Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Sunday, 1 April 2012

Jauh di Sudut Hati 1


Bab 1
I

DA MARIA bersiap dengan mengenakan t`shirt dan seluar jeans. Dia menyanyi-nyanyi kecil sambil mengikut rentak lagu Inggeris melalui hi-fi di biliknya sambil bermake-up ala kadar. Nyanyiannya terhenti bila mendengar loceng di muka pintu. Dia melirik jam di tangannya.
            “ Awalnya datang, janji pukul 9….ni, pukul 8.30 dah sampai!”  Ida bersuara sambil melangkah keluar dari biliknya.
Kunci pintu yang berada di atas almari di capai dan tanpa berlengah dia segera membuka pintu.
“ Abang Zul!”
Ida bersuara . Terbeliak matanya sambil menutup mulut yang ternganga dengan kedua-dua tangan sebaik saja memandang wajah lelaki di hadapannya.
“ Kenapa? Terkejut ya!” lelaki itu ketawa kecil dengan gelagat Ida itu.
“ Ya…terkejut…terkejut sangat-sangat… kenapa nak datang tak bagi tahu Ida. Ini tak, tiba-tiba muncul depan pintu rumah Ida…nasib baik Ida ada, ini pun dah bersiap nak keluar. Kalau tak kesian abang Zul terpaksa berdiri kat luar” beritahu Ida agak teruja dengan kemunculan abang Zulnya.
Sorry, abang Zul pun tak terfikir nak datang jumpa Ida…tiba-tiba je rasa nak datang, saja je nak buat surprise kat adik abang ni! Nasib baik  nampak kereta Ida kat depan ni..kalau tak ada, abang Zul balik je!” balas Zul.
“ Masuklah…takkan nak berdiri tercegak kat muka pintu aje!” pelawa Ida sambil memberi ruang untuk abangnya masuk ke dalam rumah.
“ Duduklah!” kata Ida.
Sebelum duduk, sempat juga Zul melilau sekitar rumah itu. Nampak kemas susun aturnya.
“ Hujan tak, ribut pun tak…tiba-tiba boleh muncul, malam-malam pulak tu…mimpike apa!” usik Ida sambil merenung wajah abangnya yang baru saja menyandarkan badan di kerusi.
“ Dah lama abang Zul tak jumpa Ida, rindu rasanya!” balas Zul sambil tersengih.
“ Yalah tu!” balas Ida pula sambil mencebik bibirnya.
“ Sebenarnya abang Zul kena transfer kat sini. Kena lapor diri kat Hospital Lembah Pantai minggu depan. Abang Zul datang ni sebab nak settlekan tempat tinggal dan apa-apa yang patut. Abang Zul sampai petang tadi dari Kota Bharu!” beritahu Zul tentang tujuan kedatangannya ke Kuala Lumpur.
“ Abang Zul nak tumpang tidur kat sinike malam ni?” soal Ida. Kesian pulak di fikirkan tentang abangnya.
“ Nanti Ida nak tidur kat mana? Lagi pun abang Zul kan lelaki…tak elok kalau mengganggu rumah sewa anak dara orang…apa kata teman-teman Ida yang lain!” kata Zul.
“ Apa salahnya, kat rumah ni hanya tinggal Ida dan Liana aje. Fika dan Amy balik kampong semalam. Nasib baik ada Liana, kalau tak Ida tidur sorang-sorang malam ni. Liana tu pun baru aje sampai petang tadi, lepas solat maghrib tadi terus dia tidur…kepenatan agaknya!” beritahu Ida. Zul hanya tersenyum.
“Sebenarnya abang Zul menginap kat hotel. Besok abang Zul nak jumpa dengan kawan, dan minta dia carikan rumah sewa yang baik untuk abang Zul. Minggu depan abah dan mama nak datang sini!” beritahu Zul membuatkan Ida mengeluh. Buat penat aje dia mempelawa.
“ Abang Zul ni…Ida ingat betul je tadi abang Zul tak ada tempat tinggal sementara…saja nak buat Ida risau!”
Sorry…abang belum cakap apa-apa lagi, Ida dah pelawa. So, abang diam aje!” Zul membela diri.
“ Itulah abang Zul, Ida suruh cari kakak ipar untuk Ida, abang Zul tak mahu….sampai bila abang Zul nak menyendiri macam ni, sekurang-kurangnya ada orang yang tolong jagakan makan minum, siapkan pakaian abang Zul dan yang penting temankan abang Zul tidur. Dah bertahun-tahun asyik tidur berpelukkan bantal…kan elok kalau tidur berpelukkan orang, ada nikmatnya kan!”
“ Hisy…mulut tu…tak ada insurance!” Zul mengetap bibir membuatkan Ida tergelak.
“ Betulla apa yang Ida cakap…itu semua untuk kebaikan abang Zul juga. Ida ni perihatin dan sayangkan abang Zul, Itu aje!’ Ida masih lagi tergelak kecil.
“ Belum ada jodoh, nak buat macam mana!” Zul tiba-tiba mengeluh. Wajahnya muram tiba-tiba. Ida turut diam seketika.
“ Tak ada jodoh ke  atau sengaja tak nak cari jodoh? Atau abang Zul nak Ida kenalkan abang Zul dengan kawan-kawan Ida…manalah tahu ada yang tersangkut nanti!”
 Zul merenung tajamke arah Ida. Mungkin dia kurang senang dengan bicara adiknya itu. Dan Ida pula memang menyedari rasa ketidakselesaan abangnya, tapi dia hanya buat muka selamba.
“ Abang Zul, Ida nak keluar ni…ada janji dengan kawan!” beritahu Ida tentang temujanjinya dengan seseorang.
“ Kalau macam tu…abang pun nak balik hotellah!” Zul mula mengangkat punggung tapi segera di tahan oleh adiknya.
“ Duduklah dulu…ada banyak perkara yang Ida nak cakapkan dengan abang Zul…lagi pun dah lama kita tak borak sama…Ida cuma keluar kejap aje, ok….nanti Ida balik!” pujuk Ida menahan abangnya dari terus beredar.
“ Habis tu….abang Zul nak buat apa sorang-sorang kat sini…lagi pun, abang Zul rasa tak sedap hatilah….” Zul melahirkan rasa gusar di hati.
“ Alah…abang Zul tunggu kejap aje…dalam 15 minit gitu…abang Zul baca ajelah majalah yang berlambak kat rak tu. Ida ke dapur kejap, buatkan air!” kata Ida terus menegah abangnya  untuk pergi dari situ.
Zul mendengus perlahan. Rasa serba salah menghuni hatinya saat ini dan pelbagai andaian yang tak elok mula bermain di fikirannya. Kata orang, malang tidak berbau.
“ Maaflah…air bujang aje…” Ida muncul dengan membawa gelas berisi sirap dan sepinggan biskut.
“ Ida….abang Zul rasa elok abang Zul balik ke hotel aje…hati ni ha…rasa berdebar-debar aje…macam ada sesuatu yang tak elok je berlaku!” Zul melahirkan kegusaran hati.
Ida tersenyum dan menarik tangan abangnya supaya duduk kembali.
“ Abang Zul ni…buat apa duk fikir benda yang tak elok…Ida sure tak ada apa-apalah yang berlaku…jiran-jiran kawasan ni semuanya baik! Ida keluar kejap aje sebab nak ambil barang dengan kawan …and then Ida terus balik….Ida dah janji nak jumpa dia kat simpang depan sana…kejap aje!” Ida terus memujuk abangnya untuk terus berada di situ.
“ Abang Zul janganlah bimbang, tak ada apa-apa yang akan berlaku, ok…Ida buka tv, abang Zul tengok tv sambil baca majalah!” Ida terus memasang tv dan tetap berpesan bahawa dia tidak akan mengambil masa yang lama.
“ Ida keluar kejap aje…apa-apa hal, call Ida!”pesan Ida sebelum keluar.
Zul hanya diam. Sebaik saja Ida menghilang, dia terus memberi tumpuan pada siaran di tv. Bagi menghilangkan kebosanan, dia beralih pada rak yang menempatkan pelbagai jenis majalah. Tapi kebanyakannya lebih kepada majalah hiburan dan yang berkaitan dengan wanita. Di capainya salah satu majalah Keluarga, keluaran terbaru…dibelek-belek seketika tanpa membacanya sebelum menukar kepada majalah lain. Kali ini dia mengambil majalah berbentuk hiburan, dibelek-beleksebelum meletakkannya di tempat asal.
Untuk menghilangkan rasa bosan dan keresahan menunggu, dia memberi tumpuan pada rancangan yang di paparkan di tv. Masa terus berlalu dan sudah beberapa kali dia memandang ke arah jam tangannya, namun wajah Ida tak kunjung tiba.
`Kata 15 minit, ni dah lebih setengah jam…baik aku balik aje!`
Dia cuba mendail nombor telefon adiknya, namun tidak berangkat. sekali lagi dia mencuba.
“ Hello, abang Zul….Ida dalam perjalanan nak balik ni…” suara Ida kedengaran sebaik saja menyambut panggilannya.
“ Ok…abang Zul tunggu…cepat sikit tau!”
“ Ok….”
Zul menyandarkan kepalanya seketika di kerusi. Tiba-tiba dia  teringatkan perbualannya dengan Datin Maznah petang tadi semasa dia menghubungi mamanya sebaik saja sampai di hotel.
“ Itulah…mama kan cakap….tinggal aje kat rumah di Bangsar tu, bukannya ada sesiapa pun kat rumah tu, cuma sesekali aje pembantu rumah datang bersihkan rumah tu. Lagi pun buat apa nak cari rumah sewa…n sekarang ni Zul tinggal di hotel…membazir aje!” rungut Datin Maznah.
“ Zul bukannya apa, ma. Saja nak berdikari. Asyik mama dan papa yang bantu..jadi, bila lagi Zul nak berdikari dan mendisiplinkan diri. Lagi pun Zul bukan budak-budak lagi!” Zul cuba membela diri.
Zul mengatur langkah ke balkoni, cuba melihat pemandangan di luar hotel.
“Mama tak lupa dan tak akan lupa bahawa Zul bukan budak-budak lagi…tapi dah jadi lelaki dewasa…umur pun dah dekat 33 tahun, malah Zul pun pernah…”
“ Ma….tak perlu diungkitkan kisah lalu…begitu payah Zul cuba melupakannya, janganlah kita bincangkannya lagi!”
Datin Maznah mengeluh.
“ Zul dan Ida tu sama saja….degil dan tak mahu mengalah…mama pun tak tahu apa nak buat!” walaupun suara Datin Maznah kedengaran agak tegas, tapi Zul tahu mamanya terasa hati.
“ Kami perlu berusaha sendiri tapi kami tetap sayangkan mama… apa jua yang telah mama lakukan pada Zul dan Ida, kami benar-benar menghargainya….kalau kami perlukan apa-apa, kami akan bagi tahu mama…sekarang ni, mama dan papa perlu bagi tumpuan pada Aini, dia masih lagi belajar dan perlukan tumpuan dan perhatian dari mama dan papa!” Zul cuba menenangkan perasaan mamanya. Bimbang sekali andainya mama terasa hati dengan tindakannya.
“ Zul silap…bagi mama, Zul dan Ida tetap perlukan tumpuan dan perhatian dari mama walaupun di mana kalian berada kerana Zul dan Ida adalah anak mama sampai bila-bila…” Datin Maznah menahan sebak.
“ Dan percayalah, Zul tetap sayangkan mama dan papa…Ida juga begitu…I love you, mum!” Zul harap mamanya akan merasa lega dengan penjelasannya itu. Tiada sedikit niat di hati untuk meragui kasih sayang mamanya.
Kini, Zul kembali ke alam nyata, begitu jauh dia mengelamun tanpa sedar masa terus berlalu. Sekali dia dia melirik jam tanganya sebelum mendail semula nombor telefon Ida. Tapi kali ini tiada suara Ida yang kedengaran, hanya  di jawab oleh peti suara. Zul mengeluh hampa. Dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk terus pulang. Tak ada guna kalau dia terus menunggu.
Langkah Zul terbantut bila mendengar satu suara  menegur.
“ Ida, kau kata nak keluar tadi…kenapa…” Suara itu terus terhenti seperti terhentinya langkah gadis itu sebaik saja memandang wajah Zul yang tercengang melihat penampilannya ketika itu. Apa tidaknya, dia hanya berkemban dengan memakai kain batik dan tubuhnya hanya di balut dengan tuala.
“ Siapa encik ni?” soal gadis itu dengan wajah pucat.
“ Er…”
Belum pun sempat Zul memperkenalkan diri, terdengar ketukan di pintu membuatkan kedua-duanya kembali kaku. Hanya mata mereka sahaja yang memandang ke arah pintu yang masih lagi di ketuk bertalu-talu.
Zul segera melangkah ke pintu dan mengharapkan kepulangan Ida, tapi ternyata apa yang diharapkan  lain pula yang jadi. Dan dan gadis itu sekali lagi saling berpandangan dan wajah kedua-duanya ternyata pucat dan mereka terus berdiri kaku di situ.

**************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...