Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Thursday, 8 December 2011

MENGGAPAI RINDU 20

oleh: Azieana

Bab 20




“ AKU terima nikahnya Intan Hanani bt Ahmad.......” Intan terus mendengar setiap bait yang keluar dari mulut Faris dengan penuh debaran.  Untuk kali keduanya dia merasa debaran yang sama, tapi kali ini rasanya debaran makin hebat. Dengan adanya restu dari kedua belah pihak, dia mengharapkan agar hubungannya ini akan terus kekal dan berpanjangan.
Walaupun Izzat tidak ada bersama menyaksikan perkahwinan itu, lelaki itu tetap menghubunginya untuk mengucapkan tahniah.  Berderai air mata Intan saat mendengar betapa luhurnya hati lelaki itu mengucapkan kata tahniah serta memberi perangsang untuknya agar dia terus hidup bahagia bersama lelaki yang bernama Faris. Intan tahu hati lelaki itu juga sedih dan kecewa tapi sebagai lelaki pastinya dia mempertahankan rasa ego.  Majlis perkahwinan Intan juga turut di hadiri oleh sanak saudara, jiran-jiran, teman-teman office nya terutama Gina dan En. Faizal, kawan-kawan mak dan ayahnya,. Antara tetamu yang paling istimewa hadir di majlis perkahwinannya adalah Joanna. Walaupun gadis itu kecewa kerana Intan tidak berkahwin dengan Izzat, dia tetap menguntum senyum dan mengharapkan perkahwinan Intan bahagia. Malah gadis itu juga akan melangsungkan perkahwinannya tak lama lagi dengan jejaka pilihannya. Arianna juga hadir bersama bakal tunangnya, seorang pilot untuk menyaksikan perkahwinan Faris dan Intan. Dia nampak begitu anggun mengenakan baju kebaya biru.
Senyuman tak lekang dari bibir orangtua Intan sepanjang majlis itu berlangsung. Imran juga turut pulang untuk meraikan perkahwinan Intan  dan nampaknya tak lama   majlis perkahwinan Iman dan Syamsul pula akan berlangsung. Aiman pula menjadi perhatian para tetamu dengan keletahnya yang lucu dan wajahnya yang comel pasti membuat ramai yang terpikat. Tambahan pula dia dapat menyaksikan perkahwinan kedua orangtuanya, malah tidak sedikit pun berenggang dengan mereka. Memang penat menguruskan majlis perkahwinan walaupun di buat secara sederhana.
Intan baru saja melipat telekung semasa Faris masuk ke dalam bilik. Dia meletakkan telekung yang berlipat di atas sofa. Di luar masih kedengaran suara riuh para sanak saudara dengan pelbagai cerita walaupun malam sudah lama menjelma. Mata Intan melirik ke arah Faris yang melabuhkan punggung di atas katil.
“ You dah solat isyak?” tegur Intan bila melihat Faris bersantai di atas katil dengan baju melayu dan seluar di tubuh. Masih belum menukar pakaian sejak dari tadi sedangkan dia sudah pun mandi dan menukar baju.
“ Belum...” jawab Faris ringkas namun matanya tak lekang dari terus merenung wajah Intan yang sedang berdiri di tepi sofa.
“ Er....I dah keluarkan pakaian you dari beg tadi...nanti I ambilkan pakaian untuk you tukar” Intan terus melangkah ke almari. Di buka pintu almari. Dia mengeluarkan sehelai tuala, kain pelikat dan baju melayu. Pakaian itu di letak di atas katil bersebelahan dengan Faris.
“ Faris....boleh tak you jangan tenung I macam tu!” Intan bersuara membuatkan Faris mengerut dahi. Hairan.
“ Kenapa?...salahke kalau abang nak tenung isteri abang!” Faris  bersuara sambil tersenyum nakal membuatkan Intan menelan liur.
“ Tak salah...tapi....renungan you tu buat I takut....seram, tau tak!” tergagap-gagap Intan menjawab membuatkan Faris meledak tawa. Intan mengetap bibir. Sebenarnya saat ini hatinya benar-benar tak keruan dan berdebar-debar. Kalau boleh dia tak mahu Faris tahu akan perasaannya. Dia malu dan dia juga rasa segan.
Faris membetulkan kedudukannya. Kali ini dia duduk bersila di atas katil, namun matanya tak lekang dari terus menatap wajah Intan yang mula gelisah. Intan berjalan ke almari, di buka almari itu sambil matanya meninjau-ninjau, dia sendiri tak tahu apa yang di mahunya tapi tindakannya itu sekadar untuk melarikan diri dari terus di renung oleh Faris.
“ Intan....”
Tiba-tiba Faris bersuara. Lambat-lambat Intan berpaling, mengadap wajah Faris yang sememangnya sah menjadi suaminya buat kali kedua setelah 2 bulan mereka bertunang. Orangtua mereka yang mahukan majlis perkahwinan mereka segera dilangsungkan. Buat masa sekarang, Intan sudah pun memohon untuk terus bekerja di Kuala Lumpur. Tidak perlu lagi bekerja di Brunai.
“ Sayang!”
Faris bersuara lagi, kali ini nadanya begitu romantic membuatkan lutut Intan terasa menggigil. Sedaya upaya dia cuba tidak mempedulikan panggilan itu dan berpura-pura menyibukkan diri dengan mengemaskan pakaian di dalam almari. Faris yang menyedari sikap Intan itu cuba menahan gelak. Walaupun mereka pernah berkahwin, tapi sikap Intan itu mengingatkan dia pada perkahwinan kali pertama mereka dulu. Intan tetap bersikap pemalu dan menggelabah bila berhadapan dengannya.
“ Sayang...” Faris makin melunakkan panggilannya bila panggilan tadi tidak diendahkan oleh Intan.
“ Er... I nak keluar kejap. Nak tengok Aiman...” Intan bersuara selepas memandang seketika wajah Faris sebelum melarikan pandangannya.
“ Abang dah tengok Aiman tadi....awal lagi dia dah tidur. Penat barangkali...!” kata Faris sambil membetulkan kedudukannya sebelum turun dari katil. Dia mengatur langkah menghampiri tubuh Intan yang masih kaku berdiri di tepi almari pakaian.
“ Mulai sekarang....kita adalah suami isteri...panggilan I dan you sudah tidak sesuai lagi. Panggilan itu akan menjarakkan hubungan kita. Untuk perkahwinan kita kali ini....  abang  tak nak melakukan kesilapan untuk kali kedua  dan abang mendoakan agar hubungan kita ini  akan terus kekal untuk selamanya...biarlah hanya maut sahaja yang memisahkan kita” Faris memegang kedua belah bahu Intan sebelum tangan kanannya menyentuh lembut dagu Intan. Mengangkatnya perlahan agar dia dapat terus menatap wajah Intan. Intan mengetap bibir. Dalam diam dia juga mengharapkan begitu. Sedikit senyuman terhias dibibirnya. Senyuman itu segera dibalas oleh Faris sebelum mengucup perlahan dahi Intan membuatkan Intan memejam mata seketika. Hari ini buat kali kedua dahinya di kucup Faris.
“ Ada banyak perkara yang abang nak cakapkan dengan Intan...rasanya abang dah tak sabar lagi...” kata Faris sambil merenung jauh ke dalam mata Intan membuatkan wajah Intan bertukar.  Pucat dan gelisah.
Faris tiba-tiba melepas tawa.
“ Kenapa dengan sayang ni?....tiba-tiba aje pucat?...sayang tak sihat ya!” Faris menyentuh perlahan dahi Intan, berpura-pura risau sedangkan saat ini dia cuba menahan gelak. Tahu sangat apa yang sedang difikirkan oleh Intan.
Intan menundukkan wajahnya.  Dari wajah Faris itu, dia tahu lelaki itu sedang menahan gelak. Dalam diam dia mengutuk lelaki itu.
“ Abang rasa Intan dah salah faham maksud abang tadi....”  Faris ketawa membuatkan Intan menarik muka masam.
“ Abang...”  bentak Intan geram. Namun wajahnya tetap menunduk ke bawah.
Tidak sampai seminit, tubuh Intan sudah pun berada dalam pelukan Faris. Walaupun Intan tidak bersedia dalam keadaan itu, tapi dia tetap rasa bahagia berada dalam pelukan suaminya.
“ Sayang....I love you....I love you so much” ucap Faris perlahan di telinga Intan selepas melepaskan pelukan tadi. Intan tertunduk malu, menyembunyikan senyuman.
“ Maafkan Intan....Intan nak keluar kejap” kata Intan.
Walaupun Faris sedikit kecewa mendengar kata-kata Intan itu. Dia tetap mengukir senyum. Dia tahu dia mesti banyak bersabar untuk menawan semula hati Intan. Dan dia tak akan sesekali pasrah.
“ Intan cuba nak lari dari abang sebab Intan segan dengan abangkan?” duga Faris dengan senyuman menambahkan kekalutan pada wajah Intan.
“ T....tak. Intan nak tengok Aiman sekejap....sejak dari tadi Intan tak sempat nak jumpa dia!”
Betul, sejak dari tadi dia tak sempat bertemu dengan Aiman.  Biasanya setiap malam, sebelum tidur dia akan menjenguk Aiman. Tidurnya tak akan lena kalau tidak terlebih dahulu menatap wajah kesayangan anaknya. Bertahun-tahun dia menjalani rutin harian begitu.
“ Baiklah....abang benarkan Intan jenguk Aiman....tapi jangan lama sangat. Takkan Intan nak biarkan abang tidur keseorangan di bilik ni!” Faris sempat mencuit hidung Intan membuatkan Intan tersenyum.
Ah! Suaminya ini.....baru malam ini dia tidur berteman.
“ Tapikan...dah bertahun –tahun abang tidur seorang diri....takkan malam ni tak boleh?” usik Intan sambil tersenyum nakal.
“ Selagi Intan bergelar isteri abang...Intan mesti temankan abang tidur....tak boleh tidak...” balas Faris sambil mengenyit mata.
“ Hish...manjanya....dah tua-tua begini pun masih nak tidur berteman!” usik Intan lagi. Kali ini dia sudah berani membalas kata. Akibatnya dia lemas dalam pelukan Faris.
“ Abang....”
“ Hmm....”
“ Macam mana Intan nak jenguk Aiman kalau abang asyik peluk Intan!”
Faris ketawa.
“ Pergilah jenguk Aiman sekejap. Abang pun nak mandi dan solat isyak. ...abang tunggu Intan kat bilik ni. Kalau lama sangat....abang keluar cari Intan, mana tau Intan sengaja nak larikan diri dari abang. Ingat....malam ni Intan mesti temankan abang tau!”
 Faris mencium dahi Intan, kemudian hidung dan Intan cepat-cepat melepaskan diri dan terus keluar dari bilik itu sebelum sempat bibirnya di sentuh Faris.  Faris mengeluh perlahan dengan rasa kecewa kerana gagal menyentuh bibir Intan.
Sebelum ke bilik air, dia mencapai tuala yang diletakkan oleh Intan tadi. Sambil menyanyi-nyayi kecil, dia mengatur langkah masuk ke bilik air. Teringat dia akan tugasan sebagai hamba Allah yang belum dilaksanakan.
*************

SELEPAS menjenguk Aiman yang tidur bersama Imran, Intan mengunjungi bilik Iman. Ketika itu Iman sedang membaca novel. Bulat matanya sebaik sahaja melihat wajah Intan yang tersembul di muka pintu biliknya sambil mengukir senyum.
“ Hai, along....tak kan tersalah masuk bilik kot!....atau along ni mengingau!” Iman terus tergelak sambil menutup novel yang di bacanya. Dia segera membetulkan kedudukannya di atas katil dengan duduk bersila.
“ Along tak mengigaulah....” Intan segera melabuhkan punggungnya di atas katil. Muncung mulutnya membalas kata-kata Iman. Adiknya ini tak habis-habis menyakatnya sepanjang majlis perkahwinan berlangsung. Terpaksalah dia mengawal rasa marah dengan mengukir senyum terutama di depan kawan-kawannya dan juga saudara mara.  Terasa tegang wajahnya kerana asyik mengukir senyum.
“ Dah lewat malam ni...takkanlah along nak biarkan cik abang keseorangan kat bilik tu. Ha....kalau dia merajuk, along pula yang kena pujuk nanti!” Iman ketawa mengekeh sambil memandang wajah cemberut kakaknya.
“ Biarlah kalau dia nak merajuk pun...tak kuasa along nak pujuk....dia tu dah tua, bukan budak-budak lagi....” tempelak Intan selamba membuatkan Iman tersengih.
“ Along...along lupa ke....malam ni malam pertama along dengan abang Faris....buat kali kedua!” bisik Iman perlahan di telinga Intan. Akibatnya dia mengaduh kesakitan bila peha gebunya di cubit oleh Intan.
“ Apa ni....sakit tau...” Iman menggosok-gosok pehanya beberapa kali sambil menarik muncung panjang.
“ Siapa yang cari pasal....dari tadi tak habis-habis nak menyakat along ni, apa hal? Hm...ada ubi ada batas....kita tengoklah nanti bila Iman kawin 2 bulan lagi!” Intan mendengus kasar.
“ Bila Iman kawin nanti...Iman tak akan biarkan abang Syam sorang-sorang di malam pertama...takkanlah nak biarkan dia peluk bantal kalau dia boleh peluk orang....entah-entah...dia tak benarkan Iman keluar bilik...” Iman ketawa kuat.
“ Hish...tak senonoh betullah budak ni” rungut Intan.
Iman hanya  tersenyum nakal.
“ Hmm....apa hal dengan kamu berdua ni...asyik bersembang sampai lewat malam. Ni along...kenapa layan sangat perangai si Iman ni...suami along tu tak elok di biarkan keseorangan, apa kata dia nanti” tiba-tiba muncul wajah Hjh Khadijah terus membebel ke arah mereka berdua sambil mengeleng kepala.
Intan hanya menunduk wajah, sementara Iman pula terus menayang senyum.
“ Along yang datang bersembang dengan Iman, mak. Bukan salah Iman!” Iman membela diri. Intan sudah mencerlung ke arahnya dan Iman berpura-pura mengalih pandangan ke arah lain.
“ Along...sudahlah tu...pergi masuk bilik...dah lewat ni....kesian pulak Faris tu keseorangan!” kata Hjh Khadijah sambil merenung wajah Intan.
“ Baiklah...along pergi dulu!” Intan segera mengangkat punggung dan keluar dari bilik Iman. Sebelum itu dia sempat memandang wajah adik dan emaknya silih berganti. Ternyata senyuman sudah menghiasi bibir mereka berdua membuatkan dada Intan berdebar-debar.
Semasa Intan masuk ke bilik, suasana agak suram kerana hanya lampu tidur sahaja yang terpasang. Perlahan-lahan Intan mengatur langkah ke arah katil bila mendapati sekujur tubuh sudah pun menghuni katil itu. Lama juga dia berteleku di tepi katil sambil mengamati wajah Faris. Nampaknya lelaki itu begitu nyenyak tidur. Timbul pula rasa bersalah kerana membiarkan suaminya menunggu sampai ketiduran. Jauh di sudut hati, dia terpegun melihat wajah suaminya itu. Memang tiada cacat celanya. Sepatutnya dia rasa gembira menerima lelaki itu sebagai suaminya. Namun,  bila mengenangkan beberapa peristiwa dulu....hatinya resah tiba-tiba. Bagaimana kalau kejadian dulu berulang lagi. Bolehkah dia mempertahankan perkahwinannya untuk kali kedua walaupun berkali-kali Faris menegaskan bahawa dia mahu perkahwinan mereka kali ini akan terus berkekalan. Tapi itu cuma harapan dan impian Faris, bagaimana dengan takdir mereka?
Intan menjadi kalut bila Faris tiba-tiba membuka mata. Mata Faris terus terpaku menatap wajah Intan yang nampak resah. Intan yang sememangnya tidak selesa di renung begitu cuba mengangkat punggung tapi tangan Faris begitu tangkas memengang tangannya.
“ Maaf...!” ucap Faris sambil bangun.
“ Untuk apa?”  soal Intan dengan dahi berkerut.
“ Maafkan abang sebab abang tertidur tadi” Faris melurutkan wajahnya dengan tangan beberapa kali sebelum menghadiahkan senyuman untuk Intan.
“ Er...Intan yang sepatutnya minta maaf sebab mengejutkan abang”  Intan bersuara sambil menundukkan wajahnya. Apa pula tanggapan Faris bila menyedari tindakakannya yang merenung wajah Faris tadi.
“ Abang ingatkan Intan nak tidur bertemankan Aiman tadi....Intan....Intan.....Intan sengaja nak larikan diri dari abang ya!” kata Faris sambil tersenyum.
“ Mana ada Intan nak larikan diri dari abang. Memang Intan pergi jenguk Aiman tadi....lepas tu bersembang sekejap dengan Iman....bila masuk sini, abang dah tidur. Intan tak nak ganggu abang, Intan tahu abang penat!” kata Intan.
“ Tentu banyak yang Intan bualkan dengan Iman tadi sampai lupakan abang di sini. Mulanya abang ingat nak keluar cari Intan tadi...tapi apa pula kata mak dan ayah...” Intan menelan liur mendengar kata-kata Faris.
“ Intan minta maaf...Intan...” belum pun sempat Intan menghabiskan kata, tangan kasar Faris sudah pun menyentuh bibirnya.
“ Tak perlu minta maaf...abang cuma bergurau aje....memang betullah abang penat sebab tadikan terpaksa layan tetamu, tak sempat nak berehat” kata Faris sambil menguap beberapa kali.
“ Abang mengantuk sangat ni....abang tidur dulu ya!” tangan Intan di capai dan dikucup perlahan. Intan mengeluh perlahan. Dia akui, untuk perkahwinannya ini, semuanya berjalan secara ekspres. Majlis bertunang, berkahwin dan menyambut menantu.
Good night...” ucap Faris sebelum kembali merebahkan badan di atas katil.
Good night” balas Intan perlahan.
Dia menuju ke almari, mencapai baju tidur dan menukarnya di bilik air. Masih timbul rasa segannya pada Faris walaupun mereka pernah bergelar suami isteri sebelum ini.
*************

GOOD morning, sayang!” terdengar bisikan halus di telinga Intan. Mulanya Intan tidak mengendahkan suara itu kerana menganggap itu hanyalah satu mimpi. Tapi itu cuma beberapa saat. Intan terus membuka matanya bila mengingatkan sesuatu. Terbeliak matanya memandang wajah Faris yang begitu hampir dengan wajahnya.
“ Eh!...you buat apa kat bilik I ni?...siapa yang benarkan you masuk?” kelam kabut Intan bangun dari tidur. Dia membetulkan baju tidurnya yang sedikit berkedut. Entah apalah yang difikirkan oleh Faris tadi dan sudah berapa lama lelaki itu merenung wajahnya.
“ Hai...malam  tadi elok aje panggil abang...tiba-tiba pagi ini dah bertukar jadi you pulak!....I`m your husband right now...wake up!” Intan termanggu seketika seperti orang yang mamai.
Oh my God...sorry, Intan terlupa!” Intan termalu sendiri samnil menutup mulutnya yang sedikit ternganga sebentar tadi.  Maklum saja sudah bertahun dia tidur seorang diri tanpa dikejutkan oleh sesiapa.
“ Maaf diterima...dahlah...pergi ambil wudhuk, nanti kita solat sama-sama!” kata Faris sambil tersenyum. Intan memandang wajah Faris seketika sebelum beralih pada pakaian lelaki itu. Faris sudah pun siap mengenakan baju melayu dan berkain pelikat. Intan mencapai tuala menuju ke bilik air.  Timbul rasa malu kerana membuatkan suaminya mengejutkan dia bangun dari tidur. Sepanjang perkahwinan mereka dulu, dia yang mengejutkan suaminya. Kali ini sudah terbalik.
Semasa Intan membersihkan dirinya di bilik air, Faris melabuhkan punggungnya di katil. Senyuman terukir di bibirnya meningatkan betapa dia rasa bahagia saat menatap wajah isterinya yang lena tidur. Hampir 5 minit dia berdiri di tepi katil sebelum mengejutkan isterinya. Kalau tidak mengingatkan dirinya yang sudah berwudhuk, pasti wajah isterinya itu di sentuh dan bibir mungil isterinya di kucup.
Ah!...peluang itu masih ada. Intan adalah isterinya dan kali ini dia nekad akan membahagiakan isterinya sehingga dia lupa apa yang telah terjadi dulu. Dia berdoa agar impian dan hasratnya itu akan diberkati oleh Allah.  Amin.
**********

1 comment:

  1. akhirnya kawen jugak dia orang ni...
    tp nmpaknya Intan masih lagi xdpt nk lupakan perkara silam....

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...