Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 11 April 2012

Di Penghujung Rindu 10


S
ARAH  menjalani rutin biasa sebagai seorang CEO dan sesekali mengunjungi Rumah Anak Yatim Seri Permata jika ada kelapangan sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Hafiz juga begitu. Tetap menemui rakannya dan selalu menghabiskan masa di kelab atau bermain bowling. Tidak pernah sekali pun Hafiz mempelawa Sarah atau mengalu-alukan kedatangan Sarah ke rumahnya. Sebaliknya Sarah sendiri memijakkan kakinya ke rumah lelaki yang bergelar suami semata-mata mematuhi arahan mama dan papanya.  Semua itu terus berlanjutan dan sekarang ini sudah masuk bulan ke dua usia perkahwinan mereka.
Hari ini Sarah mengunjungi pasaraya Giant selepas pulang dari pejabat. Niat di hati mahu membelikan sesuatu untuk Diana. Dia pernah berjanji dengan kanak-kanak itu untuk membelikan teddy bear sekiranya Diana sembuh dari demam.
“ Assalamualaikum!”
Sarah terus menoleh ke belakang, cuba melihat siapakah yang telah menhulurkan salam untuknya.
“ Waalaikumussalam…you, Jeff. Ingatkan siapa tadi!” Sarah segera mengukir senyum.
“ Besarnya teddy bear…takkan birthday untuk anak you kot….” tegur Jeffri sambil ketawa kecil mempamerkan gigi yang tersusun kemas. Sengaja mahu menyakat Sarah.
Sarah segera mencerlung matanya.  Tahu sangat lelaki yang berusia 30 tahun itu sedang menyakatnya. Secara tak langsung Sarah meneliti penampilan lelaki itu. Kemas dan nampak santai dengan mengenakan seluar jeans dan kemeja lengan pendek.
Teddy bear ni untuk Diana, I dah janji nak belikan untuknya bila dia dah sembuh nanti. Jeff pun tahukan yang Diana tu takut sangat nak makan ubat…kenalah pujuk walaupun terpaksa guna modal yang besar!” Sarah tergelak kecil.
“ Hmm…nasib baik yang membuat janji tu seorang CEO, kalau kerani cabut,…alamatnya melayanglah duit gaji untuk perbelanjaan makan setengah bulan!” balas Jeffri sambil memandang teddy bear besar yang berada dalam pelukan Sarah. Bukan main besar lagi dia belikan hadiah untuk Diana.
“ You dari mana ni?...baru balik kerja ke atau ada date dengan someone?” Sarah memandang wajah Jeffri.
“ I cuti hari ni dan sekarang ni I tengah date dengan someonelah …” balas Jeffri sambil menaikkan keningnya bersama senyuman di bibir menampakan lesung pipit di kedua belah pipinya. Menarik. Secara tak langsung Sarah memuji senyuman lelaki itu.
“ You ni…suka sangat buat lawak tau….you buat apa kat sini sebenarnya, temankan makwe beli barang kot!” teka Sarah sambil  matanya meliar memerhati sekeliling, mana tahu nampak seseorang .
“ Tak payah nak melilau mata …I memang datang seorang, nak beli barang keperluan dapur sikit….” akui Jeffri.
“ Biar betul….” berkerut dahi Sarah merenung wajah Jeffri. Cuba mencari kebenaran di balik kata-kata.
“ Walaupun I ni bujang…tapi I suka masak walaupun tak terror mana…. bolehlah nak masuk anak tekak.  I menyewa dengan 2 orang lagi member…kami bergilir-gilir masak kalau ada kelapangan… bagi I, itu satu cara untuk release tension!” kata Jeffri.
“ Wow…hebat….kali pertama I dengan orang lelaki berpendapat bahawa memasak boleh releasekan tension…!”
  Sarah mula kagum mendengar pendapat itu.
“ Terlanjur kita berjumpa kat sini, apa kata I belanja you minum dan borak-borak…lagi pun dah lama juga kita tak jumpa!” cadang Jeffri.
“ Ok…satu cadangan yang baik!” sokong Sarah.
Sambil menikmati minuman, mereka berbual kosong. Apa yang menjadi tajuk penting perbualan mereka adalah sekitar kegiatan mereka di Rumah Anak Yatim Seri Permata. Sejujurnya Sarah kagum dengan lelaki itu yang sanggup menabur bakti tanpa mengharapkan wang ringgit. Jarang manusia yang bersikap begitu. Jeffri adalah seorang lelaki yang peramah, tidak lokek bercerita dan berkongsi pendapat.  Walaupun jarak usia berbeza 4 tahun, itu tidak mencatatkan panggilan dalam hubungan mereka. Secara tidak langsung panggilan itu mengingatkan Sarah pada Hafiz. Lelaki itu lebih suka membahasakan dirinya aku sebagai ganti nama untuk abang sedangkan kalau nak di kira, umur Hafiz hanya berbeza setahun saja dari Jeffri.  Tapi sikap Jeffri nampaknya lebih matang berbanding sikap Hafiz yang hanya tahu mencari gaduh dan suka menyakitkan hatinya. Tak macam abang Luqman.
“ Minggu ni Jeff tak dapat pergi ke Seri Permata sebab bermula esok Jeff akan berada di Terengganu. Ada seminar di sana selama seminggu. Sarah ada apa-apa pesanan atau mahukan sesuatu?...Jeff boleh belikan….keropok lekor atau kain batik!”
“ Sarah tak minat dengan semua tu….cuma…”
“ Cuma apa?” berkerut dahi Jeffri cuba memikirkan apa yang Sarah mahu. Janganlah meminta sesuatu yang tak mungkin dia beli di sana.
“ Cuma Sarah nak minta Jeff kenalkan Sarah dengan seseorang!” Sarah tersenyum.
“ Seseorang?...maksud Sarah?”
“ Jeff kan masih lagi bujang…kacak pula… carilah seseorang sebagai peneman di kala sunyi!” Sarah tergelak kerana dapat mengenakan lelaki itu.
“ Sarah ni macam ibu Jeff…bising nak bermenantu…bukan Jeff tak mahu beristeri tapi sampai sekarang belum ada calonnya!” wajah Jeffri keruh.
“ Memilih sangat kot!” usik Sarah lagi.
“ Memilih dan di pilih adalah dua istilah yang berbeza… kalau boleh biarlah calon isteri Jeff tu orangnya macam Sarah. Bukan saja cantik, tapi juga baik hati dan sayangkan kanak-kanak!”
Sarah terdiam, pujian Jeffri itu dirasakan terlalu tinggi. Sedangkan hakikatnya hanya dia yang tahu.
“ Itu hanya dari segi luaran aje…kalaulah Jeff tahu siapa diri Sarah…masihkah Jeff mahu berkawan dengan Sarah?” Sarah bersuara. Sebak hatinya bila mengenangkan siapa dirinya.
“ Walaupun siapa Sarah…Jeff akan tetap menganggap Sarah adalah kawan Jeff….kita tak boleh memilih kawan berdasarkan asal keturunan, pangkat dan darjat tapi hati….bila kita mati pun….apa yang di hitung di akhirat nanti adalah pahala yang kita lakukan di dunia, bukannya berapa banyak harta yang kita kumpulkan. Di sisi Allah, manusia adalah sama….cuma yang membezakan antara kita adalah amal kebajikan!” Sarah amat terharu mendengar pendapat itu. Ternyata, memang tidak salah dia memilih lelaki itu menjadi sahabatnya selain dari Tuty.
“ Terima kasih kerana sudi menjadi kawan Sarah walaupun Sarah tak pernah tahu asal usul Sarah. Hanya ini satu-satunya harta peninggalan dari orangtua Sarah sebagai kenangan!”
Sarah menunjukkan rantai emas berloketkan jade yang sentiasa di pakainya.
“ InsyaAllah, Jeff doakan suatu hari nanti Sarah akan ketemu dengan orangtua kandung Sarah….mungkin mereka ada sebab tertentu kenapa Sarah ditinggalkan di Seri Permata!”
Jeffri cuba menenangkan hati Sarah yang mula sebak. Memang hati Sarah akan sentiasa terusik bila berbicara soal keturunan. Oleh itu, sepanjang dia tinggal bersama keluarga Hafiz, Datuk Syafiq Rahman dan Datin Ruzaini tidak pernah membangkitkan soal itu semata-mata tidak mahu Sarah bersedih. Sebaliknya mereka bersikap terbuka apabila Sarah menginjak usia dewasa dan merekalah yang membuat usul supaya Sarah sentiasa mengunjungi Rumah Anak Yatim Seri Permata kerana setelah Sarah diambil dari rumah anak yatim itu, pasangan Datuk Syafiq Rahman dan Datin Ruzaini menjadi penyumbang utama untuk kebajikan rumah anak yatim itu.
“ Suami Sarah tu …maksud Jeff abang angkat Sarahkan?”
Sarah mengangguk perlahan.
“ Ya…kenapa?”
“ Sarah bahagia hidup bersama dia?”
“ Perkahwinan kami atas kehendak mama dan papa…  Sarah terima usul itu kerana itu saja caranya untuk Sarah balas budi mereka walaupun suami Sarah tak pernah menerima kewujudan Sarah!”
“ Habis tu… Sarah nak teruskan?”
“ Ya… Sarah tak mahu hati mama dan papa terluka…”
“ Sampai bila Sarah nak teruskan hubungan itu?”
“ Maaf….Sarah tak nak bincangkan soal itu lagi. Ini pun dah terlanjur bercerita…!”
“ Itu gunanya kawan….kekadang kita perlukan seseorang unuk meluahkan apa yang kita rasa supaya hati kita jadi tenang. Jangan di pendamkan kerana mungkin suatu hari nanti ia akan memakan diri kita sendiri…”
“ Terima kasih sekali lagi… sejujurnya Jeff seorang teman yang baik, macam Tuty…” sikap Jeffri itu mengingatkan dia pada Tuty. Walaupun Tuty bersikap gepoh dan suka mengusik, tapi dia baik hati.  Suka menolong tanpa mengharapkan balasan.
“ Tuty… macam nama pembantu rumah Indonesia aje…” Jeffri tergelak.
“ Gelakkan kawan Sarah ya…she`s a good girl…suatu hari nanti Sarah akan  kenalkan dia dengan Jeff, mana tahu dua hati saling berpaut… dia pun tengah mencari someone!”
I`ll see…” Jeffri tersenyum.

************

HAFIZ melepaskan keluhan panjang sambil menyandar badannya di sofa sebaik saja melangkah masuk ke dalam rumah berkembar dua tingkat. Tangan kirinya  melonggarkan tali leher yang dipakainya sejak pagi tadi.
Hafiz mencapai telefon bimbitnya yang berada di atas meja.
“ Hello…ya…siapa di sana?...Tina?...sorry Tina, I tak dapat keluar untuk jumpa yiu malam ni sebab I ada hal….esok?... esok pun tak boleh. Macam nilah
, I `ll call you back….bye!” talian terus di matikan. Biarlah apa yang dirungutkan oleh gadis itu, dia tak peduli.
“ Hisy…siapa pulak yang call ni!” rungur Hafiz bila telefonnya sekali lagi berbunyi.
“ Hello, Assalamualaikum….mama?”
“ Fiz…mama nak Fiz balik makan malam, dah lama mama tak jumpa Fiz!”
“ Tapi….” malas pulak dia nak pergi rumah orangtuanya.
“ Balik ya, sayang” Datin Ruzaini memujuk.
“ Baiklah…nanti Fiz balik”
“ Assalamualaikum!”
“ Waalaikumussalam!”
Hafiz bangun dari sofa dan terus melangkah ke anak tangga. Briefcasenya di biarkan di ruang tamu. Sebaik saja dia melalui pintu, langkahnya terhenti tiba-tiba. Sejak dia dan Sarah berkahwin, tak pernah sekali pun dia menjenguk bilik Sarah walaupun Sarah hanya berkunjung pada hari Sabtu dan Ahad. Tapi mereka jarang sangat menghabiskan masa bersama, kalau ada pun hanya beberapa jam sahaja. Masing-masing ada aktiviti tersendiri. Seperti ada sempadan yang memisahkan hubungan mereka berdua. Tangan kanannya memulas tombol.
Harum. Itulah perkataan pertama yang terfikir olehnya sebaik saja melangkah masuk ke bilik itu. Bau haruman lavender dari ambi pur rasa begitu menyegarkan. Melilau matanya melihat sekitar bilik Sarah, ringkas dan nampak menarik dengan gabungan warna pink dan purple muda. Matanya memandang ke arah katil yang beralaskan cadar warna purple bersama bunga berwarna kuning. Nampak menyerlah. Sejak dari dulu lagi dia tahu warna kegemaran Sarah adalah purple dan secara tak langsung dia telah mengubah suai warna bilik itu  dengan warna purple, mungkin apa yang dilakukan itu tidak pernah disedari oleh Sarah.
Kali ini dia menapak ke arah meja solek.  Sekeping gambar berukuran 4R menghiasi meja solek itu. Hafiz tersenyum. Gambarnya bersama Sarah di hari persandingan mereka. Lama juga gambar itu menjadi tatapan matanya. Selepas meletakkan kembali gambar itu di tempat asalnya, tangan Hafiz beralih dengan membuka  laci yang paling atas.  Satu kotak kayu di keluarkan, terpaku matanya memandang barang-barang kemas yang berada di dalam kotak itu.  Semua barang kemas itu adalah hadiah sempena perkahwinan mereka. Seingatnya, Sarah tidak pernah memakai barang kemas itu, sebaliknya dia hanya memakai rantai halus yang bermata jade hasil peninggalan ibunya. Setahunya, mama selalu menghadiahkan barang kemas untuk Sarah walaupun gadis itu menolak dengan alasan dia tidak berminat untuk memakainya.
 Kaki Hafiz melangkah pula ke almari pakaian, di buka satu persatu. Tak banyak pakaian Sarah di situ. Hairan, `adik-adik dan kakak-kakaknya` yang kecil tak ada langsung di tinggalkan di situ. Hafiz tersenyum membayangkan benda itu. Hisy…tak senonoh!
Selesai mandi dan menukar pakaian, Hafiz terus memcut ke rumah orangtuanya. Sementara menunggu hidangan siap dia duduk bersantai di ruang rehat sambil menonton tv bersama papanya. Sarah pula membantu Salmah di dapur dan Datin Ruzaini nampaknya begitu rancak melayang temannya bersembang di telefon.
“ Bagaimana dengan kerja Fiz sekarang?” Datuk Syafiq Rahman memandang wajah Hafiz yang nampak begitu asyik menonton tv.
“ Baik, pa. Baru-baru ni syarikat kita dapat projek besar di Rawang. sarah dah serahkan urusan tu untuk Hafiz handlekan. Papa jangan bimbang, Fiz akan buktikan yang Fiz boleh berjaya!” Hafiz tersenyum bangga.
Datuk Syafik Rahman mengangguk perlahan.  Sarah pun ada memberitahunya hal itu.
“ Abang…Fiz…mari makan, hidangan dah siap…” panggil Datin Ruzaini.
Dua beranak itu terus mengikut langkah Datin Ruzaini ke meja makan. Di situ, Sarah sudah siap menunggu
“ Hmm… kari ketam….ini tentu Sarah yang masakkan?” Datin Syafik Rahman bersuara.
“ Ya…dah lama tak makan kari ketam” Sarah tersenyum.
Dia tahu Hafiz juga menyukai kari ketam,  sebab itu dia beria mahu mamanya menjemput Hafiz untuk makan malam bersama.
 “ Mama, papa dan abang Hafiz. Sarah ada perkara yang nak diberitahu” Sarah bersuara.
“ Apa dia, Sarah?” tanya Datin Ruzaini.
“ Begini. Sarah akan bertolak ke Pulau Tioman pagi esok bersama Tuty selama 3 hari.  Tuty minta Sarah temankannya sebagai hadiah percutian dari bosnya dan Tuty baru aje bagi tahu Sarah tengahari tadi!” beritahu Sarah.
“ Hm….macam mana dengan urusan Sarah di pejabat?” hanya Datuk Syafik Rahman yang memberi reaksi.
“ Sarah dah pesan kat Marina, segala urusan selama 3 hari tu akan diuruskan oleh abang Hafiz, bolehkan abang Hafiz?” Sarah memandang wajah Hafiz yang hanya membisu. Diam tanpa memberi sebarang kata. Tak mengapalah, dia tak jawab pun tak apa. Bak kata orangtua, diam itu tanda setuju.
“ Elok juga Sarah pergi bercuti. Nak harapkan Hafiz ni mengajak untuk pergi berbulan madu…tak merasalah, tak gitu bang!” perli Datin Ruzaini dan serentak itu Hafiz terbatuk-batuk. Kelam kabut dia mencapai gelas di dalam dulang.  Sarah menutup mulutnya, cuba menahan diri dari melepas tawa. Kesian Hafiz, mukanya dah merah akibat terbatuk tadi.
Selesai makan malam, Sarah meminta diri untuk masuk ke biliknya dengan alasan mahu membuat persediaan untuk bercuti.
Semasa Hafiz melewati bilik Sarah, dia dapat mendengar suara Sarah yang sedang bercakap dengan seseorang di talian.
“ Jeff nak kirim apa?...oklah…nanti Sarah belikan sesuatu yang paling istimewa untuk Jeff…” kedengaran Sarah tergelak riang membuatkan perasaan Hafiz gelisah. 
Hafiz menghempas pintu dengan kuat sebaik saja masuk ke dalam biliknya. itu sebagai tanda yang hatinya sedang bergelandangan. Jiwanya resah dan terasa seperti ada sesuatu yang hilang.
` Tak mungkin Sarah sudah mempunyai teman lelaki, terlalu awal rasanya untuk Sarah memulakan rancangannya`
Hafiz menghempas tubuhnya di atas katil. Matanya merenung ke dada syiling dengan meletakkan kedua-dua tangannya di bawah kepala. Gaya seperti orang sedang berfikir. Memang dia sedang berfikir.
` Siapa pula lelaki yang bernama Jeff?...ah! pening kepala aku kalau terus memikirkannya. Bagaiman lelaki itu   boleh wujud?` Ketika itu juga dia teringatkan perjanjian lisannya bersama Sarah dengan disaksikan oleh Tuty. Sedaya upaya dia cuba melelapkan mata, kalau boleh dia mahu melupakan seketika nama itu namun dia tak berjaya. Gelak tawa dan suara  manja Sarah ketika berbicara bersama lelaki yang bernama Jeff itu terus saja mengganggu tidurnya.
***********

2 comments:

  1. hafiz..hafiz..baru nak rasa..heee
    next n3 ye writer..lama nunggu ni tau

    ReplyDelete
  2. BEST BILA NAK SAMBUNG LAGI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...