Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 10 February 2012

Antara Aku & Dia 6

oleh Azieana



Bab 6
H

ELYNA memicit-micit perlahan betis nek Kamariah. Ketika itu mereka berehat di ruang tamu. Sejak kepulangan Helyna dan Syafiq, wajah nek Kamariah begitu ceria.
“ Kak Lyna, nenek tu rindukan kak Lyna dan abang Fiq sampai demam-demam. Tengok aje semalam, sebaik saja nampak muka kak Lyna dan abang Fiq, wajah nenek terus ceria malah nampak makin sihat. Kalau tak, monyok aje!”   kata Haryati yang sedang meriba anak lelaki tunggalnya yang berusia 3 tahun itu. Nenek Kamariah yang mendengar kata-kata Haryati hanya tersenyum.
“ Betulke nek?” tanya Helyna memandang wajah ceria nenek Kamariah. Dia tetap mengukir senyum.
“ Yati, nenek ni bukan aje rindukan kak Lyna dan abang Fiq tapi nenek rindukan semua cucu nenek, betulkan nek?” senyuman nenek Kamariah makin lebar.
“ Lagi pun selama inikan Yati sentiasa ada di depan mata nenek, sebab tu nenek tak perlu rindu Yati. Antara semua cucu nenek…Yati yang paling bertuah tau!” kata-kata Helyna membuat Haryati tersenyum. Erat tangannya memeluk tubuh Ikhmal. Sebelum dia bercerai dengan bekas suaminya, Khalid turut membantunya menjaga nenek. Tapi sejak Haryati mendapat tahu Khalid yang bekerja sebagai penolong pegawai kastam itu berkahwin lain, Haryati segera meminta cerai. Katanya dia tak sanggup bemadu. Pada mulanya Khalid tak mahu bercerai tapi dengan adanya campurtangan dari nenek, akhirnya terlafaz juga perkataan cerai dari mulut Khalid sejak setahun yang lalu. Bukan Khalid tak sayangkan Haryati, tapi entahlah  macam mana dia boleh mengambil keputusan mendadak mengahwini perempuan lain. Namun sesekali dia ada datang menjenguk Haryati dan Ikhmal. Tak lupa juga dia memberi wang perbelanjaan untuk mereka. Ada juga beberapa kali Khalid datang memujuk Haryati supaya mereka rujuk semula demi Ikhmal tapi Haryati telah membuat syarat, dia akan rujuk semula dengan suaminya asalkan Khalid sudi menceraikan isteri barunya.
“ Lyna, jadike Lyna nak balik besok?” nek Kamariah memandang wajah Helyna dengan rasa sayu.  Helyna membatu nek Kamariah membetulkan kedudukannya supaya lebih selesa. Kini mereka bertiga beralih dengan duduk di kerusi.
“ Ya, nek!”
“ Tak bolehke Lyna cuti lama sikit…dah lama benar kamu dua beradik tak balik jenguk nenek. Lyna dan Syafiq dah tak sayangkan nenek lagi agaknya!” kata Nek Kamariah sambil mengelap air matanya yang mula bergenang. Cepat-cepat Helyna memeluk tubuh nek Kamariah erat. Matanya turut bergenang.
  Dia sayangkan nek Kamariah, terlalu sayang. Kalau di tanya, siapakah yang paling disayanginya. Pasti Helyna akan cepat-cepat memberitahu bahawa orang yang paling dia sayang adalah nek Kamariah walaupun satu ketika pernah dia dan Syafiq merajuk dengan nek Kamariah setelah mengetahui kisah sebenar, kenapa abah tidak memelihara mereka. Kenapa nenek dan datuk yang menjaga mereka sejak dari kecil. Nammun, setelah diingatkan betapa berjasanya dan sayangnya nek Kamariah pada dia dan Syafiq yang telah menjaganya dengan baik selama ini, segera kesilapan nenek Kamariah dimaafkan.
“ Kalau ada masa nanti…Lyna akan datang jenguk nenek..lagi pun kenapa nenek tak mahu tinggal dengan abah di Kuala Lumpur….nanti bolehlah kita jumpa selalu!” kata Helyna.  Sudah banyak kali abah dan ibu mengajak nenek tinggal bersama mereka di Kuala Lumpur tapi nenek yang sentiasa menolak dengan alasan dia tak mahu meninggalkan rumah peninggalan arwah atuk yang banyak memberi kenangan buatnya.
“ Kalau anak dan cucu nenek ingat dan sayangkan nenek…datanglah sini jumpa nenek. Kalau bukan kerana nenek masih hidup, tak ada korang semua nak balik kampong ni. Nenek tahu korang semua dah selesa tinggal kat Bandar tu kan!” kata nek Kamariah membuatkan Helyna termanggu. Dia takut nenek Kamariah terasa hati.
“ Nenek…nenek janganlah cakap macam tu…” pujuk Helyna sambil merangkul bahu neneknya. Pipi nek Kamariah yang sudah berkedut itu di ciumnya berkali-kali membuatkan nek Kamariah kembali senyum. Antara cucu-cucunya, Helyna yang paling rapat dan manja dengannya sejak kecil. Helyna tahu cara memujuknya. Bagi nek Kamariah, bukan wang ringgit yang dia mahu, sejak dari dulu lagi dia sudah biasa hidup mewah…buat masa sekarang kasih sayang dari anak cucu yang dia dambakan.
“ Kalau boleh hujung tahun ni Lyna dan abang Fiq nak bawa nenek pergi umrah, nenek mahukan! Abah dan ibu pun akan turut sama!” kata Helyna sambil mengusap perlahan lengan nek Kamariah.
“ Laratke Lyna nak jaga nenek di sana nanti…nenek ni kan dah tua!” kata nek Kamariah.
“ Hish…siapa kata nek dah tua…nenek ni masih sihat lagi….kalau ada sesiapa yang nak jadikan nenek isteri, nenek mahu!” usik Helyna membuatkan Haryati yang turut mendengar tersenyum simpul.
“ Kamu ni Lyna…suka sangat nak menyakat nenek….nenek masih sayangkan arwah datuk kamu. Nenek tak nak mengubah kenangan nenek dengan arwah datuk kamu!” jawapan nek Kamariah membuatkan Helyna terdiam. Ternyata hubungan nenek dan arwah datuk begitu utuh. Kalau boleh dia mahukan hubungan yang begitu.
“ Kamu ni Lyna…kamu mengata nenek..tapi kamu tu. Bila nak kawin?...dulu nenek nak jodohkan kamu dengan si Badrul, kamu tolak!” kata Nek Kamariah mengubah topic.
Helyna hanya tersengih. Nampaknya isu soal nikah kawin sudah terkena kat batang hidungnnya.
“ Apa ni nek…lagi pun Lyna belum bersedia nak kawin lagilah!” balas Helyna cuba melepas diri.
“ Apa pulak belum bersedianya, tengok si Yati….muda dari Lyna, dah ada anak…”
“Biarlah abang Fiq yang kawin dulu!”
“ Abang Fiq kamu tu lelaki…dia dah bertunang pun cuma kamu tu, Lyna….sampai bila kamu dah hidup sendiri? Umur baya kamu sepatutnya dah lama kawin…kerja Lyna pun dah elok. Apa lagi yang Lyna nak tunggu?...kalau boleh sebelum nenek mati, nenek nak tengok kamu kawin, nak tengok kamu naik pelamin, dulu atuk kamu tak sempat nak lihat!”
Helyna hanya diam.
“ Betul cakap nenek tu kak Lyna…” sokong Haryati sebelum mendukung anaknya masuk bilik. Ikhmal sudah tidur di ribaanya.
“ Lyna dah ada pengganti Shahke?”
 Helyna menelan liur. Bila mendengar nek Kamariah menyebut nama Shahrul. Segera wajah lelaki itu terbayang di ruang matanya. Tanpa sedar kelopak matanya sudah mula berkaca.
“ Maafkan nenek…nenek tak berniat nak buat Lyna teringatkan dia…nenek cuma mahu Lyna bahagia…kalau Lyna bahagia, nenek pun bahagia!” pujuk nek Kamariah sambil mengusap kepala Helyna. Serta merta tubuh nek Kamariah di peluk erat.
“ Amboi…cerita pasal apa ini sampai berpeluk-peluk ni?” tiba-tiba suara Shafiq memecah ruang tamu itu. Nek Kamariah dan Helyna segera memandangnya. Cepat-cepat Helyna menyeka air matanya.
“ Kamu ni dari mana, Fiq?...dari pagi nenek tak nampak batang hidung kamu!” tegur nek Kamariah sebaik saja Shafiq mengatur langkah ke arah mereka.
“ Jumpa kawan-kawan lama, nek. Bukannya selalu dapat jumpa mereka. Rambutan ni Anuar kirimkan untuk Lyna, dia kirim salam!” Helyna memandang segugus buah rambutan yang baru di letakkan oleh Syafiq di atas meja. Naik kecur liur Helyna melihat rambutan warna kuning itu. Memang sejak dari dulu, rambutan gula batu memang kegemarannya.
“ Nuar tahu Lyna suka rambutan gula batu ni, sebab tu dia kirim…dia pesan, nanti kalau kita nak balik KL,cakap kat dia sebab dia nak kirimkan buah rambutan ni sebagai buah tangan!”
 Helyna tersenyum. Nek Kamariah juga mengukir senyum tapi senyuman nenek Kamariah lain macam aje. Pasti nek Kamariah nak kenenkan dia dengan si Anuarlah ni! Helyna melirik ke arah neneknya.
“ Fiq,  boleh Fiq tolong nenek?” tiba-tiba nek Kamariah mengaju soalan untuk Syafiq.
“ Tolong apa, nek?” tanya Syafiq dengan dahi berkerut.
“ Tolong carikan suami untuk adik kamu ni, si Lyna…kalau nenek carikan dia tak berkenan pulak!” tiba-tiba meletus ketawa dari mulut Syafiq membuatkan Helyna mencerlung ke arah abangnya.
“ Apasal ni gelakkan orang pulak!” Helyna menjeling abangnya. Geram sungguh mendengar abangnya ketawa.
“ Tak payahlah nek susah-susah nak fikirkan jodoh untuk Lyna…dah ramai yang offer diri untuk dia tapi si Lyna ni aje yang buat dek!”
 Syafiq masih lagi galak ketawa. Di wajahnya terbayang beberapa wajah yang pernah dikaitkan mempunyai minat terhadap Helyna. Memang dia akui, adiknya seorang gadis yang cantik. Jadi tidak hairanlah dia sering mendapat tarikan lelaki yang melihatnya. Tapi dia hairan, kenapa Shahrul juga yang berjaya menambat hati adiknya kembarnya itu. Kalau nak di kira dari segi wajah, Shahrul bukanlah tergolong dalam kategori lelaki kacak, cuma sedap mata memandang aje!
“ Abang Fiq…abang  Fiq saja nak kenakan Lyna…nek, nek jangan percaya cakap abang Fiq ni….saja dia nak buat lawak!”
Helyna mendengus kasar. Syafiq dan nek Kamariah saling berbalas pandang sebelum di bibir masing-masing terukir senyuman. Suka sangat dapat menyakat Helyna yang dikenal pasti mudah sangat merajuk.
***********

ISKANDAR  mengacau straw perlahan sebelum menyedutnya. Luqman yang berada di hadapannya begitu asyik melayani panggilan telefon. Sesekali dia menoleh ke luar, cuba melihat fenomena di luar restoran itu. Boleh juga cuci-cuci mata dari asyik mengadap muka Luqman. Sesekali dia tersenyum memandang memek muka temannya itu. Pelbagai jenis . Lucu juga melihat lagak orang yang mabuk bercinta ni bergayut di talian. Agaknya dia juga begitu dulu!
“ Apa yang si Mellisa tu nak?” tanya Iskandar selepas Luqman mematikan talian panggilannya.
“ Macam biasa. Ajak keluar…tengok wayanglah…shoppinglah…dinnerlah…boring aku. Asyik buat benda yang sama je!  Dia telefon sebab nak marahkan aku bila dapat tahu aku keluar dengan seorang perempuan…” acuh tak acuh Luqman bercerita.
“ Perempuan?...siapa ? girlfriend baru ke?” Iskandar sudah mengukir senyum. Dia pun suka kalau Luqman tidak memilih Mellisa sebab pada pandangannya, gadis itu tidak sesuai dengan Luqman.
“ Tak adalah… aku terserempak dengan Hidayah, kawan kita dulu, dia ada kat sini sebab ada hal…aku ajaklah dia minum sekali…agaknya si Lisa tu ternampak kot atau…ada kawan-kawan dia yang ternampak…bagi tahu kat dia…orang perempuan…kalau bab bergosip, nombor satu…!” Luqman mendengus kasar.
“Jangan menyalahkan orang perempuan saja…Kau buat dek ajelah…jangan layan sangat kalau kau tak suka…cakap dengan dia elok-elok….!” Pujuk Iskandar.
“ Dah pelbagai cara aku cuba…tapi dia masih tak faham-faham. Agaknya dia tu keturunan jenis apa ya!” Iskandar tergelak. Kesian pulak melihat wajah Luqman.
            “ Aku pun tak faham…melekat sungguh perempuan tu kat kau… agaknya dia betul-betul cintakan kau!”
“ Tak ada maknanya…. Aku, kalau nak cari perempuan buat isteri, bukan perempuan macam tu… buat kawan pun tak payah… menyusah dan merimaskan aku. Tak sekolah agaknya perempuan tu ya!”
“Tak sekolah apanya…kau lupa dia tu lulusan luar negara…anak Datuk lagi… cuma…dari segi penampilan dan percakapan dia tu…belum lulus sirim lagi. Kalau aku pun …dah lama aku reject!
“ Memang dah lama perempuan tu aku  reject tapi macam yang aku cakap tadi…dia jenis yang tak faham bahasa. Agaknya bahasa apa yang boleh buat dia faham…Asyik nak menempel aje kerjanya…dah lah tu suka sangat merengek-rengek manja, mengada-ngada betul….naik seram bulu roma aku!”
“ Nasib kaulah Man….”
 Iskandar ketawa. Kesian pulak dengan nasib kawannya itu. Dia tahu dah pelbagai cara telah dilakukan dan pelbagai jenis ayat telah di ucapkan oleh Luqman kepada Mellisa, tapi gadis itu tetap juga mahukan Luqman.
“ Aku ingat lepas ni aku nak tukar nombor phone, setidak-tidaknya aku akan aman dari gangguan dia!” cadang Luqman.
“ Itu buat sementara aje, Man. Dia boleh datang jumpa kau kat pejabat…telefon kau kat pejabat…kau tak boleh lari Man, si Mellisa tu dah jadi macam bayang-bayang kau…” kata Iskandar.
“ Habis tu …. Takkanlah aku kena pindah tempat kerja!” tercetus idea itu dari mulut Luqman.
“ Kau cari aje perempuan lain…lebih tepat lagi seseorang sebagai isteri…nescaya dia tak akan ganggu kau lagi…buat sementaralah kot…”
Luqman menggaru-garu kepala.
` Bagus juga idea tu…tapi di mana aku nak cari?`
“ Macam mana dengan girl yang kau suka tu…dah ada apa-apa perkembanganke? Maksud aku Helyna…”
Luqman terdiam. Wajah Helyna terbayang di matanya. Gadis manis dan ayu yang sentiasa berbaju kurung dan bertudung. Dia suka menatap wajah Helyna. Mengingatkan dia pada seseorang. Serta merta senyuman mula terukir di bibirnya tanpa sedar.
“ Aku dah lama kenal kau ni, Man. Aku tahu kau dah jatuh cinta dengan dia kan…aku sebut aje nama dia….wajah kau terus nampak ceria!” tersentak Luqman mendengar kata-kata Iskandar.
` Nampak sangatke  perubahan pada wajah aku?` Luqman menyentuh wajahnya seketika sambil diperhatikan oleh Iskandar.
“ Memang betul kata kau…aku sukakan Helyna… tapi masalahnya, dia tu tak berminat dengan aku… aku hantar bunga dia marah, aku telefon di tak layan…aku tak tahu nak buat macam mana!” akui Luqman. Tak ada gunanya dia menyembunyikan perasaan pada Iskandar. Dia perlu luahkan apa yang dia rasa pada seseorang. Seseorang yang boleh dia percayai. Selain dari papanya, Iskandarlah temannya yang cukup memahami dirinya.
“ Man, sebelum aku mengambil keputusan untuk mengahwini Alia, aku terlebih dahulu salami hati dia.  Semua tu perlukan kesabarab.  Aku memang dah lama jatuh hati kat dia…tapi dia buat tak layan je…tapi aku tahu dia pun sukakan aku tapi dia malu nak mengaku, yalah kan perangai dia tu tak sama macam Mellisa, tak ada sikit pun perasaan malu tapi Alia tu perempuan ada maruah, itu yang buat aku sukakan dia …kawan-kawan dia yang beria-ria bagi tahu kat aku yang dia pun ada perasaan kat aku…dalam hal ni, kawan-kawan dia turut memainkan peranan untuk menyatukan kami berdua dan aku cukup terhutang budi pada mereka. Hingga akhirnya aku mengambil keputusan untuk melamar dia dan dia terus terima!”
Luqman tersenyum mendengar kisah Iskandar walaupun sebelum ini Iskandar pernah menceritakan kisah itu.  Lagi pun dah lama mereka kenal dan Luqman juga turut mengenali Alia kerana mereka bertiga menuntut di university yang sama.  Iskandar cukup bertuah kerana dapat menawan hati Alia, gadis manis yang bertudung dan bersopan santun. Kini sudah 6 tahun mereka berkahwin dan telah dikurniakan dengan  sepasang cahaya mata berusia 4 tahun dan 2 tahun. Malah Alia sanggup berhenti kerja selepas melahirkan anak ke dua semata-mata mahu memberi perhatian pada anak mereka.
“ Kalau kau betul-betul sukakan Helyna, kau perlu tunjukkan keikhlasan kau…jangan cepat menyerah kalah. Lagi pun elok juga kau tinggalkan Mellisa tu. Perempuan seperti itu tak sepatutnya kau ambil sebagai isteri…perangai dan penampilannya tu buat  aku yang melihat jadi sakit mata!”
“ Memang aku ikhlas sukakan Helyna. Sepanjang hidup aku…inilah kali ke dua aku sukakan seseorang!”  kata Luqman. Wajah seseorang terbayang di ruang mata Luqman.  Wajah gadis  yang berjaya mencuit hatinya buat pertama kali. Siapa sangka dia boleh jatuh cinta dengan gadis itu.
So, buktikan!” Iskandar bersuara seakan mencabarnya.
Gadis yang baru saja terbayang di ruang matanya seketika tadi terus hilang akibat mendengar kata-kata Iskandar itu membuatkan Luqman terpingga-pingga menatap wajah Iskandar yang beubah riak.
 “ Maksud kau?”
Iskandar memberi isyarat mata  supaya Luqman memandang ke arah satu sudut. Kelihatan seorang gadis sedang membaca majalah seorang diri. Dia kenal gadis yang dimaksudkan oleh Iskandar itu.
“ Apa lagi!” gesa Isknadar sambil menaikkan kening membuatkan Luqman mengukir senyum sambil mengusap rambutnya beberapa kali. Dalam hati sudah berperang.
` Nak pergi ke tak nak…nak pergi ke tak nak…` dan akhirnya dia membuat keputusan.
Belum pun sempat Luqman mengangkat punggung untuk bangun menghampiri gadis itu, dia terduduk semula. Seorang lelaki muncul di hadapan gadis itu. Lelaki itu segera melempar senyuman untuk gadis itu sebelum menarik kerusi untuk duduk. Nampaknya lelaki itu memang di tunggu gadis itu. Lihat saja wajahnya. Terus tersenyum manis sebaik saja mereka berpandangan. Kini mereka mula rancak berbual. Luqman terasa panas hati tiba-tiba melihat gelagat mereka yang nampak begitu mesra. Malahan senyuman tak lekang dari bibir gadis itu. Sayang sekali Luqman tak dapat mendengar tajuk perbualan mereka.
“ Aik, belum cuba dah mengalah!” usik  Iskandar bila melihat Luqman begitu rakus menyuap makanan ke dalam mulut sebelum meneguk minumannya.
“ Jom!...dah lewat ni…aku ada meeting jam 3, ada beberapa perkara yang perlu aku uruskan!” Luqman memanggil pelayan. Dia sudah bersedia untuk beredar.
“ Hai, En. Luqman…tak sangka dapat jumpa you kat sini!” sorang gadis muncul menegur sebelum sempat Luqman dan Iskandar beredar dari restoran itu.
“ Dr. Amanina…seorang saja ke?” Luqman sekadar berbasi bila melihat Amanina muncul seorang diri.
“ Tak…kami berrtiga. Come…!” pelawa Amanina ramah.
 Luqman dan Iskandar saling berpandangan.
“ I tahu you berdua dah makan… I cuma nak kenalkan you dengan seseorang….I tahu you pasti berminat!” kata Amanina bila melihat Luqman dalam keadaan serba salah. Akhirnya Luqman dan Iskandar mengikut langkah Amanina menghampiri satu meja yang telah di huni leh seorang lelaki dan perempuan.
` Kenapa aku mesti jumpa mereka?` dalam sedar tak sedar Luqman mengeluh kecewa.
Ternyata kehadiran Luqman dan Iskandar itu mengejutkan pasangan itu terutama sekali gadis yang cuba di dekati Luqman tadi.
“ En. Luqman…meet my fience …Syafiq!”
“Luqman!”
“Syafiq!”
“ Iskandar!”
Luqman segera menghulur tangan untuk bersalaman dengan Syafiq, diikuti oleh Iskandar.
“ Ini, Helyna…rasanya you berdua dah kenalkan…” Amanina tersenyum. Sempat matanya melirik ke arah Luqman dan Helyna. Cuba mencari reaksi mereka berdua.
“ Ya…kami dah kenal!” akhirnya Luqman bersuara. Helyna hanya diam tapi tajam matanya memandang ke arah Amanina. Mungkin memberi isyarat tentang sesuatu.
Nice to meet you…tapi kami berdua terpaksa pergi sekarang…lagi I pun kejap lagi I ada mesyuarat…jumpa lagi!” ucap Luqman sebelum berlalu.
“ Man…you know what I`m thinking right now?” Iskandar bersuara sebaik saja mereka masuk ke dalam kereta yang di pandu oleh Luqman.
Sorry…aku tak nak fikirkan pasal tu sekarang…!” kata Luqman dan terus menekan pedal minyak.
“ Ya ke?” Iskandar sempat menjeling ke arah Luqman yang sedang memberi tumpuan di hadapan. Sempat pula dia mengenakan kaca mata hitamnya.  Iskandar tiba-tiba tersenyum.
*************
LYNA, kenapa tak makan?” tegur Syafiq bila melihat gelagat Helyna. Hanya merenung nasi yang masih banyak berbaki di pinggan sedangkan dia sudah pun menghabiskan separuh nasi di pinggannya. Begitu juga Amanina.
“ Ya…kenapa tak makan. Sedap tau!” Amanina mencelah. Berkerut dahinya melihat ke arah Helyna. Sempat juga dia berbalas pandang dengan Syafiq. Dalam hati tertanya-tanya apakah masalah yang sedang dihadapi oleh Helyna saat ini.
Helyna memandang wajah Amanina seketika.
“ Kenapa?...ada sesuatuke kat muka aku?” tanya Amanina sambil menyentuh wajahnya.
“Nina…beritahu aku…sejauh mana kau kenal dengan Luqman?...kau sering jumpa dia?”
“ Soalan apa ni?...kau jangan serkap jarang dan buat aku gaduh dengan Syafiq” Amanina mula gusar. Apa salahnya kali ini.
“ Jawab dengan jujur….kau kan yang bagi nombor telefon aku kat dia!” tajam mata Helyna merenung wajah Amanina yang nampak gelisah.
“ Aku…aku cuma nak bantu kau dan Luqman…aku tak ada niat nak menganiya kau…. aku jumpa dengan dia pun secara tak sengaja hari tu…beria-ria dia nak minta nombor telefon kau…kesian pula aku tengok muka dia…lagi pun aku rasa dia betul-betul ikhlas nak berkawan dengan kau…aku…aku minta maaf kalau tindakan aku tu membuatkan kau tak senang hati…!” akui Amanina sambil memengang tangan Helyna.
“ Lyna…abang Fiq rasa tindakan Nina tu tak salah…dia cuma nak bantu Lyna!” Syafiq bersuara. Risau pulak kalau tiba-tiba Helyna mengamuk marahkan Amanina.
“ Tapi abang Fiq…Luqman tu dah ada teman wanita… Lyna tak nak…kerana Lyna, mereka berdua bergaduh. Lagi pun Lyna belum bersedia untuk menjalinkan sebarang hubungan yang serius dengan sesiapa…Lyna harap korang berdua faham!” tegas Helyna membuatkan Syafiq mengeluh kecewa. Entah bagaimana caranya untuk menyedarkan adiknya bahawa dia perlu teruskan hidup macam orang lain. Dia perlu jalani hidup yang normal.
“ Lyna…abang Fiq dan Nina sayangkan Lyna, abah, ibu dan nenek…semuanya sayangkan Lyna. Kami semua mahu Lyna hidup bahagia…kami mahu Lyna gembira!” pujuk Syafiq.
“ Terima kasih…Lyna tahu ramai yang sayangkan Lyna dan Lyna pun sayang korang semua terutama abang Fiq dan Nina…tanpa korang di sisi Lyna, tak tahu macam mana Lyna nak bayangkan!” Helyna bersuara dengan rasa terharu. Dia tak salahkan mereka kerana dia tahu mereka semua mahukan hanya yang terbaik untuknya.
“ Lyna…kami ada berita gembira untuk disampaikan…” Syariq berwajah ceria. Senyuman terukir di bibir. Sempat dia berbalas pandang dengan Amanina.
We are getting married..” kata Syafiq.
  Really…wow…that is good news…I`m happy for you, you too..Nina!” Helyna segera memeluk tubuh Amanina.
“ Kami rancang nak buat majlis tu 3 bulan lagi…tapi sekarang kenalah buat persediaan mana-mana yang patut…abang Fiq belum bagi tahu nenek dan abang…kiranya Lyna orang pertama yang tahu hal ni!” Helyna benar-benar teruja mendengar berita itu. Dia tumpang gembira.
“ Tapi….” Wajah Syafiq tiba-tiba keruh.
“ Tapi apa?”
“ Abang Fiq hanya risaukan Lyna…!”
“ Don`t worry about me…I`m ok….nanti kalau korang berdua perlukan pertolongan, bagi tahu je…Lyna akan bantu…hm….tak sabarnya nak tunggu majlis kawin korang!” Helyna tersenyum. Berita yang diterima itu membuatkan dia terus berselera untuk menikmati  hidangan yang hanya sedikit terusik tadi.
************

1 comment:

  1. alaa ... lyna nape lh jual mahal sangat .. layan je lh!
    kesian luqman - n satu g marisa ni tak reti bahasa masih nk menempel kat luqman nih .... hampeh!

    -easylife

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...