Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 21 January 2012

Di Penghujung Rindu 8



oleh : Azieana


Bab 8

H
ARI ini Tuty menemankan Sarah ke butik pengantin, Datin Ruzaini yang begitu beria-ria mahukan dia memilih beberapa pasang baju pengantin untuk di pakai masa persandingan nanti. Urusan lain, Datin Ruzaini dah uruskan dengan bantuan pakar runding perkahwinan. Selepas selesai urusan mencuba baju pengantin, Tuty dan Sarah singgah di restoran.
“ Banyak betul prosedur dan urusan yang di buat sebelum kawin ya, aku  pun turut terasa bahangnya. Hm…macam mana dengan abang Hafiz,  dia dah pergi fitting baju ke?” Tuty menyedut rakus jus oren.
“ Dia tu dah besar, tahulah dia uruskan sendiri…kalau aku cakap nanti, dia marah aku pulak” Sarah membalas, malas nak fikirkan pasal lelaki tu.
“ Kau jemput ramai ke kawan-kawan untuk datang ke majlis kawin kau tu?”
“ Takla ramai sangat, kawan-kawan yang terdekat aje….office mate, beberapa orang client yang selalu berurusan dengan aku je…yang lain, terserah pada mama dan papa. Kau dan keluarga kau akan jadi tetamu kehormat aku” di wajah Sarah terbayang muka Hj. Yusoff dan Hjh. Aminah, orangtua Tuty.  Dia sayangkan orangtua Tuty kerana mereka melayannya dengan baik setiap kali Sarah berkunjung ke rumah mereka di Parit Buntar, Perak.
“ Yalah. Mak dan ayah aku pun dah tak sabar nak datang majlis kawin kau nanti. Mereka turut teruja bila dapat tahu kau dah nak kawin…sampaikan aku pun dapat tempias sama…mak aku apa lagi, asyik pot pet pot pet cakap pasal kawin”
Mereka terus berbual mengenai beberapa topic sehinggalah Sarah dan Tuty terpandang dua orang lelaki yang baru melangkah masuk ke restoran itu.
“ Abang Hafiz pun datang sini juga…” Tuty bersuara perlahan.
Hafiz bersama temannya sempat memandang ke arah mereka. Pada mulanya Hafiz ingin mengambil tempat duduk lain tapi temannya itu beria-ria mahu dia menyertai Sarah.
“ Hai, boleh abang Riz joint sekali” Rizuan bersuara sebaik saja mereka berada di hadapan Sarah dan Tuty. Hafiz tetap buat muka selambanya.
Sure!” Sarah memberi kebenaran membuatkan Rizuan tersenyum, pantas tangannya menyiku lengan Hafiz menyuruh lelaki itu duduk bersamanya.
“ Abang Riz dan abang Hafiz dari mana ni?” soal Sarah memandang wajah mereka.
“ Jumpa kawan lama…dia kerja kat Qatar, sesekali balik sini…itulah….macam reunion kecil-kecilan” Rizuan memberitahu sambil tergelak.
Order sir?”
Fresh orange
Lemon tea ice
So, korang berdua dari mana?” Tanya Rizuan selepas pelayan itu beredar.
“ Sarah minta Tuty temankan untuk pergi fitting baju pengantin tadi, lepas ni kami terus nak balik”
Congrotulation…abang Riz pun tak sangka Sarah akan kawin dengan Hafiz, sorry…abang Riz tak dapat datang ke hotel hari tu, kak Nita  tak berapa sihat, kena bawa dia pergi klinik, lagi pun dia sekarang ni tengah pragnant
“ Oh ya ke?....anak ke berapa?” Rizuan terus mengangkat jarinya.
“ Ke dua?...tahniah!” Sarah turut teruja bila mengetahui Rizuan bakal menerima cahaya mata ke dua. Sarah sudah lama mengenali lelaki itu, selalu juga dia datang ke rumah bersama Hafiz. Menyebabkan hubungan mereka agak rapat juga, ditambah dengan sikap Rizuan yang ramah dan mudah mesra.
“ Fiz, agaknya lepas ni kau dah tak keluar malam lagi ya!” usik Rizuan.
“ Kenapa?...kau ingat ikatan perkahwinan boleh menyekat kebebasan aku?” Hafiz bersuara agak keras.
“ Fiz, aku rasa kau lelaki yang bertuah dapat berkahwin dengan Sarah…aku memang tahu korang berdua ada masalah dalam komunikasi tapi semua tu boleh berubah” kata Rizuan.
 Hafiz tiba-tiba mendengus, sempat melirik ke arah Sarah dan Tuty yang hanya diam membisu.
“ Abang Riz, kami rasa dah lama kami di sini, ada baiknya kami beredar sekarang” Sarah bersuara. Dia sudah pun bangun untuk bersedia beredar, begitu juga dengan Tuty.
“ Oh….begitu ya!....”
“ Minuman tu abang Riz belanja” Rizuan terus bersuara sebaik saja Sarah ingin memanggil pelayan untuk membuat pembayaran.
Thanks…jumpa lagi ya!” Sarah menghadiahkan senyuman untuk Rizuan sebelum melangkah pergi bersama Tuty dengan diperhati oleh Rizuan.
“ Hei, bro…apa masalah kau ni?...” Rizuan menepuk bahu Hafiz. Hairan betul dengan perangai Hafiz. Selalu aje ada masalah dengan mood.
“ Tak ada apalah” acuh tak acuh pula Hafiz menjawab pertanyaan Rizuan.
“ Kau harus terima kenyataan…sama ada kau suka atau tidak, Sarah tu tetap jodoh kau. Aku rasa dia dah cukup sabar melayan kerenah kepala angin kau  yang selalu tak betul ni, bukan sehari dua tau, tapi dah 20 tahun….cuma kau aje yang selalu berperasangka buruk!”
“ Aku cuma rasa terkilan dengan sikap orangtua aku, sikit pun dia orang tak tanya atau bincang dengan aku sebelum buat keputusan untuk jodohkan aku dengan Sarah. Kalau aku tolak,…papa aku tu siap ugut lagi nak tarik hak aku di syarikat dan apa jua yang telah dia berikan pada aku selama ni…..jadi, kau rasa adil ke buat aku”
“ Orang tua kau tu bukan bodoh….aku pun tak tahu nak cakap pasal cara hidup kau ni…dah lama aku nasihatkan, tinggalkan semua tu….kau nak buat apa kalau ditakdirkan suatu hari nanti datang beberapa orang perempuan yang mengaku mengandungkan anak kau!” nasihat Rizuan.
“  Aku masih waras lagi, bro….senakal-nakal aku melayan perempuan, aku tak pernah meniduri mereka, aku masih lagi  dapat  membezakan perkara yang halal dan haram…cuma sesetengah orang aje yang beranggapan aku ni lelaki yang jahat bila aku layan ramai perempuan…..”
Hafiz teringat peristiwa yang berlaku pada gadis yang bernama Aida dulu. Walaupun dia pernah mengatakan dia pernah bersama gadis itu, sebenarnya itu adalah penipuan semata-mata. Tidak sekali-kali dia meniduri  Aida yang ketika itu dalam keadaan mabuk semasa dia dan seorang temannya menghantar gadis itu ke bilik hotel. Sebaliknya  teman Hafiz yang meniduri gadis itu selepas dia beredar dari bilik hotel dan temannya turut mengakui hal itu keesokakan harinya. Sengaja dia mengiyakan kata-kata itu semata-mata mahu memutuskan hubungannya dengan gadis yang tak bermaruah itu.
“ Eloklah ….selepas ni kau dah ada tanggungjawab baru, sebagai ketua keluarga, kau patut bimbing isteri kau. Setahu aku sejak dari dulu lagi kau memang liat nak solat….aku dulu pun macam kau juga juga tapi sejak aku kawin aku rasa banyak beban dan tanggungjawab terpikul di bahu aku. Sebagai sahabat…aku cuma nak nasihatkan kau supaya cepat-cepat bertaubat sebelum terlambat. Ajal dan maut tu datang tak kira usia!” nasihat Rizuan dengan ikhlas. Hafiz hanya diam, kemudian perlahan-lahan dia meraup wajahnya.
************

“ AKU terima nikahnya Nur Maisarah binti Abdullah dengan mas kahwin RM 100 tunai” hanya dengan sekali lafaz maka sahlah hubungan Hafiz  dan Sarah sebagai suami isteri mulai saat ini.
Majlis perkahwinan dan persandingan di banglo mewah Datuk Syafiq Rahman  itu berlangsung dalam suasana sederhana, namun tetap meriah. Hanya saudara mara dan sahabat yang terdekat sahaja yang dijemput hadir dalam majlis itu. Datin Ruzaini akur pada permintaan Hafiz dan Sarah walaupun dia agak terkilan. Kalau boleh dia mahu meraikan majlis perkahwinan mereka di hotel dan menjemput semua saudara mara datang seperti yang di buat semasa perkahwinan Hakim 5 tahun lalu. Dalam majlis itu tiada barang hantaran, hanya mas kawin dan sedulang barang perhiasan. Itu pun Datin Ruzaini yang bertegas. Kalau nak harapkan Sarah, dia tak mahu apa-apa, cukuplah sekadar akad nikah dan majlis yang cukup simple.
Tetamu yang datang menikmati hidangan yang disediakan dengan begitu berselera. Bagi pengantin baru, Hafiz dan Sarah sepertinya membuat hal masing-masing.  Hafiz nampaknya begitu rancak berbual bersama-sama teman, begitu juga dengan Sarah.
Sarah mengambil tempat duduk di satu sudut, melepas penat. Sesekali dia berbalas senyum dengan saudara mara Datin Ruzaini dan Datuk Syafiq Rahman. Mama dan papanya begitu sibuk melayan tetamu, senyuman tak lekang dari bibirnya. Seronok betul menerima menantu, tambahan pula ramai saudara mara yang memuji kecantikan menantunya. Apa tidaknya, Sarah yang masih lagi memakai gaun pengantin berwarna putih itu begitu cantik bila di solek oleh mak andam. Tambahan pula rambutnya telah dipotong pendek dan didandan. Nampak berlainan, terutama sekali malam ini dia tidak memakai cermin mata berbingkai hitam yang tebal. Kali ini dia dipaksa oleh Tuty memakai kanta lekap. Hafiz sendiri pun kelihatan begitu tergamam tatkala memandang wajah Sarah sebentar tadi. Namun lelaki itu tetap dengan egonya. Mana nak memuji, tapi kawan-kawan Hafiz tanpa segan memuji di hadapan Hafiz, ada beberapa orang kawannya seakan nak meleleh air liur sewaktu memandang wajah Sarah. Bukan mereka tak pernah pandang Sarah tapi mereka tak pernah pandang Sarah tanpa berkaca mata.  Sarah sedikit pun tak terkilan Hafiz tidak memujinya. Dia tak rugi apa-apa pun kalau lelaki yang sudah menjadi suaminya itu tidak memberi sebarang komen.
Dari satu sudut, Hafiz begitu asyik bersembang dengan rakan-rakannya. Sedikit pun tidak menghiraukan statusnya sebagai suami pada Sarah. Isterinya itu dibiarkan terus  keseorangan melayan diri.  Walaupun begitu, dalam diam dia turut memuji kecantikan Sarah untuk malam ini. Cuma mulutnya yang berat untuk bersuara.  Sesekali dia mencuri pandang ke arah Sarah. Ingin dihampiri isterinya itu tapi dia pula yang rasa segan. Terasa egonya sebagai lelaki yang pernah mencemuh Sarah akan tercalar.
“ Hai, Fiz….aku tak sangka Sarah malam ni betul-betul bertukar rupa….kalau aku tahu, dah lama aku cuba pikat dia” kata Syamil.
“ Kau ni Mil….tak boleh tengok perempuan cantik sikit…mulalah nak menggatal…” tegur Hanafi. Tahu sangat perangai Syamil yang suka memikat perempuan tapi tak satu pun yang melekat.
“ Fiz, takkan kau nak biarkan Sarah keseorangan, orang lain kalau kata pengantin baru, asyik berkepik aje tapi kau ni macam oang bercerai talak 3, tak berani nak dekat dengan isteri….kalau ada yang berniat nak kebas,  kau juga yang berputih mata nanti!” kata Najmi sambil menepuk bahu Hafiz. Walaupun mereka tahu perkahwinan Hafiz bukan atas kerelaan, tapi mereka tetap memberi sokongan. Hafiz yang mendengar kata-kata Najmi memandang ke arah Sarah yang sedang bercakap dengan beberapa orang tetamu yang terdiri dari lelaki dan perempuan.
Selepas melayan beberapa tetamu, Sarah meminta diri untuk beredar. Dia rasa cuak dengan semua ini. Tak ada gunanya dia mengadu kalau memang sudah tersurat ini yang terpaksa ditempuhinya. Sesekali dia melirik jam tangannya comelnya, sudah dekat jam 5 petang. Tuty baru saja meminta diri untuk beredar kerana dia perlu membuat persiapan untuk bertolak ke  Singapura malam nanti.
“ Kenapa ni, duduk seorang diri  macam orang berjauh hati. Nama aje pengantin baru, tapi wajah bermuram durja….tak nampak happy langsung!” tiba-tiba tegur seseorang membuatkan Sarah segera menolah. Walaupun dia terkejut di tegur begitu, tapi sebaik saja melihat tuan empunya yang menegur, dia segera mengukir senyum.
“ Tak adalah…saja nak menenangkan fikiran. Lagi pun Sarah tak tahu nak buat apa…” balas Sarah membuatkan Hakim mengerut dahi.
“ Kenapa Sarah tak layan tetamu?...sekurang-kurangnya Sarah tahu hari ini adalah hari yang bersejarah buat Sarah dan Hafiz” kata Hakim.
Sarah hanya diam.
“ Mana Hafiz?....sepatutnya dia temankan Sarah…ini dibiarkan Sarah seorang diri” melilau mata Hakim mencari kalibat adiknya. Akhirnya dia dapat melihat wajah Hafiz yang begitu asyik melayan teman-temannya tanpa sedikit pun menghiraukan Sarah.
“ Kenapa ni? Muka Sarah abang Hakim tengok tak ceria langsung…dah 3 hari abang Hakim kat sini, tapi wajah Sarah murung aje, Hafiz pun macam tu. Come on, babe…this is your wedding day. Sarah patutnya gembira menikmati hari yang begitu istimewa dalam hidup Sarah” Hakim mengenggam erat tangan Sarah.
“ Sebenarnya abang Hakim pun tak sangka yang Sarah dan Hafiz akan jadi suami isteri. Kelakar pulak rasanya…yalah kan….korang berdua tak pernah ngam, tiba-tiba bersanding bersama”
 Hakim tersenyum. Memang dia tidak menduga.
“ Perkahwinan ni bukan kehendak kami… papa dan mama yang mahu kami berdua  dikahwinkan.  Abang Hafiz memang menolak  cadangan papa dan mama tapi papa yang tetap berkeras….malah siap ugut abang Hafiz lagi. Papa akan menarik semua benda yang papa berikan pada abang Hafiz termasuk jawatannya di SR Corp. Sdn. Bhd kalau abang Hafiz menolak” beritahu Sarah.
Hakim hanya mengangguk perlahan.
“ Hmm…patutlah abang Hakim tengok korang berdua ni macam bermasalah aje….masa korang bersanding tadi pun ramai yang komen, kedua pengantin tak ceria walaupun nampak sepadan…macam cengkodok basi, seorang pandang timur, seorang lagi pandang barat” Hakim tersenyum.
“ Ya  ke? Apalah abang Hakim ni…pandai aje mengutuk…ingatkan nak bersimpati, tapi hampeh…” Sarah dan Hakim tergelak sama.
Sarah kembali mengangkat muka menatap wajah Hakim. Lelaki itu membalasnya dengan mengukir senyum membuatkan Sarah turut tersenyum. Hakim, abang angkatnya ini kerja sebagai jurutera itu adalah seorang lelaki yang baik, selalu mengikut kata orangtua dan Sarah terlalu menyayanginya. Hasil dari perkahwinannya dengan gadis dari Switzerland bernama Marsha selama 5 tahun, mereka di kurniakan sepasang anak lelaki dan perempuan yang comel berusia 4 tahun dan 2 tahun.  Pada mulanya Datuk Shafiq Rahman membantah hasrat Hakim untuk berkahwin dengan Marsha tapi akhirnya dia mengalah selepas Hakim berjanji untuk sentiasa pulang menjenguk orangtuanya sekurang-kurangnya 3 kali dalam setahun terutama bila menjelang hari raya dan nampaknya setakat ini Hakim tak pernah mengingkari janjinya.
“ Hai, tadi muka tu asyik masam mencuka….sekarang ni abang Hakim tengok mulut Sarah tu memuncung panjang mengalahkan belali gajah, kenapa?” usikan Hakim membuatkan Sarah tunduk, menyembunyikan rasa malu. Entah bagaimana rupanya itu bila dila ditegur demikian, pasti buruk. Dalam diam dia tersenyum.
“ Apa boleh buat, dah kena kawin paksa….macam mana Sarah nak rasa gembira macam pengantin yang lain…” akhirnya Sarah mengeluh perlahan sambil memandang ke arah tetamu yang masih enak menjamu selera.
“ Kenapa?...Sarah dan Hafiz telah melakukan sesuatu sampaikan korang berdua terpaksa kawin…Sarah dan Hafiz  pernah terlanjurke?” wajah Hakim tiba-tiba kalut dan panic.
Sarah segera menampar lengan Hakim. Dia sendiri tak sangka yang Hakim boleh berfikir sampai ke situ sedangkan dia tahu sejauh mana hubungannya dengan Hafiz selama ini.
“ Teruklah abang Hakim ni….masakan Sarah sanggup bertindak sejauh itu” kata Sarah membuatkan Hakim tersengih.
“ Sebenarnya mama dan papa yang menjodohkan kami berdua. Mereka dah lama merancang dan papa mahu segera mengahwinkan kami walaupun kami pernah membantah, terutama sekali abang Hafiz” beritahu Sarah.
Hakim mengerutkan kening seolah-olah sedang memikirkan kata-kata Sarah itu.
“ Abang Hakim sendiri pun benar-benar terkejut dan tak sangka bila papa call abang Hakim dan minta abang Hakim balik untuk meraikan majlis perkahwinan Sarah dan Hafiz. Mama dan papa tak beritahu kenapa dia orang beria-ria mahu Sarah dan Hafiz berkahwin?”
“ Untuk memulihkan hubungan kami berdua!”
“ Itu aje alasannya?...tak ada alasan lainke?”
“ Mungkin ada….tapi Sarah malas nak tanya atau ambil tahu, biarlah masa dan keadaan yang menentukan segalanya” Sarah mengeluh perlahan, Hakim juga begitu.
“ Biasanya pilihan orangtua adalah pilihan yang terbaik dan abang Hakim percaya Sarah dan Hafiz akan hidup bahagia walaupun terpaksa mengambil masa yang panjang untuk masing-masing mengenal hati budi…” kata Hakim seakan bersetuju dengan cadangan orangtua mereka itu.
“ Itu hanya pendapat abang Hakim tapi dalam sesebuah perkahwinan….ianya melibatkan soal hati dan perasaan. Abang Hafiz sendiri pernah cakap sebelum kawin kawin…dia mengatakan bahawa perkara yang paling mustahil berlaku dalam hidupnya ialah jika dia ditakdirkan jatuh cinta dengan Sarah” kata Sarah bila mengingatkan kata-kata yang pernah dilafazkan oleh Hafiz sebelum ini, sehari selepas papa memutuskan untuk menjodohkan mereka berdua.
“ Tapi Sarah kena ingat, Allah tu Maha Adil dan Maha Berkuasa, Dia yang menentukan segalanya. Dan kita sebagai hambanya perlu percaya bahawa setiap yang berlaku pasti ada hikmatnya. Tak mustahil kalau abang Hakim katakan  mungkin suatu hari nanti akan terbit perasaan kasih, sayang dan cinta dalam hati Sarah dan Hafiz nanti….tak siapa yang tahukan ketentuan Allah!”
Hakim mencapai tangan Sarah, digenggam tangan itu seketika sebelum mengajak Sarah beredar dari tempat itu.
************

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...