Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Friday, 13 January 2012

Antara Aku & Dia 4




Bab 4
H
ELYNA baru sahaja selesai menghidangkan makan malam semasa Amanina sampai di rumah. Kalau ada kesempatan dia memang cuba untuk memasak. Boring juga kalau asyik makan di kedai. Menu masakan hari ini ringkas saja, tomyam, telur goreng, sayur campur dan daging masak kicap.
“ Sedapnya bau…kau masak apa ni?” Amanina segera melangkah ke meja makan sebaik saja meletakkan kunci kereta di atas almari.
“ Masak ?...kau tengoklah sendiri!” balas Helyna sambil meletakkan jus oren di atas meja.
“Hm…ini yang buat aku sayang kau ni!” sempat tangan Amanina mencapai sayur bunga kubis yang di ambil dari mangkuk tomyam, terus di masukkan ke dalam mulut.
“ Wow…sempena apa ni sampai dapat bunga! Dari abang Fiq ya..” Helyna mula menyedari di tangan Amanina terdapat sejambak ros merah. Amanina yang menyedari bunga di tangannya segera menghulurkannya pada Helyna. Terpingga-pingga Helyna merenung jambangan yang masih berada di tangan Amanina.
“ Bunga ni bukan untuk aku.., tapi untuk kau!” Amanina mencapai tangan Helyna dan segera meletakkan jambangan itu di tangan Helyna.
“ Bunga ni! Untuk aku?...dari siapa?” Helyna bersuara dengan rasa antara percaya dan tidak.  Takkanlah Amanina nak bergurau. Hari ini bukannya hari istimewa tapi kenapa bunga ini untuknya?...musykil ni!
“ Entah!...ada orang hantar kat hospital tadi. Jambangan bunga tu dah jadi pameran kat kaunter sebelum aku bawa balik untuk kau!” balas Amanina sambil beredar dari meja makan.
 Helyna memandang kad kecil di sebalik jambangan itu. Hatinya tertanya-tanya, benarkan jambangan itu untuknya, dari siapa?
`Just for lovely lady, Dr. Helyna`
“ Kau pastike jambangan bunga ni untuk aku…entah-entah orang lain punya kot!” serba salah dia nak menerima walaupun tercatat nama Helyna di kad itu. Dia turut mengekor langkah Amanina yang sudah berlabuh di sofa. Helyna meletakkan jambangan bungan itu di atas meja.
“ Memang untuk kau, Lyna….tak ada doctor yang namanya Helyna kat hospital tu melainkan kau!” jelas Amanina sambil mencapai remote tv. Terus di tekan punat berwarna merah.
“ Habis…yang kau tiba-tiba gatal tangan bawa balik bunga ni, siapa suruh!”
Amanina hanya tersenyum. Lantas dia berpaling mengadap wajah Helyna.
“ Tadi…masa aku nak balik, si Kamilah tu panggil aku,…katanya bunga ni untuk kaku. Aku pun pada mulanya memang tak nak bawa balik tapi bila di fikirkan memang betul juga bunga ni untuk kau. Kan kau selalu datang ke hospital….ramai staff kat sana yang panggil nama kau dengan gelaran Dr. Helyna. Agak-agaknya adalah someone yang sukakan kau, secret admirer kau la tu…mungkin juga dia tu bekas pesakit ataupun pelawat yang pernah berkunjung ke hospital tu, mana kita tahu….agaknya dia selalu tengok muka kau tertampal kat sini. Mungkin dia ingat kau pun salah seorang staff kat situ agaknya!”
“ Banyaklah kau punya agak!....kau fikir siapa ya!” Helyna bertanya.
“ Aku dah bagi pendapat tadi…kau rasa peminat misteri kau tu handsome tak!” Amanina tiba-tiba menguntum senyum.
  Kalau handsome dengan otak waras tak pe…kalau otak tak betul….siapa nak tanggung!” Amanina hanya ketawa.
“ Dahlah….aku lapar ni…jom makan, kecur liur aku tengok masakan kau…!” Amanina mula teringatkan masakan yang di masak oleh Helyna tadi.
“ Tak nak call abang Fiq, ajak dia makan sekali!” Helyna memang bercadang untuk mengajak Syafiq makan bersama malam ni.
He`s on duty, terpaksa ganti Dr.  Ramesh malam ni sebab dia ada emergency kat kampong dia!” beritahu Amanina.
“ Kalau macam tu, kita berdua aje yang makan” mereka berdua sudah mencapai pinggan dan mencedok nasi.
************
HELYNA  mengeluh lagi. Ini kali ke tiga  Amanina pulang dengan membawa jambangan bunga ros untuknya. Kad yang tertulis di situ tetap sama, `Just for lovely lady, Dr. Helyna`. Pening kepala Helyna cuba memikirkan siapakah pemberi bunga yang tak bernama itu.
“ Betulke kau tak tahu siapa pemberi bunga ni? Atau kau pun turut berkomplot sama nak kenakan aku!” soal Helyna seakan tak puas hati bila setiap kali dia bertanya, Amanina hanya buat muka selamba.
“ Betulla…aku tahu tak tahu, buat apa nak bohong!” sangkal Amanina bersungguh-sungguh. Dan sememangnya dia sendiri turut tertanya-tanya siapa pemberi bunga itu.
“ Agaknya si Zarul tak? …kau tak cuba tanya dia?” kata Amanina membuat usul. Amanina tak pernah berjumpa dengan Zarul, hanya sekadar mendengar nama dan cerita dari Helyna tentang lelaki itu. Selalu juga dia mengusik Helyna bila sesekali Helyna melayan lelaki itu di talian.
“ Tak mungkin Zarul. Dia tahu aku kerja kat mana, buat apa dia hantar bunga kat hospital. Bila aku desak dia…dia memang tak mengaku, siap merajuk lagi dengan aku.  Dah 2 hari dia tak call aku!” kata Helyna.
“ Dia jealous la tu sebab dia tahu bukan dia seorang lelaki yang cuba mencuri perhatian kau…ada peminat misteri. Nampaknya dia dah ada pesaing….agak-agak dia mula rasa tergugat, sebab tulah dia merajuk!” Amanina tersenyum membuatkan Helyna mencebik. Geram. Amanina dan abangnya, Syafiq sama, suka menyakatnya. Apatah lagi sejak kehadiran jambangan bunga misteri itu. Lagilah galak mereka berdua mengusiknya. Dalam diam, Helyna bertekad, dia mesti mencari tahu siapa peminat misterinya itu. Kenapa dia tak mahu berdepan dengannya? Kenapa mesti buat dengan cara teka-teki begini?
*********
ZARUL  mengadap makanan di atas meja. Nampak berselera betul dia menikmati nasi ayam. Sudah lama dia menunggu peluang untuk makan tengahari bersama Helyna. Kalau ada pun mereka keluar bersama, hanya sekadar untuk minum petang sahaja. Ada saja alasan Helyna untuk menolak ajakannya. Sesekali dia merenung wajah Helyna yang banyak memberi tumpuan pada hidangan di hadapan, bukan menikmatinya tapi hanya menguis-nguis makan tersebut. Itulah peluang yang di ambil oleh Zarul mencuri pandang wajah ayu Helyna. Sejak pertama kali dia dipertemukan dengan Helyna dulu oleh Adilla, hatinya sudah terpaut. Tapi sayang Helyna hanya mengambil sikap acuh tak acuh saja pada hubungan mereka. Dia maklum dan tahu kenapa Helyna terus bersikap begitu. Adilla sudah menceritakannya.
“ Dilla nak abang ngah bersabar dengan Lyna. Dia gadis yang baik. Sejak Shahrul pergi tinggalkan dia, dia benar-benar berputus asa. Apa lagi untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki!”
Itulah kata-kata Adilla yang telah menaikkan semangat Zarul untuk terus mendekati Helyna. Baginya Helyna seorang perempuan yang cukup baik dari pelbagai aspek. Malah rasanya dia pula yang tidak pantas untuk bersama gadis itu.
“ Kenapa you diam aje? Apa kata you tukar aje dengan menu yang lain!” kata Zarul yang mula menyedari Helyna hanya mendiamkan diri.
No, it`s ok….I minta maaf kalau I dah susahkan you” Helyna berpura-pura mengukir senyum.
“ Ya!  You beritahu apa?” nampaknya Helyna berminat untuk mengetahui jawapan Zarul berkaitan dengan hubungan mereka.
“ I cakap yang betul….buat masa sekarang kita masih lagi dalam sesi suai kenal dan I akan terus menunggu jawapan yang positif dari you!” Helyna tertunduk.  Tidak tahu reaksi yang macam mana harus  ditonjolkan di hadapan Zarul.
“ I minta maaf kalau you tak senang mendengar jawapan I tadi…tapi I serius, Lyna. I betul-betul nak mengenali you dan kalau boleh I nak ada sentiasa di sisi you…I tahu you pasti faham maksud I kan!” kata Zarul memandang wajah Helyna yang nampaknya mula menunjukkan rasa tak puas hati.
“ I hargai perasaan you terhadap I tapi I minta maaf kalau I tak mampu nak penuhi hasrat. Terus-terang I cakap I senang berkawan dengan you tapi untuk meneruskan hubungan yang lebih jauh…I tak mampu” Helyna menundukkan wajah.
“ Kenapa? Kenapa you tak cuba mengubah perspektif you mengenai hubungan kita. You dah ada orang lain selain daripada I?”
Helyna mengeleng kepala. Zarul mengeluh lega.
“ I sukakan you sejak kali pertama kita bertemu. I dah bersedia untuk memikul semua tanggungjawab terhadap you sekiranya I di bagi peluang. Keluarga I turut merestui hubungan kita bila I ceritakan hubungan kita dan nampaknya mereka pula yang lebih teruja dari I!”
Helyna tersenyum, begitu juga dengan Zarul.
“ Lyna…berilah I peluang. I akan berusaha untuk membahagiakan you dan I janji I tak akan tinggalkan you! I dah ada semuanya !” kata Zarul sambil memengang tangan Helyna.
“ Zarul…seperti yang I katakana tadi. I hargai perasaan you terhadap I tapi I tetap anggap you tak lebih dari hubungan seorang kawan. Jadi…I tak nak kecewakan you dengan memberikan you harapan.”
“ Lyna…”
“ Zarul…you perlukan seseorang yang betul-betul menyayangi you, seseorang yang bleh menerima you lebih dari seorang kawan…I tak kisah kalau satu hari nanti you tinggalkan I bila you dah temui seseorang yang betul-betul you cintai…..bukan you menemui seseorang kerana rasa simpati sepertimana you menemui I!” kata Helyna dengan tenang.
“ Tak…apa yang I rasa terhadap you bukannya perasaan simpati tapi rasa cinta…ikhlas dari hati I…” tukas Zarul sambil meletakkan tangannya di dada.
“Kalau you cintakan I…you tak perlu desak I untuk terus menerima you!” tegas Helyna.
“ Ok…I minta maaf kalau you rasa I telah mendesak untuk terus terima cinta I…I akan tunggu you dan terus menunggu sehingga pintu hati you terbuka untuk I!”
“ Tak perlu…jangan seksa perasaan you…Zarul, bila satu hari nanti, you temui seseorang yang sesuai dengan you, you terimalah dia…jangan tunggu I!” kata Helyna memujuk.
“ Tapi…” serba salah Zarul di buatnya dengan permintaan Helyna itu.
“ Kita masih tetap berkawan selepas ini…dan bila you rasa you perlukan seseorang sebagai teman…I akan ada di samping you!” pujuk Helyna sambil melemparkan senyum.
“ Janji…you akan temani I kalau I perlukan teman!” Zarul mula tersenyum.
“ Ya…tapi I harap you tak terlalu mengambil kesempatan dengan hubungan kita!” Zarul tertawa. Dia sudah dapat meneka di sebalik kata-kata Helyna.
` Lyna, I tak sangka penangan cinta Shahrul begitu kuat…bagaimana harus I lakukan supaya you dapat melupakan dia`  dalam diam  Zarul mengeluh panjang.
Selepas itu mereka keluar beriringan keluar dari restoran itu. Ketika itu juga mata Helyna terpandang ke arah Luqman dan pasangannya yang baru saja melangkah masuk ke restoran itu. Sebaik saja mata mereka saling bertembung, wajah Luqman terus berubah. Mellisa yang berada di sisi Luqman cepat-cepat memengang lengan Luqman.
“ Sayang…” Mellisa terus merengek manja sambil mendekatkan diri di sisi Luqman.
“ Siapa ni?” soal Zarul bila merasakan ada sesuatu di antara mereka berdua.
“ Er…entah…I tak kenal. Jom…kita pergi sekarang!” balas Helyna sambil memegang lengan Zarul untuk terus beredar. Luqman sempat menoleh ke belakang. Dadanya berdegup kencang melihat Helyna yang begitu mesra bersama seorang lelaki.
************
HARI  ini kuliah kuliah Helyna habis awal jadi dia mengambil kelutusan untuk ke hospital tempat Syafiq dan Amanina bertugas. Dia sudah nekad. Dia mesti selidik dan cuba mencari tahu siapa pemberi jambangan bunga untuknya. Dia juga sudah meminta jasa baik Amanina untuk bertanya kepada Kamilah, bilakah penghantar bunga akan datang ke hospital.
` Aku ni dah jadi macam Detective Conan pulak! Cuma penyiasatanku ini bukan melibatkan pembunuhan, sebaliknya pemberi bunga misteri. Tak mencabar kreatibiliti langsung. Dah jadi macam lawak pulak!`
Helyna tersenyum sendiri sambil langkahnya terus di atur ke kaunter.
“ Selamat petang, Kamilah!” ucap Helyna pada gadis yang bertugas di kaunter itu. Awal-awal lagi Kamilah sudah menghadiahkannya senyuman sebaik saja nampak wajah Helyna. Pasti dia sudah dapat meneka tujuan kunjungan Helyna hari ini.
“ Selamat petang, Dr. Helyna! Lama tak nampak batang hidung tapi saban hari jambangan bunga mesti sampai untuk Dr. Helyna…” balas Kamilah.
“ Awak ni, Kamilah…kan kak Lyna dah cakap panggil aje kak Lyna, jangan panggil Dr. Helyna…sekarang ni dah ada orang yang salah anggap kat kak Lyna! Dia ingat kak Lyna ni salah seorang staff kat sini...siapa yang susah…Kamilah juga kan!” kata Helyna dengan rasa serba salah.
“ Apa salahnya Ilah panggil kak Lyna dengan panggilan doctor…dah memang betulkan! Lagi pun tak ada susahkan Ilah bila datangnya pembawa  bunga tu…just sign aje and then bagi kat Dr. Nina suruh dia bagi kat kak Lyna!”
 Kamilah ketawa kecil. Kamilah memang peramah orangnya. Apa lagi sudah agak lama dia mengenali Helyna bila seringkali Helyna berkunjung di sini kalau ada kelapangan untuk berjumpa dengan Syafiq atau pun Helyna.
“ Ilah…kak Lyna datang ni sebab kak Lyna nak pastikan siapa agaknya yang bangang sangat tu…dia buat kak Lyna susah hati tau!” rungut Helyna.
“ Orang cantik macam kak Lyna ni mestilah ramai peminat…rasanya hari ni jambangan bunga akan sampai lagi…. Bertuah ya badan…orang macam Ilah ni tak ada siapa pun nak pandang!”
“ Ilah pun cantik…siapa cakap Ilah tak cantik…orang tu memang tak pandai nak menilai orang!” Kamilah tersenyum malu bila di puji begitu.
Sedang asyik berborak, Kamilah terus mencuit tangan Helyna.
“ Hmm…dah sampai pun orang yang di tunggu, betulkan kata Ilah!” Kamilah menaikkan keningnya sambil matanya tertumpu pada seorang lelaki yang muncul bersama jambangan bunga  ros warna merah jambu di tangan.
“ Selamat petang!” ucap lelaki itu sebaik saja tiba di hadapan Kamilah.
“ Selamat petang!” balas Kamilah sambil tersenyum.
“ Jambangan bunga ni tentunya untuk Dr. Helyna kan?” soal Kamilah.
Lelaki itu mengangguk perlahan. Lelaki itu mengeluarkan kertas untuk di  tanda tangan oleh Kamilah sebagai bukti penerimaan jambang bunga. Masuk hari ni sudah 6 kali dia bertandang ke hospital, bermakna 6 hari hari  juga Helyna menerima jambangan bunga dari pemberi misteri itu.
“ Hari ni awal betul-betul bertuah sebab awak boleh bagi bunga tu kat tuannya!” kata Kamilah sambil menunjukkan wajah Helyna pada lelaki itu. Lama lelaki itu merenung wajah Helyna. Helyna pula yang rasa takut sementara Kamilah pula tercengang. Hairan.
“ Kenapa awak pandang saya macam tu…awak ni menakutkan saya!” kata Helyna dengan rasa berdebar. Yalahkan…tengok orang sampai melopong begitu. Kalau lalat ada berkeliaran kat situ…pasti dah lama masuk dalam mulut.
“ Maaf….muka cik ni cantik, cantik sangat!…sama dengan yang lelaki tu cakap!” Helyna dan Kamilah saling berpandangan.
“ Awak tahu siapa yang bagi bunga ni untuk saya?” soal Helyna.
“ Maaf….saya tak tahu. Saya hanya jumpa dia sekejap tadi sebelum datang ke sini…katanya jambangan bunga ni untuk doctor yang paling cantik sekali kat hospital ni. Hari-hari sebelumnya dia jumpa dengan taukeh saya!” beritahu lelaki itu. Dari percakapannya Helyna percaya bahawa lelaki itu tidak berbohong.
“ Er…pukul berapa biasanya dia datang kat kedai awak tu!” tanya Helyna selepas bertanyakan tentang alamat kedai bungan tempat lelaki itu bekerja.
“ Dalam pukul 3…lebih kurang…oklah…saya pergi dulu!” kata lelaki itu selepas Helyna selesai menandatangani boring penerimaan.
“ Terima kasih, ya!” ucap Helyna.
“ Ilah…bunga ni kak Lyna hadiahkan untuk Ilah!” Helyna menyerahkan jambangan bunga mawar itu pada Kamilah. Mulanya teragak-agak juga Kamilah nak menerimanya.
“ Tapi..bunga nikan untuk kak Lyna”
“ Memang untuk kak Lyna…tapi kak Lyna hadiahkan untuk Ilah…kalau Ilah tak nak, kak Lyna bagi kat orang lain….lagi pun kat rumah kak Lyna tu dah ada 5 jambang bunga ros!” Helyna teringatkan jambangan bunga di rumah. Jambangan bunga yang di bawa pulang oleh Amanina hanya di letakkan atas meja, tanpa sedikit pun menyentuhnya.
“ Lama-lama rumah ni boleh bertukar jadi kedai bunga!” usik Amanina semalam sewaktu menyerahkan jambangan bunga yang baru di bawa pulangnya.
“ Terima kasih banyak ya kak Lyna!” cepat-cepat Kamilah mengambil jambangan bunga yang berada di kaunter itu. Bimbang juga Helyna menyerah pada orang lain. Boleh juga dijadikan hiasan di kaunter itu. Lagi pun ini kali pertama dia mendapat jambangan bunga semahal itu.
***********

OK…that`s all for today…I`ll see you next week….saya manu apa yang kita bincangkan tadi dapat dilaksanakan dengan sebaik mungkin!” Tan Sri Hisyam Firdaus mengakhiri mesyuarat bulanan dengan beberapa orang pegawai atasan untuk membincangkan mengenai beberapa perkara.
“ Terima kasih, Tan Sri…”
“ Pa…Man nak keluar sekejap, ada hal yang perlu di uruskan!” Luqman memberitahu Tan Sri Hisyam Firdaus semasa mereka berjalan keluar dari bilik mesyuarat. Papanya hanya menggangguk kepala.
Keluar saja dari lif, Luqman terus mengatur langkah untuk masuk ke pejabatnya. Dia melepaskan keluhan sebaik saja melihat kelibat Mellisa yang berada di hadapan Sheila. Entah apa mahunya tiba-tiba muncul di pejabat ketika ini. Rungut Luqman.
“ Hai Man, dah habis meeting?” Mellisa terus bersuara sambil menghampiri Luqman. Tangannya segera menarik lengan Luqman membuatkan Sheila yang berada di situ memandang wajah Luqman sambil tersenyum. Dia tahu sangat dengan perangai Mellisa yang mengada-ngada itu dan dia juga tahu bahawa Luqman memang tidak suka dengan kehadiran Mellisa.
“ Dah lama I tunggu you tau…naik lenguh I di buatnya. Si Sheila ni tak bagi I masuk kat bilik you…dia suruh Itunggu kat sini!” adu Mellisa sambil menjeling tajam ke arah Sheila yang berpura-pura sibuk bekerja sedangkan telinganya begitu asyik mendengar butir bicara Mellisa. Dalam hati dia mengutuk gadis gedik itu.
“ Apa hal you datang sini nak jumpa I?...kalau ya pun you nak datang…call la I dulu!” acuh tak acuh Luqman bersuara sambil cuba melepaskan diri dari terus di pegang oleh Mellisa. Segan pula bila beberapa orang staff sudah memandangnya. Terkedek-kedek Mellisa mengikut langkah Luqman masuk ke biliknya. Sheila sempat mencebik melihat gelagat gadis itu. Sempat pula dia meniru gaya Mellisa sebelum ketawa seorang diri.
“ You nak apa ni?” dengus Luqman sambil melabuhkan punggung di kerusi. Meluat betul dia dengan sikap mengada-ngada Mellisa.
“ I ada hal kat luar tadi…terlanjur lalu, I singgahla jumpa you. Hmm…kenapa?...you macam tak suka aje I datang sini!” Mellisa menghampiri Luqman.
Sejak akhir-akhir ini Luqman cukup rimas dengan sikap Mellisa. Dia sudah pun maklumkan pada papanya bahawa segala urusan berkaitan dengan Syarikat Cahaya Indra di serahkan pada orang lain. Dia tak mahu bertembung dengan Mellisa.
“ Lisa, you kan tahu I sibuk, mana ada masa nak melayan kerenah mengada-ngada you ni. You bukannya budak kecik yang sentiasa mahu diberikan perhatian!” Luqman mencapai beberapa dokumen di atas meja, di belek dokumen itu dengan kasar.
Mellisa mengeluh. Dia mengatur langkah di kerusi hadapan Luqman, terus duduk tanpa di pelawa.
“ Luqman…I ni kan kekasih you…sepatutnya you berikan perhatian pada I, bukannya mengambil sikap lewa begini setiap kali kita berjumpa!” marah Mellisa sambil merenung tajam wajah Luqman.
Luqman membalas renungan itu membuatkan Mellisa tertunduk. Sebenarnya dia takut dengan renungan itu.
“ You ni tak sekolahke?...berapa kali I nak ingatkan you yang kita ni bukannya pasangan kekasih dan I tak pernah sekali pun menganggap you ni perempuan yang istimewa di hati I… you ingat dengan hanya sekali dua kita keluar bersama, itu dah di kira kekasihke?...nonsenese. I memang tak faham dengan perangai you, I tak suka perempuan yang suka mendesak I begini , rimas..you tau tak?…takkanlah you ni tak ada maruah!” tegas Luqman membuatkan Mellisa tersentak. Wajahnya terus berubah-serta merta.
“ Luqman!” jerit Mellisa dengan wajah merah.
“ Kenapa? You ada masalah pendengaranke?...nak I ulang sekali lagi?”
“ Luqman…you tahukan I sayangkan you dan I cintakan you…sampai hati you buat I macam ni!” Mellisa bersuara sebak. Bergenang air matanya dek rasa kecewa mendengar kata-kata Luqman. Memanglah berulang kali Luqman menyatakan hubungan mereka hanyalah sekadar kawan, tapi dia tak mampu nak menerimanya kerana dia memang ikhlas menyukai lelaki itu.
“ Tapi I tak cintakan you…tak pernah walaupun sedikit dan I tak boleh nak paksa diri I untuk terima you!” balas Luqman.
“ Sampai hati you kecewakan I, Man!” Mellisa mengesat air mata yang mengalir dari kelopak matanya.
“ I minta maaf kalau I kecewakan you!” kata Luqman sambil memandang wajah Mellisa yang melecun dengan air mata.
“ I rasa elok you keluar sekarang…I ada banyak benda yang perlu di uruskan dan I tak suka gangguan! I rimas, you tahu tak?” kata Luqman sambil mengangkat tangannya memberi isyarat agar gadis itu keluar dari biliknya.
Tanpa sebarang kata Mellisa terus berlari keluar dari bilik itu. Dan Luqman memandang dengan satu keluhan. Lega. Dia harap selepas ini tiada lagi gangguan dari gadis itu.
*******

1 comment:

  1. bila g nk continue citer ni ..... pls continue wanna to know what's luqman nex step ... to get lyna!

    -tulip

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...