Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 11 May 2012

Antara Aku & Dia 10


LUQMAN  menyandarkan badan di buaian. Hampir setengah jam dia mengelamun seorang diri di situ. Papa dan mamanya, Tan Sri Hisyam Firdaus dan Puan Sri Emilly sejak dari tadi telah keluar untuk menghadiri satu majlis yang dianjurkan oleh kawan papanya. Mereka ada juga mengajak dia untuk pergi bersama tapi Luqman menolak dengan alasan dia penat. Memang dia penat, penat memikirkan masalah diri sendiri. Kekadang dia terfikir, untuk apa dia terus menunggu kemunculan Sarah yang jelas ternyata membencinya. Dia masih ingat kata-kata Sarah dulu yang  mahu melupakan semua kenangan lama terutama sekali yang berkaitan dengan dirinya. Pernah juga dia membayangkan apa agaknya yang sedang dilakukan oleh Sarah, bagaimana rupanya setelah 15 tahun mereka tidak berjumpa. Masih ingatkah Sarah pada wajahnya? Bagaimana kalau Sarah kini sedang bahagia bersama orang lain dan di kurniakan cahayamata yang comel. Ah! Pelbagai andaian dan persoalan berlegar dalam fikirannya. Semuanya berkaitan dengan Sarah.
Mata Luqman tertumpu mata telefon bimbitnya yang berada  di sebelah. Tangannya segera mencapai telefon tersebut sambil otaknya memikirkan sesuatu dan tangannya terus bergerak. Telefon ditekapkan di telinga dan menunggu panggilannya bersambut. Berdebar-debar juga hatinya kala ini. Mana tahu panggilannya tidak di hiraukan.
“Assalamualaikum…” satu suara lembut kedengaran di hujung talian. Bibir Luqman sudah mampu mengorak senyum. Dia membetulkan seketika kedudukannya di atas buaian.
“ Hello…siapa ni?” suara itu kedengaran lagi di hujung talian bila menyedari salamya tidak berjawab sedangkan Luqman hanya menjawab salam di dalam hati. Terasa seperti suaranya tersekat di kerongkong. Mungkin tak menyangka panggilannya di sambut.
“ Hello….siapa ni? Awak nak cakap dengan siapa?” suara itu bertanya lagi. Kali ini nadanya kedengaran sedikit tegas.
“ Helyna….I…Luqman” akhirnya Luqman bersuara selepas berdehem beberapa kali.
“ Apa hal En. Luqman telefon I ni?...ada hal pentingke?” soal Helyna dengan dahi berkerut.
“ I cuma nak dengar suara you…nak cakap dengan you… itu aje!” jawapan Luqman membuatkan Helyna tergelak kecil.
“ Kenapa?...kelakarke?” Luqman jadi pelik.
“ Tak adalah….cuma rasa lucu….perangai you ni dah macam budak-budak remaja. You call I ni macam you tak ada kerja lain….biasanya hari minggu begini you buat apa?....takkanlah tak keluar jumpa kawan atau keluar datingke dengan mana-mana girlfriend you!....”
“ Amboi, cara you bercakap tu macamlah I ni ada ramai girlfriend….satu pun I tak ada….apa kata I anggap you ni girlfriend I!” saja Luqman mengusik. Sengaja ingin tahu sejauh mana penerimaan Helyna terhadap dirinya.
“ Maaflah…I tak boleh terima anggapan you tu….”
Luqman tersenyum mendengar jawapan Helyna.
“ I tahu you dah ada boyfriend…sebab tu you tak mahu terima I…bertuah betul si Zarul tu ya sebab dia dapat jadi boyfriend you….”
“ Kalau you dah tahu I ni dah ada boyfriend, buat apa you call I…. nanti boyfriend I marah dan kalau girlfriend you tahu you call I….dia pun pasti merajuk…” walaupun Helyna terkejut  mendengar kata-kata Luqman, dia cuba sedaya upaya untuk bertenang. Hairan, macam mana Luqman tahu wujudnya hubungan antara dia Zarul. Siapa yang bagitahu?
“ I kan dah cakap tadi yang I ni tak ada girlfriend….kalau ada pun hanya sekadar kawan. Helyna,…walaupun Zarul tu boyfriend you, tapi belum tentu dia dapat mengubati hati you. I harap I masih ada peluang untuk ada di samping you. I akan cuba ubati hati you dan buat you rasa bahagia hingga you lupa perasaan kecewa!”  kali ini Luqman serius berbicara tanpa sedar hati Helyna mula di landa kecamuk. Sepertinya Luqman banyak mengetahui tentang dirinya sedangkan dia sikit pun tak tahu tentang Luqman.
What do you mean?” soal Helyna berdebar-debar.
“ Helyna…you know what I mean!” Luqman sengaja main tarik tali. Ingin menduga hati Helyna.
“ I minta maaf…I tak ada masa nak main teka teki…kan lebih elok kalau you berterus-terang dari terus membuang masa begini!....apa yang you tahu pasal I?”
“ Bila kita jumpa nanti, I akan jelaskan pada you!” kata Luqman sambil tersenyum lebar. Gembira kerana kata-katanya tadi telah berjaya menarik perhatian Helyna.
“Jangan main-main, Encik Luqman….”
“ Bila masa pulak I ni main-main….I serius, betul-betul serius ni!”
“ Terpulanglah…I ada hal sekarang dan I rasa percakapan kita cukup sampai di sini dan I harap, I tak akan terima panggilan dari you lagi…” kata Helyna.
“ I akan hubungi you lagi….I akan hubungi you sampai you setuju cakap dengan I….I ada banyak cara untuk mendampingi you dan banyak hal tentang diri you yang I tahu…percayalah….you tak boleh lari, I tak peduli siapa itu Zarul. Yang penting I akan dapat apa yang I mahu…” sengaja Luqman cuba mengertak. Ingin mengetahui sejauh mana Helyna akan bertindak.
“ You ni jangan jadi psiko….I tak kesah kalau you nak berkawan, tapi biarlah dengan cara ikhlas…. jangan menakutkan I dengan cara begini…I tak suka!” akhirnya Helyna membuat keputusan.
 “ I minta maaf kalau kata-kata I tadi menakutkan you…I mengaku, I sukakan you bila pertama kali kita jumpa. Dah lama perasaan itu tak wujud dalam hati I walaupun I jumpa dengan ramai perempuan. Tapi dengan you….I rasa something yang I sendiri tak dapat nyatakan, tapi perasaan itu tulus dari hati I…I harap you tak salah faham!”
“ I hargainya…okeylah…I terpaksa letak telefon sekarang!” Helyna sedaya upaya cuba menghentikan perbualan. Sebenarnya, dia takut untuk menjalinkan sesuatu hubungan yang baru. Dia takut untuk hadapi kekecewaan sekali lagi.
“ Helyna…”
“ Ya!”
“ Janji yang you akan jawab panggilan I lain kali” kata Luqman dengan penuh harapan.
“ Ya…I akan cuba”
Thanks, Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam”
Luqman tersenyum puas selepas mematikan talian. Sekurang-kurangnya dia mencuba untuk mendapatkan perhatian Helyna.
***********

ISKANDAR  memandang  wajah Luqman yang sedari tadi hanya mengelamun. Entah apa yang sedang di fikirkannya ketika ini.
“ Man….apa kena dengan kau sejak kebelakangan ni…macam orang angau aje aku tengok, kekadang senyum, kekadang termenung dan kekadang aku tengok muka kau macam orang tengah tension aje…penyakit apa yang kau sedang  hadapi sekarang ni, cuba cerita kat aku….” Tegur Iskandar. Risau melihat wajah Luqman.
“ Entahlah, Is. Aku nak cerita pun tak tahu dari mana nak mula…susah!” Luqman mengeluh tiba-tiba sambil menyandarkan badan di kerusi.
“ Kau sedang fikirkan seseorang?” teka Iskandar.
“ Seseorang?...maksud kau?” berkerut dahi Luqman merenung wajah Iskandar yang mula menguntum senyum.
“ Kau sedang memikirkan gadis yang bernama Helyna kan….mengaku ajelah yang kau sebenarnya dah jatuh hati kat dia. Terus-terang aje… aku pasti dia akan terima kau!” kata Iskandar serkap jarang.
Luqman tersenyum. Sudah lama dia mengenali Iskandar dan pasti  temannya itu tahu apa yang membelenggu fikirannya sekarang ini. Kekadang dia ingin menjalani hidup seperti Iskandar, berkahwin dengan wanita yang dicintai dan mempunyai anak yang comel. Tapi dia…sampai sekarang masih sendiri. Mungkin itu sebabnya mama dan papanya mula risau memikirkan soal jodoh untuknya walaupun mereka menyerahkan urusan jodoh pada pilihannya.
“ Hmm…kalaulah ianya semudah yang kau cakapkan…aku tak akan gelisah begini!” balas Luqman sebelum meneguk minumannya perlahan sambil di perhati oleh Iskandar dengan dahi berkerut, belum memahami maksud kata-kata Luqman.
Exercuse me
Seorang lelaki tiba-tiba muncul di hadapan meja mereka. Penampilannya agak kemas, mengenakan seluar slack hitam dan kemeja lengan pendek berwarna kuning. Wajahnya sederhana dan berkumis nipis tetapi senyuman manis menghiasi bibirnya . Luqman memandang wajah Iskandar, mana tahu lelaki yang baru muncul itu kenalan Iskandar kerana seingatnya dia tak mengenali lelaki ini.
“ Luqman?...Luqman Hakeem?”
 Pandangan lelaki itu tepat ke wajah Luqman.
“ Ya…saya Luqman?...saudara ni siapa?”
 Luqman memandang wajah lelaki itu dengan hairan. Iskandar juga begitu.
“ Kau tak kenal aku?...aku…Adi…Mahadi Mahat. Member kau masa belajar kat MRSM Johor dulu…tak ingat” lelaki itu memperkenalkan diri.
“ MasyaAllah…kau Adi…!”
Luqman terus bangun dan memeluk erat tubuh Adi.
“ Jemput duduk” pelawa Luqman.
“ Kenalkan ini kawan aku…Iskandar….ini Adi, member kamcing aku masa belajar dulu” Adi dan Iskandar saling bersalaman. Senyuman tanda perkenalan mereka hulurkan.
“ Tak sangka betul aku…kau benar-benar berubah Adi. Aku hampir tak kenal kau. Berapa tin kau minum weight gain sampai jadi macam ni?...dulu kau kurus melidi aje!” Luqman ketawa. Tak sangka penampilan Adi sudah banyak berubah. Tegap dan sasa. Ya, perubahan yang berlaku selepas 10 tahun mereka berpisah.
“ Kau ni Man…nak kenakan aku pun biarlah berpada…malu aku kat kawan kau ni!” kata Adi sambil memandang sekilas wajah Iskandar yang turut tersenyum, tumpang seronok melihat mereka berdua.
“Apa perkembangan terbaru kau sekarang….mana kau menghilang lepas kita tamat belajar kat overseas dulu? Kau dah kawin?” Luqman sudah tak sabar untuk mengetahui perkembangan terbaru Adi.
“ Aku dah kawin, anak  dah 2 orang…. Sebenarnya, aku baru bertukar tempat kerja, dulu aku kerja kat Brunei, sebab tu dapat isteri pun orang Brunei. Masa aku baru tiba kat sana phone aku hilang…itu sebabnya aku lost contact dengan kawan-kawan lama” beritahu Adi.
“ Hm…kayalah kau ya…”
 Luqman menepuk perlahan bahu Adi. Tumpang gembira kerana temannya mempunyai kehidupan yang bahagia.
“ Kau tak banyak berubah Man…itu sebabnya aku masih dapat cam wajah kau walaupun dah hampir 10 tahun kita tak jumpa. Kau dah kawin?”
Luqman menyandarkan badan di kerusi sambil memandang wajah Iskandar. Baru sebentar tadi dia dan Iskandar berbicara soal itu.
“ Luqman sedang menunggu seseorang….sekarang ni kawan kita tengah angau” Iskandar yang tadinya hanya memerhati mula mencelah. Berkerut dahi Adi merenung wajah muram Luqman.
“ Kau masih menanti Sarah?” Adi bersuara. Wajahnya tercengang kerana terkejut.
“ Sarah?...aku tak tahu pun selama ini gadis yang kau tunggu bernama Sarah. Tentu gadis itu cantik …sampaikan sekarang kau masih menanti dia, tapi…bagaimana dengan Helyna?”
Iskandar terkejut .  Adi juga begitu. Kalau Iskandar terkejut kerana mendengar nama Sarah kerana selama ini nama gadis itu tidak pernah di sebut oleh Luqman walaupun Luqman pernah menegaskan yang dia sedang menunggu seseorang. Adi pula terkejut setelah mendengar nama Helyna kerana dia menyangka selama ini Luqman benar-benar serius terhadap Sarah. Kedua-duanya mula memandang wajah Luqman.
“ Sarah…aku tak pernah lupakan dia  dan aku masih mengharapkan agar suatu hari nanti aku akan menemuinya. Aku nak dia tahu perasaan yang aku alaminya terhadapnya dulu adalah tulus, dan sampai sekarang perasaan itu masih wujud si hati aku!” kata Luqman sambil membayangkan wajah comel Sarah.
“ Bagaimana dengan Helyna?...kau betul-betul serius dengannya atau sekadar main-main? Macam mana kalau di takdirkan suatu hari nanti kau bertemu mereka secara serentak…siapa yang akan kau pilih? Sarah atau Helyna?” tanya Iskandar dengan dahi berkerut. Mana satu pilihan Luqman yang sebenarnya?
“ Sarah adalah kisah silam aku yang masih belum dapat aku lupakan sedangkan Helyna adalah gadis pertama yang berjaya menggugat perasaan aku setelah 15 tahun berlalu…tapi …Helyna terlalu sukar untuk aku dekati. Bagi aku mereka berdua terlalu istimewa di hati aku….”
Iskandar dan Adi saling berbalas pandang. Tiada kata yang mampu mereka suarakan walaupun timbul rasa simpati di hati mereka buat Luqman. Mereka juga ingin membantu tapi tidak tahu cara yang bagaimana.
“ Man, aku rasa elok kau lupakan aje si Sarah tu…dah 15 tahun kau menunggu dia tapi sampai sekarang tiada sebarang hasil. Sampai bila kau nak terus menunggu?....lebih baik kau bukakan pintu hati kau untuk orang lain, mungkin antara kau dan Sarah memang tiada jodoh. Aku rasa, gadis yang bernama Helyna adalah jodoh yang ditentukan untuk kau…” kata Adi.
“ Tapi Adi,… aku masih lagi  rasa bersalah pada Sarah…” kata Luqman dengan rasa terkilan.
“ Man, sampai bila kau nak teruskan penantian kau yang tiada kesudahan. Walaupun sebegitu dalam cinta kau pada Sarah, belum tentu dia akan jadi milik kau,  15 tahun dulu dia menolak kau mentah-mentah, tak kan sekarang dia nak terima kau kalau korang berjumpa semula….silap kau juga Man, kau terlalu mendera perasaannya ketika itu…” Adi mendengus.
“ Tapi aku akan tetap menunggu dia, biar pun dia masih tak dapat nak terima aku. Sekurang-kurangnya aku berpeluang untuk bertemu dengannya, memohon maaf atas sikap aku padanya dulu” kata Luqman bertekad.
Adi menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Susah juga menasihati orang yang tidak mahu mendengar kata nasihat dari orang lain. Pasti dirinya juga yang akan merana nanti.
**************

SEGALA persiapan untuk perkahwinan Syafiq dan Amanina hampir siap. Dua hari lagi mereka berdua akan diijabkabulkan sebagai suami isteri. Majlis kenduri menyambut menantu akan diadakan di kampong Nek Kamariah kerana itu adalah permintaan nek Kamariah. Syafiq sendiri tak kesah di mana pun majlis itu akan di adakan, dia cuma mengikut asalkan semua orang akan bahagia.
“ Abang Fiq hanya mahu majlis itu diadakan secara sederhana, janji mendapat keberkatan dari Allah!” kata Syafiq ketika berada disisi Helyna yang begitu asyik melihat khemah yang di pasang di hadapan rumah.
“ Dua tahun dulu…Lyna telah alami semua ini. Kesibukan dan keseronokan untuk meraikan majlis kawin tapi ketika itu juga Shahrul pergi tinggalkan Lyna keseorangan. Shahrul pergi tanpa meninggalkan sepatah kata untuk Lyna….itu yang membuatkan seluruh jiwa Lyna melayang. Sampai sekarang peristiwa itu masih segar dalam ingatan Lyna….sampai hati dia tinggalkan Lyna keseorangan begini!”
Helyna menyapu air mata yang mula bergenang di kelopak mata. Sayu hatinya mengenangkan apa yang telah berlaku padanya 2 tahun yang lalu.
“ Lyna….abang Fiq tak nak Lyna ingatkan semua itu lagi…..lupakan Shahrul. Lyna masih ada abang Fiq, nenek, abah ,ibu dan ramai lagi yang sentiasa memberi sokongan untuk Lyna… lagi pun abang Fiq rasa Lyna patut beri peluang untuk orang lain bertahta di hati Lyna. Mungkin jodoh Lyna kali ini lebih baik dari Shahrul….” Kata Syafiq.
“ Siapa? Zarul?”
“ Hm….mungkin Zarul dan mungkin juga Luqman”
Apabila kedua nama lelaki itu di sebut, segera wajah mereka terbayang di ruang mata Helyna. Raut wajah mereka saling bertukar ganti dan sesekali wajah Shahrul turut muncul.
“ Lyna…”
Panggilan Syafiq membuatkan Helyna tersentak. Terus wajah-wajah tadi hilang. Terpisat-pisat dia memandang wajah Syafiq yang memandang ke arah khemah yang siap didirikan.
“ Apa dia?” tanya Helyna dengan dahi berkerut bila melihat wajah Syafiq yang agak serius.
“ Apa pendapat Lyna tentang Luqman?” Syafiq beralih pandang. Kali ini dia memandang tepat ke wajah Helyna.
“ Luqman?....kenapa?...dah 2 kali nama tu along sebut” Helyna tergelak kecil. Sengaja menyembunyikan debaran di dada bila tiba-tiba dia di minta memberi pendapat tentang lelaki itu.
“ Abang Fiq tahu Luqman tu sukakan Lyna….cara dia tenung Lyna hari tu…abang Fiq dah tahu yang dia memang sukakan Lyna. Kenapa Lyna tak cuba bagi peluang pada dia? mungkin dialah jodoh yang ditentukan oleh Allah untuk Lyna sebab itu Shahrul pergi tinggalkan Lyna” kata-kata Syafiq membuatkan Helyna terdiam. Cuba merencanakan kata-kata yang terbaik agar abangnya faham kenapa sampai sekarang dia masih tak dapat mencari pengganti Shahrul.
“ Sebab dia tak miliki apa yang Lyna mahu. Memang kalau di lihat dari segi luaran, Luqman seorang lelaki yang kacak, kaya, berkarisma….tapi bukan itu yang Lyna cari dari seorang lelaki!” kata Helyna.
“ Habis….lelaki yang macam mana yang Lyna cari?” Syafiq mula bosan dengan sikap Helyna. Begitu keras dan tegar adiknya menolak kehadiran lelaki dalam hidupnya walaupun lelaki yang hadir sudah cukup sempurna.
“ Lelaki seperti Shahrul!”
Syafiq mendengus kasar. Buat seketika pandangannya tajam merenung wajah Helyna yang bersikap selamba itu. Geram sungguh dia dengan sikap Helyna. Apa sangat yang dibanggakan dengan Shahrul yang hanya bersikap sederhana itu. Memang dia tak nafikan Shahrul menjadi pendorong Helyna untuk terus berjuang meneruskan hidup di saat dia memerlukan seseorang tapi mereka sekeluarga turut memainkan peranan, bukan hanya Shahrul seorang. Lelaki yang pernah berjaya memiliki hati Helyna itu memiliki ijazah dalam bidang kejuruteraan mekanikal, berwatakan agak menarik, wajah yang sentiasa tenang dan sikap perihatin lelaki itu dan juga sikapnya yang penyayang yang membuatkan Helyna tak dapat melupakan lelaki itu sampai ke hari ini walaupun setelah 2 tahun dia meninggalkan Helyna dalam kesedihan walaupun pelbagai cara telah dilakukannya untuk mengembirakan hati adik kembarnya itu.
“ Lyna,  kita tak akan kenal hati budi seseorang kalau kita sendiri tak bagi peluang untuk diri kita.  Abang Fiq akui Shahrul seorang lelaki yang baik tapi Lyna kena terima hakikat bahawa dia bukan untuk Lyna. Mana tahu Luqman adalah lelaki yang ditakdirkan untuk hidup bersama Lyna sebab tu dia muncul sekarang….!” Pujuk Syafiq.
“ Tak…tak mungkin. Dia dah ada pilihan sendiri….itu adalah hakikatnya. Dia bukan untuk Lyna…kalau abang Fiq paksa Lyna….Lyna boleh terima dia tapi hanya sekadar kawan seperti mana Lyna menganggap Zarul selama ini….!” Helyna tetap berdegil menolak kehadiran Luqman dan Zarul sebagai kekasih.
“  Lyna…abang Fiq tak tahu nak cakap apa…Lyna dah degil sangat, sukar nak terima cakap orang. Hati Lyna dah keras macam batu….kenapa Lyna jadi macam ni?...abang Fiq jadi sedih dengan sikap Lyna ni tau!”
“ Lyna tak boleh terima mana-mana lelaki yang hadir dalam hidup Lyna selagi Lyna tak dapat lupakan Shahrul. Walaupun dia dah lama tinggalkan Lyna…dia dah banyak berjasa untuk Lyna, kerana dia…Lyna berjaya dalam hidup!” tegas Helyna.
“ Lyna patut bagi peluang untuk Lyna hidup bahagia….abang Fiq percaya Lyna akan hidup bahagia bersama lelaki lain selain dari Shahrul….abang Fiq akan sentiasa ada di sisi Lyna untuk turut memberi sokongan. …” Syafiq tak habis berhenti berharap agar Helyna dapat menerima hakikat bahawa dia juga mampu hidup bahagia tanpa Shahrul.
*************


1 comment:

  1. cik writer bz ke? lama tak post
    lagi 1.....background blog ni..sukar nak bacalah..colour dia tenggelamkan tulisan2

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...