Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 6 March 2012

Antara Aku & Dia 8



Bab 8

L
UQMAN berkumpul  di tepi padang sekolah selepas sesi latihan bola sepak. Dia dan kawan-kawannya selalu berkumpul di situ sebaik saja tamat latihan. Sesekali boleh juga mereka cuci mata melihat gadis-gadis yang lalu di situ untuk ke kantin atau pun balik ke asrama. Selalu juga mereka mengambil peluang mengusik mereka dengan bersiul atau pun menyakat mereka. Mereka makin seronok bila gadis yang mereka usik itu tertunduk malu. Ada juga yang menarik muka masam bila di usik mereka, namun itu semua tidak mendatangkan masalah buat mereka. Malah ianya suatu perbuatan yang menghiburkan mereka selepas penat bermain.
“ Man, tengok sana?” Adi memuncungkan mulutnya ke arah satu sudut. Luqman dan tiga rakannya sama-sama memandang ke arah yang di tunjukkan oleh Adi itu. Mata mereka terus tertacap pada seorang gadis yang sedang mengatur langkah dengan memikul beg sandang di belakang.
“ Kiri…kanan…kiri…kanan…” mereka serentak bersuara sambil ketawa. Namun gadis itu terus mengatur langkah tanpa mengiraukan usikan mereka. Mereka tahu gadis itu sudah lali dengan usikan mereka.
“ Man, aku tengok kebelakangan ini si Sarah tu bukan main rapat lagi dengan Adam, budak poyo tu!” Adi bersuara tiba-tiba membuatkan Luqman termenung seketika. Sebenarnya dia cuba mengingati wajah Adam yang dimaksudkan oleh Suhaimi itu. Memang poyo pun budak lelaki tu, tapi dari segi akademik, dia top. Dia cuma poyo dari segi penampilannya aje tapi kalau di teliti secara dekat, wajahnya boleh tahan juga.
“ Mereka berduakan classmate…aku tengok rajin pulak mereka budak-budak 3 K tu buat study group…mengalahkan kita yang nak ambik SPM ni… si budak cun Yasmin tu pun ikut sekali dengan dia orang!” kata Suhaimi sambil menaikkan keningnya.
“ Moto aku senang aje…study smart, result gempak!” kata Alaudin membuatkan Luqman mengetuk kepalanya.
Study smart otak hang…setiap kali exam…kau asyik nak lingkup aje…result pun cukup makan je!” tempelak Luqman sambil ketawa, diikuti teman-teman yang lain.
“ Aku dengar si gemuk masuk kadet. Aini yang cerita kat aku, betulke Man?” kata Suhaimi.
“ Ya ke?” Luqman terpingga-pingga.
“ Aik…kaukan Pengerusi…takkanlah tak tahu?” sambung Adi pula.
Sorry…semalam aku tak hadir perjumpaan sebab ada hal” balas Luqman dengan wajah terkilan.
“Aku hairan dengan korang ni semua…kenapa korang ni suka sangat menyakat si Sarah tu?...bukannya dia buat apa-apa pun kat korang …yang korang sakit hati ni apa hal?” Razali tiba-tiba bersuara. Sejak dari tadi dia hanya mendiamkan diri.
“ Eh! Yang kau ni tiba-tiba bela dia apa hal? Kau syok kat dia ya!” Adi tiba-tiba berang.
“ Tak adala….aku tengok si Sarah tu baik budaknya. Korang aje yang suka kacau dia sedangkan dia tak pernah kacau pun hidup korang!” balas Razali.
Dia teringat yang Sarah pernah membayar harga makanan untuknya selepas menyedari beg duitnya tertinggal di rumah. Semasa dia nak bayar balik duit Sarah, gadis itu menolak dengan alasan dia menolong orang yang kesusahan.
“ Jom…balik dorm…badan aku dah melekit ni. Lagi pun dah nak maghrib ni. Kalau tak pergi solat kat surau tu, bising pulak ustaz Rashid” kata Luqman sambil mengangkat punggungnya. Diikuti oleh teman yang lain. Hanya tinggal beberapa orang sahaja di padang, itu pun mereka dah bersiap untuk balik ke asrama masing-masing.
“ Yalah aku tahu…hari ni giliran kau jadi tukang azan. Man…sebab suara kau yang lemak merdulah, ramai budak perempuan sukakan kau!” kata Adi sambil memaut bahu Luqman. Luqman yang menerima pujian itu hanya tersengih.
Tidak di nafikan ramai yang tertarik mendengar kelunakan suara Luqman setiap kali dia melaungkan azan. Kebanyakan pelajar perempuan di situ meminati Luqman secara diam, bukan hanya kerana wajahnya tapi juga kerana suaranya. Pernah juga dia di calonkan untuk menjadi wakil murid dan juga untuk mengikuti musabaqah al-quran, tapi dia menolak dengan alasan ada orang lain yang lebih layak daripadanya. Begitu juga bila ada orang yang berminat secara terang-terangan mahu menjadikannya sebagai kekasih, dia menolak dengan alasan  tak berminat untuk bercinta masa sekolah.
“ Ramai yang kecewa bila kau tolak cinta mereka!” kata Alaudin semasa mereka menikmati makan malam.
“ Cinta-cintan ni aku tak main…lagi pun mereka sebenarnya tak ikhlas nak berkawan dengan aku…..” kata Luqman.
“ Habis…takkanlah satu orang perempuan tu tak berjaya menarik minat kau…” Suhaimi mencelah. Hairan. Takkanlah Luqman tak ada sebarang perasaan dengan perempuan.
“ Kalau aku dah sukakan seseorang…rupa paras bukan ukuran…aku pentingkan hatinya dan  aku akan menyintai dia seadanya!” balas Luqman sambil tersenyum membuatkan teman-temannya saling berpandangan. Pelik.
So…kau ada calonnya?” usik Alaudin sambil tersenyum.
“ Hmm…mungkin kot!” jawab Luqman selamba. Tapi wajahnya penuh misteri.
“ Siapa?” tak sabar juga mereka nak tahu gadis yang telah berjaya memikat hati Luqman.
“Belum masanya korang tahu….lagi pun korang ni semua belum cukup umur….” Luqman tergelak kerana berjaya mengenakan rakan-rakannya. Akhirnya mereka telah sepakat mengenakan Luqman dengan menggeleteknya sehingga Luqman terpaksa mengaku.
“ Ok…aku beritahu korang…” Luqman termengah-mengah, begitu juga yang lain. Tak sabar nak mengetahui rahsia Luqman itu.
“ Namanya….jeng….jeng…jeng….tunggu…..!” Luqman ketawa sambil melarikan diri. Riuh suara mereka bemain kejar-kejaran itu telah mengganggu yang lain memaksa Afifi, selaku ketua dorm  menegur mereka.
***********

DARI jauh Luqman sudah dapat melihat tubuh Sarah. Segera beg sandang yang berada di kerusi di ambil dan di sandangnya ke bahu kanan. Langkahnya laju menghampiri Sarah. Sarah yang menyedari Luqman sedang menghampirinya segera mencari alternative lain agar tidak perlu bertembung dengan Luqman, mencari jalan pintas untuk pulang ke asrama.
“ Sarah…Sarah…tunggu kejap!” pinta Luqman sebaik saja dia berhadapan dengan Sarah. Namun permintaannya tidak di hiraukan oleh Sarah. Gadis itu terus berlalu, sedaya mungkin dia tidak mahu berjalan beriringan dengan Luqman. Biarlah gadis lain berlumba-lumba untuk mendapat perhatian lelaki itu. Tapi bukan dia.
“ Sarah…Sarah…please….” Rayu Luqman sambil berlari mendapatkan Sarah yang semakin melangkah laju. Dia rasa tak selesa bila beberapa orang pelajar menoleh ke arah mereka sambil berbisik-bisik.
“ Maaf,…saya nak cepat ni!” dalih Sarah sambil terus mengatur langkah. Tidak pedulikan Luqman yang cuba menyainginya. Akhirnya Luqman berhenti betul-betul di hadapannya sambil mendepakan kedua-dua tangannya  membuatkan Sarah terpaksa berdiri kaku di situ.
“ Awak nak apa ni? Masih tak serik-serik nak kacau hidup saya?...apa salah saya pada awak, Luqman?”  tajam mata Sarah merenung wajah Luqman. Wajahnya yang putih bersih sudah bertukar merah.
“ Sarah, kenapa awak keluar dari kadet?....”
Luqman merenung  wajah Sarah yang nampak keliru dengan pertanyaan itu. Berkerut-kerut dahinya memandang wajah Luqman yang jelas kehampaan.
“ Kenapa awak keluar dari kadet dan masuk PBSM tanpa beritahu saya?” soal Luqman lagi membuatkan Sarah bertambah hairan.
“ Luqman, awak sedar tak yang awak dah halau saya….awak anggap saya ni tak layak untuk masuk kadet yang sememangnya diketuai oleh awak!.....awak tahu, saya pun memang tak berminat nak masuk kadet bawah pimpinan awak tu tapi Adam yang beria-ria mengajak saya masuk!” jelas Sarah membuatkan Luqman terdiam.
“ Jadi, awak masuk kadet kerana Adam?...bukan kerana awak minat?” tanya Luqman dengan nada kesal.
“ Ya. Takkanlah awak dah lupa apa yang pernah awak cakapkan pada saya…awak telah memalukan saya di depan semua ahli…awak cakap…
“Sarah, awak kuruskan dulu badan awak baru awak boleh serta kadet di bawah pimpinan saya. Selagi badan awak macam tong drum, jangan harap awak akan di terima masuk dalam persatuan ini”
Luqman mengeluh perlahan. Dia akui, kata-kata itu pernah diucapkan kepada Sarah dan dia juga dapat melihat semua orang ketawakan Sarah setelah mendengar kata-katanya.
“ Bila saya daftarkan diri dalam PBSM, tak ada seorang pun yang mengejek saya. Mereka terima saya dengan seadanya. Bagus juga saya masuk PBSM ni, sekurang-kurangnya saya dapat pengetahuan di samping membantu mereka yang memerlukan!” Sarah tersenyum.
“ Bolehkah awak bantu orang yang memerlukan…entah-entah awak yang perlu di bantu!” Luqman tersenyum sinis membuatkan Sarah mengeluh perlahan.
Lelaki ini memang, selagi dia tak sakitkan hati aku, selagi itu dia tak akan berganjak.
“ Suka hati awaklah, Luqman. Saya dah tak nak peduli apa kata awak. Awak boleh aje cakap apa saja yang awak mahu…bukannya kena bayar, kalau kena bayar pun, saya tahu awak akan mampu membayarnya. Awakkan anak orang kaya!” tempelak Sarah.
Luqman tersengih tanda kemenangan.
“Boleh bagi laluan…saya nak balik asrama!” pinta Sarah bila Luqman masih tidak berganjak sedangkan dia sudah tidak mahu berterusan berhadapan dengan lelaki yang menyakitkan hati itu.
“ Pergilah…saya tak halang pun…” kata Luqman. Masih tetap tak berganjak. Masih seronok menyakat Sarah. Dia yakin Sarah tak akan berani menyentuh tubuhnya. Namun, sangkaannya meleset bila Sarah terus melanggar tubuhnya dengan kasar sehingga dia terdorong ke belakang, sedikit saja lagi nak jatuh. Kalau tak free aje dapat malu.  Sebaik saja Sarah berlalu, bibirnya mengorak senyum.
*************
HARI ini giliran Sarah bertugas di bilik rawatan. Nasib baik tak ramai yang sakit atau meminta khidmatnya. Hanya ada 3 orang sahaja yang datang untuk mendapatkan minyak angin kerana sakit perut. Semasa Sarah nak bersiap untuk mengunci bilik itu, tiba-tiba Luqman datang dengan wajah berkerut sambil menekan-nekan perutnya.
“ Apa hal?” tanya Sarah sedikit kasar. Orang macam Luqman ni bukannya boleh cakap lembut.
“ Saya sakit perut, sejak dari tadi asyik memulas!” jawab Luqman sambil menyentuh perutnya dengan wajah berkerut.
“ Agaknya ini balasan untuk awak yang suka sangat menyakat orang!... Ataupun awak ni terkena sembelit!” tempelak Sarah acuh tak acuh. Dalam diam hatinya masih berbelah bagi. Betulke lelaki ini sakit, entah-entah saja dia nak mainkannya. Bukannya boleh percaya.
“ Sampai hati awak cakap saya macam tu…awak kan tahu saya ni pelajar yang baik…awak belum kenal saya lagi!” balas Luqman.
“ Awak ni betul-betul sakit atau saja buat –buat sakit?” tanya Sarah sambil merenung seketika ke arah tangan Luqman yang masih menekan perutnya.
“ Betul-betul sakitlah…” sangkal Luqman.
“ Tapi saya dah nak kunci bilik ni. Lagi pun kejap lagi saya ada study group!”  Sarah mula serba salah. Kesian pulak melihat keadaan Luqman itu. Mungkin dia betul-betul sakit tapi dia ada study group. Pasti kawan-kawannya dah lama menunggu.
“ Saya nak minta minyak angin!” pinta Luqman membuatkan Sarah terpingga-pingga seketika.
“ Hmm…masuklah, nanti saya ambilkan minyak angin untuk awak!” 
Sarah membuka semula pintu bilik rawatan itu dan terus masuk, diikuti oleh Luqman. Tanpa dipelawa, Luqman terus duduk di kerusi sementara Sarah mencari minyak angin dari dalam almari.
“ Nah…ubat ni mesti di gunakan dalam bilik ini, tidak dibenarkan bawa keluar. Nanti entah ke mana hilangnya” Sarah menghulurkan minyak angin di hadapan muka Luqman.
“ Betulke ini minyak angin?...entah-entah awak bagi minyak senyonyong supaya saya selalu teringatkan awak….mana saya tahu!” kata Luqman membuatkan wajah Sarah bertukar merah. Geramnya pada lelaki itu kerana menuduhnya begitu.
“ Tak ada maknanya saya nak bomohkan awak….jangan ingat semua pelajar perempuan kat sini syokkan awak….awak tu yang terlebih perasan….awak tahu tak…..”
“ Tak tahu…”
Belum pun sempat Sarah meneruskan kata, Luqman sudah mencelah sambil tersengih. Menambahkan lagi kemarahan Sarah.
“ Kalau tak tahu…sekarang ni saya nak bagi tahu….awak ni lelaki yang paling menyampah pernah saya jumpa sepanjang hidup saya…dan jangan ingat saya sukakan awak…” Sarah mendengus. Puas hatinya dapat melepaskan perasaan apa lagi bila melihat wajah Luqman yang terkejut itu setelah mendengar kata-katanya tadi.
“ Awak…”
“ Sudah…saya tak nak dengar apa-apa lagi dari awak…cepat sapu ubat tu dan keluar dari sini, saya tak nak kedatangan awak ni menimbulkan fitnah buat saya!”
Luqman diam.
“ Nah…ambik minyak ni cepat!” gesa Sarah bila ubat di tangannya masih belum diambil oleh Luqman. Akhirnya minyak angin bertukar tangan.
“ Terima kasih!” akhirnya ucapan itu keluar dari mulut Luqman.
“ Sama-sama. Untung juga saya masuk PBSM ni, sekurang-kurangnya saya dapat bantu awak dengan menyediakan minyak angin tu…” Sarah bersuara sambil berlalu ke satu sudut yang menyediakan meja kecil dan sebuah kerusi. Segan pulak dia nak melihat Luqman yang sedang menyapu ubat di perutnya. Takkanlah dia nak melihat aurat lelaki itu kot. Sesekali dia menjeling ke arah Luqman yang nampaknya begitu selesa duduk bersantai di kerusi sambil memejam matanya.
“ Hisy….tak elok lagi ke perut awak tu?” tegur Sarah yang mula rasa gelisah. Pelbagai andaian mula bermain di mindanya. Macam mana janjinya bersama teman-teman dan apa akan berlaku sekiranya ada yang tahu dia dan Luqman berada di situ, pasti akan menimbulkan fitnah.
Luqman yang baru saja hendak terlelap kembali membuka mata. Bulat matanya merenung wajah Sarah yang mencuka. Dia tahu gadis itu tak suka dengan kehadirannya.
“ Kenapa?...awak tak suka saya kat sini bersama awak?” soal Luqman sambil memandang wajah Sarah.
“ Memang pun!” akui Sarah membuatkan Luqman tergamam.
“ Saya ni sakit perut….sampai hati awak nak halau saya keluar dari bilik ni. Kalau saya tak sakit perut tak adanya saya datang ke sini!” balas Luqman.
Sarah mengetap bibir. Dia akui mulut lelaki itu agak pedas bila berbicara. Apa lagi ketika ini. Perutnya aje yang sakit, tapi bukan mulut.
“ Luqman, kan tadi saya dah cakap kat awak yang saya ada study group…dah dekat setengah jam awak kat bilik ni!”
 Sarah mula berubah intonasi. Kali ini dia mengubah cara dengan berlembut. Dia benar-benar berharap yang lelaki itu akan segera beredar. Luqman tersenyum. Hatinya girang kerana akhirnya Sarah berlembut bila berbicara dengannya.
“ Sarah!”
Sarah menoleh apabila namanyadi panggil.
“ Saya memang sakit perut, tapi kalau saya tak datang sini minta minyak angin pun tak apa sebab mama saya dah bekalkan untuk saya…”
“ Habis, kenapa awak datang sini?” terasa tahap kesabarannya sudah nipis setiap kali berhadapan dengan lelaki ini.
“ Sebab saya nak jumpa awak! Hidup saya tak akan senang kalau sehari saya tak jumpa awak!” kata Luqman sambil tersenyum manis membuatkan Sarah menggigit bibir menahan amarah.
“ Kurang asam…” tempik Sarah sambil membaling surat khabar lama yang berada di atas meja. Luqman bernasib baik kerana sempat mengelak, malah dia galak ketawakan Sarah.
“ Baiklah….” Sarah menarik nafas, cuba bertenang.
“ Awak tahu tak wajah awak bertambah comel bila awak marah…sebab tu saya suka usik awak…saya suka tengok wajah awak…blushing….sweet sangat!” usik Luqman masih lagi gelak.
“Luqman…dengan segala hormatnya saya mohon agar awak keluar dari bilik ini sekarang juga” kata Sarah dengan nada merayu. Dia membuka pintu bilik rawatan itu seluas-luasnya.
“ Luqman!” panggil Sarah bila lelaki itu tetap tidak berganjak.
“ Sarah!” akhirnya Luqman bersuara. Kali ini nadanya agak berlainan. Kedengaran begitu serius.
“ Apa?” sergah Sarah sambil mencerlung ke arah Luqman.
“ Terima kasih” ucapan itu kedengaran begitu ikhlas.  Buat seketika mereka saling berpandangan dan akhirnya sebuah senyuman terukir di bibir Luqman membuatkan Sarah menjadi kaku dan tanpa sedar senyuman Luqman itu di balasnya.
“ Sarah!” panggil Luqman lagi membuatkan Sarah terpingga-pingga. Buat seketika dia seperti hilang arah.
“ Apa lagi?” Sarah cuba menyembunyikan rasa gemuruhnya.
“ Saya suka lihat awak senyum seperti tadi dan terima kasih untuk senyuman itu!” kata Luqman dan terus berlalu meninggalkan Sarah termanggu sendirian sambil menelan liur. Sejujurnya dia bahagia mendengar kata-kata itu. Buat pertama kalinya lelaki itu mampu membuat dia terbang di awangan.
************

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...