Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 22 June 2012

ANTARA AKU DAN DIA 11




Bab 11
M
AJLIS  perkahwinan antara Syafiq dan Amanina telah berjalan dengan lancar di kampung Amanina yang terletak di Besut. Hari ini tiba giliran majlis menyambut menantu di kampung nek Kamariah, di Kuala Terengganu. Datuk Badruddin menjadi orang yang paling sibuk menguruskan majlis hari ini di samping Datin Naimah. Maklum saja mereka akan menerima menantu sulung di dalam keluarga. Rumah nek Kamariah pun dah lama tak buat kenduri. Seekor lembu dan beberapa puluh ekor ayam bersama hidangan lain menjadi menu untuk tetamu yang datang meraikan majlis hari ini.
Untuk majlis hari ini, Helyna mengenakan sepasang baju kebaya batik berwarna purple yang di sulami dengan manic dan labuci di samping mengenakan tudung yang berwarna purple lembut. Manakala Syafiq dan Amanina telah sepakat memilih warna peach untuk dan maron untuk pakaian mereka sempena majlis menyambut menantu. Suasana begitu meriah dan riuh dengan suara tetamu dan sanak saudara yang datang. 2 kanopy besar di sewa. Maklum saja mereka menjemput  ramai sanak saudara dan juga orang kampong. Dan hari ini juga mereka berpeluang bertemu dengan sanak saudara dan juga kenalan.
“ Nina, abang Fiq mana?” Helyna bertanya sebaik saja menjenguk masuk kamar pengantin. Ketika itu Amanina sedang melayan saudara mara Syafiq yang mengambil peluang untuk berkenalan dengan isteri Syafiq. Maklum saja Syafiq dan Helyna adalah cucu kesayangan nek Kamariah dan arwah tok Daud. Ada juga yang mengambil kesempatan membelek-belek barang hantaran. Adalah tu nak dijadikan bahan untuk berbual dan membuat perbandingan. Helyna sempat bertukar senyum dengan mereka yang berada di dalam bilik itu. Dia pun tidak berapa kenal sangat dengan saudara dan jiran  nek Kamariah sebab mereka jarang berjumpa. Kalau ada pun sekadar bertegur sapa. Tak lebih dari itu. Kalau tak tegur, nanti dikatakan sombong pula sedangkan nek Kamariah adalah orang yang terkenal di kampung sebagai orang kaya yang berharta. Maklum saja nanti di jajanya pelbagai cerita yang tak enak. Pasti tempiasnya akan terkena pada nek Kamariah.
“ Tadi ada kat luar, katanya nak jumpa kawan-kawan lama…kenapa?” berkerut dahi Amanina memandang  wajah Helyna.
“ Tadi abah cari abang Fiq….ingatkan dia ada kat sini….kalau tak ada tak apalah…aku  keluar dulu” kata Helyna bersedia untuk keluar dari bilik itu. Tak selesa pula bila dirinya asyik di pandang oleh mereka yang berada di bilik itu. Mungkin ada sesuatu yang bermain dalam fikiran mereka bila mendapati Syafiq sudah mendirikan rumahtangga, sedangkan dia masih lagi sendiri. Tahu sangat dengan cara renungan mereka.
“ Wah! Cantiknya kamu Helyna…bertuahlah siapa yang yang dapat kawin dengan kamu, bukan saja cantik, belajar sampai luar negara, kerja kamu pun bagus, Lyna” salah seorang saudara Helyna sebelah ibu mencelah perbualan antara Helyna dan Amanina.
Helyna hanya tersenyum mendengar pujian itu, sementara Amanina pula sempat mengenyit mata.
“ Kamu dah ada kawan lelaki ke Lyna?” tiba-tiba  makcik yang memakai baju kurung warna coklat  yang dikenali dengan nama makcik Odah itu mencelah. Dia saudara jauh sebelah abah, tapi selalu juga mereka bersua kalau ada sebarang majlis keluarga.
“ Belum ada, makcik Odah. Kenapa?...ada sesiapa yang makcik Odah nak kenenkan dengan Lyna ke?” suara Helyna. Sengaja nak menarik perhatian wanita itu. Bukan dia tak tahu perangai makcik Odah yang suka menunjuk-nunjuk itu konon semua anaknya hebat-hebat belaka.
“ Hisy…takkanlah tak ada yang berkenankan kat kamu, Lyna…lagi pun kalau tak silap makcik Odah…umur kamu pun dah dekat 30 tahunkan! Anak-anak makcik Odah semuanya kawin muda!” kata-kata makcik Odah membuatkan beberapa orang saudara Helyna yang berada di situ tersenyum kambing. Sementara Helyna hanya buat muka selamba. Ingin mengetahui sejauh mana wanita itu bersuara.
“ Makcik Odah boleh carikan jodoh untuk kamu, tapi takut kamu tak berkenan pulak…kalau ada pun rasanya dia orang tu muda dari kamu…tak sesuailah dengan kamu!” makcik Odah tersenyum. Helyna juga mengukir senyum. Pasti wanita itu menganggap dirinya tak laku, sebab tu sampai sekarang tak kawin lagi sedangkan usianya dah dekat mencecah 30 tahun.
“ Hmm…kalau macam tu tak payahlah makcik Odah susah-susah nak fikirkan jodoh untuk Lyna…bukan tak ada yang nakkan Lyna…cuma Lyna yang tak nak kat mereka…bukan macam anak makcik Odah, si Farah tu…main sambar aje, asalkan lelaki…last-last kawin dengan suami orang…dah tu jadi bini nombor 3,…tak mahulah Lyna bermadu! Kata orang banyak masalahnya!” kata-kata Helyna membuatkan lidah makcik Odah kelu. Wajahnya bertukar merah dan dia tertunduk.
“ Maaf…bukan Lyna nak malukan makcik Odah…tapi kita tak boleh memperlekehkan orang lain kalau kita sendiri pun ada kekurangannya!” kata Helyna sebelum beredar keluar dari bilik itu membuatkan mereka yang berada di situ memandang antara satu sama lain. Amanina yang turut berada di situ sudah tersenyum simpul.
************

HELYNA terkejut menyambut kemunculan nek Kamariah yang begitu kalut sebaik saja menjenguk biliknya. Ketika itu dia baru aje selesai solat Zohor, itu pun dah agak terlewat kerana asyik melayan tetamu yang datang.
“ Kenapa nek?” tanya Helyna bila melihat wajah nek Kamariah yang agak kelam-kabut itu. Macam ada sesuatu yang tidak beres. Tak kan ada masalah dengan majlis ni atau lauk dah habis, setahunya semua dalam keadaan terkawal selepas dia meninggalkan tempat hidangan tadi.
Helyna melipat telekung dan meletaknya  di atas katil. Nek Kamariah pula terus melabuhkan punggung di katil, melepas keluhan sambil meletakkan tangan di dada.
“ Nek sakitke?” Helyna mendekati neneknya dan melabuhkan punggung di sebelah neneknya.
Nek Kamariah merenung seketika wajah Helyna membuatkan Helyna di amuk resah. Apa kena dengan nenek sampai dia kelihatan pelik begini. Semput semacam aje. Memanglah nenek dah tua dan berusia tapi nek Kamariah masih lagi kuat.
“ Nek…ada apa ni?” soal Helyna sambil memegang erat tangan neneknya dengan rasa bimbang.
“ Lyna…Lyna tak cakap pun kat nenek pasal hal ni?” kata nek Kamariah termengah-mengah. Kesian pula tengok keadaan nenek.
“ Pasal apa nek?...Lyna tak faham!” berkerut dahi Helyna memandang wajah nek Kamariah.
“ Kenapa Lyna tak bagi tahu nenek yang ada rombongan akan datang meminang Lyna hari ini…nenek betul-betul terkejut!”
Terbeliak mata Helyna mendengar kata-kata neneknya. Sukar nak percaya apa yang baru di dengarnya beberapa saat tadi.
“ Apa yang nenek cakapkan ni?...bila masa pulak ada rombongan yang datang nak meminang Lyna…kan hari ni majlis menyambut menantu, majlis untuk abang Fiq…agaknya nenek dah nyanyuk ni?...” Helyna tergelak sambil memandang wajah nek Kamariah yang terpingga-pingga itu.
“ Nenek ni memanglah dah tua tapi belum nyanyuk lagi…nenek juga belum pekak bila mendengar apa yang dia orang cakap kat luar tu….abah Lyna ada kat luar tu, tengah cakap dengan rombongan yang datang. Mereka semua sedang menunggu Lyna!” beritahu nek Kamariah lagi. Kali ini memang cukup jelas wajah nek Kamariah betul-betul serius. Bukan main-main.
Helyna menggaru kepala yang tidak gatal. Apa yang baru di dengar itu adalah suatu perkara yang tidak masuk di akal. Apa yang sedang berlaku sebenarnya. Dia mula jadi penasaran.
“ Nek…betulke apa yang nenek cakap ni?” Helyna mahu mendapatkan kepastian. Berdebar-debar pula hatinya mendengar perkhabaran itu. Takkanlah kot! hatinya mula berdolak-dalih.
“ Ya…nenek belum pekak dan belum buta lagi…nenek dengar dan lihat semuanya?...betulke Lyna tak tahu menahu tentang hal ni!” kata nek Kamariah sambil memandang wajah Helyna yang mula tak senang duduk. Dia inginkan kepastian dan ingin mengetahui apa sebenarnya yang sedang berlaku hari ini.
“ Rombongan dari mana?...siapa yang datang?...takkanlah tak ada sesiapa pun yang bagi tahu Lyna tentang perkara ini!”
 Helyna mula berjalan mundar mandir di sekitar bilik itu sambil diperhati oleh nek Kamariah, sampaikan naik pening kepalanya melihat Helyna yang asyik berulang alik itu. Gusar dan debar dihatinya hanya Allah sahaja yang tahu.
“ Nenek kenalke siapa orangnya?” Helyna berhenti seketika dan merenung wajah neneknya  dengan dahi berkerut.
“ Entah…apa namanya yang abah kamu sebutkan tadi…nenek dah lupa, panjang sangat namanya tapi nampaknya abah kamu tu cukup rapat dengan mereka. Rupa dia orang pun macam orang berada tapi….betulke Lyna tak tahu menahu hal ni?” dalam bercerita mengenai rombongan itu sempat lagi nek Kamariah bertanya untuk kali kedua. Mana tahu Helyna sengaja tidak mahu memberitahunya tentang hal ini. Bukan dia tak tahu anak muda zaman sekarang, lebih suka merancang sendiri dari berbincang dengan orangtua.
“ Betul nek…takkanlah perkara penting macam ni Lyna nak tipu atau membelakangkan nenek. Lyna rasa tak sedap hati sejak dari tadi lagi….macam ada sesuatu yang tak kena aje….apa yang patut Lyna buat sekarang ni ya, nek!” Helyna memegang tangan nek Kamariah meminta kekuatan. Dalam hati hanya Allah sahaja yang tahu. Dia betul-betul tidak menjangka perkara ini akan berlaku, dahlah pada hari majlis untuk Syafiq. Pasti ramai yang melihat situasi ini nanti.
“ Lyna bersiaplah ya…banyak benda yang terpaksa nenek uruskan…saudara mara dan tetamu kita masih ramai kat luar. Cuma satu yang nenek nak ingatkan…nenek tak nak Lyna bertindak terburu-buru. Sama ada Lyna terima atau menolak pinangan tu….nenek akan sentiasa ada di sisi Lyna. Nenek keluar dulu!” pesan nek Kamariah  sambil mencium mesra dahi Helyna sebelum beredar dari bilik itu.
“ Nek!” segera tubuh tua nek Kamariah di peluk erat. Walaupun tubuh itu telah  di mamah usia, tapi semangat dan kegembiraan untuk majlis cucu kesayangannya itu membuatkan dia rasa kuat dan bertenaga. Nek Kamariah mengukir senyum sambil mengusap perlahan tubuh Helyna. Sayangnya pada Helyna cukup menggunung. Baginya, Syafiq dan Helyna adalah hartanya yang paling berharga dan bermakna.
Sebaik sahaja nek Kamariah beredar dari bilik itu, kini dia dikunjungi pula oleh ibunya, Datin Naimah. Ibunya itu muncul sambil mengukir senyum. Ketika itu Helyna sedang bersiap untuk keluar. Dia hanya bermake-up ala kadar. Kalau lebih-lebih nanti tertukar dengan pengantin baru pula. Dalam fikirannya yang gusar itu sempat lagi dia berfikir begitu.
“ Ibu!”
Helyna mengukir senyum pada ibunya sambil membetulkan tudungnya.
“ Lyna!”
“ Ya, bu!”
Helyna memandang wajah ibunya dari cermin. Dia tersenyum melihat penampilan anggun ibunya. Baju kurung  warna biru bercorak lembut dengan bunga berwarna kuning  itu nampak begitu sepadan dengan kulit ibunya yang kuning langsat tambahan pula tudung warna kuning itu menyerlahkan lagi penampilan ibunya. Memang sepadan dengan abah yang begitu segak dengan sepasang baju melayu berwarna biru.
“ Anak ibu ni cantik sangat…sesiapa sahaja yang melihat pasti akan terpikat. Ibu sebenarnya bangga menjadi ibu Lyna walaupun bukan ibu yang melahirkan Lyna. Ibu sayangkan Lyna sepertimana ibu sayangkan anak-anak ibu sendiri. Kasih sayang ibu tak pernah berbelah bagi…” kata Datin Naimah sambil mengusap bahu Helyna dari belakang. Mereka berbalas pandang menerusi cermin yang berada di hadapan mereka.
“ Terima kasih ibu. Lyna pun sayangkan ibu dan ibu adalah ibu yang terbaik untuk Lyna dan abang Fiq” balas Helyna sambil berpaling ke belakang. Kali ini dia mengadap wajah Datin Naimah sambil tersenyum.
“ Lyna…ibu rasa Lyna tahu kenapa ibu masuk ke bilik Lyna ni kan!”  Datin Naimah memulakan intronya. Helyna sekadar mengangguk.
“ Nenek baru aje keluar tadi…mungkin ibu pun mahu beritahu perkara yang sama!” Helyna bersuara.
“ Hm….walau apa pun keputusan Lyna nanti…ibu dan abah akan terima,…tapi ibu harap Lyna tak salahkan ibu dalam hal ini kerana ibu tak tahu menahu…ibu pun terkejut bila tiba-tiba mereka muncul dan menyatakan hajat!” Datin Naimah merenung wajah Helyna dengan riak risau. Memang dia tiada kaitan langsung dalam hal ini.
“ Lyna faham….tapi yang Lyna musykil kenapa mereka datang hari ini….!”
“ Ibu tak tahu!” akui Datin Naimah. Risau pula kalau Helyna menuduh dia turut bersubahat dalam hal ini.
“ Ibu kenal dengan rombongan tu?” Helyna memandang wajah ibunya.
“ Hmm…kawan lama abah!” jawab Datin Naimah sambil mengukir senyum
Berdebar-debar hati Helyna menunggu jawapan dari ibunya.
“ Kawan lama abah! Siapa?”
` Kawan lama abah?...takkanlah abah cuba nak jodohkan aku dengan lelaki yang seusia dengannya…tak logic di akal`. Secara tak langsung dia cuba memikirkan siapakah yang dimaksudkan oleh ibunya itu. Adakah dia juga mengenali mereka?
“ Betulke ni?...takkanlah abah nak jodohkan Lyna dengan lelaki tua…biar betul abah ni!” Helyna menggaru-garu keningnya sambil tersengih membuatkan ibunya membuka mata luas.
“ Hisy....ke situ yang difikirkan….” Datin Naimah tergelak kecil dengan andaian Helyna itu.
“ Rombongan tu datangnya dari Tan Sri Hisyam Firdaus untuk anak tunggalnya…” Datin Naimah tersenyum membuatkan Helyna tersengih. Salah buat perkiraan.
“ Jadi…semua ni kerja abah!” suara Helyna mula bertukar tegas.
“ Lyna…” Datin Naimah mula gusar bila wajah Helyna mula berubah.
“ Kenapa abah tak beritahu Lyna awal-awal…kenapa dilakukan hari ini!” Helyna mula membentak.
“ Sabar, bawa bertenang” pujuk ibunya.
“ Macam mana Lyna nak bertenang kalau hal ini melibatkan masa depan Lyna. Lyna bukan budak kecil bu….mungkin abah ingat dengan cara ini Lyna tak akan menolak di hadapan ramai orang. Ibu….ibu pun tahukan yang Lyna hanya cintakan Shahrul seorang…Lyna tak boleh terima lelaki lain” bentak Helyna sambil mengetap bibir. Geram.
Datin Naimah jadi buntu. Dia diam. Bukan dia tak tahu pendirian Helyna. Cintanya pada lelaki yang bernama Shahrul tak bergoyang sedikit pun. Dia tak tahu bagaiamana mahu memujuk Helyna supaya melupakan lelaki itu.
“ Lyna…jangan membuat keputusan melulu…kita keluar dulu…Lyna jumpa dulu dengan mereka sebelum membuat apa-apa keputusan. Ibu harap apa jua keputusan tak akan menyakiti dan memalukan mana-mana pihak. Mereka datang secara beradab dan kita sebagai tuan rumah kena melayan tetamu dengan baik…lagi pun hari nikan majlis untuk abang Fiq…ibu nak nak hal ini merosakkan hubungan antara abah Lyna dan kawannya!” Datin Naimah mengusap lembut wajah Helyna supaya lebih bersikap tenang.
“ Terima kasih bu, maafkan sikap Lyna tadi….” Helyna mencium tangan ibunya.
“ Sudahlah….ibu faham…mari, kita keluar…ibu akan temankan Lyna jumpa mereka!” akhirnya mereka beriringan keluar dari bilik itu menuju  ke ruang tamu.
“ Assalamualaikum!”
Semua mata tertumpu kepada Helyna sebaik saja dia muncul di ruang tamu itu. Nasib baik tak ramai saudara mara Lyna yang berada di situ, kalau tidak kecoh jadinya dan yang lebih mengharukan bila pelbagai andaian muncul dalam fikiran mereka nanti. Dada Helyna berdebar-debar sebaik saja kakinya melangkah ke ruang tamu itu.  Rombongan itu tersiri dari dua buah kereta. Terdapat 5 buah barang hantaran di hadapan mereka sedangkan bagi pihaknya, mereka tidak menyediakan apa-apa pun.
“ Waalaikumussalam…”
Helyna segera menghampiri tetamu perempuan dan bersalaman dengan mereka sebelum mengambil tempat duduk. Tidak lama kemudian, Amanina dan Syafiq muncul bersama. Amanina mengambil tempat di sebelah Helyna.
“ Lyna…rombongan Tan Sri Hisyam Firdaus ni membawa hajat!” Datuk Badruddin memulakan bicara.
Helyna hanya diam menunduk wajah.
“ Ya, Lyna…uncle dan aunty datang ni untuk meminang Lyna buat anak tunggal kami. Kami tahu kedatangan kami adalah secara mendadak tapi uncle dan aunty dah berbincang dengan abah Lyna terlebih dahulu!”  Tan Sri Hisyam Firdaus pula bersuara membuatkan Helyna memandang wajah lelaki itu seketika sebelum mengalih pandang pada wajah nek Kamariah, abah dan ibunya, seterusnya Syafiq dan Amanina.
“ Betul tu Lyna…kalau boleh kami nak eratkan hubungan persahabatan yang telah lama terputus” sambung Puan Sri Emily sambil memengang erat tangan Helyna.
“ Luqman…Luqman satu-satunya anak kami dan uncle rasa Lyna adalah jodoh yang terbaik untuknya!” celah Tan Sri Hisyam Firdaus. Mereka yang lain hanya diam mendengar.
“ Luqman?” mulut Helyna ternganga apabila mendengar nama itu di sebut. Takkanlah lelaki yang sama , lelaki yang pernah dikenalinya sebelum ini.
“ Ya….Luqman Hakeem. Syafiq ada bagi tahu uncle yang Luqman dah lama sukakan Lyna….itu sebabnya kami ingin mempercepatkan urusan ini. Lagi pun dah tiba masanya kamu berdua fikirkan soal rumahtangga!” kata Tan Sri Hisyam Firdaus membuatkan Helyna menelan liur. Tajam mata Helyna merenung wajah Syafiq yang sedang tersengih itu. Dia tahu bahawa Helyna sedang memarahinya. Nasib baik dia berada jauh dari tempat duduk Helyna.
“ Er…jadi semua ini rancangan Luqman?”
Helyna menahan geram. Luqman pernah menghantarnya bunga, menghubunginya melalui telefon dan semua itu tidak dilayannya. Takkanlah lelaki itu begitu bernekad mahu mendapatkannya dengan meminta orangtuanya menghantar rombongan ini untuknya. Kenapa lelaki itu begitu beria mahukannya sedangkan dia sudah mempunyai kekasih hati. Mellisa walaupun dia pernah menafikannya, tapi Helyna tetap tak dapat terima kata-kata Luqman bila dia sendiri pernah terserempak dengan mereka berdua beberapa kali.
“ Er….tak…ini adalah rancangan uncle!” Tan Sri Hisyam Firdaus terpingga-pingga. Bukan main terkejut lagi dia mendengar sergahan Helyna itu . Saudara mara yang berada di ruang tamu itu mula berbisik sesama sendiri. Nasib baik tetamu yang datang ke majlis itu di layan oleh anak-anak nek Kamariah yang lain.
“ Assalamualaikum…”
Suara orang memberi salam  menyebabkan suasana menjadi sunyi bila semua mata memandang ke arah seorang lelaki yang muncul di muka pintu. Lelaki itu turut terpingga-pingga bila semua orang yang berada di ruang itu memandangnya.
“ Maaf, kalau kedatangan saya ke sini mengganggu kalian semua!” lelaki yang  segak memakai kemeja lengan panjang  berwarna krim dan seluar hitam itu bersuara. Matanya melilau melihat sekitar  sudut itu dan pandangannya terus terhenti sebaik saja bertembung mata dengan Helyna yang kebetulan duduk berhadapan dengannya.
“ Luqman….jemput masuk!” Datuk Badruddin segera bangun dan mendapatkan Luqman yang tercegat di muka pintu.
“ Terima kasih uncle”  Luqman mengikut langkah Datuk Badruddin dan mengambil tempat duduk di sebelah papanya.
Helyna sedar bahawa saudara mara yan berada di situ terpegun melihat wajah Luqman.
“ Siapa tu?” tanya makcik Odah yang berada di sebelah Amanina.
“ Itulah Luqman, anak tunggal Tan Sri Hisyam Firdaus….dialah lelaki yang nak dijodohkan dengan Lyna!” beritahu Amanina sambil tersenyum membuatkan makcik Odah terus menelan liur dan serentak itu juga dia menghala pandangan ke arah Helyna. Amanina sempat mengenyitkan mata sambil melempar senyum. Dia tahu apa yang di bualkan oleh Amanina dan makcik Odah sebentar tadi.
Sementara Luqman yang berada di sebelah papanya mula gusar, apa lagi melihat cara Helyna memandangnya. Macam nak telan. Gerun pula dia melihat wajah Helyna ketika itu.
“ Pa…apa semua ni?” tanya Luqman perlahan, berbisik di telinga papanya.
“ Makcik Kamariah…inilah Luqman, anak tunggal kami!” Tan Sri Hisyam Firdaus bersuara.
Nek Kamariah mengangguk perlahan sambil merenung wajah Luqman. Dalam hati dia memuji lelaki yang hendak dijodohkan dengan Helyna. Nampak sopan dan baik orangnya. Sesuai benar dengan cucu perempuannya. Timbul pula rasa risau andaianya Helyna menolak pinangan itu. Bukan dia tak tahu perangai Helyna. Pantas dia melirik ke arah Helyna dan menghadiahkan senyuman untuk cucu kesayangannya itu.
“ Lyna…Lyna tentunya dah kenal dengan Luqmankan!” Pn Sri Emilly bersuara sambil memegang tangan Helyna.
“ Er…kenal gitu-gitu aje…bukannya rapat sangat!” beritahu Helyna dengan rasa serba salah. Tambahan pula bila merasakan semua mata yang berada di ruang tamu itu sedang memerhatikannya.
“ Hmmm…Syafiq ada bagi tahu aunty yang Luqman  dan Lyna pernah berjumpa beberapa kali dan nampaknya Luqman sukakan Lyna…”
Helyna menelan liur mendengar kata-kata Puan Sri Emilly. Dalam pada itu dia melempar jelingan buat Syafiq, pandai-pandai aje abangnya bercerita tentang hal itu. Syafiq berpura-pura memandang ke arah lain, tak berani nak membalas pandangan mata adiknya itu. Dia tahu pastinya Helyna sedang mengutuknya kerana pandai-pandai membabitkan diri dalam hal ini tapi dia ikhlas mahu menolong Helyna mendapatkan calon suami yang terbaik.
“ Mama…papa…apa semua ni?...kita datang sini untuk apa?” Luqman mula rasa risau. Dia bingung dengan situasi yang berlaku di hadapannya.
“ Sebenarnya hari ni majlis untuk Syafiq, anak uncle Badruddin. Mama dan papa minta Man datang sini sebab nak kenalkan Man dengan keluarga Lyna terutama sekali nek Kamariah” beritahu Pn Sri Emilly membuatkan Luqman mengangguk perlahan. Dia tahu Syafiq telah berkahwin. Jadi dia di undang untuk menghadiri majlis menyambut menantu di rumah nenek Syafik. Patutlah dia nampak ramai tetamu di halaman rumah, siap dengan 2 buah kanopy lagi sebaik sahaja dia sampai di perkarangan rumah, di tambah  pula di hadapannya siap dulang berisi barang hantaran .
“ Tahniah, Fiq dan Dr. Amanina….selamat pengantin baru!” ucap Luqman dengan menghadiah senyuman untuk pasangan itu. Sedikit pun dia tidak mengesyaki apa-apa yang ada kaitan dengannya. Helyna pula nampak begitu cantik  mengenakan baju kebaya itu, memang dia terpesona melihat wajah Helyna tadi.
“ Uncle,…aunty…abah….boleh Lyna cakap dengan Luqman sekejap!” Helyna tiba-tiba bersuara membuatkan semua mata menoleh ke arahnya. Luqman sendiri terpingga-pingga dengan permintaan Helyna itu, tapi ada rasa bahagia menyelinap di sanubarinya dengan permintaan Helyna itu.
“ Lyna juga nak cakap dengan abang Fiq dan Nina…apa jua keputusan, kita akan bincangkan selepas ini. Bolehkan!” Helyna bersuara membuatkan mereka yang berada di situ hanya mendiamkan diri.
“ Kami akan menerima apa jua keputusan yang Lyna buat!” Tan Sri Hisyam Firdaus menyerahkan semuanya pada Helyna.
“ Terima kasih uncle!” ucap Helyna dan segera memberi isyrat supaya Luqman, Syafiq dan Amanina mengikut langkahnya yang sudah pun beredar dari ruang tamu dan turun ke bawah.
Mereka berempat memilih tempat duduk di ruang kosong untuk berbicara, walaupun masih dapat mendengar keriuhan tetamu yang datang menikmati hidangan di bawah kanopy itu.
“ Ok….Lyna nak tahu apa sebenarnya yang berlaku!....semua ni idea siapa?” Helyna memandang 3 wajah di hadapannya silih berganti.
“ Idea apa ni?...I tak faham!” Luqman bersuara. Dia yang masih lagi terpingga-pingga, tidak tahu hujung pangkalnya. Sementara Syafiq dan Amanina hanya mendiamkan diri.
“ Jangan berpura-pura tak tahu pulak, En. Luqman. I tahu you berpakat dengan parent kita dan juga 2 orang ni untuk kenakan I kan!” Helyna memandang tajam ke arah Luqman. Timbul rasa geramnya untuk terus menatap wajah lelaki itu. Geram….geram….Helyna mengetap bibir.
“ Maaf….I betul-betul tak faham apa yang you cuba nak sampaikan ni….I berpakat pasal apa ni…Syafiq….cuba jelaskan!” Luqman membela diri. Dia tahu dia telah ketinggalan sesuatu yang penting di sini.
“ Abang Fiq…Nina…ini rancangan korang berdua kan!” Helyna beralih ke arah Syafiq dan Amanina.
“ Lyna, sebenarnya Nina dan Luqman tidak terbabit langsung dalam hal ini. Abang Fiq hanya bagi cadangan pada orangtua kita dan Luqman bila mereka berbicara soal ini. Memang mereka berniat untuk menjodohkan Lyna dan Luqman…abang Fiq  hanya bagi saranan supaya ianya disegerakan. Oleh itu mereka mengambil keputusan untuk melaksanakannya hari ini…” beritahu Syafiq.
“ Apa maksud you, Fiq?” tanya Luqman.
“ Jadi…you betul-betul tak tahu tentang perkara ni?...atau lebih tepat tentang rancangan orangtua kita untuk menjodohkan you dengan I?....hari ni mereka datang meminang I untuk you!” kata Helyna.
What?” ternganga mulut Luqman mendengar cerita itu.
“ Sumpah…I memang tak tahu menahu akan hal ni…I datang sini atas permintaan orang tua I.  Mama I yang bagi alamat ni minta I datang ke sini…hari ni bersama satu tiket penerbangan. I tak tahu pun ini alamat rumah nenek you!” beritahu Luqman agar Helyna tidak tersalah anggap tentang dirinya.
“ Ok…I percaya kata-kata you. Jadi sekarang…apa tindakan you!”
“ I hargai bantuan Syafiq dan hasrat orangtua kita.  Helyna, you pun tahukan yang I memang sukakan you. Jadi…I tak ada sebarang bantahan  terhadap tindakan mereka…I serahkan keputusan pada you…besar harapan I agar you menerima pinangan ini!” kata Luqman memandang wajah Helyna.
“ Lyna, abang Fiq rasa dah tiba masanya Lyna fikirkan masa depan Lyna. Abang Fiq yakin yang Luqman dapat menjaga dan menyayangi Lyna dengan sepenuh hati…lagi pun semua ini adalah kehendak orangtua kita. Tiba masanya Lyna lupakan Shahrul!” kata Syafiq.
“Lyna, aku pun setuju dengan abang Fiq kau. Kami mahukan yang terbaik untuk kau…kami mahu lihat kau bahagia!” sokong Amanina.
Helyna melepas keluhan. Nampaknya semua keputusan memang terletak pada dirinya dan mereka mereka terpaksa terima.
“ Kami pergi dulu…” Syafiq menarik tangan Amanina untuk beredar. Sengaja memberi peluang untuk Helyna dan Luqman berbicara.
“ Luqman…you akan terima apa saja keputusan !”
“ Ya…apa saja…”
“ Hmm…apa saja…” Helyna mengajuk kata-kata Luqman.
“ Helyna…andai you terima pinangan ini…I tak akan halang you dari mengingati memori lama you bersama Shahrul…itu hak you. Memang setiap orang ada kenangan yang tak dapat di lupakan sampai bila-bila tapi I janji I akan cuba bahagiakan you….I akan cuba lakukan yang lebih baik dari Shahrul agar lama kelamaan hanya kenangan antara kita sahaja yang hadir dalam ingatan you setiap kali mata you terpejam!” kata-kata Luqman membuatkan Helyna terpaku, diam tanpa suara. Hanya matanya sahaja membalas renungan Luqman.
“ You betul-betul ikhlas mahu menerima I dalam hidup you…”
“ Ya,…dengan sepenuh jiwa I!” balas Luqman sambil mengukir senyum sedangkan pada hakikatnya dia masih menunggu kehadiran Sarah. Tiba-tiba senyuman terukir di bibir Helyna membuatkan Luqman benar-benar terpegun. Ada sesuatu yang istimewa di balik senyuman itu.
**************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...