Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Tuesday, 21 February 2012

Antara Aku & Dia 7





Bab 7

L
UQMAN  masuk ke dalam rumah. Dia melabuhkan  punggungnya di sofa. Tali leher yang di pakainya sejak pagi tadi di buka dan  di letakkan atas meja. Butang baju juga di buka supaya rasa selesa.
`Ah…selesanya! Malas pulak nak masuk bilik…` Dia memejam mata seketika. Suasana yang berhawa dingin itu membuatkan badannya terasa selesa dan nyaman.
“ Man, lambat balik hari ni!” teguran dari Puan Sri Emilly membuatkan Luqman segera membuka mata. Dia membetulkan kedudukannya sambil memandang wajah mamanya yang sedang tersenyum. Selalu juga mama menyambut kepulangannya seperti yang dilakukan pada papa.
“ Balik dari office tadi…Man keluar  dengan kawan…kami minum petang bersama!”
“ Man dah solat maghrib?”  Puan Sri Emilly merenung wajah anaknya yang kepenatan itu. Fenomena itu sudah biasa di lihat oleh Puan Sri Emilly. Suami dan anaknya masing-masing sibuk dengan kerja. Dia juga begitu. Namun sedaya upaya dia cuba menghabiskan masanya bersama suami dan anak tunggalnya.
“ Abang tak halang Emilly kerja tapi kalau boleh abang nak Emilly ada di sisi abang sekiranya abang berada di rumah…Emilly mesti janji dengan abang ya!…abang nak isteri abang lebih pentingkan keluarga dari kerjaya. Tugas abang sebagai suami keluar rumah untuk cari rezeki… dan abang tahu pastinya Emilly bosan tinggal keseorangan di rumah, oleh itu  abang benarkan Emilly kerja asalkan Emilly tak abaikan tugas Emilly sebagai seorang isteri dan ibu untuk anak kita!” kata Tan Sri Hisyam Firdaus sebelum isterinya membuka butik. Memang suaminya seorang yang perihatin yang sentiasa menjaga kebajikannya, oleh itu Puan Sri Emilly terlalu menyayangi dan menyintai suaminya sejak dari dulu.
“ Dah, ma. Man singgah solat kat masjid tadi sebelum balik…takut tak sempat pula kalau nak solat kat rumah!” beritahu Luqman membuatkan mamanya tersenyum. Mama dan papa sejak dari dia kecil memang menitik beratkan soal solatnya. Dia juga telah khatam quran sejak darjah empat lagi.
“ Baguslah….walau sibuk mana pun kita, tanggungjawab kita pada Allah jangan sesekali kita lupakan. Itu juga yang papa selalu ajarkan mama dan mama nak Man juga ingatkan perkara ni!” kata Puan Sri Emilly sambil mengusap perlahan bahu Luqman.
Thanks ma…InsyaAllah, Man akan sentiasa ingat pesanan tu!” janji Luqman membuatkan mamanya mengeluh lega. Gembira kerana Luqman tak pernah melupakan perkara itu.
“ Hmm…mama berdandan cantik macam ni nak keluar dinner dengan papake?” usik Luqman seketika meneliti penampilan mamanya. Baru dia perasan yang mamanya kelihatan cantik . Selalu juga mama dan papanya keluar dating  bersama kalau ada kelapangan. Kata papa, tak salah kalau mereka yang tua keluar berdating seperti orang muda demi mengeratkan hubungan suami isteri. Kadang-kadang Luqman tersenyum sendiri. Papa seorang suami yang yang bertanggungjawab, cukup penyayang, sentiasa menjaga hati mama. Dia pun kalau boleh mahu mengikut perangai papa. Papa juga adalah idolanya. Serta merta dia terbayangkan hubungannya bersama Helyna nanti. Pasti seperti hubungan papa dan mamanya. Alangkah bahagianya! Luqman tersenyum.
“ Amboi! Senyum tiba-tiba ni kenapa?...teringatkan kekasih ya!” usik Puan Sri Emilly membuatkan Luqman tersentak. Segera dia menayangkan sengih.
“ Er…papa mana?” Luqman mengubah tajuk. Segan pula di usik mamanya.
“Ada kat bilik bacaan. Man pergilah masuk bilik…mandi dan bersiap…kejap lagi kita akan ada tetamu….kawan mama dan papa…mungkin anak mereka pun ada sama…nanti bolehlah Man berkenalan dengannya. She`s pretty. Mama suka sangat kalau dia tu jadi menantu mama!”
“ Mama…berapa kali Man nak ingatkan yang Man tak suka di paksa …!” Luqman tiba-tiba melenting membuatkan mamanya terkejut.
“ Man…mama dan papa tak pernah paksa Man untuk memilih calon isteri. Man yang berhak buat pilihan. Mama cuma nak Man kenal dia aje…!” pujuk Puan Sri Emilly dengan wajah muram membuatkan Luqman mula di himpit rasa bersalah kerana tiba-tiba melenting tadi.
“ Man nak naik atas…kalau tetamu mama dan papa tu sampai, mama bagi tahu ya!” Luqman segera bangun. Sebenarnya dia malas nak fikirkan cadangan mamanya itu. Dia cukup penat hari ini. Seharian melawat tapak projek, menghadiri mesyuarat dan membuat persiapan untuk ke Singapura lagi esok.
 Selesai mandi, Luqman mengenakan t`shirt dan seluar longgar hitam. Penampilannya agak santai. Dia menuju ke balkoni. Lama juga dia mengongak ke langit sambil memikirkan sesuatu. Deringan telefon yang di letakkan di atas katil itu mematikan lamunan Luqman. Dia bergegas mendapatkan telefonnya. Bibirnya mengorak senyum melihat nama Iskandar tertera pada skrin telefonnya. Nasib baik bukan Mellisa yang menghubunginya.
“ Assalamualaikum…”
“ Waalaikumussalam….kau kat mana ni?” terdengar pertanyaan dari Iskandar.
“ Aku kat rumah. Apa hal call aku ni….kalau kau nak  aku keluar…aku minta maaf…aku penat sangat, aku nak berehat. Pagi esok kena bertolak ke Singapore…lagi pun sekarang ni mama dan papa aku tengah tunggu tetamu, kawan lama dia orang!” beritahu Luqman sambil berjalan semula ke balkoni.
“ Memang aku telefon kau ni sebab nak ajak kau keluar tapi  kalau kau dah ada hal…aku ajak Rosli aje…” mendatar saja suara Iskandar. Mungkin rasa terkilan sebab Luqman tidak dapat menyertainya.
“ Hai…kau tak nak temankan Alia kat rumahke?...dahlah seharian tinggal bini kat rumah…malam pun keluar!” Luqman tergelak. Pelik mengingatkan perangai Iskandar yang sesekali bersikap macam orang bujang. Keluar malam sesuka hati.
“ Aku baru aje hantar Alia balik rumah mak dia…aku sekarang ni tinggal seorang kat rumah…esok baru aku pergi ambik….”
“ Amboi…kucing dah tunjuk taring nampak..” usik Luqman membuatkan Iskandar terus ketawa.
Bro…satu malam je…mana boleh berenggang lama-lama….nanti tak nyenyak aku nak tidur bila bantal peluk tak ada kat sebelah, ini pun sebab terpaksa, kesian pula kat Alia tu sebab dah lama tak jumpa orangtuanya…lainlah kau, tak kena fikir soal anak bini…..” giliran Iskandar pula mengusik membuatkan Luqman tersenyum.
“ Man…Man…” ketukan di pintu membuatkan Luqman segera menolah.
“ Is…kejap…ada apa Mak Biah?”  tanya Luqman sebaik saja wajah Mak Biah, pembantu rumah muncul di muka pintu biliknya.
“ Puan Sri suruh Man turun, katanya tetamu sudah sampai…” beritahu Mak Biah.
“ Terima kasih Mak Biah….kejap lagi Man turun!”
Luqman keluar dari biliknya selepas selesai bercakap dengan Iskandar. Langkahnya segera menghala ke ruang tamu dan kehadiran Luqman di sedari mereka walaupun sedang rancak berbual.
“ Man…duduklah. Papa dan mama nak kenalkan Man dengan kawan lama kami!” Luqman segera mengambil tempat duduk. Dia memilih tempay duduk bersebelahan dengan papanya.
“ Ini Datuk Badrudin Helmy dan isterinya Datin Naimah!”
“ Apa khabar uncle…aunty?” Luqman segera menyapa mereka.
“ Baik!” jawab mereka hampir serentak.
“ Ini Luqman Hakeem, anak tunggal kami. Satu-satunya anak yang kami miliki…..sejak Emilly disahkan tidak boleh mengandung lagi…kasih sayang kami hanya tertumpah pada Luqman sahaja” kata Tan Sri Hisham Firdaus.
“ Tuan, puan…hidangan malam sudah mak Biah siapkan!”
“ Terima kasih, mak Biah!” ucap Puan Sri Emilly.
“ Silakan…aku ingatkan  kau datang bawa anak-anak sekali…ini berdua aje!” terpancar rasa terkilan di wajah Tan Sri Hisham Firdaus. Hajat di hati mahu menemukan anak perempuan Datuk Badrudin dengan Luqman. Nampaknya hasrat itu tidak kesampaian. Mungkin di lain kesempatan.
“ Masing-masing ada hal” balas Datuk Badrudin. Dia sudah pun mengajak Helyna, Syafiq dan Ariana tapi mereka tidak dapat datang kerana ada alasan tersendiri.
Mereka berbual sambil menikmati makan malam dengan penuh selera. Luqman hanya sekadar menjadi pemerhati dan pendengar sahaja kerana cerita mereka hanya berkisarkan kenangan lama. Selepas makan malam, Luqman meminta diri untuk masuk ke biliknya. Dia perlu buat persiapan untuk ke Singapura esok di samping mendapatkan rehat yang secukupnya.
**************
LUQMAN  kaku tatkala melihat satu adegan. Dia baru saja keluar dari balai ketibaan. Seakan nafasnya terhenti melihat seorang lelaki yang baru sahaja di kenali dan seorang gadis pujaannya sedang berbual mesra. Gadis itu mencium tangan lelaki itu dan di balas dengan ciuman di dahi oleh lelaki itu. Gadis itu segera melambaikan tangannya sebelum mengatur langkah masuk ke balai belepas.
Luqman mengambil keputusan untuk mengekori langkah lelaki itu. Dia mesti mendapat tahu tentang kebenaran itu.
Exercuse me…!” Luqman bersuara sambil mendapatkan lelaki itu.
Yes!” berkerut-kerut dahi lelaki itu memandang wajah Luqman yang termengah-mengah mengejarnya tadi.
“ Boleh kita cakap sekejap?” ujar Luqman sambil memandang wajah lelaki yang sedang berhadapan dengannya.
“ Ok…”
Akhirnya Luqman mempelawa lelaki itu singah di suatu tempat.
“ Kalau tak silap I …you ni Luqmankan…kita pernah jumpa sebelum ni di sebuah restoran!”
“ Ya. Hari tu juga I diperkenalkan dengan you sebagai tunang Dr. Amanina… betulkan En. Syafiq?” Syafiq mengukir senyum.
So….apa yang boleh I bantu?” soal Syafiq. Hairan juga mendengar kata-kata Luqman tapi setakat ini dia tak syak apa-apa yang pelik.
“ Biarlah I berterus-terang. I baru aje tengok apa yang berlaku antara you dengan Helyna sebentar tadi!” kata Luqman
“ Apa yang peliknya?” berkerut dahi Syafiq merenung wajah Luqman. Tak ada salah pada fikirannya.
“ You tak sepatutnya lakukan apa yang you lakukan tadi bersama Helyna! You kan tunang Amanina….takkan you nak menduakan tunang you!”
Tajam mata Luqman merenung wajah Syafiq yang nampak tenang itu. Timbul pula rasa geram di hati Luqman. Apa punya lelaki…dah ada tunang yang cantik, tapi masih sempat membuat hubungan dengan perempuan lain.
“ En. Luqman…apa hak you nak tegur sama ada pebuatan I tadi betul atau salah.  Apa hubungan you dengan Lyna?...suami atau boyfriend dia ? atau you jealous melihat perbuatan kami tadi?” tempelak Syafiq dengan wajah sinis sedangkan pada hakikatnya dia hampir nak tergelak. Ternyata lelaki ini sudah silap beranggapan tentang hubungannya dengan Helyna.
Luqman mula tak senang duduk. Memang dia tak ada hak terhadap Helyna tapi dia cemburu melihat perbuatan itu…lagi pun dia ada hak untuk menegur kemungkaran yang berlaku di depan mata.
“ I hanyalah seorang lelaki yang tak suka melihat perkara yang tak sepatutnya berlaku…apa perasaan tunang you kalau dia melihat perbuatan you dan Helyna tadi…pasti dia kecewa!”
“En. Luqman…berterus-terang aje yang you ni sebenarnya sukakan Helyna…you rasa cemburu melihat kejadian yang berlaku tadikan walaupun dia memang tiada kaitan dengan you. Percayalah…Nina tak ada hak untuk marah atau cemburu dengan hubungan kami berdua!”
Luqman mendengus. Nampaknya Syafiq masih nak berselindung.
“ Apa hubungan you dengan Helyna sebenarnya?”
“ Hubungan?”
Syafiq ketawa. Ternyata Luqman memang tak dapat menyembunyikan perasaannya terhadap Helyna. Tapi sayang Helyna tak pernah nak pedulikan perasaan lelaki itu. Elok juga kalau dia menduga lelaki ini. Ingin tahu sejauh mana minatnya terhadap Helyna.
“ Apa kata jawapan tu I KIV dulu. I nak tahu apa yang you buat kat sini…takkan sekadar untuk mengintip kami!” Syafiq memandang tepat ke wajah Luqman.
“ I baru balik dari mesyuarat di Singapura. I minta maaf kalau  I lancang bertanya pasal hubungan you tadi sedangkan antara I dengan Helyna tak ada apa-apa. I sekadar meminati dia dan mahu mengenalinya. I tak tahu yang dia sudah berpunya…. Maksud I dia telah memilih you!” beritahu Luqman dengan suara mendatar. Jelas di wajahnya rasa hampa dan kecewa.
“ I dah lama mengenali Lyna dan setakat ni dia belum berpunya!...maksud dia belum ada teman lelaki,  untuk pengetahuan you, I bukan teman lelakinya walaupun kami memanh ada hubungan yang rapat!” kata Syafiq membuatkan Luqman terdiam.
“Mungkin you ada peluang untuk mencuba. Tapi you terpaksa bersaing dengan lelaki lain untuk memilikinya. Setakat ni dia kenal rapat dengan lelaki yang bernama Zarul tapi setahu I hubungan mereka hanya sekadar kawan!” sambung Syafiq lagi membuatkan Luqman tersentak. Bulat matanya merenung wajah Syafiq yang selamba itu.
“ Maksud you?”
“ I mahu lihat Lyna hidup bahagia bersama seorang lelaki yang cukup menyayangi dan menyintainya. I mahu dia lupakan Shahrul  kerana lelaki itu sudah lama tinggalkan dia!” Syafiq memandang wajah Luqman. Berkerut dahi Luqman membalas renungan itu. Nampaknya perbualan mereka mula menjadi serius.
“ Siapa Shahrul? Kenapa dia tinggalkan Helyna?” tanya Luqman, tak sabar rasanya nak tahu tentang lelaki yang pernah hadir dalam hidup Helyna. Nampaknya dia terpaksa berusaha lebih kalau ingin mendekati Helyna.
“ Seorang lelaki yang terlalu penting dalam hidup dia….ah, kita lupakan aje hal Shahrul…lagi pun dia dah lama tak wujud dalam hidup Lyna…” Syafiq tidak mahu memanjangkan hal itu lagi.
“ Tapi….”
Nampaknya Luqman betul-betul berminat untuk mengetahuinya. Bagi Luqman, maklumat yang di beritahu oleh Syafiq itu masih samar dan dia perlukan lebih maklumat mengenai Helyna supaya senang untuk dia mendekati gadis itu.
“ Kalau you nak tahu…you tanyalah Lyna sendiri…I tak  berhak untuk menceritakannya…itu kisah hidup mereka!” Syafiq bersuara. Sengaja di biarkan lelaki di hadapannya terus berteka-teki. Kalau dia betul-betul ikhlas menyayangi dan menyintai Helyna, pasti dia dapat mencari jawapan itu.
“ Nampaknya semua kisah hidup Helyna ada dalam pengetahuan you…I dapat agak yang dia tu cukup istimewa di hati youkan!” cemburu pula rasanya kerana Syafiq banyak mengetahui tentang Helyna, sedangkan dia tak tahu apa-apa pun sedangkan dia mula menyukai gadis itu sejak kali pertama melihatnya.
Of course….I love her so much…. Kalau kita sayangkan seseorang, kita akan lakukan apa saja asalkan dia bahagia, betul tak?”
“ Ya….betul. walaupun kita tak mungkin dapat memiliki dia!” ujar Luqman perlahan dengan suara lemah. Syafiq memandang wajah Luqman seketika.
“ Actually, she`s my sister…I mean…my twin….” Terkedu Luqman merenung wajah Syafiq. Otaknya kembali memutarkan kata-kata yang baru di dengarnya supaya lebih jelas.
“ I dengan Helyna…kami dilahirkan kembar….takkanlah you tak nampak persamaan antara kami berdua…yang membezakannya hanyalah I lelaki dan dia perempuan!” Syafiq ketawa. Lucu pula melihat wajah Luqman yang tergamam itu.
Oh..really…macam mana I boleh tak terperasan persamaan korang berduakan….”  Luqman mengusap rambutnya perlahan sambil menghadiahkan senyuman. Cuba menyembunyikan rasa malu.
“ You betul-betul sukakan Lyna?” tanya Syafiq.
Tanpa berfikir panjang Luqman terus mengangguk kepala,
Sebagai seorang abang, dia berhak melindungi dan menjaga kebajikan adiknya. Kalaulah lelaki di hadapannya ini tulus  ikhlas menyukai Lyna, dia akan menyokong.
“ I nak you berterus –terang…you dah ada kekasih?... takkanlah orang macam you ni tak ada kekasih! Atau…you sedang menunggu seseorang…mungkin!” Luqman berdehem. Susah juga nak jawab soalan tu walaupun cukup simple. Ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya untuk lebih berterus-terang dalam hal ini.
“ Er….I masih lagi single…belum terikat dengan mana-mana perempuan….cuma kami berkenalan sebagai kawan tapi…Helyna….I ikhlas nak kenal dia lebih dekat!” rasanya itu adalah jawapan yang terbaik mampu diberikan.
Syafiq mengangguk perlahan. Agaknya dia percaya dengan jawapannya. Itulah anggapan Luqman sambil menarik nafas lega. Terasa macam sesi temuduga pulak!
***********

HISY….rimas betullah aku tengok kau ni…apa kena dengan kau sebenarnya?” Iskandar bertanya. Sakit matanya melihat gelagat Luqman ketika ini. Apa tidaknya, sejak 15 minit tadi, itulah kerjanya. Asyik berjalan ke hulu dan ke hilir di sekitar biliknya. Entah apa masalahnya, pagi-pagi lagi dia  di panggil Luqman untuk datang ke bilik lelaki itu.
“ Man, boleh tak kalau kau duduk elok-elok…pening kepala aku dengan gelagat kau yang tak berapa betul ni…apa masalah kau ni?…cuba cerita kat aku…aku tengah banyak kerja ni kalau kau suruh aku datang bilik kau semata-mata mahu aku tengok kau berkawat ni!....masalah kau dengan Mellisa tu tak selesai lagi ke?...dia masih kacau kau kat pejabat?” Iskandar mula rasa rimas melihat Luqman yang dah macam tak betul ni. Takkanlah kerana penangan Mellisa.
Luqman tiba-tiba berhenti melangkah. Lantas matanya merenung tajam ke arah Iskandar membuatkan lelaki itu mula resah.
`Apa kena dengan dia ni?...tak kanlah kena sampuk kot!`
Luqman menghampiri Iskandar yang sedang duduk di kerusi yang di ubah posisi kerana sejak dari tadi Luqman berlegaran di setiap sudut bilik itu.
“ Is…I think I`m falling in love!” wajah Luqman yang tiba-tiba berubah menjadi teruja itu membuatkan Iskandar terbatuk-batuk.
Sorry…boleh kau ulang balik kata-kata kau…aku kurang pasti!…” Iskandar berpura-pura mengorek telinganya. Sebenarnya sukar nak percaya yang temannya ini sudah jatuh cinta dengan seseorang.
I think I`m falling in love…can you hear that?” Luqman memengang bahu Iskandar seakan menyedarkan temannya itu dari lamunan.
“ Maksud kau…dengan Mellisa?” tanya Iskandar. Baru semalam Luqman memberitahunya yang dia keluar bersama Mellisa.
` Luqman…Luqman….kata tak suka dengan perempuan tu…tapi kau keluar juga dengan dia!` dalam diam Iskandar memberi komen.
“ Apa kena mengena si Lisa tu dengan perasaan aku ni pulak?...bukan dengan dialah…” dengus Luqman.
` Adake dia fikir perempuan tu adalah Mellisa!` gerutu Luqman.
“Maksud aku…aku dah jatuh cinta dengan Helyna!” jelas Luqman sambil tersenyum.
“ Kau pasti?”
Yes, 100%...sure!” Luqman benar-benar teruja.
“ Bagaimana dengan penantian kau selama ini?... aku kira kau masih menunggu gadis yang bernama Sarah tu!” kata Iskandar.
 Sejak dari dulu Luqman selalu menegaskan cintanya hanya untuk Sarah dan dia akan terus menunggu gadis itu sampai bila-bila. Kerana Sarah juga, Luqman telah menolak semua gadis yang cuba mendekatinya.
“ Aku akan tetap menunggu Sarah!” akui Luqman dengan nekad.
“ Habis…Helyna…?”
Luqman menelan liur. Dia tak punya jawapan untuk soalan itu. Memang dia sudah jatuh cinta dengan Helyna tapi dalam masa yang sama dia masih lagi menunggu kemunculan Sarah dalam hidupnya. Sarah adalah gadis pertama yang berjaya menduduki carta teratas dalam hatinya dan sampai bila-bila pun kedudukan Sarah tak akan tergugat. 
Hubungan antara dia, Helyna dan Sarah belum ada kata putusnya lagi. Cuma dia saja yang merasainya…belum tentu lagi perasaan itu wujud dalam hati Sarah, mahu pun Helyna.
` Ah! Sulitnya` Luqman seakan mahu menjerit melahirkan perasaan tapi terpaksa di kawalnya. Tak mungkin Iskandar memahami apa yang sedang di alaminya saat ini.
************

1 comment:

  1. alaa ... luqman!
    f u r still waiting for Sarah y telling people tat u are now falling in lov with lyna?

    this is not right luqman! - u need 2 b 100% sure of own heart n feeling!
    fening lh mcm neh luqman - x de pendirian!
    ni yg wat kitaorg x suke - maseh g ingat cinta/kekasih lama x syok le!

    -jazmeen

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...