Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Saturday, 28 January 2012

Antara Aku & Dia 5

oleh :Azieana

Bab 5

H
ELYNA terus menunggu dengan sabar di Jenny`s Florist.  Masih sempat untuk  dia meninjau di sekitar kedai bunga itu. Ada pelbagai jenis  bunga segar di kedai bunga tersebut. Di samping menjual bunga segar, pelanggan juga boleh membeli cenderahati yang pelbagai pilihan dari dalam dan luar negara. Dan susun atur di kedai itu juga menarik dan kemas. Layanannya juga memuaskan, jadi tidak mustahillah ia menjadi tarikan para pengunjung untuk terus datang ke kedai itu. Buktinya, sejak 20 minit dia berada di kedai itu,  5 orang pengunjung sudah  masuk ke kedai itu untuk membeli jambangan bunga dan juga cenderahati. Sekali lagi Helyna melirik jam tangannya.
`Hm…buang masa aje aku datang sini…` rungut Helyna bila tiada tanda-tanda orang yang di tunggunya muncul.
Terlebih dahulu dia sudah memaklumkan pada Pn. Jenny tentang kedatangannya ke kedai itu. Pada awalnya Pn. Jenny agak serba-salah tapi bila di jelaskan dengan baik, perempuan itu hanya mampu tersenyum.
Thanks, Pn. Jenny.  You rasa lelaki itu akan datangke?...I ingat buang masa aje I tunggu!” Helyna bersuara sebaik saja Pn. Jennya menghampirinya sambil menghulurkan satu kotak air minuman.
“ You jangan risau…I pasti dia akan datang…you bertuah sebab lelaki itu banyak handsome…dia banyak suka sama you…you sama dia  orang kata…secocok ma…” kata Pn. Jenny sambil tersenyum manis.
“Ada-ada aje Pn. Jenny ni…kata orang, kalau lelaki handsome…pasti ramai girlfriend. I cuma nak tahu siapa dia dan I nak minta dia berhenti mengganggu I dengan menghantar jambangan bunga untuk I…I tak suka!” kata Helyna.
“ Kalau macam…I rugi wo…I akan hilang satu pelanggan! He`s my special customer…selalu tempah jambangan bunga yang mahal untuk you!” balas Pn.Jenny
Dalam mereka asyik berborak, seorang lelaki masuk ke kedai bunga itu. Dari jauh Pn. Jenny sudah mengukir senyum. Dia lantas bangun meninggalkan Helyna untuk melayan pelanggan itu. Dari satu sudut Helyna cuba mengamati lelaki itu. Penampilannya cukup kemas dan bergaya. Kemeja lengan panjang berwarna kuning lembut dan bertali leher. Tidak jelas wajahnya kerana lelaki itu mengenakan kaca mata hitam. Seronok pula Helyna memerhati lelaki itu. Ada sesuatu yang menarik tentang lelaki itu yang membuatkan Helyna berterusan memandangnya tanpa di sedari oleh lelaki itu.
Hi…Selamat petang…” ucap lelaki sebaik saja Pn. Jenny muncul di hadapannya. Senyuman manis terukir di bibirnya.
“ Selamat petang” balas Pn. Jenny ramah.
`Wah…kacaknya lelaki tu!” dalam diam Helyna memuji lelaki itu.  Sungguh, dia terpesona dengan senyuman itu. Cukup menarik.
“ Lewat hari ni!” tegur Pn. Jenny. Sempat pula dia mengarahkan seorang pekerjanya supaya melayan pelanggan yang baru masuk ke kedai.
“ Ada hal sikit kat office!” beritahu lelaki itu yang begitu khusyuk melihat gubahan Pn. Jenny untuk seorang pelanggan.
“Macam mana dengan hari ini?” tanya Pn. Jennya apabila dia selesai mengubahnya dan menyerahkan pada pembantunya.
As usual…one dozen red roses for her…!” beritahu lelaki itu sambil mengetuk-ngetuk tangannya di atas meja.
She`s very lucky! And I `m sure she`s pretty!” ujar Pn. Jenny sambil berlalu menghampiri longgokan bunga segar di satu sudut. Lelaki itu hanya memerhati dari jauh Pn. Jenny memilih bunga ros merah.
What`s her name?” tanya Pn. Jenny sebaik saja dia kembali ke kaunter bersama alatan untuk membungkus bunga itu.
“ Helyna!”
 Hampir gugur jantung Helyna mendengar namanya di sebut oleh lelaki itu. Memang sah! Lelaki inilah yang menghantarkan jambangan bunga untuknya selama ini. Dengan penuh debaran, dia menghampiri pemuda itu dari sudut sisi tanpa di sedar oleh lelaki itu. Sejak dari awal lagi dia rasa tak sedap hati sebaik saja mendengar suara lelaki itu. Macam ada sesuatu…
Sorry, exercuse me…”
Helyna bersuara sebaik saja dia menghampiri lelaki itu yang begitu asyik melihat Pn. Jenny mengubah jambangan bunga untuknya. Lelaki itu benar-benar terkejut sebaik saja melihat wajah Helyna walaupun di balik kaca mata hitamnya. Akhirnya dia menanggalkan kaca mata hitam yang di pakainya. Terserlah wajah kacaknya.
“ You…Encik Luqmankan?”
Pn. Jenny yang melihat adegan itu hanya terdiam. Dia memandang wajah mereka berdua silih berganti.
I`m sorry…” terucap kata maaf dari mulut lelaki itu. Dia benar-benar rasa cemas dengan pertemuan itu. Tidak sedikit pun dia menjangka akan pertemuan seperti ini. Akhirnya senyuman cuba di berikan untuk Helyna bagi menghilangkan rasa gelisahnya.
“ Jadi…selama ini you yang hantar jambangan bunga untuk I!” tajam mata Helyna merenung wajah Luqman. Luqman mula berdehem. Sengaja nak menghilangkan rasa gugupnya berdepan dengan Helyna. Dia akui itu memang kesilapannya kerana telah mengganggu privacy seseorang tanpa menonjolkan diri.
“ Sebenarnya I….”
“ Untuk apa you hantar jambangan bunga tu?... I tak kenal pun siapa you yang sebenarnya dan you pun tak tahu siapa I…untuk apa semua ni?” termengah-mengah Helyna cuba mengawal suaranya. Biarlah pelanggan yang ada di kedai itu menonton tingkah laku mereka berdua asalkan masalah ini boleh diselesaikan hari ini juga. Itu nekad Helyna.
Please…let me explain, ok!” pujuk Luqman sambil mengangkat kedua tangannya bila melihat wajah tegang Helyna yang termengah-mengah itu. Akhirnya Helyna mengeluh perlahan sambil menyilang tangannya, tajam matanya merenung wajah Luqman.
Ok….I`m listening right now!” Helyna berterusan memandang wajah Luqman. Sesekali lelaki itu menyelak rambutnya dengan tangan. Hm…bergayanya! Benar-benar gaya seorang lelaki yang cukup macho!
En. Luqman..how about this?...you want it or…” Pn. Jenny mencelah sambil menayangkan jambangan mawar merah yang telah siap di gubah.
Oh…I`ll take it!” Luqman terus mengambil jambangan bunga itu dan menghulurkan wang kepada Pn. Jenny.
“ Jom!”
Luqman tiba-tiba menarik tangan Helyna membuatkan dia terpingga-pingga, apatah lagi gelagat mereka menarik perhatian Pn. Jenny. Tersenyum lebar Pn. Jenny melihat aksi mereka. Macam dalam babak drama pulak!
Tangan Helyna terus di pegang oleh Luqman walaupun dia berupaya melepaskan diri sehingga akhirnya dia mengikut langkah lelaki itu masuk ke dalam sebuah café yang hanya selang dua kedai aje dari Jenny`s Florist tadi. Tangan Helyna terus di genggam erat oleh Luqman sehingga memaksa dia duduk di satu sudut.
Sorry…!” ucap Luqman selepas melabuhkan punggung di kerusi. Helyna menarik muka masam. Geram dengan tindakan Luqman yang sedikit pun tidak di duga itu.
“ You ingat I ni apa?...anak patung?...sesuka hati aje you pegang tangan I !” marah Helyna dengan wajah merah.  Lain yang di rancang, lain pula yang terjadi. Itu yang buat dia bengang.
I said I`m sorry…” pinta Luqman sambil tersengih. Dia sendiri tak menduga boleh bertindak sejauh itu. Yalah….dia sendiri tidak menyangka yang dia boleh bertindak seperti itu pada Helyna sebentar tadi.
Helyna menjeling geram sambil mengetap bibirnya melihat wajah selamba Luqman. Walaupun begitu, dalam diam Helyna tetap memuji lelaki itu. Dia lelaki yang hebat!
“ You nak makan apa?…I belanja!” kata Luqman sebaik saja pelayan datang untuk mengambil pesanan.
“I tak lapar!” balas Helyna acuh tak acuh.
“ Minum?”
“ I tak dahaga!” balas Helyna sekali lagi dengan nada yang sama membuatkan Luqman mengeluh perlahan. Dan akhirnya Luqman memesan 2 juice oren untuk mereka bersama pencuci mulut.
“ I tahu you marahkan I!” kata Luqman cuba menarik perhatian Helyna.
“ Tahu pun!” jawab Helyna dengan selamba. Sengaja melampiaskan rasa geramnya terhadap tindakan Luqman itu.
“ I suka tengok wajah you, terutama sekali mata you…cantik! Mata you biru ori kan bukan pakai contact lense…” puji Luqman ikhlas membuatkan Helyna tiba-tiba menelan liur. Bulat matanya membalas renungan Luqman yang sedang tersenyum. Tergoda seketika dibuatnya… lelaki itu juga memiliki sepasang mata yang menarik!
Ori ke tak ori ke…apa you sibuk!” dengus Helyna agak kasar.
“ Makin you marah…wajah you makin cantik…pasti dah ramai lelaki yang puji you kan!” usik Luqman sambil tersenyum. Menggoda.
“ Itu tak ada kena mengena dengan you” balas Helyna.
“ Amboi, garangnya….you tak makan lagike…nampak gaya macam you nak telan I aje!” usik Luqman lagi sambil ketawa. Makin seronok menyakat Helyna walaupun dia sedar apa yang sedang dirasai oleh gadis itu buat masa sekarang.
“En. Luqman!” Helyna bersuara tegas. Cuba menyembunyikan getaran di hati melihat senyuman dan mendengar ketawa lelaki itu. Cukup mempesonakan nalurinya. Maklumlah dia hanyalah sebagai seorang perempuan biasa. Suka melihat sesuatu yang indah. Itukan perkara normal, tak ada seorang pun yang mahu melihar sesuatu yang jelikkan!
“ Ya…saya…what can I do for you!” Luqman makin galak mengusik Helyna membuatkan wajah Helyna makin merah menahan marah.
“ I tak ada masa nak berlama kat sini dengan you. Tadi you cakap you nak explain…so, teruskan…I nak dengar!” Helyna menyilang tangannya sambil menyandarkan badan di kerusi.
Luqman tetap tersenyum. Dia begitu ralit menatap wajah Helyna. Ketika itu juga pelayan datang membawa minuman bersama pencuci mulut.
Thank you!” ucap Luqman pada pelayan itu.
“Hello…I`m waiting…kalau you tak nak cakap…I pergi sekarang!” ugut Helyna dan bersedia untuk beredar tapi Luqman segera mencapai tangan Helyna.
“ Jemput minum…minuman tu boleh menyejukkan badan you yang tengah panas!” kata Luqman sebelum menyedut minumannya.
“Pertama sekali, I nak minta maaf sebab buat you rasa terganggu dengan jambangan bunga tu…maklum saja, tak ada nama pengirimkan sampai you bersusah payah begini. Sengaja I tak taruh nama…saja nak buat surprise untuk you. Biarlah I berterus-terang…I sukakan you sejak pertama kali kita bertemu di hospital hari tu. Satu perasaan yang telah lama tak wujud dalam hati I sejak bebelas-belas tahun…susahlah I nak jelaskan dalam waktu sesingkat ini. I tak ada niat nak takutkan you…I cuma nak berkenalan dengan you…!”
Helyna terdiam mendengar kata-kata itu. Baginya kata-kata itu tak memberi sebarang makna buatnya. Zarul juga pernah menuturkan kata-kata seperti itu.
` I sukakan you sejak pertama kali I jumpa you!`
“ I minta maaf En. Luqman. I rasa tak perlulah you buang masa untuk mengenali I…youkan dah ada teman wanita. Apa kata teman wanita En. Luqman kalau dia tahu En. Luqman sedang memberi perhatian pada I. I tahu you seorang lelaki yang mempunyai personality yang hebat dan I tak berminat untuk menjalinkan sebarang hubungan dengan lelaki seperti you. Lagi pun I rasa I bukanlah gadis pilihan you!”
“ Dr. Helyna. Kalau I sukakan gadis lain….tak perlulah I buang duit dan masa I untuk bersama you seperti sekarang ini. Memanglah I tak boleh paksa you untuk terima I…tapi sekurang-kurangnya you cuba untuk mengenali siapa diri I yang sebenarnya sebelum you membuat penilaian!” kata Luqman.
“ I tak perlu buat penilaian!” tegas Helyna tanpa mahu berfikir panjang.
“ Kenapa you tak nak bagi I peluang untuk mengenali you…you dah berpunya?...dah bersuami?...bertunang atau dah punya kekasih!”
“ You boleh anggap apa saja…terpulang. Janji you tak ganggu hidup I!” Luqman mendengus kasar.
“ Atau sebab you fikir I dah ada kekasih?...come on…perempuan yang you lihat bersama I hari tu cuma sekadar kawan walaupun I mengaku yang dia mengharapkan hubungan kami lebih dari itu. Tapi I tak boleh nak terima dia sebab I tak ada feeling dengan dia…I tak boleh nak paksa diri I menerima seseorang yang I tak suka!”
“ I tak nak fikirkan masalah you. Cuma I harap selepas ini you tak perlu hantar bunga tu lagi. Perbuatan you itu mengganggu staff di sana…I balik dulu!” kata Helyna tak mahu perbualan mereka terus berpanjangan.
“ Dr. Helyna…tunggu…please!” rayu Luqman.
Stop calling me Dr. Helyna. I bukannya bekerja kat hospital itu. Sebab tu I minta you jangan hantar lagi bunga tu di situ!” kata Helyna dengan tegas. Berkerut dahi Luqman memandang wajah Helyna.
“ Kenapa?...I nampak you di situ. Dr. Amanina pun panggil you doctor Helyna. Salahkah kalau I menghargai pekerjaan you!”
Helyna mengeluh perlahan. Serba salah untuk dia memberitahu hal yang sebenarnya.
Actually, I memang berpangkat doctor tapi bukan doctor perubatan. I seorang doctor falsafah…” akhirnya Helyna terpaksa memberitahu Luqman.
“  You seorang pensyarah?...tapi untuk apa you berada di situ?” Luqman menggaru kepala.
That`s not your business!....I pergi dulu!” Helyna terus mengatur langkah meninggalkan Luqman dengan hati yang lega. Dia harap selepas ini tiada lagi wujud jambangan bunga untuknya dari lelaki itu.
Dan bagi Luqman, pertemuannya dengan Helyna tak akan berakhir di situ. Dia pasti akan cuba mencari jalan untuk mendekati gadis itu.
************

SELEPAS  solat Isya`, Amanina menuruni tangga untuk ke ruang tamu.  Ketika itu Helyna sudah pun tercongok di situ sambil menonton tv. Punggungnya segera di labuh di sisi Helyna yang ketika itu mengenakan baju tidur bergambar hello kitty. Setahu Amanina baju itu di beli oleh Helyna semasa dia bekunjung di pasar Munduk. Helyna juga ada menghadiahkannya baju tidur seperti itu cuma coraknya aje yang berbeza.
Khusyuk betul Helyna memandang ke arah tv yang sedang menayangkan drama bersiri. Tangan Amanina segera di hulur untuk mencapai plastic potato yang berada di atas meja. Di kunyah perlahan sambil matanya turut menghala ke skrin tv. Sesekali dia melirik ke arah Helyna yang berada di sebelahnya.
“ Cerita apa ni?...khusyuk benar  kau tengok….best ke?” tanya Amanina
“Hey! Kau tengok tv ke tv yang tengok kau?...sejak dari tadi diam aje…atau kau ni sedang mengelamun?”
Amanina menyiku lengan Helyna membuatkan temannya itu terus tersentak. Terpingga-pingga dia memandang wajah Amanina yang turut memandangnya dengan dahi berkerut. Serentak itu juga ketawa meletus keluar dari mulut Amanina.
“ Hisy…buruknya rupa orang yang sedang mengelamun ya. Sejak dari tadi aku perhatikan pelbagai memek muka muncul kat wajah kau…apa sebenarnya yang kau tengah fikirkan!” Amanina masih lagi galak ketawa.
“ Ketawalah kau sampai pengsan…kalau betul-betul kau pengsan nanti…aku tak nak tolong….aku akan buat tak tahu aje!” tempelak Helyna geram. Amanina diam. Gadis manis yang bertahi lalat di dagu itu terus merenung wajah Helyna yang mencuka.
“ Sampai hati kau ya….nanti tak pasal-pasal menangis tak berlagu pulak si Syafiq tu bila tahu aku pengsan!” kata Amanina seakan berjauh hati.
“Kau yang cari pasal…kau tanggunglah sendiri!” Helyna menjeling tajam.
Sorry la…aku ganggu kau mengelamun tadi…bukannya apa, boring la aku kalau asyik cakap sorang-sorang…sedangkan kau ada di  sebelah aku asyik mengelamun. Teringatkan siapa?...Luqman ya!....dia masih lagi  hantar bunga kat kau ke lepas kau jumpa dia hari tu?” Amanina bersuara sambil mengalih posisi. Kali ini dia sudah menghadap wajah Helyna. Beria betul nak tahu tentang hubungan Helyna dengan Luqman.
“ Hal jambangan bunga tu dah settle…tapi yang jadi masalah aku sekarang ni..dia asyik call aku….siapala yang gatal mulut bagi nombor phone aku kat dia…aku ganyang mulut dia nanti!” kata-kata Helyna membuatkan Amanina terbatuk tiba-tiba. Kemudian dia menggaru-garu lehernya dan kembali mengubah posisi seperti tadi.
Amanina mencapai potato dan di kunyah perlahan, matanya di hala ke skrin tv. Kali ini dia membiarkan Helyna menyambung lamunannya tadi.
Helyna masih teringat semasa dia terserempak dengan Luqman di Sogo minggu lepas.
“ Hai!” tegur Luqman ramah. Matanya sempat melihat  tangan Helyna yang sedang membawa 2 beg plastic. Dia baru saja membeli dua helai blaus. Helyna membalas teguran itu dengan menghadiahkan senyuman.
“  Sorang aje!”
“ Tak…I tengah tunggu boyfriend…dia pergi toilet kejap!” balas Helyna dengan wajah selamba sambil matanya melilau mencari kalibat Amanina yang meminta diri untuk pergi ke tandas sebaik saja mereka selesai membayar blause tadi.
“ Kenalkan ini kawan I….Iskandar!” Luqman memperkenalkan kawannya di sebelah.
“ Boleh I panggil you Helyna…you kan tak suka I panggil you dengan gelaran doctor, bolehkan I panggil you Helyna!”
“ Maaf…I tak ada masa nak layan you… I minta diri…” Helyna bergegas meninggalkan Luqman terpingga-pingga.
Wait….” Luqman tiba-tiba muncul di depan Helyna. Bulat mata Helyna memandang wajah Luqman. Cepat betul lelaki ini. Sekelip mata aje boleh muncul di depannya. Keturunan superman ke apa!
“ Apa lagi ni…I ingatkan you dah jelas apa yang pernah I cakapkan pada you sebelum ini…” Helyna mendengus kasar.
“ Boleh I dapatkan nombor telefon you!” pinta Luqman. Dia tahu kalau dia beri nombor telefonnya, belum tentu gadis itu akan menghubunginya.
“ Maaf…I tak pakai telefon!” selamba aje Helyna menjawab.  Ternyata Luqman agak tersentak mendengar jawapan itu. Lantas dia memandang wajah Iskandar. Temannya itu sekadar mengangkat bahu.
Tiba-tiba kedengaran lagu Open Your Eyes nyanyian Maher Zain membuatkan mereka bertiga saling berpandangan. Luqman dan Iskandar tahu deringan itu bukan kepunyaan mereka dan serentak itu juga Helyna menyeluk tangannya di dalam beg tangannya dan mengeluarkan telefonnya.
“ Ya…Lyna sedang tunggu kat depan Sogo ni...datang cepat sikit tau sebab ada orang sedang kacau Lyna ni…Lyna takutlah… cepat sikit ya!” kata Helyna dengan suara manja. Pasti Amanina hairan mendengar kata-katanya. Manakala Luqman dan Iskandar saling berpandangan.
“ Helyna… I bukan nak kacau you…I cuma nak berkenalan dengan you…” Luqman cuba membetulkan tanggapan Helyna tentang hasratnya.
Whatever!”
“ Tadi you cakap you tak pakai telefon…” Luqman berkata dengan rasa terkilan.
Sorry, En. Luqman…I terpaksa pergi sekarang!”
 Helyna terus berlalu tanpa mempedulikan pandangan Luqman terhadapnya. Dia sempat mengetuk kepalanya perlahan. Sebenarnya dia cukup malu dengan situasi tadi.  Takkanlah Luqman nak percaya bila diberitahu yang dia tak pakai telefon, sedangkan budak-budak sekolah pun pakai telefon yang serba canggih. Inikan zaman teknologi. Segalanya di hujung jari. Bukannya hidup di zaman batu.
“ Lyna, Syafiq cakap dia nak balik kampong dengan kau esok, jadike?” suara Amanina mematikan lamunan Helyna.
“ Ya…Yati cakap nenek tak berapa sihat!”
Haryati adalah sepupunya, anak Hanisah dan Roslan. Dia tinggal bersama nenek sejak Helyna dan Syafiq tinggal di Kuala Lumpur. Haryati adalah seorang janda anak satu yang berusia 28 tahun. Dia bekerja sebagai pembantu kedai di sebuah pasaraya berdekatan dengan rumah nenek.
“ Aku dah lama tak jumpa dengan nenek, rindu pulak rasanya!”
Amanina diam. Dia tahu perasaan Helyna, pastinya dia begitu menyayangi dan merindui nek Kamariah kerana wanita itulah yang memeliharanya sejak jari kecil.
“ Lyna, aku nak tanya kau satu perkara!” tiba-tiba Amanina bersuara. Wajahnya serius semasa memandang wajah Helyna.
“ Apa dia?” tanya Helyna sambil menelan liur. Berdebar juga dadanya menunggu soalan yang bakal diutarakan oleh Amanina nanti. Macam penting aje.
“ Aku tahu kau sebenarnya ramai peminatkan…kau ingat aku tak tahuke berapa ramai student kau yang jatuh hati kat kau! Tak kurang juga  pensyarah –pensyarah yang masih bujang terutama sekali pensyarah yang namanya Kamal kan. Aku tahu pun sebab kau selalu cerita kat aku pasal si Kamal tu.” Amanina memulakan intronya.
So…apa kena mengenanya si Kamal tu dengan soalan kau? Kau nak aku terima si Kamal tu ke?” Helyna tergelak kecil. Serta merta wajah lelaki yang kacak dan bermunis muncul di ingatannya. Dia tahu lelaki itu sengaja mengambil peluang untuk menemuinya dan sesekali terpaksa juga dia menerima ajakan lelaki itu untuk makan tengahari bersama. Dia menerimanya pun dengan menganggap lelaki itu sebagai rakan sekerjanya.
“Kau sukakan dia?...si Zarul tu macam mana?”
“ Kamal dan Zarul tu aku hanya menganggap mereka sebagai kawan…tak lebih dari itu, kenapa…salahke kalau aku beranggapan begitu. Aku rasa tak salahkan kalau kita punya ramai teman…kalau kita ada masalah, boleh minta bantuan mereka. Lagi pun aku ikhlas berkawan dengan mereka!”
“ Ya ke?...tapi bila kau selalu sangat bersama, mereka akan salah anggap…kalau perempuan dengan perempuan tak apa…lelaki dengan perempuan ….banyak tanggapannya!” kata Amanina.
“ Aku tak nak fikirkan apa tanggapan orang… aku hanya menganggap mereka  yang berada di sekeliling aku hanya sekadar kawan, tak lebih dari itu. Aku tak nak bebankan fikiran aku!”
“ Bagaimana dengan Luqman?...kau tak nak bagi peluang pada dia? kalau kau minta pendapat aku la kan…aku suka kalau kau terima dia… aku suka gaya dia, personality dia dan semuanya lah… aku rasa ramai yang terpikat kat dia tapi dia hanya tertarik pada kau. Aku pun rasa dia ikhlas nak berkawan dengan kau!”
“ Nina…dia dah ada teman wanita. Memanglah dia tak mengaku ada teman wanita….tapi lelaki kacak macam tu tak kan tak ada seorang wanita yang benar-benar dia cinta sepanjang hidup dia…tak logikkan. Entah-entah berderet-deret girlfriend dia, mana kita tahu. …mulut lelaki terutama lelaki kacak macam Luqman tu bukannya boleh percaya!”
“ Jadi, hanya seorang lelaki sahaja yang kau percaya….Shahrul?”
“ Aku tak kata hanya dia seorang…cuma …..” serba salah pula Helyna nak berbahas,
“ Cuma apa?… antara Shahrul dan Luqman…Luqman tu lebih kacak tau, kau sendiri pun akui kan!…aku rasa dia pun darah kacukan macam kau juga…tengok aje muka dia…tak macam melayu tulen! Jadi korang berdua kira sepadanlah..” kata Amanina sambil membayangkan wajah Luqman. Dalam diam Helyna turun membayangkan wajah Luqman.
************

2 comments:

  1. haish ... best-best !! nak lagik...

    >>rasa nak tengok je luqman life-2 . kacak mane die tuh . harrharr ^___^

    Gudjob writer <3

    ReplyDelete
  2. hmmm ... degilnya helyna nih ... keep on with ur move luqman-jgn putus asa
    nanti mesti cair helyna .... but don force her!

    -easylife

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...