Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 8 December 2011

MENGGAPAI RINDU 21

oleh: Azieana





Bab 21

LAMA Intan berdiri di balkoni. Dia sendiri tidak tahu apa yang sedang dilihatnya , terasa pandangannya kosong. Sudah dekat seminggu dia menghuni semula di banglo mewah itu. Mulanya rasa sayang juga nak meninggalkan rumah sewanya tetapi Faris dan Datin Saidah yang beria-ria mahu dia berpindah segera ke rumah mertuanya. Tapi kali ini Intan rasa lebih bersyukur sebab kak Bedah masih sudi bersamanya bila dia menanyakan wanita itu sama ada mahu tinggal bersamanya atau pulang  semula ke Brunai untuk bekerja bersama dengan Pangeran Abu Samah.
Sepanjang perkahwinannya, setakat ini Faris melayannya dengan baik walaupun Faris tahu Intan  belum dapat menerimanya dengan sepenuh hati. Hampir melatah Intan bila terasa ada tangan kasar mula melingkari tubuhnya. Dadanya berdegup kencang tiba-tiba. Benar-benar terkejut walaupun dia tahu tangan itu milik siapa.
“ Sayang buat apa ni? ...dari tadi abang perhatikan sayang asyik melamun aje!” suara bisikan lembut di telinganya membuatkan bulu roma Intan meremang.
“ Er...tak ada apa-apa...Intan cuba ambil angin kat sini sementara tunggu abang mandi!” Intan membalas dengan perasaan gementar. Tubuhnya kaku  tak bergerak. Hanya membiarkan tubuhnya terus di peluk erat oleh Faris.
Faris memusingkan tubuh Intan supaya berhadapan dengannya. Lelaki itu sudah lengkap berpakaian, t`shirt  biru tua tanpa kolar dan seluar track warna hitam. Rambut hitam yang di sikat rapi itu menambahkan kekacakan wajah suaminya membuatkan Intan terkesima seketika.
“ Pastinya Intan sedang memuji abangkan....wah! kacaknya suamiku ini!” kata Faris membuatkan Intan terkedu. Bagaimana lelaki ini dapat membaca isi hatinya saat ini.
“ Perasannya....mana abang tahu yang Intan sedang memuji abang...entah-entah Intan tengah kutuk abang...” kata Intan sambil mengulum senyum.
“ Abang tahu sebab abang boleh baca isi hati sayang....” balas Faris sambil mencuit hidung Intan membuatkan Intan menguntum senyum.
“ Sejak bila abang ada sixth sense ni....” Intan cepat-cepat melarikan wajahnya sebelum sempat bibir Faris menyentuh bibirnya. Faris tersenyum walaupun terselit rasa kecewa kerana Intan dapat mengelak dari terkena sasarannya.
“ Itulah...banyak yang sayang tak tahu pasal abang....dulu, perkahwinan kita terlalu singkat dan kita juga banyak membazirkan masa....abang rasa benar-benar menyesal kerana bertindak melulu dulu....kalau tak, dah lama kita hidup bahagia” Faris mengubah sasaran dengan mengucup perlahan dahi Intan membuatkan Intan memejam mata, menghayati ciuman itu.
“ Pasti ada hikmah di sebalik semua ini...seharusnya kita bersyukur” balas Intan walaupun dalam diam dia turut mengakui kata-kata suaminya tu.
Faris memalingkan tubuh Intan supaya mereka dapat menikmati panorama indah waktu pagi. Tangannya tetap kemas memeluk tubuh Intan dan dagunya diletak perlahan di bahu Intan dan sesekali bahu Intan yang berlapik itu di kucupnya. Intan tersenyum bahagia sambil menarik nafas. Haruman cologne yang di pakai suaminya begitu meresap masuk ke dalam hidungnya.
“ Ada perkara yang abang nak bagi tahu sayang” Faris tiba-tiba bersuara selepas beberapa detik masing-masing diam membisu.
Intan memaling tubuhnya supaya berhadapan dengan Faris. Buat seketika Intan merenung wajah suaminya. Faris tersenyum. Lelaki itu telah mengambil cuti selama 2 minggu semata-mata mahu menghabiskan waktu bersama isteri dan anak tersayang sebagai meraikan perkahwinan mereka.
“ Apa dia?”
“ Septutnya perkara ini dah lama abang bagi tahu Intan tapi abang tak berkesempatan dan masa juga tak sesuai” berkerut dahi Intan mendengar kata-kata itu. Entah kenapa hatinya berdebar-debar saat ini. Pelbagai andaian mula muncul di benak fikirannya.
“ Mari kita masuk ke dalam, kat sini sejuk...nanti sayang dapat selesema!” Faris memimpin tangan Intan dan mereka berjalan beriringan masuk. Intan hanya mengikut langkah Faris yang sudah pun melabuh punggung di tepi katil. Begitu juga Intan. Beberapa detik kemudian, kedua-dua bahu Intan di pegang oleh Faris dan mata Intan terus terpaku merenung wajah Faris yang nampak serius.
“ Apa yang abang nak bagitahu Intan...nampak macam serius aje! Jangan buat Intan takut bang!” Intan mula gusar melihat wajah Faris yang serius itu.
“ Tak, abang bukannya nak menakutkan sayang....abang cuma nak beritahu tentang kebenaran...tentang kita!”
“ Tentang kebenaran? Tentang  kita?...Intan tak faham!”
“ Ya, tentang kita dulu. Kenapa kita kawin 6 tahun dulu” Intan tunduk bila Faris menyebut tentang perlahwinan mereka dulu. Sepertinya terlayar dalam ingatan apa yang berlaku lebih 6 tahun lalu.
“ Sayang masih ingat pada lelaki yang bernama Jazlan?...maksud abang...  Alan!” berkerut dahi Intan cuba mengingati semula wajah lelaki yang dimaksudkan oleh Faris itu.
“ Alan?...maksud abang, Alan yang kawan dengan Aikhil dan Rohan?” kata Intan.
Faris mengangguk perlahan. Faris dilihatnya sedang mengenggam penumbuk. Intan mengeluh perlahan bila mengingatkan wajah Alan itu.

************

TERBELIAK mata Intan sebaik sahaja matanya terbuka. Seorang lelaki sedang tidur disebelahnya. Paling mengejutkan bila menyedari keadaan mereka berdua pada masa itu. Amat mengibkan. Dimana harus dia meletakkan maruahnya saat ini.
“ Hey, siapa awak ni ha!” tempik Intan pada lelaki yang sedang tidur lena di sebelahnya. Lelaki itu terpisat-pisat membuka mata. Dia terkejut dengan keadaan dirinya yang sedang tidur berdua-berduan dengan seorang gadis di atas katil di sebuah bilik.
“ Siapa awak?”   lelaki itu menyoal perkara yang sama dengan wajah terpingga-pingga.
“ Apa awak buat kat sini?” soalnya lagi sambil bangun dari katil. Rambutnya kusut masai dan keadaan dirinya yang tidak terurus itu sedang merenung tajam ke arah Intan yang juga terpingga-pingga dengan keadaan dirinya. Intan segera turun dari katil dan mencapai bajunya yang berselerakan di atas lantai. Satu persatu pakaiannya di kutip.
“ Saya yang sepatutnya tanya soalan itu pada awak. Apa yang awak dah buat kat saya?” sergah Intan sambil memeluk pakaiannya. Tubuhnya dibaluti dengan selimut dan dia segera memalingkan wajahnya bila menyedari tubuh lelaki itu turut terdedah. Lelaki itu yang menyedari keadaannya segera mencapai baju dan terus memakainya.
“ Apa yang awak cakap ni? sepatutnya saya yang tanya awak! Awak ni dah gila agaknya ya!....awak pergunakan saya....awak sengaja lakukan semua ni kan?” lelaki itu bertempik sambil mencengkam kuat lengan Intan sehingga Intan mengaduh kesakitan.
“ Sakitlah...” Intan segera melarikan tangannya yang begitu kuat dicengkam oleh lelaki itu. Lelaki itu mendengus kuat. Tajam matanya merenung wajah Intan yang sedang menggosok-gosok tangannya yang pedih akibat dicengkam lelaki itu tadi.
“ Cakap terus terang, apa yang awak nak dari saya ha!” lelaki itu menghampiri Intan dengan pandangan menyinga membuatkan Intan tertunduk dengan badan yang menggigil.
“ Saya tak nak apa-apa dari awak. Saya tak kenal pun awak... apa yang awak nak dari saya?...awak dah rampas maruah saya...apa yang awak dapat dari semua ini dan pada siapa awak nak buktikan, ha!” kata Intan menangis teresak-esak sebelum berlari ke bilik air. Hampir 20 minit dia berada di bilik air itu sebelum lelaki itu mengetuk bilik air bertalu-talu bagai nak roboh di buatanya dan Intan hanya membiarkan keadaan itu terus berlalu sehingga lelaki itu penat mengetuk pintu. Kalau nak diikutkan lebih lama dia akan berkurung di bilik air itu sambil membasahkan tubuhnya yang dirasakan begitu kotor.
Semasa Intan keluar dari bilik air dengan siap berpakaian, dilihatnya lelaki itu sedang berada di birai katil sambil memengang kepalanya dan meraup wajahnya beberapa kali. Dia mendengus perlahan sebaik sahaja mata mereka bertatapan buat seketika.
“ Baiklah....saya mahu kita lupakan hal ini....anggap aje ianya tak pernah berlaku dan saya memang tak ingat apa-apa pun yang berlaku malam tadi dan bagaimana kita boleh berada di sini....sumpah, saya tak berniat nak menganiya awak....lagi pun saya tak kenal awak dan awak tak kenal saya...” kata lelaki itu sambil berjalan mundar mandir di hadapan Intan.
“ Awak nak kita lupakan aje apa yang dah berlaku malam tadi?....awak gila ya!....memang awak tak rugi apa-apa pun sebab awak lelaki tapi saya.....saya perempuan, saya ada maruah! Saya ada harga diri!”  suara Intan dengan rasa geram. Memang dia lelaki, lelaki tak akan rugi apa-apa. Tapi dia perempuan, macam mana dengan masa depannya. Bagaimana dia nak berhadapan dengan keluarganya kalau mereka tahu hal ini, dimana dia nak letakkan mukanya.
“ Ok....saya faham...kalau pun betul saya ada melakukan sesuatu pada awak malam tadi, saya berjanji akan bertanggungjawab terhadap diri awak. Kita akan selesaikan perkara ini dengan cara yang  baik. Saya minta maaf,...sumpah....saya tak ada niat pun nak menyakiti awak. Saya percaya kita berdua tak salah dan kita diperangkap! Saya akan cuba menyiasat apa sebenarnya yang berlaku” kata lelaki itu cuba menenangkan perasaan Intan.
Intan terdiam. Cuba menyelami apa yang dikatakan oleh lelaki itu. Sesekali dia melirik ke arah lelaki itu dan dia percaya lelaki itu tidak bersalah. Sekali imbas, Intan percaya dan yakin bahawa lelaki yang berada dengannya saat ini bukanlah terdiri dari lelaki yang jahat. Tengok air mukanya pun dah tahu, tapi bagaimana dia dan lelaki itu boleh terlibat dalam hal ini? siapa sebenarnya yang bertanggungjawab memerangkap mereka berdua?
“ Faris, apa dah berlaku? Kenapa kau boleh berada bersama Intan?...apa kau dah buat dengan dia?” tiba-tiba pintu bilik di buka dan beberapa wajah asing bagi Intan muncul di hadapan. Intan dan lelaki itu saling berpandangan. Namun di wajah mereka terselit rasa hairan dan terkejut. Pintu tak berkunci?
“ Alan, kau kenal dengan gadis ini” Faris bertanya pada lelaki yang baru masuk ke dalam bilik itu. Intan tunduk. Tak sanggup dia nak memandang wajah-wajah yang berada di hadapannya. Terasa mukanya tebal berinci-inci. Di mana dia nak sorokkan wajahnya selepas ini. Bagaimana kalau hal ini tersebar di sekitar kampus? Apa kata teman-temannya nanti!
“ Ya, aku kenal dia. Dia ni junior aku. Kau ada buat apa-apa dengan dia?” Alan memandang tajam wajah Faris.
“ Er....aku tak buat apa-apa dengan dia....aku  tak tahu macam mana aku boleh berada bersama gadis ini....aku tak kenal pun dia!” kata Faris cuba menjelaskan perkara sebenar walaupun dia tak pasti apa sebenarnya yang berlaku malam tadi antara dia dan Intan.
“Hmm....kau lupa, malam tadikan ada party, mungkin ada yang sengaja nak kenakan kau...biasalah budak-budak....kalau bab party, mereka suka buat hal....korang berdua jangan bimbang, aku akan cuba selesaikan hal ini dan cuba menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dan siapa yang cuba nak mengenakan korang berdua” janji Alan sambil memandang kawan-kawannya yang  seramai 3 orang itu. Mereka juga turut mengangguk kepala.
“ Terima kasih Alan. Er....saya balik dulu...kalau ada apa-apa hal...awak bagi tahu saya ya!” kata Intan lega kerana Alan sudah berjanji untuk menyelesaikan hal itu.
“ Awak jangang bimbang, saya akan rahsiakan hal ini dari pengetahuan kawan-kawan awak.... awak boleh percayakan saya” kata Alan lagi. Intan mengangguk perlahan sebelum beredar. Kali ini dia tidak menoleh pun ke arah Faris.
Faris mengeluh perlahan. Perkara ini sedikit sebanyak meresahkan dia. Apa akan berlaku sekiranya hal itu tersebar. Dia menggosokkan kepala beberapa kali. Alan menghampirinya dan menempuk bahunya beberapa kali. Lagi sekali Faris mengeluh. Kali ini bersama mukanya yang cukup tertekan.

*************

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...