Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Monday, 9 April 2012

Kabus Kasih 1



Bab1
S
URAYA keluar dari biliknya selepas siap berdandan. Hari ini dia mengenakan sepasang baju kurung warna krim yang ditaburi dengan bunga kecil berwarna pink.  Dia juga menggayakan tudung berwarna pink. Dengan hanya mengenakan sedikit make up sudah menampakkan keayuan wajahnya. Langkahnya segera di hala ke ruang meja makan sebaik saja keluar dari biliknya. Kelihatan Pn. Fatimah sedang menyediakan nasi goreng sebagai sarapan pagi.
“ Assalamualaikum, mak!” Suraya segera menghadiahkan ciuman di pipi kanan Pn. Fatimah.
“ Waalaikumussalam….ha, mari makan. Yana mana?” Pn. Fatimah segera mencedok nasi goreng ke dalam pinggan.
Suraya sudah pun duduk di kerusi sambil mengadap nasi goreng yang masih berasap. Dia mencapai cawan kosong, segera dituangkan teh.
“ Hm….wanginya bau!” Maryana muncul di hadapan mereka sambil tersenyum lebar.
“ Jemput makan, Yana…makcik buatkan nasi goreng untuk kita sarapan!” pelawa Pn. Fatimah sambil mencedok nasi goreng ke dalam pinggan dan di hulurkan pada Maryana.
“ Terima kasih , makcik….hmm…sedapnya!” puji Maryana sebaik sahaja memasukkan nasi goreng ke dalam mulut.
Marvelous… kan bagus kalau makcik terus tinggal di sini…bolehlah Yana makan masakan yang sedap…ini, malam-malam asyik makan maggi je…” kata Maryana. Bukan main laju lagi dia memasukkan nasi goreng ke dalam mulutnya.
“ Amboi…amboi…banyak cantik muka kau! kau nak buat mak aku ni orang gaji kau ya….!” Suraya mencerlung matanya memandang wajah Maryana yang agak terpingga-pingga.
“ Apa ni?...bila masa pula aku cakap nak buat mak kau ni jadi orang gaji aku…makcik ada dengarke Yana cakap macam tu?”
Pn. Fatimah mengeleng kepala melihat gelagat mereka. Macam budak –budak.
“ Sudahlah….tak elok bergaduh pagi-pagi ni…depan rezeki pulak tu…nanti Allah marah. Yana…selagi makcik ada kat sini, makcik tak kesah nak masakkan untuk Yana…. bukannya selalu makcik dapat datang ke sini…”
“ Kalau kau nak merasa sangat masakan mak aku yang kau cakap marvelous tu…kau datangla ke restoran kami!” pelawa Suraya.
Pn. Fatimah hanya mengukir senyum. Sejak dia membuka restoran di Bandar Pekan beberapa tahun lalu, kehidupan dia dan anak-anak bertambah senang bermula dengan adanya modal yang dipinjam dari bank. Kini dia bersyukur kerana Restoran Fatimah kini memang di minati ramai dan sering menjadi kunjungan pelanggan tanpa mengira bangsa. Dan yang paling membanggakannya, restorannya kini sudah ada cawangan.
“ Betul kata Sue tu…Yana datanglah ke Pekan, boleh kunjungi restoran kami. Yana jangan bimbang…makan minum dan tempat tinggal Yana, makcik yang tanggung!”  tersenyum lebar Maryana mendengar pelawaan Pn. Fatimah. Sesungguhnya dia amat bersyukur kerana Suraya mempunyai kawan yang baik dan boleh dipercayai.  Sejak Suraya dan Mayana berkawan, serba sedikit dia turut mengenali peribadi Maryana  dan sejak dua tahun yang lepas dia mula bersemuka dengan Maryana bila gadis itu berkunjung ke rumahnya di Pahang atas ajakan Suraya kerana sudah beberapa tahun mereka tidak berjumpa setelah sama-sama tamat pengajian di luar negara.
“ Betul ni?....kalau seminggu makcik kena tanggung…alamatnya, pokailah makcik nanti!”  Maryana menjawab sambil tersengih. Dalam hati, dia hanya sekadar bergurau.
“ Tak ada pokainya kalau setakat  nak tanggung makan minum Yana di sana selama seminggu…sebulan pun tak apa…” balas Pn. Fatimah.
`Hah! ambik kau!` Maryana menggaru-garu kepala.  Makin lebar senyumannya mendengar kata-kata Pn. Fatimah. Suraya sudah pun menaikkan keningnya.
“ Sebenarnya, makcik bersyukur sangat kerana adanya Yana di sini,…dapatlah Sue menumpang. Kalau tak…susah juga. Maklum saja….ini Kuala Lumpur…banyak cabaran dan dugaan yang terpaksa kita tempuh untuk berjaya. Lagi pun, makcik tak boleh tinggal lama di sini…kalau setakat sehari dua tak apa….jadi, makcik harap sangat Yana dapat bantu Sue di sini!”
“ Makcik janganlah bimbang…kami dah lama berkawan….dah kenal serba sedikit hati budi masing-masing!” balas Maryana.
“ Mak…Sue dah lambat ni…Sue pergi dulu ya!” Suraya sudah pun bangun dari kerusi.
“ Yalah…Yana pun dah lambat….kami pergi dulu!”
Mereka berdua terus bersalaman sebelum keluar rumah. Maryana adalah seorang eksekutif di sebuah syarikat dan sudah pun memiliki kereta Toyota Rush. Sementara Suraya sendiri sudah mempunyai kereta Proton Persona ketika bekerja di Pahang sebagai pembantu arkitek. Ketika itu dia belum berniat untuk menerima pekerjaan di Kuala Lumpur kerana mahu dekat dengan emaknya selepas pulang dari belajar di luar negara.
**********

SELEPAS memakirkan kereta, Suraya terus masuk ke bangunan Wisma Dynamic yang setinggi 13 tingkat  milik Tan Sri Jamaluddin. Langkahnya terus di atur ke lif. Kebetulan beberapa orang pekerja sudah ada menunggu di depan lif itu. Suraya segera menghadiahkan senyuman buat mereka. Baginya, senyum itu adalah satu sedekah dan senyum juga adalah tanda perkenalan. Tak rugi kalau dia memulakannya, lagi pun dia adalah salah seorang pekerja yang baru mencari rezeki di situ. Dan senyuman Suraya di balas mereka. Ternyata mereka juga tidak lokek membalas senyumannya.
Staff baru ke?” tegur salah seorang dari 3 wanita yang berada di situ. Orangnya berbadan sedikit gempal tapi wajahnya nampak menarik dan peramah.
“ Ya kak, baru semalam saya masuk kerja di sini!” beritahu Suraya.
Oo… hanya itu yang keluar dari dua lagi wanita yang ada di situ. Mereka terus memandang wajah Suraya dengan penuh minat.
“ Kerja apa?” tanya kakak itu lagi sambil meneliti penampilan Suraya yang hari ini mengenakan sepasang baju kurung warna biru berbunga kuning dan mengenakan tudung berwarna kuning.
“ Er….saya kerja sebagai arkitek kak. Nama saya Suraya, akak boleh panggil Sue aje!”  beritahu Suraya.
“ Patutlah nampak bergaya. Kami ni kerja biasa aje, Sue!” kata kakak yang menegurnya tadi.
“ Tak adalah kak, kerja apa pun sama saja…kita kerja ni untuk mencari rezeki yang halalkan!” Suraya cuba menyangkal kata-kata itu. Segan pula mendengr komen itu.
“ Akak Arfah, yang ini June dan yang ini pula Zakiah!” kak Arfah memperkenalkan mereka.
“ Lif dah bukak ni….jom kita masuk!” Zakiah bersuara.
Kak Arfah yang peramah itu terus bercerita pasal dirinya yang bekerja di situ. Suraya sekadar mengiya dan mengangguk saja. Tak sangka becok betul mulut kak Arfah. Terus bercerita sampai dia yang mendengar naik semput. Pot pet pot pet macam bertih jagung. Nasib baik kak Arfah dan kawan-kawannya bekerja di tingkat 4. Selepas mereka keluar, hanya dia seorang yang berada di dalam lif itu hingga ke tingkat 9.
Sampai saja di tingkat 9. Suraya terus melangkah keluar dari lift itu sambil mengeluh perlahan. Kakinya segera di hayun untuk ke biliknya. Dia sempat melemparkan senyuman kepada beberapa orang pekerja yang sudah pun berada di tempat masing-masing. Ada yang sedang buat kerja dan ada pula yang hanya bersembang kosong. Maklum saja jam belum menunjukkan 9 pagi. Jadi waktu kerja belum bermula.
Suraya meletakkan beg tangannya di dalam laci dan melabuhkan punggung di kerusi sebaik saja masuk ke dalam biliknya. Suraya kembali membuka laci, mencapai beg tangannya dan mengeluarkan handphone. Dia menekan scroll sebelum menekap telefon di telinga.
“ Hello!” kedengaran suara di hujung talian.
“ Assalamualaikum!” Suraya segera memberi salam bila panggilannya di sambut.
“ Waalaikumussalam!...kak Sue sihat?” tanya suara di hujung sana.
“ Sihat…kak Sue baru aje masuk office, Lina sihat?”  Suraya pula bertanya khabar, adiknya, Salina.
“ Amacam kerja?...” soal Salina.  Dia tumpang gembira dengan kerja baru kakaknya.
“ Hari ni hari kedua kak Sue kerja kat sini…setakat ni okay je…cuma suasana kerja agak berlainan. Maklumlah, tempat kak  Sue kerja sekarang ni  lebih besar dari tempat kerja dulu.
 “ Er, mak sihat ke? Lina rindulah kat mak!”
“ Mak sihat, esok mak balik Pahang. Tak boleh duduk kat sini lama-lama….mak tu mana boleh berenggang lama-lama dengan restorannya tu…., bimbang agaknya kalau pelanggang lari!” Suraya tergelak mengingatkan perangai emaknya. Susah betul kalau nak ajak pergi lama-lama. Bimbang kalau restorannya tak terjaga.  Sedangkan mak sudah pun memberi kepercayaan pada kak Aminah untuk menjaganya. Kak Aminah tu dah lama kerja dengan mak dan mak memang sayangkan kak Aminah seperti adiknya sendiri. Lagi pun kak Aminah tu tak ada saudara mara kerana sejak kecil dia dibesarkan di rumah anak yatim dan dia juga sudah lama kematian suami. Macam mak juga yang telah kematian ayah. Sebab tu hubungan mereka rapat.
Study Lina macam mana, ada masalahke?” Suraya pula bertanya tentang perkembangan adik bongsunya yang kini menuntut di USM dalam bidang kedoktoran.
“ Setakat ni, Alhamdulillah… minggu depan Lina cuti … nanti kak Sue balik kampung tau…jangan lupa bagitahu mak dan sampaikan salam Lina pada mak ya!”
“ InsyaAllah… nanti kita cakap lain kali ya? Assalamualaikum” Talian terus dimatikan.
Suraya menyandarkan badan di kerusi. Tak sabar rasanya nak jumpa dengan Lina dan berkumpul adik beradik di rumah. Pasti mak gembira mendengar berita itu.
“ Amboi! pagi-pagi dah senyum… satu petanda you senang dapat rezeki!”
Nasib baik Suraya tak melatah bila dia dikejutkan dengan sergahan itu.  Segera matanya memandang ke arah seorang lelaki yang sedang memandang di muka pintu sambil menghadiahkan senyuman.
“ Hm…teringatkan pakwe ya!” usik lelaki segak itu lagi. Memang segak lelaki yang berdiri di muka pintu biliknya. Dengan mengenakan berwarna kemeja kuning lembut dan bertali leher di padankan dengan seluar hitam.  Sedikit kumis menghiasi wajahnya yang cerah itu.
“ Dah jadi habit En. Jeffri ke mengacau staff pagi-pagi ni? tak tahu nak bagi salam tapi terus aje sergah macam yang abang Naz buat kat rancangan Terjah tu ke?...bahaya betul!” kata Suraya menarik muka masam membuatkan Jeffri ketawa besar. Dia terus masuk walaupun tidak dipelawa.
Jeffri adalah Ketua bahagian itu. Merupakan Senior arkitek di Wisma Dynamic. Dia amat disenangi oleh semua staff kat situ kerana  peramah dan mesra dengan semua staff. Malah dia tidak lokek untuk memberi tunjuk ajar. Itu di akui oleh Janice, salah seorang staff yang hampir 5 tahun berkhimat di situ sebagai pelukis plan. Lelaki yang berusia 35 tahun itu sudah berkeluarga dan mempunyai 2 orang cahayamata.
So. ..macam mana kerja kat sini?...semua staff kat sini layan you dengan elokke?...kalau dia orang buli you, bagi tahu aje kat I…I akan ambil tindakan!” kata Jeffri sambil menyilangkan kaku.
“ Setakat semalam…semuanya dalam keadaan baik dan staff kat sini semuanya ramah tamah…especially…yang ada kat depan I ni. Pagi-pagi dah buat kejutan…nasib baik I ni tak ada penyakit jantung atau pun melatah, kalau tak….turunlah saham I!” balas Suraya membuatkan Jeffri tergelak.
“ I kalau boleh nak semua yang bekerja di bawah I berada dalam suasana selesa…I tahu kalau kita terlalu menumpukan kepada sesuatu kerja, kita akan cepat rasa stress… jadi, bila kita buat kerja, kita hendaklah selesakan diri kita, barulah hasilnya membanggakan…lagi pun di sini…we work as a team…semua saling tolong menolong dan you tak perlu segan untuk meminta bantuan dari mereka yang lain!” beritahu Jeffri membuatkan Suraya mengangguk perlahan. Lega mendengar penjelasan itu.
Thanks…I`m really appreciate. Memang banyak perkara yang masih perlu I belajar…apa lagi bekerja di dalam sebuah syarikat yang besar. I memang perlukan tunjuk ajar dari mereka yang lebih mahir….macam you!” kata Suraya membuatkan Jeffri tersenyum.
Exercuse me….may I come in?”
Suara lelaki tiba-tiba mencelah membuatkan mata Suraya dan Jeffri terus memandang ke arah muka pintu. Mata Suraya terus tertumpu pada wajah lelaki itu. Kalau tadi dia mengatakan penampilan Jeffri segak, tapi lelaki yang berada di depan pintu biliknya ketika ini lebih segak lagi dengan mengenakan kot hitam. Nampak cukup bergaya. Sesuai sekali dengan wajahnya. Boleh buat  hatinya berdebar tiba-tiba.
Sure…come in!” pelawa Jeffri sambil bangun. Suraya turun bangun. Tanda hormat kepada tetamu yang datang berkunjung.
“ Aisha bagi tahu kau ada kat sini…kau ada discussionke?” ujar lelaki itu sebelum melabuhkan punggung di kerusi. Jeffri dan Suraya turun melabuhkan punggung. Dalam hati Suraya, tertanya-tanya. Siapakah lelaki ini? Gaya dan penampilannya cukup hebat. Wajahnya juga tampan. Boleh buat hatinya jadi penasaran nih!
Nope!...just talking. What`s up?....jarang kau datang jumpa aku pagi-pagi begini! kau mimpike apa!”  tegur Jeffri memandang hairan wajah lelaki itu. Suraya pula hanya sekadar memerhati dengan rasa tertanya-tanya.
“ Aku nak ajak kau breakfast…if you don’t mind. Dah lama aku tak sarapan dengan kau!” kata lelaki itu menjelaskan tujuan kedatangannya ke situ.
“ Ok…cantik. Aku pun belum sarapan lagi. Terfikir juga nak ajak cik adik ni sarapan bersama!” kata Jeffri sambil mengerling ke arah Suraya yang agak terpingga-pingga kerana dia turut di kaitkan sama dalam percakapan itu.
Lelaki yang berada di sebelah Jeffri tiba-tiba merenung wajah Suraya. Agak lama membuatkan Suraya rasa tak selesa.
“ Jom!” pelawa Jeffri.
Sorry…I dah sarapan kat rumah…lain kali ya!” Suraya menolak pelawaan itu kerana sememangnya dia sudah bersarapan.
Ok…may be next time!” Jeffri mengeluh kecewa kerana memang itulah tujuan asalnya berkunjung ke bilik Suraya. Untuk mengajak gadis itu bersarapan bersama.
“ Kalau macam tu…kami keluar dulu!” kata Jeffri dan segera mengangkat punggung diikuti oleh lelaki tadi.
Sebaik saja kedua lelaki itu pergi, Suraya terus mencapai sebatang pen dan sehelai kertas. Hairan. Kenapa Jeffri tidak memperkenalkan siapakah lelaki itu?

****************

JEFFRI dan temannya sama-sama menikmati hidangan nasi lemak di sebuah restoran yang terletak tidak jauh dari Wisma Dynamic. Orang ramai masih memnuhi ruang di café itu.
“ Jeff, aku tak tahu pun yang sekarang ni kau dah ada staff baru!” Imran meneguk perlahan Nescafe sambil memandang wajah Jeffri yang begitu enak menikmati nasi lemak.
“ Pentingke aku bagi tahu kau. Kan selama ini kau tak pernah nak ambil tahu  pasal hal tu semua…,alah, datang kat department aku pun kalau terpaksa aje!” balas Jeffri sambil menolak pinggang kosong. Kali ini cawan berisi milo di capainya dan diteguk perlahan.
“ Habis, kau ingat aku hanya goyang kaki aje ke kat office?...takkanlah aku nak kena bertandang ke semua department untuk bertanya khabar…ingat aku ni berlatih nak ambil calon jadi wakil rakyatke!” entah kenapa tiba-tiba Imran melenting.
Relaxlah bro…apasal tetiba naik angin ni? kau datang bulan ya!” Jeffri ketawa kecil.
“ Gila kau! Kau ingat aku ni species makhluk mana? nanti tak pasal-pasal naik lebam mata kau! mulut tu jaga sikit!” kata Imran mendengus perlahan.
Jeffri terus tergelak. Hairan betul. Apasal pagi-pagi dah mengamuk ni? Nak kata bergaduh dengan isteri, Imran belum lagi kahwin. Apa ya!
“Apa hal ni?...kau emo semacam je?” tanya Jeffri lagi.
“ Tak ada apa-apalah… kau ni kan bab mengenakan orang nombor satu tapi hairan juga…kau ni andai aje cakap besar, tapi takutkan bini rupanya!” kali ini giliran Imran pula tergelak.
“ Aku bukan takutkan si Niza tu….tapi si Niza tu yang tak takutkan aku. Kau bukannya tak tahu perangai dia….kalau datangnya kepala angin dia tak betul…ribut taufan pun kalah. Tapi…aku tetap sayangkan dia kerana kau dialah manusia yang paling bermakna dalam hidup aku selain dari mak dan ayah aku. Memang aku tahu kekadang sikap dan panas barannya membuat aku hilang sabar tapi aku sedar itu hanya satu kelemahan dia…tapi masih banyak keistimewaan dia yang membuatkan aku menyayanginya dengan setulus hati. Kita pun tahukan bahawa tak ada manusia yang sempurna di muka bumi ni..setiap orang ada kebaikan dan keburukannya…dan kita hendahlah redha dan menerimanya dengan ikhlas!”
“ Hmmm…” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Imran.
“ Kau akan alami semua ini kalau kau hidup berumahtangga…aku yakin kau boleh bahagia….takkanlah selamanya kau nak terus hidup membujang….!” kata Jeffri membuatkan Imran mengeluh berat.
“ Im…kau dah dapat memo?” tiba-tiba Jeffri menukar tajuk perbualan.
“ Memo apa?” terlopong mulut Imran merenung wajah Jeffri yang agak terkejut kerana tak sangka lelaki itu tak tahu berkaitan dengan memo itu.
“ Tan Sri minta semua ketua jabatan menghadirinya… atau lebih spesifiknya, taklimat ringkas jam 11 pagi nanti. Kau tak tahuke?”
“Oh! pasal tu…aku pun baru tahu!”
“ Jom…”
Mereka terus mengatur langkah keluar dari café itu. Hanya berjalan kaki dalam 5 minit aje dari Wisma Dynamic.
“ Jeff…siapa nama staff baru kau tadi?” Imran memandang ke arah Jeffri sementara menunggu pintu lif terbuka.
“ Wow! kenapa?...berminatke?” Jeffri tergelak tiba-tiba.
“ Kau ni….tanya nama staff pun tak boleh…kedekut! macamlah aku nak pikat dia!” Imran mencebik. Geram.
“ Setahu aku…kau ni tak berminat dengan mana-mana perempuankan…sebab tu sampai sekarang kau hidup membujang….kekadang aku pun naik  hairan dengan kau….takkanlah kau tak ada feeling dengan mana-mana perempuan….entah-entah kau ni…..” seram pulak dia nak meneruskan kata.
“ Kau jangan…. kau ingat aku ni jenis lelaki songsangke?... aku masih waras lagi…cuma….entahlah, perasaan untuk sukakan seseorang tu masih belum wujud. Mungkin belum tiba masanya!” balas Imran.
Mereka berdua masuk ke dalam lif.
She`s beautiful, it is?” Jeffri cuba mencari reaksi Imran. Namun Imran tetap dengan wajah selambanya. Sengaja menyembunyikan rasa sakit hatinya kerana di usik oleh Jeffri.
Not bad….” balas Imran walaupun dalam hati dia mengakui kata-kata itu.
“ Kau tak nak tahu nama dia?” usik Jeffri lagi. Cuba mencari reaksi temannya lagi.
Imran memandang wajah Jeffri. Hatinya membuak-buak ingin mengetahuinya. Entah kenapa dia rasa berminat untuk mengenali gadis yang dilihatnya pagi tadi.
“ Aku akan bagi peluang tu untuk kau…” Jeffri tersenyum. Seronok  pula melihat wajah temannya itu. Macam excited. Hairan juga, dengan gadis lain tak ada pun dia nak ambil tahu. Ajaib ni!
When you see her…you can ask her!” kata Jeffri bila pintu lif di tingkat 9 terbuka. Dia sempat mengenyitkan matanya pada Imran yang ternyata agak terkejut mendengar kata-katanya.
Imran mengetap bibir sambil memandang Jeffri yang melangkah pergi sebaik saja keluar dari lif. Dalam hari dia merugut, geram kerana tahu bahawa Jeffri sengaja mengenakannya.
“Gila!” hanya itu yang bermain dalam fikirannya sewaktu lif kembali tertutup. Ketika itu juga wajah gadis manis yang ditemuinya tadi  terbayang dalam ingatannya.
**********

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...