Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 22 February 2012

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -33


BAB 33

M
ATA Reen melilau mencari kalibat seseorang. Sesekali dia melirik ke arah jam tangannya dan mendengus perlahan. Sudah hampir sejam dia menjadi penunggu di KLIA sambil kakinya tak berhenti mundar-mandir. Nak duduk dia rasa tak selesa bila hatinya resah. Ramai pulak pengunjung ketika ini. Rungutnya.
“ Mana dia ni?...sepatutnya dah sampai tapi batang hidung tak nampak lagi....” rungutnya dalam hati. Tak ada pula pengumuman dibuat kalau ada penerbangan yang tertangguh.
Akhirnya pandangan Reen terhenti pada deretan beberapa penumpang yang keluar dari balai ketibaan. Lama juga matanya terpaku melihat pasangan lelaki dan perempuan yang begitu mesra berjalan. Dia cuba menggosok matanya beberapa kali cuba mempastikan apa yang dilihatnya adalah realiti, bukannya mimpi. Memang betul. Perempuan itu memakai skirt pendek, berjaket warna kuning air dan berambut lurus itu begitu bergaya dan sesekali ketawa manja di samping lelaki tampan yang memakai kemeja putih dan berseluar hitam. Cermin mata hitam yang dipakainya menambahkan kehebatan penampilannya sehingga menyebabkan beberapa pengunjung menoleh ke arahnya berkali-kali.
Reen cuba menyorok di balik seorang perempuan apabila menyedari mata lelaki itu melilau mencari seseorang. Entah kenapa hatinya menjadi pedih tiba-tiba melihat aksi itu. Dah lumrah alam, yang cantik dan kacak sentiasa jadi buruan, yang buruk dan jelek jadi cacian. Bukan salah lelaki itu kalau dia sering menjadi perhatian, mungkin itulah keistimewaan lelaki itu yang dilahirkan hasil dari gabungan dua negara. Teringat dia akan impian Saleha, temannya semasa di tingkatan 5 yang bercita-cita mahu berkahwin dengan mat saleh kerana mahu anak yang comel dan putih. Entah bertemu atau tidak temannya itu dengan jejaka pujaan hati setelah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Sudah lama dia tidak mendengar khabar berita tentang Saleha.
“ Hm...jauhnya aku mengelamun!”
Reen tersenyum dan tanpa sedar dia sudah menjadi tunggul di situ. Dan senyuman Reen mati tiba-tiba bila kini dia sedang menjadi tatapan lelaki yang dilihatnya tadi. Jarak mereka lebih kurang 6 meter sahaja.
“ Hey! What's wrong?” soal perempuan di sisi lelaki itu. Hairan dia melihat lelaki itu menjadi kaku tiba-tiba. Tadi bukan main rancak melayan dia berbual.
“ Er...” serba salah dia hendak bersuara. Namun pandangannya tetap terarah pada Reen yang turut memandangnya malah dilihatnya gadis itu masih berdiri kaku, belum berganjak walau sedikit.
“ Amier, kenapa ni?” soal perempuan di sisi Amier lagi. Ada rasa terkilan di wajahnya. Lengan Amier segera diraih.
“ Sheena, I rasa elok you balik dulu....I ada hal!” suara Amier memandang sekilas wajah Sheena yang mencuka.
“ Tapi kenapa?....tadikan you janji nak hantar I” Sheena merajuk sambil menggoncang lengan Amier. Dia sudah tidak menghiraukan pandangan orang lain yang memandangnya.
“ Kan I dah cakap, I ada hal...” tiba-tiba suara Amier menjadi tegang.
Sheena mengeluh kasar. Mulutnya makin panjang di tarik. Amier menarik lengannya dari terus dipaut oleh Sheena.
Fine, tapi you mesti janji akan call I” Sheena cuba berdiplomasi disamping menenangkan hatinya yang kecewa. Dia tak mahu mengenali lelaki itu sampai di situ sahaja. Selama ini dia hanya mendengar cerita tentang Amier dan mengenali lelaki itu hanya dari perbualan teman-teman pejabatnya, tak sangka kali ini dia benar-benar bersemuka dengan lelaki yang dipujanya secara diam. Mesti teman-temannya akan cemburu kalau mereka tahu selama 5 hari dia berada di Singapura, dia sentiasa ada di sisi Amier.
“ Okay, I balik sekarang” Sheena meminta diri bila Amier sudah tidak berminat untuk melayannya lagi.
Reen turut beredar dari situ selepas menyaksikan babak itu tanpa menghiraukan Amier yang agak tercengang bila Reen tiba-tiba berlalu pergi tanpa menghiraukannya sedangkan dari tadi dia hanya diam membatu.
“ Reen....Reen.....Nisreen....” laung Amier sambil berjalan laju cuba menyaingi langkah Reen sehinggalah dia berjaya mencapai tangan Reen.
Reen merenung tajam wajah Amier.
Yes! What can I do for you?”
“ Reen, Reen buat apa kat sini?” soal Amier yang agak kehairanan melihat Reen berada di situ ketika ini.
“ Saya ada kat sini sebab nak jemput awak. Takkan awak fikir saya datang sini semata-mata untuk shopping!” jawapan selamba dari Reen membuatkan Amier ketawa. Entah kenapa jawapan itu membuat hatinya berbunga bahagia. Pantas wajah mencuka dihadapannya di renung tajam. Senyuman masih terukir di bibirnya. Sengaja ingin menggoda perasaan gadis itu.
“ This is my lucky day....tapi abang masih lagi tak percaya apa yang abang lihat sekarang......betulke yang berdiri sekarang ni adalah Reen, isteri abang! Abang bukan bermimpikan!" Amier tiba-tiba mencubit kedua-dua pipi Reen. Reen terpaksa memegang tangan Amier supaya lelaki itu berhenti dari mencubit pipinya. Malu juga Reen bila beberapa orang sedang memerhatikan mereka.
“ Sudahlah. Jangan nak buat lawak kat sini pulak....Mama yang minta saya jemput awak tapi tak sangka pulak dapat tengok drama sebabak tadi....hm....lupa pulak nak tanya apa tajuknya!” Reen mendengus.
Sorry ya sayang.....gadis tadi cuma salah seorang staff yang dihantar oleh syarikatnya untuk menghadiri conference kat Singapore. Abang harap sayang tak....”
“ Tak perlulah awak jelaskan apa-apa....itu hak peribadi awak dan saya tak berhak untuk masuk campur!” Reen segera memotong percakapan Amier sebelum sempat lelaki itu menghabiskan penjelasannya.
“ Reen, awak....”
“ Dahlah, saya nak balik!” Reen mula memalingkan tubuhnya untuk beredar.
“ Sayang!...tadikan sayang kata datang nak jemput abang....takkan sayang nak balik tanpa abang pulak”
Amier terus mengejar Reen. Selamba aje dia meletakkan tangannya di bahu Reen dan memeluk kemas tanpa mempedulikan kerlingan Reen yang makin tajam. Geram betul dia dengan sikap Amier, sangkanya lelaki itu sudah berubah tidak mahu melayan perempuan lain tapi perangai kasanovanya tak akan berhenti secara mendadak.
Lelaki ini memang, sesedap hatinya aje nak panggil sayang, abang, awak dan saya tanpa mengira tempat, rungut Reen.
“ Isy...mengada-ngada!” cemuh Reen.
Amier tetap bersikap tenang.
“ Jom...mana Pak Samat?” melilau mata Amier mencari kalibat pemandu papanya. Tadi pun memang dia mencari kalibat Pak Samat, tak sangka pula wajah Reen yang berada di hadapannya.
“ Macam mana awak tahu saya datang dengan Pak Samat?” berkerut dahi Reen memandang wajah Amier. Lelaki itu tersenyum, serentak tangannya terus menarik hidung Reen.
“ Apa ni?...main tarik-tarik hidung orang pulak” bentak Reen geram.
Satu lagi sikap lelaki ini yang membuat dia geram, suka sangat nak tarik-tarik hidung orang. Ingat aku suka ke? Tak....aku memang tak suka. Jeritnya dalam hati sambil menahan amarah.
“ Mestilah abang tahu....takkan sayang abang ni datang menjemput dengan teksi. Reen kan tak ada lesen!” kali ini pipi Reen pula yang menjadi mangsa, selamba aje Amier mencubit pipinya. Reen menjeling lagi. Kalau asyik menjeling, lama-lama mata dia boleh jadi juling.
Dua minit kemudian kereta BMW 3 siri warna hitam muncul di hadapan mereka dan Pak Samat terus keluar dari kereta. Amier menyerahkan beg yang di bawanya, hanya sebiji dan Pak Samat segera memasukkan ke dalam bonet. Mereka berdua terus masuk ke dalam kereta dan Pak Samat terus memasukkan gear.
“ Reen, apa kata Reen ambil lesen kereta, nanti abang belikan kereta untuk Reen. Lain kali tak payahlah menyusahkan Pak Samat... Reen boleh datang sendiri jemput abang kat airport” Amier bersuara selepas beberapa minit mereka berada di dalam kereta. Bukan dia tak suka Pak Samat datang menjemputnya tapi dia lagi senang kalau Reen sendiri yang menjemputnya. Kalau boleh orang pertama yang dilihat menunggunya di airport setiap kali dia pulang adalah Reen.
“ Kalau saya nak, saya usahakan sendiri....tak perlu nak susahkan awak. Lagi pun bukan kerja saya menjemput awak setiap kali awak balik dari mana-mana tempat.....awak ingat saya ni buat kerja part time ke jadi driver awak!” tempelak Reen.
“ Abang bukan nak suruh Reen jadi driver abang... abang cuma nak Reen jadi orang pertama yang abang lihat sebaik saja abang keluar dari balai ketibaan tu. Selama ini pun abang tak pernah ambil kesah setiap kali abang menjemput Reen kat rumah sewa tu kerana abang tahu itu adalah tugas dan tanggungjawab abang sebagai seorang suami!” jelas Amier.
“ Jadi, sekarang ni awak nak mengungkit apa yang pernah awak buat pada saya!”
Amier mengeluh perlahan.
“ Reen....”
Amier menyebut nama Reen bila dilihatnya gadis itu sedang berpeluk tubuh, malah matanya tetap menghala ke luar tingkap.
“ Sayang abang dah merajuk ya.....meh sini, abang pujuk” Amier tersenyum.
“ Malas nak layan!” balas Reen tanpa memandang wajah Amier. Pak Samat tersenyum melihat gelagat mereka berdua. Teringat dia masa muda-muda dulu, selalu juga gaduh-gaduh sayang dengan Indah Sari.
“ Reen, tugas seorang isteri ialah melayan suami dengan elok, baru rumahtangga akan bahagia. Reen tak nak rumahtangga kita bahagia?” Amier bersuara. Rasa seronok pula nak menyakat isterinya yang sedang marah.
“ Awak ni...” Reen tak jadi marah bila pandangan mata mereka bertaut. Lidahnya jadi kelu.
Sayang, do you know how much I love you” Reen jadi makin tak keruan mendengar kata-kata itu.
“ Depan saya awak cakap I love you.....depan perempuan tadi pun awak cakap I love you jugak kan....inikah buktinya yang awak betul-betul sayangkan saya?” rungut Reen cuba menghilangkan rasa debar di dada.
“ Percayalah....Reen adalah orang ke dua yang pernah abang lafazkan perkataan cinta selepas Sofia” dada Reen berombak tiba-tiba mendengar nama perempuan lain meniti di bibir Amier.
“ Sofia?....siapa Sofia?”
 Reen memandang tepat ke wajah Amier. Wajahnya nampak kalut.
“ Seorang perempuan yang pernah hadir dalam hidup abang....just forget it....itu cuma kisah lama dan abang tak mahu ungkitkannya lagi” wajah Amier bertukar mendung.
Reen turut diam bila Amier membisu. Kepalanya di sandarkan ke kusyen kereta dan dia segera memejamkan mata. Reen memandang sekilas wajah Amier sebelum kembali memandang keluar tingkap. Fikirannya sarat dengan persoalan. Siapakah Sofia? Di mana perempuan itu sekarang? Kenapa dia merasakan perempuan itu terlalu istimewa berbanding dengan mana-mana perempuan yang pernah hadir dalam hidup Amier.
Di saat fikirannya bergelut dengan pelbagai soalan, dia terasa tangannya di genggam erat. Serentak itu Reen memandang tangan kirinya yang masih berada dalam genggaman tangan Amier sebelum dia memandang wajah itu. Lelaki itu sedang merenungnya sambil tersenyum.
“ Tak perlulah Reen nak kusutkan fikiran memikirkan siapakah Sofia?....Sofia dah tak ada, dia dah meninggal dunia lapan tahun lalu kerana kemalangan. Bagi abang, Reen lebih istimewa di hati abang berbanding dengan Sofia” Amier seolah-olah mengerti apa yang sedang bermain dalam fikiran Reen. Reen mengukir senyum. Dia senang dan gembira mendengar kata-kata itu.
“ Jangan sesekali memperlekehkan perasaan abang pada Reen....kasih sayang abang pada Reen terlalu tulus and remember, I'm always be with you and love you!” sebuah kucupan hinggap di pipi kiri Reen membuatkan Reen terkesima. Terasa wajahnya panas.
Sayang, you are blushing right now” usik Amier sambil menarik hidung Reen membuatkan tangannya terus mencubit lengan suaminya. Amier ketawa senang. Hatinya terhibur dengan gelagat Reen. Wajahnya cukup comel bila dalam keadaan malu.
*************
p/s: semoga kalian terhibur.

10 comments:

  1. memang terhibur sesgt...tp nak lg..kalau bleh nak baca direct sampai akhir..huhuuhuhuhu..tp x pe..demi amier n reen sy sgup tgu...huhhhuuhuhuhu

    ReplyDelete
  2. akhirnyaaaaaaaaaaa kluar jgk cte nh!!!!tp pendekkkkkk sgtt.sy tgu lmaaaaaaa sgt2.ny jee yg dpt di bca.huuuu sedeyh.! :'(

    ReplyDelete
  3. writer,bley tak ltak cte nh lg satu bab?sya nk bce cgt2 coz hari jumaat nh sy nk kna blek kampung dh.sne tade internet.bole laaaa plisss3!

    ReplyDelete
  4. lamanye tak update citer ni ingat dah tak nak sambung... terima kasih le cik Azieana sekurangnya terubat le jugak rindu slalu le jugak jenguk blog ni..
    moga2 lepas ni dapat le reen terima amier sebagai suami dia ye anyway belum tak puas rasa pendek je harap2 cpt le post next n3 ye

    ReplyDelete
  5. terima kasih kerana kalian semua masih menyukai novel ini. saya amat menghargai sokongan dari kalian semua....

    ReplyDelete
  6. yupss .. tersngt lama baru de n3 ... but stll luv this story!
    Amier jgn le layan pompuan lain ... u hav a wife ...
    Reen pown pls b nice to amier k..

    ~ جزمين ~

    ReplyDelete
  7. Penulis..kenapa lambat n3...lama tau tggu..hari2 buka blog nak tgk samada ada n3 terbaru..huhu

    ReplyDelete
  8. kenape dah tak ade entry baru untuk citer ni... Setiap hari sye cek, tapi setipa hari jugak la x de... Saye hope sgt lpas ni Azieana dapat upload selalu.. dlam seminggu 2 kali pon x pe

    ReplyDelete
  9. cik writer..... bila yea cite ni nak diterbitkan.....

    ReplyDelete
  10. Aida sherry,
    InsyaAllah, SACD akan diterbitkan tahun ini.akan diupdatekan kemudian. terima kasih.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...