SHAFINAZ menghempaskan punggung di kerusi
dengan wajah mencuka. Dia Rasanya sudah
lama dia bersabar melayan kerenah bosnya itu. Ada-ada saja hasil kerjanya
mendapat kritikan yang menyakitkan sedangkan ramai yang memuji hasil kerjanya
sebelum ini. Pensel yang berada di dalam bekas di capai dan sehelai kertas di
ambil dari tray. Dia melakar sesuatu di atas kertas itu sekadar untuk
melampiaskan rasa marah. Takkanlah dia nak hemburkan rasa marahnya di depan
muka bos. Dia hanyalah salah seorang pekerja di syarikat Crystal Trading, bukan
pemilik. Kalau syarikat ni dia yang punya, dah lama En. Adam tu di tendang
keluar.
“ Amboi, khusyuk nampak….tengah lukis apa
tu?” tiba-tiba satu suara bertanya benar-benar
mengejutkan Shafinaz. Nasib baik dia tak melatah.
“ Sha tengah lepaskan perasaan ni…nak
lepaskan pada tuan…susah, jadi lepaskan pada kertas….lepas ni gumpal dan buang dalam
tong sampah!” balas Shafinaz sambil menggumpal kertas dan di buang ke dalam
tong sampah. Orang lain tak perlu tahu apa yang telah di coretnya.
“ Marahkan siapa ni?” usik Kak Aida sambil
tersenyum.
“ Siapa lagi kalau bukan orang dalam bilik
tu!” ujar Shafinaz sambil memuncungkan mulutnya di bilik yang menempatkan
Pengarah Urusan.
“ Kali ini pasal apa pulak…dia komen lagi
pasal plan yang Sha buat tu?” kata kak Aida. Sempat juga tangannya mencapai
kertas putih yang berada di atas meja Shafinaz. Di buka dan meneliti seketika.
Dalam hati dia memuji hasil kerja Shafinaz.
“ Hm…menarik…kak Aida pun tak nampak di
mana silapnya, apa lagi yang dia mahu Sha buat?” kak Aida mengeleng kepala
perlahan.
Hairan. Kalau orang lain yang buat tak ada pun
sebarang komen dari En. Adam, elok aje tapi kalau Shafinaz yang buat ada-ada
saja komen. Dia pun tak faham perangai bosnya itu.
“ Sha rasa baik Sha serahkan tugas ni pada
Hadi….sekali fikir nak berhenti aje kerja kat sini, cari kerja kat tempat
lain…tempat yang tak membebankan kepala otak memikirkan perangai bos, cerewet
mengalahkan perempuan. Masa Datuk Muazam ada, Sha taklah rasa tension
begini!” Shafinaz mengeluh panjang.
“ Sabar ajelah…agaknya dia tengah datang
bulan tu….esok lusa baiklah….ataupun dia tengah gaduh dengan tunangnya, itulah
yang bad mood semacam!” kata kak Aida memujuk.
Shafinaz diam. Mungkin betul juga kata-kata
Kak Aida. Sejak En. Adam pegang jawatan sebagai Pengarah Urusan , ada sekali
dua dia ternampak kemunculan tunang En. Adam. Cantik dan menarik orangnya. Ramai
pekerja lelaki yang menoleh dua tiga kali bila tunang En Adam datang.
Maklumlah, penampilan dan pemakaiannya….mak aih, seksanya hati sebab tengok
benda yang tak sepatutnya ditonjolkan pada umum, atau lebih tepat dah masuk bab
zina mata. Macam manalah perempuan yang kategori jenis tu boleh jadi pilihan
En. Adam. Dengarnya, dia tu seorang model sambilan, tapi dia tak pernah pun
nampak muka tunang En Adam terpapar kat mana-mana majalah atau tv. Entah betul
entah tidak dia tu seorang model. ah! pedulikan…bukan aku dapat apa-apa pun.
buat menyemakkan otak aje fikirkan benda yang tak masuk periksa kelayakan untuk
naik gaji.
“ Jom…kita keluar makan…” ajakan kak Aida
segera mematikan lamunan Shafinaz.
“ Jom…patutlah perut Sha ni dah meragam
semacam…” Shafinaz tertawa kecil.
Dia sudah pun bersiap untuk keluar makan
tengahari ketika kak Aida berlenggang ke mejanya untuk mengambil beg tangannya.
“ Shafinaz….” Suara garau di belakangnya
membuatkan Shafinaz segera menoleh. Wajah Shafinaz berkerut membalas renungan
lelaki itu.
“ Ada apa En. Adam?” soal Shafinaz hairan.
“ Kalau boleh I nak you submitkan kertas
kerja tu besok…” tegas saja bunyi suara En. Adam memberi arahan.
“ Tapi….”
“ Tak ada tapi-tapi…yang pasti apa yang I
nak tu ada atas meja I pagi esok” sekali lagi En. Adam bersuara membuatkan
Shafinaz tertunduk.
“ Baiklah, I akan cuba siapkan secepat
mungkin…..ada apa-apa lagi?”
“ Itu aje…” Adam terus berlalu membuatkan
Shafinaz menarik nafas panjang.
“ Kenapa?” kak Aida bertanya. Dia sempat
melihat Adam bercakap dengan Shafinaz sebentar tadi.
` Dasar manusia tak ada hati perut,
jantung, limpa dan sewaktu dengannya!` rungut Shafinaz geram….geram…..
“ Sabar ajelah…” kata kak Aida memujuk.
“ Akak ni….asyik dengan perkataan sabar aje….kita
ni manusia, bukan robot…kesabaran Sha pun ada had juga, dia tak boleh memaksa
orang sesuka hati dia je…tak ada perikemanusiaan langsung…benci tau
tak!” Shafinaz membentak, geram. Sakit hati. Semua ada.
“ Kata orang, kalau kita bencikan
seseorang, Allah akan balikkan hati kita supaya akhirnya kita mencintainya…”
kak Aida tergelak. Seronok pula dapat melihat wajah Shafinaz yang mula
cemberut.
“ Tak kuasa Sha nak layan kata-kata akak
tu…lagi pun dia tu dah bertunang, tak lama lagi nak kawin….” Shafinaz cuba
meningatkan.
“ Baru aje bertunang…” kak Aida bersuara
selamba membuatkan Shafinaz menjeling tajam ke arahnya. Ada –ada aje idea kak
Aida mengusiknya.
“ Sha ni dah kawin kak…. Takkan Sha nak
menduakan abang Khairul. Dia tu satu-satunya lelaki yang paling Sha cintai….takkan
ada lelaki lain yang dapat mengambil kedudukannya di hati Sha…” kata-kata
Shafinaz membuatkan kak Aida diam.
“ Maafkan kak Aida” mohon kak Aida bila
wajah Shafinaz sudah berubah.
“ Kita lupakan aje hal tu…jom, kita keluar
makan, hari ni Sha belanja. Esok akak….lusa pun akak juga…” kata Shafinaz
membuatkan kak Aida ketawa.
“ Amboi, banyak cantik muka Sha…” tempelak
kak Aida.
“ Memang pun…Sha ni bukan sahaja tergolong
dalam kategori perempuan cantik, tapi juga anggun, bergaya dan menawan!” balas
Shafinaz membuatkan tangan kak Aida terus melekat di lengannya. Shafinaz segera
mengaduh kesakitan sebelum bibirnya mengorak senyum. Begitu juga kak Aida dan
dia turut mengakui hakikat itu. Sesungguhnya Shafinaz adalah seorang perempuan
yang cantik dan Khairul adalah lelaki yang sangat bertuah kerana begitu
dicintai oleh Shafinaz. dan hati kecilnya turut mengatakan bahawa Adam juga
meminati Shafinaz dalam diam walaupun mengetahui hati Shafinaz sudah berpunya.
************
ADAM mendengus kasar bila tumpuan kerjanya
terganggu dengan bunyi telefon, buat seketika sengaja di biarkan telefon itu
terus berlagu. Tahu sangat siapa yang buat panggilan itu. Namun telefon itu
terus berlagu membuatkan Adam terpaksa mengambil telefon bimbitnya yang berada
di atas meja yang hanya dua jengkal sahaja.
“ Hello, Amylia….I kan dah cakap, I tengah
sibuk….I banyak kerja….” Adam terus bersuara. Memang dia tak ada mood
untuk melayan panggilan dari Amylia. Dia cukup rimas dengan kehadiran gadis itu
dalam hidupnya.
“ Adam…takkanlah you tak ada sikit pun masa
untuk I…” terdengar suara Amylia merintih sayu di hujung talian.
“ I betul-betul sibuk sekarang….tak ada
masa nak layan kerenah you yang entah apa-apa tu…” dengus Adam sambil
menyandarkan badan di kerusi, sejak dari tadi asyik terbongkok mengadap kerja.
Terasa lenguh tulang belakang. Kalau ada yang sudi mengurut badannya, elok
juga….ha…ha…hmm sempat lagi dia mengelamun.
“ Kenapa?....sejak kebelakangan ini ada
saja alasan you untuk menghindari dari I…you nak I adukan hal ni pada mama
you?” kata Amylia dengan nada keras.
Adam mengeluh kasar sambil melurut
rambutnya yang berjuntai di dahi.
“ Amylia…you bukannya budak-budak…hal yang
remeh temeh pun nak mengadu pada mama I!….sudahlah…I tak nak you ganggu I buat
masa sekarang…bila semua kerja I settle, I akan call you!” kata
Adam seolah-olah membuat janji sedangkan hakikatnya dia tak akan sekali-kali
menghubungi gadis itu kalau tidak ada perkara yang mustahak.
Rimas betul dengan perangai perempuan ni,
desis Adam. Rasa geram pun ada. Bukan hanya geram aje, tapi dah masuk bab
menyampah.
“ Fine…I akan tunggu tapi
ingat…kalau you cuba bohongi I…tahulah apa yang I nak buat…” kata Amylia
separuh mengugut.
Lagi-lagi itu aje yang dia tahu, mengugut
untuk beritahu mamanya. Dan mamanya pula rajin melayan karenah perempuan tu.
Naik lemaklah dia! Rungut Adam sambil
mengetap bibir.
“ Whatever…” tanpa menunggu masa
yang panjang, dia segera memutuskan talian.
Adam meraup wajahnya seketika. Dia bangun
dari kerusi, mengatur langkah ke arah tingkap. Entah kenapa mood
kerjanya sudah tiada selepas menjawab panggilan itu. Dia memejam mata seketika
dan sesaat wajah Amylia mula terbayang di ruang matanya. Gadis yang menjadi
tunangannya sejak 2 tahun yang lalu itu tak mampu untuk dicintainya dengan
sepenuh hati kerana gadis itu bukan pilihannya. Dia menerima Amylia kerana itu
adalah pilihan orangtuanya. Dan sikap Amylia yang suka mendesak dan ingin
mengetahui semua urusannya itu benar-benar membuatkan dia resah dan rimas. Dia
tak suka di kongkong, dia mahukan kebebasan. Dia bukan budak-budak kecil. Dia
lelaki dewasa yang sudah mencapai usia 31 tahun.
“ Shafinaz…” tiba-tiba nama itu muncul di
benak fikirannya.
Sejak dia memegang teraju Crystal Trading,
salah satu anak syarikat milik papanya itu membuatkan dia berhadapan dengan
gadis itu. Sikap Shafinaz yang sentiasa saja menghindari darinya membuatkan dia
sentiasa ingin mengenali gadis itu dengan lebih rapat lagi. Sejak hari pertama dia menjejak kaki ke
Crystal Trading , Shafinaz benar-benar terkejut melihat wajahnya. Mungkin dia
tidak menyangka mereka akan bertemu muka. Namun, dia kecewa bila mendapati
gadis itu sudah di miliki. Dia sudah berkahwin. Adam mengeluh perlahan. Begitu
sukar rasanya menyayangi seseorang yang tak mampu di miliki.
Adam melirik jam tangannya, sudah 6.30
petang. Sepatutnya dia sudah pulang kerana mamanya yang beria mahu semua
anaknya berkumpul malam ini. Sudah lama mama bercadang mahu makan malam bersama
3 orang anaknya kerana jarang sekali mereka berkesempatan untuk bertemu muka,
apa lagi mengadap hidangan bersama lantaran masing-masing mempunyai urusan yang
tersendiri. Lebih baik dia bersiap pulang sebelum dileteri oleh Datin Khabsah.
Bukan dia tak tahu perangai mama, kalau dah berleter boleh mengalahkan panjang
gerabak kereta api. Adam tergelak
sendiri.
Selepas memastikan semuanya dalam keadaan selamat,
Adam menutup semua suis dan bersiap untuk keluar. Suasana di luar biliknya
sunyi, semua pekerjanya mungkin sudah pulang. Tapi langkahnya terhenti bila
mendapati seseorang masih ada di tempat kerjanya.
“ Shafinaz!” mulutnya menyebut nama itu.
Mata Adam melilau melihat sekitar, ada dua
orang lagi pekerja lelaki yang turut berada di situ bersama Shafinaz.
Masing-masing nampaknya sibuk dengan kerja. Kalau tidak kerana janjinya bersama
mama, dia juga turut menjadi penghuni Crystal Trading saat ini.
“ Sha!”
Adam menghampiri meja Shafinaz. Ternyata
gadis itu agak terkejut dengan kunjungannya. Hadi dan Ikmal, dua orang lagi
staff lelaki turut memandangnya sambil melemparkan senyuman.
“ En. Adam!” tegur Shafinaz agak
terpingga-pingga.
“ You tak balik lagi…dah lewat ni…you all
berdua pun tak balik lagi!” tegur Adam pada ketiga-tiga staffnya.
“ Kejap lagi kami balik!” balas Hadi
mewakili mereka bertiga, namun tumpuan mata Adam lebih kepada Shafinaz.
“ Sha…suami you tak risauke you balik
lewat?” tegur Adam sambil matanya memandang tepat ke arah hasil kerja Shafinaz
yang nampaknya hampir siap.
“ Er…tak…” balas Shafinaz ragu-ragu tanpa
sedikit pun memandang wajah Adam.
“ Baiklah…jangan kerja sampai lewat…you
patut jaga kesihatan diri you all terutama sekali you, Sha. I tak nak
dengar you sakit!” kata Adam membuatkan Shafinaz terus terpaku. Terkejut
mendengar kata-kata Adam. Bunyinya cukup perihatin sedangkan selama ini lelaki
itu jarang memberi perhatian padanya.
Shafinaz memandang sekilas wajah Adam
membuatkan mereka berpandangan seketika. Adam mengukir senyum membuatkan hati
Shafinaz tiba-tiba berdebar. Untuk pertama kalinya sejak Adam mengambil alih
Crystal Trading, dia melihat senyuman lelaki itu yang sememangnya ditujukan
untuknya. Entah kenapa, dia rasa begitu terpesona melihat senyuman itu.
Deheman daripada Hadi membuatkan Shafinaz
mengetap bibir. Mungkin lelaki itu menyedari apa yang berlaku antara dia dan
Adam sebentar tadi. Untuk menutup kegusaran, dia berpura-pura membetulkan
kertas yang berada di atas meja.
“ I balik dulu…take care!” ucap Adam
sebelum beredar.
“ Sha…ada perkembangan terbaru nampaknya!”
usik Hadi sambil tersenyum meleret sebaik
saja Adam beredar membuatkan Shafinaz menarik muka masam. Sebenarnya dia malu,
pasti mukanya merah sebentar tadi.
Amboi! Si Ikmal yang sedikit
pendiam pun tumpang sekaki senyum kat aku!....Ah! Malunya. Rasa malu semalu-malunya…..
mana nak sorok muka aku yang ayu ni!
“ Hadi…kau tak tahu apa-apa…jangan cepat nak buat
kesimpulan!” kata Shafinaz tegas. Sengaja menyembunyikan debaran di hati.
“ Nampaknya dia dah beri perhatian pada kau,
Sha!” usik Hadi yang lebih tua 2 tahun dari Shafinaz atau lebih tepatnya seusia
dengan Adam, tapi mereka lebih mesra dengan panggilan aku dan kau aje
membuatkan hubungan mereka berdua agak rapat.
Shafinaz sudah bersiap untuk pulang,
sementara Hadi dan Ikmal mahu menghabiskan kerja sedikit masa lagi.
“ Ikmal, Hadi..aku balik dulu…” kata
Shafinaz yang mula mencapai beg tangan untuk pulang.
“ Yap….seperti pesanan dari penaja sebentar
tadi….” Kata Hadi sambil tersenyum.
“ Pesanan apa ni?” berkerut dahi Shafinaz
melihat sengihan Hadi dan Ikmal.
“ Apa lagi…bos kesayangan kau tu….take
care!” balas Hadi sambil tergelak, diikuti oleh Ikmal.
“ Banyaklah kau punya bos kesayangan….bukannya
korang tak tahu layanan dia terhadap aku selama ini…” balas Shafinaz.
“ Alah….aku rasa dia tu sengaja buat begitu
semata-mata nak ambil perhatian kau!” kata Ikmal.
“Tak ada maknanya nak ambil perhatian aku
kalau semua hasil kerja aku dia condemn…lagi pun aku ni kan dah kahwin
dan dia tu tunangan orang!” balas Shafinaz.
“ Tapi aku ni lelaki….aku tahu perasaan
lelaki!” kata Hadi membuatkan dahi Shafinaz berkerut. Sepertinya ada sesuatu
yang ingin disampaikan oleh Hadi tapi buat saat ini dia tak mahu memeningkan
kepala memikirkannya.
“Apa-apa pun…aku balik dulu…aku harap
korang berdua tak tidur kat sini, kesian wife korang kat rumah!” usik
Shafinaz sambil tersenyum sambil melangkah pergi.
Sebaik saja Shafinaz keluar dari pejabat,
dia terpandang sesusuk tubuh yang sedang berdiri tegak. Dengan berhati-hati dia
cuba menghampirinya sedangkan dalam hati, timbul pelbagai andaian. Maklum saja
waktu sudah lewat petang, tiada orang lain yang berada di situ selain dari
tubuh itu. Makin dekat kakinya melangkah, dia mula pasti bahawa dia mengenali
susuk tubuh itu.
“ En. Adam!”
Mendengar suara Shafinaz itu membuatkan
lelaki yang sedang berdiri di luar pejabat itu menoleh. Dia agak terkejut
melihat wajah Shafinaz sebelum bibirnya
mengorak senyum.
“ Kenapa En. Adam tak balik lagi?...sedang
menunggu seseorang?” tegur Shafinaz hairan. Rasanya sudah lama Adam beredar
tadi, tapi masih belum pulang.
Adam memandang wajah Shafinaz sambil
mendengus perlahan.
“ Sebenarnya I tak menunggu sesiapa…” balas
Adam perlahan membuatkan dahi Shafinaz berkerut. Kalau tak menunggu orang, buat
apa tercegat kat situ. Tak kanlah dia tunggu aku…nak pastikan aku balik atau
tidak, tapi tak logic pulak. Dia jadi pelik.
“ I memang nak balik tapi kereta I ada
masalah…tak boleh start…” beritahu Adam kenapa dia masih berada di situ.
“ Oh! Begitu…habis tu kenapa En. Adam tak call
seseorang untuk menjemput En. Adam….takkanlah nak berdiri kat sini sampai pagi
esok!” kata Shafinaz.
“ I memang nak call seseorang…tapi I
ada masalah lain…” Adam menggaru-garu keningnya sambil tersengih memandang
wajah Shafinaz.
“ Masalah lain?...I tak faham!”
“ Begini, kereta I memang tak boleh nak start
dan handphone I pula bateri habis…sebab tu I berdiri kat sini…mana tahu
ada rescue yang datang tolong I!” kata Adam membuatkan Shafinaz
mengangguk perlahan. Mula faham masalah yang sedang dialami oleh bosnya itu.
Akhirnya Shafinaz tersenyum sendiri mendengar nasib Adam.
“ Apa kata hari ni I jadi rescue
untuk you, En. Adam!” tiba-tiba Shafinaz memberi cadangan.
“ Maksud you?” Adam bertanya. Pura-pura
tidak memahami maksud kata-kata Shafinaz sedangkan dalam hatinya sudah berbunga
riang.
“ I tolong hantar En. Adam balik rumah…itu
pun kalau En. Adam sudi tumpang kereta kecil I!” kata Shafinaz menghulur
bantuan.
“ Er…suami you tak marahke kalau dia tahu
you tumpangkan seorang lelaki!” walaupun
hatinya berbunga riang, terselit rasa gusar. Andainya berlaku perselisihan
faham antara Shafinaz dan suaminya nanti gara-gara dirinya.
“ Dia tak akan marah…I membantu orang yang
dalam kesusahan…lagi pun En. Adam ni bos I…dan selayaknya kita bantu-membantu
antara satu sama lain, yang penting kita menolong dengan ikhlas hati dan I pun
nak dapat pahala lebih hari ini…” Adam tersenyum mendengar kata-kata Shafinaz
sambil mengangguk perlahan.
“ Ok…En. Adam tunggu sini, I pergi ambil
kereta kat parking sana!” Shafinaz segera beredar.
Tidak lama kemudian, kereta Myvi berwarna
silver berhenti di hadapan Adam yang sedang menunggu di luar pejabat. Tanpa
berlengah dia masuk ke dalam kereta itu.
“ Rumah En. Adam kat mana?” tanya Shafiqah
sambil menukar gear D untuk memulakan perjalanan.
“ Damansara…I tinggal dengan family…”
beritahu Adam.
“ I ingatkan En. Adam tinggal
sendiri…biasanya orang yang dah berkerjaya tak minat tinggal dengan
keluarga….dia orang mahukan privasi!” kata Shafinaz mengenangkan
cerita-ceritakan yang di dengar dan di baca dari novel, maklum saja dia ni
peminat novel yang tegar. Setiap bulan sanggup berhabis wang semata-mata mahu
membeli novel sebagai bahan koleksi bacaannya.
“ Adik- beradik I cuma 3 orang, I anak yang
tengah. Kakak dan adik lelaki I dah kawin…jadi mereka tinggal dengan keluarga
masing-masing…cuma sekarang ni, I seorang yang masih bujang. Kesian juga kat parent
I tu…mereka berdua aje yang tinggal di rumah!” kata Adam yang menceritakan
serba sedikit tentang keluarganya.
“ Selepas kawin pun you nak tinggal dengan parent
jugak ke?” tanya Shafinaz melirik seketika wajah Adam.
“ Entah….terpulang pada wife I
nanti…I tak kesah…macam mana dengan you?....tinggal berasingan atau dengan family
lepas you kawin?” Adam mula mengubah tajuk. Kalau boleh dia ingin tahu latar
belakang kehidupan gadis itu.
“ I masih tinggal dengan family!”
jawab Shafinaz dan dia kembali diam seolah-olah tidak mahu membicarakan soal
itu membuatkan Adam turut diam. Namun bagi Adam, dia tak betah begitu. Inilah
satu-satunya peluang untuk dia mengenali Shafinaz.
“ I rasa kelakar pun ada bila mengenangkan
apa yang berlaku pada I hari ni….tak sangka yang I boleh tumpang staff I untuk
balik rumah, staff perempuan pulak….yang lebih dahsyat lagi…staff I ni isteri
orang!”
Adam tiba-tiba ketawa membuatkan Shafinaz
terdiam. Sebenarnya dia sendiri pun rasa tak percaya dengan apa yang berlaku
saat ini. Kalau sebelum ini, dia sering menjadi tempat Adam melahirkan rasa
marah dengan hasil kerjanya dan lelaki ini jarang sekali bersikap mesra
dengannya, tapi sekarang mereka boleh berkongsi kereta dan dia boleh melihat
senyuman lelaki itu, apa lagi dapat mendengar tawanya. Satu kejadian yang pelik
dan kelakar.
“ Bukan En. Adam saja yang rasa pelik…I pun
macam tak percaya dengan apa yang berlaku sekarang. Hari ini I dapat melihat
senyuman En. Adam yang menawan, dapat mendengar ketawa En. Adam…malah, I akan
hantar En. Adam pulang ke rumah. Ini pertama kali I bawa anak teruna orang
tumpangkan kereta I…tapi I pasti yang En. Adam akan sampai dengan selamat
kerana I ni seorang pemandu yang berhemah!” kata Shafinaz sambil mengukir
senyum. Entah kenapa saat ini dia berani bersuara begitu, sedangkan sepanjang
dia bekerja di bawah arahan Adam, dia hanya menikus. Hanya mampu melahirkan
perasaan geramnya pada kertas sebelum di buang ke dalam tong sampah.
“ I rasa bertuah mendapat pujian dari you,
apa lagi I satu-satunya lelaki teruna yang menaiki kereta you ni kan! Kalau
sebelum ini kita selalu mendengar orang perempuan menumpang kereta orang lelaki
maksud I, bossnya tapi sekarang…seorang bos menumpang kereta staffnya” Adam
mengukir senyum.
“ En. Adam”
Tiba-tiba Shafinaz menyebut nama itu
membuatkan Adam memberi tumpuan pada Shafinaz. Wajah gadis yang sedang memandu
dengan berhati-hati di tenungnya.
“
Apa dia?....ada sesuatu yang you nak tanyakan pada I?” soal Adam bila wajah
Shafinaz mula berubah.
“ Sepanjang kita bekerja bersama, maksud I
…dah hampir 6 bulan…kenapa En. Adam sentiasa mencari salah I….I boleh terima
kalau En. Adam komen hasil kerja I dengan baik…tapi bukan dengan cara
herdikan….” Shafinaz memberanikan diri berbicara soal itu. Baginya adalah wajar
untuk dia bertanya, lebih baik bertanya dari terus menanggung pelbagai
perasaan.
Adam terdiam. Hanya membiarkan soalan itu
terus berlalu.
“ Maaf kalau I lantang
bersuara….sebenarnya….I…” timbul rasa bersalah di hati Shafinaz kerana
membabitkan soal itu. Sepertinya Adam tidak mehu membicarakan hal itu.
“ I minta maaf kalau apa yang I lakukan
pada you membuatkan you tak selesa….bukan niat I untuk menengking dan
mempertikaikan hasil kerja you tapi….”
“ Tapi apa?....Kalau I salah atau I tak
berkelayakan….I minta maaf dan I akan cuba betulkan…dan I juga minta maaf
kerana membabitkan soal ini!” kata Shafinaz lemah.
Adam menarik nafas perlahan.
`Maafkan I kerana tak dapat
berterus-terang. Sampai masanya you akan tahu kenapa I berbuat demikian!` Adam
memejam mata seketika sambil menarik nafas. Dan Shafinaz pula terus mendiamkan
diri sehinggalah mereka sampai ke destinasi.
************
AIDA terus berusaha memujuk Shafinaz ikut
serta ke majlis makan malam yang di anjurkan oleh Muazam Holdings kerana
Crystal Trading adalah salah satu syarikat yang bernaung di bawah Muazam
Holdings. Shafinaz awal-awal lagi menarik diri dari mengikut jamuan tersebut
dengan alasan dia tak sihat. Memang sejak dua hari yang lepas dia di serang
demam selsema dan batuk-batuk.
“ Alah kak Aida, kalau Sha tak pergi majlis
tu…majlis tu akan berjalan dengan jaya. Lagi pun Sha ni bukannya orang penting
pun. Sekadar nak pergi makan aje…” dalih Shafinaz.
“ Sekurang-kurangnya akak ada teman!” pujuk
Aida lagi.
“ Kak Aida…suka paksa orang tau!” Shafinaz
menarik muncung panjang. Tahu sangat dengan perangai Aida, dia akan terus
memujuk sampai berjaya.
“ Apa kata En. Adam kalau dia tahu Sha tak
pergi…Sha kan pekerja kesayangan dia!”
“ Akak….jangan nak buat spekulasi yang tak
betul….nanti Sha yang dapat malu!” Shafinaz mencubit lengan Aida. Mengaduh Aida
menahan sakit. Biar padan dengan muka!
“ Tadi En. Adam dah tanya akak , siapa yang
tak pergi…akak jawablah, Sha seorang. Dia terkejut beruk…muka dia berubah!”
cerita kak Aida yang menjadi setiausaha kepada Adam.
“ Apasal pulak?” tempelak Shafinaz.
“ Yalah…buah hati dia tak pergi!” kata kak
Aida.
“ Siapa buah hati dia…bukannya si Amylia tu
tunangan dia….tak ada kaitan dengan Sha pun…akak ni….geram tau!”
Shafinaz mengetap bibir. Aida hanya
tersenyum. Seronok sungguh menyakat Shafinaz. Mukanya bertukar merah, cute.
Itu yang membuatkan Aida seronok mengusiknya. Bukan Aida sahaja, Hadi pun
begitu.
“ Aida…jangan di paksa kalau orang tak
sudi!” tiba-tiba satu suara mencelah membuatkan pandangan mereka terus ke muka
pintu. Ketika itu mereka sedang menikmati minum pagi di pantry.
“ En. Adam!”
Hampir serentak mereka menyebut nama itu
sebelum keduanya saling berpandangan.
“ En. Adam nak air, saya buatkan!” Aida
bersuara sementara Shafinaz hanya mendiamkan diri.
“ Hmm… Tolong buatkan kopi untuk I…I tak
sempat nak sarapan tadi….nanti bawa ke bilik I!” kata Adam dan terus berlalu.
“ Ini akak punya pasal…tak pasal-pasal Sha
dapat malu!”
“Sorry!” hanya itu yang keluar dari
mulut Aida sebelum mengangkat punggung mendapatkan mug bagi membuat minuman
untuk bosnya.
“ Sha, kak Aida rasa sampai masanya En.
Adam tahu status Sha yang sebenarnya!” Aida menghampiri Shafinaz bersama satu
mug berisi kopi.
“ Lebih baik dia tak tahu dan menganggap
yang Sha ni isteri abang Khairul!” kata Shafinaz dengan wajah selamba
membuatkan kak Aida sedikit tercengang..
“ Kenapa?...kak Aida rasa Sha sengaja
mengelakkan diri dari En. Adam. Akak rasa ada sesuatu yang Sha sembunyikan dari
akak, betulkan!” Aida merenung wajah Shafinaz.
“ Senbunyikan apa pulak?” berkerut dahi
Shafinaz membalas pandangan mata Aida.
“ Sudah….bos dah lama tunggu air kopi yang
akak buat…nanti meroyan pulak dia tak dapat merasa air kopi yang akak buat!”
usik Shafinaz tergelak kecil.
“ Hisy….ada-ada aje alasan nak ubah
topic….nantilah, akak tanyakan pada bos!” ugut Aida sambil berlenggang pergi
membuatkan Shafinaz tersenyum sendiri.
Selepas solat zohor, Shafinaz kembali ke
mejanya. Kelihatan Rosita dan Ikmal baru menjenguk masuk selepas pulang dari
makan tengahari. Hadi keluar kerana urusan kerja. 3 orang staff lain, Selvi,
Carol dan Badrul masing-masing sibuk dengan kerja mereka. Shafinaz melabuhkan
punggungnya di kerusi sambil termenung panjang. Tak ada mood pula nak
kerja bila badan rasa rak sihat. Hadi ada menyarankannya supaya dia ambil cuti.
Tisu yang berada di dalam kotak di atas meja hampir kosong, sejak pagi tadi dia
asyik mengesat hingus yang asyik meleleh keluar. Seksanya hanya Tuhan sahaja
yang tahu. Bila sesekali kena selesema, badan ni rasa lemah dan sejuk semacam. Mood
kerja pun entah ke mana. Shafinaz menyandarkan kepala di kerusi sambil cuba
memejamkan mata buat seketika. Namun dia dikejutkan dengan bunyi telefon di
atas meja.
“ Hello…ya, En. Adam….ok, kejap lagi I
datang!”
Shafinaz membetulkan baju yang sedikit
berkedut sebaik saja bangun dari kerusi. Dia segera mengatur langkah ke meja
Aida.
“ En. Adam nak jumpa Sha…boleh Sha masuk
sekarang?” Shafnaz bersuara apabila melihat senyuman terukir di bibir Aida.
“ Boleh aje…masuklah!” kata Aida sambil
tersenyum meleret.
“ Jangan fikir yang bukan-bukan!” Shafinaz
bersuara tegas, geram betul dia melihat senyuman yang terukir di bibir Aida.
Mesti sedang memikirkan sesuatu agenda.
Shafinaz mengetuk pintu beberapa kali
sebelum mendengar arahan dari dalam, membenarkan dia masuk.
“Ada
apa En. Adam nak jumpa I?” tanya Shafinaz sebaik sahaja dia menghampiri meja
Adam. Adam terus memandang wajah Shafinaz yang nampak tak bermaya itu. Dokumen
yang sedang diteliti sebentar tadi di biarkan terus terbuka. Buat seketika dia
merenung wajah Shafinaz membuatkan Shafinaz rasa tak selesa. Akhirnya dia menunduk wajah.
` Apa yang tak kena agaknya dengan lelaki
ini…tenung muka aku semacam aje!`
Ehem….Shafinaz berdehem, sengaja ingin
mengalih perhatian lelaki itu sebaik saja dia kembali mendongak.
“ Sorry…jemput duduk!” pelawa Adam
sambil dia sendiri membetulkan kedudukannya.
Dia membetulkan tali leher yang di pakainya supaya nampak lebih kemas.
“ Terima kasih…” ucap Shafinaz sopan
sebelum melabuhkan punggung di kerusi mengadap wajah Adam yang mula mengukir
senyum.
“I rasa elok you balik…berehat aje kat
rumah …atau you pergi aje klinik, dapatkan MC….bila you dah rasa sihat, baru
you datang kerja…” Shafinaz menelan liur. Sebenarnya dia terkejut, benar-benar
terkejut dengan keperihatinan lelaki itu.
“ Er…I masih larat bekerja…lagi pun cuma
selsema aje…” kata Shafinaz dengan rasa serba salah.
“ I bos kat sini dan I ada hak…sepanjang 6
bulan I berada di sini…you tak pernah ambil cuti!” kata Adam sambil merenung
wajah Shafinaz yang menunduk.
“ Kalau macam tu…I ikut saranan you, En.
Adam…!” Shafinaz akur. Adam tersenyum sambil mengangguk perlahan. Malas nak
bertekak. Lagi pun bagus juga saranan bosnya itu. Bukan dia yang mengada-ada
nak cuti tapi dah di beri peluang untuk bercuti. Seronok kalau dapat bos
begini! Hati Shafinaz sudah berbunga riang.
“ Good…macam mana dengan annual
dinner hujung minggu ni…” Adam bersuara membuatkankan Shafinaz terkesima.
Kan pagi tadi lelaki itu telah mendengar kata-katanya semasa dia berbual dengan
kak Aida. Kenapa di bangkitkan lagi soal itu.
“ I rasa I tak joint kot…”
Adam mengeluh tiba-tiba.
“ Hari ni kan hari Rabu…masih ada beberapa
hari untuk peluang you sembuh dari selesema…apa kata I jemput you di rumah…lagi
pun I nak berkenalan dengan keluarga you!” kata Adam membuatkan Shafinaz
benar-benar keresahan. Tekaknya terasa perit tiba-tiba. Rasa nak pitam pun ada.
“ Tak mengapalah En. Adam…. I cuma tak nak
susahkan En. Adam sampaikan menjemput I di rumah…” Shafinaz cuba menolak.
“ Tak ada susahnya…atau…you takut suami you
tak benarkan?” kata Adam melihat reaksi Shafinaz yang gusar.
“ I….”
“ Sha… I nak jumpa suami you…nak berkenalan
dengan dia…takkan tak boleh!” kata Adam seakan merayu membuatkan Shafinaz
serba-salah.
“ I
tak boleh bagi keputusan sekarang….I kena bincangkan dengan suami I dulu!” kata
Shafinaz membuatkan Adam mendengus perlahan.
“ Sha…I bukan nak desak you….I cuma nak
berkenalan dengan keluarga you, lagi pun kita bukannya baru kenal sehari dua!”
kata Adam lagi.
“ Ok….I
akan cuba hadir ke majlis tapi I tak boleh janji!” akhirnya Shafinaz
bersuara. Malas nak fikir panjang. Apa pula kata lelaki itu. Macam dia pula
yang terover.
“ Good, I pegang pada kata-kata
you….nanti I datang jemput you kat rumah!” Adam sudah mengukir senyum.
“ Tapi I tak boleh janji yang I akan hadir
tapi I akan cuba…” Shafinaz kembali membetulkan kata-kata, tidak mahu lelaki
itu berharap.
Adam tetap mengukir senyum. Baginya,
kata-kata gadis itu sedikit memberi perangsang untuknya.
“ You cuba nak elak dari I ke?” Adam tetap
merenung wajah Shafinaz. Seolah-olah mengerti apa yang cuba disampaikan oleh
Shafinaz. Menolak pelawaannya.
“ Er….” tergagap Shafinaz nak menjawabnya.
Adam kembali berwajah serius.
“I`ll keep your promise….you pun
tahukan apa hukumnya kalau seseorang itu mungkir janji?” Adam cuba membuat
Shafinaz rasa serba salah. Saja nak main psikologi dengan gadis itu.
“ En. Adam sengaja buat I rasa serba
salahkan....?”
Shafinaz mengetap bibir, bertambah geram bila
melihat senyuman kembali terukir di bibir lelaki itu. Apa sudah jadi dengan
lelaki itu hari ini? Sudah terlebih
makan gula agaknya, Dari tadi asyik tersenyum saja. Kalau tak, hanya tahu
mengertak dan marahkan dia tak kira masa. Pelik ni!
“ Lagi pun I tak nak En. Adam bergaduh
dengan tunang En. Adam nanti bila dia tahu En. Adam datang menjemput I….lagi
satu…I juga tak nak dengar gossip-gosip tentang I nanti kalau staff kat sini
tahu yang En. Adam datang menjemput I di rumah untuk ke majlis tu nanti…”
sedaya-upaya Shafinaz cuba menolak ajakan lelaki itu.
“ Pn. Shafinaz….you tak
pernah dengarke ada pepatah mengatakan hendak seribu daya, tak hendak seribu
dalih? dalam hal ni , I tahu you sedang cuba mengumpul seribu alasan
semata-mata nak menghindari I dari menjemput you kan sebab you tak nak hadir ke
majlis tu!....pedulikan apa kata staff kat sini,….dan lagi satu….pasal tunang
I, si Amylia tu….pandai-pandai I nak handlekan dia, you tak perlu
risau…” kata Adam sambil merenung wajah Shafinaz.
Bagi Shafinaz banyak perkara yang hendak di
fikirkan. Kenapa lelaki itu begitu beria
mahu dia hadir, sedangkan dia bukannya orang penting.
“ Macam mana kalau husband I tak
benarkan I pergi ke majlis tu?” Shafinaz rasa itu adalah alasan yang paling
munsabah untuk dia menolak pelawaan lelaki itu.
“ Apa pun alasan you….I tetap akan datang
menjemput you….I know what I`m doing!” tegas Adam bila merasakan gadis
itu sedang cuba mencipta seribu alasan semata-mata mahu menolak ajakannya.
Bukannya dia tak tahu.
Shafinaz mendengus perlahan. Nampaknya apa
jua alasan yang diberikan tidak diterima pakai oleh lelaki itu. Dah jadi macam
lelaki yang tak faham bahasa pulak. Tapi apa yang boleh dia kata lagi bila
faktanya tetap tak berubah dan lelaki itu nampak begitu yakin sekali….you`re
the boss….
“ You tak perlu bimbang…I akan jaga you
dengan baik dan I akan pastikan you akan sentiasa gembira bila bersama I
nanti!” kata –kata Adam membuatkan Shafinaz tersentak. Diam dan terkelu.
Kata-kata itu memberi satu maksud yang mendalam. Kenapa lelaki itu berkata
demikian? Adakah dia sudah mengetahuinya! Ah….parah.
************
SHAFINAZ merenung wajahnya seketika di cermin, meneliti wajahnya. Baru
sebentar tadi En. Adam telah menghubunginya supaya Shafinaz bersiap sedia
kerana dia akan sampai tak lama lagi. Panggilan tadi adalah panggilan yang ke
tiga di terimanya dari lelaki itu dalam tempoh 30 minit. Mungkin lelaki itu
bimbang kalau dia menolak walaupun pada hakikatnya dia memang menolak.
“ Assalamualaikum, En. Adam…I minta maaf
En. Adam…I rasa I tak dapat pergilah malam ni….” Shafinaz terus menerjah sebaik
sahaja mendengar Adam memberi salam di hujung.
“ “ Kenapa?” terus Adam menyoal.
“ I rasa I belum sihat lagi…”
“ No….you mesti pergi majlis tu…”
“ Tapi, En. Adam…”
Terus talian di matikan. Shafinaz mendengus
perlahan.
Sepuluh minit kemudian, lelaki itu
menghubunginya semula.
“ Are you ready?” tanpa salam Adam
terus bertanya sebaik saja dia menyambut panggilan.
“ Er…..” serba salah dia nak menjawabnya.
“ Make sure you`re ready when I`m
arrived!” terus panggilan sepi, bermakna lelaki itu terus mematikan talian.
Grrr…Shafinaz jadi panas. Memang dasar dictator…suka memberi arahan dan
suka memaksa.
Dan panggilan yang terakhir di terima dari
lelaki itu sebentar tadi.
“ Shafinaz….5 minit lagi I sampai!”
Shafinaz ternganga. Bermakna dalam masa 5 minit juga dia perlu bersiap.
Ibu…tolong Sha….jerit Shafinaz menahan geram.
Kelam kabut dia cuba mencari baju yang
sesuai untuk di pakai di majlis itu nanti. Bantai ajelah, dah darurat. Akhirnya
dia memilih sepasang baju kurung berwarna merah hati, biar terjojol biji mata
lelaki itu melihat warnanya. Itulah, siapa yang paksa! Gerutu Shafinaz sambil
mengenakan make up ala kadar. Kalau tak bermake up. Nanti ada
yang cakap, dia ada penyakit. Pucat. Dahlah baru sembuh dari demam selesema.
“ Sha….” suara Pn. Habibah membuatkan
Shafinaz terkejut, nasib baik lipstick yang baru di calit di bibirnya
tidak tercoreng ke pipi, kalau tak,
jadilah macam badut kat Mc D…yalah…dari tadi asyik bercakap seorang diri.
“ Ya, bu…” laung Shafinaz.
Pintu biliknya di kuak perlahan, muncul Pn.
Habibah sambil mengukir senyum. Shafinaz segera membalas senyuman ibunya. Pn.
Habibah menghampiri Shafinaz, di pandang wajah anaknya seketika.
“ Kenapa, bu?” soal Shafinaz.
“ Apasal merah sangat ni?...nanti
menyilaukan mata orang…kalau ada lembu, mesti di kejarnya Sha!” Pn. Habibah
tersenyum meneliti penampilan Shafinaz.
“ Ibu ni….adake kata macam tu…itu zaman Tok
Kaduk , sekarang ni lembu dah masuk sekolah….tak kejar lagi warna merah…”
sangkal Shafinaz walaupun dia turut mengakui hakikat itu. Nak tukar rasanya tak
sempat, dia juga yang salah kerana memilih warna itu. Baju itu pun jarang di
pakainya sebab warnanya terang sangat. Ini si Adamlah punya pasal.
“ Bos Sha dah tunggu kat ruang tamu di
bawah….dia baru aje sampai….boleh tahan juga kacak orangnya…” Pn. Habibah
bersuara.
“ Aik…ibu, ada hatike kat bos Sha yang dah
bertunang tu….Sha bagi tahu abah kang….” usik Shafinaz membuatkan dia terus
menerima cubitan dari ibunya.
“ Sha….kalau boleh ibu tak mahu Sha
rosakkan hubungan orang….maksud ibu, kalau bos Sha tu dah bertunang, kenapa dia
datang menjemput Sha….nanti akan timbul salah faham pulak…” terpancar
kebimbangan di wajah Pn. Habibah. Bukan main terkejut lagi dia bila dapat tahu
bos Shafinaz sudah bertunang.
“ Sha dah cakap hal tu dan Sha pun pernah
menolak pelawaan dia….tapi dia buat dek aje!…Sha nak buat macam mana?”
jelas Shafinaz membuatkan ibunya terdiam seketika.
“ Sudahlah…dah siap ke belum ni?...nanti
lama pulak dia tunggu kat bawah… karang abah pula yang bising sebab buat tetamu
menunggu!”
“ Kejap lagi Sha turun, Sha nak pakai
tudung kejap…”
Terlopong
mulut En. Hassan sewaktu melihat Shafinaz berjalan menuruni tangga . Adam juga
begitu. Shafinaz tetap mengatur langkah ke arah dua lelaki itu walaupun dia
tahu mereka sedang memandangnya tanpa berkelip.
“ Abah…En. Adam…kenapa ni?...macam kena
sampuk aje!” Shafinaz bersuara.
“ Er…apasal dengan Sha ni…. merah sangat!
sakit mata abah…” En. Hasan terus bersuara.
Sempat dia mengerling ke arah Adam yang sejak dari tadi hanya tersenyum.
“ Merah sangatke?” tanya Shafinaz. Rasa
menyesal pulak kerana tak tukar baju tadi. Kalau tak, tak adanya mereka berdua
terlopong seperti tadi. Macam tersampuk jembalang.
“ Tak adalah…cantik apa you pakai merah
macam ni!” Adam mencelah.
“ Abah rasa elok Sha tukar aje baju ni
dengan baju lain…bukannya tak ada baju yang warnanya elok sikit!” suara En.
Hassan.
“ Sorry…I tukar pakaian lain… you
tunggu kejap ya!” belum pun sempat Adam
menegah, Shafinaz segera beredar dari ruang tamu itu. En. Hassan dan Pn.Habibah
seakan tergamam melihat Shafinaz yang terus berlalu tanpa sempat Adam membuka
mulut.
**********
“ MAAF kerana membuat you tertunggu tadi…
tapi you tak boleh salahkan I… you yang mendesak I untuk datang ke majlis tu!”
Shafinaz membuka mulut selepas beberapa ketika masing-masing membisu. Adam
nampaknya begitu tenang memandu tanpa sedikit pun menoleh ke arahnya. Mungkin
lelaki itu bengang agaknya kerana terpaksa menunggu dia lama.
“ I tak kesah menunggu berapa lama, asalkan
apa yang I ingini akan tercapai!” balas Adam dengan nada serius tanpa menoleh
ke arah Shafinaz yang mula berkerut dahi.
“ Apa maksud you?” tanya Shafinaz kerana
merasakan ada maksud yang tersembunyi di balik kata-kata itu.
“ Never mind… lupa kan aje… you
nampak cantik sekali malam ni tapi kalau you pakai baju yang tadi…rasanya lebih
cantik!... bak kata iklan kat tv suatu masa dulu….merah sangatlah mak ngah”
kali ini Adam menoleh ke arah Shafinaz sambil melemparkan senyuman.
“ You perli I ke?....”
“Mana ada perli….I memuji…” Adam
membetulkan tanggapan Shafinaz sebelum tergelak kecil. Sebenarnya dia agak
terkejut melihat warna pilihan Shafinaz tadi, setahunya Shafinaz tidak pernah
memakai baju warna merah terang begitu sepanjang 6 bulan mereka bekerja di
pejabat yang sama. Dia tahu perempuan itu sengaja mahu mengenakannya.
Shafinaz menarik muka masam, namun dalam
hati dia nak tak tergelak bila memikirkan tindakannya tadi.
“ Sha…”
Shafinaz tersentak, terkejut menerima
panggilan yang dirasakan cukup mesra itu. Dia segera menoleh memandang wajah
lelaki itu.
“ Maaf, kalau I bertanya…” Adam menelan
liur. Riak wajahnya menjelaskan bahawa dia rasa serba salah untuk meneruskan
kata-katanya.
“ Ya….apa yang you nak tanya?” Shafinaz
berkerut dahi.
“ Er….” Adam menggaru-garu dahinya dengan
tangan kiri.
“ Tanya ajelah…I tak makan orang….”
Shafinaz tergelak kecil.
Adam tersenyum sebelum tergelak kecil.
“ I …I….nak tanya pasal husband you…”
akhirnya Adam bersuara.
“ Pasal husband I?...kenapa?”
Perasaan Shafinaz mula tak enak. Dia mula rasa berdebar memikirkan soalan yang
bakal keluardari mulut lelaki itu.
“ Hmm….I ingat I nak jumpa dan berkenalan
dengan husband you….kenapa dia tak ada tadi?” kata Adam memandang
sekilas wajah Shafinaz sebelum kembali memandang ke hadapan.
“ Oh!...dia outstation kat Melaka !”
beritahu Shafinaz.
Adam mengangguk perlahan.
“ I harap you dah bagitahu dia pasal majlis
ni kan?”
“ Ya… I juga bagi tahu dia yang you akan
datang menjemput I di rumah. Pada mulanya dia memang terkejut tapi bila I bagi tahu you ni bos I….dia faham!”
beritahu Shafinaz membuatkan Adam mengangguk perlahan.
“ Bila agaknya I boleh jumpa dengan suami
you?”
Shafinaz berdeham beberapa kali kerana
soalan itu agak sukar untuk dijawab.
“ Er…kita dah nak sampai ni… I harap
kemunculan kita berdua ni tak akan menimbulkan sebarang gossip!” kata Shafinaz
segera mengalih topic. Tidak mahu hal itu terus berpanjangan. Dia tak selesa
membicarakan hal itu. Seperti ada sesuatu yang membelenggu dirinya
“ Maksud you?” dahi Adam berkerut.
“ Maksud I…you ni bos I dan you juga dah bertunang dan I pula isteri
orang tapi kita datang bersama… tentu mereka akan mempunyai tanggapan yang
pelbagai!” beritahu Shafinaz gusar.
“ I tak peduli apa tanggapan mereka… lagi
pun itu hak mereka yang kita tak boleh halang!” begitu mudah jawapan yang
diterima membuatkan Shafinaz mendengus perlahan.
“ Jom…majlis dah bermula!” Adam tiba-tiba
menggenggam erat tangan Shafinaz membuatkan dada Shafinaz berdegup tiba-tiba.
************
“ AMBOI!.... cantiknya bunga…siapa bagi?”
tanya Carol sebaik saja dia lalu di hadapan meja Shafinaz.
“ Entah… I baru je terima bunga ni”
beritahu Shafinaz yang masih memegang jambangan mawar merah yang baru di ambil
dari atas mejanya sebaik saja pulang dari makan tengahari bersama Aida.
“Ada la tu secret admirer you!” ujar
Carol sebelum berlalu.
Shafinaz melabuhkan punggungnya di kerusi.
Panjang lehernya cuba mencari kelibat Aida. Ke mana menghilangnya perempuan tu.
Agaknya ada kat bilik bos .
“ Sha, bukan main mesra lagi layanan bos
pada kau malam majlis hari tu…nasib baik
tak juling mata si Amylia bila tengok korang berdua
datang bersama!”
Hadi tiba-tiba datang ke meja Shafinaz.
Baru hari ini dia datang kerja kerana terpaksa pergi ke Penang selama seminggu
untuk menguruskan beberapa perkara di sana.
“ Kalau boleh aku nak kau lupakan aje hal tu…dah
basi tau tak…lagi pun aku tak nak gaduh dengan tunang bos. Nanti dia ingat aku
cuba rampas tunang dia sedangkan aku sedikit pun tak ada niat!” kata Shafinaz.
“ Aku rasa En. Adam tu dah lama taruh hati
pada kau…cuma kau aje yang jual mahal!” kata Hadi.
“ Kau ni kan… kalau bab nak gossip
orang…kalah orang perempuan, mulut kau tu kan….lembik macam jelly tau!”
kata Shafinaz.
“ Aku kata yang benar… kau harus terima
kenyataan…. aku rasakan…bunga ros ni pun dia yang bagi kat kau…. !” kata Hadi
sambil memandang jambangan mawar merah.
Hadi cepat-cepat beredar bila Adam keluar
dari biliknya. Dan Shafinaz pula kelam-kabut mencapai kertas dan berpura-pura
sibuk membuat kerja.
“ Sha!”
Shafinaz medongak kepala. Terkejut melihat
wajah Adam berada di hadapannya sedangkan dia berharap agar lelaki itu terus
berlalu selepas melewati mejanya.
“ Suka dengan jambangan bunga ni?” tanya
lelaki itu membuatkan Shafinaz menelan liur. Benar-benar terkejut bila
mengetahui jambangan bunga itu adalah dari Adam.
“ Suka…er…bunga ni dari En. Adam ke?”
Shafinaz mahukan kepastian.
“ Ya…sebagai tanda terima kasih kerana
menemani I ke majlis makan malam minggu
lepas!” beritahu Adam sambil mengukir senyum.
“ I menemani En. Adam bukan atas kerelaan
tapi kerana paksaan…jadi tak perlulah hadiahkan I jambangan bunga ni!” Shafinaz cuba mengawal suaranya agar apa yang
dinyatakan tidak didengari oleh orang lain.
“ Ada I kesah dengan semua tu… yang
penting, apa yang I nak…I akan perolehi termasuk you!” mulut Shafinaz ternganga
mendengar kata-kata Adam sebelum lelaki itu beredar keluar dari pejabat itu. Pastinya dia ada urusan di luar.
Shafinaz mendengus kasar.
“ Sha!” panggil Hadi.
“ Apa?” jerkah Shafinaz. Sebenarnya dia
bukan nak marahkan Hadi tapi mahu meluahkan rasa tidak senangnya dengan sikap
Adam sejak beberapa hari ini.
“ Aku ni ahli nujum bertauliah…betulkan apa
yang aku cakap tadi…!” kata Hadi sambil tergelak-gelak. Shafinaz menarik muka
masam. Tak sangka betul tepat pulak tekaan Hadi tadi.
***********
HARI demi hari meja Shafinaz di kunjungi
dengan jambangan bunga. Dan hari ini masuk hari yang ke 5 mejanya di kunjungi
dengan jambangan mawar. Shafinaz sudah bernekad untuk bersemuka dengan Adam.
Jadi, dia terpaksa menunggu masa yang sesuai.
“ En. Adam, boleh kita cakap sekejap?”
Shafinaz bersuara selepas berbincang pasal kerja. Ketika itu hanya mereka
berdua di bilik itu. Hadi baru sahaja keluar kerana ada urusan di luar pejabat.
“ Ya, ada apa Sha?” tanya Adam sebaik
sahaja berbalas pandang dengan Shafinaz yang ternyata dalam keresahan.
“ I nak cakap pasal jambangan bunga yang I
rasa tentunya dari En. Adam!” kata Shafinaz. Sebenarnya bukan rasa tapi dia
yakin yang penghantarnya adalah Adam, lelaki yang sedang duduk santai di
hadapannya.
Adam menyandarkan badannya di kerusi sambil
matanya tajam merenung wajah Shafinaz yang ketika itu sedang mengetap bibir.
Bimbang andainya apa yang dibangkitkan itu mengundang rasa tidak senang di hati
bosnya.
“ So…you tak suka?” Adam terus
merenung wajah Shafinaz membuatkan dia rasa benar-benar gementar. Apa lagi
wajah lelaki itu benar-benar serius.
“ Maaf kalau I katakan yang I tak suka dan tak senang
dengan apa yang En. Adam lakukan pada I sekarang…ramai staff kat sini dah mula
bercakap pasal hal ini dan tentunya ia membuatkan I rasa tak selesa….dan nama
En. Adam turut dikaitkan sama!” Shafinaz berterus-terang.
Dia tak suka bila ada suara sumbang yang
mengatakan dia cuba menggoda lelaki itu. Lelaki yang telah dikenal pasti sudah
menjadi tunangan orang. Dan dia di katakan sebagai perempuan yang tak sedar
diri.
“ Ok…I mengaku yang I sukakan you….bukannya
hanya beberapa bulan ini …tapi dah bertahun perasaan itu I pendamkan…hanya you
yang tak tahu!”
Shafinaz menelan liur. Rasanya mata dia
sudah membulat merenung wajah lelaki itu. Benar-benar terkejut mendengar
kata-kata yang baru keluar dari mulut lelaki itu. Kata-kata yang memang sedikit
pun dia tak jangka. Sudah bertahun?...betulkah apa yang sedang didengarnya saat
ini? Shafinaz jadi bingung tiba-tiba.
Rasa nak pitam pun ada.
“ Apa yang En. Adam cakap ni?...jangan
bergurau pasal hal ini, boleh tak!”
Tanpa sedar Shafinaz sudah meninggikan suara.
Adam terdiam, tapi wajahnya tetap tenang.
Mungkin dia sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku.
“ I tak bergurau dan I serius!”
Shafinaz mula rasa sesak nafas. Apa
sebenarnya yang berlaku pada lelaki ini. Adakah lelaki itu sudah mengetahui
statusnya yang sebenar? Shafinaz mula kalut dan gelisah. Semua perbuatan dan
tindak tanduk Shafinaz diperhati oleh Adam. Dalam diam, Adam mula mengorak
senyum.
“ Maaf, I keluar dulu En. Adam…rasanya
antara kita dah selesai dan I harap En. Adam tidak lagi menghantar jambangan
bunga itu ke meja I lagi selepas ini. Cuma satu I nak ingatkan …..” Shafinaz
yang sudah pun berdiri di hadapan Adam, terus merenung wajah lelaki itu.
“ Apa dia?”
“ I ni isteri orang dan En. Adam adalah
tunangan orang. I hormati En. Adam sebagai bos I….I keluar dulu!” kata
Shafinaz.
“ Sha…”
Langkah Shafinaz terhenti bila Adam
memanggil namanya.
“ Kenyataan itu belum lagi muktamat dan ia
boleh berubah bila-bila masa saja…I nak you ingat…. I akan dapatkan you!”
Adam
begitu yakin.
Shafinaz terus berlalu tanpa menoleh lagi.
Hatinya jadi pilu tiba-tiba. Tanpa sedar matanya mula berkaca.
**********
“ HEI, perempuan!”
Seorang gadis tiba-tiba datang menyergah
Shafinaz. Nasib baik air yang baru
dihisapnya tidak tersembur ke muka Aida. Mereka berdua saling berpandangan
sebelum mata keduanya memandang sekali lagi gadis yang menyergah tadi.
“ Saudari tegur sayake tadi?” tanya
Shafinaz dengan muka selamba membuatkan gadis yang menyergahnya tadi sudah
bertukar rupa. Makin bertambah berang.
“ Yalah…dah aku datang tempat kau, mestilah
aku sedang menegur kau!…” balas gadis itu sambil mendengus kasar.
“ Ya ke….maaf, saya ingat saudari tegur
orang lain tadi!” Shafinaz masih lagi buat muka selamba. Sengaja dia bersikap
begitu semata-mata mahu mengawal keadaan. Bukannya dia tak perasan, banyak
pasang mata sudah memandangnya ke arahnya. Malu….hanya Allah sahaja yang tahu.
“ Kau jangan nak berpura-pura pulak kat
sini dengan buat muka tak bersalah tu…menyampah aku menengoknya!” sela gadis
yang menegur tadi.
“ Cik Amylia!” Aida membuka mulut menyebut
nama gadis yang memakai skirt pendek dan
baju yang agak jarang itu. Dalam diam dia cuba menganalisa penampilan
gadis yang bernama Amylia itu. Dia simpati pada bosnya kerana bertemu jodoh
dengan gadis itu.
“ So…korang kenal siapa aku?” tanya
Amylia merenung tajam mereka berdua.
“ Saya tahu cik Amylia ni tunang En.
Adam…bos kami!” kata Aida.
“ Dan kau…” jari telunjuk Amylia hampir
mengena hidung Shafinaz.
“ Ya saya!”
Aida
hampir nak tergelak melihat wajah Shafinaz. Masih buat muka blur membuatkan
Amylia mendengus kasar.
“ Boleh tak kau jangan ganggu tunang
aku!...ramai lagi lelaki kat dunia yang boleh kau pilih…kenapa dengan tunang
aku juga kau nak menggatal!” Amylia bersuara kasar membuatkan kata-katanya
menarik perhatian orang ramai untuk terus menyaksikan mereka bercakap.
“ Maaf… saya tak ada sedikit pun niat nak
menggatal dan merampas tunang saudari….saya dah kawin dan saya bahagia dengan
perkahwinan saya…saya rasa saudari dah salah faham!” kata-kata Shafinaz membuatkan wajah Amylia
sedikit berubah, dia tercengang. Serentak dengan itu dia memandang ke arah
Aida. Cuba mencari kebenaran di balik kata-kata Shafinaz.
“ Benar cik Amylia…Sha ni dah lama kawin
dan dia memang cintakan suaminya!” jelas Aida membuatkan Amylia terkedu
seketika.
“ Tapi kenapa Adam tak pernah mengendahkan
aku…. dia mengaku yang dia cintakan perempuan lain. Aku dah menyiasat hal ini.
Kau tak boleh tipu aku kerana aku tahu kau dan tunang aku memang ada hubungan!”
Amylia bersuara dengan kasar.
“ Saya rasa elok saudari bersemuka dengan
En. Adam…jangan menuduh melulu….saya memang tak ada sebarang hubungan istimewa
dengan En. Adam…dia adalah bos saya , tak lebih dari itu…” tegas Shafinaz. Dia
malas nak melayan kerenah gadis itu. Tak
ada faedahnya.
“ Kak Aida, elok kita balik pejabat
sekarang…Sha belum solat zohor lagi… kami pergi dulu!” tanpa banyak bicara
Shafinaz dan Aida berlalu meninggalkan Amylia dengan wajah masam. Ternyata dia
belum berpuas hati sebelum mengetahui punca hubungan dia dan Adam dingin, malah
tunangnya itu begitu nekad mahu memutuskan pertunangan mereka. Itu yang
membuatkan dia bengang. Dia tak boleh lepaskan lelaki itu begitu saja.
*************
ADAM termenung di tingkap biliknya. Sudah
dua hari Shafinaz tidak datang kerja kerana bercuti. Dia tidak pasti apa
sebenarnya yang berlaku pada Shafinaz sejak pulang dari makan tengahari
beberapa hari yang lepas. Gadis itu sentiasa mengelak dari bertemu dengannya
sedangkan dia sedaya upaya cuba untuk memenangi hati gadis itu.
“ Memang betul Shafinaz telah berkahwin,
tetapi suaminya telah meninggal dunia 3 tahun yang lepas akibat kemalangan!”
itulah kata-kata yang keluar dari mulut En. Hassan semasa dia mengunjungi rumah
orang tua Shafinaz, ketika itu Shafinaz tiada di rumah. Dia nekad untuk mencari
tahu perkara sebenar.
“ Tapi…kenapa dia tak ceritakan semua ini
pada saya? kenapa dia mahu saya menganggap yang dia masih lagi seorang isteri
sedangkan suaminya dah lama meninggal?” tanya Adam.
En. Hassan terdiam, berkerut dahinya
merenung wajah Adam. Dalam diam hati tuanya merasakan ada sesuatu yang berlaku.
“ Entahlah…pakcik pun kadang-kadang tak
faham dengan perangai dia. …arwah suaminya, Khairul meninggal dunia dalam
kemalangan tu sebaik saja pulang dari akad nikah. Seminggu anak pakcik tu
berkurung dalam bilik dan sikapnya yang dulu periang menjadi murung. Sampai
sekarang pun dia masih menganggap yang suaminya tu masih hidup….mungkin itu
sebabnya dia juga mahu orang lain menganggap yang dia masih bersuami. Mereka
berdua tu dah lama berkawan , sejak belajar di university lagi dan pakcik
memang merestui hubungan mereka berdua…tapi sayang, jodoh mereka tak panjang!”
“ Maafkan saya sebab terpaksa bertanyakan
hal ni…saya cuma nak dapatkan kepastian…” kata Adam.
“ Boleh pakcik tanya?” En. Hassan memandang
wajah Adam yang mula rasa gelisah. Apa lagi renungan lelaki yang berusia awal
50 an itu begitu tajam.
“ Apa dia?”
“ En. Adam ni sebenarnya sukakan anak
pakcik ya!”
Adam terbatuk-batuk. Segera air di dalam
cawan di capai dan diteguk perlahan sambil diperhati oleh En. Hassan.
“ Er…” Adam menggaru-garu kepala sambil
tersengih. Pijar mukanya dengan pertanyaan itu.
“ Baguslah…pakcik tak menghalang kalau En.
Adam ni betul-betul sukakan anak pakcik…Shafinaz tu satu-satunya anak perempuan
pakcik dan pakcik mahu dia hidup bahagia seperti orang lain tapi setahu pakcik
En. Adam ni…” sekali lagi En. Hassan merenung wajah Adam.
“ Sebenarnya…” serba salah Adam hendak
menjelaskan yang sebenarnya.
“ Pakcik tak nak kehadiran anak pakcik
merosakkan hubungan En. Adam dengan tunang En. Adam!”
Adam menelan liur. Punggungnya mula terasa
panas.
“ Hmm…er…sebenarnya, pertunangan saya tu
bukan atas kerelaan saya…itu pilihan orangtua… saya mengaku yang saya sukakan
anak pakcik!”
En. Hassan mengeluh perlahan. Wajah anak
muda itu di renungnya seketika. Dia memang tak nafikan bahawa anak muda itu
memang sukakan anaknya tapi anak muda itu juga sudah bertunang. Dia tak mahu
Shafinaz mengambil risiko dalam hidupnya, lagi pun selama ini anaknya tak
pernah menceritakan hubungan yang lebih istimewa dengan anak muda itu melainkan
hubungan mereka sebagai bos dan pekerja.
Lamunan Adam terus hilang sebaik saja
deringan telefonnya berbunyi. Adam segera mencapai telefonnya dan mendengus
kasar sebaik saja melihat nama yang tertera di skrin telefonnya.
“ Hello, Amylia…” nak tak nak saja dia
menjawab panggilan itu.
“ Adam, I nak jumpa dengan you hari ini!”
“ Maaf, I tak ada masa nak jumpa you…”
“ Adam…” jeritan Amylia benar-benar
membuatkan telinga Adam menjadi bingit,
segera talian itu di putuskan.
Adam kembali berlabuh di katil. Dia tak
mahu apa yang sedang difikirkannya sekarang diganggu oleh suara Amylia.
“ Sha… di mana awak sekarang?”
“ Adam, boleh mama masuk?” tidak lama
kemudian terdengar suara Datin Khabsah selepas mendengar ketukan beberapa kali
di pintu biliknya membuatkan Adam mengeluh perlahan. Mesti Amylia sudah mengadu
pada mama. Rungutnya.
“ Masuklah, ma”
“ Adam..”
“Ma, sebelum mama cakap apa-apa pasal
Amylia…Adam nak bagi tahu mama tentang sesuatu!” Adam terlebih dahulu bersuara
sebelum sempat mamanya bersuara.
*************
“ SELAMAT hari jadi…selamat hari
jadi…..selamat hari jadi untuk Shafinaz….selamat hari jadi…”
Sebaik saja kaki Shafinaz melangkah masuk
ke ruang restoran itu, suara gema menyanyikan lagu selamat hari jadi untuknya
membuatkan dia benar-benar terkejut. Serta merta air matanya bergenang.
“ Surprise…” laung Aida dengan suara
ceria.
Shafinaz segera menyapu air mata yang
mengalir di kelopak matanya. Satu persatu wajah yang ada di situ di perhati.
Dia tidak menyangka bahawa mama dan papa Adam juga ada sama dan yang paling
tidak di duga bila ibu dan abahnya turut ada bersama.
“ What going on?...apa sebenarnya
yang berlaku ni?...betul-betul surprise!” Shafinaz segera memeluk tubuh
orangtuanya.
“ Semua ini idea En. Adam” kata Aida.
Shafinaz segera memandang ke arah Adam yang
nampak segak dengan kemeja biru dan seluar hitam.
“ Terima kasih…bukan hanya untuk En. Adam
tapi juga pada semua orang yang ada kat sini!”
Shafinaz mengukir senyum, memandang semua
staff yang hadir ke restoran pada tengahari itu.
Mereka mula menikmati hidangan di restoran
yang memang di tempah khas oleh Adam untuk meraikan hari lahir Shafinaz.
Terlopong mulut Shafinaz bila Adam secara
terang-terangan melamarnya sebagai isteri selepas memberi ucapan. Semua staff
yang berada di situ sudah bersorak, Hadi lebih-lebih lagi.
“ En. Adam…apa semua ni?” kata Shafinaz
yang terbangun dari kerusi.
“ I ikhlas mahu melamar you sebagai isteri I…I
dah beritahu orangtua you tentang hasrat I ni dan orangtua I juga tiada
bantahan!” kata Adam menghampiri Shafinaz yang ternyata terpingga-pingga.
“ Tapi…En. Adamkan tunang Cik Amylia!”
“ I dah putuskan pertunangan kami!”
beritahu Adam tenang.
“ Adam!”
Semua mata mula beralih pada satu suara
yang baru menyergah.
“ Amylia!”
“Oh!...jadi…betullah you ada hubungan
dengan perempuan ni…kerana perempuan yang
dah bersuami ni you putuskan pertunangan kita…ini tak adil, Adam…I tak
boleh terima….” jerit Amylia sambil menumbuk dada bidang Adam yang sedang
berhadapan dengan Shafinaz.
“ Auntie…tengok , apa Adam dah buat pada
Amy!” Amylia mula menghampiri Datin Khabsah sambil merengek manja.
“ Maafkan auntie, ini sudah keputusan Adam.
Jadi, auntie dan uncle sudah menerima pilihan dia!” jelas Datin Khabsah dengan
perasaan serba salah.
Pada awalnya dia juga menolak pilihan Adam
yang mahu memilih Shafinaz sebagai pasangannya kerana sudah lama dia memasang
hajat untuk menjodohkan Amylia dengan anaknya, Adam. Tapi setelah Adam
menjelaskan segalanya, dia akur bahawa antara mereka tiada berjodoh.
“ Auntie!”
Amylia menghentak kaki. Tidak peduli pandangan
orang lain.
“ Adam….you tahukan yang perempuan ni dah
bersuami…kenapa you masih mahukan dia,…I dah lama tunggu you dan I memang
cintakan you!”
“ Hey! perempuan…tak ada lelaki lain yang
kau boleh buat laki selain dari tunang aku…kau kan dah ada suami…layan ajelak
suami kau…atau kau ni jenis perempuan yang tidak cukup melayan seorang lelaki…”
sergah Amylia sambil menolak tubuh Shafinaz. Nasib baik Adam sempat memegang
tubuh Shafinaz, kalau tidak pasti dia
akan jatuh tersungkur.
“ En. Adam…I rasa kata-kata tunang En. Adam
ni terlalu kasar dan ini satu penghinaan buat I…I tak boleh terima…” kata
Shafinaz dan dia sudah bernekad untuk keluar dari situ tapi Adam sempat
menyambar tangannya.
“ Jom, ikut I!”
Adam
menarik tangan Shafinaz dan Amylia keluar dari restoran itu.
“ Papa…papa tolong uruskan majlis ni….Adam
ada hal yang perlu di bereskan dengan mereka!” sebelum keluar Adam sempat
meninggal pesan buat papanya, Datuk Muazam.
“ So…!” dengan lagak angkuh Amylia
bersuara sambil memeluk tubuhnya memandang ke arah Adam.
“ Amylia, listen here….you tak ada
hak untuk datang ke sini dan menghina Shafinaz! tegas Adam. Geram dengan sikap
Amylia.
“ Memang patut dia di hina kerana dia cuba
merampas tunang I…lagi pun dia kan dah ada suami!”
Amylia menjeling tajam ke arah Shafinaz
yang hanya menundukkan wajah. Nasib baik ketika itu mereka berada di sudut yang
jauh dari pandangan orang.
“ Suaminya dah lama meninggal dunia!”
beritahu Adam membuatkan Shafinaz dan Amylia terkesima.
“ Oh!...patutlah …!” Amylia mencebik benci.
“ En. Adam…dari mana En. Adam tahu hal ni?”
tanya Shafinaz.
“ I dah lama tahu…I terdengar perbualan you
dengan Aida tentang keengganan you untuk hadir majlis makan malam tu….I paksa
Aida untuk menceritakan semuanya dan I juga jumpa abah you untuk mengetahui
perkara sebenar!”
Shafinaz memejam mata.
“ Hey…I tak ada masa nak dengar semua ni
,ok…I cuma nak you tahu yang I tak setuju hubungan kita di putuskan!” Amylia
mencelah.
“ Keputusan I muktamat, Amylia. I tak boleh
terima you dalam hidup I kerana I tak pernah cintakan you….” jelas Adam.
“ Adam, you tak boleh buat I macam ni!”
Amylia mula mengamuk.
“ I cintakan Shafinaz….bukan sehari dua
tapi dah bertahun…!”
“ En. Adam!” hanya itu yang mampu Shafinaz
nyatakan.
“ Adam, takkanlah you sanggup terima
perempuan yang telah berkahwin…I yang belum kawin you tak pandang…lelaki apa
you ni?” tengking Amylia.
“ Memang Shafinaz telah berkahwin tapi dia
masih lagi seorang gadis yang suci tapi you….you bukan gadis yang suci walaupun
you tak kahwin…you ingat I tak tahu apa yang you buat kat luar…. I sengaja
cakap di sini kerana tak mahukan malukan
you di depan semua orang. I tahu
yang you sekarang ni sedang hamil, ini bukan kali pertamakan!”
Amylia menelan liur. Wajahnya pucat
tiba-tiba.
“ Er…”
“ I ada ramai kawan…dah lama I tahu hal ini
dan I diamkan aje sebab I perlukan masa yang sesuai untuk memutuskan hubungan
kita, tapi sekarang….I dah tahu yang Shafinaz bukan milik sesiapa dan I tak
akan lepaskan dia kerana I yakin yang I
boleh memilikinya dengan sepenuh hati….!”
Adam mengenggam erat tangan Shafinaz.
“ Adam....you….” Amylia mengacip gigi.
Sebenarnya dia sudah kehabisan idea untuk mempertahankan diri. Dia tahu memang
dia yang bersalah.
“ I nak you pergi dari hidup I dan jangan
muncul lagi!” kata Adam dengan suara tegas. Serentak itu juga Amylia terus
berlalu dengan wajah sebal dan malu.
**********
“ TERIMA kasih kerana sudi terima abang
sebagai suami!” ucap Adam selepas mengucup perlahan tangan Shafinaz.
“ Sha juga nak ucapkan terima kasih pada
abang kerana sudi terima Sha dalam hidup abang !” balas Shafinaz tertunduk
malu.
“ Hmm…berbaloi rasanya penantian abang
selama ini…akhirnya cinta dari gadis yang abang dambakan sejak dulu menjadi
milik abang!” Adam tergelak.
“ Abang betul –betul cintakan Sha?” tanya
Shafinaz.
“ Ya… sejak kali pertama kita bertemu…tapi
perasaan itu terpaksa abang pendamkan kerana waktu itu Sha telah jadi milik
Khairul. Abang hanya mampu memandang Sha dari jauh dengan rasa kecewa!”
“ Sha tak sangka abang pendamkan perasaan
itu bertahun-tahun tanpa Sha menyedarinya…Sha pun terkejut bila abang jadi bos
Sha …dah tu bukan main tegas lagi dengan Sha, orang lain tak ada pun,…
sampaikan berbakul-bakul sumpah seranah Sha pada abang! tapi yang hairannya si
Hadi dan kak Aida tu asyik duk nak kenenkan Sha dengan abang aje!” kata
Shafinaz.
“ Tegas di luar lembut tapi di dalam…abang
terpaksa buat semua tu semata-mata mahu menyembunyikan perasaan abang… dalam
masa yang sama timbul rasa dendam di hati abang…kenapa Sha boleh terima cinta
lelaki lain, bukan abang…tapi kalau
sehari abang tak pandang wajah Sha, rasanya hidup abang tak lengkap…”
Adam tergelak mengenangkan sikapnya
terhadap Shafinaz sebelum mengetahui Shafinaz sudah lama kehilangan suaminya
yang tersayang.
“ Maaf…Sha tak pernah tahu yang abang
sukakan Sha dah lama…dulu, kalau kita jumpa pun abang hanya buat muka selamba
macam tak nak pandang Sha aje…macam lelaki ego, Sha nak pandang pun takut..”
balas Shafinaz. Segera kenangan lalu semasa mereka sama-sama menuntut di
university dulu terlayar di fikirannya. Mereka selalu berjumpa tapi jarang
bertegur sapa.
“ Saja abang buat macam tu semata-mata nak cover
perasaan…sedangkan dalam hati…merintih pilu… apa lagi melihat Sha bergurau
senda dan bermesra dengan Khairul!”
Shafinaz tersenyum. Ah! semua itu hanya
kenangan. Kenangan indah dia dan Khairul akan sentiasa di kenang.
“ Memang Sha cintakan abang Khairul
tapi…mungkin jodoh antara kami tiada…kekadang kita hanya merancang tapi Tuhan
yang menentukan…” Shafinaz bersuara perlahan.
“ Abang tak akan menghalang semua kenangan
Sha bersama arwah Khairul kerana setiap orang berhak untuk menyimpan kenangan
mereka. Abang juga begitu…bagi abang , kenangan kita di university dulu memberi
satu semangat dan inspirasi untuk abang teruskan hidup dan menjalani tugas
harian…abang juga sentiasa berharap dan berdoa agar abang akan menemui Sha
semula! abang nak tahu sangat perkembangan pasal Sha. Itu sebabnya abang
betul-betul terkejut dan tak sangka yang kita boleh bekerja di satu tempat yang
sama!”
Adam memeluk erat bahu Shafinaz. Dan
Shafinaz pula segera melentokkan kepalanya di bahu Adam.
“ Abang janji abang akan cuba menjadi
lelaki yang terbaik dalam hidup Sha dan akan cuba membahagiakan Sha selagi
hayat di kandung badan!”
“ Semoga apa yang kita impikan dan kita
ingini akan terlaksana….!” itulah yang diharapkan oleh mereka.
“ Abang…”
“ Hmm…”
“ Abang masih dendam lagi dengan Sha?”
Shafinas mendongak, memandang wajah Adam.
“Dendam?”
“ Ya…abang kan pernah rasa dendam dengan
Sha”
Adam ketawa.
“ Tak adalah, kalau ada pun dah lama abang
buang jauh ke laut….yang ada sekarang hanya rasa cinta dan sayang…. kalau
seminit pun kita berpisah…rindu pasti akan bertandang…”
“ Terima kasih kerana menyintai Sha….Sha juga
berjanji akan menyintai abang sebagaimana abang cintakan Sha….!’
Shafinaz mengucup perlahan pipi Adam sambil
tersenyum.
Adam membalasnya dengan mengucup dahi
Shafinaz.
Malam kian larut dan mereka berjalan
beriringan menuju ke katil.
“ I love you!” bisik Adam perlahan
di telinga Shafinaz .
Buat seketika mereka saling berbalas
pandang sebelum Adam memeluk erat
tubuhnya. Dadanya mula berdegup kencang. Dia tahu apa yang diinginkan oleh
lelaki yang sudah pun bergelar suami untuknya. Walaupun ini kali kali kedua dia
bergelar isteri tapi apa yang bakal
dialaminya nanti adalah pengalaman pertama baginya.
“ Sha…” Adam bersuara.
“ Sha…” Adam bersuara.
Shafinaz menelan liur.
“ Abang…”
“ Alamak…black out la pulak! macam
mana ni? gelap-gelita …tak nampak apa-apa pun...apasal malam ni juga ia buat
hal!” Adam merungut dengan rasa kecewa.
Shafinaz tergelak. Lucu mendengar kata-kata
suaminya itu.
“ Nampaknya abang tak dapatlah malam ni ya!….terpaksalah
tunggu malam besok!” usik Shafinaz.
“ Nakalnya isteri abang!” balas Adam sambil
tergelak. Namun dalam hati dia
mengharapkan kebahagiaan akan kekal berpanjangan untuk mereka.
************* tamat *************
best ceritanya...nampak kematangan penulis untuk menghidupkan suasana cerita supaya lain dari yang lain.keep it up!!!
ReplyDelete^-^ best..
ReplyDeletewalaupun cerita ni agak biasa tapi saya sgt seronok membacanya.. keep up! teruskan buat karya lain lagi ye..
ReplyDeleteGood job.. best laa..
ReplyDelete