jadi….kau nak kawal semua keadaan?...ok…kawallah…aku sikit pun tak hairan!” kata Hafiz dengan wajah tegangnya membuatkan Sarah menelan liur. Kecut perutnya menangani situasi itu. Bimbang kalau Hafiz bertindak di luar batasan. Bukan dia tak pernah lakukan pada Sarah dulu.
“ Oh ya!...aku sepatutnya berterima kasih pada kau atas lakonan hebat kau tadi…cukup berkesan sehingga si Tina tu percaya yang  aku tak pernah cintakan dia…sebelum ni, aku dah cuba bermacam cara untuk menjauhinya tapi tak dapat. Perempuan tu seperti chewing gum…melekat….susah nak ditanggalkan. Dan nampaknya kau memudah kerja aku dan memberi peluang untuk aku mencari pengganti baru. Tugas kau…cuba fikirkan lakonan yang bagaimana mahu kau persembahkan nanti…ha…ha….ha….”
Hafiz terus keluar dari bilik Sarah sambil tergelak kecil. Nampaknya dia sedikit pun tak kesah dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Keadaan ini membuatkan hati Sarah tiba-tiba jadi panas. Tanpa sedar, pen dakwat basah yang berada di tangannya di patahkan menyebabkan dakwatnya  terpercik keluar mengena baju dan mukanya.
Sarah bertempik.
Nasib baik dia bukan keturunan Hulk…kalau tak dah lama tubuhnya bertukar jadi warna hijau dan mengembang.!  Kalau bajunya koyak rabak…. oh! seksi….., nanti dia juga yang malu bila semua orang memandang ke arahnya. Argh…..tak  boleh   jadi!  Fikir yang lain….

**************

JACKY memeluk erat lengan Hafiz semasa mereka keluar bersama membeli-belah. Hafiz hanya mengikut kehendak gadis itu tanpa banyak soal. Fikirannya ketika ini sarat mencari idea bagaimana harus mendekati Alice, seorang model yang baru diperkenalkan oleh Zamani. Menurut Zamani, Alice baru saja pulang ke Malaysia selepas 2 tahun menetap di sana untuk mengembangkan bakatnya sebagai seorang model.
Tiba-tiba matanya terpandang ke arah Sarah dan Tuty yang ketika itu sedang asyik berbual bersama seorang lelaki di hadapan sebuah stokis. Nampak begitu erat sekali hubungan mereka. Hafiz mengetap bibir melihat begitu riang Sarah bergelak ketawa.
“ Fiz…”
“ Fiz, are you okay?”
Jacky menggoncang lengan Hafiz, sedari tadi lelaki itu tidak memberi perhatian padanya. Sebaliknya tumpuan Hafiz pada gadis yang sedang berbual di satu sudut.
“ Siapa gadis tu?” soal Jacky sambil memandang gadis yang di pandang oleh Hafiz.
“ Siapa?” tanya Hafiz balik. Berpura-pura tidak faham  siapa yang dimaksudkan oleh Jacky.
“ You jangan berpura-pura dengan I lah…tu, sejak tadi you asyik pandang kat gadis mat saleh tu…ingat I tak tahu…” rengus Jacky.
“ Boleh tak you jangan mempersoalkan apa yang I buat…!”
 Hafiz mendengus dan terus melangkah laju meninggalkan Jacky. Terpaksalah gadis itu mengejar langkah Hafiz dengan kalut. Maklum saja, sukar baginya untuk mengejar langkah Hafiz dengan memakai kasut tumit tinggi dan skirt ketat.
Hafiz menghantar Jacky hingga ke muka pintu apartment gadis itu. Pada mulanya dia tidak berniat untuk masuk tapi atas gesaan Jacky, dia akur.
“ You duduk dulu…I ambilkan minuman untuk you…I tahu, kalau you pulang , tak ada sesiapa yang menunggu you di rumahkan….” kata Jacky.
Hafiz melabuhkan punggung di sofa. Betul juga kata Jacky. Kalau dia balik pun bukannya ada sesiapa di rumah kecuali hari minggu. Itu pun jarang dia bersua muka dengan Sarah. Dan tak ramai juga kawan yang tahu dan menyedari bahawa dia sebenarnya sudah berkahwin. Untuk apa dia menghebohkannya, bukan dapat apa-apa faedah pun.
Jacky muncul semula dengan membawa 2 tin minuman berperisa sarsi.
“ Minumlah…” pelawa Jacky.
“ Panaskan?...maaflah…aircond tak berfungsi sejak semalam. I dah pun call orang untuk datang baiki tapi sampai sekarang tak nampak batang hidungnya” kata Jacky sambil membuka jaketnya dan di lemparkan di sofa sebelahnya.
Hafiz hanya melihat tindakan Jacky. Dia dapat membaca tindakan gadis itu. Sengaja mahu menarik perhatiannya.
Hafiz melirik jam tangannya dan dia mula rasa gelisah bila Jacky bangun dari sofa dan menghampirinya.
“ Fiz, you tahukan yang I sayangkan you!” Jacky sudah menempel di sisi Hafiz dengan gaya manja. Sebaliknya Hafiz cuba menolak tangan Jacky yang melingkari tubuhnya.
“ Kenapa?...tiba-tiba aje you nak mengelak dari I?” getus Jacky sedikit meradang.
Jacky mendongak bila Hafiz tergesa-gesa bangun. Dia mengetap bibir menahan rasa. Sangkanya dia akan berjaya menawan hati dan tubuh lelaki itu. Sudah lama dia berangan untuk bersama Hafiz kerana selama ini dia hanya memberi layanan untuk lelaki tua.
“ I harap kita tak akan jumpa kerana I tak mahu terikat atau ada kena-mengena dengan you lagi…I tahu orang Datuk Izzat sentiasa ada memerhati you…jadi lebih baik you berhati-hati supaya you tak menyesal suatu hari nanti…” kata Hafiz.
“ Fiz…I memang nak tinggalkan lelaki tua tu…you ingat I suka sangat melayan kehendak dia?...I terpaksa…” balas Jacky.
So…tinggalkan dia!” semudah itu Hafiz memberi cadangan.
“ Tapi I perlukan sokongan dari you kalau I mahu mulakan hidup baru…” rayu Jacky. Dia bimbang sekiranya apa yang dia lakukan sekarang ini diketahui oleh orangtuanya. Pasti mereka malu dan menyesal menerima duit  yang diperolehi dari Datuk Izzat. Lagi pun sampai bila dia nak hidup dengan cara begini. Tak ada masa depan dan tiada jaminan hidup. Yang ada hanya dosa dan maksiat.
“ You perlu cari orang lain kalau nak mulakan hidup baru…I bukan orangnya….”
“ Hafiz…”
“ I terpaksa pergi.. mulai sekarang anggap aje kita tidak pernah kenal… selamat tinggal”
Begitu mudah dia memutuskan hubungan dan dia memang tak pernah ambil peduli kerana baginya dia bebas berkawan. Menjadi prinsip hidupnya….berkawan biar seribu, tak kira lelaki mahu pun perempuan walaupun hakikatnya kawannya itu jarang yang ikhlas terhadapnya. Kebanyakannya suka mengambil kesempatan kerana menyedari bahawa Hafiz tidak pernah lokek untuk berbelanja. Bak kata pepatah…ada wang ramai yang datang menayang,… bila dah tak ada wang, diri pula yang melayang.

***********

SARAH terus balik ke pejabat selepas selesai selesai urusannya di luar. Dan hari ini dia masih ada 2 temujanji. Sarah terus melangkah menghampiri meja Marina. Nampaknya gadis berusia 25 tahun itu begitu khusyuk menaip sesuatu di komputer tanpa menyedari kemunculan Sarah.
“ Rina….”
“ Ya Pn. Sarah….maaf, saya tak sedar yang Pn. Sarah dah balik!” Marina kelam kabut mengadap wajah Sarah yang sedang mengesat peluh di wajahnya. Suasana panas di luar menyebabkan dia berpeluh-peluh.
“ Tak mengapa…ada apa-apa yang penting untuk saya selain dari 2 appoinment yang awak sebut pagi tadi!” Sarah meneliti beberapa keping surat yang berada di atas meja Marina.
“ Er…Datuk Daniel ada kat dalam bilik Puan!” serba salah pula Marina memberitahu. Takut dimarah kerana membuat keputusan sendiri membenarkan tetamu itu berada di bilik bosnya.
“ Siapa?” soal Sarah kurang jelas kerana perhatiannya lebih kepada isi kandungan surat yang baru di bukanya. Mungkin surat ini baru sampai dan Marina tak sempat letak di atas mejanya.
“ Datuk Daniel!” beritahu Marina.
“ Pada mulanya saya minta dia tunggu di ruang rehat tapi dia berkeras mahu menunggu Pn. Sarah di dalam bilik. Saya minta maaf…” wajah Marina sedikit pucat.
“ Tak mengapalah…tapi ingat, lain kali jangan benarkan sesiapa masuk ke bilik saya kalau saya tak ada!” akhirnya Sarah bersuara. Bukan salah Marina, jadi tak perlulah dia marahkan gadis itu.
Sarah membuka pintu biliknya dan terus melangkah masuk. Kakinya terus di atur ke satu ruang yang menempatkan satu set sofa kulit buatan dari Itali. Seorang lelaki nampak begitu santai menyandarkan badannya di kerusi sambil membaca majalah.
“ Sarah!” ujar lelaki itu sambil melempar senyum dan berdiri menyambut kedatangan Sarah.
“ Maaf kalau I datang ke sini tanpa membuat appointment terlebih dulu dan masuk ke bilik you ni tanpa izin…” kata lelaki yang berusia awal 40 an itu. Masih segak dan bergaya mengenakan suit hitam yang berjenama terkenal.
“ Tak mengapalah Datuk…lagi pun I percayakan Datuk!” Sarah melabuhkan punggung di sofa, diikuti oleh Datuk Daniel.
“ Dah lama tunggu?” tanya Sarah.
About 20 minute….secretary you pun dah siap hidangkan minuman untuk I!” balas Datuk Daniel mesra.
“ I ingatkan appointment kita minggu depan…ada apa-apa perubahanke?”
Dahi Sarah berkerut. Memang dia ada temujanji dengan lelaki itu untuk membincangkan satu projek dan temujanji itu adalah minggu depan, tapi kenapa dia tiba-tiba muncul?
“ Tak bolehke kalau I datang semata-mata untuk berjumpa dengan you…menatap wajah you….lagi pun dah lama kita tak jumpa….I rindukan you!” kata-kata Datuk Daniel membuatkan mata Sarah terus membulat.
“ Datuk! Datuk sedar tak apa yang Datuk cakapkan ni?” bentak Sarah geram. Dia sudah tak peduli siapa lelaki itu. Memang lelaki tak sedar diri. Rungutnya geram. Bukan dia tak tahu perangai lelaki itu. Pandai menggoda dan bermulut manis tapi jangan ingat dia akan mudah terpedaya. Lagi pun dia kan dah berkahwin dan lelaki itu juga tahu hakikat itu.
Datuk Daniel tiba-tiba melepas tawa. Seronok pula melihat wajah gadis di hadapannya sudah merah padam. Tapi hatinya mengakui, dia tertarik pada gadis muda itu. Selain dari memiliki wajah yang sempurna, dia juga seorang ketua yang hebat. Mampu mentadbir sebuah syarikat besar dan pada pengamatannya gadis ini boleh pergi lebih jauh lagi.
“ Apa ni sayang?...cepat sangat melatah!” Datuk Daniel masih lagi mengusik.
“ Datuk!” sergah Sarah dengan suara yang lebih tegas.
“ Ok….jangan marah…nanti muka you tu cepat berkedut!” lelaki itu tak habis-habis mengusiknya membuatkan Sarah menarik nafas panjang. Tak kuasa nak melayan kerenah lelaki yang dianggap miang itu.
Sarah merenung seketika wajah lelaki itu.  Bukannya dia tak kenal siapa Datuk Daniel. Seorang duda yang telah berkahwin dua kali.  Bekas isterinya bukan calang-calang orangnya, yang pertama adalah anak orang kenamaan dari kerabat di raja dan yang kedua adalah gadis muda yang telah pernah menjadi model di luar negara, anak seorang berpangkat Tan Sri. Dan lelaki ini sendiri adalah orang yang cukup berpengaruh dalam bidang keusahawanan dan juga memiliki syarikat di dalam dan luar negara. Kenalannya juga ramai, tak kira bangsa termasuk ahli politik, professional mahu pun golongan artis. Sebab itu tidak hairanlah kalau dia pernah di lihat berdampingan dengan beberapa artis terkenal di dalam majalah.
Actually, I datang ke sini sebab I ada urusan dengan  Datuk Syafiq…terlanjur I sampai di sini…I datang jumpa you!” akhirnya Datuk Daniel mula bersikap serius.
Sarah mengangguk perlahan.
So…apa yang boleh I bantu?....atau Datuk nak kita bincangkan sekarang pasal projek tu…ok, juga sebab sekarang ni I free dan lepas tengahari nanti I ada 2 appoinment…
“ Hmm…idea yang bagus…why not kita proceed sekarang!” Datuk Daniel turut bersetuju  dengan kata-kata Sarah walaupun dia memang tak berniat untuk membincangkannya hari ini.
“ Nanti I call secretary I dan En. Hafiz…rasanya bilik ini pun sesuaikan!”
No problem!” Datuk Daniel memang tak kisah akan hal itu.
“ Sarah!” Datuk Daniel menyebut nama Sarah selepas Sarah selesai menghubungi Marina untuk memaklumkan tentang urusan itu.
“ Ya, ada apa Datuk?”
“ Sebenarnya, I kagum dengan you. You merupakan salah seorang ahli businesswoman yang berjaya dan berbakat pernah I kenal…tapi I nak ingatkan you, jangan terlalu serius terhadap sesuatu perkara sahaja… suatu hari nanti you akan kehilangan sesuatu yanga amat bermakna dalam hidup you!” Datuk Daniel merenung wajah Sarah.
Sarah diam. Dia turut membalas pandang wajah lelaki itu seketika. Cuba mencari sesuatu di balik kata-kata itu. Dan ternyata wajah lelaki yang ceria tadi bertukar mendung seperti ada menyimpan sesuatu.
“ Apa maksud Datuk?” berkerut dahi Sarah yang masih merenung wajah Datuk Daniel yang mula mengukir senyum tawar.
“ Suatu hari nanti you akan faham apa yang I ucapkan tadi…I harap you tak akan terlewat untuk menyedarinya!” begitu mendalam kata-kata itu membuatkan hati Sarah jadi tak tenang. Seolah-olah dia bakal kehilangan sesuatu.
Let`s forget…lupakan aje apa yang I cakap tadi…” Datuk Daniel tak mahu Sarah terus memikirkan kata-katanya. Kesian pula melihat wajah Sarah yang mula resah memikirkan kata-katanya itu. Tambahan pula dengan kemunculan Marina dan Hafiz ke bilik itu segera mematikan perbualan mereka.
“ Datuk…” Hafiz menghulurkan tangan dan bersalaman.
“ Ok…I tak nak buang masa sekarang…apa kata kita mulakan dari sekarang!” kata Datuk  Daniel.
Perbincangan antara mereka berjalan hampir sejam setengah jam akhirnya  mencapai kata sepakat.
“ Rasanya tak ada apa lagi yang nak kita bincangkan…apa-apa hal …I akan contact you untuk urusan yang seterusnya. Lagi pun I masih ada urusan …” kata Datuk Daniel berpuas hati dengan perbincangan tadi.
“ Ya…terima kasih Datuk…kalau ada apa-apa perkembangan, pihak kami akan segera menghubungi Datuk!” Hafiz bersuara.
Hatinya tak tenang mengenangkan sikap lelaki itu. Sejak dari awal perbincangan, tumpuannya lebih kepada menatap wajah Sarah sehingga membuatkan hatinya resah.
“ Oh ya….minggu depan I ada buat makan-makan sikit ….maksud I party, you berdua di jemput hadir dan tak lupa juga pada secretary you yang cantik manis ni!” tersenyum simpul Marina bila di puji. Memang Marina cantik dan manis orangnya. Dia baru saja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya dua bulan yang lepas.
“ Ini kad jemputan untuk you bertiga…jangan tak datang pulak!” Datuk Daniel mengeluarkan 3 keping sampul surat dan diserahkan pada mereka bertiga.
“ Hafiz, jangan asyik fikirkan soal kerja saja….sesekali ajaklah Sarah ni bercuti, bercuti ni boleh merapatkan hubungan suami isteri!” usik Datuk Daniel membuatkan Sarah terdiam dan Hafiz pula hanya menayangkan senyuman.
“ Ya…itu satu cadangan yang baik, nantilah kami fikirkan!” balas Hafiz.
“ I balik dulu…jangan lupa datang….” pesan Datuk Daniel sebelum beredar pergi.
“ Pn. Sarah…..saya keluar dulu!” Marina memohon diri.
Sarah kembali ke kerusi dan melabuhkan punggungnya di situ. Tangannya membuka sampul surat pemberian Datuk Daniel tadi.
“ Sarah, kau boleh pergi ke parti tu tapi jangan sesekali kau pergi bersama lelaki yang bernama Zakri atau pun Jeff…aku tak suka!” tegas Hafiz.
“ Tak ada masalah…apa kata abang Hafiz aje yang temankan Sarah…” balas Sarah sambil tersenyum. Sengaja ingin menduga lelaki itu.
` Hafiz? nak keluar bersamanya?...mimpi aje…` Sarah tersenyum.
“ Aku akan pergi ke party  Datuk tu, tapi bukan dengan kau…apa kelasss….” ejek Hafiz sambil menjeling tajam.
`Apa kelasss kau kata?...ingat perempuan yang kau kepik ke hulu dan ke hilir tu  high class?...low class ade le!`
“ Sarah pun tak ada niat nak pergi dengan abang Hafiz…Sarah akan minta Tuty temankan Sarah atau Sarah pergi aje dengan mama dan papa!” tempelak Sarah sambil tersenyum.
Whatever!” balas Hafiz yang masih berlagak sombong.
“ Aku keluar dulu!” Hafiz terus berlalu pergi. Sarah hanya mampu memandang sambil melepaskan keluhan.
`Sampai bila hubungan mereka akan terus begini?` detik Sarah sambil menyandarkan kepala di kerusi sebelum memejam mata. Sulitnya hidup!

*************

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...