Followers

Bicara

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Terima kasih saya ucapkan buat pengunjung yang sudi mengunjungi blog ini. Blog ini di wujudkan sekadar untuk berkongsi rasa dengan anda. Saya hanyalah insan biasa yang punya banyak kelemahan dan masih perlu tunjuk ajar.
Di harapkan apa yang di paparkan di sini menarik minat anda untuk mengunjungi lagi dan memberi sokongan untuk saya terus berkarya.

Wednesday, 7 December 2011

MENGGAPAI RINDU 18

oleh : Azieana







BAB 18
DATIN SAIDAH  menghampiri suaminya yang sedang membaca majalah di anjung banglo mewah itu yang mengadap ke arah kolam. Biasanya dia akan duduk bersantai di situ kalau tidak keluar rumah. Dulang yang berisi kopi panas  dan sepinggan kueh di letak di atas meja. Dia turut berlabuh di sisi suaminya.
“ Bang, Idah nak cakap sikit dengan abang pasal Faris!” Datin Saidah memulakan bicara. Wajah suaminya yang masih khusyuk membaca majalah di renung seketika. Geram juga melihat suaminya yang seakan endah tak endah dengan bicaranya.
“ Abang!”
Kali ini suara Datin Saidah agak keras. Dia mendengus kasar sambil berpeluk tubuh.
“ Apa dia?”
 Datuk Amran meletakkan majalah di atas meja. Dia memandang ke arah isterinya yang sudah pun menarik muncung panjang. Nak tergelak pun ada. Isterinya ini memang kuat merajuk. Dari muda sampai ke tua. Tak berubah. Detiknya sambil mengukir senyum.
“ Sayang abang dah merajuk ya!” usik Datuk Amran sambil mencubit pipi Datin Saidah.  Namun, Datin Saidah masih lagi menarik muka masam.
“ Muncung Idah tu mengalahkan muncung itik dah abang tengok....” usik Datuk Amran lagi. Seronok pula menyakat isterinya. Maklumlah saat ini hanya tinggal mereka berdua aje di ruangan itu. Pembantu rumah pula sibuk dengan kerja.
“ Abang...” Datin Saidah mendengus kasar. Geram dengan sikap suaminya yang suka menyakatnya. Tapi sebaliknya dia tetap rasa bahagia. Sikap suka menyakat suaminya itulah yang membuatkan cintanya terhadap Datuk Amran tak pernah berubah.
“ Idah ingat tak....masa kita muda-muda dulu....bila Idah tarik muncung....macam mana abang pujuk?” Datuk Amran tersenyum memandang isterinya membuatkan Datin Saidah tertunduk menyembunyikan mukanya yang merah. Malu.
“ Abang ni....” Datin Saidah masih lagi menyembunyikan wajah membuatkan Datuk Amran melepas tawa.
“ Idah nak abang pujuk Idah macam kita muda-muda dulu ke....?” sempat Datuk Amran mengenyit mata ke arah isteri tersayangnya.
“ Kita ni dah tua....malu kalau dilihat anak cucu” balas Datin Saidah menepuk perlahan bahu suaminya.
“ Kita patutnya ikut budaya barat....makin meningkat usia, makin romantic. Abang pun dah lama tak cium Idah kan!” Datuk Amran merenung seketika bibir isterinya sebelum melepas tawa  sekali  lagi.
“ Abang ni....gatal ya” Datin Saidah mencubit lengan suaminya.
“ Kalau abang ni gatal... dah lama Idah ni bemadu tau.....walaupun abang ni dah tua, rambut dah banyak memutih tapi saham abang tetap laku!” Datuk Amran masih lagi gelak.
“ Ada hati nak pasang satu lagi...itulah orang lelaki. Rumah kata pergi. Kubur kata mari, tapi kalau cakap bab nak berbini...macam orang tak sedar diri!” tempelak Datin Saidah.
“ Alah Idah ni...abang gurau aje. Abang sikit pun tak berniat untuk menduakan Idah dari dulu sampai sekarang....cinta abang pada Idah tak pernah berubah, hanya maut sahaja yang memisahkan kita!” Datuk Amran memegang tangan Datin Saidah, digenggam erat sebelum mencium tangan isteri tersayang.  Datin Saidah benar-benar terharu dengan pengakuan suaminya. Tangan suaminya turut di cium. Tersenyum lebar Datuk Amran dengan tindakan isterinya.
“ Hm....tadi Idah kata Idah nak cakap pasal Faris, apa dia?” tiba-tiba Datuk Amran teringat kata-kata isterinya tadi. Sementara menunggu isterinya berbicara, kopi yang masih panas di capai dan diteguk perlahan. Wajah isterinya yang tadi ceria bertukar muram. Berkerut dahi Datuk Amran dengan gelagat isterinya.
“ Idah sebenarnya risau tengok keadaan Faris tu. Sejak kebelakangan ni asyik murung aje...lagaknya macam  lepas dia menceraikan Intan dulu!” Datin Saidah melahirkan rasa gusar di hati mengenangkan sikap anak tunggal mereka.
“ Apa yang Idah nak risaukan sangat...anak kita tu dah besar panjang, tahulah dia nak uruskan diri sendiri. Kita hanya pantau dari jauh...asalkan dia tak melakukan perkara yang menyalahi agama, dahlah...” Datuk Amran bersuara. Datin Saidah mendengus atas sikap ambil mudah suaminya itu.
“ Idah tahu.....Faris tu asyik fikirkan pasal Intan. Kalau dia dah tahu Intan tu tak boleh terima dia semula....buat apa nak paksa diri!” rengus Datin Saidah.
“ Silap awak juga, Idah. Kalau bukan perangai dan sikap Idah dulu.....berhajat sangat nak bermenantukan si Kamila , bakal menantu yang tak jadi tu...ingatkan baik budaknya, rupanya manusia yang bertopeng . Nasib baiklah Allah tunjukkan kebenaran sebelum apa-apa berlaku pada keluarga kita. Pasti yang jadi mangsanya anak kita juga, si Faris tu!” Datuk Amran mengeluh perlahan. Timbul rasa kesalnya dengan sikap isterinya yang beria-ria mahu merosakkan hubungan antara Faris dan Intan dulu.
 Teringat dia akan wajah Kamila, gadis yang ingin dijodohkan dengan Faris. Pilihan isterinya yang merupakan anak kenalan mereka. Sangkanya gadis itu seorang yang baik dan bersopan, rupanya perangai dia ligat berpusing mengalahkan gasing. Keluar masuk kelab malam dan hotel serta berkepit dengan jantan yang pelbagai bangsa. Nasib baik tingkah laku gadis itu dapat dilihat sendiri oleh isterinya semasa mengunjungi sebuah hotel. Selepas Faris bercerai, terus dia dijodohkan dengan Arianna, tapi jodoh mereka juga tidak panjang. Arianna lebih mementingkan kerjayanya sebagai seorang model berbanding dengan statusnya sebagai seorang isteri.
“ Abang dah lama sedar, yang Faris tu memang sayangkan Intan semasa mereka masih lagi suami isteri, tapi desakan Idah tu yang membuatkan mereka terpaksa berpisah menyebabkan anak kita jadi yang macam Idah cakap tadi. Tapi sekarang ni kita tak boleh nak buat apa untuk  menyambungkan semula hubungan mereka kerana Intan pun dah ada pilihan sendiri. Tak elok kita masuk campur hal mereka.  Biarkan aje mereka selesaikan masalah mereka tu!” kata Datuk Amran yang mengambil jalan mudah tidak mahu masuk campur dalam urusan anak mereka menyebabkan Datin Saidah mengetap bibir. Kecewa dengan sikap suaminya.
“ Abang, kita mesti buat sesuatu. Idah tak sanggup nak tengok Faris kecewa dan murung begitu....” kata Datin Saidah. Sebagai seorang ibu, dia tak sanggup membiarkan anak kesayangannya terus bermuram durja.
“ Ikut suka awaklah, Idah...selama ini Idah kan memang suka buat keputusan sendiri. Abang tak nak masuk campur!” Datuk Amran bersuara sambil bangun. Dia segera beredar meninggalkan Datin Saidah yang mungkin sedang merancang agenda yang tersendiri.
************

SEMINGGU selepas pulang dari Brunei, Intan memohon cuti selama 3 hari semata-mata untuk pulang ke kampung dan berjumpa dengan orangtuanya. Terlebih dahulu dia mengkhabarkan pada Izzat. Izzat  memberi sokongan dengan cadangannya untuk bercuti di kampung bagi membaiki hubungan anak beranak. Lelaki itu berharap hubungan Intan dan orangtuanya tidak akan menimbulkan sebarang masalah lagi.
“ I yakin, mereka akan menerima you seperti dulu....takkan ada ibu bapa yang sanggup berpisah lama dengan anak kesayangan. Itu juga yang dirasai mereka terhadap you!” itulah kata-kata perangsang dari Izzat.
“ Kalau boleh, I pun nak jumpa mereka....nak kenal dengan mereka....mana tahu, muka I yang handsome ni diterima jadi menantu mereka” kata Izzat membuatkan Intan tersenyum.
“ Nantilah....satu hari nanti I akan temukan you dengan mereka. Selama ini you dah banyak tolong I...memberi peluang kerja untuk I, membantu I membesarkan Aiman dan memberi peluang untuk bekerja di sini buat sementara dengan mencipta alasan yang boleh diterima oleh semua pihak...I benar-benar menghargainya” kata Intan.
“ Pertolongan I ikhlas...I tak mengharapkan balasan. Cuma dalam soal hati, soal perasaan....soal cinta....I memang mengharapkan penerimaan dari you!” Izzat melemparkan pandangan lembut.
“ I faham...sampai masanya nanti...”
No....I masih menunggu....jangan paksa diri you untuk terima I kalau you tak ikhlas”  kata-kata Izzat membuatkan Intan terkesima. Sebenarnya dia malu. Selama ini dia banyak menyusahkan lelaki itu dan membiarkan lelaki itu terus menunggu. Tapi sampai bila?
“ Oklah...elok you bertolak sekarang, nanti sampai lewat...hati-hati memandu. Sampai sana...call I ya!” Intan mengangguk perlahan. Izzat mencium pipi Aiman sebelum kereta Toyota Vios yang di pandu Intan semakin jauh meninggalkan perkarangan rumah teres 2 tingkat itu.
“ Mak, ayah...ini buah tangan yang sempat Intan belikan untuk mak dan ayah dari Brunei” lamunan Intan terhadap Izzat terus hilang bila Aiman tiba-tiba duduk di atas ribaannya. Intan meminta Aiman menyerahkan paper bag untuk orangtuanya.
“ Terima kasih,along...Buat susah-susah aje” kata Hjh Khadijah mewakili dirinya dan suami sebaik saja menyambut paper bag yang dihulurkan oleh Aiman.
“ Along buat apa kat Brunei?” tanya Hj Ahmad merenung wajah Intan.
“ Ada urusan kerja, lagi pun dah lama along tak balik sana. Sebenarnya along masih lagi terikat dengan kerja di sana....along masih berfikir nak terus kerja di KL atau balik semula kerja di sana” beritahu Intan.
“ Kenapa ni? along memang berhasrat nak terus kerja di Brunei ke?”
“ Ya mak. Kerja along di KL hanya sementara...hanya untuk 6 bulan saja. Pada awalnya, along memang serba salah nak kerja kat sini sebab banyak perkara yang along kena fikirkan!” suara Intan membuatkan kedua orangtuanya diam membisu. Wajah mereka keruh. Kesian pula Intan melihat wajah mereka.
“ Along, perkara yang lepas tu...tak perlulah diungkitkan lagi. Mak tak nak kehilangan along sekali lagi. Along teruskanlah kerja di KL tu, tak usah balik ke Brunei ya!” pujuk Hjh Khadijah dengan wajah sayu. Berkaca matanya membalas renungan Intan.
“ Betulke mak dan ayah dah terima dan  maafkan along?” walaupun orangtuanya pernah mengucapkan kata maaf tempohari, tapi Intan tetap rasa bersalah.
“ Along anak mak dan ayah....mak dan ayah sayangkan along sama macam anak kami yang lain. mak dan ayah dah lama maafkan apa jua kesalahan along dulu cuma kami yang rasa along berkecil hati dengan kami....maklum saja, ayah pernah halau along, bukan salah along....ayah yang khilaf! Maafkan ayah ya, along!” kata Hj Ahmad menahan sebak.
“ Mak...ayah...”
“ Along...tak payahlah along balik ke Brunei lagi ya....along masih ada keluarga di sini yang amat menyayangi along” Hjh Khadijah memujuk lagi.
“ Kenapa mak dan ayah boleh maafkan along? Apa yang membuatkan ayah dan mak tergerak hati untuk jumpa along setelah bertahun-tahun?” soal Intan tiba-tiba. Sebenarnya dia tetap merasa sangsi dengan penerimaan orangtuanya. Pasti ada sesuatu yang menyebabkan mereka tiba-tiba mahu bertemu dengannya. Kalau pun kesalahan dia dulu memalukan orangtuanya sudah dimaafkan, kenapa tidak  dua tiga tahun yang lepas. Kenapa baru sekarang?
Hjh Khadijah dan suami saling berpandangan. Mungkin agak terkejut dengan pertanyaan Intan. Nampak sangat wajah mereka berubah mendengar pertanyaannya itu.
“ Sampai bila-bila pun along tetap anak kami. Sejak dari kecil along seorang anak yang baik dan cerdik...maafkan kami kerana tak percayakan kata-kata along dulu” di  ruang mata Hj Ahmad, masih terbayang wajah Intan yang basah lecun dengan air mata. Bersusah payah Intan cuba menerangkan bahawa dia tidak bersalah dan perkahwinannya dengan Faris dulu bukan atas kerelaannya tapi  demi menjaga nama baik kedua pihak. Dan bagaimana kerasnya dia menolak kepulangan  Intan ke pangkuan keluarga selepas diceraikan oleh suami. Entah kenapa saat itu hatinya begitu tepu untuk memaafkan kesalahan Intan walaupun hati kecilnya mengakui bahawa anak yang dididik itu tidak bersalah dan teraniaya.
“ Along...Aiman tahu siapakah ayahnya?” soal Hjh Khadijah yang mengalih tajuk perbualan sambil merenung wajah Aiman yang duduk di sebelah Intan.
“ Ya, mak” balas Intan sambil mengusap kepala Aiman yang begitu ralit bermain dengan patung robot.
“ Macam mana hubungan along dengan bekas suami along?” tanya Hj Ahmad.
“ Hubungan kami biasa aje. Sejak Faris tahu yang Aiman adalah anaknya, dia selalu ambil berat pasal Aiman...malah tak pernah lupa beri duit belanja untuk Aiman. Aiman pun sekarang dah rapat dengan atuk dan neneknya!” beritahu Intan.
“ Along tak nak berbaik semula dengan Faris?...untuk kebaikan Aiman?” sampuk Hjh Khadijah membuatkan Intan terkedu. Dia berdehem beberapa kali cuba menyembunyikan kegusaran di hati.
“ Along masih sayangkan dia?” sambung Hjh Khadijah lagi membuatkan Intan benar-benar dilanda resah.
“ Mak, along minta maaf...kalau boleh along tak nak cakap pasal ni. Perkara tu dah lama berlaku....jadi, kalau boleh along tak nak ungkitkan lagi” jelas Intan dengan harapan soal itu tidak diperpanjangkan oleh orangtuanya.
“ Tapi sampai bila along nak hidup macam ni?  Aiman tu perlukan kasih sayang seorang ayah dan along juga perlukan seorang suami” Hjh Khadijah seakan memujuk.
“ Along dah biasa hidup macam ni....along tak nak kehidupan along berubah semata-mata nak jaga hati orang lain!” kata-kata Intan membuatkan kedua orangtuanya terdiam. Mereka hanya saling berbalas pandang.
***********


IZZAT memesan hidangan bila Intan memberi kebebasan kepada  lelaki itu untuk memilih menu sebagai hidangan makan malam mereka. Malam ini Izzat nampak begitu segak dengan mengenakan kemeja lengan panjang berjalur halus berwarna biru. Sementara Intan pula mengenakan blaus labuh warna krim bercorak bunga kecil dan dipadankan dengan seluar warna coklat.
“ Perkara apa yang you nak cakapkan tadi? Macam penting je!” Izzat bersuara sambil mengukir senyum memandang wajah Intan yang nampak keresahan sejah dari awal tadi.
“ Izzat...” panggil Intan dengan suara gementar. Dia mengempal kedua tangannya mengumpul sedikit kekuatan untuk menyampaikan apa yang sebenarnya ingin dinyatakan.
I`m listening!” ujar Izzat sambil merenung wajah Intan yang keresahan. Tiba-tiba bibirnya mengukir senyum. Nampak comel sekali wajah Intan dalam keadaan begitu. Walaupun begitu otaknya ligat memikirkan apakah yang bakal disampaikan oleh Intan nanti.
“ Izzat, you tahukan yang kita sebenarnya dah lama kenal dan selama ini you banyak tolong I dalam pelbagai hal...you juga anggap Aiman tu seperti anak you sendiri.... sekarang I nak tahu jawapan yang betul-betul ikhlas dari you...” Intan merenung wajah Izzat yang sedikit tersentak mendengar kata-kata Intan itu.
“ Apa dia?”
Do you love me?”
Of course. I memang sayang dan cintakan you...adakah you masih ragu tentang perasaan I pada you selama ini?” berkerut dahi Izzat dengan pertanyaan Intan. Memang sedikit pun dia tidak menjangka soalan itu yang ditanya kerana dia percaya Intan memahami perasaannya selama ini.
“ Kalau you betul-betul sayang I ....cintakan I....sanggup you terima I?”
Terlopong mulut Izzat mendengarnya. Dia betul-betul tak percaya itu yang keluar dari mulut Intan. Perlahan-lahan dia menepuk pipi dan menganggap bahawa semua ini bukannya sekadar mimpi atau pun gurauan. Intan pula yang terkebil-kebil dengan tindakan Izzat sebelum bibirnya  tiba-tiba mengukir senyum.
“  I tak bermimpikan?” soal Izzat masih tak pasti.
Intan mengeleng kepala perlahan. Wajahnya kembali serius.
“ I dah buat keputusan untuk terima lamaran you dulu....” Intan bersuara tenang.
“ Maksud you?”  Izzat masih lagi sangsi dengan apa yang didengarnya.
“ Kita kawin....I dah bersedia untuk jadi isteri you!”
Hampir terbangun Izzat mendengar ayat itu. Benar-benar terkejut. Dia menelan liur beberapa kali. Tapi yang lebih memeranjatkan lagi bukan dia saja yang mendengar kata-kata Intan tapi ada insan lain yang turut berdiri di situ. Benar-benar terpegun mendengar sebaris ayat yang keluar dari mulut Intan itu.
Congrotulation!
Intan dan Izzat sama-sama mengalih perhatian pada empunya suara itu. Mereka berdua sama-sama terkejut dan terkedu. Sesungguhnya mereka tidak menyangka bahawa lelaki itu turut mendengar perbualan mereka tadi.
“ Faris!” hanya itu yang mampu keluar dari mulut Intan saat matanya berpadu dengan mata lelaki itu.
Sorry, I tak sengaja mencuri dengar....I cuma nak ucapkan hello sebab ternampak you berdua kat sini. Tahniah Izzat!” Faris menghulurkan tangan untuk berjabat salam. Izzat menyambut sambil mengukir senyum walaupun dia sedar kekecewaan begitu jelas pada wajah lelaki itu.
“ Maaf sekali lagi kalau kemunculan I ni mengganggu korang berdua....tahniah sekali lag... Intan, I doakan you bahagia ....I pergi dulu!” ucap Faris menahan sebak. Dia perlu cepat beredar sebelum jiwanya yang  walang di kesan mereka.
Intan hanya diam di kerusi, hanya matanya saha yang terus mengikut setiap langkah yang telah ditinggalkan oleh Faris. Sebaik saja dia mengalih pandang, Izzat sedang merenung wajahnya tanpa berkelip membuatkan Intan segera menundukkan kepala.
*************

ARIANA hanya membiarkan Faris terus melayan perasaan. Mulutnya menyentuh straw dan menghisap perlahan jus epal yang dipesan.
“ Faris, takkan you nak diamkan aje tanpa berbuat apa-apa?” suara Arianna. Kasihan pula dengan nasib Faris bila lelaki itu menceritakan tentang perihal Intan yang telah menerima lamaran Izzat.
“ I nak buat apa lagi kalau itulah kemahuan Intan....mungkin antara kami memang tiada jodoh. Nak buat macam mana!” Faris nampaknya pasrah dengan nasib yang menimpanya.
“ Senang-senang you terima aje I ni jadi wife you semula, selesai masalah!”
Tiba-tiba Ariana memberi cadangan membuatkan Faris tersentak. Lama dia merenung wajah Ariana membuatkan wanita itu pula yang tak selesa. Terasa mukanya panas  menahan malu.
Sorry....I cuma bergurau, sekadar untuk hiburkan hati you. I tak ada maksud lain!” Ariana segera membetulkan tanggapan lelaki itu.
“ Betulke you maksudkan kata-kata tadi?” tajam mata Faris merenung wajah Ariana.
“ Ya Allah....Faris, I cuma bergurau....harap you tak ambil hati.  Lagi pun I tahu antara kita tak akan terjalin hubungan sebagai suami isteri...”
Faris mendegus perlahan. Jus tembikai di hadapannya di sedut sehingga habis. Lama dia merenung meja yang kosong di hadapannya. Entah apa yang sedang di fikirkannya saat itu. Nampak sangat dia  nampak tak ceria.
“ Apa kata I realitikan kata-kata you tadi...” ayat itu tiba-tiba terpancul keluar dari mulut Faris membuatkan mulut Ariana ternganga luas.
“ Faris!”
“ Bila I tengok kawan-kawan I ...berkeluarga, hidup bahagia bersama anak isteri...I jadi cemburu. Kenapa I tak boleh hidup seperti mereka. Di manakah silap I?” wajah Faris nampak begitu sayu.
“ I pernah terfikir....bahagiakah kita andainya kita di takdirkan untuk hidup bersama sebagai suami isteri semula... tapi itu memang tak mungkin terjadi kerana antara kita pasti sentiasa wujudnya Intan. Sekarang ni I ada kawan dengan seorang lelaki... baru beberapa bulan aje kami kenal...kami berdua masih lagi  dalam proses mengenal hati budi masing-masing....he`s a pilot. Dia seorang lelaki yang baik, dia pun seorang duda, baru bercerai dengan isterinya...hm...mungkin kami ada sedikit keserasian. Tapi you jangan pulak fikir I penyebabnya perceraian lelaki itu. I kenal dia lepas dia bercerai tau!” Arianna segera mengulas agar Faris tidak salah faham.
Faris tergelak kecil.
“ Entah....mungkin ada hikmahnya di sebalik semua kejadian!” kata Ariana membuatkan Faris mengangguk perlahan. Bersetuju dengan kata-kata itu.
“ Baguslah...I doakan you bahagia.... jadi, lepas ni...susahlah ya kita jumpa macam ni lagi. Pasti you akan sibuk layan dia kan...” Faris mengukir senyum. Tumpang bahagia mendengar khabar itu.
Thanks. I juga sentiasa doakan agar you bahagia!” mereka sama-sama berbalas senyum. Lama juga Arianna merenung wajah Faris yang berada di hadapannya itu. Dia tahu di sebalik senyuman lelaki itu, hatinya pasti merintih pilu bila orang yang disayanginya tak mungkin dimiliki.
**********

AIMAN,  makan elok-elok...nanti tercekik!” Intan memerhati Aiman yang sedang memasukkan isi ayam ke dalam mulut.  Intan mencapai coke dan disedut perlahan, namun pandangan matanya tetap tidak beralih dari merenung wajah Aiman. Sesekali dia tersenyum dengan gelagat Aiman yang ingin menyuakan cebisan ayam ke dalam mulutnya.
“ Mama tak nak makan, mama dah kenyang!” Intan bersuara.
Akhirnya cebisan ayam yang dihulurkan untuk Intan terus dimasukkan ke dalam mulutnya.
“ Papa....papa....” Aiman terus bersuara sambil matanya menghala ke muka pintu. Intan segera menoleh ke belakang. Ketika itu Faris sedang melangkah masuk bersama Ariana. Faris yang dapat mengecam suara Aiman memanggil segera menghadiahkan senyuman dan terus mengatur langkah ke arah mereka.
“ Papa...” panggil Aiman lagi bila Faris sudah pun berdiri di hadapannya bersama Ariana.
Intan hanya diam memandang dan sempat berbalas senyum dengan Ariana.
“ Anak papa!”
Faris segera mencium pipi montel Aiman sambil diperhati oleh Intan dan Ariana. Aiman terus mempelawa mereka menyertainya. Pada awalnya Faris agak serba salah bila Intan hanya diam membisu.
“ Silakan, lagi ramai lagi meriah!” ujar Intan dalam keadaan serba salah membuatkan Ariana dan Faris saling berpandangan sebelum mereka mengambil keputusan untuk menyertai Intan dan Aiman di situ. Faris tidak terus duduk, sebaliknya dia terus melangkah ke kaunter untuk membuat pesanan selepas bertanya pada Ariana apa yang hendak dimakannya.
“ Sedap?”
 Ariana sempat mencuit pipi Aiman. Aiman mengangguk perlahan  dan terus mengadap ketulan ayam di hadapannya dengan penuh selera.
“ You dan Faris dah berbaik semulake?” tanya Intan bila melihat kemesraan mereka berdua tadi.
“ Tak adalah. Kami hanya sekadar kawan, kawan rapat. Mana mungkin kami akan bersama sebab dia cintakan you, malah sampai sekarang dia masih menyayangi dan menunggu you” ujar Ariana membuatkan Intan diam. Matanya sempat memerhati tubuh Faris yang masih lagi beratur di kaunter menunggu giliran. Intan mengeluh perlahan.
Faris kemudiannya muncul dengan membawa 2 set hidangan. Diserahkan satu untuk Ariana dan satu lagi untuk dirinya.
“ Intan...” Ariana mempelawa bila dilihatnya Intan hanya diam memerhati.
“ Tak apa. I dah kenyang”
Sepanjang mereka berada di situ, Intan hanya sesekali saja mencelah. Selebihnya dia hanya sekadar menjadi pemerhati dan pendengar. Lagi pun Faris di lihatnya banyak memberi perhatian pada Aiman dan Ariana berbanding dengan dirinya. Sebelum ini ada juga Faris menghubunginya, tapi semata-mata mahu berbual dengan Aiman. Intan menyandar badan di kerusi, sesekali dia mengeluh kecil. Sempat juga dia mencuri pandang ke arah Faris,  lelaki itu di lihatnya semakin kacak. Tak ada cacat celanya. Pasti bertuah gadis yang hidup bersamanya sepanjang hayat.
“ Mana Izzat?...dia tak datang samake?” tiba-tiba Faris memandang wajah Intan yang agak tersentak dengan pertanyaannya itu.
“ Izzat tak dapat datang...dia sibuk sekarang ni!” beritahu Intan sambil melemparkan sedikit senyuman. Faris mengangguk perlahan sebelum menyedut minuman yang masih lagi berbaki separuh.
“ Hmm...agaknya tengah sibuk untuk buat persiapan. Bila agaknya majlis pertunangan dan perkahwinan tu nak dilangsungkan?” Faris masih lagi mahu membicarakan topic itu sedangkan Intan rasa tak selesa. Apa lagi di hadapan Ariana.  Ariana pula nampaknya turut berminat untuk mengetahui hal itu. Lama dia merenung wajah Intan menunggu reaksi dan jawapan.
“ Aiman, dah lewat ni. meh sini...mama temankan Aiman basuh muka dan tangan. Bukan main comot lagi anak mama!” Intan segera menarik tangan Aiman menuju ke singki.
Sorry, I terpaksa pergi sekarang. Kesian kak Bedah sorang-sorang kat rumah. Aiman duk sini kejap, mama nak belikan untuk nek Bedah!” kata Intan selepas membersihkan wajah Aiman tadi.
Intan meninggalkan Aiman seketika besama Faris. Dia menuju ke kaunter untuk memesan satu set untuk kak Bedah. Selepas membayar harga makanan tersebut, dia kembali mendapatkan Aiman.
Bye, sayang!” ucap Faris bila Intan memimpin tangan Aiman untuk beredar. Aiman melambai tangan sambil tersenyum mengikut langkah Intan.
**************


INTAN mengeluh perlahan selepas meletakkan telefon bimbitnya di atas meja. Baru sebentar tadi dia sempat bersembang dengan Joanna. Lagi pun agak lama mereka tidak berhubung. Intan memejam mata seketika, namun otaknya ligat memikirkan pelbagai perkara. Dokumen yang menimbun di atas meja di pandang sepi. Entah kenapa saat ini dia tak ada mood  untuk berkerja. Nasib baik En. Faizal cuti hari ini. Kalau dia lihat Intan hanya termenung begini tanpa membuat sebarang kerja, alangkah malu dan sebal mukanya. Selama ini di sering mendapat pujian dari lelaki itu sebagai salah seorang pegawai yang sangat berdedikasi dan berdisiplin. Pen dakwat hitam yang berada di atas meja di capai dan sehelai kertas kosong di ambil dari atas tray. Tangannya rancak melakar sesuatu pada kertas kosong itu sedangkan dia sendiri tidak tahu apa yang sedang di lakarnya.
Selepas melakar di atas kertas itu, dia menggumpal kertas itu dan dibuang ke dalam tong sampah. Matanya memandang beberapa orang staff yang sibuk menguruskan kerja masing-masing melalui pintu yang tidak ditutup. Namun akhirnya dia menarik satu dokumen yang berada di atas meja. Di baca sekilas pandang. Cuba mencari konsentrasi kerja.
“ Hello....anybody home!” suara ceria yang kedengaran di muka pintu membuatkan Intan mendongak. Kenal benar dengan empunya suara itu. Gina sedang tersengih menayangkan giginya yang putih dan tersusun kemas.
“ Apasal ni...muram aje sejak dari pagi tadi.  Bukan hanya pagi ini aje tau I perasan...tapi sejak kebelakangan ini muka you nampak tak ceria je...rindukan Izzat ya!” tegur Gina yang melangkah ke hadapan meja Intan. Tanpa dipelawa dia terus duduk di hadapan Intan. Segera kakinya di silangkan.
“ Amboi...Gina. Bos tak ada kat office, you dah naik tocang....dari tadi I tengok you asyik meronda kawasan ni.... ada hati nak ambik calon untuk pilihanraya ke!” Gina tergelak mendengar usikan Intan.
“ Bukannya selalu....” Gina tersenyum lagi.
“ Ya ke....you jangan tipulah...” tempelak Intan sambil merenung wajah Gina yang sedang menyembunyikan senyum.
“ Intan, Izzat ada call you!” tiba-tiba Gina membuka tajuk.
“ Tak ada....dia sibuk agaknya!” Intan mendengus perlahan.
“ Macam mana hubungan you dengan Faris” Gina menukar tajuk pula.
Intan sekadar mengangkat bahu. Tak tahu bagaimana harus dijelaskan tentang hubungannya dengan lelaki itu sejak kebelakangan ini.
“ Dia tahu pasal you dan Izzat?” soal Gina merenung tajam wajah Intan.
“ Dia tahu.  Dia terdengar masa I terima lamaran Izzat tempohari....selepas itu sikap dia dah banyak berubah. I tahu dia kecewa bila I terima lamaran Izzat hari tu. Ada juga dia call, tapi sekadar untuk bercakap dengan Aiman. Kalau cakap dengan I pun  sebab nak minta kebenaran I untuk bawa Aiman balik ke rumahnya” Intan melepas keluhan panjang.
“ You kecewa bila dia bersikap begitu terhadap you?” selidik Gina.
“ Buat apa I rasa kecewa!...kami memang tak ada sebarang hubungan lagi. Dia cuma papa untuk anak I” kata Intan dengan debaran.  Betulkah dia sikit pun tak rasa kecewa bila Faris seolah-olah tidak mengendahkannya lagi? Ah! Tipulah kalau dia sikit pun tak rasa kecewa. Akui Intan dalam diam.
“ Intan, I rasa you patut bagi peluang untuk Faris sebelum you tergesa-gesa menerima lamaran Izzat hari tu. Walaupun I tak kenal sangat dengan Faris....tapi I tahu dia memang ikhlas cintakan you dan dia nak you kembali pada dia. Dan I juga tahu....jauh di sudut hati, you masih mengharapkan dia kan?” Gina merenung wajah Intan yang nampak sedikit gusar.
Apa yang you merepek ni? lagi pun you juga yang selama Izzat memang cintakan I” kata Intan.
“ I tahu.... tapi ...” Gina mengeluh tiba-tiba seolah –olah sedang memikirkan sesuatu yang berkaitan dengan hubungan Intan dan Izzat.
“  Ianya tak semudah yang you sangka Gina. You tak alaminya sendiri. I tahu bahawa setiap masalah memang ada jalan penyelesaiannya tapi bukanlah semudah menyebut ABC!” ujar Intan sambil menarik nafas panjang.
Why don`t you make it easy....memang bukan semudah menyebut ABC...cuma I nak ingatkan you...jangan bebankan sangat fikiran you. Kadang-kadang ia boleh memberi impact untuk kesihatan you....tanya apa kata hati kecil you.....siapa sebenarnya pilihan you!”
“ Sudahlah...jom temankan I pergi pantry, hauslah!”
Intan mengangkat punggung, diikuti oleh Gina. Sebaik saja mereka keluar dari bilik itu, langkah mereka terhenti bila terpandang wajah Datuk Sapuan bersama seorang lelaki yang dikenali mereka.
“ Intan....itukan...” Gina mencuit perlahan lengan Intan.
Intan terdiam. Hanya matanya sahaja yang mengikut gerak langkah kedua lelaki itu yang sedang mengatur langkah di hadapan mereka untuk ke arah lif. Datuk Sapuan sempat menghadiahkan senyuman untuk Intan yang nampak  kaku  berdiri di situ. Sebaliknya lelaki yang bersama Datuk Sapuan tidak sedikit pun menoleh ke arah Intan dan  Gina yang sedang berdiri seperti tiang bendera di situ. Tindakan lelaki itu sedikit sebanyak membuatkan Intan rasa sebak. Akhirnya dia mengatur langkah ke arah pantry, diikuti oleh Gina. Tanpa sedar lelaki itu menoleh ke belakang dan sempat melihat langkah Intan yang semakin jauh. Lelaki itu menarik nafas panjang. Beberapa saat matanya di pejam tanpa memikirkan reaksi Datuk Sapuan yang sedang berkerut seribu melihat wajah muramnya itu.
*************

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...