Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 27 April 2012

Akan ku Tunggu


Bab 1
M
ARINA melabuhkan punggung di kerusi sambil melepas keluhan lega. Penat betul. Sejak dari tadi kakinya tak berhenti mengatur  gara-gara menemankan Zara yang tiba-tiba mahu membeli-belah. Alih-alih hanya telefon bimbit yang dibelinya. Buang current betul minah sorang ni, rungutnya dalam diam.
“ Zara, tadi kau bukan main beria lagi  nak shopping…keluar dari pagi sampai ke tengahari, satu barang aje kau beli!” tempelak Marina sambil mengacau minuman di hadapannya.
Zara yang duduk di hadapannya hanya tersengih menayangkan gigi yang putih tersusun cantik. Macam nak buat iklan ubat gigi aje. Zara masih berpura-pura tidak mempedulikan temannya yang sudah panas semacam. Biarlah, bukan selalu dia minta temankan tapi yang sebetulnya, dia yang asyik jadi tukang teman Marina bershopping.  Zara masih lagi asyik membelek telefon barunya. Teruja betul dia dapat telefon baru. Nasib baik dia tak meloncat-loncat  macam kera dapat pisang!
“ Benda kecik macam ni pun nak berkira ke?...macam ni ke kawan?” Zara mencebik memandang sekilas wajah Marina yang cemberut sebelum kembali memandang telefon barunya. Nampak gayanya malam ni dia tidur bertemankan telefon baru.
“ Aku rasa kalau bukan sebab telefon kau kena kebas, kau tak beli handphone baru. Handphone yang kau pakai dulu tu dah ketinggalan zaman….ada ke telefon zaman Pak Kaduk kau pakai….buat malu aje. Ini nasib baik teman kau ni pakar…dapat merasalah juga kau pakai handphone baru dan canggih sikit” dalam mengutuk teman, sempat pula Marina mendabik dada. Perasan betul!
“ Aku tak kesah pasal phone….mahal ke , murah ke…canggih ke tak…aku cuma guna untuk buat call dan SMS aje. Benda lain aku malas nak layan, buang masa je!” balas Zara selamba.
Zara meletakkan telefonnya di atas meja. Sejak dari tadi dia asyik layan telefon baru aje tanpa mempedulikan dua ketul ayam yang berada di hadapannya.  Sebaik  sahaja Zara memasukkan ayam  KFC di dalam mulutnya, dia di datangi seseorang.
Exercuse me!” suara lelaki yang berada di hadapannya benar-benar mengejutkan Zara. Nasib baik ayam yang berada di dalam mulutnya tidak terkeluar.
Yes!” berkerut dahi Zara memandang wajah empunya diri seketika. Marina juga begitu. Mereka berdua tidak mengenali lelaki itu tapi kenapa tiba-tiba mereka di tegur. Nak menguratke?
Sorry, tadi saya tertinggal telefon kat sini. Terima kasih sebab awak tak ambil telefon saya ni” tanpa berlengah lelaki itu terus mencapai telefon bimbit milik Zara yang berada di atas meja.
“ Er…” Zara ingin bersuara tapi lidahnya tiba-tiba jadi kelu. Dan tanpa sepatah kata, lelaki itu terus beredar  membuatkan Zara dan Marina saling berpandangan.
“ Zara….what`s happened?” seakan baru tersedar dari mimpi, Marina mula menyoal Zara. Zara hanya mampu berkelip mata.
“ Bukan ke itu telefon kau. Kan kau baru aje beli tadi. Kotak phone pun masih ada kat sebelah kau…tak kan kau nak biarkan aje mamat tu sapu tanpa buat apa-apa?” Marina mendengus kasar. Geram betul dengan sikap lelaki tadi.
Zara menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Dia sendiri pun masih terasa mamai lagi bila mengingatkan kejadian sebentar tadi. Dah macam terkena pukau.
“ Aku…ah, sudahlah. Dah tak ada rezeki aku agaknya. Nanti kau temankan aku beli yang lain. Duit aku pun dah kering…lain kali aku tak nak beli yang mahal dan canggih lagi. Nanti ada yang datang nak mengaku lagi. Kalau yang murah, tak adelah agaknya yang berminat nak sapu” Zara mengeluh kesal. Coca cola di hadapannya di sedut perlahan. Dah macam orang tak ada perasaan je!
“ Habis, kau nak biarkan aje? Baik kau buat repot polis atau kejar lelaki tadi. Dah dia tu main ambik aje, depan mata kita pulak….dan kau pulak….tengok aje! Hisy…geram betul aku. Kalau aku jumpalah mamat tu kat mana-mana…aku korek-korek biji mata dia, buang kat sungai, kasi buaya makan…puas hati aku!” Marina mengempal-gempal penumbuk.
“ Eh! Yang kau emosional sangat ni apehal…dah tak ada rezeki aku nak pakai handphone tu, nak buat macam mana.  Lagi pun kalau nak buat report, bazir masa je….kalau jumpa dengan lelaki tu…aku sure tak kenal sebab aku cuma pandang dia sekilas aje” Zara bersuara.
“ Aku tau la yang kau memang tak kesah pun sebab kau tu banyak duit. Setakat handphone macam tadi tu kau boleh beli sampai berdozen tapi aku cuma geram dengan perangai kau ni….kau tu, sengaja biarkan sesiapa aje buli kau!” Marina melepaskan keluhan panjang.  Tajam mata Zara merenung wajah Marina. Temannya ini, kalau bak merepek, kalah mak nenek. Banyak pula ideanya. Kat mana di cedoknya entah… Mungkin perangai keturunan kot!
“ Buli?...siapa yang buli aku?...kau ni kan ada-ada aje!” Zara tergelak. Air yang tinggal separuh, disedutnya semula.
“ Alah…Zara, janganlah buat muka blur macam tu….makin geram aku menegoknya. Tak payahlah aku nak cerita, kau pun sedia maklumkan. Dahlah,… cepat habiskan ayam tu, dah lewat ni”
Ha… Kan bertul yang kawan aku ni  ada talent jadi mak nenek!
“ Zara, dah sebulan lebih kita balik sini. Kau tak terfikirke nak kerja kat syarikat papa kau?” kata-kata Marina membuatkan Zara menghentikan kunyahannya.
“ Kerja? Aku belum terfikir nak kerja lagi. Lagi pun kau tahukan apa yang aku mahu!” Zara mengeluh perlahan.  Wajahnya yang tiba-tiba muram membuatkan Marina terdiam.
“ Kenapa kau tak bagi tahu aje tentang impian kau tu pada orangtua kau? Selama ini kau ikut aje apa kata dan kehendak mereka sampai kau abaikan kehendak kau sendiri. Adilke?” Marina bersuara. Timbul rasa simpati yang membuak pada temannya itu. Zara hanya diam dan sesekai menguak rambutnya yang jatuh ke dahi.
“ Memangla papa aku nak aku kerja dengan dia di  syarikat tu sebaik saja aku balik sini tapi setakat ni aku buat dek aje!” lagi sekali Zara mengeluh perlahan.
So, apa pendapat kau?” soal Marina yang tak sabar hendak mengetahui keputusan Zara.
“ Nantilah aku fikirkan kemudian…kau pula macam mana?”
“ Aku dah apply kerja…aku pun sebenarnya macam kau juga, kalau boleh aku nak sambung belajar ke peringkat yang lebih tinggi. Kan kita ni dah macam twins…punya cita –cita yang sama!” Marina tersenyum, begitu juga dengan Zara.
“ Ena, kau ada call Syam tak?” Zara bersuara setelah beberapa minit sama-sama mendiamkan diri.
“ Minggu lepas ada la dia call aku Tanya pasal perkembangan terbaru kita. Dia pun sekarang ni tengah relax kat rumah….kekadang jadi suri rumah!”  beritahu Marina sambil tergelak besar di akhir kata.
“ Suri rumah?...maksud kau….dia dah kawin?” terbeliak mata Zara mendengarnya membuatkan Marina makin tergelak besar sehingga menarik perhatian beberapa pengunjung lain memandang ke arah mereka. Terpaksalah mereka buat muka tak malu sambil tersengih-sengih membalas pandangan mereka semula.
“ Hoi! Minah….bila masa pulak aku cakap dia tu kawin….si Syam  tu hanya duduk kat rumah aje….tolong masak untuk adik-adiknya yang masih kecik, kan mak bapak dia kerja” kata-kata Marina membuatkan Zara tersenyum.  Lega rasanya.
“ Bagusnya si Syam tu….eh! dari dulu lagi dia tu jenis lelaki yang rajin. Hmm….pasti  ramai yang nak jadikan dia tu menantu” balas Zara sambil membayangkan wajah Syamsul. Pemuda kacak yang berkumis dan sentiasa berwajah tenang.
Mereka beredar dari situ.
Sebaik saja Zara menghidupkan enjin kereta, dia termenung seketika.
“ Kenapa ni?” soal Marina sambil mengerutkan dahi. Hairan pula melihat Zara yang tiba-iba termenung jauh.
“ Entahlah…tiba-tiba aku teringatkan handphone aku tadi. Melayang pulak duit aku seribu lebih….” Zara memejam mata seketika sambil menyandar badan di kusyen kereta..
“ Sudahlah…kau juga yang kata tadi….tak ada rezeki nak pakai telefon tu…esok aku temankan kau beli handphone baru….tapi ingat, lain kali kalau kau jumpa mamat tu…kau bawa aje dia jumpa polis, biar dia masuk lokap…” Marina mengetap gigi.
“ Hmm…sepintas lalu aku tengok penampilan mamat tu okay aje…tak macam  muka penyangak, macam biasa je….entah-entah dia tersalah ambik kot!” Zara cuba memikirkan logic akal perkara yang berlaku pada hari ini.
“ Tersalah?...tak kan tak sedar atau tak dapat nak beza antara telefon sendiri dengan telefon orang lain….rabunke! pakai akallah sikit!”  Marina mendengus kasar. Marah betul kawannya ini. Nasib baik tak keluar asap dari lubang hidung.
Akhirnya kereta Honda Jazz warna hitam it uterus berlalu dari pusat membeli-belah itu.
**************

SEBAIK saja masuk  ke dalam bangunan Nikko Holdings, mereka di serikan dengan senyuman manis gadis kecil molek yang bertugas sebagai penyambut tetamu bernama Waheeda. Aqif dan Iskandar menuju ke department masing-masing selepas keluar dari lif.
“ En. Aqif…tadi Datuk ada call!” Adiyah, setiausahanya bersuara sebaik saja Aqif melewati meja itu untuk ke biliknya.
“ Ada apa?” berkerut dahi Aqif memandang wajah manis Adiyah yang bertudung kuning itu.
“ Entah…dia ada call handphone En. Aqif tapi tak diangkat…jadi dia minta En. Aqif call dia balik” beritahu Adiyah.
“ Ok…ada apa –apa lagi untuk I…petang ni I ada apa-apa  appointment tak…I lupalah sebab diary I tertinggal kat rumah” Aqif tersengih. Pelupa sungguh. Itulah…gara-gara nak cepat sampaikan benda yang penting pun boleh tertinggal.
“ Sebenarnya petang nanti En. Aqif ada appointment dengan Datuk Syukur tapi dia ada call tadi minta cancel sebab dia ada hal….dia akan minta PA dia setkan tarikh yang baru, nanti dia akan maklumkan kemudian…itu aje”
“Baiklah…thanks!”
Aqif terus masuk kebiliknya. Langkahnya segera menghala ke arah kerusi empuk yang diimport dari luar negara. Sebaik saja punggungnya mencecah kerusi, terus matanya terpaku memandang telefon bimbit di atas meja. Lantas tangannya mencapai telefon itu dengan wajah yang berkerut. Dia meneliti skrin telefon. Ada 3 panggilan yang tidak berjawab. Semuanya dari Datuk Nik Othman. Tiba-tiba tangannya menyeluk ke dalam poket baju dan mengeluarkan telefon.
Sama?...pantas dia menepuk dahi dengan kuat.
“ Ya Allah! Apa yang dah aku buat ni?” Dia jadi gelabah tiba-tiba.
Telefon yang baru dikeluarkan tadi ditenung lama dan tangannya mula menekan beberapa function. Hm…tak banyak maklumat yang ada dalam telefon ini.
“ Jadi…ini telefon baru!” Aqif membuat kesimpulan. Rasa menyesal sudah bertandang. Masih terbayang bagaimana kejadian dia mencapai terus telefon yang berada di atas meja yang dihuni oleh dua orang gadis tadi. Dia sendiri pun ingat-ingat lupa wajah mereka kerana tumpuannya hanya pada telefon.
Tadi, bukan main kelam-kabut dia menuju semula ke meja yang telah ditinggalakannya setelah menyedari handphonenya tiada dalam poket baju. Pantas dia menuju ke tempatnya tadi. Sudah ada penghuninya. 2 orang gadis.
“ Macam mana nak buat sekarang?” Dia bermonolog sendiri. Pesanan dari Adiyah sudah dilupakan kerana tumpuannya lebih kepada masalah yang sedang dialaminya sekarang ini.
“ Is….kau mesti tolong aku”  Aqif terus bersuara sebaik saja Iskandar menjawab penggilan telefonnya. Dah tak sempat nak beri salam, terus diterjahnya.
“ Yap…ada apa ni? tolong apa pulak !”
“ Aku ada masalah ni…” cemas betul suara Aqif membiuatkan Iskandar menggaru-garu kepala yang tidak gatal.

“ Ya?…masalah apa pulak kali ini….parent kau nak jodohkan kau dengan seseorang ke…setahu aku itu aje masalah yang paling top untuk kau buat masa terdekat ni…” Iskandar ketawa kecil. Kalau bab masalah ni, dia aje yang jadi penasihat walaupun dia sendiri tak pernah ada pengalaman.
“ Bukan masalah tu….” Sangkal Aqif membuatkan Iskandar mengeluh lega.
“ Habis….masalah apa?” apa lagi agaknya yang sedang membelenggu kawannya itu kalau bukan masalah kawin.
“ Kau ingat tak tadi aku pergi balik kat meja yang kita makan sebab aku tertinggal handphone?”
“ Oh ya….aku ingat dan kau pun dah dapat handphone kau tu kan?”
Actually….handphone aku tertinggal kat office masa kita keluar tadi”
So….telefon yang kau ambik tadi tu….”
Phone yang aku ambik tadi tu phone that girl….macam mana ? Aku tersilap ambik phone orang, kemudian aku blah macam tu je….yang jadi masalahnya sebab phone dia tu sama dengan phone aku. Phone dia tu…phone baru, baru beli agaknya….macam mana ni, bro?” Aqif kalut. Dia berjalan mundar-mandir disekitar biliknya.
“ Habis tu, kau nak buat apa sekarang. Takkan kau nak pergi balik kat tempat tu…aku sure dia orang orang pun dah tak ada…..kesian kat girl tu.  Seribu lebih juga harganya” Iskandar bersuara.
Aqif meraup mukanya beberapa kali. Kata-kata Iskandar lebih menimbulkan rasa bersalah di hati Aqif. Sangkanya temannya itu boleh lah bagi idea bernas sikit macam mana nak selesai masalah ni.
“ Kau cam tak muka perempuan tu?” Tanya Iskandar membuatkan Aqif termanggu seketika.  Cuba membayangkan seketika wajah gadis itu.
“ Aku pun tak berapa cam sangat muka girl tu…apa dia fikirkan pasal aku agaknya….penyamun, perompak atau pengebas. Aku kesian berullah kat dia!” Aqif menggaru-garu kepala yang tidak gatal, hampir kusut pula rambut yang telah tersikat kemas dan rapi tadi.
“ Er….cuba kau ingat betul-betul muka dia, mungkin kau akan terserempak dengan dia kat mana-mana nanti.  Bolehlah kau pulangkan balik phone dia tu. Alah…bro, ini KL lah…pi mai pi mai tang tu aje orang pergi, don’t worry ok….pasti settle punyalah…” kata Iskandar cuba menyedapkan hati kawannya.
Thanks…tapi hati aku tetap rasa bersalah sangat”
“ Jangan risaulah….kau janganlah fikirkan sangat hal ni…fokuskan pada kerja  kau!” pujuk Iskandar.
Selepas mematikan talian telefon, Aqif menyandarkan badan di kerusi sambil memicit kepalanya. Matanya dipejamkan seketika, cuba mengimbaukan kembali peristiwa tadi dan cuba membayangkan wajah gadis itu. Ada sesuatu yang menarik tentang gadis it.
Ah! Matanya. Matanya cukup cantik dan menawan.
Lamunan Aqif dikejutkan dengan deringan telefon di  atas meja . Dia yakin panggilan  ini dari papanya..  Tangannya terus mengangkat ganggang telefon.
*********


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...