Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 28 July 2012

Antara aku dan dia 12




Bab 12
TAHNIAH Man atas pertunangan kau…nampaknya kau dah berjaya lupakan Sarah!” Adi menepuk  beberapa kali bahu Luqman. Ketika itu mereka keluar minum petang  2 hari selepas Luqman bertunang.
“ Aku sendiri pun tak sangka yang Helyna terima pinangan orangtua aku. Tapi aku tahu dia terima pinangan tu  kerana dia tak mahu mengecewakan hasrat orangtua kami. Sekarang…aku akui aku gembira kerana akhirnya dia menjadi tunangan aku tapi aku tetap tak dapat lupakan Sarah sepertimana dia tak dapat melupakan bekas kekasihnya, Shahrul!” kata Luqman.
“ Maksud kau tunang kau tu pernah cintakan lelaki lain sebelum bertemu dengan kau!” Luqman mengangguk perlahan, mengiyakan telahan Adi.
“ Aku tak tahu kisah yang sebenarnya tapi setakat yang aku tahu lelaki itu pergi tinggalkan dia dan sampai sekarang Helyna belum dapat melupakannya. Aku rasa aku perlu tahu kisahnya yang sebenar agar aku dapat mengubati kelukaan di hatinya…aku tahu apa yang dia rasa kerana aku juga merasainya!” kata Luqman membuatkan Adi tersenyum.
“ Hmmm….penangan Sarah memberi kesan yang teruk pada kau ya…tak sangka pulak aku yang kau ni jenis lelaki setia..ingatkan kau dah bertukar jadi mat romeo lepas Sarah tinggalkan kau dulu….yalah…aku kira cinta kau pada Sarah hanya hangat-hangat tahi ayam…hanya mampu bertahan sehingga setahun dua…rupa-rupanya dah sampai 15 tahun kau tunggu dia…aku memang tabik spring kat kau, Man!” kata Adi. Betul-betul tak menyangka bahawa Luqman sanggup menunggu Sarah sehingga berbelas-belas tahun, tapi sampai sekarang tak nampak hasilnya. Timbul pula rasa simpatinya pada Luqman. Nasib baik dia sudah bertunang, sekurang-kurangnya ingatannya pada Sarah akan hilang sedikit demi sedikit.
“ Apa kata hujung minggu ni kau datang rumah aku, ajak anak isteri kau…bolehlah kau berkenalan dengan orangtua aku…lagi pun aku ada menjemput Helyna dan Iskandar sama” pelawa Luqman mengingatkan dia rancangan  untuk mengadakan BBQ di perkarangan rumahnya hanya untuk orang-orang yang rapat dengannya sahaja.
“ Bagus juga tu…tak sabar rasanya aku nak lihat wajah tunang kau…pasti orangnya cantik manis…agak-agak ada macam rupa Sarah tak!” usik Adi sambil tergelak.
“ Aku rasa mereka  berdua ada sedikit persamaan….itu yang membuatkan aku tertarik pada Helyna…”
“ Helyna tu macam Sarah ke?...tembam dan cute!....kalau tak, kau tak akan terpikat….itukan citarasa kau…” Adi masih lagi menyakat Luqman. Memang pada awalnya dia agak pelik kenapa Luqman boleh terpikat pada Sarah tapi ternyata dia juga turut meminati Sarah dalam diam. Ada sesuatu yang istimewa pada diri Sarah yang tiada pada orang lain. Hanya dia dan Luqman yang merasainya.
“Tak adalah… aku tertarik padanya sebab penampilan dia, sopan dan dia bersifat lebih kewanitaan…dan yang paling penting  senyumannya mengingatkan aku pada Sarah!” Luqman tersenyum. Terbayang senyuman manis Helyna sebelum dia membuat keputusan untuk menerima pinangan dari orangtuanya.
 Adi menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan telefon yang sedang berdering. Luqman hanya memerhati dan mendengar perbualan ringkas Adi dengan seseorang.
Wife kau?”
“ Ya…aku terpaksa balik sekarang. Isteri aku cakap anak sulung aku demam, kena bawa pergi klinik…memang anak sulung aku tu badannya lemah sikit, selalu aje demam…” beritahu Adi.
“ Elok kau bawa dia pergi hospital…check betul-betul, takut ada apa-apa penyakit yang serius pulak…kalau setakat demam biasa tak apa!” Luqman memberi saranan.
“ Ya…aku pun fikir macam tu…thanks ya…aku balik dulu!” kata Adi yang bersedia untuk beredar.
“ Aku pun nak balik…nanti aku call kau…tanya perkembangan anak kau…jumpa lagi!”
Luqman menuju ke tempat keretanya di parkir. Sebaik saja dia melangkah masuk ke dalam kereta, matanya tertumpu pada telefon bimbitnya yang berada di kusyen kereta.
“ Nasib baik tak hilang”
 Luqman mencapai telefonnya. Dia bersyukur kerana telefonnya masih ada. Maklumlah sekarang ni ramai pencuri yang suka memecah masuk ke dalam kereta dan mengambil barang-barang berharga. Sangkanya tadi telefonnya tertinggal di rumah tadi.
“ Aik…3 missed called…semuanya dari Jeffri, apa yang dia nak…” Luqman bercakap sendiri dan mendail nombor telefon temannya itu. Selepas bercakap seketika, talian di putuskan.
Enjin keretanya di hidupkan, entah kenapa tiba-tiba nama Helyna muncul dalam fikirannya. Segera nama Helyna di cari. Dia mengetuk-ngetuk perlahan streng kereta sementara menanti panggilannya berjawab.
“ Hello, Assalamualaikum!”
Luqman tersenyum. Gembira kerana panggilannya di sambut.
“ Waalaikumussalam….you kat mana sekarang?” soal Luqman sebaik sahaja mendengar suara Helyna. Senyuman menghiasi bibirnya.
“ En. Luqman, you baru aje jadi tunang I  dua hari, tapi dah bersikap macam suami I…nak tahu kat mana I sekarang…apa I buat….I tak suka!” terkedu seketika Luqman mendengar rungutan Helyna. Setiap kali dia cuba menghubungi Helyna, dia hanya di sambut dingin. Untuk memujuk hatinya ini, dia cuma menganggap jawapan Helyna itu adalah jawapan yang biasa.
Sorry, I tak ada niat begitu…I cuma nak bertanya khabar dan ambil berat pasal you…salahke?...walaupun kita bukan suami isteri atau pun tunang, …kan dalam Islam, kita di galakkan merapatkan hubungan silaturrahim sesama Islam selagi tidak berlandaskan kepada hawa nafsu!” kata-kata yang diberikan oleh Luqman membuatkan Helyna terdiam. Memang di akui dia bersikap agak keterlaluan sedangkan Luqman tidak berniat jahat. Lelaki itu hanya mengambil berat tentang dirinya. Mungkin dia berlebihan kali ini.
“ I minta maaf kalau kata-kata I tadi agak keterlaluan….maaf sekali lagi…I tak ada niat nak mengecilkan hati you!” Helyna memohon maaf.
Luqman mengukir senyum. Dalam diam dia memuji sikap Helyna, ternyata dalam ketegasan hatinya masih tersimpan kelembutan.
So… you ada kat mana sekarang?” soal Luqman. Dia tak mahu memanjangkan lagi isu itu.
“ I kat rumah, tengok tv sorang-sorang…kenapa? Nak temankan ke?” Helyna mengusik. Luqman yang agak terkejut dengan pertanyaan Helyna segera ketawa. Dia tahu gadis itu sedang bergurau.
“ Boleh juga…you tak kesahke?” Luqman mengusik sambil tersenyum. Ingin mengetahui sejauh mana jawapan yang bakal di terima. Kalau gadis itu adalah Mellisa, pastinya dia bersorak riang.
“ Nak cari nahas…nanti tak pasal-pasal kena cekup dengan pencegah maksiat!”
“ Apa salahnya…dapatlah I kawin dengan you secara percuma…tak perlu tunggu 4 bulan untuk untuk boleh I kawin dengan you kan!”
“ Hmm…ini mesti pernah menyimpan niat ni….!” usik Helyna. Serta merta wajah Luqman yang sedang tersenyum terbayang di ruang matanya.
“ Tak pernah terfikir pun…tapi kalau dengan you….I akan pertimbangkan!”
Luqman tiba-tiba ketawa.
“ Nakal ya!” Helyna turut tertawa. Secara tak langsung dia rasa terhibur berbicara dengan lelaki itu.  Ada sense humor!
“ Kalau I ni nakal…dah lama I kawin…tapi I ni seorang lelaki yang baik dan budiman serta gentleman…mungkin Tuhan dah tetap jodoh I adalah dengan you…itu sebabnya kita berjumpa dan I jatuh cinta dengan you!”
“ Hmmm….you rasa macam tu ke?” Helyna bertanya. Mungkin ada betulnya kata-kata itu. Tapi kenapa dia rasa tidak teruja!
I think so!...kalau tak dah lama  I bertemu jodoh dengan gadis lain!” kata Luqman.
“ Luqman!”
 Helyna menyebut nama Luqman selepas terdiam seketika.
Yes, honey!” dada Helyna berdegup kencang mendengar suara Luqman yang agak romantic itu.
“ Helyna…!” panggil Luqman bila tiba-tiba Helyna membisu.
I`m still here!” balas Helyna perlahan. Segan pula menerima panggilan itu. terasa darah dah naik ke muka.
“ Dah kelu tak terkata ya….kalau you suka…I akan panggil you honey, apa salahnya kalau I practice dari sekarangkan!” usik Luqman yang menyedari kegugupan Helyna.
“ Tak perlu…I belum bersedia….lagi pun kita baru aje kenal dan I rasa kekok!”
“ Kita masih ada masa 4 bulan untuk buat persediaan dan percayalah,  I akan sentiasa ada di samping you bila-bila masa sepanjang hidup I…you can count on me!”
“ You ni jenis lelaki yang suka masuk bakul dan angkat sendiri ya!...bolehke I pegang janji you tu?” kata Helyna cuba menduga. Ingin diketahui sejauh mana keihklasan Luqman terhadapnya.
“ I bukan jenis lelaki yang hanya suka menabur janji dan tak berani nak menunaikannya….you akan kenal dan kagum dengan I kalau you tahu siapa I yang sebenarnya!” kata Luqman.
“ Oh…gitu…boleh percayake?” usik Helyna sambil mengukir senyum.
“ I pandai masak…” Luqman mempromosi diri.
“ Wow…that`s great…nanti bolehlah you ajar I masak sebab I ni  tergolong dalam golongan perempuan yang tak pandai masak” balas Helyna, dia mengakui kelemahannya yang satu ini. Baik dia mengaku awal-awal, nanti dipersendakan.
“ I memang tahu you ni tak pandai masak!” balas Luqman sambil tergelak membuatkan Helyna mengetap bibir. Belum apa-apa lagi, lelaki itu sudah gelakkannya, kurang asam betul. Rungut Helyna dalam hati.
“ Macam mana you tahu kalau I tak mengaku tadi”
“ Bila I tengok muka you…I dah tahu you ni jenis yang tak pandai masak….tapi itu hanya satu kelemahan, I tahu banyak lagi kelebihan you yang I tak tahu dan you tak tonjolkan… soal  masak tu  hanya perkara remeh…mama I dulu pun tak pandai masak…tapi semua tu boleh kita belajar…you tak perlu risau hal tu sebab bab makan ni…I suka yang simple, lagi pun perempuan sekarang ramai yang berkerjaya dan tak ada masa nak buat semua tu. I faham!”
“ I memang mahu cari lelaki yang pandai masak sebab lelaki yang pandai masak tu penyayang…”
“ Hmm…jadi I ni tergolong dalam kategori lelaki yang penyayang. I suka dengan kenyataan tu!” Luqman ketawa senang.
“ Lagi sekali you masuk bakul dan angkat sendiri!” kata –kata Helyna membuatkan Luqman makin galak ketawa.
Can I ask you something?” Luqman  bersuara selepas ketawanya terhenti.
“ Apa dia?”
“ Shahrul pandai masak?”
Helyna diam. Pertanyaan Luqman menggamitkan kenangan lama. Wajah Shahrul mula terbayang di ruang matanya.
“ Helyna…I minta maaf kalau pertanyaan I tadi menyinggung perasaan you!”  Luqman segera bersuara bila menyedari Helyna membisu selepas pertanyaannya itu. Dia mula rasa serba salah.
“ Shahrul juga pandai masak…dia paling terror masak masakan kampung!” ujar Helyna perlahan. Sebak dadanya apabila mengenangkan lelaki yang tak dilupakannya itu.
“ I tak pandai masak masakan kampung…I hanya pandai masak western food. Nampaknya I kena belajar masak masakan kampung supaya I setanding dengan Shahrul!” kata Luqman sambil mengeluh perlahan.
“ Tak perlu…itu hanya perkara kecil. You tak perlu jadi seperti orang lain untuk menambat hati I…you hanya perlu jadi diri you sendiri!” kata-kata Helyna membuatkan Luqman terdiam. Dia akui kebenaran kata-kata itu.
“ I rasa dah cukup lama kita bercakap….lagi pun I ada hal yang perlu diuruskan!” kata Helyna.
  Terima kasih kerana sudi bersembang dengan I…jaga diri you baik-baik…selamat malam!” ucap Luqman sebelum memutuskan talian.
***********

PERKARANGAN banglo Tan Sri Hisyam Firdaus terang bederang kerana malam ini dia mengadakan majlis BBQ di halaman rumah. Itu adalah cadangan dari Luqman. Hanya 3 buah keluarga sahaja yang dijemput iaitu keluarga Helyna, keluarga Iskandar dan juga keluarga Adi. Kerja-kerja membakar di lakukan oleh Pak Amid, tukang kebun dan juga Pak Sudin, driver Tan Sri Hisyam Firdaus. Manakala makanan sampingan pula di sediakan oleh pembantu rumah, Mak Inah. Mereka hanya sekadar membantu.
Ketika Luqman, Adi dan Iskandar turut membakar, Helyna, Arianna, Alia dan Dayang Noraini asyik bersembang. Bukan main seronok lagi mereka dapat berkenalan. Anak-anak  Adi dan Iskandar asyik berkejaran dan bergelak ketawa. Sementara Tan Sri Hisyam Firdaus, Puan Sri Emilly, Datuk Badruddin dan Datin Naimah pula bersembang di satu sudut. Tak mahu mengacau orang muda bersembang. Mereka pula bersembang dengan agenda tersendiri.
“ Man…tunang kau tu aku tengok…sepadan dengan kau, cantik dan sopan… patutlah kau terpikat dengan dia” Adi memuji Helyna. Sempat juga matanya melirik ke arah Helyna yang asyik melayan isterinya berbual.
“ Tapi aku terpaksa ambil masa yang lama untuk buat dia jatuh cinta kat aku….sampai sekarang hatinya tetap untuk bekas kekasihnya. Aku rasa dia masih mengharapkan kedatangan Shahrul semula dalam hidupnya seperti aku mengharapkan kemunculan Sarah dalam hidup aku. Secara tak langsung aku takut kalau hubungan kami tak panjang!” Luqman mendengus perlahan.
“ Jangan terlalu cepat berputus asa….kalau Allah dah tetapkan jodoh kau dengan dia, muncul seribu Shahrul dan seribu Sarah pun….kau dan Helyna akan tetap bersama. …lagi pun aku rasa eloklah kau berhenti berharap untuk bertemu semula dengan Sarah….tumpukan perhatian kau pada Helyna!” Adi menepuk bahu Luqman.
“ Aku setuju….kalau kau dah mula cintakan Helyna, untuk apa kau masih menunggu Sarah!” sokong Iskandar yang turut serta dalam perbualan itu.
“ Man... Pak Sudin rasa semua ni dah boleh angkat…” Pak Sudin bersuara bila melihat ketiga sahabat itu asyik bersembang seolah-olah lupa dengan apa yang  berada di hadapan mereka.
“ Ya….korang layan diri…bawalah untuk keluarga korang!” kata Luqman sambil mencapai 2  pinggan polisterin dan memasukkan beberapa ekor udang, sotong dan ayam. Adi dan Iskandar juga sama. Sementara Pak Sudin menyediakan 2 pinggan untuk di hantar pada Tan Sri Hisyam Firdaus dan Datuk Badruddin.
“ Untuk you…” Luqman menghulurkan pinggan polisterin untuk Helyna.
Di halaman banglo mewah  itu tersedia dua set kerusi batu. Jadi Luqman mengajak Helyna untuk makan di satu sudut, sengaja dia mengajak Helyna beredar semata-mata mahu bersama Helyna walaupun pada asalnya Helyna menolak dengan alasan elok makan beramai-ramai.
“ Kenapa?...nampak macam boring aje?” tegur Luqman bila Helyna mendiamkan diri.
“ I cuma teringatkan abang Fiq!” ujar Helyna.
“ Pasti dia pun tengah teringatkan you…I dengar cerita, pasangan kembar ni mempunyai perasaan yang sama, betulke?”kata Luqman.
“ Mungkin kot…tapi tak semestinya betul…kadang-kadang hanya kebetulan aje” balas Helyna.
“ Makanlah…dari tadi asyik tengok aje….kalau dah sejuk, nanti tak sedap. Kita kongsi pencicahnya!” Luqman mencelup udang ke dalam mangkuk pencicah.
“ Sedap…dah lama tak makan macam ni….berkumpul dengan kawan-kawan…tapi malam ni special sikit sebab ada you!” kata Luqman membuatkan Helyna terdiam. Sengaja dia melarikan lirikan mata bila menedari Luqman asyik merenungnya.
“ You dah tinggal dengan parent you?” soal Luqman bila dia pernah mencadangkan Helyna tinggal bersama keluarganya buat sementara waktu kerana bimbangkan keselamatan Helyna yang tinggal seorang diri. Tambahan pula sekarang ni Syafiq dan Amanina sedang berbulan madu di Bali.
“ Dah…I beritahu abah, ini cadangan dari you!” acuh tak acuh Helyna menjawab. Luqman tersenyum.
“ I kan dah cakap…I bimbangkan keselamatan you!” jelas Luqman. Helyna tersenyum. Terdetik rasa bertuah kerana lelaki yang sedang berada di sebelahnya adalah seorang yang baik dan memikirkan keselamatannya.
  I ingat nak ajak Arianna tinggal bersama I buat sementara waktu sebelum I dapat housemate. I lebih suka hidup berdikari walaupun ada keluarga yang tinggal berdekatan!” kata Helyna.
“Nanti serba salah pula nak cari housemate…” kata Luqman mengingatkan tempoh pertunangan mereka yang hanya 4 bulan sahaja.
Helyna memandang wajah Luqman. Hairan. Kenapa lelaki itu berkata demikian? Luqman yang mula faham maksud pandangan Helyna segera mengukir senyum. Dia mengangkat kedua-dua  jari telunjuknya sebelum mencantumnya membuatkan mata Helyna terus terpaku menatap wajah Luqman yang sudah tersengih.
“ Serba salah untuk you cari housemate sebab tak lama lagikan kita nak kawin!” kata Luqman mempamerkan senyum.
“ Kalau boleh lepas kawin nanti I tak nak tinggal dengan parent I atau pun parent you…I dah lama hidup berdikari…I harap you tak ada bantahan!” kata Helyna. Lebih naik dia beritahu awal-awal sebelum Luqman membuka mulut mencadangkan mereka tinggal bersama orangtua Luqman memandangkan lelaki itu anak tunggal.
“ I belum fikirkan soal itu lagi…tapi kalau you dah  selesa begitu, I ikut saja asalkan you bahagia. I harap mama dan papa tak ada masalah dalam hal ini…”  balas Luqman dan secara tak langsung membuatkan Helyna terus diam.
            *********

ZARUL terdiam. Wajahnya muram.   Helyna mengetap bibir sambil menatap wajah Zarul. Jus limau yang berada di hadapannya hanya disedut seteguk sahaja. Sikap Zarul yang membisu membuatkan dia begitu rasa serba salah. Nampaknya dia telah mengecewakan hati lelaki itu.
“ I ingatkan I masih ada peluang untuk memiliki you tapi rupanya peluang itu tidak berpihak pada I…he`s very lucky. I harap dia tak akan kecewakan you…kalau you rasa tak bahagia bersamanya….you kena ingat yang I sentiasa ada di samping you bila-bila saja!” kata Zarul memandang tepat ke wajah Helyna yang agak tergamam mendengar kata-katanya itu.
Bohonglah kalau dia mengatakan saat ini hatinya tidak kecewa setelah Helyna memberitahu yang dia kini sudah bertunang. Sedangkan selama ini dia mengharapkan gadis itu akan menjadi miliknya suatu hari nanti.
“ Zarul, walaupun I ni sudah menjadi tunangan orang…tapi kita tetap boleh berkawan. Dan I harap you masih sudi berjumpa dengan I selepas ini. I tak nak you mengelak dari berjumpa dengan I selepas you tahu hal ini!” kata Helyna cuba memujuk lelaki di hadapannya.
“ Ya….kita masih tetap kawan. Cuma yang I bimbangkan…tunang you akan salah faham nanti!” kata Zarul. Mana mungkin tunang Helyna tidak kesah kalau Helyna sering bertemu dengannya. Kalau dia jadi tunangan Helyna pun, dia akan rasa tak selesa bila ada lelaki lain yang rapat dengan Helyna.
“ I harap dia tak akan marah kalau dia tahu you ni kawan I…lagi pun I kenal you lebih awal dari I kenal dia!” kata Helyna.
Zarul diam.
“ Lyna….” Tiba-tiba Zarul bersuara membuatkan mata Helyna terus terpaku menatap wajah Zaryul.
“You rasa bolehke kita terus berkawan sedangkan you tahu I sayangkan you lebih dari seorang kawan!” kata Zarul.
“ Zarul!....apa yang you cakap ni?...I ingatkan you dapat terima siapa I!” sergah Helyna terperanjat. Tadi bukan main elok aje Zarul sudi menjadi kawannya, tapi alih-alih dah cakap lain.   Bengang dia di buatnya.
Zarul tergelak.
“ You ni, boleh gelak pulak!” Helyna mendengus.
Sorry…I cuma teremo aje sekejap….walau apa pun  I terpaksa akur…kita masih boleh jadi kawan…!” Zarul tergelak lagi membuatkan Helyna mendengus geram.
“ Kalau boleh I nak kenal tunang you…I nak buat perbandingan. I nak tengok apa kelebihan dan kehebatannya  berbanding dengan I yang membuatkan you memilih dia!” kata Zarul.
“ Zarul…I ingatkan hal itu  dah selesai….!” Rungut Helyna bila Zarul masih membangkitkan soal itu.
“ Ok….I … stop….!” Zarul tersengih menayangkan gigi macam buat iklan colgate.
“ Dahlah…I nak balik…!” Helyna sudah bersedia untuk beredar. Sudah agak lama mereka berada di situ. Nanti timbul gossip yang tak enak kalau ada sesiapa yang nampak mereka berdua di situ.
“ Terima kasih sebab sudi keluar minum dengan I…I harap you masih sudi keluar jumpa dengan I lagi selepas ini!” kata Zarul. Bimbang andainya Helyna menolak pelawaannya lain kali.
“ InsyaAllah…I balik dulu!” Helyna terus berlalu.
Zarul mengeluh perlahan. Wajahnya muram tiba-tiba. Seakan pertemuan kali ini adalah pertemuan yang terakhir antara dia dan Helyna. Sebak dadanya mengenangkan gadis itu tidak mampu di milikinya sedangkan dia betul-betul ikhlas menyayangi dan menyintai gadis itu sejak pertama kali mereka di perkenalkan oleh Adila.
**********

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...