Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 13 January 2012

SEBENARNYA,...AKU CINTA DIA -32





BAB 32

L
ISA menyanyi-nyanyi kecil mengikut rentak lagu yang di pasang melalui radio sambil membaca majalah hiburan. Gelas yang berisi jus oren yang berada di atas meja di hadapan di capai dan diteguk perlahan.
Ting....Ting....Ting....
Bunyi loceng mengganggu tumpuan Lisa. Dengan malas dia meletakkan majalah di atas sofa dan berjalan ke arah pintu. Sebaik saja pintu di buka, dia terdiam. Seorang lelaki sedang mengukir senyum padanya.
“ Zack!.....apa mimpi tiba-tiba you muncul kat kondo I ni ?” soal Lisa sambil membuka pintu dan segera mempersilakan lelaki itu masuk.
“ I cuma bawa pesanan dari Bob....” Zack melabuhkan pungung di kerusi. Tanpa berlengah Lisa menuangkan jus oren ke dalam gelas yang baru di ambil dari dapur.
Thanks” ucap Zack sambil mencapai gelas yang disua oleh Lisa. Diteguk perlahan sambil diperhati oleh Lisa.
“ Pesanan apa yang Bob mahu you sampaikan pada I....tak boleh ke dia call I aje” berkerut dahi Lisa merenung wajah lelaki yang berkumis nipis di hadapannya. Boleh tahan kacak juga lelaki itu kalau nak di bandingkan dengan wajah Borhan yang agak sedikit bengis kalau apa yang diingini tidak diperolehi.
“ Dia minta I datang jemput you untuk ke club malam ni” beritahu Zack.
“ Untuk apa....sampai berjemput segala....I boleh datang sendiri. Apa! Dia sibuk sangatke sampai tak boleh datang jumpa I!” Lisa mendengus. Terkulat-kulat wajah Zack merenung wajah Lisa.
“ You ni Lisa....makin lama I tengok, makin manis. Itu sebabnya Bob tak mahu lepaskan you pada orang lain” Zack bersuara membuatkan Lisa tergamam. Tak sangka pandai juga lelaki itu berlawak. Selama dia mengenali lelaki itu, dia hanya banyak mendiamkan diri.
Buat seketika mereka sama-sama diam.
Sorry...” tiba-tiba Zack bersuara, menyedari kelancangannya.
“ Kenapa?”
Lisa merenung wajah Zack. Hairan. Untuk apa ucapan maaf itu sedangkan lelaki itu tidak membuat sebarang kesalahan. Zack hanya diam.
“ Zack.....you sukakan I ke?” Lisa bertanya membuatkan Zack terkesima. Dia menelan liur. Tak sangka Lisa dapat menyelami apa yang dirasakan selama ini.
“ Untuk apa I sukakan seseorang yang tak mungkin jadi milik I” Zack bersuara lemah. Mungkin menyedari hakikat bahawa tak mungkin dia akan memiliki gadis itu.
Lisa mengesot menghampiri lelaki itu. Di capai tangan lelaki itu dan digenggam seketika.
“ I juga akui, I sukakan you. Tapi I tak boleh bersama you kerana antara kita ada Bob. You pun tahu siapa Bob dan apa yang boleh dia lakukan kalau dia tahu antara kita ada perasaan” Zack mengangguk perlahan.
Sudah lebih 5 tahun Zack bekerja di bawah arahan Borhan dan dia cukup mengenali siapa sebenarnya lelaki itu. Memang pantang lelaki itu kalau sesiapa berani mengusik apa jua barang miliknya. Akan di cari sampai ke lubang cacing dan lebih senang kalau dikatakan seseorang itu akan cukup bertuah kalau terselamat dari ancaman lelaki itu.
Zack memberanikan diri menyentuh lembut wajah gadis di hadapannnya, direnungnya wajah itu penuh kasih. Lisa hanya membiarkan tangan Zack merangkul tubuhnya erat dan tanpa sedar bibir mereka bertaut rapat. Mereka hanya tersedar bila telefon bimbit Zack tiba-tiba berdering.
“ Hello...bos.....saya baru sampai kat kondo Lisa” beitahu Zack sambil mengerling ke arah Lisa yang berada di sisinya.
“ Er...belum....saya tahu, bos....ok” talian segera di matikan.
“ Kenapa?” soal Lisa berkerut dahi.
“ Dia minta I bawa you sekarang ke club, semua orang dah tunggu you kat sana” beritahu Zack sambil meletakkan kembali telefon ke dalam poket bajunya.
“ Apa maksud you semua orang sedang menunggu I?” soal Lisa kehairanan.
“ Biarlah I berterus-terang. Sebenarnya bos nak celebrate birthday party untuk you...dia nak surprisekan you tapi I dah bagi tahu you. so...sampai di sana nanti, you terpaksa berlakonlah ye!” Zack mencuit hidung Lisa sambil tersengih. Begitu juga Lisa.
“ Ok....you tunggu sekejap, I tukar pakaian” Lisa meninggalkan Zack di ruang tamu. Dia terus menghilang ke biliknya.
***********


SEBAIK saja dia melangkah masuk kedengaran sorakan dan lagu Happy Birthday di nyayikan. Berkaca mata Lisa kerana terharu dengan sambutan itu. Tak sangka di balik sikap bengis Borhan, masih ada sikap romantis dan perihatin. Sangkanya dia tak akan meraikan hari lahir tahun ini.
Happy birthday, sayang” sebuah kucupan hinggap di pipi kanan dan kiri Lisa. Borhan tersenyum manis.
Thanks” ucap Lisa yang turut menghadiahkan kucupan di pipi buat lelaki itu.
Zack sengaja menjauhkan diri. Dia menyertai teman-teman yang lain menikmati hidangan yang disediakan. Sesekali Lisa dan Zack sempat berbalas senyum.
“ Sayang....I ada present untuk you” bisik Borhan lembut di telinga Lisa, dan serentak itu sesuatu mula melingkar lehernya.
Wow....cantiknya... I like it” Lisa benar-benar teruja menerima kalung berlian dari Borhan. Tubuh lelaki itu dirangkul erat tanpa segan silu. Borhan turut merangkul tubuh langsing itu erat.
Ramai yang menghampiri Lisa untuk mengucapkan tahniah. Tersenyum lebar Lisa menerima ucapan itu dan Borhan tetap berada di sampingnya, malah tangan sasanya sentiasa melilit pinggan Lisa.
“ Congrotulation, and happy birthday” Marion muncul memberi ucapan sambil berbalas pelukan. Lisa segera meminta diri untuk beredar bersama Marion di satu sudut.
“ Apasal you datang lambat, I ingat you tak datang tadi. Maklum saja you are my bestfriend” ujar Lisa sambil menyambut hadiah yang dihulurkan oleh Marion.
Sorry, I ada hal.....” Marion memberi alasan.  Buat masa sekarang dia betul-betul sibuk dengan pertunjukkan pentas. Dia ingin sekali mempelawa Lisa menyertainya tapi pastinya Borhan tidak akan membenarkan. Sejak Lisa bersama lelaki itu, banyak aktiviti Lisa terpaksa di tinggalkan dan boleh dikatakan dia kini sudah tidak terlibat dalam bidang modelling lagi.
“ Lisa, you dengan Zack tu ada apa-apa ke? Sejak dari tadi dia asyik pandang kat sini aje” bisik Marion.
“ Tak adalah....” Lisa segera menolak andaian teman baiknya.
“ You mesti berhati-hati....Bob tu bukan sebarangan manusia tau....I tak nak perkara buruk berlaku pada you sebab I sayangkan you” nasihat Marion.
“ I know....I pun sayangkan you.....you bukan hanya setakat kawan I tapi I dah anggap you macam keluarga I” Lisa memeluk erat tubuh Marion.
Memang dia sayangkan Marion. Marion satu-satunya teman yang dia percaya, apa jua yang berlaku padanya di ceritakan pada gadis itu.
“ Lisa, you tak terfikir ke nak pulang pada mak you....tinggalkan semua ini dan mulakan hidup baru....I memang tak percayakan si Borhan tu....sampai bila you nak teruskan hidup bersama lelaki yang tak boleh menjamin kesejahteraan hidup you!” Marion merenung wajah Lisa. Sebenarnya dia cukup kasihankan Lisa. Lisa menjadi begini bukan kehendaknya.
Perceraian orangtuanya membuatkan hidup Lisa tak stabil. Ayahnya telah kawin lain dan makciknya tak mahu menerima dia hingga terpaksa dia mengikut maknya yang bekerja di UK sebagai chef di sebuah hotel. Kehidupannya agak baik sehinggalah maknya berkahwin dengan seorang lelaki keturunan Nigeria. Hidupnya kembali berubah setelah beberapa kali bapa tirinya cuba mengambil kesempatan atas dirinya apabila Pn. Sabrina pergi kerja. Bertahun-tahun dia terpaksa hidup tertekan dan akhirnya dia mengambil keputusan pulang ke Malaysia untuk mencuba nasib hidup bersama ayahnya tapi malang, ayahnya telah meninggal dunia akibat radang paru-paru 5 tahun yang lalu. Melalui seorang kenalannya dia mendapat peluang bekerja sebagai seorang model di Malaysia, juga luar negara kerana memiliki tubuh dan wajah yang menarik.
Marion....are you dreaming!” teguran Lisa membuatkan Marion terpingga-pingga. Begitu jauh dia mengelamun mengingati kisah hidup temannya itu.
Let's dance!” Lisa menarik tangan Marion untuk mengikuti pengunjung lain menari mengikut rentak irama. Malam ini dia mahu bergembira, kalau boleh dia ingin melupakan kisah hidupnya buat seketika.
*************

REEN masih lagi merenung telefon di tangannya. Serba salah pula dia nak menerima permintaan Datin Halijah.
“ Reen, kalau boleh mama nak Reen jemput Amier kat airport besok.....bolehkan sayang!”
“ Besok?....er....sebenarnya Reen.....”
“ Alah....apa salahnya kalau sesekali pulangnya dijemput oleh isteri.....”
“ Abang Amier ke yang minta mama pujuk Reen menjemputnya di sana?” hairan pula bila memikirkan begitu beria mertuanya minta dia menjemput Amier di airport. Bukannya dia tak biasa pulang sendiri, dalam erti kata pulang berjemput. Lagi pun lelaki tu kan selalu sangat ke luar negara, pastinya dia tak kesah kalau hanya Pak Samat yang menjemput.
“ Tak adalah....Mier tak suruh pun....saja mama yang mahu Reen menjemputnya, mama percaya Amier pasti gembira kalau Reen menjemputnya” pujuk Datin Halijah.
Reen menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Ada-ada saja idea mertuanya mahu merapatkan hubungan antara dia dan Amier. Bukan dia tak tahu taktik tu.
“ Hm....baiklah, mama puas hatikan” Reen mengalah. Kedengaran ketawa senang di hujung talian. Reen percaya pasti wanita itu tersenyum lebar.
“ Alah Reen...mama dulu pun selalu jemput papa kat airport setiap kali dia pulang dari luar negara, sekarang ni aje jarang....maklumlah dah tua, tak larat nak menunggu lagi” masih lagi kedengaran ketawa halus di hujung talain.
“ Jadi sekarang ni mama dah nak jadi mentor Reen lah ya....jadi berapa ramai dah perempuan yang pernah menjadi protege mama ?” sengaja Reen nak mengenakan mertuanya. Sengaja disakat dengan rancangan realiti Mentor kat TV. Sejak akhir-akhir ini hubungan mereka makin bertambah mesra dan akrab.
“ Hisy....apa ni, sampai ke situ pulak perginya....bukannya apa, mama cuma nak tengok hubungan korang berdua baik. Mama sayangkan Reen seperti mana mama sayangkan anak-anak mama yang lain....korang semualah harta mama yang paling berharga”
“ Apa ni, ma....dah masuk bab touching pulak....nanti tak pasal-pasal meleleh air mata Reen” Reen cuba membuat lawak. Terharu pula mendengar kata-kata itu. Memang dia cukup bertuah mempunyai mertua sebaik Datin Halijah. Kalau dia berkahwin dengan lelaki lain, tak mungkin dia memiliki mertua semurni itu.
Thanks mama....Reen pun sayangkan mama seperti mana Reen sayangkan ibu” Reen cuba menahan sebak.
“ Ok....jangan lupa janji esok ya. Nanti mama minta Pak Samat datang menjemput Reen di rumah sewa.....Assalamualaikum”
“ Waalaikumussalam” Reen mematikan talian. Dia mendengus perlahan. Nampaknya hari minggu terpaksa dihabiskan di rumah Datin Halijah. Ingatkan dia dapat berlengkar di atas katil selepas seminggu penat bekerja.

***********


7 comments:

  1. thanks writer .... dh lama 2nggu citer ni!
    kesian gak ngan lisa tuh - rupenya she has family probs
    hope reen akan tbuka hati to accept amier - good move mama - let reen go 2 d airport n pick up amier -mesti amier surprise n excited kn?

    -Lysa

    ReplyDelete
  2. hehee ... sporting mama! go go go ..... reen g airport!

    -easylife

    ReplyDelete
  3. lamanya tnggu update citer ni..suke sngt amier n reen..cpt update akak writer!! ^^

    ReplyDelete
  4. Tq Cik Penulis,lama tunggu..tapi ckit sangat cerita 'REEN & AMIER'..MISS BOTH OF THEM....

    ReplyDelete
  5. bile nk publish citer ni..lama dh tunggu..x sabar dh ni..plssssssssssss

    ReplyDelete
  6. bila nak sambung lg ni.....best giler cite ni

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...